iDAN

06 April 2008

Pensyarah UPM maut (Ceritera@Singgahsana)

MUAR: Biarpun hajatnya menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi tercapai, seorang pensyarah kejuruteraan proses dan makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) bernasib malang apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 141.9 Lebuhraya Utara-Selatan di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, mangsa Mohamed Firwance Basri, 29, dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan badan mangsa terputus dua.

Sebelum itu, motosikal Kawasaki 750cc ditunggang mangsa gagal dikawal sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan sehingga mangsa tercampak kira-kira 20 meter, manakala motosikalnya tersadai di tepi pembahagi jalan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Harian Metro

iDAN Menulis

"Firwance seorang rakan yang baik, mesra dengan semua orang"

"Ana ingat tak kes arwah Fuzan dulu, bila dia meninggal dunia fakulti baru sibuk-sibuk nak buat tabung anak yatim untuk anak-anaknya, semasa dia hidup langsung tak jaga kebajikan arwah Fuzan tu, semua tahu dia seorang duda beranak dua. Dia ada kelulusan Ana, kenapa fakulti tak naikkan pangkatnya. Sekarang baru kita kasihan dengan anak-anaknya, berapa sangat pencen arwah Fuzan tu.." Aku membebel sebab nasib isteri & anak-anak Firwance pun sama. Malahan lebih teruk tiada pun pencen sebab Firwance masih lagi bertaraf tutor. Tutor bertaraf sementara.

Tutor di UPM mana ada yang bertaraf tetap & berpencen, malahan dikenakan syarat mesti buat PhD jika mahu menjawat jawatan pensyarah. Biarpun JPA sekadar menetapkan tutor itu sekadar punya master telah boleh diserapkan sebagai pensyarah. Allahyarham Firwance telah punyai master. Allahyarham Firwance memang menjadi mangsa. Apa yang pernah aku tuliskan Tutor ooo Tutor hingga aku ditribunal kini memang menjadi kenyataan. Kita terlalu memberatkan keadaan demi mengejar nama. Kononnya mahu menaikkan martabat UPM. Aku tidak pasti sejak bila Firwance punyai master. Isterinya masih berkerja sementara.

"Sedihnya kan iDAN, kita selalu tenguk isterinya dengan anak-anak menanti Firwance di foyer (Ruang Legar)..!" Memang sekitar jam 5:00 aku sering berbual dengan Ana di Stor Pusat yang memang sekitar ruang legar fakulti.

"Sedih itu satu hal, yang lebih menderita anak-anak & isteri yang ditinggalkan, bukan senang mahu membesarkan anak-anak di zaman ini"

Dalam bualan aku dengan Muzammir, ada betulnya cadangan Muzammir. Demi mengenang jasa Firwance UPM kenalah mencari ruang jawatan untuk balu isteri Firwance. Kes sebegini pernah berlaku kepada waris kampungku. Staf UPM juga. Suaminya tukang masak jatuh sakit & lumpuh isterinya ditawarkan jawatan tetap mengantikan tuga suaminya.

Seperkara lagi seharusnya UPM menyediakan insuran bagi Tutor yang memang rata-rata memegang jawatan sementara jika terjadi kemalangan seperti Firwance. Insuran kelompok yang punyai faedah merangkup luar waktu kerja, tak semestinya kemalangan semasa kerja sahaja. Sementelah Tutor memang tak ada banyak kebajikan seperti mereka yang berjawatan tetap & berpencen. Kemalangan jika ingin berlaku mana boleh kita duga. Ramai kalangan Tutor di UPM ini telah berkhidmat begitu lama. Ada yang sampai lebih dari empat tahun bilamana tidak siap pengajian PhD di luar negara & terpaksa menyambung untuk menyudahkan laporan bagi persediaan viva di tanah air.

Firwance sebagai mangsa keadaan. Agar nanti ceritera sedih Firwance ini tidak berlaku kepada sahabatku yang lain.

Tiada ulasan: