iDAN

19 Jun 2009

H1N1: Jumlah mangsa terus meningkat di Amerika Latin (Ceritera)

SANTIAGO: Negara di Amerika Latin terus diancam wabak Influenza A (H1N1) apabila angka mereka yang dijangkiti terus meningkat sejak sebulan virus itu menyerang benua berkenaan.

Di Chile, pihak berkuasa melaporkan mangsa yang disahkan dijangkiti virus itu meningkat kepada 4,315 orang.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, hanya 3.7 peratus mereka yang dijangkiti virus itu dirawat di hospital dengan empat kematian setakat ini.

Di Peru pula, pihak berkuasa mengesahkan 21 kes terbaru dicatatkan semalam, menjadikan semua 185.

Di Brazil, kerajaan melaporkan setakat ini, 131 kes dilaporkan, meningkat dua kali ganda berbanding minggu lalu.

Nicaragua juga mencatatkan peningkatan ketara apabila 59 daripada 170 mangsa yang dijangkiti masih menerima rawatan di hospital.

Kerajaan negera itu mengambil langkah pencegahan untuk menyuntik vaksin antivirus membabitkan 13,000 guru, selepas tentera, polis dan pekerja kesihatan sudah menjalani suntikan itu. - AFP

Tiada ulasan: