iDAN

25 Julai 2009

Empat beranak maut - Treler rempuh kereta ketika lampu isyarat merah (Ceritera)


BEGINILAH keadaan kereta Proton Wira Aeroback yang dirempuh treler sehingga mengorbankan lima nyawa di Kilometer 42, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam dekat Kulaijaya semalam.



ZAKARIA



HAWA


KULAIJAYA – Lima orang termasuk empat beranak terkorban selepas kereta Proton Wira Aeroback yang mereka naiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 42, Jalan Johor Bahru-Air Hitam ketika kereta itu berhenti menunggu lampu isyarat pukul 2 petang semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah Zakaria Marjone, 40, isterinya, Hawa Kassim, 40, dua anak pasangan itu, Nor Fatin Nadia, 13, dan Mohd. Amirul Fahmi, 10, serta anak jiran mereka, Awaludin, yang berusia setahun.

Dua lagi anak pasangan malang berkenaan, Mohd. Aidil Hakim, 16, dan Mohd. Faris, 8, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superitendan Zulkefly Yahya berkata, kereta yang dipandu Zakaria bersama enam lagi penumpang dikatakan dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Batu Pahat.

Menurut beliau, kenderaan yang dinaiki mangsa dikatakan berhenti di persimpangan lampu isyarat dekat pekan Kelapa Sawit sebelum dirempuh sebuah treler dari arah belakang. Treler itu dipercayai hilang kawalan kerana dipandu laju.

Kosmo!

Tiada ulasan: