iDAN

06 Julai 2009

Jackson dikebumi esok (Hiburan)


Seorang penggali kubur membuat persiapan pengebumian untuk seseorang yang tidak dikenal pasti di Forest Lawn Memorial-Parks & Mortuaries di Los Angeles pada Rabu lalu. Jackson dilaporkan akan dikebumi di tanah perkuburan ini esok. - AFP


LOS ANGELES 5 Julai - Michael Jackson dilaporkan akan dikebumikan dalam satu upacara tertutup di tanah perkuburan Forest Lawn Memorial-Parks & Mortuaries, Hollywood pada Selasa ini.

Pengebumian tersebut akan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja dan dijadual berlangsung selepas berakhirnya upacara memperingati Raja Pop itu di Staples Center di sini.

Upacara peringatan tersebut, dijadual bermula pada 10 pagi Selasa (1 pagi Rabu waktu Malaysia), bagaimanapun akan dihadiri oleh satu senarai tetamu eksklusif terdiri daripada ahli keluarga serta tokoh kenamaan, dan turut disertai oleh 11,000 peminat yang dipilih secara rambang.

Bagaimanapun timbul spekulasi Jackson akan dikebumikan di Forest Lawn hanya buat sementara waktu dan mayatnya akan dibawa untuk disemadikan di Neverland Ranch selepas keluarganya mendapat kelulusan undang-undang.

Proses tersebut akan memakan masa lebih sebulan dan dipercayai mendapat sokongan abang Michael, Jermaine Jackson.

"Dia mencipta Neverland Ranch, mengapa dia tidak harus dikebumikan di situ. Saya dapat merasai kehadirannya," kata Jermaine.

Laporan juga menyebut keranda Jackson akan dikambus dengan konkrit untuk mencegah kuburnya daripada dirompak.

Beliau akan dikebumikan bersama-sama salah satu sarung tangannya yang bertatahkan berlian, menurut laporan. - Agensi

Tiada ulasan: