iDAN

13 Januari 2010

Dyesebel di Astro & Dunia Puisi iDAN (Singgahsana@Hiburan)

Menggoda betullah si Duyung@Dyesebel ini!

Adoi! mengantuknya mata. Selepas menonton ZEE aku masih tak boleh tidur lantaran Mila nak tenguk Dyesebel pula. Marian Rivera memang cantik; biar pun wajahnya dicomot dengan rumpai tetapi masih cantik. Dia melakonkan watak ikan duyung yang mengejar cinta jejaki di bumi.

Aku tak ikut sangat perkembangan siri TV ini tetapi pasti ramai pengikutnya. Asalnya siri TV ini adalah dari drama Philippine. Sepanjang episod kebanyakan adengan terpaksa disunting lantaran pelakonnya memang seksi. Biasalah takkan ikan duyung pakai coli.

Sebenarnya sebelah siang ditayangkan juga siri Dyesebel ini tetapi ketika itu ramai yang bertugas, pun kalau hari minggu pula pasti akan sibuk tak sempat menonton maka tayangan di sebelah tengah malam menjadi pilihan. Samalah siri Sekar drama Indon yang Mila tak lepas menontonnya. Sekarang telah ditayangkan tengah malam, tak ganggu ZEE lagi tetapi aku yang tidur di anjung rumah asyik terganggu lantaran bunyi TV silau neon buat aku terjaga.

Penyakit kronik seperti aku yang tak cukup tidur pastinya naik tekanan darah tinggi ini. Telah seminggu dua aku diserang rasa pening & loya. Nampaknya terpaksa mencari waktu siang untuk tidur. Masalahnya jadual sura rumah tangga yang aku lalui terlalu ketat. Sekitar 8:00 pagi hingga 10:00 pagi sahaja aku sempat mengadap komputer. Selepas itu banyak aktiviti yang perlu dibereskan. Jika ada waktu lapang sebelah petang pun sekitar jam 3:00 petang hingga ke magrib. Itu pun ikut keadaan, ada ketika jam 6:00 petang aku terpaksa kemaskan apa yang patut. Terutama jika pinggan mangkuk berlonggok di sink terpaksa bersihkan.

Sebelah malam memang aku jarang dapat berkarya atau menghadap komputer. Kenal sangat reaksi Mila yang nampak tak suka aku leka menulis di internet. Bagaimana tu?.

Aku terfikir jika memang seseorang itu menjadi pengarang, penulis novel atau penyair bila agaknya ilham selalu terbit. Aku sebenarnya lebih suka menulis puisi tetapi bukan mudah untuk melahirkan puisi yang bagus; apatah lagi jika ada halangan & kekangan. Terkadang ilham itu datang tak menantu mana boleh dipaksa. Maka itu semasa aku berkerja dulu aku punyai Jalan Sajak; melalui jalan tersebut, sambil menunggang kapcai di Jalan Sajak ini sering terbit ilhamnya.

Jika anda pernah klik ĕ-antologi Penyair iDANRADZi telah ada 117 buah puisi yang terkumpul. Rasanya banyak lagi puisiku yang tidak sempat aku himpun di ĕ-antologi tersebut tetapi secara peribadi genre puisi telah lama lekat di hati ini. Puisi pertamaku tersiar di radio pada sekitar tahun 1977 dalam rancangan Bunga Bangsa. Ianya mendapat respon yang menggalakkan dari pendengar sampaikan berminggu-minggu masih mendapat ulasan di radio. Aku sendiri tak simpan salinan sebenar puisi tersebut. Bertajuk Aku Terus Menunggu?. Tetapi kalau aku ingat-ingatkan begini lebih kurang isian puisi tersebut.

AKU TERUS MENUNGGU

Aku terus menunggu
di muka pintu yang sepi
biar pun tetangan langsir
menampar-nampar wajahku
aku akan tetap duduk tenang
menantimu yang tiada.

Aku terus menunggu
di perlabuhan yang sibuk
biar pun bebungkah di air
menjelir-jelir lidah hitamnya
aku akan tetap duduk tenang
sapaanmu yang tiada.

Aku terus menunggu
dalam imbauan resahku
biarpun terkadang aku tidak tahu
apakah erti & nilai penungguanku.

iDANRADZi
Desa Tualang
Kota Bharu Perak.

Mungkin begitu lebih kurang isian, bait puisiku yang menyentuh soal hati & percemaran alam. Sedar tak sedar hidup ini akan berpenghujung namun kita tak tahu erti sebenar hidup ini jika kita terus termangu. Tidak mengenali diri masing-masing. Tak reti nilai penungguan sebenar.

Bagiku bahasa puisi tersimpan berjuta makna biar pun terkadang ianya sekadar ayat biasa. Satu yang tak mungkin aku melupakan dalam dunia penulisan adalah genre puisi. Dalam majlis makan malam memang pernah aku mendeklamasikan puisi, pernah juga menjadi juara dalam pertandingan antara staf jabatanku. Tetapi ianya sekadar tinggal kenangan lantaran aku tidak pernah membukukannya. Banyak juga puisi yang kutulis terbiar begitu sahaja hingga lupa bait-baitnya. Paling manis kenanganku menulis puisi adalah ketika turut serta mendeklamasikan puisi dalam Ratib 1000 Syair. Dapat sijil The Malaysia Book of Records. Entah di mana aku letakkan sijil ini!.

Sila Klik sini aku masih menyimpan Puisi di majlis ini. Imbauan Negara.

http://idanradzi.tripod.com/ratib.html

4 ulasan:

azieazah berkata...

Wah seronok betul dapat membaca kisah-kisah seorang penyair dan menghayati bait puisi.

Kalu ada buat persembahan di mana-mana, beritahulah. Boleh juga saya menonton...

iDAN berkata...

Sekitar tiga tahun lalu abg kau ni Dik Azah macho lagi, tak boroi & memang ramai peminat.

Tetiba nak sakit dalam tiga tahun berubah terus badan ini. Maka itu abg ambil keputusan bersara awal takut tak sempat berihat di rumah.

Abg dulu memang pelakon teater tapi sekadar jadi Pak Pacak saja geng abg di arahan Meor Hashim Manaf termasuklah Sani Sudin, S Azli, Zain Yahya & ramai juga geng abg popular hingga kini. Dah berakhir semua tu! terhenti berlakon sebab nak kahwin.

Abg kalau mendeklamasikan puisi ikut mood terkadang siap bergurindam pelbagai. Sekarang tak siapa pun sudi mengundang abg.

Teringin sangat nak mendeklamasikan puisi dengan iringan gitar. Baru ini abg lihat teater Dinsman 'Menunggu Kata Dari Tuhan' lakonan pelawak dari Kelantan si Sabri Yunus dengan iringan gitar kecilnya, asyik sangat.

Memang Sabri Yunus seorang yang berbakat besar!.

Abg tahu Dik Azah pun seorang penyair; kenapa tak kumpulkan puisi Dik Azah dalam blog. Diam tak diam abg dah dapat kumpulkan 100 lebih puisi milik abg!.

Harap-harap tahun ini akan banyak karya abg yang akan lahir. Biarlah tak tersiar di media massa asalkan abg terus berkarya di dunia maya.

Macam mana?... tak sudi ke jadi peminat abg!

echah_syed berkata...

oooooooo saudara idan ni penyair yg aktif dulu ekk.

patut ler puisi tu membuai perasaan combi..nak jadi penyair pun kena hensem jugak ke??

adat dunia seni mmg mcm gitu ekk.nak yg cantik dan hensem sahaja.especialy dunia lakunan.

iDAN berkata...

Sejak tahun 70an lagi memang saya rajin menulis puisi & cerpen di radio. Hingga kini pun masih aktif menulis cumanya tak kerap keluar karya saya di media massa.

Impian itu memang mahu menjadi penulis yang dikenali tetapi nampaknya sekadar syok sendiri; saya lebih banyak menulis di dunia maya & pengikut saya pun tak seramai mana.

Bagaimana pun bilamana ada respon daripada Sdr Combi, Diana, Zeq, YB, Fairuz, Azah, Cikgu, Ieja & ramai lagi melalui blog ini; Ianya menjadikan minat menulis itu terus berkembang.

Setidak tidaknya kita boleh meluahkan apa yang terbuku di hati sebagai pandangan & pun pengalaman yang dapat kita berfikir dalam sama-sama mencari arah kehidupan.

Satu hari jika telah pun antara kita tidak kenal lagi atau tiada lantaran usia tak sepanjang mana; agar ianya menjadi milik anak-anak dalam tulisan & coretan sebagai kenangan buat mereka.

Seperti Teratak Anna Abadi (TAA) ramai merindui penulis ini bilamana dia pergi meninggalkan kita secara tiba-tiba. Ramai pelayar dunia maya kenal TAA biar pun dia tak pernah menerbitkan sebarang buku tanda kenangan. Tulisannya lekat di hati pembaca.

Sayangnya blog TAA tidak ujud lagi.