iDAN

07 Januari 2010

Merisik Narita (Singgahsana)


Dari Jenaris melalui Lebuh Raya Lekas ke Nilai 3 sekitar 15 minit sahaja aku memerlukan masa untuk membeli-belah di sana. Semalam aku & Afiz ke Nilai 3 untuk merisik Narita. Tak ada rupanya Narita di Nilai 3. Yang banyak cuma cadar & tilam gulung sahaja. Terdapat Toto tetapi ianya dijual berbentuk pakej RM35 dengan 7 barangan, cadar, sarung bantal dan lain².

"Hari itu ayah dah cakap kena beli di Sungai Besar tapi masing² tak mahu; ayah pun silap bawa Narita yang lama itu!" Aku pantang tenguk benda cantik, ada tawaran selimut kelamin RM30 macam cadar pengantin capai & beli. Selimu aku telah lama lusuh!. Cadar tebal ini sedap buat selimut!

"Beli sahajalah Afiz Toto dua helai, tindihkan dua!"

"Tak selesa nipis!"

"Beli saja tilam gulung tu!"

"Keras!" ada saja jawaban Afiz ini.

"Kalau macam itu guna yang lama sahaja, guna yang ayah baru hantar dobi itu ; Narita yang Afiz punya tu nanti ayah jahit & hantar dobi!" Narita yang Afiz guna setahun lalu telah lusuh!.

"Takkan tak ada di Kamdar ayah!"

"Mana nak cari Afiz, Narita ini hanya banyak di sempadan Siam, Pedang Besar, Bukit Kayu Hitam sempadan sana sahaja yang ada. Dulu memang ayah ingat ada di Nilai 3 ini, ada satu kedai Melayu jual tapi kedai itu ayah dah tak pasti, tak cam dekat mana!, hari pun dah malam entah² telah tutup kedai tu!"

"Ayah yang memandai datang sini buat apa? Pula tu nak paksa Afiz guna Toto yang nipis itu; membazir!" isk! menguji kesabaran betul!.

Aku pernah bilang pentingnya ada banyak Narita di rumah; paling tidak biarlah ada dua helai yang sentiasa bersih untuk tetamu. Mila belasah semua, lusuhkan semua. Nak ke Sungai Besar bukannya dekat!. Sungai Besar sahaja yang terdekat untuk membeli Narita. Aku tak pasti di Lembah Klang ini di mana ada jual Narita ini. Ana Tajul baru sahaja berceritera dia beli di Sungai Besar semasa tawaran baru RM31 sehelai. Selalunya harga biasa sekitar RM38. Tak mahal mana pun tapi kenapa benda penting macam ini tiada di sekitar Lembah Klang ini. Yang banyak di Nilai 3 hanyalah cadar tebal. Juga tilam gulung yang keras itu.

Akhirnya semalam aku hanya beli bantal kekabu & cadar tebal. Hilang langsung minat aku mahu mencari barangan lain. Cadangnya kut! nak mencari baju gedoboh. Lagi pun aku perlu bergegas ke Kajang semula, ingatkan mahu cari sangkar kucing. Ada seekor anak kucing ini kehilangan ibunya. Telah seminggu tidur dalam kotak.

Sekitar 9:00 malam aku telah berada di Jalan Semenyih; di sini banyak kedai ikan & binatang pelihara; hanya ada sebuah kedai binatang pelihara yang masih buka. Mahallah pula sangkar kucing ini RM60 lebih. Buruk rona hitam. Sementara ini biarlah aku taruh anak kucing itu dalam kotak. Esok cari sangkar burung mungkin murah sedikit banding sangkar kucing. Tak perlu besar sangat sangkar anak kucing seekor ini; nanti kalau si topeng beranak banyak barulah beli yang RM60 lebih itu.

Di Nilai 3 Selain kain ela banyak jualan permaidani, perabut & barangan hiasan rumah. Sebaiknya kena banyakkan juga barangan yang berjenama di Nilai 3 ini agar lebih ramai pengunjung yang datang. Mungkin barangan elektrik & barangan komputer. Pasti dapat sambutan. Semalam hari biasa sekitar jam 9:00 malam nampak pekan ini telah mati; senyap sunyi tanpa aktiviti yang meriah. Mungkin hanya hari minggu di sini akan meriah sampai ke tengah malam. Tapi aku memang suka ke sini melihat pelbagai barangan dari Siam & Tanah Besar China.

Perabut di rumahku pun beli di Nilai 3, memang murah berbanding dengan harga sekitar Kajang ini. Biasanya tauke di Nilai 3 akan berulang alik ke Tanah Besar Cina untuk membeli perabutnya. Penghantaran percuma. Ada kalangan tauke perabut di sini miliki kedai di Pasir Gudang Johor; jadinya antara Pasir Gudang & Nilai 3 selalunya tak dikenakan cas pengangkutan. Aku tak pasti dengan perabut jati apakah lebih murah berbanding di tempat lain. Banyak terdapat perabut jati di Nilai 3. Rambang mata jika anda memang peminat perabut jati.

Seperkara lagi di Nilai 3 juga ada pasar basah. Untuk makan bersama keluarga pun nampaknya semakin banyak restoran pilihan di sini. Ada juga terdapat barangan dari Sarawak. Barangan kraf tangan dari Sarawak dijual dengan harga yang memang berpatutan. Moh!lah ke Nilai 3, kalau pun tak mahu membeli belah amat baik bersantai atau menjamu mata melihat barangan hiasan yang memang menarik!.

8 ulasan:

Shamshina berkata...

Saya tersenyum sendiri bila baca entry saudara Idan pasal Narita. Saya baru saja 2 3 hari lepas mencari benda yang sama di Nilai 3untuk anak saya yang kena menyewa rumah kedai ramai-ramai kerana semester 2 tidak dapat kolej.

Narita memang tak ada, Yang saya jumpa TOTO 7 pcs memang banyak. Jenis yang dijual dengan set cadar memang nipis sikit. Tapi saya mintak juga pekedai (Pakistani) tu check dalam timbunan TOTO tu yang hanya 1 pcs saja. Cari punya cari, at last jumpa juga 1. Toto tanpa set cadar ini agak tebal sikit. Saya terus beli dengan harga RM25.

azieazah berkata...

Salam Bang iDAN.
saya tidak pernah langsung ke Nilai 3. Pelik kerana tidak teruja. Nampaknya kena juga cuba pergi sekali.

Narita atau TOTO memang penting disimpan sebab mudah disimpan dan dikuarkan bila ada tamu berkunjung menginap.

Biasanya saya beli di Padang Besar. Harga lebih kurang sama jer dgn di Nilai.
Jika di KL, pasar malam pun ada, tapi harga mahal sedikit la.

iDAN berkata...

Sdr Shamshina,

Si Afiz & emaknya sama sahaja, saya dah kata beli sahaja di Sungai Besar tempoh hari; kata tak muat Avanzalah; banyak sangat cikadak! sedangkan kalau beli buka lapikkan di bangku Avanza apa masalahnya!

Sungai Besar memang banyak dijual Narita; Ana Tajul rakan ofis lama; memang rumah di sana RM31 sahaja sehelai ketika offer. Hari tak offer RM38. Penting sangat ada banyak Narita ini.

Tak mahal mana kalau RM40 sekali pun.

Kesnya samalah si Afiz akan mula masuk belajar nyewa di Shah Alam. Narita lama dah lusuh. Berkira amat; kalau memang tak ada di Nilai 3 apalah salah guna tilam gulung tu; keraslah; susah bawalah. Ingat nak bawa naik kapcai ke? Selaunya ayahnya juga ke hantar barangan. Memang angin saya dibuatnya.

TOTO tu memang saya jumpa; katanya nipis sangat!. Anak & emak sama saja susah nak runding!. Akhirnya balik saja; saya yang dapat bantal & selimut baru... Yahooo!.

Saya jenis capai beli sahaja. Penatlah membeli belah berkira amat!.

iDAN berkata...

Dik Azah!

Kalau nak nikah nak cari bunga telur atau hiasan rumah memang Nilai 3 tempatnya.

Ramai kata kain ela mahal sikit di sini; tapi saya suka amat beli barangan seperti beg mancing, beg sekolah, selimut, pakaian cina seperti jaket pun terkadang menarik! Rakan saya rajin beli barangan mainan anak-anaknya! memang murah & berbaloi!

Moh!lah Azah kita ke Nilai 3, ajak rakan-rakan cuci mata!. Jangan beli dulu kalau rasa mahal; sekadar survey harga apa salahnya. Nilai 2 pun banyak kain ela!. Saya belum pernah singgah Nilai 2 lagi!.

My Life My World berkata...

Salam Abang Idan, memang seronok ke Nilai 3, lagi seronok kalau bawak banyak duit sebab boleh beli macam macam. Tapi betul lah, kalau pergi malam memang tak best, semua kedai macam nak halau kita keluar jer kalau pergi waktu tu sebab nak tutup kedai awal.

iDAN berkata...

Ibunya Aran;

Sabtu malam minggu okey kut!; hari lain tu kalau malam memang betul mereka cepat tutup!. Datang siang senang nak parkir; jalan kaki rasa penat kecuali pakai kasut sukan.

Saya suka datang hari biasa sebab hari minggu orang ramai, susah nak parkir... Hari biasa boleh parkir depan kedai!. Shopping guna kereta sahaja!.

Telah ada Lebuh Raya Lekas lagilah jimat masa; rumah saya memang sebelahan lebuh raya ini.

Ingat nak pergi lagi!... saja cuci mata!.

echah_syed berkata...

nak nyampuk gak pasal toto/narita ni.. :p

combi pun pernah gila mencari toto/narita masa mula masuk rumah baru dikedah.

mana tidaknyer tetiba adik ipar talipon nak tumpang tido sbb nak hantar pengantin pergi perak.bukan satu famili tapi 6 famili.

aduiii...sudah ler kita baru masuk rmh baru semua pun takde lagi.mcm lipas kudung kami ke sana ke mari carik mende alah ni.

sekali jumpa terus beli 8 biji narita dgn 15 biji bantal serta 8 helai selimut.ambek ko!

selimut separuh beli kat pasar mlm separuh carik kat kedai.bantal beli kat supermarket.

bila nmpk narita/toto terkenang kisah lawak kami.

iDAN berkata...

Sdr Combi;

Nampak sahaja Narita ini perkara remeh; pening juga jika kita tak ada yang bersih sentiasa di rumah..

Bantal pun satu hal; jika rajin membeli bantal kekabu alangkah nikmatnya tidur. Bantal span ini rasa panas & tak selesa.

Tidur untuk kita berehat maka amat perlukan persekitaran yang selesa. Jika di Jepun mereka ada syarikat yang boleh mendobikan semula tilam kapas mereka, tiap bulan akan diganti sarung & tilam yang gebu pun harum baunya!. Negara kita masih tak ada syarikat sebegini.

kita ambil mudah dalam bab tilam ini; maka itu kalau beli tilam spring umpamanya mahu sepuluh tahun masih digunakan lagi!.

Tilam spring rumah saya ada dawainya dah mula reput! memang kena ditukar!.