Yang rona merah saga ini aku panggil kereta perang
berlubang-lubang badannya kena peluru masa... tua dah kereta ni!
"Ibu kata dia dah tanda tangan; kalau apa-apa terjadi doktor kena buat kejutan elektrik.."
"Kenapa sampai macam itu, ibu tak cerita pun pada ayah sakit Mak Nyaie semakin kritikal, kita kena pergi melawat dia.." aku sengaja memberanikan diri bawa kereta perangku berjalan jauh.
Afiz & Mie baru kemalangan. Nak katakan Mie ini apa pun aku tak tahu!, telah pergi merisik tetapi baru separuh jalan. Ibunya Mie telah tahu niat kami, tapi ayah Mie tak jumpa lagi. Keluarga Mie ini berpisah sejak lama.
Ini kali kedua aku lihat Mie, kali pertama semasa merisik di Seremban tempoh hari; nampak dari jauh sahaja. Hari ini kasihan tenguk dia, jalannya dah tempang; kaki bahagian lututnya mungkin bengkak. Mereka kemalangan di selekoh Hentian USJ. Nasiblah tak cedera parah. Tapi Afiz tangan & rusuknya luka. Agak besar juga luka di rusuknya. Mie kakinya mungkin bengkak & lebam terhimpit kapcai Lagenda Afiz. Selekoh itu memang tajam; mungkin ada pasir atau jalan licin. Tersilap tarik brek hadapan. Dua-dua terbang tercampak; kapcai sangkut di penghadang jalan. Mujurlah tiada kenderaan yang redah dari belakang!.
"Ramai yang nampak tak tolong kami ayah... ada seorang abg itu dia dah terbabas jauh berhenti tolong angkatkan motor Afiz tersepit!" Kapcai Afiz masih boleh jalan, kopak sana sini.
"Ayah tiga kali kemalangan teruk pun sama Afiz, kalau orang tenguk kita bangun memang tak siapa berhenti, nak tenguk kita senyap tak bergerak kut! baru tolong... abg tu orang kita Melayu ke?"
"Haa aah!, nak tarik seorang susah juga sebab motor tu tersepit di penghadang jalan!"
Memang sejak pagi aku rasa tak sedap hati, Afiz mahu berulang dari Meru, aku membayangkan Meru itu sibuk sangat; terutama jalan antara Pekan Meru ke Batu 8 rumah Mila. Kecil banget jalannya. Lori, bas kenderaan bukan main laju. Kalau bawa kereta pun rasa cemas sahaja ikut jalan kecil ini. Kekawan Afiz pun satu; tak segera sewa rumah, katanya telah seminggu lewat. Afiz masih tak punya rumah sewa.
Aku teringat telah 3 kali aku terbang dari kapcai; paling teruk ketika si Atan jadikan aku perisai; ketika tayar pancit aku tak dapat kawal lagi kapcaiku. Si Atan peluk aku kemas-kemas tak lepas; aku jadi tilamnya. Misai hilang separuh tangan koyak, kaki bengkak lebam. Bayangkan hilang misai & bengkak mengalahkan ikan kaloi!. kapcai jangan ceritalah. Si Atan bahagia tak apa-apa pun. Calar pun tidak. Kapcai aku sangkut di penghadang jalan; kalau tak ada penghadang jatuh ke lurah. Jalan itu punyalah sesak tak jauh dari Lapangan Terbang Sungai Besi. Aku dalam sakit-sakit cepat-cepat bangun takut digilis lori dari belakang!. Atan terpaksa tahan teksi balik ke Ampang; Mila terpaksa naik bas; kapcai boleh jalan tapi semua kap & depannya bogel. Masa itu aku hantar & jemput Mila kerja di Jelatik sebab tunggu pesanan kereta tak keluar-keluar. Dua kali lagi jatuh seorang sendiri, tayar pancit juga puncanya, tengah memang laju betul-betul di selekoh nak masuk lebuh raya dari hentian Kajang. & yang ketiga langgar anjing kurap di Sungai Chua, kemudiam ada mamat wajah Mamak Penang redah aku dari belakang; jauh juga ke seret!; Tok Perak nampak aku jatuh, berhenti kejap sahaja tenguh aku berdarah-darah pun dia kejar kad perakam waktu!. Pun teruk juga sampai sekarang lebam di peha ini tak mahu hilang; Beku darahnya. Maka itu jangan ingat menunggang kapcai ini selamat!. Tiga kali jatuh teruk itu rasa jeran sangat nak bawa kapcai ini!.
Setelah aku hantar Afiz & Mie ke klinik, aku bertanyakan bagaimana jadual mereka.
"Afiz ingat nak ke Seremban ambil pakaian Mie kemudian tidur di rumah ini!"
"Ibu tak ada di rumah Afiz, tak manis rasanya; Ayah hantarlah!"
"Nak naik apa?.."
"Cuba telefon ibu kut! dia mahu balik!" aku memang tak sangka Mak Nyaie setenat yang Afiz cerita, masa bualan dia di telefon itu baru aku tahu!. Memang hancur komunikasi Mila dengan suaminya. Apa salahnya bercerita tentang sakit emaknya. Setahu aku memang Mak Nyaie keluar masuk wad; tapi dalam sehari dua keluar semula. Kini telah seminggu kut! dia ditahan di wad. Hari Sabtu aku tenguk Mila macam tak kisah pun, petang Ahad baru dia kasi tahu nak jaga Mak Nyaie malam Senin sampai malam Selasa. Maknanya telah empat hari Mila cuti. Minggu lalu malam Khamis & malam Jumaat dia jaga Mak Nyaie di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR).
"Macam mana ibu tak balik ke?..."
"Dia tanya berapa kena bayar klinik, tak sampai Rm100 tak teruklah!..." pulak!, Tuhan masih sayang Afiz & Mie maka tak seteruk mana!; tapi tercampaklah!.
"Tak apalah Afiz kita tawakal sahaja, rasanya malam-malam kereta ayah itu okey! Biar ayah hantar Mie ke Seremban & Shah Alam!"
Aku mencongak masa dari Jenaris ikut Lebuh Raya Lekas ke rumah Mie sekitar 15 minit sahaja. kemudian terus ke Shah Alam sekitar sejam. Hati memang risau nak redah malam-malam dengan kereta perang!. Cumanya kalau sangkut di jalan boleh kontak Mila. Itu yang menyakinkan aku!.
Tak kan nak biarkan Afiz perah kapcai malam-malam. Badannya sakit pula tu!. Sudah kena cucuk ubat pelali. Takkan lama sangat tahannya ubat tahan sakit itu. Itu satu hal, Mie pula bagaimana?. Makan ubat nanti mesti mengatuk!. Kira okeylah kereta perangku; penghawa dinginnya memang pelik, kalau cuaca panas sering tak hidup; Pengap sahaja. Jika malam-malam siap keluar salji sejuknya. Baru dibaiki tu!. Masih meragam. Cuma aku risaukan air di radiator, selalu panas jika terperangkap dalam kesesakan. Berkarat lagi radiatornya. Jangan mati enjin sudahlah.
Ketika di Jalan Mantin sekitar Kampung Belihoi & Kampung Raya; kadar ketinggian panas radiatornya naik memuncak. Jalan raya di situ gelap & hutan rimba lagi. Selalu tanah runtuh; mesti banyak tenggiling di sini. Risau juga aku kut! kereta perang sangkut. Sepatutnya 15 minit sampailah ke rumah Mie, hampir setengah jam tak sampai-sampai, aku memandu sekitar 80kmj ; tak berani laju. Sampai di rumah Mie sekitar jam 9:00 malam. Lega rasanya kami selamat sampai tapi perjalanan jauh lagi. Kau jangan naik panas lagi duhai radiator bisik hatiku.
"Pagi tadi makcik buka peti ais tetiba berderai barangan terkeluar!, memang makcik rasa tak sedap hati teringatkan Mie!" biasalah hati seorang ibu cepat mengesan sesuatu kejadian yang bakal berlaku. "Dah bawa tak ke klinik!" tanya ibu Mie. Dia tetiba muncul sedang aku godek-godek kereta perangku! dalam gelap sebelah gerainya.
"Sudah!, tapi Mie tu.. masih tak makan lagi ubatnya..."
"Tak nak masuk minum air?"
"Tak payahlah makcik baru sahaja kami makan tadi" sebelum ke Seremban aku makan di Restoran Erawan tadi. Aku & Azim makan Bihun goreng ala Siam; Afiz & Mie makan nasi goreng ayam. Pekena air perahan Epal Hijau tentunya turun sikit tekanan darahku. Sejak pagi memang terasa pening & sakit kepala. Meraban sahaja badan ini. Puncanya biasalah lambat sarapan & lambat makan ubat. Pantang betul. Degil makan ubat satu hal!.
"Makcik suruhlah Mie tu makan ubat; nanti masuk angin tambah bengkaknya itu lagi teruk!.."
"Biasa jatuh macam itu, baru jatuh tak terasa; bangun pagi nanti siaplah!"
Sekitar 9:30 malam kami bertolak dari Seremban. Afiz ajak aku ikut Lebuh Raya Seremban KL, ikut KLIA terus ke Batu 3. Aku takut sesak & enjin panas; Jalan KLIA itu lagilah sunyi. Ketika menuju ke Shah Alam nampak kereta perangku okey!; penghawa dingin sejuk sangat; kepanasan radiator separuh!. Bagus jampi serapah arwah Apak ini.
Mie senyap di belakang; sesekali dia terkejut. Diganggu lipas. Lipas pun tak tahan sejuk. Jarang lipas ada dalam kereta perang ini siang-siang. Terkejut kut! tenguk kereta ini berjalan malam-malam buta. Kasihan Mie malam-malam naik kereta buruk!.
Aku terkenang Mak Nyaie; tahun ini telah masuk tahun ke sembilan kut! dia cuci buah pinggangnya. Dari cara awalnya dialysis darah, sekarang telah guna air; telah tebuk di perut. Setiap hari 8 jam kena buat cucian sendiri. Biasanya dari 8:00 malam sampailah ke pagi. Tak boleh bergerak ke mana-mana. Mengadap mesin buat sendiri di rumah sahaja. Berjalan pun telah tak kuat lagi terpaksa sentiasa berkerusi roda. Jantung Mak Nyaie memang tak kuat lagi. Dia sering berulang alik ke IJN. Usia Mak Nyaie pun sudah sekitar 70an. Mana tidaknya Mila pun telah penghujung 40an. Anak sulung; jika 50+18 emmm! pastinya Mak Nyai sekitar 70an, aku tak pernah tanya berapa umur Mak Nyaie pada Mila.
Sembuhnya tak mungkin cuma harapan masih berumur panjang sahaja yang ada. Andai tak ada Mak Nyaie di Meru aku telah nampak, tak pasti mahu bermalam di mana lagi. Rumah pusaka telah jatuh menjadi milik adik bungsu Mila si Ifi. Dapatkah isteri si Ifi ini menerima ramai tetamu.
Aku lihat Afiz tertidur, Mie pastinya telah lena sambung tidur di rumah sewanya; Jam telah hampir 11:45 malam. Harap-harap Mie akan cepat sembuh; esok tak jalan tempang lagi. Harap-harap Mak Nyaie akan keluar cepat dari Hospital.
Nampaknya kembara dengan kereta perang telah masuk ke hampir 4 jam. Emmm! telah boleh sampai Perak!. Aku lalu di simpang Afiz kemalangan Hentian USJ memang curam & ada selekoh tajam. Maka itu aku fikirkan, seburuk-buruk kereta perang, bila sesak begini berguna juga!. Tak sabar rasanya nak cat baru kereta perang & baiki enjin sebaiknya!. Rasanya sekitar RM2,500 kereta perang akan kembali anggun. Duitnya memang ada tapi aku masih dalam tempoh bertapa. Menunggu tabungan membiak & sesuai digunakan!. Entah bila!.
Takrif : Jeran = Tidak mahu lagi melakukan sesuatu kerana pernah menderita dll akibat perbuatan itu; serik. Kamus Pelajar Edisi Kedua. Jera: Tidak mahu (berani dll) berbuat lagi, serik, kapok, jeran: ia telah ~ bergaul dgn pemuda itu; menjerakan menjadikan jera, menyebabkan serik, menjerankan. Kamus Dewan Edisi Empat
4 ulasan:
Tumpang simpati dengan kemalangan yg terjadi pada Afiq dan Mie... get well soon..
Juga semoga sejahtera buat MAK NYAIE. Walau mungkin sembuh sudah tidak menjadi perkiraan, tetapi mendorong dan menggembirakan dia, tentu tidak menjadi masalah, kan?
Benar Bang, seburuk-buruk barang, ada kala sangat berguna pada masa2 terdesak.
Servis ler, spray kaler baru. Mesti bersemangat nak guna nanti. Silap-silap bleh bawa pi dating dengan Azie.. hehehehehe
Dik Azah;
Selalunya jika berjalan jauh ada Avanza Mila tu! maka tak ambil tahu sangat kereta perang ini. Sekadar bawa anak-anak pergi sekolah & jalan sekitar Kajang.
Hari tu masa gathering nak jumpa Bro Mazidul pun ingat nak numpang kereta Dik Azah tapi mungkin Dik Azah tak buka e-mel. Si Azim macam minat sangat nak mandi sungai.
Memang cadangnya nak spray kaler baru, enjin baru tukar sebenarnya. Tapi nak dating tu risau juga takut anak dara orang kepanasan di jalanan. Tapi kalau nak bersauna di kereta perang tu tak jadi hal; tadi pun kejap idup airconnya kejap senyap!; kena servis balik ler tu!
Kereta ini baru satu nama tu!; beli dari proton; tak pernah kemalangan teruk; kemik-kemik tu biasalah. Dulu Kak Mila yang pakai.
Barangan gantiannya pun tak mahal tu yang sayang nak jual. Kalau tukar baru pun baru laku RM5,000 kau nak jual ingat seribu dua pun tak laku!. Baik kita jadikan kereta main-main. Asal boleh jalan kira okeylah!.
alhamdulilah..selamat...bhy nye..nasib baik semua x ada yg teruk sgt..byk2 lh berehat..sbb kita xtau kalau ada luka dlm plak..
Kemalangan ini sebenarnya satu ujian; arwah Kak Ha naik basikal terjatuh; kepalanya terhantuk ke batu pun boleh meninggal. Orang kata kalau sudah ajal mudah sangat puncanya.
Afiz tu nampaknya dah mula demam, mungkin sakit di rusuknya agak dalam. Macam mana anak muda merancang pun payah kita nak betulkan; sepatutnya dah ada rumah sewa tak perlulah berulang jauh; hari ini baru 13hb. Harap-harap Allah SWT lindungi perjalanannya berulang dari Jenaris ke Shah Alam itu!. Agak jauh juga.
Catat Ulasan