Senyap seketika, tak dapat menulis panjang-panjang sekitar 3 hari ini; Mila asyik pandang serung sahaja minat menulis ini.
Sempat lari ke CabSquare KL, pertama kali jejak kaki di sini. Tenguk 3 Idiots; semua benggali yang tenguk. Ramai benggali moden di Malaya rupanya. Cantik-cantik belaka. Ada juga benggali Muslim. Pakistani kut!. Hebat filem ini dah sebulan tayang di pawagam masih penuh penontonnya. Dapat tiket dua baris dari depan.
Kena uruskan Aziq hantar ke Sek Teknik Gombak; tersangkut di Batu Cave; Ahad pun tak habis berarak lagi. Lihat patung Tuhan Perempuan orang Hindukah itu?. Tersergam gahnya. Nanti orang cina mesti nak buat juga. Dulu di Nilai patung Guru Cina dipersoalkan tepi lebuh raya. Apa jadi Batu Cave ini?. Sensitif.
Afiz & Mie pun kena hantar ke Poli. Sempat ke Seremban jemput Mie. Mie nampaknya makin sihat selepas kemalangan tempoh hari.
Sempat ke TESCO beli ikan segar & udang, tawaran murah & beli tilam lipat buat Afiz. TESCO ini bukan milik kita tapi orang kita borong semua barangan macam esok nak darurat. Aku beli bakul kecik sahaja emmm! bantulah juga; Faham-faham sahaja orang sudah bersara, berbelanja pun ikut taraf persaraan.
Semak duit di bank, klim pindah tak masuk lagi. PTPTN Afiz tak masuk lagi. Macam mana nak bantu dia. Afiz masih tak dapat lagi rumah sewa. Kekawannya tak berduit nak bayar cagaran sewa rumah. Nampaknya Mila kena bantu Afiz lebihlah bulan ini.
Mila cuti Hari Wilayah hari ini; kena cari harapan nampaknya.
Cab Square tu sebelah Bukit Nenas, baru buka; lebih kepada tempat makan-makan. Banyak lagi ruang tidak disewa.
Ibunya Aran, kalau ke sana kena bawa duit banyak; kut! anak-anaknya teringin nak makan benda yang pelik-pelik. Tempaknya cantik cuma sunyi tak ramai orang pun.
Saya ini memang jarang amat berchatting, kalau ada si Eris atau kekawan kenal sahaja; tak punya masa nak tegur orang yang tak kenal di internet ini.
4 ulasan:
Salam Idan
Kat mana tu, Perancis ke atau kat Mexico?
Bahasa jiwa bangsa.
Tulah pasal Sdr YB, CabSquare ini sunyi gila, bayangkan jika anak makan Tomyam sepinggan mahu sekitar tiga kali ganda harganya.
Jika tiada RM30 (Seorang)jangan cuba duduk-duduk makan di sini. Takut kena basuh pinggan. Takad minum tu okeylah!.
Nasiblah ada mini market yang jual biskut & barangan yang sama harganya di luar sana.
CabSquare ini sesuai untuk pelancong & golongan elite yang tak sudi makan di gerai kita.
Tentang nama CabSquare ini, nampaknya orang kita tak suka nama Melayu, mungkin pelaburnya bukan orang tempatan.
Itu bagusnya Putrajaya; pandai kasi nama umpamanya Alamanda. Gabungan dari alam anda; rasanya sedap apa nama macam tu!.
Salam Abang Idan, tak pernah dengar la CAB SQUARE ... kat mana tu?
Sibuk abang uruskan anak anak sekolah yer. Dah lah jauh jauh pulak tu. Tak per ... saham tu bang ;)
Pesan kat Kak Mila, tak yah risau abang tak chatting pun kat tenet. Hehehehe ... eh eh betul ker tak chating ... wahahahaha :)
Cab Square tu sebelah Bukit Nenas, baru buka; lebih kepada tempat makan-makan. Banyak lagi ruang tidak disewa.
Ibunya Aran, kalau ke sana kena bawa duit banyak; kut! anak-anaknya teringin nak makan benda yang pelik-pelik. Tempaknya cantik cuma sunyi tak ramai orang pun.
Saya ini memang jarang amat berchatting, kalau ada si Eris atau kekawan kenal sahaja; tak punya masa nak tegur orang yang tak kenal di internet ini.
Chatting amat melekakan.
Catat Ulasan