iDAN

24 Februari 2010

Kementerian Pelancongan Malaysia kena baca ini (Delima Merkah)

Blogger iDAN berkata...

Saya ada talian telefon bebas tol tajaan Streamyx... di antara talian tetap ke talian tetap seantero Malaya; maka banyak tempat peranginan yang telah saya telefon & buat bandingan. Pihak hotel ini macam berpakat; rata-rata jika mahu selesa menginap di mana-mana penginapan keluarga sebesar saya ini; enam orang, empat dewasa dua kanak-kanak terpaksa mengeluarkan sekitar RM350 (Resort 2 atau 3 bilik) bagi satu malam. Ingat iyer ini baru kos penginapannya. Tak masuk makan, perjalanan & beli belah. Jangan tanya hotel 4 atau 5 bintang bagi Kamar Keluarga rata-rata RM500 ke atas. Bagaimana orang biasa nak melancong ni!. Dalam kajian saya Melaka agak murah, terutama di rumah rehat tepi pantai. Sekitar RM200 kita boleh selesa sewa dua Kamar Keluarga di sana. Itu pun atas usaha individu, buat rumah penginapan sendiri. Malahan disediakan pakej untuk makanan yang berbaloi buat seisi keluarga. Rumusannya ketika keluarga kecil anak baru seorang dua; puaskanlah melancong sebab memang kosnya amat rendah & banyak pilihan. Sudah tua begini kena fikir dua tiga kali kalau mahu melancong dengan keluarga. Kementerian Pelancongan Malaysia sebaiknya kena memberikan syarat; mesti ada potongan bagi Semua Rumah Penginapan seMalaya; baik hotel, chalet, resort segala. Potongan Untuk Keluarga Besar; Golongan Bersara, Warga Emas, Ibu Tunggal ramai tanggungan & jangan lupa Orang Kurang Upaya (OKU). Kasihan golongan ini asyik stres & duduk rumah sahaja. Jangan mimpi nak tidur di hotel 5 bintang guna duit sendiri. Apa ertinya pembangunan jika hanya untuk golongan bangsawan atau pelancong dari negara maju semata; golongan rakyat marhaen sekadar bentang tikar mengkuang, balik hari, jika mahu berkelah atau ke mana-mana. Lagi pening, jika waktu padat lagilah mahal bayarannya. Gila ke apa semua syarat yang diluluskan ini. Mahu untung berganda.

2:52 Pagi

Bagi rakyat marhaen Balik kampung juga bagaikan melancong.

Rakan saya yang baru balik dari UK sekitar 5 tahun tinggal di sana. Dia amat terkejut dengan melambungnya harga barangan di Malaysia. Sampai dia takut ke TESCO jika cuma ada RM50 di tangan. Dia kata di UK jika ada GBP50 duit mereka sarat troli, tak mungkin muat bakul jinjing. Barangan makanan maksudnya. Buahan ikan segala. Dia pelik tenguk harga durian, seakan sama harganya 5 tahun lalu. Nampak sangat durian banyak di kampung Melayu atau di hutan milik Orang Asli. Golongan ini tak asyik nak buat duit berganda. Tak sampai hati nak naikkan harga. Kenapa pengusaha hotel tidak begini. Mahal sangatkah nak bayar lesen tiap tahun. Hotel telah gah tersergam indah, kenapa tiada pengunjungnya. Hujung tahun lalu saya tidur di Teluk Batik Perak. Ada saya catat dalam blog ini. Pihak resort sanggup jadikan resort mereka bagaikan bangunan berhantu. Sunyi tak ada orang; tidak sekali menurunkan harga. Biar hantu jembalang tidur di resort mereka. Kerajaan kena buat kajian terperinci dalam masalah ini.

5 ulasan:

YB berkata...

Salam Idan,

Itu sebab perlancongan m'sia tak berkembang. Ekonomi berdentum sikit dah pakat melalak semua. Hotel dah jadi rumah drakula. Mana yg ada kaki di mana mana agensi mulalah pujuk suruh buat meeting kat hotel dia.

Sekarang kalau kita melancong keluar ctn nya bandong, medan, cina, kosnya agak lebih kurang jer. Aku pun dah tanam impian nak ke cina. Bila boleh pergi...entahlah.

iDAN berkata...

Sdrku YB,

Sebaiknya kerajaan menetapkan syarat begitu. Dengar ceriteranya Hotel Seri Malaysia sahaja ada potongan untuk staf kerajaan. Aku tak pasti hotel mana ada lagi.

Aku berbual dengan pengurus resort di Teluk Batik tempoh hari, dia sediakan makan bagi penginap di hotelnya sebagai langkah promosi. Itu satu yang baik.

Itu pun org kita tak mampu, tak ingat hari tu berapa kena bayar, ada dlam blog ini kut! Resortnya amat seram tinggal di sana. Nak keluar bilik malam-malam kecut perut. Sepi tak ada orang yg datang pun ada sponsor dari kompeni atau agenci.

Impian kita sama YB, aku teringin nak ke cina. Katanya ramai org Islam di sana. Jadi tak timbul masalah makan. Medan aku telah pergi menarik Danau Toba itu, rasa terpanggil nak ke sana lagi. Kalau rajin bodek si penyambut tetamu lelaki di Istana Raja Batak itu dapat ubat guna-guna nak nikah lagi satu. His!.

Tapi di Medan hati-hati jangan jalan sendirian asyik kena ugut & banyak penipuan. Aku & Mila kena ugut oleh penarik beca.

Ikut agenda syarikat pelancongan sahaja. Jangan pergi seorang elok bawa bini. Banyak ayam di sana.

Kalau nak pergi elok empat hari 3 malam baru rasa puas. Hari itu kami pergi cuma tiga hari dua malam. Lama dah! 90an kut!.

Bandung tak pasti; kut! digegar gempa bumi pulak. Bali ramai kata kena hati-hati tentang makanan. Sana faham sahaja ramai bukan muslim.

Adik ipar aku pernah ke cina, memang barangan murah & menarik amat katanya.

Australia mungkin pilihan terakhir sebab kosnya amat tinggi. Ada si Eris di sana, tapi takkan nak numpang rumah orang sampai lebih dari tiga malam.

Agar impian ke cina itu akan tercapai.

kelompen berkata...

IDAN
saya lebih senang balik kampung , tenang menghayati alam. dekat dengan sg pahang, bermain air.

iDAN berkata...

Kelompen,

Semalam tetiba anak yg bungsu si Azim tukar progrem, dia mahu ke Pedas mandi air panas. Satu peluang yang amat saya tunggu.

Saya sempat ke jeram & perkampungan org asli. Keindahan jeram masih terpelihara. Taman Rekreasi Gunung Datuk Rembau airnya masih jernih & menarik dikunjungi. Ada rumah penginapan di sana. Tapi amat sunyi & elok berkunjung berkumpulan di sana.

Kampung org asli semakin tercemar & diterokai oleh orang kita. Tak semundur dulu, segala kemudahan telah ada.

Dr Ant berkata...

perghh!!..gempak2!!..huhu..