iDAN

22 Februari 2010

Moh! Balik Kampung (Singgahsana)

apa janji kota sana...

sedangkan dusun kasih kita makin terbiar...

(klik imej jika mahu melihat indahnya cahaya di desa turun dari awan)


13 ulasan:

Cetusan berkata...

sikap berjiran di kampung teruja

kelompen berkata...

IDAN
sesekali balik kg mendekatkn kita dengan alam, padanya Maha Pencipta. di padang terbentang, hijau hutan merimbun pandang, teduh dan tenang. kita menjadi asyik, menghitung dan membilang, terlalu banyak nikmatNya tiada terkira, lantas kita panjatkan kesyukuran tiada tara.
betapa alam adalah anugerah.
dengan rezeki melimpah.
makmur dan bertuah.

asilahmuhajer berkata...

mana dapat gambar2 yang cantik ni. bila tengok haiwan2 tu, teringat plak depan sekolah saya ni tiba2 semalam ada banyak lembu. rasanya sebelum2 ni takde pun. dahla bela tepi jalan besar. risau lembu2 tu kena langgar.

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Sekarang di kampung saya makin berbalah politik. BN nampaknya semakin kuat, sedang kaya jual pasir & nak buat kilang simen, terkini nak buat lapangan terbang kargo pula!... mahu robekkan semua Tanah Rizab Melayu.

Dulu saya baca memorandum PR dalam masalah kilang simen ini; BN boleh terbalikkan fakta & suara hati rakyat. apa ada kuasa PR di Perak lagi!. Bungkam 0/5 satu pukulan hebat!.

Saya sebenarnya benci akan kemajuan di kota ini; bukan milik org kita pun, dan kini kampung halaman pun habis mahu diteroka orang.

Terkadang saya terfikir, jika saya mati & dapat menjadi Hantu macam filem Wolf saya mahu cekik semua org yang bagaikan nanar ini! di setiap kali bulan mengambang.

Apa lagi nilai kejiranan jika kita semakin gila mengejar kekayaan. Terusan berbalah dalam politik begini.

iDAN berkata...

Sdr Kelompen,

Saya sedang berangan nak buat hutan simpan, saya tak minat dengan kelapa sawit, saya ingin melihat tanah paya kembali dijagai & pokok teratai mula mengembang.

Sekarang kalau kita tanya mana rupa pokok bakung pun ramai tak kenal. Sedangkan ianya amat indah dicelahannya puyu bertelur. Anggerek berkembang. Belibis mencari udang atau bersarang.

Baru hujung tahun lalu saya balik kampung; semua pokok bakung yang indah ini telah dibuang, kononnya nak diternak ikan di sini.

Kita tidak pernah sayangkan alam sebenarnya, tenguk hutan di Puchong Selangor; habis gondol tak pasti tinggal berapa % yang masih selamat.

Cuba kita turun dari kapal terbang, lihat bagaimana sekitar KLIA habis bumi ini dibangunkan tanpa menjaga hutan. Sedangkan herba di hutanlah ubatan kita. Herba di hutanlah penyembuh banyak penyakit. Herba di hutanlah lebih mahal nilai berbanding kelapa sawit atau getah jika kita rajin majukan & terusan membuat penyelidikan. Yang kita tahu hanya Tongkat Ali. Sebut khasiat pucuk sentang, jering, petai, kerdas semua itu kita tak akan percaya lagi.

Saya sayang amat akan hutan, tapi nampaknya kita bukan saja melupuskan hutan, warga hutan & Tanah Orang Asli pun kini kita mahu rampas. Kera & monyet di kampung saya pun tak tahu mana lagi hutan buat mereka berteduh.

Demi kemajuan!; Cuba tenguk Penang & KL. Kemajuan untuk siapa?.

Kemudian kita tuduh bangsa kita, bangsat & tak tahu buat harta. Malas asyik nak bertongkat dengan subsidi kerajaan. Betulkah dakwaan ini?.

Saya amat sayang hutan. Nak jadi orang hutan.

iDAN berkata...

Cikgu,

Saya ini dulunya penggodam komputer, nak ceroboh laman sesawang memang tak jadi hal.

Gambar ini saya curi di situs Indon; orang kita serumpun memang kreatif, gambar yang mereka ambil amat tinggi nilai seninya.

Jika cikgu suka gambar begini, nanti saya akan godam lagi!. Jangan kasi tahu orang pula!. Saya buat ceritera sahaja.

azieazah berkata...

Menyebut kampung, banyak yg terlintas di fikiran, tersebut di hati..

kenangan di ruang mata..

tempat jatuh lagi di kenang...

YB berkata...

Salam iDAN

Nak cakap apa lagi... hidup bagi mereka duit. Pungxxxx orang pun digunakan untuk untuk mengejar duit... Huuhh

iDAN berkata...

Dik Azah

Bayangkan kampung kita telah tiada lagi, habis dijadikan lapangan terbang, habis dijadikan kilang simen. Kita sekadar dapat dengar gemuruh bunyi kapal terbang, kita sekadar menyedut habuk lori simen.

Kasihan datok moyang kita dulu penat meneroka tanah hutan rimba dijadi kampung halaman, dusun atau sawah padi.

Tak kisah ada pembangunan tapi bukan caranya merampas tanah Rizab Melayu yang sebanyak mana sangat di tanah air kita ini.

Saya amat merindui suasana kampung dulu, damai & durian pun lebat berbuah!.

iDAN berkata...

Dik Azah

Bayangkan kampung kita telah tiada lagi, habis dijadikan lapangan terbang, habis dijadikan kilang simen. Kita sekadar dapat dengar gemuruh bunyi kapal terbang, kita sekadar menyedut habuk lori simen.

Kasihan datok moyang kita dulu penat meneroka tanah hutan rimba dijadi kampung halaman, dusun atau sawah padi.

Tak kisah ada pembangunan tapi bukan caranya merampas tanah Rizab Melayu yang sebanyak mana sangat di tanah air kita ini.

Saya amat merindui suasana kampung dulu, damai & durian pun lebat berbuah!.

iDAN berkata...

YB kita membesar dalam kelompong mereka.

Tak semua kalangan BN itu tamak belaka; samalah tak semua PR itu jujur & ikhlas belaka.

Tapi aku amat terkilan seperti kes rampasan Tanah Rizab Melayu ini demi alasannya pembangunan. Terlalu murah nilai pampasan yang diberikan. Itu yang berlaku di Putrajaya, yang berlaku di Bukit Dukung, Kajang ini. Pun banyak lagi tanah yang asalnya berstatus pertanian ditukar ke bandaran.

Bila harta tanah telah di tangan mereka status tanah ditukar & mereka mendapat duit terpijak bukan jutaan RM jumlahnya. Diperbodohnya orang kampung yang sebangsa dengan kita.

Kemudian dijadikan lebuh raya yang kita rakyat marhaen tersiksa membayar tolnya. Berapa peringkat mereka ketuk duit rakyat miskin ini.

Itu yang berlaku dikampungku; diwakafkan tanah terbiar; mereka ambil laba 70% dari hasil tanah. Apakah benar 30% ini sampai kepada empunya tanah.

Mainan lintah darat ini sampai bila baru boleh kita kekang!.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Apa ada pada bandar yang hiruk..
Sedang ada permai di kampung ceruk..

Ada apa pada langit bangunan besi..
Sedang langit biru lebih seri..

Ada apa pada kereta yang bersesak di jalan..
Sedang ada damai pada kawanan ternakan..

Ada apa yg dikejar di sana..
Sedang yang dicari ada di sini..
Lumrah manusia kini..
Barangkali..

iDAN berkata...

Sdr Diana,

Saya sering menemui rakan & taulan di alam maya yang amat menyayangi kampung halaman tetapi saya amat pelik bila berbual dengan rakan sekerja.

Umpumanya abg Isa, Ulan, Pak Wahid & ramai lagi. Kata mereka;

"Balik kampung telah tiada makna, semua orang muda yg tak kenal kita, rakan lama semua telah pergi entah ke mana?"

Apa mereka tak rasa, bila telah bersara begini, siapa sebenarnya rakan kita. Siapa datang bertandang, siapa menyapa kita. Semakin sifarlah Diana.

Mungkinkah mereka tak ada tanah dusun terbiar seluas pusaka kami. Saya amat risaunya terbiar.

Yang sedihnya saya tak punya kudrat & kewangan yg cukup bilamana org rumah sendiri mahu mati di kota ini.

Seperkara lagi jika mati di Jenaris berkubur bersama Mona Fendi & banduan. Mati di kampung halaman bersama pusara emah & apak yang dirindui.

Kalau Diana boleh memilih nak pilih yg mana?

(Biar pun org kata kubur itu bukan ketentuan kita!.)