Kalau pegi sini kena standby ubat nyamuk...nyamuk banyak sebab belakang chalet ni hutan dan banyak kawasan air bertakung"
"Once you are within the compound, you will notice that the resort is very clean and well-mantained and is value for money. The facilities all work very well and the resort is near to many eateries and shops. The beach facing the resort is superb and breathtaking..."
"The owners and the staff of the resort is very friendly and good guide other travellers to places of interest."
"cherating bayview resort not bad ma, beach just within 1 min walking... if you dare you can just straight jump to the sea from the window @ nite"
iDAN
26 April 2010
iDAN di Cherating BayView Ahad ini (Singgahsana)
Dah tempah sejak dua minggu lalu dengan Tuan Haji Meor
Milik Orang Kita, Jangan tanya fasal berapa bintanglah!.
Lot 367, Kg Cherating Lama,
26080 Kuantan,
Pahang, Malaysia
No Tel: 09 581 9248 No. Fax 09 581 9415
Itu pun cuma tinggal lagi satu sahaja bilik untuk keluarga. Waktu sesak Tuan Haji kenakan sewa RM190 untuk Bilik Keluarga. Hari Biasa sekitar RM 120 ke RM150 sahaja. Katanya boleh muat sekitar empat dewasa; Maksudnya ada dua katil kelaminlah kut! Kena bawa Narita kalau nak tidur beramai. Tenguk dalam gambar memang menarik. Tepi pantai. Siap kolam renang, ada restoran, taman yang bersih & persekitarannya ala kampung!.
Aku banyak juga baca komen mereka yang pernah menginap di sini; biasalah ada yang suka & ada yang tak berapa suka. Terutama layanan empunya resort & serta kemudahan asasnya. Itu adatlah. Ini bukan hotel 3 bintang. Sesekali nak rasa juga suasana terpencil & jauh dari kota. Jalan masuk katanya agak payah sebab kurang papan tanda jauh terpencil siap terpaksa lalu Tanah Perkuburan Melayu lagi. Nama lagi Kampung Cherating Lama, kampung Melayu mesti ada kubur; Aku telah lihat di Wikimapia memang ianya berupa tanjung yang terpencil.
"Tak bolehkah kau buat masa cuti sekolah Fairuz!" Fairuz ni tak suka namanya dieja Fairus, apa fobianya dengan huruf S bagi dirinya. Aku suka S banding Z; tenguk Z aku dah seram; askar yang suka guna Z (Jangan Zeq terasalah pula!.)
"Cuti sekolah sotong pun cuti Abg iDAN!, cuti makan, cuti keluar lubuk, macam mana nak tangkap mereka!"
"Iyerlah! sotong di Terengganu pandai membaca" keluh aku.
Pada awalnya Afiz memang mahu ikut, tapi baru kejap tadi katanya tak boleh, dia banyak kertas kerja; Pensyarah di Poli semua gila dera pelajar katanya!. Mahu semua pelajar jadi handal segala. Tapi sungguh sejak Afiz mendaftar di sana aku dah terasa sesuatu; bebarunya ini Labtop Afiz ghaib disambar rakan se rumah (mungkin) buat aku tertanya-tanya apa itu pelajar Poli. Lebih-lebih lagi masa di Fak Kejut; pelajar Poli ini keluar masuk, amat sukar kekal di sana!; kami orang lama terdera!. (YB jangan pula terasa, dulu staf kerajaan gaji murah!; sekarang pelajar Poli dapat gaji sijil pun tak mahu berganjak; biar pun ramai memiliki diploma)
Buat perancang candat sotong ini, rasanya telah sejak tahun lalu lagi; saat akhir si Ijam telefon;
"Abg iDAN Resort Pakcik saya punya itu dah penuh!" pulak!, aku tak kisah sangat bab resort atau chalet mana nak bermalam! " yang ada ini dalam RM240, banglow dua tingkat..." Ijam orang Kemaman, dia yang tahu tentang penginapan di sana. Maka dia diamanahkan tentang penginapan; Fairuz (s) memanglah tak bermasalah, Ijam waris sebelah isterinya maka menginap sahaja di rumah saudara mara sebelah isterinya sekitar Kemaman.
Adik Fairuz si Fareez juga turut serta. Pak Ya orang pantai Timur juga. Katanya tak kisah nak menginap di mana-mana penginapan. Mungkin dia menginap di rumah warisnya juga. Pak Wahid awalnya dia bukan main lagi bersemangat nak pergi mencandat tetiba sahaja menarik diri. Selebihnya semua rakan Fareez di UKM Bangi. Sekitar 10 orang kut!.
"Emmm! RM240 itu dah kira hotel 3 bintang ada kolam renang tak?"
"Tak adalah Abg iDAN" aku membayangkan banglow itu bawah pokok besar, jauh di hutan simpan; malam-malam pasti ada penunggunya. Ah! di mana-mana pun ada penunggunya!.
"Tak apalah kalau sudah tak ada pilihan, sebab saya dah janji dengan keluarga nak bawa mereka bercuti!"
Siang Sabtu 1 Mei, selepas Subuh kami bertolak dari Kemaman, memancing di laut dalam; malamnya mencandat sotong. Bermakna aku bertolak ke Kemaman Jumaat malam Sabtu sekitar Sabtu subuh kena ada di Kemaman.
Selang beberapa hari Fairuz memberi ide:
"Baik Abg iDAN cari kat Cherating; tak jauh Cherating dengan Kemaman tu Abg iDAN!"
Terfikir juga aku sedari awal nak cari tempat penginapan lain; aku tak dapat bayangkan Kemaman & Cherating itu sejauh mana. Rasanya kalau bayar RM240 semalam tanpa kolam renang, bising si Azim & Anif. Mereka kaki mandi kolam. Kalau Ijam dah bayar cagaran bagaimana?. Aku ada talian bebas tol tajaan Streamyx. Apa salahnya aku kacau chalet atau resort & semua hotel di Cherating!. Telahanku, dalam tempoh 3 minggu lagi memang banyak hotel, resort & chalet telah penuh ditempah. Kecualilah hotel 4 bintang yang rata-rata sekitar RM350 ke atas.
"Ala! dia pasti tak bayar lagi duit cagaran itu!" Fairuz menyakinkan aku.
Rasanya berpuluh juga tempat aku cuba kontak; ada yang tak berangkat. Maknanya penuhlah tu!, ada yang layan tak layan lantaran memang Cherating tempat tumpuan. Ramai pengunjung. Tak ubah payahnya aku mencari tempat bermalam ketika mahu bercuti di Teluk Batik pada tahun lalu.
Baru sebentar tadi aku memastikan ianya telah tertempah okey!. Tuan Haji Meor pun telah menerima cagaran dari MayBank 2u.
Bercuti tanpa dua anak teruna ini bersama memang amat janggal. Aziq tak mahu pergi sebab dia mahu menumpukan Peperiksaan Percubaan SPMnya; cita-citanya yang amat tinggi aku lihat benar-benar menjadi pegangan kukuh; Afiz pula akan periksa akhir semester.
"Tak syoklah ayah Angah & Along tak ada" Azim bersungut masa nak ke sekolah agama tadi.
"Ala!... semalam sahaja, kalau Azim rasa okey! nanti hujung tahun ayah tempah dua malam ke sana bersama Angah & Along, lagipun ayah risau Along & ibu bergaduh lagi ketika ayah tak ada; siapa nak leraikan!" Upp! itu rahsia keluarga!.
Keluargaku bermalam di Cherating pun telah galak kali; paling aku suka ialah Impiana Beach Resort. Agak terpencil jauh di hutan simpan tetapi pantainya amat indah!.
Semalam aku pening lagi, sudahlah semalam kehilangan beg duit kad pengenalan pelbagai; nak hidupkan insuran serta cukai jalan skuter V100 yang tak berjalan ini & kapcai Lagenda Afiz bukan main payah. Asyik talian internet meragam kata wakil insurannya. Kereta perang pula sangkut di Kajang; Airnya panas menggila. Dua kali terpaksa bawa kapcai ke JPJ nak hidupkan cukai jalan. Gara-gara insuran terangkut. Lesen memandu juga dah nak mati. Kena perbaharui. Insuran motosikal naik 100%, gila betul dari RM100 sahaja insuran setahun, sekarang RM200 lebih insuran setahun. Tak kiralah kapcai cabuk sekalipun. Mak Datuk! banyaknya cabaran hidup ini.
Masa aku aku bawa kapcai nyaris tak kemalangan, pening mendadak. Memang hilang panduan. Mungkin silap makan, mungkin lambat makan!. Elok sangat aku bercuti!.
Komen di Situs tentang BayView Resort:
"bukak pintu je nampak beach. owh love the breezy wind! that's why we choosed cherating bayview resort. affordable price and beautiful view."
"Actually tempat ni nice place...pantai dia cantik...bersih...stunning..memang jatuh cinta la...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
bila agaknya nak merasa mencandat sotong.
merasa tarik bubu pun dah menggelupas kulit, tangan luka kena hidupan laut..
itu pun setelah menelan ubat muntah..
Moh!lah kita pergi Zeq, kos tak semahal mana; biasanya sekitar RM100 sahaja kalau pergi petang balik subuh;
Rasanya saya telah pergi candat sotong ini 3 atau 4 kali; tak mahir sangat; sekali tu mabuk laut terus tumbang tak sempat puas mencandat pun.
Sekali tu kena pukul ribut; saya dapat candat sekitar 20 ekor sotong sahaja. Sotong jenis panjang sekitar sekaki itu.
Sekali tu sotong tak datang-datang saya syak lampu tak cukup terang silap tekong tak pandai cari lubuk.
Sekali tu awal musim. Tak banyak dapat sotongnya.
Kali ini tak tahulah pula. Ke laut ini samalah macam memikat burung entah dapat entah tidak. Itu rezeki namanya.
memang Cherating & Kemaman tak jauh mana. dalam 15-30 minit je. kalau nak beli keropok lekor atau makan satar & otak2 yg enak, bolehlah ke Kuala Kemaman yg dekat dgn Masjid Geliga.
Cherating Bayview Resort ni mcm familiar je tempatnya tp mmg tak pernah menginap la kat situ. sama ada Pantai Kemasik mahupun Cherating, pantai2nya mmg indah.
selamat mencandat sotong!
masa saya ke pulau redang dan pulau kapas dulu, kalau tak silap, mencandat sotong ni dalam bulan mei.
kalau kat terengganu, diorang ada buat pesta bulan mencandat sotong lagi. memang besar2 sotong masa tu. cuma tahun lepas, cuaca agak buruk, so saya tak berani gi mencandat. ombak yang kuat buatkan bot jadi tak stabil. mabuk jadinya.
cherating bayview ni saya pernah gi tahun 2007. bagi saya tempatnya menarik. betul2 tepi pantai. biliknya luas. ada 2 katil kelamin. peralatan lengkap.
masa tu anak saya masih baby. so, saya bawak dia mandi kat swimming pool je.
sesuai la kalau nak cari ketenangan.
Tak pasti Kemaman tu di jeti mana cumanya Dik Ieja kalau nak bertolak dari BayView tu dalam jam 2:00 3:00 pagi pastinya Kak Mila cuak sikit; sebab Afiz & Aziq tak ikut.
Apatah lagi kena ikut sebelah kubur tu!.
Tak tahu macam mana nak balik dari Jeti ke BayView itu.
Dalam gambar nampak pantainya memang cantik!
Cikgu,
Tahun sudah cikgu pasti perasan saya kena pukul ribut hari yang sama ada pencandat sotong tajaan Harian Metro kena petir. Parah katanya orang Putrajaya.
Saya pergi sekitar Pulau Kapas.
Cikgu nak pergi biarlah dengan suami atau keluarga tak manislah berkumpulan begitu! saya tenguk masa mereka bertolak; saing dengan kami.
BayView ini saya tempah sebab tempat lain penuh belaka, kalau ada pun mahal amat. Itu pun saya tenguk Tuan Haji telah naikkan; tak ada pun saya tenguk orang tulis di internet sampai RM190 semalam.
Anak-anak & Kak Mila yang tidur, saya tak pasti balik jam berapa dari laut!.
Catat Ulasan