iDAN

04 April 2010

MMms 26: 20hb Doakan Jantung Penyair iDANRADZi tidak dibedah (Singgahsana)

Esok ada ujian terapi di PKupm; pasti entah bertiub-tiub darah akan diambil; setelah setiga bulan makan pelbagai jenis ubatan doktor mahu melihat kesannya apakah menganggu Hati.

Bayangkan ada 7 jenis ubatan kimia yang perlu ditelan setiap hari sejak sekitar 3 tahun lalu. Selalunya hati akan bertindak awal memberikan petanda akan kesan sampingan ubatan tersebut. Biasanya pesakit kronik seperti aku ini sering akan terancam kekuatan buah pinggang, hempedu, jantung, usus & pelbagai komponen dalam dalam badan. Aku amat takut itu berlaku. Abgku yang sulung Yot; sekitar 3 tahun makan ubat diabetes kini buah pinggangnya telah tidak berfungsi. Tak pasti apakah lantaran kesan sampingan ubat diabetes tersebut atau ada masalah lain. Sekarang setiap empat hari Yot kena buat dialisis. Yot tak ada masala jantung, kosterol, hati & darah tinggi sepertiku.

Aku buat ujian terapi kesan ubat darah tinggi, diabetes ini di UPM. Maknanya esok sepanjang hari aku kena berada di PKupm. Pagi seawal jam 9:00 pagi kena ambil sampel darah, air kencing pelbagai. Petang akan dapat keputusannya.

20hb nanti aku akan berada di Klinik Kardio di Hospital Serdang; Doktor syak aku ada masalah injap jantung tersumbat. Maka itu aku kena buat ujian Dobutamine Stress Echocardiography (DSE). Jika sah aku punyai masalah injap jantung maka pastinya aku akan berhadapan dengam risiko pembedahan pintas arteri koronari. Emmm! jika ini berlaku pastinya amat rumit & bukan semesti berjaya. Ramai rakan aku yang berjaya buat pembedahan ini pergi jua dalam tempoh beberapa tahun sahaja.

Doakanlah jantung aku normal. Payah sendirian meredah kegusaran ini. Amat resah sendirian di hospital menanti keputusan doktor. Bayangkan aku duduk sendirian melihat wajah-wajah resah dalam kelompok mereka yang takut mati ini. Amat stres & membelenggukan. Gangguan jantung ini bukan perkara main-main, gangguan jantung ini bila-bila masa boleh berlaku & kesannya bukan sahaja strok tetapi boleh pergi begitu sahaja. Aku dah tempoh gangguan ini acapkali. Itu yang aku gusarkan.

Bila usia semakin di penghujung sememangnya hidup ini terasa semakin kosong, apatah lagi amal & ibadah kita ini tak sebanyak mana. Dosa yang banyak belum tentu terampun. Kita sekadar dapat memohon simpati Ilahi. Doa kita yang amat kecil di sisi Dia Nan Esa belum tentunya diterima. Jika kita sering berlaku derhaka akan perintah Dia, kena sedar diri kita ini hamba yang amat kecil lagi kerdil. Sedangkan seorang Nabi, Rasul, Wali atau Imam pun sering teruji malahan doa mereka pun sering tidak dimakbulkan; apakah martabat diri ini di sisi Allah Azzawajalla.

Itu tanah, air, api & angin yang kita guna pun sering kita tidak bersyukur. Sedar diri. Kita tak puas apa yang ada kita asyik mimpikan kemewahan & kekayaan milik orang lain. Tamak. Buat hidup kita sering tidak tenang. Kita terus dihimpit dengan pelbagai impian jadi kaya, asyik mimpikan menjadi manusia yang mewah. Tenguklah TV, tenguklah, internet, tenguklah akhbar, tenguklah papan ikan di bahu jalan; bacalah novel duniawi, bacalah kisah mereka berjaya. Mana ada iklan mencari pahala, mana ada iklan menambah iman, mana ada iklan menyeru bertaubat, mana ada iklan menyuruhkan diri bersyukur. Semua lebih kepada keduniaan, kemewahan, kebendaan atau materialistik!. Jiwa kita resah sebab nak cepat kaya. Bukan resah takut kekurangan amalan atau terikat dengan noda & maksiat dunia.
Aduh! bila jantung aku sakit kini; aku nampak amat mati itu makin hampir, dunia makin melambai aku selamat tinggal: aku amat rasa resah & terasa rugi aku lantaran bukan menjadi orang alim, aku bukan pun orang kuat agamanya; amalku tak sebanyak mana, pulak tu masa yang berbaki tidak sebanyak mana lagi!. Tak mungkin aku dapat mencipta mesin masa untuk kembali ke zaman silamku, sihatku, mudaku, lapangku.

Biar pun sesaat kita tidak dapat memohon dilambatkan... jika ajal telah sampai. Maka doakanlah keampunanku & kedamaian aku di dunia sana nanti jika memang petanda sakit-sakit ini adalah pintu taubat itu akan tertutup buat mereka yang bernama arwah seperti aku tentunya nanti.

"Cuma jangan mengalah sebelum berjuang, jangan berserah sebelum berikhtiar." Diriku memujuk hatiku sendiri.

23 ulasan:

cik.pija berkata...

semoga encik iDan tabah mengahdapi dugaan ini.
Dan moga cepat sembuh :)

abuyon berkata...

salam sahabatku,

Terharu benar aku membaca tulisanmu
kali ini. Idan, meski kau lebih
berusia dariku, kau tetaplah
sahabatku, dari dulu sampai
sekarang, dari dunia
sampai akhirat

Sahabat, semoga Allah
menyembuhkanmu, kepada-Nyalah
aku dan engkau memohon

Sesungguhnya, Dia adalah
Penyembuh, Maha
Penyembuh

Wahai sahabat, marilah kita
ambil kesempatan yang masih
diberikan-Nya untuk memohon
ampunan-Nya, kita taubat
kepada-Nya.

ya Allah Kau sembuh dan
selamatkanlah
sahabatku

Berikanlah kepadanya,
hati yang sentiasa bergetar
mengingati-Mu

Ya Allah

iDAN berkata...

Sdr Ejaa,

Bila taraf kronik sering doktor juga sudah keliru membantu; masalahnya jika dibedah mana mungkin luka itu akan sembuh jika glukos di dalam badan ini amat tinggi. Saya ada masalah diabetes, darah tinggi, kolestrol & buah pinggang.

Saya teringat kes arwah apak; saya yang mengadap doktor yang mengambil kesnya. Kiranya ketika itu tiada harapan lagi; arwah apak strok, darah beku telah berkumpul dalam jantung. Doktor tak boleh buat apa, sebab arwah apak sudah 69 tahun ketika itu; dia ada sakit diabetes seperti saya.

Jika ditembak pakai cahaya laser darah beku itu sekali pun mungkin koma sepanjang hayat maka tiga malam sahaja di CCU; hari ke empat arwah apak meninggal.

Maka itu saya nampak risikonya jika sah injap saya tersumbat. Hanya satu harapan ia itu pembedahan kecil guna salur yang dijolok melalui rusuk atau celah kangkang kita. Kata rakan saya yg melalui pembedahan ini biar pun dibius masih terasa sakitnya.

Biasalah ketika tak sedar tak rasa apa lepas sedar; faham sahajalah.

iDAN berkata...

Sahabatku Abuyon,

Sering kita terbaca
rebutlah peluang beribadah ketika kita sihat
rebutlah peluang mengejr dunia atau akhirat ketika kita masih muda
rebutlah peluang menimba ilmu dunia & akhirat ketika kita lapang.

Rasanya bab dunia ini makin telah berlalu
apatah lagi berita pemergian rakan kita satu persatu
rata-rata tak sampai pun usia 60an.

Maka kita pun apa kurangnya
masa makin amat singkat
saya dapat rasa akan diri ini amat kurang segala
seharian kita minta ampun & bertaubat pun kita asyik sering dilanda salah silap lagi; tidak kita keluarga kita.

Payah amat hidup ini sahabatku Abuyon, terkadang orang tanggungan kita dalm sedar tak sedar terus melakukan silap & dosa.

Itu yang menjadi beban & tanggungan; impak buat jantung kita. Cukuplah bilamana kita lihat anak atau isteri tidak menghormati kita lagi.

Katakan isteri puasa sunat pun tidak lagi meminta izin kpd kita lagi; ianya satu beban atau bukti kita telah gagal sebagai ketua keluarga; Puas cuba memberi pertunjuk tapi mereka telah memberi petanda tidak perlu kita lagi.

Samalah kesnya bila saya tiap kali mengadap doktor pakar. Pergilah sesekali jenguk di Klinik Kardio sana; semua orang ada pengiring sebagai sokongan moral. Orang sendirian seperti saya mungkin tak sampai 20%; Sebab bab jantung bukan bab main-main nak buat apa ke sana telah bertahun tahun ingin mengesan sakit sebenar!.

Bukankah itu petandanya yg Tuhan berikan buat kita di dunia lagi.

"Di dunia kau telah sendiri dalam menempoh apa jua!.., tak sedarkah di kubur nanti memang jangan mimpi ada yang membantu kau lagi"

Itu yang saya rasakan. Maka makin takut hidup ini; makin tak ketentuan tidur & mimpi ini.

Terima kasih akan doa sahabatku Abuyon, memang ada ketika tak semestinya orang terdekat itu direstu doanya buat kita; apatah lagi jika mereka tidak pernah mendoakan kita.

Doa rakan & mereka yang ikhlas mengingati kita memang adalah antara amat cepat dimakbul.

Cumanya itulah yang saya katakan faktor usia jua mengingatkan tentang hakikat diri kita sebenar; pasti jarak ke arah alam basrah itu semakin amat dekat.

Tempoh beramal ibadat jua semakin singkat.

YB berkata...

Salam DAn

Menyesali masa silam tiada manfaatnya. Tapi sesalilah amalan silam. Kalau dulunya kurang kita masih ada masa, mari kita tambah sedaya upaya. Jika amalan silam sudah banyak maka mari kita tambah jugak bagi banyak lagi. Tidak mengapa kita tamak beribadah asalkan tiada riak dan ujub di jiwa.

iDAN berkata...

Sdrku YB,

Sebenarnya bila telah tua begini; kita akan menyingkap segala kesan & hasil kerja kita pun dosa-dosa & kenangan pahit manis lalu.

Sebagai contoh, bagaimana zuriat kita kini; adakah kita telah didik dia dengan sempurna. Hormatkah dia kpd agama pun orang tua. Samalah bila berumah tangga telah lebih 20 tahun masihkan pasangan kita ini menjadi seseorang, hormatkah dia terhadap rumah tangga kita.

Begitu juga kawan, apakah kawan kita mengingati kita; apa pandangan dia terhadap kita.

Cubalah YB bayangkan si Atan contohnya; dia tahu YB nak jumpa saya tapi tak singgah pun di rumah kasi tahu YB ada di Serdang. Itu yang yang kita sesal.

Sedangkan hari-hari dia nampak rumah saya... tapi takut bayang saya jatuh atas bayang dia.

Samalah kenapa mesti YB tidak guna telefon awam jika tak dapat kontak tel ke rumah saya ketika kita cuma jarak sepeluang!; itu yang kita sesal. :)

Talian telefon rumah sebenarnya lebih mudah dihubungi dengan telefon awam. (Mesti ingat)

Cubalah saya ini Mantan PM atau TG Nik Aziz atau Datuk KJ. Apakah kita dibiarkan begini. Mesti nak jenguk punya.

Itu isu & nilai diri kita. Ingatan atau sanjungan YB bukan letaknya pada status tetapi bila kita tua begini pasti YB akan merasa.

Itu faktanya kita bila sudah tua makin amat sensitif, bukan sekadar risau akan dosa lalu tapi juga risau kan perhubungan ukhuwah sesama kita.

Sedangkan saya sesat larat cari rumah YB tempoh hari biar pun saya tahu ketika itu YB nun jauh di Padang Pasir sana. Emmm! lain bunyinya.

Tapi itulah nilai persahabatan; ramai kalangan kita kini lagi kita rapat lagi kita banyak berkorban jangan harap kita diingati. Lagi cepat kita dilupakan. Iyer bila sudah tua.

Bayangkan kawan Uar; baru jadi TA telah sibuk banget sampai lupa kita... dulu macam belangkas sekarang apa jadi hubungannya dengan kita. Ini fakta kita di zaman ini. Sedangkan sentero dunia tahu apa nombor tel rumah saya ini. 24 jam ianya hidup. Siapa yang bertanya khabar?

Tadi cuma ada satu panggilan telefon dari PKupm suruh puasa malam ini esok kena ujian terapi. Cuba bayangkan orang asing lagi risau akan kesihatan kita bagaimana ini?.

abuyon berkata...

ya Allah sahabat, hati ini bertambah
sedihnya bilamana membaca
komentarmu itu

Sahabat, tak mengapalah kita
putus asa kepada manusia
samada yang paling rapat
atau jauhnya

Di saat-saat sebegini, tak
perlu lagi kita berharap
kepada makhluk-Nya

Marilah kita kuatkan
hubungan dengan-Nya
Jangan kita lihat
lagi yang lain
dari-Nya

Tiap yang berlaku,lebih-lebih
lagi sekarang, kita hanya
melihat-Nya

Moga-moga Allah merahmatimu
ya sahabat, sudi pula Dia
mengampunkan dirimu dan
diriku juga

kelompen berkata...

IDAN
salam seorang sahabat
tiada apa yg lebih dari sepotong doa, mengahrap kamu terus sihat, sejahtera dan ada kekuatan untuk meneruskan hidup yang tiada pernah mudah kepada kita, semoga terus menulis..

- just me - berkata...

Salam abg iDAN,

"Itu tanah, air, api & angin yang kita guna pun sering kita tidak bersyukur. Sedar diri. Kita tak puas apa yang ada kita asyik mimpikan kemewahan & kekayaan milik orang lain. Tamak. Buat hidup kita sering tidak tenang. Kita terus dihimpit dengan pelbagai impian jadi kaya, asyik mimpikan menjadi manusia yang mewah."

Hakikatnya abg, manusia mmg sering terlupa, selalu pula tidak bersyukur dgn apa yg ada kerana terlalu impikan apa yg belum lagi dimiliki olehnya. Kerna itulah org tua2 pernah menyindir, yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran. Harus ada rasa cukup dalam diri kira dgn limpahan nikmat dari Ilahi daripada sekecil2 hingga ke sebesar2 perkara.


"Mana ada iklan mencari pahala, mana ada iklan menambah iman, mana ada iklan menyeru bertaubat, mana ada iklan menyuruhkan diri bersyukur. Semua lebih kepada keduniaan, kemewahan, kebendaan atau materialistik!."

Membaca kenyataan abg yg satu ini buat saya tersungging. Kalaupun ada iklan sebegini abg, ianya takkan lama tersiar kerana takkan dipandang orang walau sepicing. Ketara benar bahang duniawi telah mengabui mata. Beruntunglah bagi mereka2 yg sedar & ingat bahawa dunia ini hanyalah persinggahan sementara sebelum berlabuh di negeri yg kekal abadi.

Moga abg diberi kekuatan utk terus menghadapi apa jua ujian yg terbentang, juga diberi kesejahteraan & ketenangan agar sentiasa mengingati tuhan walau diri hebat diasak masalah. Moga rahmatNya mencucuri & kasihNya melimpahi diri abg sekeluarga, ameen.. :)

iDAN berkata...

Sahabatku Abuyon,

Bila bangun pagi begini, mengingatkan sebentar lagi darah akan diambil, petang nanti keputusan akan tahu; apakah ubat yang ditelan telah merosakkan komponen diri;

Saya telah bersedia segala
sebabnya telah pun berjuang menentang sakit ini dari kira-kira lebih dari 2 tahun lalu
tak ingat tarikh awal diserang silap-silap telah 3 tahun lebih berjuang!

Isu utamanya kini buat kita yang sarat sakitnya tentunya tak banyak masalah hubungan kita dengan Ilahi; tentunya mudah diurus
ketika begini.

Sungguh Ilahilah.. Allah Nan Esa sahajalah sebagai kekasih kita saban hari ketemu Dia, mengadu nasib diri saban hari meminta ampun & rahmat-Nya;

Tentunya ini antara berdua; kita dan Dia; Dia tak pernah leka, dia tak pernah hampakan hambanya.
Kita yang sering terkesima dengan dunia.

Isu paling menghantui diri; memang benar terkadang baik rakan, saudara mara, keluarga malahan isteri sendiri belum tentu memberi sokongan moral buat kita,
Ini isu yg besar perlu kita tempohi ketika tua.

Ini ujian sebenarnya mungkin kesan dari kasih sayang kita sejak azalinya. Maka itu penghuni rumah org tua semakin padat penghuninya.

Martabat diri bila bersara terkadang sama tarafnya dengan penghuni orang tua di rumah sendiri.

Lagi kita nyanyuk lagi kita dibenci.

Ini berlaku bila anak masih degil, isteri masih kejar dunia sedangkan kita telah rasa dekat dengan kubur!. Drama ini memang kerap berlaku & sedang berlaku.

Ini yg amat sakit & ini yang saya katakan gurur.

Penghujungnya nanti rakan & sahabat handal hanya datang ketika kita menjadi jenazah; itu pun kalau sempat. Manusia makin sibuk.

Selebihnya tinggal kenangan!.

Memang ini hakikat hidup tiada siapa yg boleh membantu kita ketika sakit atau gusar selain diri sendiri.

Maka itu memang iman memainkan peranan. Agama pemujuk hati. & kenal Ilahi membuatkan kita terusan meniti kesyukuran biarpun perit dalam diri amat membekam hati.

Semua orang tua begini tentunya tersirat perasaan dalam hati.

Terima kasih sahabatku Abuyon, agar usia kita tambah panjang untuk dapat menyelami dunia orang tua ini. Gelisah melihat lakonan anak-anak & keluarga kita.

Pun agar kita masih amat disayangi Dia... Ilahi yang menjadikan kita.

iDAN berkata...

Sdr Kelompen;

Tak tahu kenapa dalam semingu dua ini terlalu goyah hati & iman ini. Target mahu menyudah dua puisi dalam seminggu pun tidak upaya.

Hilang terus ide menulis. Maka waktu senggang saya banyak berligar di FB main Farm Ville & terkadang mencari rakan sealiran. Selebihnya saya banyak mendekati diri.

Esok lusa agar saya kembali tenang. Banyak lagi skrip hidup masih tak sudah dicatatkan.

iDAN berkata...

Dik Ieja;

Semua ayat yang saya tutur itu sebenarnya bukan untuk orang lain; tapi untuk mengingatkan diri sendiri. Segala pengalaman dan tafsiran kehidupan itu adalah atas pengalaman diri.

Dik Ieja mungkin terima apa yang abg tulis tapi sesungguhnya yang empunya diri ada jawapan mereka sendiri malahan menolak cara hidup abg yang memang miskin kini.

Dik Ieja,

Iklan menjadi baik, sering terbit dari nilai ukhuwah & persahabatan yang ikhlas. Kejujuran nilai persahabatan sering akan membuatkan jiwa kita tenang dapat damai menghadapi hidup ini pun memandu kita ke arah sebaiknya.

Maka itu agama sering menasihatkan agar kita mencari sahabat penjual haruman setidak-tidaknya kita dapat terhidu harumnya biarpun dia tak terfikir memberikan kita hadiah; Jika bersahabat dengan tukang besi atau pelebur besi kita harus bersedia menerima percikan bahang panasnya.

Rasanya dalam rumah tangga jua begitu, jika pasangan kita jenis sahabat tukang besi tadi pasti kita jua akan rasa percikan bahangnya.

Pelbagai tafsiran & andaian dalam nilai persahabatan yang diceriterakan olah Islam ini.

Selagi ada hak memilih gunakanlah; emmm! dah lambat nak ke temujanji doktor kejap lagi!.

echah_syed berkata...

salam idan..combi pun risau bila baca apa yg idan tulis kat sini.bila dah semakin tua byk benda yg kita fikir.kesihatan,anak-anak dan sebagainye.

apapun bila kita dlm kesedihan atau kebimbangan kita ingat pada ALLAH dan berdoa semoga dilapangkan semua urusan kita.insyaALLAH itu yg selalu combi lakukan.selepas itu mesti rasa tenang jer.serius!

betul tu idan..bila dah berumor kita selalu sensitif walaupun perkara yg kecil terutama bila berkaitan dgn pasangan dan anak-anak.tapi cuba tenangkan diri dan anggap mereka tidak sengaja.maafkan mereka..ini jugak satu terapi sebenarnye.

sesungguhnye hidup ini terlalu singkat utk bersedih kerana ia tidak membantu apa-apapun.moh ler kita buat sesuatu yg terbaik utk diri sendiri dan org lain.

masalah adalah warna kpd kehidupan kita.kalau kita relax sgt pun seolah kita dah mati sebelum masa.betul tak?

doi..membebel pulak combi ni maaf ye idan :p

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Akan selalu mendoakan kesejahteraan abg iDAN. Kalau ditakdirkan perlu dibedah mungkin itulah sebenarnya yang terbaik. Mana tahu kalau lepas dibedah abg iDAN dah tak perlu makan banyak ubat dan kesihatan bertambah pulih.. InsyaAllah...

Pakcik vic selepas buat pembedahan bypass nampak lebih segar, ceria dan sihat berbanding sebelum dia dibedah dulu. InsyaAllah, kalau terpaksa dibedah pun, Abg iDAN akan berjaya menempuhnya dengan tabah.

Apa pun vic doakan segala yang terbaik untuk abg iDAN.

iDAN berkata...

Combi,

Saya selalu klik blog Combi, tak jauh bedanya antara Combi & Diana. Punyai keluarga bahagia. Bayangkan Diana dalam lupanya si suami akan ulang tahun perkahwinan masih belikan dia pelbagai cokelat pun juadah hingga tak larat nak makan tentunya.

Samalah Combi, suaminya sentiasa bersama dalam suka & duka, dalam sihat & sakit. Combi amat menyayangi suami dalam apa jua keadaan. Tenguk Combi bergambar berdua pun nampak akan kemesraannya.

Pasangan hidup kita sebenarnya dapat jua mencorakkan hidup kita yang suram & pudar. Amat naif & sepi bilamana tiada lagi pasangan kita.

Bila setua saya memang ini amat penting, pasangan satu hal, anak-anak juga dapat menambat hati agar hidup ini bahagia & sebaliknya.

Saya tenguk Mak Nyaie ibunya Kak Mila yang tanpa suami; betapa bila sakit amat terbiar hinggakan baru-baru ini kedua kakinya patah jatuh dari kerusi roda. Tiada yang mengurusnya entah berapa lama menahan kesakitan. Sekarang kedua kaki Nyaie bersimen. Sakit buah pinggangnya telah menyiksa dia, kekinian patah kedua kaki pula.

Inilah nasib org setua saya. Tak kisah jika dibeban sakit & tanggung sendirian tetapi janganlah sampai keluarga akan tambah membuatkan jiwa kita sakit.

Bagusnya kita ada Ilahi tempat mengadu. Tanpa Dia betapa hidup ini tambah sakitnya.

iDAN berkata...

Sdr Diana;

Terima kasih atas simpati & doa Diana.

Harapannya begitulah, jika ditakdirkan kena buat pembedahan pintasan, jika cara pembedahan kecil kira okey!, jika besar sampai belah dada rasa tak mampu lagi. Sebab sakit diabetes & darah tinggi pastinya kan mengancam nyawa tentunya.

Ini kepakaran doktor pandailah mereka menentukannya. Harap-harap biarlah sekadar makan ubat sahaja.

Kehidupan ini kena diteruskan jua. Rasanya banyak lagi tanggungjawab masih tidak selesai.

Ramai juga kalangan rakan saya telah buat pembedahan; nampaknya ada yang okey & ada jua nyawanya tak sepanjang mana.

Semua keadaan dalam hidup ini ada kebaikan & risikonya.

Jangan risau dalam hati mengeluhnya ini; diri ini akan tetap tabah.

anyss berkata...

Salam,
Saya tahu saya masih belum layak untuk coretkan kata-kata seperti di bawah. namun, anggap sahaja semua itu luahan hati seorang yang tergantung tanpa jejak entah dari dunia mana yang ingin berkongsi rasa di blog ini.

Saya sentiasa berpegang kepada "Allah hanya menguji kita dengan apa yang sanggup kita tempuhi sahaja" kerana sifat kasih sayangNya itu. Pada masa yang sama, ujianNya melurutkan dosa-dosa kecil yang kita lakukan tanpa sedar sepanjang hidup ini. Pegangan ini buatkan saya rasa sedikit kuat (walaupun tak sekuat mana).

Saya mengerti perasaan sdr tentang "nilai" diri kita di mata orang setelah kita tidak lagi mempunyai apa-apa kerana saya juga pernah mengalami situasi itu. Dan rasa itu akan terlebih mendalam sayunya bila orang-orang yang kita kasihi, orang-orang yang kita berjuang bermati-matian dalam hidup ini kerana mereka, atau orang-orang yang kita sayang itu lakukan walaupun mereka sebenarnya lakukan tanpa sedar. Kita akan rasa sangat sayu, begitu kerdil dan kalau boleh mahu ghaib dari muka bumi ini tanpa disedari sesiapa...macam asap.

Namun akhirnya, saya perlu juga terima hakikat bahawa itulah realitinya. Biar kita sanggup gadaikan nyawa untuk mereka, belum tentu lagi penghargaan yang setimpal juga akan kita dapat. Jadinya, saya telah putuskan bahawa saya perlu bangkit semula dan ubat kecewa itu dengan sesuatu yang saya suka. Selagi kita tenggelam dengan perasaan sebegitu, maka kekuatan kita akan hanyut. Dan, kita akan jadi lagi lemah.

Tak mudah untuk kembali kuat, namun bila kita berusaha dan berjaya lupakan semua kekecewaan itu, hidup akan lebih gembira. Kita akan lebih hargai hidup ini biarpun saat-saat yang sebelum ini sangat kita abaikan. Apa kata, nanti sdr siapkan manuskrip baru? Leka dengan kerja akan buang bosan dan kecewa yang bermukim di dada. Jadikan aura negatif yang cuba melingkari diri itu menjadi aura negatif yang membangkitkan semangat baru.

Moga-moga cepat sembuh. Ubat paling mujarab untuk semua jenis penyakit adalah keinginan untuk rasa gembira dan sihat. Kalaupun tak punya rakan-rakan real, rakan maya ramai yang ambil berat. Masih ramai yang prihatin tentang kegembiraan orang lain.

Maaf, terlebih panjang pula ulasan ni...

echah_syed berkata...

terharu bila idan menghargai kebahagiaan combi bersama famili.tx idan.. :)

sebenarnye huby combi orgnye sgt kuat semangat.seingat combi dah 25thn kami berkahwin tak pernah dia merungut penat bekerja.bila balik dr opis sentiasa senyum dan buat lawak 'biol' :D

bila combi tanya dia tak boring ke buat kerja yg sama seumor hidup dah hampir 30 tahun.dia dgn selamba berkata "kita yg membuatkan kerja itu jadi seronok atau boring.mana ada kerja yg tak penat sbb mkn pun penat kena kunyah hehehe :p

begitu lah huby combi idan..sgt positif dlm hidup.sebenarnye sedar tak sedar kita byk menghabiskan masa membesarkan anak-anak ye.bila anak besar kita pun tua.lumrah alam!

terlanjur membebel disini..combi dah beli dried goji.rupa bentuk mcm kismis dan berwarna merah pucat.tokeh kedai ubat tu cakap bole dimkn begitu sahaja mcm mkn kismis.sama tak goji yg idan maksudkan dan mmg bole di mkn begitu ekk?

combi belum mkn lagi dan tunggu reply idan dulu.tx idan :)

iDAN berkata...

Sdr Anyss;

"kita tidak lagi mempunyai apa-apa kerana saya juga pernah mengalami situasi itu. Dan rasa itu akan terlebih mendalam sayunya bila orang-orang yang kita kasihi, orang-orang yang kita berjuang bermati-matian dalam hidup ini kerana mereka, atau orang-orang yang kita sayang itu lakukan walaupun mereka sebenarnya lakukan tanpa sedar. Kita akan rasa sangat sayu, begitu kerdil dan kalau boleh mahu ghaib dari muka bumi ini tanpa disedari sesiapa... macam asap."

Memang benar dalam kita mengharapkan sokongan orang terdekat tak siapa pun ada di sisi kita. Pasti hati kita terkesan jua. Hakikatnya kita kena redah sendiri, takkan kita mahu duduk selesa di ruang yang gelap ini. InsyaAllah saya akan bangkit dengan tabah biar pun diri tak sekuat mana.

Sebenarnya minggu lalu ada ujian maha getir terpaksa saya tempuhi. Alhamdulillah ianya telah hampir selesai & sekarang saya hanya bergantung harapan. Agar Ilahi dapat melindungi hambanya yang amat lemah ini.

Memang benar pengorbanan kini & lalu sering dilupakan. Apatah lagi dalam berbakti atau berjasa mana mungkin manusia ini dapat menilai sebaiknya. Penilaian terbaik adalah Dia Nan Esa, di dunia kita sentiasa rugi agar di sana ada sesuatu yg akan mengembirakan kita.

Amat kecewa tentunya bilamana kita terasa telah mencuba sedayanya menyedar & mendidik keluarga namun hasilnya belum tentu memihak kita.

Maka itu hidup ini sekadar persinggahan bermalam; amat kejap.

InsyaAllah saya akan menempuh segala ini dengan azam & minta bimbingan-Nya agar panduan hidup ini tidak terarah ke jalan buntu lagi sesat.

Memang benar ada ketikanya rakan baik sekali pun tak dapat memahami atau prihatin masalah kita rakan di dunia maya lebih dapat mengerti hati & resah dalaman ini.

Hidup kena diteruskan jua.

Terima kasih Sdr Anyss & rakan lain. Nasihat nan diberi saya amat menghargainya.

iDAN berkata...

Combi,

Terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa kita lakukan; terlalu banyak kita kena bersabar agar rumah tangga kita terus kekal bahagia.

Saya bernikah tahun 1982, congaklah berapa lama, hakikatnya hidup masih begini terpaksa amat banyak mengalah & memahami kekurangan diri masing-masing.

InsyaAllah rumah tangga ini akan kekal ke akhir hayat lantaran masing-masing kian digelar tua serta seharusnya matang & pandai mencari jalan damai.

Tak dinafikan dari gambar yang tertera suaminya Combi itu seorang yang penyabar & saling mengambil berat akan keluarga. Dia masih berusaha dalam kerjaya & tentunya keadaan ekonomi terusan stabil.

Nasihat saya jangan lupa menabung sebanyak yang boleh agar di hari tua tidak hilang upaya dalam mencari arah hidup ini.

Betullah tu, klik google... image taip "goji kering" akan banyak gambar tertera, gambar buah goji di dahan pun goji kering ini. Jangan rebus cukuplah sekadar ditaruh dalam teh O atau apa jua minuman. Kira dicelur sahaja. Apa juga makanan kalau direbus lama hilanglah khasiatnya.

Makan setiap pagi & malam. Saya pun makan macam itu sahaja. Tak kisah sebanyak mana; sebaiknya biarlah bilangan sunat. Saya main jemput sahaja. Goji dapat mengawal perkembangan darah dalam badan badan. Mengurangkan kolestrol, glukos. Mencerahkan mata, mencegah kanser bagi wanita ramai anak; Membina otak cergas bagi anak-anak. Bacalah khasiatnya banyak dimuatkan di internet.

Bulan sudah saya ini degil tak makan ubat ikut waktu, pulak tu tak makan goji kering ini. Doktor mula marah2 sebab glukos saya naik tinggi. Yang lain semua okey. Kolestrol saya yang tinggi nampaknya menurun.

Goji & kismis memang bagus untuk minda terutama anak-anak, agar cekap mengingat.

Rasalah bagaimana ringannya badan ketika bangun pagi bila telah kerap makan goji ini. Jangan beli keluaran jualan langsung. Mahal tak munasabah.

Selamat mencuba, saya telah masuk tahun kedua lebih mengamal memakannya.

echah_syed berkata...

idan..betul tu.kena ada simpanan sbb kita tak tahu takdir masa depan.

combi dah google pasal goji ni sebelum pegi membeli lagi dan mmg betul seperti apa yg idan tulis kat sini.

bau dan rasa dia sedikit mcm kuaci.tp rupa dia mcm kismis ekk.mmg tak sedap huhuhu :(

nama pun ubat kan mmg ler begitu :p

combi beli 500g rm8.00

iDAN berkata...

Combi, jika tak suka rasanya taruh dalam teh O atau air minuman, makan direct macam itu memang tak berapa sedap.

Betullah tu 500 gram sekitar RM10, ada banyak jenis Goji Kering yang lebih kasar buahnya lagi sedap & mahal.

Awas Goji yang tak dijaga betul YB rakan saya pernah terjumpa ada ulat; sepanjang saya beli tak pernah pula jadi begitu.

Simpan dibekas yang kedap udara!; biasalah barangan makanan jika tidak disimpan elok!.

siti_Zueirah berkata...

salam...pak su

ai paksu..kesian siti baca coretan paksu..dh kronik nampaknya...
di sini siti nak bagi tahu, berdekatan rumah siti ada rawatan terapi percuma yang di panggil terapi statik mengunakan mesin..takat ini siti dah guna sebanyak 46 kali dan setiap terapi 20 minit..ia bagus untuk mencegah dah mengurangkan penyakit2 kronik bagi melancarkan darah dan macam-macam lagi...
siti sudah suruh mak dan abah cuba rawatan itu, alhamdulilah ayah semakin kurang darah tinggi dan emak pula ada berkurangan sakitnya..cuma kena buat selalu sebab penyakit ini semua adalah akibat daripada makanan yg kita mkn..
mesin ini bagi kami agak mahal..tp bg yg berkemampuan elok membelinya daripada pada masa akan datang kos dialisis shj yg kita habiskan..tul x?..
kalau paksu ada masa terluang cuba lah datang..ia buka dari isnin sehingga jumaat pada pukul 10pg sehingga 7ptg.

mungkin boleh membantu paksu...
mak dan ayanh sehingga sekarang masih pergi rawatan terapi ini...