iDAN

28 Mei 2010

FiFa 2010 (Sukan)


Beberapa minggu sahaja lagi demam Bola Sepak Piala Dunia akan bermula.

Bersamaan 11 Jun tanggal pernikahan Afiz akan bermulalah demamnya
ceriteranya sama banyak sangat pertandingan ketika dinihari
makanya siapa kaki bola datang ke ofis kena pakai spek hitamlah lagi.

Aku sejak berjaman adalah penyokong kuat Itali
selalunya pasukan ini memang lembik usik sikit dah terjatuh
tapi mereka sering juara kalau tidak pun sering ke perlawanan akhir.
Enam kali ke akhir & empat kali Juara.

Brazil aku tahu memanglah handal siap ada Kaka pun idola aku si jongang Ronaldinho
tapi tenguk pemain mereka ramai berkepala botak mereka...
aku rasa dah meluat; gah & skil mereka terkadang terlampau individulistik.

Sebut England semua naik angin sebab penyokongnya tiap musim
ada sahaja buat kerenahnya.


Sebut Perancis mesti teringat kes musim lalu
abg kandung aku tu si Zidane@adik iDAN
tanduk dada Marco Materazzi... pemain Itali.
Aku selalu ceritera (bergurau) si Zidane adik aku ini
suka hisap rokok keretek tu yang
kadang-kadang dia ini "amok!" selalu kalau
bekalan rokok keretek ini tak sampai ke Perancis.

Musim lalu Turki boleh tahan tapi mamat Turki ini
asyik nak takik orang akhirnya sering kena kad kuning
& ada yang keluar padang.

Dari Asia Korea pula masih zaman 60an & 70an mereka
bila dah mengatasi lawan suka buang masa main macam
kais-kais ayam di kawasan sendiri...
aku lebih suka Jepun sebagai wakil Asia...
mereka bagus & main laju.

Pasukan dari benua Afrika ini pun selalu buat kejutan
dengan permainan ala samba mereka
dulu sebut Cameroon semua agak panik
tahun ini Cameroon awal-awal lagi akan bertemu Jepun
Bolehkah Jepun mengekang Cameroon.

Memang tak sabar menunggu sebulan demam tak kebah
penangan Bola Sepak Piala Dunia ini.

11 Jun hingga 11 Julai 2010

http://www.fifa.com

http://ms.wikipedia.org/wiki/Piala_Dunia_FIFA_2010

http://id.wikipedia.org/wiki/Piala_Dunia_FIFA_2010

4 ulasan:

Cetusan berkata...

hobi menantuk sambil kerja pada siangharinya

iDAN berkata...

Harapannya biarlah hobi mengantuk tersebut hanya sekadar sebulan sahaja Zeq!

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Vic diminta menjawab satu survey yang dikeluarkan oleh Persatuan Majikan. "BENARKAH PRODUKTIVITI PEKERJA MEROSOT SETIAP KALI PIALA DUNIA?" - rasanya ku bakal menjawah ya.

iDAN berkata...

Vic;

4 tahun hanyalah sekali; sekali itu sebulan, memang sukar menangkis minat manusia ke arah sukan bolasepak ini!.

Pulak tu asyik terkena ketika dinihari! memang sukar didisiplinkan waktu tidur itu.