iDAN

25 Mei 2010

Kaunter Bajaksauna Pej. Daerah/Tanah Hulu Langat


Mei adalah bulan terakhir membayar cukai tanah. Terkadang Bil Cukai Tanah ini seawal Januari telah sampai ke peti surat. Maka faham sahaja sering ianya hilang biarkan telah diselitkan di tempat surat penting. Langkah Pej Tanah ini memang bagus; tak bagusnya kita asyik leka maklumlah lagi sekitar setengah tahun masih boleh ditangguhkan bayaran. Tau-tau hilang Bil Cukai Tanah ini

Rumah yang aku diami ini hanyalah Rumah Kos Sederhana Rendah; harga zaman purbakala sekitar RM40K sahaja. Diam tak diam sekitar dua puluh tahun ianya kini menjadi RM140K. Itu harganya jika rumah Hak Milik Bebas; lagi lama akan lagi mahal harganya berbanding rumah Hak Milik Pajakan 99 tahun; lagi lama akan merosot harganya.

Sedar tak sedar semuanya jadi berganda; dari cukai pintu hinggalah cukai tanah; jika zaman purbakala cukai pintu sekitar RM25 setahun sekarang telah sekali ganda; begitu juga jika cukai pintu dahulu sekitar RM70 bagi tempoh enam bulan sekarang telah melebihi RM100.

Bagaimana jika dibandingkan gaji kita; apatah lagi telah bersara seperti aku. Ada ke naik sekali ganda?. Maka itu duduk di kota jangan ingat boleh kekal lama apatah bagi mereka yang membeli rumah Hak Milik Pajakan. Tunggu sahaja tiba ketikanya pasti akan diarahkan pindah jauh ke perdalaman biar pun diberikan pampasan yang tak seberapanya.

Semalam aku berkira mahu ke Pej Daerah/Tanah Hulu Langat (PDHL). Ceriteranya samalah entah di mana menyelitnya cukai tanah bagi tahun ini; yang ada terselit di kotak surat penting bil tahun lalu & tahun 2008. Bila aku semak waktu bayaran; "Na mungkin" aku boleh sampai sekitar jam 3:00 petang lantaran aku terlelap setelah hantar Azim ke Sekolah Agama. Kaunter ditutup jam 3:30 petang. Maka itu aku tak dapat tidak kena pergi hari ini. Kalau lewat dari 31 Mei pasti kena denda RM5. Itu kalau RM50 ke Rm100 bilnya.

Kereta perangku meragam, asyik naik meter airnya; panas membahang. Maka aku terpaksa naik kapcai, hantar Azim awal ke Sekolah Agama terus ke PDHL. Cuaca yang panas memaksa aku berhenti minum air jambu Pak Usu yang berselerak kini di sekitar Kajang. Tidak membantu tambah dahaga adalah.

Banyak perubahan PDHL bila tak pergi selama setahun. Jika dulu tak ramai Peg. Keselamatan sekarang di muka pintu utama telah ada besi berpalang, ada tak kurang 3 orang Peg. Keselamatan menunggu dengan senyuman & lambaian. Rata-rata wajah setua aku telah berpencen. Maka aku mengikutlah papan arah tunjuk untuk parkir bagi motosikal. Arah ada kotak parkirnya tiada; orang Kajang@Hulu Langat Kaya belaka semua datang pakai kereta kut!. Sedang aku mencari parkir kapcai aku ada seorang Peg. Keselamatan menunjukkan arah di mana aku boleh parkir kapcaiku. Memang tiada kotak parkir terpencil sebelah rumah api. Kalau ada kilau arwah!. Ada sebuah motosikal sahaja & aku motosikal kedua. Sah kaya orang Hulu Langat.

Tiba di Pej Pembayaran Cukai Tanah sekitar 3:00 petang 25 Mei10. Tak seramai mana orang di depan kaunter. Sekitar empat atau lima orang sahaja di Kaunter Semakan. Setahu aku jika dulu penyemakkan bil tak perlu mengambil Nombor Giliran. Dalam empat atau lima orang aku perasan hanya seorang punyai Nombor Giliran. Ada dua orang bertugas di kaunter semakan bil. Seorang berkulit kuning langsat Kaunter A; seorang lagi bercelak ala Pelakon Wayang Cina di Kuanter B. (PDHL guna nombor bagi kaunter mereka 6 & 7)

"Nombor Encik lambat lagi dipanggil tunggulah dulu!" suara di kaunter A menegur seorang pelanggan; aku terkesima sebab aku lihat di depanku ada dua orang hampir selesai buat semakan tak ada pun menghulurkan Nombor Giliran, tak dengar pun Nombor Giliran mereka dipanggil. Semua berbaris di depan Kaunter Semakan.

"Adik!... saya kena ambil Nombor Gilirankah" belakang aku cuma ada hantu atau bayang-bayang sahaja. Wajah Pelakon Wayang Cina ini tak senyum langsung; pandang muka aku pun tidak; aku tak se macho Shahir tentunya; Bagiku jika sedikit senyum pasti menawan sebab celaknya tadi. Tebal. (bertudung)

"Iyer! kena ambil Nombor Giliran tekan butang D" mencuka.

Masa aku mahu mengambil Nombor Giliran ada pengawal keselamat amat sopan menunjukkan aku butang D; dia perasan aku kena tegur lantaran tak bernombor, tersenyum ramah. Di depan aku seorang nyonya menekan butang yang sama!. Nyonya ini mungkin telah biasa sebab aku nampak dia dari pintu utama terus sahaja ke mesin Nombor Giliran untuk semakan.

"Ada yang tak bernombor dilayan; tiba giliran saya dia suruh ambil Nombor Giliran pula! sudahlah saya orang paling akhir berbaris." apa sistemnya ini. Peg Keselamatan tersenyum lagi memihak aku.

Sekitar lima belas minit aku menunggu aku lihat ada lagi tiga empat orang terus meluru ke kaunter semakan tanpa pun mengambil Nombor Giliran; tak tertera nombor mereka dipanggil di papan digital rona merah itu.

Selesai seorang dua yang tanpa Nombor Giliran dilayan; baru Nombor Giliran nyonya di depan aku di panggil. Perlu diingat kalau cina atau nyonya yang datang bukan satu dua bil; biasanya cina di Hulu Langat memang banyak bil; satu dah mesti rumah, mungkin yang lain kedai pelbagai. Bukan Pelakon Wayang Cina yang panggil Nombor Giliran tapi yang Wanita Kuning Langsat yang menggunakan sistem bernombor.

Hairannya Pelakon Wayang Cina Kaunter B yang menyuruh aku mengambil Nombor Giliran tapi dalam masa yang sama dia yang melayan apek, amoi & beberapa orang lain lagi tanpa Nombor Giliran. Isk! memang rasa diperbudakan; pula aku gelisah sekitar sepuluh minit lagi kaunter akan tutup.

Nombor Giliran aku dipanggil selepas nyonya yang mengambil Nombor Giliran bersamaku tadi selesai; aku terpaksa berebut dengan seorang pelanggan yang tiada Nombor Giliran di hadapanku. Aku perasan di hadapan nyonya tadi ada dua orang dilayan tanpa Nombor Giliran. Memang menguji kesabaran!.

Aku tak jadi angin sebab Wanita Kuning Langsat Kaunter A sekadar menegur pelanggan yang tak sabar menunggu nombornya dipanggil; dia tak pun menyuruh aku mengambil Nombor Giliran dalam masa yang sama dia layan juga mereka tak ada Nombor Giliran.

Setelah aku dapat bil bagi tahun 2010 aku mengambil Nombor Giliran menekan butang A untuk bayaran Bil Semasa. Semasa nombor aku dipanggil aku nampak Pelakon Wayang Cina di kaunter B bermain FaceBook (FB). Padanlah seteruk itu Kaunter BajakSauna PDHL.

Mana nak senyum mungkin sedang bergaduh dengan geng di FB kut!; maka layanan pada pelanggan macam endah tak endah sahaja. Padanlah tak tenguk pun wajah pelanggan minta bantuan. FB lebih utama. Isk!.

"Adik tenguk kawan adik tu main FB, tadi dia tegur saya tak ada Nombor Giliran; apek & amoi lain tak ada Nombor Giliran dia layan; saya pula terpaksa mengambil Nombor Giliran; biar pun di belakang saya tak ada siapa pun lagi nak buat semakan. Akhirnya saya kena tunggu mereka tak bernombor giliran... dunia ini kecik adik oii! kalau saya berbesan dengan dia nanti tahulah dia nanti!" aku membebel depan kaunter bayaran; gadis menerima duit bil semasa aku tersenyum; Peg Keselamatan yang di sebelah mesin Nombor Giliran tergelak besar. Dalam hatiku berkata ini bukan sistem Nombor Giliran tapi sistem Nombor Gilaan

Aku nampak anugerah melambak di dinding kaunter di Pejabat Bayaran Cukai Tanah ini. Anugerah pura-pura desah hatiku.

Tak semua orang suka menunggu di kaunter bayaran; tak semua orang suka sistem yang caca marba begini. Satu kena diingat pelanggan datang nak kasi duit; bukan nak minta duit. Seperkara lagi patutnya bos kena blok FB di kaunter semakan atau bayaran. FB ini sungguh melekakan. Staf begini memang kena dibajak agar lebih gebu & fleksibel sesekali kena di kurung di sauna biar dia rasa bagaimana orang setua saya ini terpaksa naik kapcai tengah panas semata-mata nak bayar bil tapi dilayan macam budak-budak!. Terbakar sebenarnya hati ini.

Ngam-ngam waktunya; sebaik dapat bayar Bil Semasa kaunter hampir sangat jam 3:30 petang. Bayangkan jika aku tak sempat membayar Bil Semasa lantaran sistem Bajaksauna ini. Harapan aku pelanggan lain tidak senasib aku.

Bukan aku tak reti guna Maybank2u tetapi baru sahaja pagi tadi aku amat keliru nombor cukai tanah di Mukim Teja sana asyik bertukar saban tahun. MayBank2u pun keliru!. Mabuk ke apa sistem online Pej Tanah ini!. Bagusnya PDHL tak tukar nombor geran atau lot rumahku bagai Pejabat Daerah & Tanah Kampar; saban tahun.

Moral dari catatan ini:

  • Perlu ada kotak parkir motosikal untuk pelawat di PDHL. Biar sesuai lokasinya.
  • Jika nak guna sistem nombor giliran pasti semua dilayan ikut nombor giliran; jangan pula dilayan mereka yang tidak mengambil nombor giliran; apatah lagi ramai yang menunggu. Caca marba jadinya.
  • Biarlah ada budibicara jika kaunter kosong hanya ada seorang sahaja pelanggan rasanya tak salah tanpa angka giliran. Buang kertas & masa nak juga nombor giliran.
  • Pastikan jangan benarkan staf kaunter bermain FB ketika di kaunter; tak manis dipandang pelanggan. Apatah lagi ianya sampai menganggu mood atau semangat kerjaya. Jika bukan di kaunter rasanya tak jadi masalah. Kita ini manusia biasa. PM pun main FB.
  • Murahkan senyum sebab mahu terima duit orang; bayangkan tak semua datang naik kereta mewah & selesa keadaannya. Bila lihat wajah mencuka tentunya hati pun rasa mencuka. Malahan tak berterima kasih pun. Tak ada ruginya bersikap Mesra Pelanggan.
  • Jangan amalkan asyik tukar nombor geran tanah seperti berlaku Di Pejabat Daerah & Tanah Kampar. Hinggakan mahu membayar cukai tanah melalui online tahun ini ramai yang gagal.

12 ulasan:

Teh Ais Gula Madu berkata...

yeke pjbt tanah sana gitu? seb baik la sy pjbt tanah p.pinang. Niway kt sana sy tak pasti cmne..tp hal berhubung ada yg tak amik nombor tu, klu kt sini org tua2 termasuk dlm kategori fast lane (keutamaan), so certain2 keadaan, derank tak perlu amik nombor. selain org tua, golongan OKU n wanita mengandung jgk kategori fast lane. tp sy tak pasti smada prosedur ini di amal di semua pjbt tanah.

Cetusan berkata...

chanagaknya irama dan nada..yang tersangat takpatut..tahun depan gaji naik lagi

anyss berkata...

Salam,
Berurusan dengan pejabat kerajaan, memang banyak suka dan dukanya.
Kalau ada staf yang tak berapa nak suka untuk kerja, cari je lah pekerja baru. Masih ramai lagi yang perlukan kerja kan?

iDAN berkata...

Sdr baby berry,

Sejak berzaman beginilah masalahnya; belum lagi saat akhir memang saya pernah nak bayar cukai pintu sampai ramai naik angin; payahlah amat.

Bagaimana pun makin banyak Majlis Daerah makin bagus sebab dah ada online; tapi masalah di Pej Tanah di Kampar amat rumit; tiap tahun tukar nombor geran macam mana nak bayar online.

Mana ada kat sini OKU semua itu; yg sedih stafnya tenguk muka kita pun tahu mahu; tak sedar ke olehnya saya ini dah pangkat Tok Wan bagi dia

iDAN berkata...

Sdr Zeq;

Kes bayar bil ini macam kita order makanan juga; kalau org sebelah dah kenyang & siap bayar bil kita yang awal masih kelaparan memang rasa terkilan.

Minggu ini minggu paling sesak di semua Pejabat Tanah bagi yang tanah 10 hektar lebih jangan main-main 7% dari bil bukan kadar yg rendah!; jika lambat bayar!.

iDAN berkata...

Sdr Anyss;

Saya pun bekas anggota org kerajaan; saya benci orang YM atau berFB ketika waktu padat; lainlah tak ada kerja tapi sebenar kerja boleh dicari. Tak ada kerja pembohong namanya.

Kalau di kaunter bayaran pun sempat klik FB sampai tak pandang muka orang kasi duit atau minta bantuan; bagaimana tu!?.

YB berkata...

Salam Dan

Ramai kakitangan samada kerajaan atau swasta, perangai pekerjanya macam taik minyak. Kerja tak sungguh sungguh. Tak macam kita dulu dulu masa muda (eeewahhh). Aku sekarang ni nunggu masa nak jumpa boss satu syarikat tu. Nak bagi tau staff dia kerja macam taik. Aku sayangkan compony dia tu, melayu, islam dan org kuat parti. Depa ni banyak hayal, angau, lalai, main main masa buat kerja. Kalu buat dlm dunia kerja macam aku ni dunia elektrikal, dah lama mati kena renjatan lektrik.

asilahmuhajer berkata...

salam. saya setuju dengan komen en.iDAN tentang staff yang guna FB masa sedang bekerja. kat sekolah saya pun ada orang yang camtu. FB lagi penting dari kerja. kalau ye pun nak berFB, agak2 la timenye. ada ke tengah2 orang lain kalut2 nak siapkan keje dia boleh sibuk berFB. sakit hati saya!

sebab tu saya tak nak berFB. bimbang tak boleh kawal diri. nanti semua keje tak siap.

iDAN berkata...

Sahabatku YB;

Angin orang tua ini lain; mana ada orang tua suka sangat bersantai atau main dam bagai dalam drama Melayu.

Apatah lagi aku ini ada darah tinggi, sakit jantung & macam-macam penyakit. Penat perah kapcai satu hal; panas berbahang zaman kini satu hal. Maka itu buat kata Baby Berry sebelah utara atau pantai timur sana ada kaunter buat org tua, ibu mengandung atau OKU.

Aku tegur sebab; orang tua seperti aku dah penat berbaris, tak ada org pun di belakangku... dia suruh ambil Nombor Giliran; padahal aku tak nampak pun orang depan aku pakai Nombor Giliran. Bila aku sudah ambil Nombor Giliran dia boleh layan pula mereka tak ada Nombor Giliran.

Patutnya urusan aku sekitar 10 minit sudah sampai menjangkau dekat setengah jam.

Bayangkan kalau waktu kaunter sesak! bagaimana iyer!?.

iDAN berkata...

Cikgu dalam jurnal@blog lama saya ada saya tulis bab strategi menentukan arah hidup; (sayang jurnal tersebut buat masa ini tak dapat diakses)

Mana yang kena lakukan segera & penting.

Mana yang penting tapi tak segera.

Mana yang tak penting tapi kena buat segera.

Pun mana yang tak penting & tak perlu dilakukan segera.

Yang kasi tips ini pakar motivasi dari Rusia tetapi fasih berbahasa Inggeris.

Dia kata kalau kita pandai mengimbangkan benda penting & segera ini pasti hidup kita tak akan rumit.

Yang pasti di letakkan chit-chat, ym, blog & FB itu bukan kategori penting mahupun segera.

Antara yang segera & penting katanya jika isteri mahu bersalin. Keluarga kemalangan teruk. Sakit perut! Strik atau pengsan... Apa jua jika kita lambat bertindak akan mendatangkan maut.

Penting tapi tak segera; tidur, jika kerja banyak terpaksa lewat tidur tapi penting cukup tidur; bersenam tak mesti kena buat segera tapi sebaiknya sehari paling malas 20 minit. Bayar bil, selalunya ada tempohnya jadi tak perlu disegerakan.

Tak penting tapi kena segera; hantar anak ke sekolah; kita boleh serahkan bas sekolah menghantarnya tapi tindakan kena segera; membeli belah kita boleh suruh org rumah atau pembantu belikan tapi jika lambat bertindak mana beras nak makan...

Bab YM, blog, FB siapa nak marah kita jika tak klik sehari atau sebulan; tolong ingat sikit saya yang berjinak denga FB ini sekitar sebulan dah dapat lebih 300 kenalan. Nak buang kawan 300 ratus sehari pun tak siapa nak marah!.

Jadi apa masalahnya lantaran FB sampai kerja hakiki terabai begitu!.

Samalah jualan langsung atau gores & menang. Kalau kita kaji penting ke benda ini? Perlu segerakah mahu menjadi ahli. Contohnya menjadi ahli jualan langsung Penapis Air ada yang sanggup buat pinjaman sampai RM20K. Sedangkan di pasaran bersepah Penapis Air jauh lebih baik, jauh lebih murah harganya dua kali ganda murah dari harga jualan langsung. Penting sangatkah benda ini. Segera@urgent sangatkah keperluannya?.

- just me - berkata...

Salam abg iDAN,

rasanya kerenah org2 sebegini kita selalu jumpa terutama yg bertugas di kaunter2. selalunya kita bersangka bik jelah. Yelah hari2 dia pun berjumpa dgn org yg bermacam ragam, nak komplen dah mmg kerja dia begitu.

pun mungkin ada ketikanya dia sebagai manusia biasa tak lari drp dilanda emosi (bergaduh suami-isteri, bersedih/kecil hati dgn perbuatan seseorg, berdepan dgn kematian seseorg, perubahan hormon etc.) hingga kena tempias pada para pelanggan.

tp kalau dah sampai tahap berFB masa berurusan dgn pelanggan tu kira melampau jugak. sebaiknya staf2 begini kita laporkan saja. biasanya di tempat2 sebegitu pasti ada borang aduan atau maklumbalas pelanggan. mungkin perkara2 sebegini antara yg boleh kita laporkan.

iDAN berkata...

Dik Ieja;

Memang benar apa kata Dik Ieja; kita ini manusia, sering sangat buat kesilapan. Terkadang kita dalam mood tak baik org tak bersalah pun kita terlanjur marah-marah; lepas itu kita menyesal.

Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Dalam berumah tangga pun begitu; sukar difahami hati perempuan terutama ketika perubahan hormon; apatah pembawa budak!.

Kita harapkan begitu pada si penjaga kaunter; tak dapat dinafikan FB itu amat fobia. Abg pun tenguk Dik Ieja di FB dengan simbul senyum pelbagai dengki pun ada; sebabnya tiada pun diturun jejak di blog abg. Asyik-asyik FB.

Memang FB ini amat melekakan. Maka itu jangan hairan abg ada 4 akaun di FB.. semata-mata nak main Farm Ville.

Harap-harap komen abg bab cukai tanah itu tak diambil serius; sekadar isu yang elok kita fikirkan. Mana-mana Jej Daerah/Tanah banyak amat kerenahnya.

PM pun main FB tapi sesuaikan dengan waktunya, jangan sampai gaduh-gaduh dalam FB pelanggan jadi mangsa.

Dah tua ini sebenarnya teringin juga sedekah senyuman dari seseorang. Apatah lagi dari Pelakon Wayang Cina itu.