KUALA LUMPUR: Selepas menjadi juara Akademi Fantasia 3 (AF3) dan bergelar bintang paling popular, Mawi bukan saja menghadapi pelbagai kontroversi, malah sering mengalami gangguan makhluk halus.
“Saya pernah ditekup mulut dan ditarik kaki oleh lembaga perempuan lengkap berpakaian dan bertudung merah ketika berbaring untuk tidur.
“Ketika itu, saya mengalami kesukaran untuk bernafas dan ia menyebabkan saya terjaga beberapa kali daripada tidur,” kata Mawi kepada Harian Metro, semalam.
Anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu mengakui gangguan berkenaan menyebabkannya gelisah dan bimbang untuk tidur kerana takut berlaku perkara tidak diingini.
“Gangguan lembaga wanita berpakaian merah itu hanya berlaku sekali tetapi saya menganggap ia yang paling menakutkan.
“Selain itu, hampir setiap malam saya diganggu pelbagai lembaga hitam dan mengerikan ketika cuba tidur. Ada kalanya seolah-olah benar-benar berlaku tetapi saya anggap ia mainan tidur saja,” katanya.
Menurut Mawi, apa yang menghairankan, gangguan itu bukan saja berlaku di kediamannya di ibu kota tetapi ia seolah-olah mengejarnya ke mana-mana lokasi yang dituju untuk tugasan atau persembahan.
Walaupun tidak menganggapnya perkara serius, Mawi sentiasa berhati-hati kerana bimbang mungkin ada pihak kurang senang dengannya atau kariernya yang sedang di kemuncak.
“Saya menyedari mula mengalami gangguan berkenaan sejak mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian tiga tahun lalu.
“Sehingga kini, ia masih lagi ada tetapi tidak sehebat seperti ketika pembabitan awal saya dalam bidang ini,” katanya.
Mawi bagaimanapun tidak mahu berprasangka buruk terhadap mana-mana pihak berikutan kejadian menakutkan itu kerana menurutnya, ia boleh berlaku kepada sesiapa saja.
Dia kini tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu kerana lebih baik fokusnya ditumpukan dalam mengembangkan kerjayanya.
“Saya tidak pernah disantau atau dibuat orang oleh pihak tertentu menggunakan ilmu hitam dan sebagainya.
“Namun, untuk mengelakkan kejadian seperti itu, saya ada mengamalkan bacaan ayat suci tertentu kerana percaya hanya Allah s.w.t yang mampu melindungi hamba-Nya,” katanya.
Kata Mawi, dia tetap percayakan perkara ghaib tetapi tidak menganggap ia lebih berkuasa daripada Allah s.w.t.
“Walaupun diganggu perkara ghaib, saya tetap akan berdoa memohon perlindungan dan bertawakal kepada Allah S.W.T kerana Dia lebih berkuasa,” katanya.
iDAN Menulis
Pengalaman Mawi sememangnya bukan dongengan. Kejadiani sihir & perbagai lagi perkara misteri memang ujud sejak dulu. Pastinya lantaran ada yang mempunyai sifat dendam yang cuba menggunakan Ilmu Hitam untuk menduga kekuatan diri Mawi, Mawi kena bersabar dalam menangani semua ini.
Dalam rancangan Sebalik Malam TV3 ada menceritakan pengalaman artis lain yang diganggu oleh perbagai perkara ghaib. Sememang benar kata Mawi, dia tetap percayakan perkara ghaib tetapi tidak menganggap ia lebih berkuasa daripada Allah s.w.t. Sejarah banyak membuktikan kekuatan ilmu sihir yang terkadang tidak dapat diterima akal kita. Tak kira dari kalangan mana sekalipun. Bukan sekadar orang Melayu kita yang menggunakan amalan ilmu sihir ini, bangsa lain seperti Siam, Orang Asli & banyak bangsa lagi yang memang masih kuta berhubung dengan perkara ghaib ini.
Tentunya gangguan tidur akan terusan menghantui mawi, biarpun dia dapat melegakan dirinya dengan bacaan Al Quran. Terkadang saya terfikir, sememangnya gangguan syaitan, perkara ghaib itu kita boleh mengabaikan, tetapi bagaimana dengan gangguan emosi, stress, trauma, kecewa & perkara lain yang membuatkan kita tidak boleh tidur.
Seperti kini, aku sering juga mengikut perkembangan peminat Mawi yang terlalu fanatik mengkritik Ina bekas tunangan Mawi. Tentunya Ina tak ada masa nak membaca kritikan mereka sebab dia kini telah menyibukkan diri dengan dunia barunya tanpa Mawi. Tetapi semuanya tahu bagaimana dia begitu tertekan ketika ditinggalnya Mawi. Bagaimana tentunya tidurnya Ina bagaikan igauan.
tentunya tidurnya Ina bagaikan igauan...
Yang telah terbukti oleh kenyataan, orang perempuan ini cepat kecewa, cepat jatuh cinta & mereka juga cepat dapat melupakan. Memang itu yang dikatakan semua termasuk dalam skrip drama Jepun. Konna Koi no Hanashi Maka bila namanya perempuan tidak hairan mereka mudah melupakan kekasihnya ataupun suaminya dengan sedikit kesilapan sekalipun. Itu yang terjadi dengan Ina, kalau dulu dia mengatakan payah melupakan Mawi lantaran itu adalah cinta pertamanya. Jangan terkejut nanti dia akan kejinjang pelamin dengan kadar segera. Sebabnya seperti kata orang, hidup kena diteruskan. takkan nak bengkak mata kecewa. Sampai bila. Orang yang kita sayang lagi cintai tentunya telah bahagia dengan cintanya yang baru. Itulah cinta insani.
Cinta sejati semuanya tahu milik siapa!. Dia yang satu. Tidak perlulah kita menggarapkan syurga sebagai balasan, syurga itu adalah ketentuan dia; cinta kita kepada Allah Azzawajalla amat manis jika sungguh & qudus menyintainya. Tapi rasa nikmat & ketenangan yang kita sememangnya akan dirasai di dunia lagi.
Agar Mawi dapat mengatasi gangguan ini & lambaga itu tidak akan menganggu tidurnya lagi.
Mawi amal ayat al-Quran
Oleh Nazarali Saeril
Arwah ayah cadangkan sebagai pendinding
KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi, yang tidak tahan diganggu makhluk halus pernah merujuk kejadian itu kepada arwah ayahnya, Ani Ahmad, sebelum diberikan beberapa potong ayat suci al-Quran untuk diamalkan sebagai `pendinding’.
“Hampir dua tahun tidur saya diganggu pelbagai gangguan makhluk halus sehingga saya rasa tertekan.
“Akhirnya, saya menceritakan perkara itu kepada arwah ayah untuk mendapatkan nasihat dan dia mencadangkan kepada saya beberapa ayat suci al-Quran untuk diamalkan,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Menurut Mawi, ayat suci itu menjadi amalan seharian khasnya sebelum tidur atau ketika hendak ke lokasi tertentu bagi membuat persembahan dan sebagainya.
Hasil amalan berkenaan, gangguan itu semakin berkurangan dan kini dia mengaku sudah boleh tidur lena seperti sebelum bergelar artis.
“Saya tidak mahu menuduh ada pihak tidak puas hati dan melakukan sesuatu melalui perkara ghaib terhadap saya.
“Bagaimanapun, saya bersyukur gangguan itu semakin berkurangan dan tidak seteruk dulu selepas saya mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran yang dicadangkan arwah ayah,” katanya.
Sementara itu, mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai gangguan makhluk halus terhadap Mawi, Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz, berkata kejadian seperti itu bukan saja menimpa individu seperti Mawi, tetapi kepada ramai orang lain.
“Ada pelbagai sebab menjadikan seseorang itu diganggu makhluk halus, tetapi boleh dihindarkan jika mengamalkan ayat suci tertentu.
“Sebaik-baiknya, potongan ayat suci berkenaan pula perlulah dijadikan amalan seharian dan bukannya ketika diganggu makhluk halus dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Bagaimanapun, beliau meminta mereka yang diganggu bertemu ahli agama mendapatkan nasihat.
Beliau turut meminta mangsa tidak bertemu bomoh dan sebagainya kerana dibimbangi mereka menggunakan amalan lain yang bertentangan dengan Islam dalam rawatan berkenaan.
“Lebih baik bertemu dengan ahli agama untuk mendapatkan pandangan atau ayat suci tertentu yang boleh dijadikan pendinding serta keberkatan Allah s.w.t.
“Jika bertemu pihak salah, mungkin menjadi bertambah buruk kerana amalan perubatannya tidak selari kemahuan agama,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/
WorlD!!! pEnGaiLSeJaTi | Posted on 18.1.2007 at 3:47 AM semoga Mawi tabah menghadapi segala dugaan dan rintangan seperti mana penyair idaNRadzi... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan