iDAN

28 Julai 2010

Perkahwinan Jarak Jauh 2 (Singgahsana)

Di blog lamaku Easyjournal banyak aku menulis masalah Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) ini. Entah apakan jadinya blog yang itu; telah berbulan aku tak dapat akses kalau boleh memang aku mahu pindahkan ke server yang ini. Banyak juga tulisanku yang rasanya bermanfaat untuk tatapan semua.

"Kalau boleh anak Apak tak mahu kerja di dua bidang ini; Ketenteraan@Askar & Polis!" aku masih ingat pesanan arwah Apak kepada kami. Hingga kini aku tidak dapat menangkap kenapa arwah Apak tak suka anak-anaknya berkerja di bidang ini.

Pernah berlaku dia aku lihat amat marah dengan anak saudara Abg Jaapor lantaran mengizinkan anaknya menjadi askar. Aku lihat Abg Jaapor tunduk tak menjawab. Macam-macam bebelannya lantaran dia memang benci amat bidang ini.

Aku pernah mendengar cerita semasa arwah Apak dikerah menjadi askar di zaman British; Home Guard/AC - Bekas tentera anak watan yang dilantik khas menjaga keselamatan daerah sendiri ketika zaman British. Arwah Apak lari dari tugasnya. Bukan minat & bidang kerjaya yang sesuai dengan dirinya. Arwah Mak kata dia menyorok di siling rumah. Tak hairan semua orang kampung menggelar arwah Apak Mat Sesh; selalu sahaja mengamuk lantaran naik seh. Maka itu nama Lorong ke rumah aku dinamakan Lorong Sesh sempena nama arwah Apak.

"Kalau anak kita mati ketika masuk hujan nak cari kominis, berapa sangat ganjaran yang kita dapat!, kita yang terpaksa menjaga menantu & cucu. Pencen askar banyak mana sangat!" zaman dulu memang pencen askar amat kecik.

"Dah tu bila adanya selalu di rumah, asyik kena tukar sana sini, anak pun tak kenal ayah!". memang benar, sering askar ini ditugaskan merata. Tau-tau nun ditukar ke Sabah atau Sarawak; amat susah nak bercuti jika ada kenduri kendara saudara mara. Sering pula tak boleh bawa keluarga bersama. Zaman dulu tak banyak rumah kerajaan untuk menampung keluarga parajurit ini.

Samalah anggota Polis, sampai kini aku lihat si Noi adikku (lain emak satu ayah) yang berkahwin dengan anggota Polis masih berstatus PJJ; suami entah bila balik ke rumah jarak antara mereka ratusan kilometer. Gaji anggota Polis hanya kini baru baru dinaikkan agak lumayan; dengan ganjaran yang amat minima maka bagaimana mahu menampung belanja anak-anak terpaksa isteri berkerja untuk menampung kehidupan untuk lebih selesa. Bila isteri telah berkerja bukan mudah untuk bertukar tempat berkerja. Terpaksa memilih berumah tangga secara PJJ.

Kita sebagai suami isteri memang reda sahaja demi mahukan ekonomi yang lebih stabil & kukuh. Tetapi sedar tak sedar pasti anak-anak menjadi mangsa. Kasih sayang terhadap anak-anak takkan sama dapat dicurahkan dengan pasangan biasa yang tinggal sebumbung.

Selalunya pasangan PJJ akan berkata kalau tinggal sebumbung pun tak semestinya dapat dicurahkan sepenuhnya kasih sayang dengan anak-anak. Memang kita sering berfikiran begini apabila kita sendiri telah tersepit dengan situasi PJJ ini. Jarang kita ambik iktibar bagaimana keluarga Rasulullah, lihat rumahnya Rasulullah kita, baginda ramai isteri pun buat rumah yang rapat agar menjadi rumah tangga yang sakinah. Sedangkan kita satu bini nak rumah dua berasingan.


- bersambung!

12 ulasan:

ardz amy berkata...

ehm terpikir juga hal ini... bgmn pula yea andainya isteri maseh belajar dan si suami pulak terpaksa transfer ke sabah dan serawak... ehm.. ingin kan kepastian.. takut andai menjadi sesuatu yg x terduga pula...

The Story Teller berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
iDAN berkata...

Sdr Shazriena;

Dugaan berjauhan ini amat banyak; sebab sy telah menempuhnya; selalunya yg perempuan mengikut sahaja, setia sahaja, lelaki ini terkadang sering teringat haknya.

Sebab itu ramai pemandu lori atau bas beristeri lebih dari seorang.

Yang jadi mangsa anak-anak; jika kita pandai berlaku adil tak jadi masalah; ikut sunnah tapi selalunya org Malaysia berpoligami mana ada isteri-isteri mahu berpakat; asyik bergaduh & penat kita dengar!.

The Story Teller berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
iDAN berkata...

Sahabatku Alid;

Saya kenal rapat Alid, Alid jenis suami amat baik & setia; isteri pula bukan orang sini. Memanglah terpaksa PJJ; yang pasti ketika bersama isteri tu perbanyakkan waktu bermesra & rapatkan diri dengan anak-anak.

Tak semesti PJJ itu akan mengurangkan kasih sayang anak & isteri yang penting kita pandai mengatur & mengisi masa waktu bersama.

Tapi ingat jangan berjauhan dgn isteri lebih dari 4 bulan kut dia tak reda senyap-senyap jumpa kadi; memang itu hak perempuan! minta fasah cerai dah itu ajaran agama kita.

The Story Teller berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
iDAN berkata...

Sahabatku Alid;

Itu telah lebih dari tempoh; jika isterinya reda tak menjadi masalah... yang penting setia & reda tadi; Islam itu indah tak mahu menyusahkan penganutnya...

Terbaik begitu biarlah isteri yg ditinggalkan bersama keluarganya agar dia tak rasa sepi & ada mahram yang memerhati kehidupannya... lagi pun masa itu Alid mungkin tak ada lagi cahayamata.

Masa saya pergi Jepun mengikut seruan kerajaan Dasar Pandang Ke Timur ada kalangan pelatih terpaksa melepaskan isterinya lantaran isterinya tidak reda & mungkin ada orang ketiga dalam hidupnya. Isterinya meminta fasakh.

Kami pergi itu enam bulan; bila isterinya mengadu ke Mahkamah Syariah dia diabaikan di segi Nafkah batin atau fakta lain selama 6 bulan; kita kaum suami gagal menolaknya; biar pun cinta kita masih membara terhadap isteri kita...!

Alid kena jaga bab ini memang ini taklik kita ketika bernikah!.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Hmmm... dulu memang tinggal jauh2 ngan suami. Seminggu sekali je baru jumpa. Memang banyak masalah berlaku dalam setahun lebih tu sehingga memaksa vic ambik keputusan berhenti kerja duduk dengan husband kat sana...

Akhirnya lepas 2 bulan menganggur kat tempat jin bertandang tu sebab tak dapat cari kerja - (maklumlah mana ada bangunan kat situ, rumah kedai ada la... camno nak cari kije??) husband lak berkorban pindah balik ke shah alam... ulang alik jauh2 pun takpe la...

Baru dia tau... betapa pentingnya isteri dia ni menjana ekonomi rumahtangga. Kalau tak, asyik bising kata "tempat isteri di sisi suami."

iDAN berkata...

Sdrku Alid;

Memang benar perhubungan atau komunikasi antara pasangan itu kena kekal sampai ke akhir hayat; jangan guna nada suara tinggi ketika marah; tahan diri dari berkata kasar.

Jika kita pandai menggunakan hubungan alam maya atau internet memang dapat mengubat rindu. Webcam segala akan dapat merapatkan hubungan jauh.

Islam meletakkan 4 bulan tempoh mungkin lantaran mahu menjaga moralnya atau kudrat nafsu wanita itu 9:1 berbanding kita lelaki.

Kita ini 1:9 nafsunya pun amat payah mengekangnya jika tak bersama dgn isteri dalam tempoh 4 bulan itu.

Tetapi jika pasangan memikirkan seks bukanlah segalanya masalah ini tak pun menjadi rintangan PJJ. Masing-masing punyai hak dalam aturan rumah tangga kita.

Hanya Islam menggariskan begitu.

Bak sembahyang juga; biar pun ianya wajib tetapi dimaafkan jika kita tertidur; rintangan hujan yang lebat ketika Sembahyang Jumaat; bukan mesti yang wajib itu tak boleh ditangguh atau diqadakan.

wallahualam... rujuklah ke Ulamak yang arif.

The Story Teller berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
iDAN berkata...

Dik VIC;

Dalam tempoh lebih 25 tahun pernikahan abg ini; bukan sekali dua kami tinggal berjauhan. Paling akhir ketika Kak Mila tu di Pulau Carey.

Paling tragis ketika awal PJJ waktu itu dua org anak; tinggal berjauhan tanpa keredaan sebenarnya & abg memilih menjaga sama rata anak-anak demi takut tergoda dugaan dunia. Abg jaga seorang Kak Mila jaga seorang.

Ketika itu pelbagai dugaan datang; sampai rakan-rakan sedia menjodohkan abg dengan adik sendiri, adik ipar, janda, anak dara kaya & pelbagai pilihan.

Keluarga abg tak tahu hinggakan pecah rahsia setalah hampir setahun; arwah Apak amat terkejut dia menangis mendengar kami tinggal berjauhan selang dua hari dari kejutan itu... dia strok & meninggal dunia.

Orang tua kita sebenarnya tak terima kita tinggal berjauhan PJJ ini...bukan budaya hidup mereka. Sebab itu arwah Apak tak mahu anaknya jadi Askar atau Polis... tapi ada juga anaknya kahwin dengan Polis; iyer... hingga adik abg itu asyik terpaksa kejar dukun pelbagai.

Tuntutan ekonomi keluarga kini amat mendesak itu yg membuatkan ramai kalangan pasangan Islam memilih PJJ. Silap laku kita akan ikut orang Indon.

Rata-rata 80% pasangan sekarang suami & isteri berkerja.

Maka itu abg katakan afdalkah PJJ ini jika sekadar memajukan syarikat yg entah akan menghimpit kehidupan anak cucu kita; entah sekadar nak kaya; kita tak banyak mana pun dapat imbuhannya. Maka tinggalkan syarikat yg sengaja aniaya pekerja yang asyik dihumban sana dihumban sini sampai tak boleh bawa anak bini... atau tetap dengan persekitaran yang selesa. Tempat Jin bertendang kata dik VIC.

Itu sebab Islam tak suruh kita makan gaji rezeki berniaga itu 90%. Sebab kita boleh tentukan perjalanan hidup kita tanpa terikat dengan majikan.

Bila telah tua begini abg nampak kesilapan kita memilih bidang kerjaya; tapi telah terlambat, Dalam kasta India pun golongan buruh atau orang suruhan ini@orang makan gaji ini di kasta paling rendah & hina.

Bila abg terhimpit ketika makan gaji; itu buat abg sedar baik jadi Penyair & Pekebun dari tinggal di kota yang amat rakus ini.

iDAN berkata...

Sahabatku Alid;

PJJ itu tak salah jika kita setia & reda!; tak PJJ pun kalau tak setia bukannya 4 bulan; 4 hari pun boleh bercera-berai macam Drama Indon itu!.

Cumanya Islam ada garisan untuk kita berpaksi; ada peraturan untuk kita mahu menjadikan rumah tangga kita rumah tangga sakinah (ketenteraman jiwa, hati & fikiran).

Banyak kehidupan kini kita asyik bertuhankan duit sampaikan kita tak nampak akan erti sakinah ini. Berpada-pada mencari rezeki; Islam tak larang umatnya jadi kaya tetapi pastikan anak & isteri mendapat syurga mereka di dunia & akhirat.