Tarikh kenduri di pihak lelaki telah ditetapkan
8 Januari 2011... Sabtu!
(Bukan Ahad agar senang orang jauh mahu bermalam di Lembah Klang.)
Lokasi
Dewan Cempaka
Tingkat 3
Kompleks PKNS Bangi
Persiaran Bangi
Pusat Bandar
Bandar Baru Bangi
(Atas Pasaraya Billion Bandar Baru Bangi)
12:00 tengah hari hingga 5:00 Ptg.
Majlis bersandingnya sekitar jam 1:30 tengah hari.
Kad telah ditempah; tanpa kad pun tak semestinya tak sudi hadir. Sudi-sudikanlah mengintai kami. Inginkan kad hantar alamat ke e-mel saya di FB atau idanradzi@yahoo.com
Katering telah pun ditempah.
kita jamahlah bersama sekadar apa nan ada.
Sirih junjung berhis indah,
Tetamu berteduh di pohon cenderai,
Bertunang sudah bernikah sudah,
Kini tiba masanya pengantin dirai
(Pernikahan Afiz & Husna telah pun berlangsung pada Jun 2010 lalu)
Lembayung Senja menggamit malam,
Menangis jentayu menanti hujan,
Hajat mulia menyusul salam,
Pohon restu kehadiran tuan.
Klik peta untuk besarkan
Peta lebih lengkap
(klik kan save & boleh dibesarkan)
Hotel bajet terdekat
http://www.amanihotel.com.my
Hotel mewah
Equatorial Hotel Bangi
atau klik
sini
Buat masa ini Tetamu yang telah bercadang Akan Hadir insyaAllah
1. Cikgu Zu & keluarga
2. Oja & Epol serta keluarga
3. Keluarga Tok Perak Sg Jelok
4. Roslan dari Perak & keluarga
5. Cikgu Badrul dari Ipoh & keluarga
6. Fairus & famili sepelaung!.
7. Man & Nora sekeluarga
8. Hashim & Famili
9. Zaki Mamat & keluarga
10. Tok Wan & keluarga
11. Sabri & keluarga
12. Hamid SMI & keluarga
13. Dzuan & keluarga
14. Johari KB & keluarga
15. Kak Nomie & keluarga
16. Tajul Ana & keluarga
17. Prof Nizam Bangi & keluarga.
18. Siti Kak Nomie & Pasangan
19. Nurul Kak Nomie & keluarga.
20. Nasuha & Kelurga
21. Linda & keluarga
22. Liza & keluarga
23. Nornadia dengan ayahnya Sahak & keluarga
24. Fareez geng mancing & keluarga.
25. Chef Rashidi & keluarga (30 lebih tak jumpa)
26. Khairu@Keroi Badree sekeluarga rakan SMI (30 tahun lebih tak jumpa)
27. Pak Wahid sekeluarga
28. Ulan sekeluarga.
29. Abg Soib sekeluarga.
30. Nasir Ina sekeluarga.
31. Abg Mansor & keluarga.
32. Syukria & keluarga katanya Mak Mertua ada sekali.
33. Abg Jan sekeluarga.
34. Jamal Sh rakan SMI & keluarga.
35. Dik Ieja & keluarga.
36. Syafik & keluarga.
37. Jaja & keluarga
39. Ramsinah Abdul Latib & keluarga rakan di SMI Ipoh.
40. Syed & Keluarga Najihah jangan tak datang..
41. Salleh IT & keluarga... baru bual tadi dia datang sebelah petang
42. Atan & keluarga dia SMS pasti datang...
43. Mior & anak-anak pun waris dah telefon dia...
45. Juliana Baharudin anak saudara & keluarga (anak Zami Ismail)
46. Khairul Shahzuan Khairudin bersama pasangan pun Kak Azie & Abg Lan
47. YuShafiza Khairudin bersama emak & rakan.
48. Azuwa Ad bersama famili.
49. Nordin & keluarga
50. Rahsia ada yg tak mahu namanya dicatat tapi pastikan hadir.
tetamu lain adalah kerabat
Kak Mila (sekitar 600 tetamu) & rakan Afiz & Husna ( sekitar150 tetamu)
Yang terlupa catat namanya jangan pula tak datang; pastikan datang.
(Yang Mungkin Hadir dari Respon di FB agak ramai... agar menjadi tetap hadir, faktor usia saya menjadikan majlis ini amat penting. Si Aziq cahayamata kedua itu nampaknya ingin mengejar cita-citanya maka pasti lambat amat untuk kami mengadakan majlis sebesar ini. Inilah masanya nak kenal keluarga saya, bila sudah usia 60an nanti saya pun mungkin dah nyanyuk!.)
6.1.11
Majlis di Machang telah pun berjalan lancar; amat meriah dengan kunjungan saudara mara Mila seramai sekitar 40 tetamu (sebuah bas) & saudara maraku dengan tiga buah kereta. Kami banyak menyimpan kisah indah ketika berada di Kelantan sana. Agar jalinan dua keluarga ini akan bertambah erat.
#####################
Semua Saudara Mara, Sahabat Handal, Rakan Taulan & yang mengenali Penyair iDANRADZi, dijemput Hadir bersama keluarga & rakan taulan!.
Moh! kita ke Machang Pada10.12.10 hari Jumaat;
Majlis Kenduri Kahwin & persandingan Afiz anak sulung Penyair iDANRADZi.
Bertempat di Rumah Pengantin Perempuan Husna, Kampung Belukar, Pulai Chondong, Machang, Kelantan. InsyaAllah kita bermalam di Kota Bharu setalah majlis selesai.
Sepanjang hari 9, 10 &11 Disember 2010 talian 016 9094343 akan sentiasa dibuka.
Ketika di Machang InsyaAllah saya akan tidur di rumah tumpangan Datuk Yamud.
DESA PERMAI RESTHOUSE & RESTAURANT
Batu 24 1/2, Lorong Yamud,
18500 Machang, Kelantan,
Tel : 09 - 975 1152
Santai tempat ini. Banglo Agam yang damai. Saya pernah bermalam di sini sekitar bulan Jun tahun ini.
9.12.10 Khamis malam Jumaat saya telah tempah empat bilik,
kami tiga keluarga bermalam di sini. Bilik telah penuh ditempah.
Paloh Inn Hotel.
Wisma Nordin,
Lot 74, Kg. Paloh, Jalan Pintu Geng,
15050 Kota Bharu, Kelantan. Malaysia
Tel:+609-7433 629 Faks: +609-744 6277
http://paloh-inn.nordinbatik.com
Lokasi nan menarik & rasanya tak puas menginap di sini.
Buat Masa ini yang konvoi bersama saya ke Machang Keluarga Kak Nomie & Yong Yah;
anda bagaimana?.
10.12.10 Jumaat malam Sabtu, saya telah tempah dua bilik di Hotel ini... Moh!lah menginap bersama. Bilik masih ada kosong; Bagi satu keluarga RM100 muat untuk 7 orang. Saya telah menginap di sini memang selesa ada segala; Air di bilik mandinya mak datok! macam air terjun!.
21 ulasan:
Semua dijemput hadir ke nih :p
Sdr Sabree mohlah meraikan; sian masa nikah dulu saya sendirian tak ada siapa mengiringi!.
Majlis di Machang rasanya tak sebesar mana tetapi saya yakin meriah jika ramai yang hadir.
Tengah cari dewan nak buat di sekitar Kajang ni.
Salam,
cadangan dewan sekitar bangi;
i. UKM. banyak dewan2 boleh diguna seperti Dewan Gemilang, dewan di Danau (kelab golf), Puri Pujangga, dewan Bestari. Senang, parking pun luas. ramai juga yang buat kenduri kat sini.
ii. putrajaya: dewan komuniti belakang alamanda (berhampiran petronas), lagi satu berhampiran mydin putrajaya.
Tahniah. Selamat menyambut menantu.
Terima Anyss abg tengah merisik di UKM bangi tu...
Paling gempak di Saujana Impian bayaran ikut kepala satu tetamu RM35.. Emmm! jika kita jutawan memang okey!
wisma nordin batik (paloh inn) cuma 3 minit dari rumah saya
salam paksu,
nanti dekat machang, insyaallah siti n suami akan ikut tapi tak comfirm lagi, tak pun mungkin siti jer ikut mak abah n lain. tapi nanti nak tempah tidur, kena bincang lah nak tidur mana dan nak comfirm kan.
Salam,
Kat Machang tu dah dekat dengan kampung saya, dalam setengah jam sahaja, tetapi kat Bangi lagi dekat. InsyaAllah kalau masa itu saya tak perlu pergi kerja luar...saya akan terjah di PKNS ;)
Sdr Anyss;
Jika kesempatan datanglah kedua-dua majlis; abg memang tak ramai waris; Kak Mila memang tu memang ramai; silap-silap satu bas ke Machang; sedih amat jika rakan pun tak sudi datang!...
Di Machang tu baru benar nak datang cuma Kak Nomie & keluarga.
Bangi abg berharap tetamu abg sekitar 200 tetamu, tenguk di FB tak sampai 50 org jika datang berkeluarga!.
Katering telah ditempah!.
Siti tidor tak jadi masalah... masih banyak kamar kosong!... jika di Machang boleh tambah bilik... di KB pula tambah tilam.. kalau kamar dah penuh... luas kamar tu... boleh muat 7 org... tidor lesak!.
Di Bangi Dewan dah ditempah... Dewan Cempaka PKNS... tanya org bagi mana itu Kompleks PKNS atau Billion Supermarket... takkan boleh sesat kut!.
Sdr Eelobor
Saya dah teruja nak tidur kat situ lagi... hari itu dah tidur situ; anak-anak suka... siap berlari-lari dalam kamarnya yang luas!
Syok tenguk pekerja buat batik..
Belakang rumah Mie@Husna tu ada sawah padi... harap-harap bendang tak banjir tahun ini.
Salam...
Sabree, Anyss,Eelobor jangan tak hadir pula ke majlis ini; bila lagi kita nak kenal!...
pakcu nampak semangat nk terima menantu..InsyaAllah kalu xde apa2 aral...liza sekeluarga akan dtg...
~
ciak berbunyi diwaktu petang
menanti kawan di pohon sena
jikalah tiada aral melintang
InsyaAllah kanda sampai ke sana
TW
Sena merendang asyik menari-nari
bergurau sang angin sahabat sejati
kehadiran TW pastinya jadi penyeri
Kami sekeluarga amat berbesar hati
Singgah kenari membawa bekal
bekal sejambak jerami di hutan
talian persahabatan pasti kan kekal
agar bertambah erat setia ikatan.
Liza...Agar majlis itu nanti akan lancar & meriah dengan kehadiran saudara mara kita...
hi..nk tnye tentang dewan PKNS bangi..dewan tue ok ke?
cmne pulak dengan lif?ada yang beritahu, caterer terpaksa berkongsi lif dengn pasaraya billion
nurul
cherrish_diyana@yahoo.com
Sdr Lol;
Lif sebenarnya ada dua bahagian; begitu jualah tangga.
Lif yang caterer gunakan itu mmg terpaksa berkongsi dengan Billion tetapi ada dua pintu. Lif ini lebih mudah sebab tiada terpaksa naik tangga seperti lif dari lobi Pejabat PKNS.
Saya amat berpuas hati dengan khidmat mesra PKNS apatah lagi kadar bayaran yang amat munasabah. Lokasi dewan ini jua amat strategik...
slm.. kalau x keberatan bleh saya tau mcm mane nk sewa dewan pkns tu? open kpd public x? ke kakitangan kt situ je.. trime kasih.
Assalamualaikum..
~~KAMBING GOLEK HANYA RM1000 SAHAJA~~
PAKEJ PREMIUM ANJUNG SERAI
DEWAN 1000PAX - RM 19.80
MENU UTAMA
Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
Sambal Sotong Kering
Masak Lemak Nenas Ikan Masin
Dalca Sayur
Acar Buah
Ulaman & Sambal Belacan
Ikan Masin Goreng
Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
Air Kordial Oren Sunquick
Air Minuman
TIT BITS CORNER - 400pax
Air Teh Tarik, Cendol (Siap Bancuh)
Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
Kuih Manis / Kuih Pedas
HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
Siakap Sweet Sour, Ayam Golek Madu
Butter Prawn, Puding Karamel
Buah-Buahan, Jus Buah, Air Minuman
PELENGKAP MAJLIS
1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
1 Pasang Kerusi Pengantin
8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
Centre Peace Setiap Meja Tetamu
2 Buffet Station Beserta Dekorasi
Peralatan Buffet Golden Bell
1 Unit Meja Hadiah
1 Unit Meja Door Gift
1 Unit Meja Tit Bits
PA System & Deejay
Kompang
12 Orang Pramusaji
1 Orang Ketua Pramusaji
KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
Sepasang Persalinan Sanding L&P,
Bantal Nikah, Mekap, Hand Bouquet.
KEK PENGANTIN
Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
Meja Kek Beserta Dekorasi
PHOTOGRAPHY (NIKAH & SANDING)
1 Sesi Outdoor, Softcopy Thumbdrive,
1x Crystal Album 8" x 24"
1x Photo Frame 16" x 24"
1x Photo Frame 8" x 12"
TERDAPAT PROMOSI LAIN YANG MENUNGGU****
HUBUNGI SAYA:
IzA 0124110390 (WhatsApp)
Catat Ulasan