iDAN
21 Disember 2010
Bukan senang mahu mengulit rindu. (Singgahsana)
1. Tak semudahnya bercinta, saat bercinta segalanya indah belaka. Bila telah berumah tangga terkadang dengkuran suami pun akan menjadi penyebab cinta semakin lekang. Apatah lagi bab cabar-mencabar. Pantang dicabar maka akan panjanglah langkahnya. Mana ada rindu-rinduan lagi.
2. Perlu diingat bagi pasangan yang baru membuat hal hidup; tiga tahun pertama adalah tahun-tahun yang penuh ujian. Apatah kahwin dalam keadaan masih muda atau pun tak cukup segala. Rumah sekadar sewa; kereta perlukan bayaran bulanan; kerja tak tetap lagi. Anak pula telah lahir. Semua itu kena ada pakatan kukuh. Mana ada rindu-rinduan lagi semua memerlukan tanggungjawab yang jitu pun kasih sayang yang setia kukuh.
3. Tiga tahun ketiga saat agak tenang; bila berbalah ada anak untuk dibelai, anak sebagai pengikat kasih sayang. Tiga tahun tak faham lagi perangai suami atau isteri tentulah pelik. Tentunya rumit jika tahun keempat kelima & keenam masih tak punyai anak. Ujian paling getir adalah keluarga mertua. Jika mertua faham tak apa; ada yang mertua pakat-pakat cari calon suami buat anaknya; atau calon isteri bagi pihak mertua lelaki yang gila nak cucu. Jauhkan diri dari keluarga begini jika sayang rumah tangga. Antara suami isteri mungkin dah penat bergaduh selama tiga tahun; dah tahu beralah. Dah pandai perah kapcai keluar rumah jika isteri membebel. Maka sabar-sabarkanlah hati itu.
4. Isteri pun kena ingat biar pun ribut barat daya melanda; jangan cari jalan mertua masuk campur urusan rumah tangga. Mertua yang baik masuk campur untuk mendamaikan bukan batu api. Mertua yang baik akan menasihatkan jangan sampai perang besar. Sebaiknya selesaikan segala masalah berdua. Bersama berdua. Kena hormat kata suami; jangan pula suami suruh balik ke rumah ikut sahaja. Sudah tahu emak pun tak pernah hormat bapa sendiri cari penyakit nak mengadu pada emak yang begini. Ayah pun sama buat cawangan sana-sini. Tempat isteri adalah pada suami. Kalau emak ayah itu okey! jenis pendamai; tak salah renggang sekejap. Bukannya bercita-cita keluar rumah berbelasan tahun.
5. Tiga tahun ketiga; maksudnya tahun ketujuh, lapan & sembilan adalah tempoh penentuan. Jika dalam tahun ketujuh masih tak sefahaman; tahun kelapan pun sama. Tahun kesembilan lebih egonya. Hisung masing-masing tetiba bertambah tinggi. Maka memang selamanya begitulah. Terimalah seadanya kelemahan masing-masing. Jangan kecuh nak cerai-berai. Ingatkan kebaikan suami yang ada biar pun sedikit sangat baiknya; begitu jua sang isteri malas, kaki bebel, ego terlampau terimalah sahaja. yang penting dia ingat agama. Dia rajin solat. Dia tak kedekut tak berkira dalam banyak hal, mesti ada baiknya isteri kita; paling tidak sayangilah isteri kita sebab dia pandai masak sayur bening.
6. Hidup amat kejap jangan gaduh-gaduh. Tak ada isteri siapa nak jadi Ketua Bidadari abang oii!.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
tip ...yang suka berbalah heee
Catat Ulasan