iDAN

16 Januari 2011

Setelah beberapa Abad berlalu 2 (Singgahsana)



Nhadia cahaya mata Kak Nomie

Setelah beberapa abad berlalu; kehidupan ini berlalu bagaikan telah tersurat. Tidak siapa dapat menduga akan jodoh pertemuan. Ajal maut jodoh pertemuan mana mungkin kita menentukan.

"iDAN kalau boleh janganlah iDAN cari jodoh orang Jawa" emak bersuara suatu pagi.

"Kenapa pula emak tak mahu anak bungsu emak ini dapat jodoh dengan orang Jawa!" aku begitu selera makan sardin mentah taruh kicap, asam limau, bawang & cili.

"Susah kita nak sesuaikan budaya kita Melayu dengan cara hidup mereka.." aku lihat emak makan ulaman, pucuk jambu, pucuk kelempung hutan, pucuk jering juga pegaga yang dikutip sekitar rumah.

"Budaya, adat resam semua itu bukankah sekadar ikutan kita, ianya bukan hukum hakam agama emak.." aku pun sama berulam cicah sambal belacan taruh ikan bilis.

"Budaya adat resam itu melambangkan kesopanan kita bangsa Melayu; lagi pun payah iDAN nak bercampur dengan masyarakat yang lain tutur bahasanya. Mereka perantau iDAN sentiasa mencari harta tidak sama kehidupan mereka dengan kita anak bumi jati di negara ini.."

Aku teringat kata-kata itu yang pernah arwah emak lafazkan padaku. Semuanya lantaran heboh seMalaya surat cintaku di rampas Cikgu Rashid; Bila aku selidiki kenapa arwah emak tidak suka anaknya ketemu jodoh dengan orang Jawa; Dapat kufahami kini. Ianya amat sukar dicatatkan takut ianya akan menyinggung banyak hati & kaum kerabatku. Sementelah aku & abangku arwah Abg Din jodohnya kebanyakan orang Jawa.

Bila difikirin Yot yang jodohnya orang Melayu sekampung lagi; jodohnya tidak kekal porak-peranda jua. Hanya Kak Nomie yang sampai kini damai bersama Abg Ali asalnya dari Sabah. Dari kaum Dusun jika tak silapku. Kaum atau bangsa itu bukan masalahnya.

Persoalkan masalah kaum; sebut sahaja kaum cina pasti kita terbayang masalah kongsi gelapnya, sebut sahaja kaum india pasti terbayang akan samsengnya, sebut Melayu nah! lagi bernanah masalahnya; dari dadah, buang anak, terkini berbalah dalam politik; semua kaum ada masalah sendiri.

Maka itu pentingnya agama. Agama yang dapat membataskan kita untuk membetulkan permasalahan di dalam masyarakat kita. Jika kita sentiasa menghayati agama ikut pertunjuk al-Quran & Sunnah Rasul segala dapat disatukan.

Isteri kena hormati suami & suami pula kena sentiasa menjaga tanggungjawabnya.

Dalam rumah tangga jika berlaku perbalahan sebaiknya kita kembali ke arah agama segalanya akan jadi mudah. Keluarga kedua pihak seharusnya mencari jalan damai; bukan campur tangan untuk memisahkan atau memutuskan jodoh. Sering berlaku kita asyik mencari silap pasangan kita, menjadikan ianya penyebab untuk berpisah. Sedangkan jarang kita menerima kelemahan seseorang sebagai kemaafan & memberi peluang demi peluang agar pasangan kita membaiki diri.

Kesabaran dalam memahami kerenah & kekurangan pasangan kita amat penting. Ada pasangan kita kuat beribadah tetapi amat naif dalam menghormati kita; ada pula tak sealim mana tapi amat sabar ketika berhadapan dengan silap laku kita.

Bila terkenang akan arwah emak, aku jadi amat terkesima. Ingin tahu bagaimana pendidikan awalnya. Tanyalah pada anak-anaknya pernahkah emak meninggi suara, tanyalah pada cucunya pernahkah Opah Kamariah ini marah-marah malahan menantunya pun amat kagum kesabaran arwah emak.

Amat sukar kita menyelami hati budi seseorang, amat sukar jua kita mahu memastikan diri kita sempurna sementelah kita lahir di dunia ini pun lantaran sikap kita yang melanggar pantang larang di syurga. Namun kenapa mahu kita akur dengan kelemahan diri; sampai pasangan kita mahu kita berubah pun amat degil & amat egonya.

Awin di Pantai sekitar Morib

- bersambung

12 ulasan:

My Life My World berkata...

Ajal Maut Jodoh Pertemuan di tangan Tuhan. Betul kata Abg Idan, yang penting adalah Ugama dan Iman seseorang tu.

iDAN berkata...

Ibunya Aran;

Agama itu adalah panduan hidup, jika kita selalu rujuk ke agama jika berbalah takkan mungkin semudahnya berlaku perceraian.

Jika kita amati Islam membenarkan rujuk sampai dua kali, ketiga baru ada orang tengah.. atau orang ketiga; kita silap mentafsir perceraian; awal-awal telah curang ujud orang ketiga yang memisahkan segala..

Betapa Allah SWT amat mahukan umatnya jangan berpisah maka itu bercerai ada jalan penyelesaian untuk bersatu semula; orang kini bercerai bagaikan satu kemerdekaan; tak fikir soal anak tak fikir hati yang ditinggalkan.

Ieza berkata...

teringin sgat nk tanya pendapat paksu..bagaimana nk menangani keluarga mertua yg suka bermandrem2..suka jumpa bomoh..suka melihat salah dipihak menantu...anak2 sendiri yg buruk tetap dikata terbaik...

memang agama adalah panduan hidup..tapi adilkah kalau sebelah pihak saja yg memahami perkara ini...
kesabaran kadang ada batasnya..

iDAN berkata...

Leza;

Sukar menangani masalah ini, malahan kebiasaan berjumpa bomoh ini akan berterusan hingga ke akhir hayat; ramai kalangan kita sanggup perabis segala bila telah termakan cakap bomoh. Malahan sering kita dengar kejadian aneh bilamana telah terlalu leka & percaya.

Paksu rasa jalan terbaik sekadar kita dapat berdoa; agar keluarga mertua kita berubah serta mendapat pertunjuk.

Jangan sesekali Leza sebut atau sindir akan keburukan keluarga mertua, ini akan menimbulkan perbalahan. Tak ada siapa pun pasangan suka disebut keburukan keluarga mereka. Terimalah seadanya. Sebab itu orang berkata ada ketika kita terpaksa pekakkan telinga pandang & lihat sahaja.

Jangan risau selalunya perbuatan yang buruk itu akan dapat pembalasan; belum kita mati kita akan dapat melihat kesan perbuatan buruk ini.

Hidup kita mmg beginilah Leza... demi mendapatkan kebahagiaan kita perlu banyak amat beralah; tahan hati & jangan sampai memarakkan api sengketa. Bila telah berbalah atau bertengkar dunia ini bagaikan nak kiamat. Terlepas cakap terkadang buat kita tambah gusar & runsing.

Berserah diri pada Allah SWT, sabar & banyakkan doa. InsyaAllah doa akan dapat merubahkan segala.

Cetusan berkata...

dugaannnn...sejuk mata...tenung gambar

iDAN berkata...

Zeq... anak buah nan ramai; pelbagai rupa & ragamnya.

XO berkata...

wahh.. sorry..=)


Just blogwalking from PangkahBulat!!!
Jom layan entry terbaru!!!
http://pangkahbulat.blogspot.com/

Ieza berkata...

trima kasih atas nasihat itu...

apa yg tertulis tu sikit jer paksu berbanding dgn apa yg mereka dh buat...

hati dh lama mati rasanya...hingga kadang terfikir apa nk jadi...jadi la..

sabar tentang benda lain ok paksu...tapi kalau bab2 mandrem ni..memang sukar nk terima...kadang kita dibodohkn...sakit...berbalah...
dn lebih perit kita x tahu pn yg kita di mandrem...rasanya semua ni x adil...

Firdaus Kasim berkata...

wow! blog nie mmg superb! layak dapat anugerah kualiti malaysia branded. bolehlah claim anugerah itu kt firdauskasim.blogspot.com

iDAN berkata...

Leza;

Arwah Atok Mila memang seorang Dukun yang handal, dia memang pandai bab pengasih pelbagai; ada beberapa tujuan orang berbomoh ni... ada yang guna ayat al-Quran & ada juga berupa sihir atau memuja jin...

Paksu lebih kepada bersabar sahaja, jika mandrem hingga kita bingung atau hilang ingatan itu amat tak baik tapi jika mandrem untuk menyatukan kita seperi Arwah Atok Mila itu memang boleh diterima cumanya janganlah sampai suami jadi bodoh atau isteri sampai dipermainkan...

Leza jangan fikirkan sangat tentang masalah ini, kena percaya dengan kuasa Dia Nan Esa, jika tidak diizinkan takkan ke mana mandrem yang Leza risaukan itu.

Belajarlah dengan orang yang pandai mendinding diri, jika pun kita ini tak semahir mana menggunakan ayat-ayat al-Quran cukup sekadar jangan tinggal solat.

Sesekali elok jua pergi jumpa ulama nan yang rapat dengan Ilahi... air Tahlil di surau atau masjid di malam Jumaat itu pun amat baik untuk buang buatan orang. Terbaik air Zam Zam..

iDAN berkata...

Thanks saudara Fidaus!

Ieza berkata...

pandangan paksu bernas buat renungan..
nasihat paksu benar2 boleh mencairkn hati yg keras..

InsyaAllah akan cuba perbetulkan apa yg silap dn pujuk hati agar belajar memaafkn apapn yg berlaku..juga akan cuba sentiasa yakin bahwa setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya...

tentang ilmu2 mandrem tu memang akan sentiasa berdoa agar yg membuat tu akan dpt pembalasan..terang2 apa yg dibuat tu bukan untuk kebaikan..tapi lebih pada kepentingan sendiri..pentingkn diri sampai menganiaya org lain...errr memang x adil bila di fikir2

apapn t'kasih pak su..