iDAN

15 Mac 2011

Diari iDAN


03hb Mac pukul 12.34 malam

Ujian Ilahi amat banyak nampaknya; setelah jari kanan ini membengkak bernanah; batuk pula amat kuat hingga tak dapat lenanya tidur; Atas nasihat rakan saya cuba ramuan dari limau kasturi taruh kicap, agak reda sikit... hinggalah ke ubat batuk gamat madu...

Baik sahaja jari kanan terbakar pula jari kiri & di pelipat kaki ketika membakar sampah; orang tua macam saya ni bila sakit amat lambat pulihnya.

Sehari dua ini barulah agak reda semua kesakitan; bayangkan sejak kembali dari PD tempoh hari... glukos terkini naik ke 7++ mmol/l pada 21hb nanti akan buat ujian terapi melalui darah.

Tak mahu rasanya ditambah bebanan makan ubat yang kini masih kekal 5 jenis dari doktor.

03hb Mac pukul 10.11 pagi

Syafakallah, semoga Allah SWT memberi kesembuhan dan kesihatan yang baik.. Ameen, insyaAllah.. moga sentiasa sabar atas segala ujian yg diberi oleh Allah SWT mungkin ada hikmah kebaikkan disebaliknya atau sbagai kifarrah (penghapus segala dosa), insyaAllah.. (maafkan saya jika ada kata-kata saya yg buat saudara terasa hati).

16hb Mac pukul 1.48 pagi

Hari ini nampaknya kekuatan badan ini menahan sakit makin kurang. Untuk kebah segala sakit memakan masa. Bila hari ini sakitnya semakin reda datang pula sakit lain...

Masalah sukar tidur kian melanda, menjadikan rutin harian yang amat payah... sering sukar tidur malam lalu selepas subuh asyik tertidur, orang kata mahal rezeki; jadual waktu tidur telah beralih... maka seminggu dua terkebil-kebil sampai lewat 3:00 pagi.

Selagi ada impian kita asyik memikirkan jalan keluar tapi nampaknya takdir Ilahi kudrat ini hanya di sini... saya teringin amat pulang ke kampung memulihkan harta pusaka di sana... memang ini satu ganggu fikiran yang buat kita terbawa-bawa ke alam mimpi.


2 ulasan:

Kak Imun berkata...

Salam, encik idan. Betul tu, dgn umur 41 kak skrg ni, klu kena sakit2 memang agak lmbt sembuh. Tak macam 20 tahun yg lalu.

Semoga tabah dan cepat sembuh, encik idan....:)

iDAN berkata...

Bila congak umur ini terasa amat gururnya; Jika umur arwah Apak sekadar 69 tahun apakah anaknya boleh mengatasi usia arwah Apak.

Kak Imun jika bandingan usia keluarga digunapakai maka mana mungkin usia ini berbaki selama 20 tahun lagi...