iDAN

05 April 2011

Karnival IT dibanjiri telefon tiruan

05/04/2011 6:25pm

PORT DICKSON - Orang ramai diminta berhati-hati apabila membeli telefon bimbit di tapak-tapak karnival menjual peralatan komputer dan elektronik di seluruh negara berikutan ada peniaga dikesan menjual telefon bimbit tiruan.

Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Daerah Port Dickson Yusuf Bakar berkata, perbuatan itu dikesan selepas pasukannya merampas 143 unit telefon bimbit tiruan bernilai RM80,000 dalam satu operasi di Dataran Rembau minggu lepas.

Rampasan yang dibuat itu melibatkan 10 tapak gerai di karnival itu, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

"Mereka akan menayangkan telefon bimbit yang asli di ruang pameran gerai mereka tetapi selepas pembeli bersetuju dengan harga tawaran, mereka akan membuat keadaan seperti kelam kabut sebelum menukarkan telefon asli itu dengan telefon tiruan yang disimpan di bawah kaunter,” katanya.

Modus operandi para peniaga di tapak karnival ini turut dikesan di Senawang sebelum ini dan beliau percaya peniaga terbabit mempunyai rangkaian di seluruh negara. - Bernama

1 ulasan:

YB berkata...

salam Idan

Bila baca alat komunikasi palsu teringat pula hubungan manusia di dunia ini. Kadangkala ada juga hubungan antara manusia ini palsu. Kalau alat tu boleh dinilai ruginya tetapi hubungan palsu menusia tidak dapat dinilai dgn duit. Cuma hati sahaja yg tahu sejauh mana nilai hubungan antara manusia, hablumminannas.