iDAN

15 Mei 2011

Cer cerite siapa pakai Toyota.


Tak sampai setahun bearing tayar depan kereta Avanza yang menjadi teman Mila meragam lagi. Rasanya baru sangat Mila tukar, mungkin sekitar enam bulan. Mungkin lebih awal. Sedangkan sejak beli lebih dari tiga tahun okey saja. WMV tahun berapa iyer.

Mila tak pernah baiki atau servis kereta di luar. Sentiasa di Pusat Servis Toyota. Isunya sekarang adakah semua Pusat Servis Toyota menggunakan alat ganti yang buatan di Thailand. Jika memang Toyota telah membuka kilang di Thailand, apakah ianya menepati piawaian.

Memanglah masalah bearing ini jika silap gaya, sebulan pun boleh rosak jika kita guna tayar besar atau sport rims saiz 18 inci masuk lubang sahaja siaplah. Meragamlah. Cumanya macam tak kena pula jika tak sampai setahun ianya perlu ditukar; Avanza Mila tu guna rim ori sahaja.

Tanda bearing tayar anda telah rosak adalah bunyi tayar yang amat kuat bagaikan mengaum jika anda memandu sekitar 100kmj. Bingit. Nak dengar radio pun tak boleh. Ianya kena tukar sepasang. Harga sepasang sekitar RM300.

Aku malas ambil tahu sangat masalah Avanza Mila ini tapi tahun lalu, bila aku tukar bateri telah berlaku kekecuhan Pusat Servis Toyota mengatakan bateri yang kami beli tak sampai 24 jam telah kondem; Pusat Servis Toyota tukar yang baru. Sedangkan bila aku pulangkan di kedai yang aku beli, mereka buat ujian dengan radas kekuatan bateri okey sahaja.

Berurusan dengan Pusat Servis Toyota semua tahu jauh lebih mahal dalam segi upah & alat ganti. Isunya kenapa tidak ditukar dengan alat ganti yang buatan di Jepun, semua tahu jauh lebih tinggi kualitinya. Barulah berbaloi pelanggan mendapat khidmat yang terbaik seperti mana Toyota janjikan.

Tiada ulasan: