iDAN

07 Ogos 2011

Alam Remaja


1. Remaja kini sukar ditegur, lantaran langkahan mereka semakin panjang. Dunia remaja mereka semakin luas. Cukuplah kalau anak remaja yang kaki SMS. Memang tak tenguk butang telefon bimbit pun mereka petah berSMS amat lajunya.

2. Remaja kini semakin keliru. Selalunya rakan mereka adalah segalanya. Banyak pengaruh kehidupan mereka adalah dari pergaulan rakannya. Jika rakannya seorang yang rajin belajar maka akan nampaklah kejayaannya. Jika rakannya suka melepak maka sering pelajaran mereka terabai.

3. Sementelah itu sekarang ini kemasukan pelajar perempuan ke IPTA & IPTS dimonopoli oleh pelajar perempuan. Remaja perempuan selalunya lebih tekun belajar berbanding remaja lelaki yang banyak aktiviti luar.

4. Keluarga yang punyai anak remaja sukar dapat menguasahi jiwa anak remaja mereka. Waima dalam hati ibu & ayah memang mahukan anaknya rapat dan menjadi rakan buat mereka mengadu.

5. Amat beruntung jika punyai remaja yang akur diri sentiasa berwawasan murni dan pandai membawa diri dalam kancah dunia yang mencabar ini. Pastinya satu kebanggaan keluarga bilamana remaj cemerlang dalam pembelajaran mereka pun mendapat tempat di hati masyarakat.

6. Alam remaja amat kejap ditempuhi tetapi zaman remaja inilah bakal mencorakkan baik buruknya masa hadapan seorang insan. Jadilah remaja yang lembut hati; keluarga tak kan mahu melihat ahli keluarganya bermasalah. Semua orang impikan kebahagiaan dalam hidupnya. Buktikanlah anda mahu jadi remaja yang sempurna.

7. Tak mungkin dapat ditemui alam zaman itu berulang lagi. Nikmatilah alam remaja anda sebaiknya.

Tiada ulasan: