iDAN

14 Ogos 2011

Deringan Telefon: Tanah Md Sesh yang hilang

Nanti orang kata asyik nak cara silap orang
tapi itulah yang kami rasa; apakah jenis khidmat yang TMnet kasi... kejap talian berdengung bunyi lebah kejap talian internet terputus sampai naik MALU nak telefon ke 100 lagi.


Tak dinafikan talian tetap memang ada ketikanya bermasalah; TMnet pun satu hal; dalam dua tiga bulan ini entah berapa kali aku mengadu ke talian 100 masalah talian di rumah; Juruteknik mereka pun bukan sekali dua datang baiki talian di luar rumah ke ibu sawat mereka.

Kejap berdengung bagai lebah kejap tak boleh nak dail. Kejap talian internet terputus. Memang tak dinafikan telah lebih dari 3 bulan aku hadapi masalah ini; kanggaru melompak pun terkadang berhenti penat; talian rumah kami tak pernah berhenti bermasalah.

Buat BPA Perak:

Mungkin terkena masalah kami; malahan ada satu ketika itu; dengar bunyi dering bila saya berhelo-helo tak siapa pun menjawab dalam talian. Paling saya sedih si Anif jadi mangsa telah banyak kali terpaksa berjalan kaki balik ke rumah sebab dia bergantung dengan talian tetap di rumah macam ayahnya. saya pula memang sering tak buka talian sebab tak ada kredit nombor telefon bimbit saya untuk kami berhubung

Salam.

BPA:

Saya sedang berbincang dengan keluarga saya (Waris Md Sesh) berhubung dengan Isu Tanah Air Hangat ini.

Seperti yang saya bualkan di telefon semalam; tanah tersebut telah pun dimajukan oleh Pemastautin Tetap (PR) bernama Hamidah Saad (Semua org kampung kata dia ni asalnya orang Indon tapi zaman sekarang faham saja... mungkin dah dapat IC tetap eh!) yang bernikah dengan Cina Mualaf di Kopisan Baru Gopeng (maklumat penuh saya tak dapat tapi pernah bersemuka dengan suami Puan Hamidah Saad ini).

Adakah tanah ini berkembar dengan Puan Hamidah ini. Sebab Pelan besar yang saya pegang tidak sama dengan yang saya tenguk pelan di tangan Puan Hamidah ini. (seperti digabungkan) Saya tak pernah bersemuka dengan Puan Hamidah ini. (Minta maaflah jika semua orang kampung kata dia ni PR manalah tahu itu fitnah belaka)

Pastinya untuk kami menuntut hak perlukan bantuan dari semua pihak. Paling penting Pejabat Daerah & Tanah Kampar (PDTK). Lantaran geran tanah tersebut telah pun diceroboh orang & tiada di simpanan kami. Jika PDTK asyik menolak saya untuk ke Ipoh pula bagi mengetahui status tanah; memanglah menyusahkan.

Asal Tanah ini maklumatnya di Mukim Teja, tahun 70an memang Pajabat Tanah Batu Gajah Perak yang keluarkan Bil.

Waris Md Sesh tengah berusaha untuk mendapatkan salinan asal geran ini.

Perkara ini telah saya usahakan kira-kira tiga tahun lalu. Dari Pejabat Tanah Batu Gajah ke Pejabat Daerah Tanah Kampar kemudian telah mengarahkan saya ke Ipoh untuk mendapatkan Status Tanah ini.

Saya telah pun membuat pertanyaan melalu e-mel ke Ipoh; Itu yang saya sertakan salinan e-mel di blog saya ini daripada pegawai di Pej Tanah & Galian Negeri Perak Darul Ridzuan di Ipoh. (mereka begitu baik)

Tanah Air Hangat ini telah sah dighaibkan tanpa mendapat penjelasan kami sebagai waris terdekat dengan arwah Md Sesh. Tak dapat dikesan ianya milik arwah Md Sesh di Pej Tanah & Galian Negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Isu yang timbul apakah Tanah ini memang masih milik kami! (Boleh kami tuntut); atau apakah arwah apak membayar untuk orang lain (tak munasabah sebab alamatnya kepada dia) atau memang dalam senyap-senyap dia telah menjualnya kepada Puan Hamidah ini.

Ini maklumat Bil Cukai Tanah Tersebut. (Kami Panggil TANAH AIR HANGAT)

Tiada Alamat di Bil Zaman dahulu.
Tapi semua kami tahu apak ada tanah di Air Hangat; bil sentiasa datang kepada dia.

Daerah: Kinta Mukim: Teja
Geran: G.B.P 3354 Lot 6336

Kami cuma ada Bil terakhir tanah ini; Arwah Apak Bayar pada 15.2.74.

RM72.50

Sila semak apa maksud G.B.P takut maksudnya Pajakan bukan Rizab Melayu atau sebagainya?.

Alamat terakhir Pemilik terkini adalah: (Ini saya semak di Batu Gajah pada: 4.1.2008)

Hamidah Saad
490. Kopisan Baru
31600 Gopeng.

No Geran Telah berubah: PN 150019 (Andaian saya PN ialah Pajakan Negeri)

Lot Masih sama : 6336

Bayaran telah berubah: RM162.00

Itu yang saya katakan Lot ini telah bergabung atau bertindih; atau pun memang Cukai tanah telah naik.

Ini baru satu Lot: ada beberapa lagi Lot milik Md Sesh yang hilang: Seperti Tanah Tapak Rumah Kedai, tanah sebelah rumah Pak Aris tak jauh dari padang sekolah Kg Changkat Tualang dan tanah milik bersama yang Wan Ham (kakak Md Sesh) duduk. Di mana kami nak rujuk jika PDTK telah menukar Nombor Geran naru tanpa pengetahuan pemilik. Ini berlaku atas geran kami yang sempat saya tebus bersama Tanah Air Hangat (hilang) kira-kira 3 tahun lalu.

Ini juga menjadi isu: Sampai kini tiada Bil Cukai Tanah terhadap beberapa geran di atas yang saya pasti ada nama ayah saya. (Tau-tau esok kut hilang lagi itu yang kami risaukan)

Bagaimana kami mahu mencarinya jika memang kami kehilangan Geran asalnya diceroboh hilang bila tanya pejabat tanah PDTK, memanglah tak ada jika asyik tukar nombor geran.)

Apa maksud PN tu; apa maksud G.B.P

Dua benda pelik ini jika kita dapat dirumuskan baik TUTUP KES Lot 6336... tapi saya masih mencari maklumat lot-lot yang lain yang ada nama atau IC ayah saya. Jika PDTK mahu bekerjasama taklah kami meraban. Itu yang kami sedang berusaha mencari maklumat; Lot atau nombor geran asal.

Cuma itulah kami berpesan; sekadar cadangan.

1. Usahlah hantar surat lagi dua hari nak bermesyuarat baru pos & terus TUTUP KES. Ini namanya... (Tak baik nama sebut). Memang melukakan hati orang tua macam saya.

2. Eloklah kasi surat atau e-mel atau sms dalam masa@tempoh yang munasabah kalau nak bermesyuarat sebaiknya notis seminggu dua. (Bukan sehari dua)

3. Dunia terbuka luas; dalam borang aduan tu elok sediakan ruang untuk Pengadu mengisi kut ada FB, e-mel, YM dll.

4. Sebagai rumusan dari Aduan ASAL, saya memang tidak setuju kenapa tanah asal yang milik orang kita Melayu tak kiralah Pajakan Negeri Atau Rizab Melayu boleh jatuh ke tangan warga asing, PR atau bangsa lain; sebab Kg Changkat Tualang (Mukim Teja) adalah perkampungan Melayu tempat kami berkampung sejak tahun 1920an lagi.

Banyak berlaku kejadian jenayah seperti tetak kepala oleh kaum asing terhadap kaum kita Melayu; kena tembak anak bangsa kita sebab dikatakan curi Bijih Timah; sekarang isu kilang simen dan pelbagai lagi kes jenayah serta perbalahan kaum boleh berlaku sekitar kampung saya hasil rentetan dari agihan tanah ini yang saya lihat amat tidak telus. Tanpa penjelasan yang terbuka dari pihak berwajib akan berdesuslah pelbagai andaian. Tentunya BPA sendiri menjadi mangsa keadaan jika kes ini terus berulang andai kata kami rakyat marhaen yang jumud ini mengadu tanpa siapa pun membantu atau menyokong aduan kami.

5. Kes Lot 6336 adalah antara satu contoh kenapa perkara ini boleh berlaku; pewaris sendiri tak dapat gambaran sebenar; apakah akta tanah yang merampas tanah ini; apakah Md Sesh yang telah menjual tanah ini kepada Puan Hamidah Saad tanpa memberi tahu warisnya atau adakah mainan dari mana-mana pihak. Itu yang saya mewakilan waris Md Sesh nak mendapat maklumat; bukan kemaruk amat nak tanah yang telah terlepas dari tangan kami. BPA seharusnya menjernihkan permasalah ini dengan berhubung PDTK atau mereka yang arif status tanah ini.

Maaflah jika amat susah nak menghubungi saya; memang saya ada nombor telefon bimbit tetapi berbanding dengan telefon rumah; Saya lebih kerap guna telefon rumah (03 8737 1884) lagi pun tak selalu rumah saya ini kosong. Kami tinggal berenam di rumah ini. Sekurang-kurang ada salah seorang penghuni rumah akan mengangkat ganggang tersebut.

Telefon bimbit saya sedap nombornya
016 909 4343 tapi minta maaf sangat2... cubalah dail... mmg nahas entah dapat entah tidak; kut seminggu sekali saya buka... tapi sms insyaAllah terkumpul di dalamnya tak mungkin hilang.


Nama sebenar Mad Sesh
MOHD RADZI BIN HJ ABD RAHMAN
KG. CHANGKAT TUALANG, KOTA BHARU,
PERAK.
(Jangan guna alamat ini orangnya telah tiada, guna alamat rumah saya di Jenaris. BPA ada; Pejabat tanah pun ada)

Nombor Kad Pengenalan arwah apak kami Md Sesh : 1368892

Patutnya dengan ada nombor IC ini amat mudah nak selesaikan semua. Semua Geran paling tidak ada nama & ada nombor IC ; kenapalah tak boleh bantu kami ini jika segalanya telah dimasukkan ke data komputer!.

1 ulasan:

iDAN berkata...

Apa yang saya nampak, yang pasti kalau pun tiada mainan di belakang kes tanah MD Sesh ini. apa daya orang seperti saya mahu menjejak Tanak Pusaka kami yang satu demi satu telah lesap ke tangan orang lain.

Tanah Air Hangat tinggal kenangan & ada beberapa lagi tanah akan menjadi ceritera yang sama. Bila tempat mengadu tidak boleh mengadu; malahan Akta Tanah yang dipinda orang manusia ini memang tidak memihak kami.

Tak pasti siapa yang boleh menunjukkan kami hak kami sebenar selagi ada yang mengambil kesempatan ada rompakan secara senyap ini. Sebermula dari geran asal yang di pindahkan dari Peti Besi Gajah Hijau hinggalah ke PDT Kampar yang gah dengan ancaman pun menukarkan status tanah kami lantaran Cukai Yang Tak Sebanyak mana kami hilang hak kami.

Di dunia mungkin kami hilang upaya untuk menuntutnya di akhirat kami akan menuntutnya semula insyaAllah. Islam melihat AMANAH itu jua adalah satu pegangan yang perlu dijagai.