iDAN

25 Ogos 2011

Termakan Babi

Babi dan bahagian-bahagian babi memang terkandung di dalam makanan dan produk-produk di pasaraya di luar sana. Sama ada anda menyedarinya atau tidak, anda bakal didedahkan dengan penemuan yang mengejutkan ini.

Dari laptop Abdul Halim Bin Esa

Assalamualaikum saudara saudari seagamaku, sebagai seorang yang beramal dengan ajaran Al-Quran dan hadith, sudah tentu anda tidak suka adanya elemen tidak halal dalam kandungan makanan anda. Sudah tentu anda juga tidak mahu adanya bahagian babi dalam makanan anda. Juga sudah tentu anda mahu makanan anda sentiasa dalam keadaan suci dan bersih , lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang yang selalu makan di luar. Adakah anda seorang yang

Ingin tahu makanan yang anda makan halal, syubhah atau haram?
Suka akan makanan yang halal lagi baik?
Tidak suka dipermainkan dengan status halal oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab?

Jika jawapan anda ya kepada salah satu soalan di atas, teruskan pembacaan anda.

Jangan betulkan skrin monitor anda! Apa yang bakal anda lihat ini memang benar-benar berlaku di dalam negara Malaysia tercinta ini. Musibah yang menimpa umat muslim di bumi bertuah Malaysia ini adalah realiti yang tidak boleh disangkal lagi.


Kerisauan yang nyata pada masyarakat muslim adalah kepada anak-anak kecil yang belum mengerti sepenuhnya halal dan haram. Sangat mengejutkan kerana jeli seperti ini mudah dibeli di kedai-kedai yang menjual makanan dan minuman ringan.

haram2

Peniaga-peniaga kecil sendiri pun tidak menyangka daging yang mereka panggang itu bukannya daging ayam saja tetapi sudah pun bercampur dengan daging babi. Lebih mengejutkan logo halal tertera jelas pada plastik bungkusan daging tersebut. Logo pula betul-betul sama dengan logo yang dikeluarkan pihak JAKIM.

Sungguh merisaukan kerana bagaimana kita boleh memilih makanan jika logo JAKIM pun boleh. Tambahan pula, bagaimana nak tahu bahan makanan yang dijual oleh peniaga-peniaga kecil beragama Islam itu benar-benar halal sedangkan peniaga itu sendiri tidak tahu bahan mentah yang dibeli itu ialah babi.

Sungguh biadap, restoran yang memiliki sijil halal JAKIM
sanggup menggunakan ayam yang tidak disembelih dengan sempurna sebagai hidangan kepada orang-orang muslim. Atau apa yang mereka faham, sembelih sama sahaja dengan cucuk leher ayam. Kalau betul mereka faham bagaimana cara sembelihan yang betul, belum tentu mereka tahu membaca bismillah.

Kalau macam tu, tak payahlah makan di luar. Kita beli saja bahan mentah di pasaraya. Kan keluarga kita boleh memasak sendiri di rumah, lebih selamat dan lebih bersih.

>haram3

Sebelum bahan mentah yang kita beli sampai ke pasaraya-pasaraya, adakah kita betul-betul pasti bahan mentah yang berlogo halal langsung tidak mempunyai unsur-unsur haram? Kilang-kilang penyembelihan bukannya menghormati hak pengguna muslim, ayam yang disembelih pun dicampur sekali dengan babi. Adakah dengan bergantung dengan logo halal semata-mata kita boleh menyelesaikan masalah ini

mijijik2 mijijik3 mijijik4

Bahan-bahan kering juga tak terlepas dari isu halal dan haram. Mi kering, yang mempunyai berbagai-bagai jenama seperti CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini tidak pernah mendapat pengiktirafan logo halal dan pada masa yang sama mencetak sendiri logo halal pada pek bungkusan-bungkusan ini. Kilang mi yang dihasilkan pula terletak betul-betul bersebelahan dengan kandang babi.

Sangkaan kita kicap yang kita makan mempunyai logo halal ini sudah memang sah halal, masih ramai pemilk-pemilik kilang yang bukan Islam dengan berani memalsukan logo halal kerana memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam. Nasib baik pihak yang bertanggungjawab menyerbu kilang-kilang ini, kalau dibiarkan alamatnya jadi syubhahlah makanan dan minuman kita.

Loya? Jijik? Bukan dengan makanan dan minuman sahaja. Produk-produk lain seperti kosmetik, ubat gigi, biskut dan sebagainya dikhuatiri mempunyai bahan yang meragukan terutamanya bahan gelatin, sejenis bahan yang diekstrak dari haiwan.

ubatgigi

Pelbagai ubat gigi yang mengandungi bahan beracun sama ada kita menyedarinya atau tidak. Menurut laman PPIM, pelbagai jenama ubat gigi mengandungi bahan beracun florida yang berperanan sebagai racun tikus, racun serangga dan racun lipas. Selain itu, Diethylene Glycol(DEG) adalah bahan kimia bertoksik yang terdapat dalam Colgate boleh membawa maut jika diambil dalam tempoh yang berpanjangan.

Keresahan untuk muslimah sudah pasti terletak pada alat-alat solek mereka. Perlunya muslimah berwaspada kerana takut-takut alat-alat solek mereka mengandungi gelatin yang diekstrak dari babi. Paling menakutkan, kadang-kadang pengeluar produk-produk ini tidak menyenaraikan gelatin di dalam keterangan kandungan produk mereka.

Tak mengapalah, kosmetik yang saya gunakan banyak dikilangkan oleh pengilang-pengilang bumiputera. Sudah tentu menyakinkan saya.

kosmetik-babi2


Jika diperhatikan di sini, kebanyakan jenama yang disangka milik syarikat bumiputera sebenarnya adalah milik kepada orang bukan Islam. Jenama Shurah, Tracia, Irise, Syahirah, Abadi, Persona bukanlah jenama keluaran orang Islam sebaliknya orang bukan Islam!

Tiada ulasan: