iDAN

20 September 2011

Cukai Tanah Tertunggak.

Peti Besi Gajah Hijau

Top-top cukainya telah menjadi ribuan RM, sedangkan lima ekar tanah dalam tempoh 15 tahun pun menjadi sekitar RM5,000: bagaimana jumlah cukainya tanah yang seluas 10 ekar lebih jika tak dibayar cukainya selama 20 tahun. Ini isu besar yang terpaksa orang kampung tanggung.

Dulu arwah apak yang bayarkan dulu cukai tanah ini, sekarang ianya tak siapa ambil peduli; hanyalah mereka tinggal & senyapkan isu Cukai Tanah ini. Pihak kerajaan pula senyapkan sahaja setelah gagal menuntut Cukai Tanah ini. Sejak tahun 1960an diadakan akta tanah yang memerangkap pemilik tanah yang gagal membayar cukai ini.

Isunya tak semua pemilik tanah sedar ada akta tanah ini; hatta bila tanah bertukar hak milik ianya jadi perbalahan yang tidak akan selesai.

Kes kami lain, aku sejak lama mencari punca masalah tanah pusaka Md Sesh ini tetapi tak tahu ianya telah ghaib maklumat sebenarnya. Cukai yang bertunggak tidak sampai ke tangan kami. Geran kami kena selongkar. Peti Besi Gajah Hijau yang patutnya kebal telah dipecah orang. Kami sebagai pewaris yang sayangkan tanah pusaka Md Sesh menjadi bahan mainan keadaan. Tak sepatutnya kami dikenakan denda yang melampau tinggi sementelah kami tak dapat barang satu helai pun bil Cukai Tanah ini sejak berzaman.

Bagaimana kami nak merujuk ke Pejabat Daerah & Tanah Kampar jika maklumat tanah pusaka Md Sesh ini telah diceroboh waris sebelah keluarga tiri kami.

Sekitar 3 tahun lalu (ketika ada duit sedikit) aku terjah ke pejabat tanah Batu Gajah untuk mengetahui status tanah ini. Dari Batu Gajah aku diarahkan pergi ke Kampar. Aku diugut akan dilelong mana tanah yang aku sempat selamatkan maklumatnya. Ada yang telah bertukar hak milik tanpa pengetahuan kami. Yang ini aku terpaksa rujuk ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Ipoh.

Ketika itu aku belum buat keputusan Bersara Pilihan; aku terpaksa guna duit anak-anak (yang masih bersekolah) untuk tebus tanah ini yang mana denda cukainya memang tinggi. Jika mahu merujuk ke Ipoh aku pasti ianya memerlukan perbelanjaan duit yang bukan sedikit.

"Jika awak tak dapat selesaikan cukai tanah ini, bulan Ogos nanti kami akan buat lelongan tanah ini!" berderau dadaku mendengar penjelasan seorang perempuan separuh umur di Pejabat Daerah & Tanah Kampar. Ketika itu aku mahu berjumpa dengan Pegawai Daerah tidak dibenarkan lantaran sibuk katanya. Malahan aku mahu buat temujanji dengan beliau juga dihalang; dia kata kes tanah kami hanya boleh tahu statusnya jika saya ke Ipoh. (Hanya tahu status)

Orang tak berduit seperti aku manalah nak cari duit sekitar RM5,000 ketika itu. Esok ada mesyuarat dengan Pejabat Daerah & Tanah Kampar yang diatur oleh Biro Pengaduan Awam JPM Ipoh, selain Lot 6336 ada beberapa geran tanah yang masih tak tahu statusnya. Entah berapa ribu RM lagilah yang kami terpaksa langsaikan. Bukannya kes ini baru 15 tahun; rasanya telah hampir 20 tahun ianya terpengap di Pejabat Tanah sana.

Kita tunggu apa kata orang Pejabat Daerah & Tanah Kampar nanti.

2 ulasan:

anyss berkata...

Assalamualaikum,
Abang Idan, saya cadangkan abang minta bantuan dari NTV7 untuk rancangan satu rancangan tu...lupa pulak tajuk rancangan tu. Pengacaranya Wan Kamarudin (Talian Hayat). Ada banyak kes dapat diselesaikan apabila guna lensa kamera ni. Apa salahnya mencuba kan.

iDAN berkata...

Anyss:

Masalah kami ini mungkin berlaku kepada ramai orang kita; faktor utama adalah duit. Faktor kedua ada kalangan waris kita pula tidak jujur. Faktor ketiga akta yang dipinda tahun 1960 membolehkan pejabat tanah merampas atau buat lelongan biar pun tanpa maklum balas dari empunya tanah.

Lot 6336 (Tanah Paya Asap) ada kemungkinan Surat Gadaiannya sampai ke alamat kampung di mana Waris Tiri kami tidak mengambil tindakan sewajarnya; kami memang tak dapat surat tersebut.

Duit kita pula memang tiada sebanyak yang dipohon oleh Pejabat Tanah; ini berlaku sekitar tiga tahun lalu; abg terpaksa bergadai bergolok; korek semua duit simpanan anak-anak yg masih sekolah demi melunaskan Cukai Tertunggak; pihak Pejabat Daerah & Tanah Kampar telah pun mengungut akan melelong tanah yang abg dapat trace sekitar 3 geran; Ketika itu abg terpaksa cari duit sekitar RM5,000 tunai. (Jika memohon bayar ansur hanya dibolehkan beberapa bulan sahaja; lelongan akan dibuat pada bulan Ogos)

Waris di kampung yang kami anggap dapat membayar Cukai Tanah ini (tak sebanyak mana pun jika dibayar setiap tahun) sengaja mengambil jalan mudah; Bil tentunya sampai di alamat kampung tapi tidak pun diserahkan kepada kami. Malahan sikap menceroboh Peti Besi Gajah Hijau ini adalah satu sikap tidak amanah. Kami menganggap Yeop Zaini ayah si AC Mizal yang berhak membuka peti ini; lantaran dia anak tunggal arwah Opah Bi.

Kejadian ini berlaku ketika Yeop Zaini ini ke Makkah Opah Bi meninggal dunia. Waris terdekat mereka tanpa pengetahuan Yoep Zaini telah membuka peti ini. Bukaan setakat geran digeledah & dipindahkan tetapi banyak barangan lain seperti barang kemas dll tidak dapat kami kesan.

Kami kehilangan maklumat Tanah Pusaka menjadi tambah buntu; bilamana Bil Cukai Tanah tidak lagi datang; bila dirujuk ada yang telah bertukar nama kepada PR atau orang lain.