iDAN
25 Januari 2012
(Panas) Rita Rudaini pertahankan hak
January 23, 2012 oleh Eiza Isis
Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam dunia selebriti. Tidak ketinggalan juga berlaku kepada rumah tangga antara bintang bole sepak kebangsaan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 tahun, bersama Rita Rudaini, 36 tahun. Dari awal perkahwinan mereka pada 25 Februari 2008, di Songkhla, Thailand berwalikan abang Rita, Ahmad Musyaiful Mokhtar sudah mula tercalar. Keluar Aidil kecewa kerana mereka dianggap membelakangkan keluarga. Perkahwinan dengan mas kahwin RM777.77 dan wang hantaran RM7777.77 ini tidak direstui keluarga Aidil.
Namun begitu, ibu bapa Aidil mula menerima Rita sedikit demi sedikit selepas kelahiran Airit Rayyan Rizqin, 3. Tetapi pergolakan berlaku semula pada tahun 2010 dan semakin teruk selepas perang twitter antara Rita dan Zaquan Adha iaitu adik kembar kepada Aidil Zafuan.
Apa yang berlaku pada tahun 2010 berlaku lagi dan tidak memeranjatkan Rita. Aidil sekali lagi telah memfailkan Sulh dan tuntutan penjagaan anak mereka Airit Rayyan Rizqin, 3 tahun dan Airit Rafqa Arjuna,9 bulan.
Bagaikan tiada kesudahan, konflik pasangan ini kembali mencuri tumpuan media dan masyarakat. Konflik dipercayai berpunca selepas Rita bertelagah dengan adik iparnya, Zaquan Adha yang juga suami kepada aktres Ayu Raudhah, menerusi Twitter baru-baru ini. Bermula dengan sindir-menyindir, perang Twitter mereka semakin panas apabila Rita membuat tuduhan besar terhadap Zaquan. Sesiapa saja yang mengikuti Twitter mereka, pastinya terkejut dengan pendedahan Rita yang mendakwa Zaquan telah membuntingkan seorang gadis dan memaksanya melakukan pengguguran.
Zaquan kecewa kerana mendakwa Rita keterlaluan hingga menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.
Ketika Rita dan dua orang anaknya berada di Kangar, Perlis, Aidil telah keluar dari rumah, meninggalkan Rita dan anak-anaknya di Damansara selepas beberapa hari perang Twitter itu berlaku. Rita mendakwa, Zaquan dan Ayu Raudhah berkomplot membantu Aidil keluar dari kediaman mereka. Selepas seminggu, Rita kemudiannya menerima surat daripada peguam Aidil dan sehingga kini, isi kandungan surat itu masih belum terungkai.
Jumaat lalu, Rita hadir di Mahkamah Syariah, Shah Alam dan melantik peguam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain bagi menyelesaikan isu surat yang diterimanya.
“Surat tuntutan yang dikemukakan Aidil tidak mengejutkan saya kerana Aidil pernah berbuat demikian semasa pergolakan rumah tangga kami pada 2010,” katanya.
Enggan mengulas lanjut mengenai surat itu, Rita berkata, dia menyerahkan urusan itu kepada peguamnya. Sementara, menerusi Twitternya, Rita menjelaskan dia tidak meminta atau meraih simpati sesiapa dan apa yang dilakukannya adalah untuk diri sendiri selain mempertahankan haknya sebagai seorang ibu dan isteri.
“Surat itu bertarikh 11 Januri itu, meminta diadakan perbincangan mengenai hal anak. Kita akan jawab surat ini selepas perayaan Tahun Baru Cina dan minta pihak sana fikir supaya perkara ini tidak diperbesarkan. Ia lebih kepada perbincangan suami dan isteri berhubung kebajikan anak-anak dan tidak timbul langsung isu perceraian.” – ujar Rita katanya yang enggan mendedahkan lebih terperinci butiran surat berkenaan.
Rita menerima surat yang dikirimkan oleh peguam yang mewakili Aidil Zafuan daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara pada pagi semalam ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem. Dia juga memohon dari ALLAH SWT agar memberikannya kekuatan. Malah Rita juga bersyukur kerana masih bekerja dan memikirkan bagaimana nasib isteri serta ibu yang terpaksa melalui ujian sepertinya dan tidak bekerja.
OH ARTIS : SUSAH JUGA KAWIN DENGAN ORANG KURANG MATANG.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Semua ni pengajaran bagi semua yang mahu berfikir....
Masa bercinta semuanya indah... tak kira usia jauh berbeza.. baik lelaki mahu perempuan... sanggup membelakangkan emak bapak bila nak kahwin. Bila dah sebumbung baru tahu kelemahan masing-masing...
harap muka hensem..kaki pandai tendang bola.. bukan segalanya.. begitu juga perempuan.. harap comei batang hidung.. rupa cute ..belum tentu pandai masak jaga laki....
Catat Ulasan