iDAN

11 April 2012

Dilema Anif 4

Rogol di asrama

iDAN: Diah (bukan nama sebenar) hari tu ada cerita masalah di asrama; apakah benar ada pelajar perempuan kena rogol atau dia yang membawa masuk pelajar lelaki ke kamarnya.

Diah: Iyer..berlaku pencerobohan dalam asrama... tapi orang tersebut dah dapat ditangkap.

Diah: Kes yang berlaku di sekolah anak diah tu agak pelik sikit. Diorang tak sedar masa kejadian tu berlaku seolah2-olah dipukau. Bila sedar masa bangun pagi 3 orang pelajar pompuan tadi merasa sakit dibahagian sulit, didapati dirogol. Kejadian berlaku sekitar jam 2 ke 3 pagi. Penceroboh tersebut orang luar yang bekerja di dewan makan asrama tersebut. Mungkin faktor keselamatan yang kurang diambil berat.

Lagi pun abang Idan sistem kesalamatan kat aspuri sekolah tu agak terlalai sikit. Pintu dorm terbiar tanpa ada kunci. Pintu senang-senang jer terbuka. Adakala ditiup angin pun boleh terbuka dengan sendiri. Kesian bebudak-budak yang teraniaya.

(Bayangkan jika ibu ayah menghantar anak ke asrama tiba-tiba jadi mangsa perogol. Di mana tempat kita nak mengadu. Bagiku masalah perogol masuk ke asrama adalah masalah keselamatan. Kelalaian pengurusan asrama memantau atau menyekat kemasukan penceroboh. Selalunya orang dalam akan mengambil kesempatan lantaran dia telah mengkaji ada kelemahan langkah keselamatan. Pasti ada sesuatu yang tak kena terhadap benteng keselamatan asrama tersebut.

Jika ada kelalaian pihak asrama sebaiknya ibu bapa boleh membawa perkara ini ke mahkamah. Kita tak boleh berlembut dalam menjaga martabat dan maruah keluarga. Islam memandang berat masalah rogol ini. Pukau memanglah satu perkara yang sukar kita bendung tetapi kalau kita mendedahkan anak-anak dengan perkara kalut begini seperti pintu tanpa kunci yang tidak selamat memang menguji kesabaran kita.)

iDAN: Tak larat nak fikirkan masalah ni sebab saya pun antara mangsa di mana asrama menjadikan pelajar terbiar dan hancur masa depannya. Bila kita persoalkan ada pihak yang menuding jari kepada kita pula. Kononnya kita mencari salah orang sahaja.

Ini pernah menjadi isu di kolej IPTA di mana pagar antara kolej lelaki & perempuan yang telah lama dibena tetiba diberi arahan dirobohkan. Arahan ini dari orang atasan tak pasti apa motifnya. Hatta bukan perkara dongengan amat mudah mereka yang rosak moral menyelinap masuk ke kolej pelajar perempuan.

Mungkin ada yang sependapat dengan arahan orang atasan ini. Jika nak berlaku perkara sumbang ada pagar besi siap bertabur kaca pun akan ada penjenayah atau perogol masuk. Pendapat inilah yang memudahkan berlakunya keruntuhan moral di kalangan kita. Ibarat berjudi itu haram hatta tiada siapa menghalang orang Islam mahu berjudi. Siapa pun bebas mahu membeli Empat Nombor Ekor atau Toto lantaran ianya memang berlesen dan terbuka buat siapa pun.

Penyair Idanradzi: Nak ke Seremban kejap; ibunya macam nak bawa balik si Anif ni ke jenaris saja; abg mmg tak suka cara tu. Mungkin ibunya tak rasa susah atau rugi dapat peluang anak belajar di asrama penuh begitu. Masalah remeh patutnya boleh diselesaikan; bukan lama pun hanya sekitar setahun setengah saja lagi Anif akan menghadapi SPMnya.

Penyair Idanradzi: Sian juga Anif ni, semua cikgu tak suka dia keluar; lagi pun kemasukan Anif ini adalah atas sokongan KPM; alangkah ruginya seorang pelajar harapan bolehkan kandas perjuangannya di tengah jalan. Peluang 1 dari 1,000.

Penyair Idanradzi: Dulu saya pernah berbalah masalah anak tinggal di asrama jika boleh hanya akan lepaskan anak saya jika telah SPM; tetapi melihat dari pengaruh rakan pun keadaan pelbagai yang ada di persekitaran rumah yang boleh melekakan anak, saya suka anak berkorban dalam sekitar 2 tahun sahaja di asrama. Selepas SPM mereka telah bebas buat keputusan sendiri.

Penyair Idanradzi: Saya berharap rakan FB dapat mendoakan agar Anif berlembut hati dan dapat menyesuaikan diri di asrama; Hari ini Anif saya bawa bercuti balik ke rumah; Di Masjid Negeri Seremban dia menangis & masih mendesak ibunya bawa dia pulang ke rumah. Nampaknya boleh saya pujuk. Siap dia gunting kat kedai Amoi Kajang kesukaannya. Dia kata guru HEPnya masih tak puas hati rambutnya masih panjang. Aku tenguk okey saja. Arahan KPM ini memang mahu pendik lagi tentunya.

Senin nanti cikgu berjanji mahu kaunseling dia; jika mmg dia memilih mahu tinggal bersama keluarga sy reda saja; Allah SWT maha mengetahui akan perjalanan hidup hambanya. Tapi sungguh jauh di sudut hati saya. Saya suka dia di STTJ.

Jumaat 5.4.12

Guru Mungkir Janji

Tadi aku baru melawat Anif di STTJ Seremban; janji cikgunya tinggal janji. Apa lagi kata-kata cikgu yang boleh aku pakai & percayai. Sian Anif dia menunggu cikgunya untuk kaunseling dia. Bila aku tanya adatak Guru kaunseling panggil dia untuk diberi kata nasihat?. Tiada.

"Guru STTJ Seremban suka menipu dan mungkir janji." itu yang terbisik di hatinya. Aku sekadar dapat menyabarkan dia. Aku mengatakan mungkin cikgu sibuk sangat Anif kena bertahan dan kuatkan pun tabah diri. jauh di sudut hatiku aku merasakan: Aku dan isteriku juga ditipu bulat-bulat orang guru-guru ini. Apa lagi martabat seorang manusia jika berjanji tapi tidak ditepati.

Setidak-tidaknya berilah tahu kami mereka terlalu sibuk, apa guna aku kasi nombor telefon rumah pun nombor telefon bimbit Mila. Jika satu hari nanti terjadi kepada anak mereka sendiri bagaimana?. Takkan aku nak biarkan anakku stres sampai hilang daya tumpuan. Sebaiknya bantulah kami untuk menyakinkan hati anak kami yang pilihan kami menghantar dia ke sana adalah tepat.

Cuti Umum. 11.4.12

(Aku terfikir jika memang pihak sekolah ambil mudah dalam masalah Anif yang stres sebab persekitaran yang tidak selamat pun disiplin yang melampau ini: malahan e-mel atau aduan ibu bapa pun di anggap remeh. Nak buat apa kami sebagai ibu bapa mahu mempertaruhkan masa depan anak-anak kepada sekolah asrama penuh sebegini. Janji Pengetua mahu menjaga anak kami sebagai keluarganya perlulan disalurkan kepada guru-guru di STTJ. Aku kuatir e-mel aduan aku pun tidak sampai ke komputer Pengetua. Jika ini berlaku memang pengurusan STTJ berlaku kepincangan.

Semalaman tadi aku tak dapat tidur yang pastinya membuatkan sakit kronikku akan bertambah serius jika pihak STTJ terbaca catatan ini aku mengalu-alukan maklum balas. Talian rumahku boleh didail 03 8737 1884. aku juga telah kasi talian telefon Mila di e-melku tempoh hari. Tak dapat aku bayangkan bagaimana wajah stres anakku Anif pun matanya yang semakin cengkung terkurung di sana. Ini bukan masalah manja tapi ada sesuatu yang kena berlaku di asrama sana.)

(Sila klik Label: Anif di bawah untuk memdapat maklumat penuh Dilema Anif)

2 ulasan:

iDAN berkata...

Zaman dah berubah; KPM kena memikirkan langkah keselamatan yang lebih ketat. Paling tidak pintu masuk asrama lelaki atau perempuan kena ada Alat Penarik Pintu di mana jika kita terlalai pintu terkunci dengan sendirinya.

Banyak langkah mencegah keselamatan yang boleh difikirkan di zaman kini yang mudah mendapat alatan pencegah jenayah di pasaran.

Martabat anak bangsa semestinya kita jaga; jangan ambil mudah apatah lagi kejadian rogol yang tragis begini telah pun berlaku.

iDAN berkata...

Semalam aku tiba melawat Anif sekitar 10:30 pagi; aku dilayan macam sampah. Tak sangka ada staf kerajaan sesombong itu di zaman kini. Beri maklumat salah menyuruh aku berjumpa warden. Kemudian mengunci diri di Pejabat sekolah bersama anaknya. (Mungkin buat OT dan tak pernah tahu sikap bersopan dengan dengan tetamu.

Warden pula tak letak sebarang memo di pintu. Di mana talian yang boleh dihubungi. Aku tersalai di STTJ selama 2 jam lebih semata-mata nak bawa anak sendiri keluar makan dan beli barang di luar asrama.

Memang aku tidak dapat terima layanan yang sebegini; sebelum ini aku mendapat maklumat yang bercanggah melalui Pengawai Keselamatan. Semalam lain pulak ceritanya. Pengawal yang sama lebih mesra dan memberikan layanan baik. Anif pun pening macam ayahnya mula menjerit kelaparan. (sakit kronikku mmg tak mengizinkan aku lama kelaparan.)

Isunya takkan nak bawa anak keluar asrama pun payah; hari cuti umum pula tu bila ditanya si Anif ada tak apa-apa aktiviti; dia kata tak ada tidur makan maggi saja. Huh!