Syukurlah hari ini kerajaan semakin prihatin akan nasib pesara yang mana ramai yang telah berkhidmat 25 tahun tapi tak dapt imbuhan pencen yang setimpal. Dalam zaman serba-serbi perlu wang ringgit apa sangatlah nilai RM1K (RM1,000.00) apatah lagi jika hanya seorang yang punyai pendapatan; isteri tak punya kerja; anak-anak tak semua ingat emak ayah. Malahan ramai pesara hidup sendiri.
2. Jika tinggal di kampung mungkin cukup makan berdua. Tapi di bandar dengan cukai pintu; dengan cukai tanah, takrif bil elektrik yang melampau, bil air pelbagai rasanya jika tiada punca wang lain memang amat naif.
3. Mereka ini pun bukan lama lagi boleh hidupnya. Anak mereka pastinya telah berusia lebih 18 tahun. Layak pencen buat anak-anak jika ayah telah meninggal dunia cuma sampai anak 18 tahun kemudian tak siapa lagi berhak menuntut kecuali isterinya berumur panjang. Lagi anak-anak zaman kini belum pun bekerja pasti dah melambak hutangnya (PTPTN). Cam mana nak bantu orang tua.
4. Langkah kerajaan memberi RM800 elaun pencen minima bagi pesara awam yang berkhidmat 25 tahun tentunya berita baik buat rakanku. Mereka yang masih berdaya mungkin boleh mencari kerja sambilan. Mereka yang ada sakit kronik sepertiku agar Tuhan akan memberi jalan berjimat untuk rezeki yang ada mencukupi. Agar belanjawan akan datang kerajaan terus mengembang skala untuk merapat jurang agihan negara; buat pesara yang berkhidmat 20 tahun pun 15 tahun. Pasti ramai juga mereka dalam golongan ini masih di taraf miskin tegar.
5. Agar anak-anak dipermurahkan rezeki dan dapat membantu ayah & ibu yang tua. Untuk peringatan mereka yang berpendapatan rendah. Semasa berkerjaya ingatlah untuk menabung; agar tidak sampai di hari tua nanti terbiar & tidak cukup sara hidup.
6. Rasanya staf kerajaan yang berkhidmat kini punyai pencen yang lebih baik. Agar kerajaan buat kajian menyeluruh setiap 3 tahun. Sebab kos hidup terus melonjak & dan mengesan golongan mana yang terus tertinggal dengan arus kemodenan. Agar jurang kemiskinan tidak ketara jauh.
1 ulasan:
tq menyebarkan ttg info ini..sebenarnya, apabila ada penyelarasan gaji bagi kakitangan awam (KA), maka pesara akan terlibat secara langsung.. penyelarasan gaji bg KA biasanya dibuat 5-6 tahun sekali, bergantung kpd stakeholders lah dan juga kedudukan kewangan negara..
Catat Ulasan