iDAN

12 Oktober 2012

KELIRU

Cepat amat hari berlalu; pejam celik dah Rabu hari ini. Kadang-kadang hidup sehari bagaikan tak cukup waktu sebab banyak sangat komitmen. Jadual. Agenda. Aktiviti & entah apa lagi keperluan hidup terkini.

2. Sebab apa jadi begini, bila aku ingatkan masa bujang dulu; hidup hanya keperluan seorang; aku pula tak ada kapcai pun berulang alik kerja HANYA pakai basikal. Mulanya pakai chopper bila rasa dah nak laju sikit berkayuh pakai basikal lumba.

3. Tak perlu nak beli minyak; dah jimat masa, tak perlu nak bayar cukai jalan, dah jimat masa. Bukan mudah nak hidupkan cukai jalan kena mengadap amoi beli insuran dulu. Semua ambil masa tu. Jarang pula tu basikal pancit; kapcai jangan nama saja laju. Kadang-kadang seminggu mesti sekali pancit; jika murah rezeki sebulan sekali pancit itu biasa. Tiub sekarang tiub nipis macam belon. Asyik pancit. Dah kena ambik masa nak baiki atau tampal moto.

4. Bila ada anak bini dah nak uruskan keluarga. Isteri sakit kena bawa klinik; Mila okey boleh ke klinik sendiri tapi monyoklah mukanya. Kalau sakit bersalin takkan tak temani dia. Anak-anak memang kena hantar. Kena guna masa. Masalah lain berkembang dengan hubungan waris, jiran; adoi kalau tak pandai membahagi masa memang jadilah awak kera sumbang. Giler hidupnya mengejar masa.

5. Hiduplah dengan masalah awak sampai nak kena Teh O Limau (doktor pakar pemakananku dah tak benarkan minum teh tarik) dengan rakan pun tak ada masa. Jauh sekali nak jalan-jalan atau berkelah dengan rakan & keluarga. Hidup terikat dengan kerja cari duit. Sebab rumah beli mahal amat, kereta asyik bertukar lebih kalut isteri pun bukan sorang, tak tukar tapi tambang cawangan. Hidup terikat dengan hutang.

Adoi aku LEMAS sorang-sorang sekarang ini sebab aku orang biasa ramai kalangan rakanku jiran ku warisku semua orang LUAR BIASA sibuknya.

Tiada ulasan: