iDAN

16 November 2012

Bonus, BPA organisasi & aku

Aku selalu terfikir peranan sesebuah organisasi: bagaimana staf itu bekerja; tanpa Budak Pejabat dapatkah seorang Ketua Jabatan itu bekerja. Surat tak sempat nak hantar, tanpa kerani atau jurutaip tolongkan tulis surat rasmi jadikah sepucuk surat. Tanpa juruteknik betulkan kipas rosak atau penghawa dingin meragam. Dapatkah kerja selesa. Tanpa pencuci sanggupkah kita berada di pejabat yang kotor.

2. Setiap staf ada peranannya, cuma Ketua Jabatan itu teraju utama, membentuk sebuah organisasi atau jabatan itu maju atau bankrap. Makan gaji sebenarnya bukan Ketua Jabatan yang keluar modal; jika agensi kerajaan sudah pasti kerajaan yang uruskan bab mencari bajet. Jika swasta pasti ada pemodal atau berkait dengan pelabur luar.

3. Isunya bila agihan keuntungan atau bonus. Bagiku amat tidak adil jika kita membedakan taraf atau jawatan seseorang. Cukuplah gaji antara ketua, pegawai atau staf sokongan dibedakan kadar gaji/ganjarannya. Sebaiknya biarlah bonus diagihkan bersama: sama rata. Biarlah semua staf merasai nikmat pembangunan. Lagipun jika 5 bulan gajilah katakan bonus yang dimiliki semua staf. Tak banyak mana pun gaji seorang pencuci atau budak pejabat berbanding bos yang bergaji lumayan.

4. Ini tidak berlaku kepada organisasi besar hebat & tersohor. Ketua Jabatan/Dekan atau Pengurus Besarnya telah berpakat dalam mesyuarat keuntungan organisasi mereka SETUJU kasi kepada orang besar-besar yang konon hebat berkerja. Golongan elit yang memang telah mewah hidupnya nampak semakin meawah. Hatta staf kerdil cuma dapat dua atau tiga bulan gaji; biarpun cemerlangan dalam kerjaya; kebanyakan mereka golongan elit mendapat sampai lebih 15 bulan gaji bonus bagi tahun 2012 ini. Giler ke apa ini.

5. Agihan kemakmuran semakin sendeng dan tak diuruskan dengan baik. Nampaknya falsafah Mat Salleh; orang BODOH menjadi makanan orang CERDIK secara sedar tak sedar telah kita gunapakai. Sebaiknya kerajaan atau LEMBAGA berwajib memantau perkara ini. Sebab bumi kita makin gondol dileburkan oleh organisasi ini. Nak tahu siapa/mana punya organisasi ini? Kenalah merisik sendiri. Nanti kalau aku uar-uarkan ada yang kata aku DENGKI atau nak sekat rezeki golongan elit ini.

Tiada ulasan: