iDAN

27 November 2012

Sifar Pengaruh ii



 WARKAH buat TEMAN Sastera.
 Ada ketika bila telah bertahun-tahun karya sy tak lekat di BH terasa apakah salah sy. Apakah ada kalangan editor ini mahu membunuh tunas sastera di jiwa sy. Apakah hak kita sebagai insan seni yang ingin bersuara di wadah yang lebih bebas TERBUKA. Di mana sy dapat mengadu eh.

Sebab itu sy amat hormati Dewan Sastera tidak pernah ada kekangan. Asalkan karya itu sesuai. Pasti terbit. Sy cuba mencari nilai yang tidak berbaur politik ketika menghantar karya di BH; tak tahu bagaimana mahu mencerna puisi di sana. Asyik dibakulsampahkan karya sy.

Editor BH yang lalu amat prihatin dengan karya sy; kenapa editor yang kini tidak. Bila sy amati karya yang terbit asyik penulis nan sama. Helmi amat beruntung jika antara penulis pilihan di BH kini. Bayangkan sejak sy berpencen telah lebih tiga tahun mahu telah cecah empat tahun lebih; tak pernah sy tidak menghantar karya di BH setiap bulan. Harapan sy jangan sy MATI celik jika tiada puisi sy terbit di BH hingga ke titik akhir hayat sy. Sy sempat berkarya pun cuma beberapa tahun sahaja sebab sakit kronik ini. Bayangkan terkadang tiap minggu sy menghantar karya ke BH. Bila belik BH/dulu Berita Minggu di pagi Ahad. Hampa terus hampa.

Rasanya karya puisi/sajak rakan baik sy Ustaz Adid pun sama telah bertahun tidak terbit di BH. Apa salah penyair sebaik Ustaz Adid ini. Itu memang hak editor kita tak boleh memaksa tapi penulis picisan seperti sy memang terkilan. Kenapa MAHU dibunuh suara penyair ini. Sy lagi rindu mana karya Sasterawan Negara di BH; apakah setelah dinobatkan jadi sasterawan tersohor karya mereka juga senasib dengan penulis picisan seperti sy. HANCUR.

Malahan sy pernah terbaca editor tu kata (seolah-olah berbangga) dalam artikelnya dia menolak penulis yang ada PhD dalam sastera sebab puisinya kabur TIDAK mudah. Bila sy semak puisi yang terbit banyak juga yang kabur bukan mudah. Suruh anak sy baca mereka pun tak faham. Puisi apa iyer?. Mudah itu budak tadika pun faham; seperti ayat Itik sedang berenang; pasti minda anak kita akan nampak itik berenang bukan terbang; apakah puisi di BH mahu begitu.

Tak mahu Helmi terpengaruh dengan keluhan sy agar Helmi terus menulis; mana tahu Helmi atau waris Helmi satu ketika nanti ditakdirkan menjadi editor sastera tanah air; pesan jangan tiru sikap editor sebegini. Dunia sastera Melayu pasti akan hancur. Editor ini berhutang masa tenaga & daya kreatif terhadap penyair seantero dunia sastera Melayu. Memang bergegar minda sy memikirkan masalah ini. Ish.
iDAN
http://idanradzi.blogspot.com/
 
TAKRIF
sy = saya
Ish = keluhan resah org hindi
eh = bahasa pasar ICT


Tiada ulasan: