iDAN

30 November 2012

Terbiar

Dalam hatiku sering berkata perpisahan jauh dengan anak-anak adalah satu kerugian bagi kita yang tak punya anak ramai sebab kita hilang ikatan kasih sayang secara bersemuka... tetapi mereka ada waktu sendiri untuk mencari ilmu. Agar anak-anak kita dapat mencapai cita-cita yg mereka dambakan.

Amat sedih jika keluarga terdekat tak pernah menyayangi apatah merindui bagai kita merindui anak nan jauh, malahan zaman kini sering sangat ibu ayah diabaikan malahan dicerca dibiari ketika mereka kian uzur & sakit. Lagilah hidup ini rasa tertekan bilamana orang yang seharusnya menyayangi kita sering membenci kita sebab keuzuran/sakit kronik pun kekurangan diri untuk melimpahkan kesenangan buat keluarga tercinta...

Kebendaan dunia sering membuat kita lupa akan kematian... ada harta pun lebih mementingkan orang luar yang tidak pasti akan menolong kita di akhirat sana. Kenapa mesti mahu buat dosa dengan pasangan awak, anak-anak & kalangan keluarga sendiri. Malahan sering orang tua menghembuskan nafas terakhir bukan di kelompok keluarga terdekat. Ketika sakit bukan anak yang menjaga tetapi menantu. Tak ada siapa mahu mengajar mengucap ketika terlantar nazak di hospital sendirian. Lagi teruk ada yang meletak ibu ayah di rumah orang tua bagai al-Quran lama sebab laki bini leka mengejar dunia.


1 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Sedihnya...huhuhu
Janganlah berfikiran begitu, anak-anak juga menyayangi kedua ibu bapanya. Barangkali cara mereka menunjukkan kasih sayang mereka itu tidak lagi sama seperti anak-anak pada zaman dulu.

Ya, saya tidak nafikan ada juga anak-anak yang hilang pedoman dengan melakukan sesuatu ke atas ibu bapa mereka yang tidak seharusnya dilakukan. Nauzubillah.