Ubat Malas Mati
Ada ketika waktu dinihari ini terasa amat bungkam. Ketakutan akan MATI
itu datang bilamana setiap penjuru badan mendesak kesakitan. Dituju hulu
hati; dituju pangkal rahang & tekak. Sakit kepala meronta-ronta.
Roh yang baru bermimpi terjaga.
2. Bila-bila masa nyawa boleh melayang sebab; aku insan kerdil bukan lagi orang kuat untuk melawan sakit. 5 (LIMA) Ubat Kimia yang doktor kasi tak lagi menjadi penawar. Sekadar benteng untuk aku bertahan. Bila aku makan ubat kimia ini aku tambah sakit. Ditangkapnya sendi sana sini.
3. Kejap lagi aku akan jumpa doktor pakar pemakanan; nak timbang berat badan. Apakah masih tambah berat atau menyusut. Sasaran nak turun 7 kilo bolehkah berlaku; sebab selera makan pesakit seperti aku mana mungkin berubah. Setiap dua jam pasti akan lapar semula. Takkan asyik nak makan tomato. Tangan terketar-ketar.
4. Sepanjang bulan Disember lalu memang aku asyik demam-demam; kemudian awal Januari sihat sebentar; sekitar seminggu ini sakit semula. Selesema, sakit kepala, sakit gigi, hidungku asyik berdarah menggangu tidurku. (Aku merahsiakan ini dari keluarga takut mereka risau) Ilham menulisku makin pudar. Nak buat macam mana; ingin meninggalkan 1001 ratib puisi nampaknya makin tercabar.
5. Nasiblah aku punyai seorang rakan paling rapat si Azim anak yang bungsu. Yang lain termasuk Mila sekadar isteri & kawan-kawan. Jauh sekali nak sering ketemu berbual sebab masing-masing ada tugasan DUNIA. Aku terfikir hanya orang GILA saja tak sibuk di dunia ini. Dia hanya pedulikan fikirannya persetan fikiran orang lain.
Semalam aku cuba dail dengan ramai rakan yang ada Talian Tetap (talian telefon bimbit aku tak mampu) sebab aku GELISAH sangat dengan sakit ini; hanya dapat cakap dengan Zainal, Penyair Sejati, Dzuan & Pak Wahid. Cakap dengan Tok Perak cuma 5 saat. Iyer tak dapat bual lama masing-masing ada perkara lain mahu dilakukan. Hatta aku mengadap dengan skrin 15"x15" ini; ada banyak WAJAH tak bersuara. Mencari roh damai yang asyik kembara sendirian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan