MENOLAK SALAM MESRA

 
 Kebarangkalian keikhlasan aku untuk bersapa, beramah mesra atau 
melempar senyum disilaptafsirkan. Maka tak pasal-pasal kena sebiji. 
Ibarat terpocol kata-kata apa pandang-pandang.
 
 2. Jangan silap 
melempar senyum sebab tanda akhir zaman itu kan manusia hanya akan 
memberi salam kepada golongan mereka saja. Tak semua kita terpilih untuk
 menjadi satu kumpulan yang besar mesra pun saling sedia beramah mesra.
 
 3. Sebagai contoh cer cuba awak tu tak pernah ke surau; gotong royong 
amat dibenci; sentiasalah berwajah masam. Bersikap lu lu gua gua. Pasti 
awak tu akan menjadi bahan umpatan masyarakat. Malahan akan terbit 
kata-kata orang macam ni jika mati siapa nak uruskan.
 
 4. Memang
 itu hukum karma. Biarpun sejarah telah membuktikan; dalam agihan 
kebajikan sesama penghuni alam ini pun telah disalahgunakan. Kini 
semakin kita hidup berkroni. Jika dilahirkan dalam golongan elit akan 
pasti sentiasa berterusan elitnya. Jika dilahirkan dalam golongan 
marhaen. Minta maaflah pasti amat sukar mahu melonjak martabat diri.
 
 5. Sebagai contoh yang nyata jika ada wawasan kerajaan untuk 
mencelikkan IT di kalangan masyarakat berpendapatan rendah; apakah semua
 yang berhak dapat memilikinya. Minta maaflah jika awak tu bukan 
kalangan mereka yang rapat dengan golongan yang mengagihkan Komputer 
Riba 1Malaysia ini; memang takkan dapat ketik kekunci celik IT ini.  
Top-top dah lebih 200 ribu mereka telah mendapat komputer riba ini.
 
 6. Ini yang sering berlaku biarpun awak tu waris atau kenalan rapat 
dengan VVIP yang punyai pengarauh dalam agihan kemakmuran negara. Jangan
 mimpi BELIAU akan senyum dengan awak. Sebab pastinya bila saja lihat 
wajah buruk awak tu sentiasa terpancar air muka awak itu yang AMAT 
mencurigakan; jauh sekali akan ada perasaan cinta pandang pertama. AIR 
MUKA awak tu bukan muka rezeki atau mesra alam. Ada fahamkah.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan