iDAN

26 Julai 2009

Menghitung hari kejatuhan Daisy Fajarina July 24, 2009 (Ceritera)

Posted by nikmj in General, National, news.
Tags: , , , , ,
trackback

Semua rakyat didunia ini sedang memerhati ke Negara Indonesia, sebuah negara yang penduduknya mencecah kepada angka 260 juta insan. Rakyatnya terlalu ambil berat dan prihatin terhadap bangsanya, terutama rakyat yang miskin yang perlu pembelaan. Rasa peduli terhadap bangsanya yang teranaiya tinggi sekali, terutamanya apabila rakyatnya mendapat musibah di Malaysia.

Pada 23hb. Julai 2009 satu lagi sejarah tercatit di Indonesia apabila seorang insan yang bernama SALIHAH telah membuat pengaduan untuk mendapat keadilan di Mobes Poliri di Jakarta terhadap ’seekor SYAITAN yang bergelar Dasiy Fajarina’. Ramai orang sedang menunggu reaksi daripada Pemerintahan Indonesia, adakah Dasiy Fajarina dan Pinot itu KEBAL di Indonesia yang dikatakan Negara Berdaulat itu.

Semua kisah penderitaan SALIHAH telah dilapurkan kepada polisi Indonesia oleh SALIHAH sendiri dan semua media Indonesia telah menulis perkara ini. Tidak ada apa yang dapat disembunyikan lagi oleh Dasiy Fajarina dan Pinot, semuanya sudah didedah dan ditelanjangkan oleh SALIHAH sebagaimana Dasiy Fajarina telanjangkannya.

Dasiy Fajarina memaksa dan mengancam dengan pisau supaya SALIHAH telanjang bogel dan memaksa melakukan hubungan ’sex’ secara live didepan matanya bersama suaminya iaitu Pinot, satu perbuatan kebinatangan, perbuatan yang mengaibkan, tidak kemanusian, perangai lebih daripada DAJAL dan syaitan.

Inilah kegilaan sebenar Dasiy Fajarina dan pusaka ini akan dimiliki oleh Manohara sebagai darah dagingnya, Manohara juga akan berperangai kebinatangan selagi dia tidak ubah perangai, selagi kebaikan Tengku Temenggong dinafikan, selagi terus membuat fitnah kepada suaminya sedangkan sehingga hari ini tidak ada satu pun bukti yang boleh disabitkan terhadap TT.

Dan apabila PEMERINTAHAN INDONESIA bersedia melaksanakan KEADILAN, maka nasib Dasiy Fajarina akan menerima kehinaan dan kelam. Kehinaan kerana perbuatannya terhadap SALIHAH berlebihan, selain daripada diancam ditusuk dengan pisau ada lagi KEJAHATAN dan KEZALIMAN yang dilakukan oleh Dasiy Fajarina terhadap SALIHAH, kali ini SALIHAH dipaksa meminum air kencing Dasiy Fajarina sehingga muntah-muntah, sekali lagi kegilaan Dasiy Fajarina terbongkar.

Tidak hanya dengan memaksa minum air kencing (bahasa Indonesia bilang “AIR SENI), Dasiy Fajarina yang gila ‘SEX’ diluar tabi’in juga memaksa SALIHAH menghisap jari tangannya yang mana jari itu terlebh dahulu dimasukkan kedalam lubang FARAJnya yang busuk kerana berpenyakit kanser dan dimasukkan kedalam mulut SALIHAH supaya dihisapkan. Begitu juga dilakukan terhadap suaminya PINOT. Bayangkan bentuk kecelakaan yang dilakukan oleh Dasiy Fajarina terhadap mangsanya SALIHAH.

Gila, Binatang dan apa lagi bahasa yang patut diberi sebagai mengambarkan watak sebenar Dasiy Fajarina, dan watak itu akan diperturunkan kepada Manohara, maka awaslah sesiapa yang mendamping keluarga ini, mungkin ada mangsa baru yang diintai oleh Dasiy Fajarina dan Manohara setelah usaha untuk menghina Tengku Temenggong gagal, kerana TT tidak sebodoh Pinot, Klumans dan ramai lagi lelaki yang jadi mangsa korban kegilaan dan kebuasan Dasiy Fajarina.

Rakyat Indonesia yang cerdik-cerdik diminta membantu SALIHAH untuk mendapat KEADILAN, buat apa pemerintahan Indonesia menyimpan orang semacam Dasiy Fajarina yang sudah dihukum bersalah oleh Kerajaan Perancis dan buat apa KBRI di Malaysia masih lagi tidak bertindak terhadap Manohara yang secara terang menuduh KBRI menerima RASUAH dari pihak Istana Kelantan untuk tidak membantu Manohara semasa di Malaysia. Apakah tuduhan Manohara terhadap KBRI itu betul kerana tidak ada tindakan susulan diambil oleh KBRI untuk membersihkan nama baik KBRI. Jangan biarkan Manohara merusak nama baik KBRI itu.

Yang jelas sekarang ini, DASIY FAJARINA, PINOT serta MANOHARA telah dan sedang melakukan KEJAHATAN terhadap SALIHAH dan TT. Bertindaklah rakyat Indonesia dan jangan bersengkokol dengan manusia yang berperangai binatang itu. Jejek.

Tersadai (Singgahsana)


Aku selalu berpesan kepada anak-anakku
kita kena hormati orang tua
terutama ibu & ayah kita
tanpa mereka kita tak mungkin akan lahir di dunia
jangan meninggi suara dengan mereka
jangan membelakangi mereka
fikir dahulu tindakan masing-masing
jangan sampai menconteng arang ke muka mereka
martabat keluarga bukan boleh dijual beli.
Hari ini anak-anak kita makin lupa
ibu bapa makin terpinggir
malahan ada yang sanggup menghantar ibu & ayah
ke rumah asuhan orang tua-tua
kalau tidak dihantar ke rumah orang tua-tua
ibu & ayah ditinggalkan sendirian di kampung halaman
menunggu anak-anak pulang
menunggu panggilan bertanya khabar
senyap
anak-anak lebih suka dengan meriah kota
lebih suka makan makanan moden pizza atau makaroni
loya bau budu, tempoyak atau cincalok
tak reti lagi buat gulai tempoyak, masak pekasam & kerabu bunga betik
tak usik lagi ikan sungai katanya hanyir
sedangkan itulah juadah mereka sejak kecil
ikan keli, ikan terboi, lampam & ikan puyulah yang paling sedap
berebut makan sampai licin sepinggan ayan.
Aku yang makin tua ini rindu amat akan kampung halaman
kekinian terpenjara di sisi kota angkuh ini
dengan tersadainya ingatan tidak terlayarkan impian.
mana nak cari pinggan ayan begini?...

25 Julai 2009

Jepun yang tersembunyi (Santai)


Jauh di dalam hutan tebal di ketinggian 3,500 kaki di atas paras laut, sebuah taman ala Jepun dicipta khusus untuk para pencinta alam.





SPESIES tumbuhan dari Jepun hidup subur bersama pokok-pokok tropika Malaysia.



GELAGAT kumpulan ikan koi yang jinak begitu mencuit hati.



ELEMEN jambatan menjadi pelengkap landskap tipikal Jepun.



TAMAN Jepun dihubung secara langsung dengan taman botani.


KALAU merencana detik percutian hujung minggu ke Bukit Tinggi Resort, Pahang dan inginkan persinggahan yang tenang dan mendamaikan, inilah tempatnya. Taman yang direalisasi daripada ilham arkitek Jepun, Kaio Ariizumi, ini sememangnya hadiah istimewa buat mereka yang mencintai kehijauan hutan tropika tanah tinggi.

Dalam suhu dingin dan kesegaran bekalan oksigen daripada pokok-pokok hutan semula jadi, Ariizumi dan kumpulan pereka landskapnya berjaya menghidupkan penataan seni yang membangkitkan rasa damai di kalangan pengunjung.

Tidak banyak berbeza daripada elemen rias taman Negara Matahari Terbit, Japanese Village ini menyambut pengunjung dengan pintu gerbang chumon dan laluan denai yang kemas. Seni dan falsafah Jepun banyak melatari persekitaran taman, baik pada pemilihan bangku rehat, jenis tanaman hiasan hinggalah kepada reka bentuk keseluruhannya.

Perasaan dilayangkan seketika ke dalam adegan drama-drama Jepun apabila melewati deretan rumpun buluh tinggi dan juga pokok-pokok renek dan ara bonsai. Dalam pada menghargai perkampungan tersembunyi ini dengan mata, deria pendengaran juga pasti terpaut pada irama yang satu ini.

Aliran air di sungai dan riak bunyi air terjun yang menghempas ke bongkah-bongkah batu berlumut nyata menjadi tarikan istimewa! Disempurnakan pula dengan pembinaan kolam ikan yang menghimpunkan spesies koi dalam warna-warna garang.

Si comel bersisik kuning, merah, emas, dan perak itu tidak malu-malu untuk meminta makanan setiap kali ternampak kelibat manusia. Dalam leka menabur palet makanan yang dijual pada harga serendah RM5 sebungkus, takungan kolam indah dan anak sungai cetek itu seterusnya membawa pengunjung ke pusat tumpuan taman.

Apa yang dimaksudkan adalah sebuah binaan pondok teh yang turut bertindak sebagai pusat maklumat. Bagi yang tidak pernah sampai ke Jepun, inilah masanya untuk mempelajari adat bertandang ke kediaman yang bertikar tatami dan berpintu gelangsar kertas.

Sama ada mengikuti ritual tradisi meminum teh panas atau mendekati pembuatan kraf tangan negara itu, pondok tersebut memang tidak putus menerima kunjungan sepanjang waktu operasi.

Melalui risalah yang disediakan, sebuah taman Jepun perlu memiliki elemen penting seperti pulau, jambatan, pelita batu dan juga sebuah pondok teh atau pavilion. Jika elemen-elemen itu tidak dapat direka secara fizikal, ia boleh dibuat secara perlambangan.

Walaupun sudah puas berjalan dan mengenal spesies tumbuh-tumbuhan yang dilabel khas, adalah terlalu awal untuk mengucapkan sayonara. Apa kata anda kunjungi dahulu restoran Ryo Zan Tei yang menghubungkan taman itu dengan laluan ke Taman Botani.

Bagi yang mahu merasai tradisi kehidupan Jepun secara lebih intim, jangan lupa untuk merasai perkhidmatan belaian tubuh dan penginapan eksklusif di Tatami Spa dan Ume Tatami Suite yang terletak berdekatan.


PELBAGAI jenis teh dan hidangan Jepun disajikan di Restoran Ryo Zan Tei.

Kosmo!

Empat beranak maut - Treler rempuh kereta ketika lampu isyarat merah (Ceritera)


BEGINILAH keadaan kereta Proton Wira Aeroback yang dirempuh treler sehingga mengorbankan lima nyawa di Kilometer 42, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam dekat Kulaijaya semalam.



ZAKARIA



HAWA


KULAIJAYA – Lima orang termasuk empat beranak terkorban selepas kereta Proton Wira Aeroback yang mereka naiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 42, Jalan Johor Bahru-Air Hitam ketika kereta itu berhenti menunggu lampu isyarat pukul 2 petang semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah Zakaria Marjone, 40, isterinya, Hawa Kassim, 40, dua anak pasangan itu, Nor Fatin Nadia, 13, dan Mohd. Amirul Fahmi, 10, serta anak jiran mereka, Awaludin, yang berusia setahun.

Dua lagi anak pasangan malang berkenaan, Mohd. Aidil Hakim, 16, dan Mohd. Faris, 8, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superitendan Zulkefly Yahya berkata, kereta yang dipandu Zakaria bersama enam lagi penumpang dikatakan dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Batu Pahat.

Menurut beliau, kenderaan yang dinaiki mangsa dikatakan berhenti di persimpangan lampu isyarat dekat pekan Kelapa Sawit sebelum dirempuh sebuah treler dari arah belakang. Treler itu dipercayai hilang kawalan kerana dipandu laju.

Kosmo!

Kartika terima balasan dunia (Ceritera)

Bapa wanita pertama yang dijatuhi hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Syariah Kuantan, Kartika Sari Dewi, mengakui hatinya bagai disentap bila mengetahui anaknya itu minum arak di khalayak ramai.


KARTIKA bersedia menerima hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

APA yang dilakukannya sangat aneh dan mungkin tidak masuk akal. Mana tidaknya, hukuman enam sebatan ke atasnya bukan sahaja diterima dengan hati terbuka bahkan mahu ia dilaksanakan segera.

Bagi Kartika Sari Dewi Shukarno, 33, hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan itu mesti dijalani.

Isnin lalu, Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating, Pahang.

Tiada langsung hasrat untuk merayu malah kata Kartika, tidak pernah terlintas di fikiran untuk dia melarikan diri daripada menerima 'hukuman dunia' atas ketelanjurannya dua tahun lalu itu.

"Saya mengaku dan amat kesal dengan perbuatan itu. Ia bukan sahaja memalukan diri tetapi turut membawa penghinaan kepada seluruh keluarga saya.

"Saya harap hukuman itu dapat dijalankan secepat mungkin supaya ia memberi pengajaran kepada orang lain," kata ibu kepada dua anak ini di Ipoh, Perak, Rabu lalu.

Kartika bakal bergelar wanita Islam pertama dihukum sebat di bawah Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

"Tiada siapa yang paksa saya supaya meminta hukuman itu dilaksanakan segera. Ia lahir daripada rasa keinsafan yang amat mendalam," katanya.

Terlepas daripada hukuman penjara, Kartika telah melunaskan bayaran denda RM5,000 itu.

Bagaimanapun, peristiwa beliau dicekup pihak berkuasa ketika asyik meneguk minuman keras itu benar-benar meninggalkan kesan mendalam.

"Semua ini ketentuan Allah. Saya dibalas kerana terleka serta memandang ringan soal agama meskipun sudah dididik supaya menjauhi arak.

"Jika saya tidak ditangkap, mungkin saya masih hanyut dalam keseronokan dunia," katanya.

Berasal dari Sungai Siput, Perak, Kartika dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan nilai kekeluargaan serta kewajipan sebagai seorang Islam.

Bapanya, Shukarno Abdul Mutalib, 60, seorang pengusaha resort di Kuala Kangsar, adalah seorang yang kuat agama.


KARTIKA (berdiri dan mendukung Wan Katleen) bersama suami, Mohamad Afendi, manakala ibu bapanya, Wan Badariah dan Shukarno, duduk bersama seorang lagi anak Kartika, Mohd. Asfar.


Mendirikan rumah tangga dengan warga Singapura, Mohamad Afendi, 35, Kartika mengakui insiden di Cherating itu adalah kali pertama dan terakhir beliau minum arak.

Ia tidak kena-mengena dengan kerjayanya sekarang iaitu model sambilan di Singapura, negara yang telah didiaminya selama 15 tahun.

Kartika memberitahu, beliau menjadi model pelancongan selepas terpaksa melepaskan jawatannya di sebuah hospital di Singapura beberapa bulan lalu.

Kekangan cuti untuk menghadiri perbicaraan di Kuantan sejak ditangkap menyebabkan beliau tiada pilihan. Bidang itu juga dianggap sesuai dengan jiwanya.

Bapa cium berkali-kali

Sepanjang perbicaraan, tidak pernah sekali pun Kartika gagal menghadirinya.

Wanita ini bernasib baik kerana keluarga terutama ibu, bapa dan suaminya menerima kejadian itu dengan hati terbuka.

Dalam satu pertemuan dengan Jurnal Jumaat lalu, Shukarno tanpa berselindung mengakui hatinya bagaikan ditusuk dan direntap tatkala mengetahui anak yang diasuhnya dengan nilai-nilai keagamaan itu telah melakukan satu dosa besar.

"Luluh hati saya kerana semua sembilan anak saya termasuk Kartika diberikan ilmu agama yang sepatutnya mampu membawa mereka ke jalan yang diredai Allah.

"Namun, saya tahu dia hanya tergelincir dan menjadi kewajipan saya sebagai wali, 'membawanya pulang'.

"Sejurus mendapat tahu, saya terus ke Singapura untuk bertemu dengannya dan saya menciumnya berkali-kali. Saya yakin dia bukan sengaja melakukannya," kata Shukarno yang mengaku sangat mengagumi bekas Presiden Sukarno dari Indonesia.

Walaupun berdarah Melayu Perak tulen, Shukarno telah memilih nama beberapa anak Presiden Sukarno termasuk Kartika Sari Dewi semasa menamakan anaknya.

"Ramai yang anggap saya melepaskannya ke Singapura seawal usia 18 tahun. Sebenarnya, Kartika ke sana kerana mengikuti suami selepas bernikah iaitu pada usianya 19 tahun.

"Anak lelaki saya, Subandrio dan seorang lagi anak perempuan bersama suaminya, juga tinggal di rumah yang sama dengan Kartika di Singapura. Pendek kata, segala pelakuan Kartika pasti diketahui adik-beradiknya yang lain," katanya.


'SAYA tahu dia hanya tergelincir dan menjadi kewajipan saya sebagai wali, membawanya pulang' - Shukarno.


Menurut Shukarno, selepas episod turun naik mahkamah Kartika disiarkan media, beliau sentiasa memberi semangat kepada anaknya itu supaya menyelesaikannya dan jangan lari daripada sistem perundangan negara.

Ibu guru al-Quran

"Kartika mungkin boleh tidak hadir ke mahkamah atau menghilangkan diri dalam tempoh dua tahun selepas ditangkap, namun itu bukanlah satu tindakan yang bijak.

"Saya juga sentiasa berpesan kepadanya, walau apa pun hukuman yang dikenakan ke atasnya, terimalah kerana itu akan memberinya pengajaran," katanya.

Shukarno bagaimanapun bersyukur, isterinya, Wan Badariah Meor Abdul Salim yang merupakan bekas guru al-Quran turut menyokong dan membantu Kartika khususnya dalam menghadapi saat-saat yang mencabar itu.

Tidak mahu dianggap riak apatah lagi dicap sebagai individu yang mahu memperbesar-besarkan tindakan anaknya yang mahu hukuman sebat itu dipercepatkan, Shukarno percaya apa yang berlaku ada hikmahnya.

"Saya dan keluarga tidak pernah memujuk atau mendesak Kartika supaya reda dengan hukuman itu.

"Jika sepanjang dua tahun ini dia boleh turun naik mahkamah, mengapa perlu mengelak untuk menerima hukuman?

"Sebagai seorang Islam dan menjunjung kedaulatan undang-undang, Kartika tidak perlu takut menghadapinya," katanya.

Kosmo!

Kelibat hitam mengekori bot (Santai)

Sehingga hari ini, tidak pernah berlaku sebarang insiden kecederaan serius disebabkan ikan besar arapaima di Tasik Kenyir. Isu yang lebih membimbangkan adalah tentang ancaman keseimbangan populasi ikan tempatan.




MADZIAH MOHD. LADA, 39, tidak sekali-kali berdendam kepada ‘naga’ yang dikaitkan dengan insiden suaminya, Allahyarham Aladi Hassan, anggota bomba yang mati lemas semasa operasi mencari dan menyelamat di Tasik Kenyir, Terengganu baru-baru ini.

Dia yakin pada ketentuan takdir dan juga hasil siasatan mengenai punca kematian suaminya itu. Laporan menunjukkan bahawa tangki oksigen yang digunakan suaminya tercabut apabila tali pengikat pada badan tersangkut pada tunggul kayu di dalam tasik tersebut.


ARAPAIMA ini boleh disaksikan di Aquaria KLCC, Kuala Lumpur.


Namun, peristiwa itu sedikit sebanyak membuka mata terhadap ‘yang tertuduh’ iaitu ikan naga atau arapaima. Spesies ikan air tawar terbesar yang berasal dari Sungai Amazon itu dilabelkan sebagai ‘pendatang’ yang memberi ancaman.


MEREKA yang sering berurusan di Tasik Kenyir percaya bahawa terdapat ikan sepanjang saiz bot yang sudah lama menghuni dasarnya.


Bukan sahaja ditakuti mengancam keselamatan manusia, malah ikan yang boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan 200 kilogram berat itu mampu menjejaskan rantaian ekologi dan pembiakan spesies ikan tempatan di Tasik Kenyir.

“Kita bimbang kehadiran arapaima memberi kesan terhadap keseimbangan populasi spesies ikan lain. Mungkin ia belum mula membiak buat masa ini.




“Namun, kalau ada seekor dua yang semakin membesar, keperluan pemakanannya juga bertambah,” kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Munir Mohd. Nawi.

Menurut Munir, semua usaha jabatannya bermula daripada aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai khususnya pengusaha-pengusaha calet di Tasik Kenyir yang mendakwa ada ternampak kelibat arapaima.

“Berikutan aduan itu, kami telah menjalankan usaha memantau keadaan dan memikirkan kaedah ideal untuk menangkap ikan itu.

“Bagaimanapun, selepas hari kesembilan pemantauan (sehingga Rabu lalu), masih belum ada sebarang petanda mengenai kewujudan arapaima. Alat-alat tangkapan seperti pukat dan kail juga belum berhasil,” jelasnya sambil menambah, walaupun usaha itu menemui jalan buntu, operasi pemantauan tetap diteruskan.


RUMAH bot seperti ini menjadi kegemaran para pemancing tegar.


Habuan RM10,000

Munir juga ditanya sama ada terdapat kemungkinan kelibat ikan besar seperti yang didakwa pengusaha calet itu spesies ikan lain.


ANTARA pemancing tegar yang mencuba nasib di Tasik Kenyir pada 5 Julai lalu.


“Kalau bukan arapaima, kemungkinan ikan tempatan terbesar di Tasik Kenyir yang menghampiri saiznya adalah ikan tapah. Ia juga mempunyai ciri pemangsa karnivor yang suka menyambar makanannya.

“Toman pula, walaupun mempunyai reputasi ikan ganas di kalangan pengail, ia tidak sampai ke saiz itu,” terang Munir.


IKAN tapah (Wallago attu) yang juga bersifat karnivor dikatakan mempunyai saiz yang menyaingi arapaima yang berusia dua tahun. - Gambar hiasan


Sejak kerajaan negeri mengumumkan hadiah bernilai RM10,000 bagi sesiapa yang dapat menangkap hidup-hidup arapaima di Tasik Kenyir, ia telah mencetus semangat pemburu di kalangan mereka yang tertarik dengan ganjaran tersebut.


KETENANGAN permukaan air di Tasik Kenyir menyimpan pelbagai rahsia yang belum berjaya dibongkar.





Misalnya, pada 5 Julai lalu, sekumpulan pengail tegar telah ke tasik buatan terbesar Asia Tenggara itu untuk mencuba nasib. Namun, sehingga lewat petang, pencarian itu tidak membuahkan hasil.

Kekecewaan itu turut dirasakan seorang pemandu bot pelancong, Azman Mohd, 30, yang mendakwa sebelum ini pernah melihat kelibat ikan sebesar pemeluk dan sepanjang kira-kira 2.4 meter ketika memancing di Sungai Beruas.

“Saya menggunakan tali setebal 22 milimeter dan dawai elektrik sebagai mata kail serta anak ikan haruan sebagai umpan bagi menangkap dan mengikatnya di sebatang pokok. Tapi ikan itu berjaya melepaskan diri selepas pokok itu patah,” katanya.

Entah benar atau tidak tentang kewujudannya. Namun, bagi sejumlah penduduk kampung dan pengunjung yang sering berulang-alik ke tiga kuala sungai di Tasik Kenyir, iaitu Sungai Petuang, Sungai Tembat dan Lata Terap, mereka bertegas ikan naga yang disebut-sebut itu memang wujud.

“Ia aktif kelihatan sejak dua hingga tiga tahun lalu. Ia timbul di permukaan di satu-satu tempat untuk beberapa tempoh,” kata seorang lagi pemancing, Sabri, yang nyata tertarik dengan tawaran itu.

Boleh sentuh dengan kayu

Dia mendakwa pernah ternampak kelibat arapaima beberapa kali di kuala Sungai Petuang.

“Dari jauh nampak hitam saja. Tapi dari dekat nampak sisiknya yang hijau keemasan itu. Beratnya kira-kira 50 kilogram,” katanya.

Tambah Sabri, kawannya pernah terserempak dengan ikan itu di Lata Terap. Dalam sebulan juga dia timbul di situ. Beratnya di antara 100 hingga 180 kilogram!

“Walaupun saiznya begitu, tak mungkin ia makan atau bunuh orang. Ia jinak. Kawan saya cuba sentuh dengan kayu, ia diam saja. Yang kami nampak, ikan itu bermain-main dengan ikan kecil yang lain. Macam ikan lumba-lumba.

Sabri mengaku bahawa keterujaan terhadap ikan naga itu bermula dengan rujukan melalui pembacaan, penceritaan orang kampung dan sumber daripada Universiti Terengganu Malaysia.

Tambahnya, dia dan teman-teman kini dalam usaha untuk merakam kelibat ikan itu.

“Tak ramai berani bawa kamera di atas bot. Mereka bimbang terjatuh ke dalam air. Jadi kami sekarang sedang bekerja keras untuk mendapatkan rakaman itu untuk membuktikan ikan itu benar-benar wujud di tasik ini. Cuma sehingga sekarang, rezeki belum menyebelahi kami,” kata Sabri.

Kru Jurnal yang mengunjungi Tasik Kenyir minggu lalu turut diberitahu seorang pemandu bot tentang khabar kelibat hitam dalam air yang suka mengekori bot.

“Mungkin itulah arapaima yang ‘mesra’. Saya sudah lama mengendali bot di sini, tetapi belum berpeluang terserempak dengan pengalaman seperti itu.

“Baik dipantau dari atas bot atau tanah tinggi pada waktu pagi atau petang, ia langsung tidak kelihatan,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad.

Ahmad berpendapat, kalau pun benar arapaima dilepaskan ke Tasik Kenyir oleh pemilik asal yang tidak mampu lagi menampung saiznya di akuarium, ikan itu tentu tidak liar kerana sudah biasa didampingi manusia yang memberikannya makanan selain sifat semula jadi ikan itu yang lembut.

“Sepanjang saya bertugas di sini, belum ada lagi kes ikan besar yang menyerang, mencederakan atau membunuh manusia.

“Bomba itu (Aladi) pun kita sudah tahu tentang punca kematiannya. Arapaima bukan penyebabnya,” kata Ahmad.

Sebuah rahsia

Kedatangan Jurnal ke Tasik Kenyir disedari seorang pemuda yang kemudiannya mendekati dan mahu memberitahu sesuatu. Enggan mendedahkan namanya, dia membisikkan sebuah rahsia.

“Beberapa tahun lalu terdapat pengusaha resort di tasik ini yang memelihara ikan naga di dalam sangkar untuk dijadikan hiasan dan tarikan penginapan.

“Tetapi, apabila resort itu tidak lagi beroperasi dan ikan itu pula semakin membesar, ia dilepaskan saja ke tasik ini,” ujarnya.

Kalau kata-kata pemuda itu bukan suatu pembohongan, mungkin itulah antara sedikit penjelasan yang logik tentang bagaimana spesies asing itu boleh berada dalam Tasik Kenyir.

Sama ada kewujudannya diragui, atau memang terdapat arapaima yang sedang ‘gembira’ berenang-renang di dasar Tasik Kenyir, banyak pihak kini memerhatikan perkembangannya.

Walau apa pun keburukan yang dikaitkan dengannya, cerita ikan naga tidak akan menjauhkan para pelancong daripada mengunjungi tasik tersebut seperti yang dikhuatiri sesetengah pihak.

Hakikatnya cerita tentang arapaima, tapah mahupun naga, akan menjadi sebahagian daripada nilai misteri dan tarikan kejadian alam di Tasik Kenyir.

Sehingga kisah ini disiarkan, tawaran ganjaran RM10,000 itu masih menunggu pemenangnya.

Kosmo!

Hidung palsu Jacko hilang (Ceritera)




LONDON - Hidung palsu Raja Pop Michael Jackson (gambar) didapati hilang ketika jenazahnya berada di rumah mayat, dakwa seorang saksi.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, bahagian hidung penyanyi lagu Beat It kelihatan berlubang sehingga menampakan tulang rawan.

Bahagian hidung Michael yang meninggal dunia di kediamannya kerana serangan jantung pada 25 Jun lalu rosak teruk kerana pembedahan plastik berulang-ulang kali.

Dakwaan yang diterbitkan majalah Rolling Stone itu turut disokong bekas pekerja Michael, Adrian McManus.

Dakwa McManus, Michael menyimpan beberapa unit hidung palsu serta sering menggunakan plaster untuk menyembunyikan masalah itu.

"Michael menyimpan hidung tersebut dalam sebuah bekas kaca. Hidung itu seperti hidung asli tetapi ia tidak mempunyai lubang," kata McManus.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis Los Angeles mengesahkan pejabat bekas doktor peribadi Michael, Dr. Conrad Murray diserbu bagi mencari bukti pembabitan beliau terhadap kematian artis pujaan ramai itu.

Para detektif diberi waran geledah pejabat oleh seorang hakim tuduhan menyebabkan kematian tampa niat, kata satu sumber polis. - Agensi

Yasmin meninggal dunia - Kembali ke rahmatullah 3 hari selepas diserang angin ahmar (Ceritera)




KUALA LUMPUR - Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad (gambar) yang mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak sejak Khamis lepas meninggal dunia malam tadi.

Yasmin, 51, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya selepas tiga hari berada dalam koma setelah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya.

Yasmin yang terkenal sebagai pengarah filem Sepet, Gubra dan Talentime rebah secara tiba-tiba semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa serta beberapa kakitangan Media Prima di Sri Pentas, TV3, sekitar pukul 3 petang Khamis lalu.

Beberapa jam sebelum itu, adik iparnya, Datuk Dr. Zakaria Zahari memberitahu media, Yasmin masih menerima bantuan alat sokongan hayat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara.

Kosmo!

Perompak rumah Mawi ditembak (Ceritera)



MAWI di hadapan rumahnya di Felda Taib Andak, Kulai.


KULAIJAYA - Dua daripada sekumpulan empat perompak yang memecah masuk rumah penyanyi popular Mawi di Felda Taib Andak di sini kira-kira pukul 4 pagi semalam ditembak mati oleh polis.


LOKASI dua perompak ditembak mati oleh polis di Ladang Estet Fraser, Kulai semalam.


Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Ab. Rahman berkata, kedua-dua mereka terbunuh apabila cuba menyerang polis dengan parang di Ladang Estet Fraser, kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian, pada pukul 12 tengah hari.

Menurut beliau, kedua-duanya dikenali sebagai Marwa, 30, dari Batam dan Roni Paslah, 29, dari Tanjung Pinang manakala dua lagi masih diburu polis.




"Selepas menerima laporan, polis segera melakukan intipan dan kemudian terserempak dengan dua penjenayah terbabit di susur keluar estet tersebut. Mereka yang menaiki sebuah Proton Waja curi berada dalam keadaan mencurigakan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Jalaluddin, kedua-dua suspek kemudian berpatah balik dan cuba melarikan diri. Mereka juga menyerang anggota polis dengan parang.

Kosmo!

Ampun bang (Ceritera)

Oleh NAZARALI SAERIL
nazarali@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Tidak ada wanita mahu perkahwinan dengan suami tersayang terhenti di tengah jalan, apatah lagi bahtera yang dibina baru berusia beberapa minggu atau bulan.

Namun, isteri mana dapat bertahan jika keupayaan seksual suami sangat luar biasa, dipercayai akibat berdamping dengan makhluk halus, dan akhirnya meminta cerai.

Mungkin ada yang menganggap perkara terbabit kisah karut dalam zaman serba maju sekarang, tetapi hakikatnya ada dua kes perceraian kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpunca daripada kekuatan seksual dimiliki suami.

Dalam kes pertama, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata kes dikendalinya membabitkan pasangan suami isteri berumur dalam lingkungan 30-an.

“Mereka berkahwin tak sampai setahun. Dalam aduannya, si isteri memohon cerai kerana mendakwa kehendak seksual suaminya sangat kuat, menyebabkan dia tidak mampu melayan nafsu serakahnya.

“Kemusykilan berkaitan kekuatan luar biasa itu akhirnya terjawab apabila ahli keluarga wanita terbabit mendapati suaminya masih ada di rumah walaupun sebelum itu dia dilihat keluar ke tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata, beberapa saudara kandung wanita itu terdengar suara lelaki di dalam bilik tidur, sedangkan mereka melihat dia keluar pada awal pagi.

“Mereka bertanya mengenai kehadiran ipar mereka di dalam bilik itu kepada ibu yang kemudian menyatakan menantunya sudah keluar.

“Bagaimanapun, apabila diselidik, didapati individu di dalam bilik itu memang kelihatan seperti si suami,” katanya.

Berikutan itu, kata Musa, si isteri membuat aduan di pejabat agama dan memfail permohonan fasakh kerana tidak tahan lagi melayan kehendak seks suaminya.

“Ketika hadir di mahkamah, lelaki itu setuju menceraikan isterinya. Oleh itu permohonan fasakh berkenaan dibatalkan.

“Anggota keluarga kedua-dua pihak mungkin tahu berkaitan kekuatan luar biasa lelaki terbabit, tetapi ia menjadi rahsia selepas bersetuju menceraikan isterinya. Jika dibicarakan, mungkin mahkamah boleh tahu perkara sebenar,” katanya.

Dalam satu kes lagi, pakar Perubatan Islam Mustajab, Nazri Md Isa, mendedahkan seorang isteri yang baru berusia 18 tahun memohon cerai fasakh kerana tidak tahan melakukan hubungan seks dengan suami hingga berbelas kali setiap hari.

Bagaimanapun, menurutnya, dalam kes terbabit, lelaki itu mempunyai ritual tersendiri sebelum meniduri isterinya, iaitu dengan masuk ke bilik air seketika.

“Semuanya bermula apabila isteri muda itu menikahi lelaki berkenaan pada pertengahan 2008. Suaminya menunjukkan kehebatan seorang lelaki pada malam pertama perkahwinan dengan memberi nafkah batin hingga 17 kali,” katanya.

Mulanya, si isteri tidak menyangka apa-apa kerana beranggapan lelaki terbabit hanya menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Selepas keadaan itu berlarutan setiap hari, wanita itu mula terasa letih, selain hairan dengan kehebatan ditunjukkan suami.

“Wanita terbabit akhirnya membuka mulut dengan menceritakan kepada ibu mentuanya, namun terkejut apabila ibu mentuanya berkata itu perkara biasa,” katanya.

Selepas gagal mendapatkan kepastian daripada keluarga mentua, wanita itu memaklumkan ibu kandungnya yang membawanya membuat aduan di jabatan agama bagi mendapatkan nasihat kerana beranggapan ada kaitan kes deraan seks.

Nazri berkata, siasatan mendapati lelaki terbabit bertabiat pelik apabila keluar masuk bilik air sebelum meniduri isterinya.

“Apabila diselidiki, dua ‘pihak’ dengan wajah saling tidak tumpah keluar masuk bilik air itu. Si suami kemudian diminta hadir ke pejabat agama sebelum merungkai misteri kekuatan luar biasa dimilikinya,” katanya.

Permohonan fasakh wanita itu dipenuhi mahkamah dan kini pasangan terbabit sudah bercerai.

Harian Metro

24 Julai 2009

Jala (Santai)


Bila agaknya boleh menjala bersama isteri
aku sendiri tak mahir menjala
Akar & Abg Jaapo rakanku selalu ajar aku menjala
tak pandai-pantai!

Syurga (Agama)

8 Nama Syurga

1 Daarul Jalal Terbuat dari mutiara putih

2 Daarul Salaam Terbuat dari Yaqut merah

3 Jannatul Mawaa Terbuat dari Permata Zabarjad hijau

4 Jannatul Khuldi Terbuat dari Permata Marjan kuning

5 Jannatun Na’im Terbuat dari Perak putih

6 Daarul Qaraar Terbuat dari Emas merah

7 Jannatul Firdaus Terbuat dari bata perak, bata emas, bata permata Yaqut dan bata perak. Lantainya dari kesturi yang harum.

8 Jannatu ‘Adn Terbuat dari Mutiara besar putih, ia adalah yang paling muliah di antarasyurga-syurga lain.

Rasulullah bersabda, "Pada malam ketika aku diperjalankan ke langit, dipertontonkanlah kepadaku semua syurga. Aku lihat ada empat buah sungai : sebuah sungai air, sebuah sungai susu, sebuah sungai khamar, dan sebuah lagi sungai madu yang jernih.

Maka akupun bertanya pada Jibril, "Dari manakah datangnya sungai-sungai ini dan ke manakah mereka mengalir?"

Jibril menjawab: " Mengalir ke telaga Kautsar, tapi saya tidak tahu dari mana mereka datangnya. Maka bertanyalah kepada Allah agar Dia mengajari dan memberitahukan kepadamu"

Nabi Muhammad SAW-pun lalu berdoa kepada Tuhannya. Maka datanglah seorang malaikat lain seraya berkata : "Hai Muhammad, pejamkan kedua matamu"

Aku lalu memejamkan kedua mataku.

Kemudian malaikat itu berkata "Bukalah".

Lalu aku berada disisi sebuah pohon, dan aku lihat di sisinya ada sebuah kubah dari mutiara besar putih. Kubah itu mempunyai pintu terbuat dari permata yaqut hijau, dan sebuah kunci dari emas merah. Andaikata dunia seisinya dikumpulkan lalu diletakkan di atas kubah tersebut maka akan serupa dengan seekor burung yang bertenggek di atas sebuah gunung, atau telur yang terletak di atasnya. Aku lihat ke empat sungai itu mengalir dari bawah kubah tersebut. Akupun hendak kembali, maka malaikat itu berkata : "Kenapa kamu tidak masuk ke sana?", Aku berkata : Bagaimana aku dapat masuk sedang pintunya terkunci?"

Malaikat itu berkata kepadaku :" Anak-kuncinya ada pada tanganmu"

"Mana dia?" tanyaku

Dia Jawab : "Bismillaahir Rahmaanir Rahim". Lalu akupun mengucapkan "Bismillaahir Rahmaanir Rahim". Kunci itu terbuka!, maka aku melihat sungai-sungai tersebut mengalir dari empat buah tiang kubah. Ketika aku hendak keluar, malaikat itu bertanya kepadaku : " hai Muhammad, sudah tahukah anda?"

"Sudah tahu", jawabku.

Tapi apa kata malaikat itu lagi, "Lihatlah sekali lagi."

Lalu akupun melihat, dan ternyata pada tiang-tiang kubah itu tertulis Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Aku lihat sungai air itu keluar dari huruf Mim dari lafazh Bismillaah. Sungai susu keluar dari huruf Ha dari lafazh Allah. Sungai Khamar dari huruf Mim dari lafazh Ar-Rahmaan, dan sungai madu bersumber dari Mim dari lafazh Ar-Rahiim. Maka tahulah aku sumber-sumber sungai itu adalah dari bacaan Bismilah. Maka Allah ta’ala berfirman : " Hai, Muhammad barang siapa menyebut Aku dengan nama-nama ini di antara umatmu , maka sesungguhnya Aku akan memberinya minum dari sungai-sungai ini"

Dan menurut kabar dari Nabi Muhammad SAW, bahwasannya beliau bersabda :" Bahwa sesungguhnya setelah Allah menciptakan syurga ‘Adn, dipanggilNyalah Jibril AS, maka sabdaNya kepada Jibril AS :

"Berangkatlah, dan lihatlah tentang apa yang telah Aku ciptakan bagi hamba-hamba-Ku dan kekasih-kekasih-Ku"

Maka pergilah Jibril berkeliling di dalam Syurga itu. Seorang Bidadari menampakkan diri dari sebuah gedung, maka tersenyumlah bidadari itu kepada Jibril AS, karena cahaya dari gigi Bidadari itu, maka terang benderanglah syurga ‘Adn itu, sehingga Jibril AS-pun menjatuhkan badanya bersujud. Ia menyangka itu dari cahaya Tuhan yang maha perkasa. Maka seru Bidadari itu kepada Jibril, "Hai Amin Allah, angkatlah kepala tuan."

Jibril mengangkat kepalanya, lalu dipandang olehnya Bidadari itu, maka ucapnya :" Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan dikau."

Kata bidadari itu : " Hai Amin Allah Tahukah tuan untuk siapa aku diciptakan?".

Maka Jibrilpun bertanya, "Untuk siapakah engkau diciptakan?"

Jawab Bidadari," Aku diciptakan Allah Taalabagi siapa yang mengutamakan keridhoan Allah Taala daripada hawa nafsunya."

(Mukaasyafatul Quluub)

23 Julai 2009

Hari ini Jumaat rupanya! (Singgahsana)



Lorr! hari ini Jumaat rupanya, tenguk Mazidul ti TV3 berceloteh baru sedar hari ini Jumaat. Begini rupanya orang berpencen. Semalam lapar banget lalu ke Restoran Rahsia bersama dengan anak-anak. Lepas sembahyang maghrib terus pergi makan.

Pergi pasar malam lagi beli kebab, padahal tahu pasar malam di Prima Saujana tu memang malam Jumaat. Emmm! nampaknya makin nyanyuk aku ini. Hari Jumaat pun dah lupa. Sebenarnya Jumaat adalah hari paling gumbira buat aku, sebab apa?.

Seronok dapat pergi sembahyang di masjid Penjara Kajang. Selesa sembahyang di sana. Cumanya kereta perangku agak payah naik bukit dekat bulatan kecil di pintu gerbang penjara. Terpaksa tunggu jemaah makin reda. Kalau tidak bau hangit klas yang sudah makin pipis. Jangan sampai mengundur sudahlah. Aku ingat kereta paling laeh di Kajang ini memang kereta perangku. Mila pun dah naik malu nak numpang keretaku. Sabar-sabar nanti ada duit ayah cat baru!. Anak-anakku tak kisah lagi naik kereta perangku.

Petang nanti kalau tak ada aral Afiz & Aziq akan balik rumah. Selalunya hari Juamat semua anak-anak akan berkumpul. Afiz di Poli Shah Alam, Aziq pula di asrama, Sekolah Teknik Gombak. Masa keluarga berkumpul memang mengembirakan. Sabtu & Ahad.

Afiz tengah bercuti, kembali kerja di KFC TESCO Kajang. Meriah sikit rumah ini.

Kalau dulu hari terakhir berkerja, hari Jumaatlah!, esok bercuti. Sekarang dah tak terasa sangat gumbiranya hari Jumaat, tapi beban jadi surirumah dilepaskan untuk Mila ambil alih... iyer! hari inilah. Jumaat! Lega sikit.

Kalau Mila rajin dapat makan masakan isteri esok hari, jemulah amat asyik makan di luar. Kuantitinya satu hal, aroma rasanya pun boleh dipertikaikan, ongkosnya huh! memang tak berbaloi. Sekarang semua harga makanan naik.

Sup Claypot

Semalam makan bertiga beranak di Restoran Rahsia kami pun RM27.80. (Bukan nama sebenar). Jika setiap malam makan di luar, mahal bagi pesara macam aku. Sesekali mahu tukar selera rasanya okey! lah. Jika di hotel mahunya satu kepala puluhan RM, lagilah mampu.

Tujuan aku ke Restoran Rahsia ini sebenarnya ingin memujuk Mila, aku perhatian sejak dua tiga malam ini dia macam runsing & stres semacam saja nak masak. Ada sahaja yang dibebelnya ketika memasak. Anif akan jadi mangsa terpaksa tolong perbagai, tumbuk sambal sudah pasti, potong bawang, potong sayur perbagai. Tak ada anak perempuan tentunya anak lelaki jadi chef. Anif yang rajin ke dapur tolong ibunya.

Persekitaran Restoran Rahsia ini berbaloi amat dengan sedikit mahal minuman & makanan baratnya. Nasi goreng ala Siam sama sahaja harganya. Jika malas duduk di bangku ada Meja Jepun, ada juga pondok yang berbumbung lalang. Bagi santai di sawah. Pokok buahan dikekalkan dengan hiasan lampu lip-lap. Telah dua kali kami terserempak sekumpulan pekerja membuat jamuan di sini. Malam tadi lagi gempak, siap mercun, nyanyian, belon perbagai. Tak pasti Datuk & Datin mana yang datang. Anak-anak buah keluarga VIP ini sambut hari lahir bos mereka di Restoran Rahsia ini.

Memang amat menarik persekitarannya. Rasa berkelah dalam hutan pun ada, rasa duduk pondok Jepun pun ada. Paling bagus biar ramai mana pun pengunjung, cepat amat makanan yang dipesan tersedia. Cumanya sup campur di Gear Box Bangi masih kekal teratas aroma rasanya. Restoran Rahsia... moh! bersantai di sana.

Zaman kini kalau tak ada RM5 dalam poket jangan berani nak makan Nasi Campur di restoran. Tenguk restoran atau gerai; rasanya restoran mamak pun tak lepas nak makan nasi campur jika tiada RM5 dalam kocek. Kecualilah nak makan dua keping roti canai banjir & teh tarik. Andai di Padang, Taman Seri Serdang (SS) itu tak risau. Di SS selalunya aku makan tengah hari di sana sekitar RM4 sahaja, siap dapat makan ikan bakar & minum air sedap lagi. Di Kajang jangan!, orang kaya belaka di sini.

RM27.80; Jika dicongak-congak boleh beli dua ekor ayam tu, atau 10 kg Beras Siam. 10 kg beras mahu dekat sebulan makan sekeluarga. Aku perasan paling awal habis beras pun sekitar tiga minggu, jika kurang memasak & asyik makan luarlah. Biasanya di rumah kami makan berempat sahaja. Aku seorang sahaja yang kuat makan. Boroi lagi. Anif & Azim macam ibu seciput sahaja makannya. Afiz & Aziq sering tinggal berjauhan.

Hari Jumaat, moh! pergi sembahyang sudah lambat amat ni!. Jiranku ? ó╜Φ█6 entah mana Jumaatnya.