iDAN

11 Ogos 2009

Kepada Mantan PM

Dr. Mahathir Mohamad

Ayahanda Tun;

Salam

Perang itu amat kejam, warga kita mungkin tinggal saki baki sahaja yang mengalami bagaimana takut & cemasnya ketika perang. Saya sendiri hanya sempat mendengar dari mulut arwah emak bagaimana zaman Jepun dulu kita orang Melayu lari ke hutan takut amat dengan kekejaman Jepun. Serba serbi dicatu & terpaksa makan ubi kayu ketika darurat.

Semasa musibah 13 Mei pun saya masih kecil, bahangnya tak sampai ke kampung. Di Kuala Lumpur telah dikenakan perintah berkurung, saya di kampung masih melastik burung merbah lagi.


Tetapi Ayahanda Tun,

Bila sesekali kita bermimpi bumi ini dilanda perang, terasa amat cemas; impaknya sampai berpeluh-peluh kita bila terjaga. Itu baru mimpi.


Maka itu seharusnya rakyat marhaen perlu faham akan teguran kerajaan agar jangan main isu sensitif di negara kita yang perbagai kaum ini. Natijah keegoan mana-mana bangsa pasti akan memarakkan api dendam yang telah pun terpateri di nadi sejarah kita.

Begitu juga hubungan kita dengan negara luar, negara jiran terutamanya. Perlulah amat baik & harmoni. Jangan ada di kalangan kita terlalu ego mencerca negara luar dengan isu yang boleh diselesaikan dengan rundingan & tolak ansur. Seperti isu terkini Manohara yang sekadar masalah keluarga kenapa perlu dipolitikkan. Jika kita terpengaruh dengan You-Tube memang ianya amat menggusarkan hubungan dua negara. Saya amat bersyukur negara kita pandai menangani isu remeh begini.

(Mungkin tidak ramai tahu yang dua orang penuntut Melayu juga menjadi mangsa bom tersebut. Seorang lagi terselamat.)

Jika tak silap saya ialah Cikgu Haji Abdul Razak Hamid yang telah mengajar saya Bahasa Jepun semasa di UiTM. Saya pernah mendengar temubualnya di TV. Memang satu yang misteri beliau boleh selamat dari ancaman maut bom atom ini.

Jika kita dapat menyedarkan dunia yang perang itu adalah satu jenayah sesungguhnya memang kita dapat tidur aman & taklah sampai saban hari kita melihat kekejaman & keganasan berlaku di muka bumi kita ini.

Tentunya Ayahanda sendiri percaya Pengganas dalam masyarakat Islam ujud pun natijah dari peperangan di mana mereka yang hilang moral, martabat & kefahaman diri sangguh melakukan kekejaman dengan menjadikan diri sebagai pejuang berani mati yang terkadang salah sasaran mengakibatkan orang tidak berdosa menjadi mangsa.

Hentikanlah peperangan & kegagasan ini.

Tat kelopak (Harum Aroma)

Tat kelopak





SELAIN nampak menarik kerana bentuknya seperti bunga, tat kelopak ini memang sedap. Jangan tunggu musim perayaan untuk membuatnya. Tidak seperti tat gulung atau dikenali juga sebagai Biskut Nastar, tat kelopak agak mudah dibuat.

Anda hanya perlukan acuan berbentuk bunga pecah enam. Ini bermakna, ia mempunyai enam kelopak di sekeliling. Jika acuan bunga pecah lapan, bermakna kelopaknya lebih kecil. Namun, anda perlu berhati-hati kerana kelopak begini mudah patah bila diubah dari papan pencanai ke dalam acuan.

Anda juga mesti sediakan tin patty yang mempunyai lubang-lubang kecil. Alas setiap satu dengan kertas atau mangkuk kek. Pilihlah yang sama saiz dengan lubang dan bercorak menarik. Dengan cara itu sahaja, tat akan terbentuk dengan elok.

Setiap kali membuat sebarang jenis tat, anda tentu mahukan inti yang enak. Inti akan menentukan sama ada tat anda sedap atau sebaliknya. Jika tidak mahu membeli yang sudah siap di kedai, anda perlu memilih buah nanas yang ranum dan manis. Namun begitu, pastikan ia tidak terlalu ranum.

Nanas yang terlalu masak mengandungi terlalu banyak air. Ini menyukarkan bila anda hendak memarutnya sendiri. Jika anda membuat dalam kuantiti yang banyak, bolehlah digunakan food processor dengan mata pisau pemarut yang sesuai. Kemudian, tapiskan air nanas. Ini untuk mengelakkan daripada memasaknya terlalu lama.

Kenapa sesetengah tat begitu rapuh sehingga ia cair di dalam mulut? Ini ada kaitan dengan jenis mentega yang anda gunakan. Mentega terbaik tentulah yang termahal. Ia diperbuat daripada krim atau lemak susu. Mentega tulen ini mudah cair atau lembik bila dibiar pada suhu bilik jika dibandingkan dengan mentega campuran.

Ada dua jenis mentega iaitu salted dan unsalted. Jenis salted mempunyai campuran garam dan lazimnya digunakan bila membuat pastri atau biskut. Manakala mentega unsalted yang lebih tawar sesuai untuk membuat kek. Namun kek tertentu masih memerlukan campuran garam untuk menaikkan rasanya.

Mentega campuran adalah kombinasi krim susu dengan minyak sayuran. Teksturnya tidak sehalus mentega tulen dan sukar untuk cair. Sesuai digunakan untuk membuat krim atau aising mentega. Ini kerana aising mentega perlu dipukul hingga gebu supaya ia ringan dan sedap dimakan.

Seperti membuat biskut atau tat lain, jangan pukul marjerin, mentega dan gula terlalu lama. Ini akan membuat biskut kembang dan tidak sempurna bentuknya. Memadai memukul dengan senduk kayu sahaja. Sebaik sahaja nampak sebati, terus masukkan bahan-bahan lain dan gaul perlahan.

Setelah memasukkan hampir semua bahan ayak, uli dengan tangan supaya menjadi doh. Jangan uli terlalu lama atau seperti membuat doh karipap. Haba dari tangan akan membuatkan doh tat menjadi berminyak dan menyukarkan bila anda hendak menerapnya.

Sesetengah orang memang mempunyai haba yang banyak di dalam badan dan mereka juga sukar bila membuat hiasan fondan pada kek. Ini kerana gula aising mudah berair bila mereka menyentuh atau mengulinya terlalu lama. Bagi mereka yang mempunyai masalah seperti ini, hendaklah mencelupkan tangan di dalam bekas berisi air ais. Kemudian lap dan mulakan proses menguli. Ia perlu dilakukan berulang kali sepanjang masa.

Alas papan pencanai dengan dua lapisan plastik supaya mudah untuk mencanai dan menerap. Jika ada doh yang terletak pada plastik semasa anda mengalihkannya ke tepi, ini bermakna doh anda agak lembik dan perlu dicampur dengan tepung. Jika doh melekat pada acuan, celupkan sedikit ke dalam tepung.

Harus diingat bahawa biskut mesti dibiarkan sejuk di atas redai sebelum disimpan. Ini akan memastikan ia tahan lama dan tidak lemau atau masuk angin. Jenis biskut yang mempunyai campuran kacang juga tidak boleh dicampur dengan biskut biasa tanpa kacang. Alaskan setiap lapisan tat dengan kertas kalis minyak supaya tidak melekat.

Berbohong secara kompulsif (Delima Merkah)


Apabila anak berbohong secara kerap ia adalah petanda awal masalah yang lebih serius.



KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.

Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.

Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'.

Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.

Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius.

Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku.

Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah.

Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian.

Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik.

Mengapa berbohong?

Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong secara kompulsif.

Takut

Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.

Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.

Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.

Tabiat

Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.

Meniru

Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.

Perlukah saya menghukum?


PERASAAN takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong.


Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.

1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.

2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.

3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"

Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.

nnn Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://webhome.idirect.com/~readon/lies.html.

Menjadi tumpuan pelancong Arab (Santai)

Sejak beroperasi pada tahun 2008, zoo yang memberi peluang kepada pengunjung untuk memegang dan melihat haiwan dengan lebih dekat itu telah menerima 1.2 juta kunjungan.



RIUH-RENDAH bahagian rimba dengan jeritan dan gelak ketawa kanak-kanak. Terpancar wajah gembira dan teruja pada wajah mereka tatkala melihat telatah seekor monyet albino yang begitu aktif.

Sesekali monyet berbulu putih itu mencapai barang dan melompat ke badan pengunjung. Sehinggakan lensa kamera jurufoto, Djohan Shahrin yang sedang asyik merakamkan aksinya turut hampir direntap.

Semuanya kembali tenang selepas ranjer zoo, Addy Zainuddin, 23, pantas menghalang dan mendukung kembali monyet itu daripada terus 'mengganggu' pengunjung.

Namun tidak sampai beberapa saat, pengunjung kembali ketawa melihat si cilik yang obses pada monyet albino tersebut. Kanak-kanak perempuan berbangsa Arab itu seboleh-bolehnya mahu merampas monyet yang berada dalam pelukan Addy.

Lagaknya seperti cukup geram dengan monyet yang comel, lincah dan mencuit hati.

"Saya suka dukung dan memeluknya kerana gayanya tidak ubah seperti anak patung. Walaupun ia aktif ke sana dan ke mari, saya tidak takut untuk mendekati, malah sempat bergambar bersama," kata Sara Mohammed Al-Saud, 8, dalam nada gembira.

Selepas bermesra dengan monyet, Sara berjalan pula ke sudut yang menempatkan sangkar ular albino. Bukan sekadar melihat dari luar, Sara sebaliknya meminta kepada ranjer Addy agar mengeluarkan ular berwarna kuning dan putih itu untuk diletakkan di bahunya.


ADDY bersama monyet albino di Zoo Sunway Lagoon.

Itulah situasi menarik yang berlaku di kawasan Rimba, Zoo Interaktif Hidupan Liar di Taman Tema Air Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor. Selain Bahagian Rimba, Pet Village, Aviary (burung), Nature Walk, Village atau Butterly juga meriah dengan kunjungan pelancong asing.

Sejak beroperasi pada tahun 2008, zoo yang memberi peluang kepada pengunjung untuk memegang dan melihat haiwan dengan lebih dekat itu telah menerima 1.2 juta kunjungan.

"Biarpun baru setahun beroperasi, sambutan pengunjung cukup memberangsangkan. Biasanya, zoo interaktif ini akan sesak pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

"Namun begitu dalam bulan ini, rata-ratanya ia dikunjungi oleh pengunjung dari Arab. Mereka merupakan kumpulan pengunjung terbesar yang mengagumi dan teruja melihat haiwan tersebut dari dekat," jelas Pegawai Perhubungan Awam Kanan Sunway, Loke Kah Peng, sambil mengajak beberapa orang kanak-kanak Arab memberi makanan kepada pelbagai spesies burung.


SEORANG pelancong dari Arab Saudi berpeluang mendekati dan memberi makan burung di Zoo Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor.

Berbicara tentang zoo, ada yang pasti mengeluh kerana hanya mampu melihat haiwan pada jarak lima hingga 10 meter. Itu pun dari luar pagar. Namun situasi tersebut jarang berlaku di zoo interaktif Sunway.

Dengan adanya pemantauan daripada 17 orang ranjer yang bertugas di sembilan bahagian, pengunjung berpeluang memegang, mencium dan memeluk haiwan kesukaan tanpa ragu-ragu.

Bagi mencipta kelainan dan keunikan, zoo interaktif seluas lapan hektar itu tidak menempatkan 150 spesies haiwan di dalam kandang. Sebaliknya ia dibiar bergerak bebas di dalam kawasan habitatnya.


HESSA AHMED ALI dari Dubai memberi makan arnab di Zoo Sunway Lagoon.


Antaranya arnab, ayam belanda, kambing, burung unta, kura-kura, monyet, kuda, kanggaru walabi, burung merak, burung kakak tua dan bermacam-macam lagi.

Jelas ranjer Addy yang berpengalaman lebih empat tahun dalam dunia pengurusan haiwan, pihak zoo sengaja membiarkan haiwan-haiwan jinak itu bebas berkeliaran. Dengan cara itu, pengunjung dapat 'berkenalan' dengan haiwan yang selama ini hanya dapat dilihat dalam majalah atau di kaca televisyen sahaja.


KOSTUM ala-Tarzan yang dipakai oleh kakitangan Sunway dapat dilihat di sekitar kawasan Zoo Sunway Lagoon.


Bagaimana sekiranya haiwan 'dipicit' atau dicekik pengunjung yang geram melihatnya? Menurutnya, sebab itulah setiap kawasan mempunyai ranjer yang bertugas. Ranjer akan memantau dan menasihati pengunjung sekiranya mereka didapati menyakiti fizikal haiwan tersebut.

"Selain itu, kumpulan ranjer akan terlebih dahulu memberi taklimat kepada pengunjung khususnya kanak-kanak, sebelum mereka melakukan sebarang aktiviti dan melawat persekitaran zoo. Mereka dinasihatkan supaya tidak memicit, mencabut bulu dan memberi makanan yang dibawa dari luar kepada haiwan.

"Ini kerana haiwan di sini mempunyai diet dan pemakanan tersendiri. Paling penting, pengunjung dilarang sama sekali memasukkan jari ke dalam kandang bagi mengelakkan masalah digigit haiwan," terang Addy lagi.

Sementara itu, Lama Mohammed, 15, yang berasal dari Arab Saudi tidak henti-henti memuji kreativiti dan konsep zoo interaktif Sunway.




Dia yang mengambil masa hampir tiga jam berada di dalam zoo, berkata, kunjungannya ke sini memberikan pengalaman manis yang sukar dinikmati di negara sendiri.

"Negara Arab juga terdapat beberapa buah zoo dan bermacam-macam jenis haiwan selain unta, tetapi konsepnya berlainan. Kami hanya dapat melihat haiwan dari luar kandang. Aktiviti bergambar pun tidak menyeronokkan kerana haiwan terlalu jauh.

"Namun di zoo interaktif ini, saya dan adik-beradik merasai pengalaman membelai, memeluk dan bergambar dengan haiwan kesukaan terutamanya kura-kura dan monyet.

"Bagi sesiapa yang takut cedera, usah khuatir kerana ranjer zoo akan mengajar cara yang betul untuk mendekati haiwan," kata Lama yang memuji tindakan pihak zoo meletakkan papan informasi haiwan di setiap kandang.

Kosmo!

Keluarga tak yakin lelaki ditembak Noordin (Ceritera)


DUA anggota polis mengawal seorang lelaki yang menutup kepala disyaki mempunyai kaitan dengan Noordin di sebuah pejabat polis di Jakarta semalam.


JAKARTA - Keluarga Noordin Mohammad Top yang berada di Johor tidak yakin lelaki yang mati ditembak polis Indonesia di sebuah rumah di Temanggung, Jawa Tengah pada 8 Ogos ialah Noordin, lelaki paling dikehendaki di Indonesia.

Setelah melihat foto yang disebar oleh pihak berkuasa, keluarga Noordin bertambah yakin bahawa lelaki yang mati ditembak selepas 17 jam dikepung itu bukan Noordin.

"Menurut keterangan dari keluarga, mereka yakin yang ia bukan gambar Noordin," kata Badarudin Ismail, lelaki yang dipetik oleh laman web detik.com sebagai jurucakap keluarga Noordin.

Katanya isteri Noordin, yang hanya dikenali sebagai Rahmah, yakin lelaki yang ditembak itu bukan suaminya kerana struktur wajahnya berbeza sama sekali dengan Noordin.

Sabtu lepas, polis Indonesia menembak mati seorang lelaki yang sehingga kini masih belum dapat dipastikan sekiranya dia adalah Noordin, lelaki paling dikehendaki di Indonesia kerana dikatakan menjadi dalang dan pakar bom yang disyaki terbabit dalam kejadian pengeboman Hotel JW Marriott dan Ritz Carlton di sini pada 17 Julai lepas.

Sementara itu sehingga malam ini polis belum mengeluarkan kenyataan mengenai sejauh mana proses pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) jenazah lelaki itu sudah dijalankan.

Laman web itu melaporkan yang polis akan membandingkan DNA jenazah lelaki yang mati ditembak itu dengan DNA dari air liur anak lelaki Noordin yang sudah diambil polis Indonesia di Johor baru-baru ini.

"Jika DNA jenazah dengan DNA air liur itu padan, nanti isteri dan ketiga-tiga anak Noordin akan ke Indonesia," kata Badarudin yang enggan menyatakan hubungannya dengan keluarga Noordin. - Bernama

5 lagi korban, catat 32 kematian (Ceritera)






KUALA LUMPUR - Wabak selesema b@bi (H1N1) yang semakin menular di negara ini meragut lima lagi nyawa semalam menjadikan angka korban pandemik itu meningkat kepada 32 orang.

Peningkatan kes terbaru itu menjadikan jumlahnya sudah mencecah sebanyak 1,983 kes dengan tambahan 203 kes yang kesemuanya adalah jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam satu kenyataannya semalam memberitahu, hanya satu daripada lima kematian itu berlaku kelmarin manakala selebihnya dicatatkan pada 5 Ogos dan 8 Ogos lalu.

"Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko," jelasnya.

Menurut Mohd. Ismail, pada masa kini seramai 67 pesakit sedang dirawat di hospital dan 15 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagi kes yang dirawat di ICU, enam daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penghidap penyakit kronik, tiga kes obesiti, seorang ibu yang baru bersalin dan seorang bayi.

Kosmo!

Selesema B@bi (Singgahsana)

iDAN berkata...

Keluarga saya terpaksa dikuarantin lantaran kealpaan pihak Ampang Puteri Specialist Hospital segera mengesan pesakitnya dijangkiti Selesema B@bi. Saya & isteri tidak menyangka yang rakan sekerja isteri saya dijangkiti penyakit Selesema B@bi lantaran setahu kami dia sakit asma biasa & darah tinggi lalu ditahan di wad. Maka isteri saya berbuallah tanpa memakai topeng (mask) lebih dari sejam. Saya sekadar melawatnya sebentar lantaran abg kandung saya memang sakit kronik menunggu di kereta. Sehari kemudian isteri saya panik kerana mendapat SMS dari rakannya yang dirawat di Ampang Puteri Specialist Hospital itu positif Selesema B@bi. Isteri saya terus berjumpa doktor panelnya & diarahkan berkuarantin selama seminggu.Tapi sayangnya isteri saya tak mengerti kuarantin itu bagaimana. Mungkin doktor pun tak menerangkan apakah langkah yang perlu diambil. Isteri saya selamba tak pakai topeng, rimas katanya... siap salam cium-cium anak lagi. Nahas betul!. Sdr Mazidul birus ini amat cepat merebak, semua anak saya mendapat demam, batuk & ada yang cirit-birit. Mengikut kekuatan antibody masing-masing. Maka itu saya meletakkan tanda @ di perkataan Babi bagi wabak Selesema B@bi ini di blog saya lantaran cepat amat birusnya membiak bagai e-mel layang merebak seantero dunia. Isunya kini kenapa Ampang Puteri Specialist Hospital tidak memandang serius wabak ini; saya perhatikan di hari tersebut ramai kalangan jururawatnya pun tidak memakai topeng. Malahan sampel darah telah pun diambil sehari sebelum kami melawat beliau. Apakah ianya mengambil masa yang panjang untuk mengesahkan pesakit diserang Selesema B@bi ini. Untuk pengetahuan Sdr Mazidul Pusat Kesihatan UPM (PKupm) telah lebih dari sebulan mewajibkan setiap pengunjung ke PKupm memakai topeng. Termasuklah staf, doktor & jururawat mereka memakai topeng. Topeng percuma tersedia di pintu utama PKupm. Saya memang pesakit kronik sentiasa menerima rawatan terapi & berulang alik ke sana. Kerajaan seharusnya mengorban sikit duit@harta negara agar memastikan semua pengunjung hospital yang ada pesakit Selesema B@bi ini memakai topeng. Sementelah setiap negeri ada hospital tertentu sahaja yang merawat pesakit ini. Sememangnya pesakit ini perlu diasingkan selagi vaksin dari WHO belum kita terima. Nasihat saya pada semua belilah topeng sendiri yang lebih kedap & selamat jika berkunjung ke klinik atau hospital swasta. Sebab memang di sana tumpuan pesakit Selesema B@bi ini berkunjung sebelum sahih & positif mereka dijangkiti.

Selasa, 2009 Ogos 11 09:13:00 MYT

Respon dalam Blog Mazidul

Selsema B@bi


Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema b@bi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia? Apakah ini epedimik selesema global yang telah lama dijangka dan dibimbangi oleh pakar-pakar kesihatan awam? Apakah ini virus pemusnah yang akan membunuh jutaan manusia di seluruh dunia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968? Jawapan pendek ialah masih terlalu awal untuk mengesahkannya. "Apa yang menjadikan keadaan sekarang agak sulit ialah kita mungkin berada di antara krisis kesihatan yang paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi. ''Atau satu permulaan kepada pandemik influenza yang sangat dahsyat,'' kata Michael Osterholm, seorang pakar mengenai wabak selesema global yang terkenal dari Universiti Minnesota. "Kita tidak tahu menahu pada masa ini di manakah kita berada. Inilah masalahnya,'' ujar beliau. Pegawai-pegawai kesihatan mahu mengambil setiap langkah untuk menghalang wabak ini daripada membunuh berjuta-juta orang. Menelaah influenza dikatakan satu bentuk ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat (AS) pernah meramal salah pada 1976 mengenai pandemik selesema b@bi yang tidak wujud pun. Kes pada 1976, bermula dengan tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey yang didapati jatuh sakit akibat satu bentuk selesema b@bi yang luar biasa. Pegawai-pegawai persekutuan memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat Amerika tetapi pandemik itu tidak berlaku. Sehingga ke hari ini, pegawai kesihatan tidak tahu mengapa dan bagaimana virus 1976 itu berhenti dengan sendirinya. ''Pengajaran pertama ialah sesiapa sahaja yang cuba membuat telahan mengenai influenza sering tidak menjadi,'' kata Dr. Richard Wenzel, bekas presiden Persatuan Antarabangsa Mengenai Penyakit Berjangkit. Namun para pegawai kesihatan telah diminta membuat ramalan apabila panik muka memuncak pada hujung minggu lalu. Pusat merebaknya wabak tersebut ialah Mexico, di mana virus itu dikatakan menjadi punca kepada kematian 86 orang daripada anggaran 1,400 kes di seluruh negara itu sejak 13 April. Sekolah-sekolah ditutup, upacara di gereja dibatalkan dan Presiden Mexico, Felipe Calderon memperkenalkan kuasa-kuasa khas untuk melaksanakan perintah kuarantin terhadap mereka yang dijangkiti virus tersebut. Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, pakar-pakar menumpukan perhatian kepada satu bentuk selesema burung yang pertama kali meletus di Asia yang telah membunuh lebih 250 orang di seluruh dunia sejak 2003. Pegawai kesihatan di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan ia menjadi wabak global tetapi sehingga kini virus itu belum mempunyai keupayaan untuk berjangkit dengan mudah dari seorang manusia ke seorang manusia yang lain. - AP

BABI LUBUK VIRUS

Oleh Nurul Adlina Kamaludin, Rohaniza Idris dan Hafizah Iszahanid bminggu@bharian.com.my Selesema b@bi dijangka cetuskan semula wabak yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968 serta menyebabkan jutaan penduduk dunia mati

TEMPOH lebih seminggu lalu mencatat titik hitam sejarah peradaban manusia moden yang biarpun dikelilingi pelbagai peralatan serba canggih tetapi terpaksa akur dengan ancaman virus ‘ganas’ haiwan dan terbaru, selesema b@bi.

Ketika dunia terus bergelut dengan ancaman selesema burung yang belum berkesudahan, kemunculan semula wabak yang pernah menggemparkan Amerika Syarikat pada 1976, dikesan seawal 13 April lalu di Mexico, jiran terdekatnya.

Dalam tempoh itu, lebih 1,000 kes dilaporkan di sekurang-kurangnya sembilan negara dengan lebih 100 kematian setakat ini.

Selesema b@bi atau jenis baru virus H1N1 yang menggabungkan genetik babi, manusia dan burung bukan setakat mendatangkan gejala seperti demam dan dijangkiti menerusi sentuhan langsung dengan babi selain tersebar dari manusia kepada manusia, namun boleh menyebabkan maut.

Berbanding haiwan lain, babi diketahui sebagai ‘lubuk’ pengeraman virus influenza dan boleh dijangkiti lebih daripada satu virus daripada spesies berbeza. Bahayanya, virus utama membabitkan babi sukar dikenal pasti kerana sistem imun atau daya tahan tubuhnya yang menyebabkan jangkitan serius dan mudah tersebar. Pekerja di Los Angeles membawa sepanduk menggesa kerajaan memberi perlindungan keluarga berikutan penularan wabak selesema b@bi.

Apa yang membimbangkan, selesema b@bi bukan sekadar wabak bermusim, tetapi diramalkan pakar sebagai pandemik atau wabak besar-besaran di seluruh dunia.

Buktinya, kematian ramai di Mexico, negara pertama dan disyaki ‘pusat’ penularan wabak itu dan seterusnya merebak ke negara termasuk yang berstatus negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Britain, Kanada, New Zealand, Israel dan Sepanyol.

Ancamannya itu memaksa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menaikkan aras amaran ke tahap lima, Khamis lalu – cuma satu aras di belakang tahap teratas amaran pandemik, sekali gus memberi isyarat jelas bahawa selesema b@bi itu mungkin melarat kepada pandemik.

“Semua aspek kemanusiaan bakal terancam ketika berlaku pandemik,” kata Pengarah WHO, Margaret Chan di Geneva.

Kenyataannya berserta langkah sewajarnya yang diambil kerajaan di hampir semua negara dunia bagi mengatasi penularan penyakit, mencetuskan persoalan mungkinkah selesema b@bi ini bakal melenyapkan manusia.

Apakah benar andaian ini? Apakah ia mampu mencetuskan wabak selesema di seluruh dunia seperti pernah berlaku pada 1918, 1957 dan 1968 yang turut dicetuskan haiwan? Pada 1918 misalnya, pandemik Selesema Sepanyol meragut lebih 50 juta nyawa yang disifatkan kes terburuk dalam era sejarah moden. Kira-kira 39 tahun kemudian atau 1957, wabak Selesema Asia meragut empat juta nyawa hasil jangkitan daripada itik liar di selatan China yang menular ke Singapura, Hong Kong dan Amerika pada tahun sama. Sebelas tahun kemudian, wabak Selesema Hong Kong meragut lebih sejuta nyawa.

Jika dilihat, pandemik yang berasal dari perkataan Greek ‘pan’ merujuk semua dan ‘demos’ atau rakyat, diukur berdasarkan bilangan mereka yang terjejas serta fakta ia boleh menjangkiti mereka yang sihat, selain kumpulan berisiko seperti warga tua.

Andaian kemungkinan selesema b@bi mampu melenyapkan manusia dilontarkan seorang pakar wabak selesema global yang terkenal dari Universiti Minnesota, Amerika, Michael Osterholm.

Kebimbangannya itu disuarakan menerusi kenyataan yang dipetik kebanyakan media utama dunia: “Apa yang sukar sekarang ialah kita mungkin berdepan krisis kesihatan paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi.

“Atau ia mungkin menjadi permulaan kepada pandemik influenza yang amat dahsyat. Buat masa ini, kita tidak mengetahui kedudukan sebenar. Inilah yang menjadi masalahnya.”

Jika dilihat, wabak selesema b@bi bukannya baru. Ia pernah muncul pada 1976 di New Jersey, Amerika Syarikat apabila 500 askar disahkan menghidapnya. Program pembasmian diarahkan, tetapi akhirnya dihentikan selepas vaksin yang diberikan sebaliknya meninggalkan kesan sampingan yang jauh lebih buruk dan membahayakan daripada ancaman selesema b@bi.

Kini, 33 tahun kemudian, ia muncul lagi dengan profil mangsanya termasuk anak kecil dan warga tua. Kemunculannya itu turut menjadikan sekurang-kurangnya tiga pandemik meletus dalam tempoh seabad lalu dan menular dalam tempoh beberapa bulan ke sebahagian besar dunia.

Tidak hairanlah, kemunculan terbaru selesema b@bi ini disifatkan pakar WHO sebagai tidak boleh dielak dan ketara. Malah menurut WHO, pandemik itu boleh muncul menerusi beberapa kitaran pada jarak beberapa bulan.

Kemunculan selesema b@bi itu turut meletakkannya sebaris ancaman selesema burung, Sindrom Pernafasan Yang Teruk (Sars) dan Ebola. Selesema burung misalnya, biarpun muncul pada 1997, tetapi terus mengancam manusia yang bersentuhan atau terdedah kepada ayam serta unggas dijangkiti virus H5N1. Setakat ini, ia meragut 257 nyawa dengan 421 orang dijangkiti di 14 negara.

Sars pula yang menyebabkan sindrom pernafasan yang boleh membawa maut, mencetuskan panik apabila mula dikesan pada 2002 dan menular ke 37 negara dengan 774 kematian daripada 8,000 kes. Ia kemudian ’senyap’ dan tiada satu pun kes dicatatkan pada 2005.

Ebola pula yang menyebabkan pendarahan dalaman dan luaran yang serius, dikatakan pakar boleh tersebar menerusi udara tetapi kes jangkitan itu setakat ini menerusi cecair.

Banyak kerja sebenarnya yang perlu dibuat andai selesema b@bi ini menular kepada wabak besar-besaran termasuk melaksanakan kuarantin mandatori, pemberian ubat dan sekatan perjalanan keluar masuk menerusi pintu sempadan negara yang sudah pasti mencetuskan panik.

Apa yang pasti, setakat ini, selesema b@bi masih dalam lingkungan menyaingi ancaman Sars, selesema burung dan Ebola. Hanya masa menentukan sama ada ia setanding pandemik Selesema Sepanyol, Selesema Asia dan Hong Kong biarpun ramai yang berharap biarlah ia menjadi ancaman sementara.

INFO: Tahap Amaran Pandemik Selesema B@bi

* Tahap 1 – Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan tidak menjangkiti manusia.

* Tahap 2 – Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan menjangkiti manusia.

* Tahap 3 – Tiada penularan atau penularan virus selesema yang terhad antara manusia ke manusia tetapi tidak menyebabkan wabak dalam komuniti.

* Tahap 4 – Berlaku penularan virus selesema antara manusia kepada manusia serta boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti.

* Tahap 5 – Berlaku penularan virus selesema antara manusia kepada manusia di sekurang-kurangnya dua negara dalam satu rantau WHO dan memberi `isyarat kuat’ bahawa pandemik pasti berlaku.

* Tahap 6 – Fasa pandemik yang menunjukkan wabak menular ke seluruh dunia.

Sejarah pandemik demam selesema

* Wabak Peloponnesian – 30,000 maut

Seramai 30,000 penduduk Athens mati pada 430 Sebelum Masihi ketika peperangan Peloponnesia antara penduduk Athens dengan Sparta. Selain pening, gejala lain seperti ruam kulit, demam, batuk darah, sakit perut, muntah dan dahaga yang teruk hinggakan ada yang terjun ke dalam perigi.

* Wabak Antonine Plague – Lima juta mati

Wabak sempena nama Maharaja Rom, Marcus Aurelius Antoninus yang mati pada 180 Selepas Masihi. Wabak ini dibawa ke Rom oleh tentera yang pulang daripada berperang dari Mesopotamia. Ia merebak ke benua kecil Asia, Mesir, Greek dan seluruh empayar Rom dan meragut lima juta nyawa dalam masa 15 tahun.

* Wabak Justinian Plague Kira-kira 25 juta hingga 100 juta kematian

Namanya sempena Maharaja Byzantine, Justinian dan wabak ini dipercayai berasal sama ada di wilayah Asia Tengah atau Ethiopia (Habsyah). Ia menjadi kes pertama wabak bubonik dicatatkan dan berlaku selama 50 tahun yang meragut 25 juta hingga 100 juta nyawa. Perdagangan dunia turut lumpuh.

* Wabak ‘Black Death’ – 25 juta kematian

Ia melanda pada zaman pertengahan Eropah dari akhir 1347 hinggalah awal 1351. Ia dikatakan disebarkan oleh kutu dan tikus. Mangsa lazimnya mati dalam kesakitan dalam masa lima hari selepas dijangkiti kuman itu.

* Wabak Selesema Sepanyol – Lebih 50 juta kematian

Ia berlaku pada 1918 dan menjadi kes terburuk pernah berlaku dalam era sejarah moden dan disebabkan sejenis virus selesema H1N1 dijangkiti kira-kira 40 peratus jumlah penduduk dunia ketika itu. Ia meragut lebih 50 juta kematian, majoritinya mereka golongan muda.

* Wabak Selesema Asia – Empat juta maut

Berlaku pada 1957, membabitkan itik liar di Guizhou, selatan China dan melalui proses mutasi dengan jenis virus manusia. Menular ke Singapura pada Februari 1957, Hong Kong pada April dan Amerika Syarikat pada Jun tahun sama. Jangkitan paling ramai di kalangan pelajar sekolah, golongan muda, wanita hamil serta orang tua yang mencatatkan kumpulan paling ramai mati.

* Wabak Selesema Hong Kong – Sejuta maut

Dikesan pada 1968, kes pertama dikesan di Hong Kong yang disebabkan jenis virus dikenali H3N2 yang meragut sejuta nyawa di seluruh dunia. Ia kembali pada pada 1970 dan 1972. Mangsa berusia 65 tahun ke atas paling ramai mati.

* Sindrom Pernafasan Yang Teruk (Sars) – 800 kematian

Dikesan di Guangdong, selatan China pada 2002 tetapi menjadi tumpuan ramai pada Februari 2003 selepas kematian seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat dalam pesawat pulang dari Shanghai. Virusnya mudah tersebar secara pantas ke Kanada, Amerika dan beberapa negara Asia. Daripada 8,096 kes, 774 kematian dilaporkan.

* Selesema Burung

Ada banyak jenis selesema burung. Jenis paling bahaya H5 dan H7 sering menyebabkan kematian unggas dan jenis yang paling dibimbangkan adalah H5N1. Ia hanya diketahui menyerang unggas sehinggalah kes pertama jangkitan manusia dikesan di Hong Kong pada 1997. Data WHO menunjukkan 256 maut di seluruh dunia sejak 2003 dan saintis turut memantau perkembangannya kerana bimbang mutasi berlaku dan boleh dijangkiti berjuta-juta penduduk dunia.

* Demam Selesema – Meragut 250,000 – 500,000 kematian setiap tahun

Tersebar ke seluruh dunia setiap tahun dan memuncak ketika musim sejuk. Pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan pemberian suntikan vaksin, khususnya kepada kanak-kanak dan warga tua. Amalan kerap membasuh tangan dan sentiasa sihat, menjadi perlindungan terbaik.

sumber: http://www.bharian.com.my

Kaji semula vaksin haji Oleh SHAWKATH AZDE dan NOR SHAFAWATI YUP berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah mahu kerajaan lebih bertegas dan bersikap telus bagi memastikan vaksin meningitis yang disuntik kepada jemaah haji dan umrah di negara ini tidak menimbulkan sebarang keraguan. “Walaupun ia dikatakan halal sebelum ini, namun masih timbul persoalan di kalangan para jemaah terbabit sama ada kandungan vaksin berkenaan halal atau tidak. “Isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ia melibatkan ribuan jemaah haji dan umrah di negara ini saban tahun. Jika ia halal tidak mengapa namun jika tidak, kerajaan perlu mencari alternatif lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai status suntikan vaksin meningitis di Malaysia yang menimbulkan keraguan ramai terutama selepas Majlis Ulama Indonesia mahu pemerintah di republik itu mengharamkannya semalam. Dalam nada yang sama, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga mahu kerajaan mengadakan ujian pemeriksaan terhadap kandungan vaksin meningitis yang wajib diambil oleh jemaah haji di negara ini sebelum mereka menunaikan rukun Islam kelima di Arab Saudi. Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma’amor Osman berkata, ujian sampel yang digunakan itu perlu dilakukan bagi mengetahui sama ada vaksin tersebut mengandungi enzim babi. “Jika kewujudannya ada, saya menggesa supaya dikeluarkan fatwa untuk mengharamkannya. Saya menggesa pihak berkenaan supaya mengambil sampel semua suntikan untuk diuji akan kewujudan sebarang enzim babi,” katanya. Kosmo! Online - Negara Majlis Ulama Indonesia haramkan vaksin meningitis JAKARTA – Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan bahawa vaksin meningitis untuk jemaah haji haram kerana mengandungi enzim babi, lapor akhbar Batam Pos semalam. Menurut Ketua Fatwa MUI, Maruf Amin, keputusan itu dibuat selepas badan agama itu membuat pertimbangan dan analisis berhubung vaksin tersebut. ????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/isu-semasa-malaysia/14556-vaksin-haji-dicemari-najis-%2A%2A%2A%2A.html “Namun keterangan yang paling kuat adalah daripada Jabatan Kesihatan yang menegaskan bahawa vaksin itu mengandungi babi,” ujarnya ketika ditemui pemberita di pejabatnya kelmarin. Berikutan keputusan pengharaman itu, Maruf memberitahu, rancangan MUI untuk melawat Belgium bagi melihat proses pembuatan vaksin tersebut dibatalkan. “Tidak ada lagi yang perlu dibuktikan. Justeru, kami batalkan hasrat untuk pergi ke Belgium,” katanya. MUI sebelum ini menyuarakan keraguan berhubung kenyataan Badan Pengawas Ubat-Ubatan dan Makanan yang menjelaskan bahawa tidak ada kandungan babi dalam vaksin itu. Badan itu menyatakan penggunaan enzim babi hanya digunakan untuk satu proses pemisahan bahan vaksin. “Tidak mungkin tidak mengandungi babi kalau terdapat penggunaan enzim babi,” kata Ketua MUI, KH Amidhan. Bagaimanapun, Amidhan memberitahu, penggunaan produk haram vaksin meningitis masih dibolehkan dalam keadaan darurat.
Malaysia Pernah Fatwakan Vaksin Babi Haram PDF Cetak E-mail
Jumat, 12 Juni 2009 07:00
Jakarta (MCH). Majelis Fatwa Kebangsaan Malaysia pernah memutuskan hanya vaksin meningococcal meningitis (ACYW 135) bermerek dagang Mencevax yang diimport dari Belgia yang boleh dipakai oleh umat Islam yang hendak menunaikan ibadah haji dan umrah. Menurut kajian itu, Mencevax tidak mengandungi lemak babi dan bahan sumber hewani, kecuali laktosa dari susu lembu, lemak dan jantung lembu. Sementara vaksin ACYW 135 dengan merek dagang Monumune yang diimpor dari Amerika Syarikat haram digunakan umat Islam kerana mengandung asid amino dari lembu, babi dan itik (kologen). Demikian hasil Muzakarah Majelis Fatwa Kebangsaan yang khusus membicarakan isu penggunaan vaksin ACYW 135 yang mengandungi lemak babi, seperti dikutip Berita Harian, Malaysia, Sabtu, 30 November 2002. Menurut Datuk Dr. Ismail Ibrahim, pimpinan majelis ini, keputusan ini diambil setelah mendengar pengumuman dari Bagian Kawalan Penyakit dan Bagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengharaman atas penggunaan ACYW bemerek Monumune dibuat karena umat Islam mempunyai pilihan antara yang mengandung sumber dari babi atau yang tidak langsung. “Penggunaan vaksin ACYW 135 bermerek Mencevax ini harus, bukannya halal. Ini karena ada juga maklumat tidak berapa jelas mengenai sumber lembu yang digunakan, apakah disembelih atau tidak. Bagaimanapun, karena hanya ada dua merek yang didaftar dan ada di pasaran, maka merek yang tidak langsung menggunakan sumber babi, Mencevax yang dipakai,” katanya dalam Jumpa Pers saat itu. Seperti diketahui, Kerajaan Arab Saudi mewajibkan suntikan vaksin ACYW 135 kepada semua jemaah haji dan umrah sejak terjadi kasus meningitis pada musim haji 1987. Penyakit yang berasal dari Afrika Utara ini disebabkan kuman neisseria meningitidis yang mengakibatkan radang pada selaput otak dan saraf tunjang. Kasus yang menimpa jemaah haji Malaysia hanya 50 orang pertahun. Penyakit itu berjangkit melalui titisan mulut dan hidung dan bisa mengakibatkan kematian. Tanda jangkit penyakit ini antara lain demam tinggi, lemah, sakit kepala dan tengkuk. Datuk Ismail beharap negara-negara Islam bisa memproduksi vaksin itu yang bebas kandungan yang diharamkan agama. (Musthafa Helmy)

17 Jun - Vaksin Dipertikai

17 Jun - Vaksin Dipertikai JAKARTA: Kenyataan kementerian kesihatan yang menafikan hak Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengisytiharkan vaksin anti-meningitis untuk jemaah haji sebagai haram mencetuskan kegelisahan di kalangan penduduk Islam.

"Menteri tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian," kata pengerusi MUI sebagai maklum balas terhadap kenyataan kementerian itu berhubung pendapat MUI vaksin anti-meningitis adalah haram kerana berdasarkan laporan vaksin itu mengandungi enzim babi.

Menteri Kesihatan, Siti Fadilah Supari, berkata pada satu mesyuarat dengan pertubuhan wanita Islam di Yogyakarta minggu lalu, MUI mungkin berhak menentukan sama ada enzim babi adalah halal atau haram, tetapi berhubung

vaksin terbabit institusi yang mempunyai hak dan berkebolehan untuk menilai kandungannya hanyalah kementerian.

Bagaimanapun, dilaporkan MUI menerima maklumat terperinci berhubung kandungan enzim babi dalam vaksin anti-meningitis daripada kementerian kesihatan, terutama Majlis Penasihat Kesihatan dan Hal Ehwal Agama (MPKS).

Amidhan berkata MUI mempunyai maklumat dari MPKS yang mengadakan mesyuarat dengan pengeluar vaksin anti-meningitis. Difahamkan hasil keputusan pertemuan antara MPKS dan pengeluar vaksin Glaxo Smith Kline (GSK), bahawa vaksin itu mengandungi enzim babi.

Pengeluar malah mengakui vaksin anti-meningitis mengandungi enzim babi.

"Sebab itulah mengapa kami katakan bahawa vaksin itu haram," kata pengerusi MUI. MUI menghantar satu surat kepada kerajaan Arab Saudi berkaitan syarat kepada jemaah untuk mendapat vaksin anti-meningitis. Majlis pengelola Islam tertinggi mengambil langkah itu kerana semua pihak terbabit dalam organisasi jemaah haji di negara itu bersetuju bahawa vaksin terbabit mengandungi campuran babi.

KKM sahkan ACYW135 halal KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengesahkan vaksin Meningococcal Quadrivalen (ACYW135) adalah halal kerana ia tidak mengandungi unsur-unsur dari sumber babi atau lembu dalam penyediaannya. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya kepada Kosmo! menjelaskan, pelalian itu adalah untuk mencegah jangkitan meningococcal meningitis. "Ia diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai syarat pengeluaran visa haji dan umrah,'' katanya. Mohd. Ismail seterusnya menambah, suntikan vaksin itu boleh diperoleh di klinik kesihatan kerajaan secara percuma untuk jemaah haji melalui temu janji dan ia hanya perlu diberikan sekali dalam setiap tiga tahun. Kenyataannya itu dikeluarkan ekoran laporan akhbar Batam Pos baru-baru ini mengenai keputusan Majlis Ulama Indonesia mengharamkan vaksin meningococcal meningitis kepada jemaah haji negara tersebut kerana mengandungi enzim babi. ????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/showthread.php?t=14556 Ia kemudian mendorong beberapa pakar agama di negara ini meminta pihak berkuasa menyemak semua status suntikan vaksin untuk jemaah haji dan umrah kerana dikhuatiri turut menggunakan sumber haram. sepaku.net
Vaksin Haji di Malaysia Dijamin tidak Mengandung Babi Buat halaman ini dalam format PDF Cetak halaman ini

KESRA-- 11 JUNI: Pemerintah Malaysia menjamin penuh bahwa suntikan vaksin meningitis yang disuntikkan untuk jemaah umrah dan haji di negara itu tak mengandung babi dan tak berkaitan dengan babi.

Hal ini dikemukakan Wakil Menteri Kesehatan Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang dikutip harian Utusan Malaysia edisi Rabu, (10 Juni).

Menurut Rosnah, vaksin yang dihebohkan di Indonesia tidak terjadi di Malaysia. Vaksin meningitis yang diberikan kepada jemaah haji dan umrah yang dilakukan di Malaysia telah diuji dan melalui proses penelitian terlebih dahulu dan ternyata tidak menimbulkan masalah hingga kini. "Jadi, ini bukan merupakan isu di negara ini. Justeru rakyat Malaysia tidak perlu meragui mengenai kandungan yang terdapat pada vaksin berkenaan. Kita juga akan meneruskan pelaksanaan suntikan itu karena ia tidak mendatangkan masalah kepada kita,” kata Rosnah. Seperti diketahui, Senin, 8 Juni lalu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) meminta Kerajaan Arab Saudi menggugurkan syarat yang mewajibkan semua jemaah haji dan umrah menerima suntikan vaksin meningitis kerana vaksin itu dikatakan mengandungi enzim babi. Menurut Rosnah, isu kandungan unsur babi dalam vaksin meningitis timbul disebabkan keraguan pihak tertentu terhadap penggunaan vaksin tersebut. Setiap negara mempunyai kebijakan dan pelaksanaan yang berbeda mengenai pemberian suntikan vaksin tersebut. Lembaga Tabung Haji merupakan pihak yang mengeluarkan vaksin itu. (ro/hr)

www.menkokesra.go.id

10 Ogos 2009

AnakBunga80 (Delima Merkah)

Sedar tak sedar telah pun lebih setahun April 08 Arwah Firwan meninggalkan kita aku teringat akan fotopages yang mana isteri arwah rajin kemaskinikan. Ianya masih boleh diakses & banyak gambar-gambar baru cahayamata arwah.

Seperkara yang aku harapkan adalah janji UPM yang mahukan Erna isteri arwah mendapat jawatan tetap telah pun terlaksana. Kalau pun tidak menjadi Pegawai Sains boleh sahaja diseapakan menjadi Pembantu Pengajar demi jaminan masa depan cahayamata Arwah Firwan. Perkara sebegini janganlah ditangguh-tangguhkan. Takutnya bagai kes isterinya Meor, telah tamat belajar, telah konvo & ada ijazah tidak dinaikkan sebagai anjakan, pangkat, gaji atau sebagainya. Tau-tau meninggal dunia lantaran sakit mengejut. Bagi yang tak fikirkan kebajikan stafnya memang tak terasa apa pun. Tapi bagiku aku rasa amat terkilan.

Bukanlah aku dengki atau mengungkit. Pegawai atasan, sebagai contoh Pensyarah. Memang kalangan mereka yang aku rapat, siap sahaja masternya terus dapat tangga gaji baru. Siap saja PhDnya terus dapat anjakan ganjarannya.

Seharusnya mereka yang di aras bawahan sedemikianlah juga kebajikannya. Kebajikan kerja janganlah dibeda-bedakan. Ada buruh yang memegang ijazah pun masih diabaikan.

Aku masih teringat akan Arwah Fuzan, anak-anaknya tinggal menjadi yatim piatu. Masa itu aku AJK KSS, barulah organisasiku sibuk nak buat tabung anak yatim perbagai. Semasa arwah Fuzan masih hidup tak terfikir pun mahu naikkan pangkat dia lantaran dia memang layak dinaikkan taraf jawatan, ada kemahiran ada pula kelulusan MLVK. Dibiarkan dia menjadi buruh hingga ke liang lahat.

Samalah ceriteranya aku sampai mengadu kepada Pak LaH mantan PM kita. Aku tak sanggup melihat ramai Budak Pejabat atau Peon di UPM yang sudah pangkat Atok. Aku mahu melihat mereka dinaikkan jadi Pembantu Tadbir Rendah. (Dulu Kerani Rendah). Apa yang UPM buat, terbaru aku dengar UPM sekadar mahu memikirkan nak naikkan ke tangga gaji N4. Cuba semak betul-betul berapa imbuhan N1 ke N4 itu. Umur 40an sudah cakar dinding gaji Peon yang terdera ini. Masih tak faham-faham. Yang pelik kesatuan pekerja main angguk-angguk sahajakah dalam menangani isu ini.

Harap-harap Erna & cahayamata Arwah Firwan telah pun terbela nasibnya.

anakbunga80.fotopages.com

Asam Pedas Bertam Ulu (Harum Aroma)

Kiriman: Syahila
Sumber: Noriah Salim, Kg. Bertam Ulu, Melaka.


Bahan-Bahan: 1 cawan minyak masak
1 ekor ikan patin sederhana besar
2 helai daun limau purut
Garam dan sedikit gula

Bahan A:-

1 ½ sudu teh jintan putih
2 ½ sudu teh jintan manis

Bahan B:-

6 biji bawang merah }
2 ulas bawang putih }
3 cm halia } dikisar
7 cm kunyit hidup }
3 cm belacan }
2 cm lengkuas }

Bahan C:-

30 tangkai cili kering }dikisar
2 batang serai

Bahan D:-

1 mangkuk sederhana besar air asam jawa
Air secukupnya

Bahan E:-

2 kuntum bunga kantan
Daun kesum secukupnya

Cara:

1. Panaskan minyak. Setelah itu, masukkan halba diikuti Bahan A. Setelah naik bau, masukkan Bahan B.

2. Setelah bahan B kelihatan agak garing, masukkan Bahan C beserta serai. Biarkan cili agak pecah minyak, baru dimasukkan Bahan D dan Bahan E. Biar menggelegak.

3. Kemudian bolehlah dimasukkan ikan patin, garam dan sedikit gula. Apabila ikan masak, tutupkan api dan akhir sekali terus dimasukkan daun limau purut yg telah disiat-siat sedikit.

Cadangan Hidangan:

Untuk hidangan 4 orang

Tambahan:

Apabila menumis rempah, jangan tunggu sehingga bahan tersebut hangus.

Mesra.net

WS Rendra 2 (Sastera)

Puisi indah dari Rendra

Sering kali aku berkata, ketika orang memuji milikku,
bahwa sesungguhnya ini hanya titipan,
bahwa mobilku hanya titipan-Nya,
bahwa rumahku hanya titipan-Nya,
bahwa hartaku hanya titipan-Nya,
bahwa putraku hanya titipan-Nya,
tetapi, mengapa aku tak pernah bertanya,

Mengapa Dia menitipkan padaku?
Untuk apa Dia menitipkan ini pada ku?
Dan kalau bukan milikku, apa yang harus kulakukan untuk milik-Nya ini?
Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milikku?
Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh-Nya ?

Ketika diminta kembali, kusebut itu sebagai musibah,
kusebut itu sebagai ujian, kusebut itu sebagai petaka,
kusebut dengan panggilan apa saja untuk melukiskan bahwa itu adalah derita.

Ketika aku berdoa, kuminta titipan yang cocok dengan hawa nafsuku,
aku ingin lebih banyak harta,
ingin lebih banyak mobil,
lebih banyak rumah,
lebih banyak popularitas,
dan kutolak sakit, kutolak kemiskinan,
Seolah semua "derita" adalah hukuman bagiku.
Seolah keadilan dan kasih-Nya harus berjalan seperti matematika :
aku rajin beribadah, maka selayaknyalah derita menjauh dariku, dan
Nikmat dunia kerap menghampiriku.

Kuperlakukan Dia seolah mitra dagang, dan bukan Kekasih.
Kuminta Dia membalas "perlakuan baikku", dan menolak keputusan-Nya yang tak sesuai keinginanku,

Gusti, padahal tiap hari kuucapkan, hidup dan matiku hanyalah untuk beribadah...
"ketika langit dan bumi bersatu, bencana dan keberuntungan sama saja"

(WS Rendra).

Sajak Sebatang Lisong

menghisap sebatang lisong
melihat Indonesia Raya
mendengar 130 juta rakyat
dan di langit
dua tiga cukung mengangkang
berak di atas kepala mereka

matahari terbit
fajar tiba
dan aku melihat delapan juta kanak - kanak
tanpa pendidikan

aku bertanya
tetapi pertanyaan - pertanyaanku
membentur meja kekuasaan yang macet
dan papantulis - papantulis para pendidik
yang terlepas dari persoalan kehidupan

delapan juta kanak - kanak
menghadapi satu jalan panjang
tanpa pilihan
tanpa pepohonan
tanpa dangau persinggahan
tanpa ada bayangan ujungnya
..........................

menghisap udara
yang disemprot deodorant
aku melihat sarjana - sarjana menganggur
berpeluh di jalan raya
aku melihat wanita bunting
antri uang pensiunan

dan di langit
para teknokrat berkata :

bahwa bangsa kita adalah malas
bahwa bangsa mesti dibangun
mesti di up-grade
disesuaikan dengan teknologi yang diimport

gunung - gunung menjulang
langit pesta warna di dalam senjakala
dan aku melihat
protes - protes yang terpendam
terhimpit di bawah tilam

aku bertanya
tetapi pertanyaanku
membentur jidat penyair - penyair salon
yang bersajak tentang anggur dan rembulan
sementara ketidak adilan terjadi di sampingnya
dan delapan juta kanak - kanak tanpa pendidikan
termangu - mangu di kaki dewi kesenian

bunga - bunga bangsa tahun depan
berkunang - kunang pandang matanya
di bawah iklan berlampu neon
berjuta - juta harapan ibu dan bapak
menjadi gemalau suara yang kacau
menjadi karang di bawah muka samodra
.................................

kita mesti berhenti membeli rumus - rumus asing
diktat - diktat hanya boleh memberi metode
tetapi kita sendiri mesti merumuskan keadaan
kita mesti keluar ke jalan raya
keluar ke desa - desa
mencatat sendiri semua gejala
dan menghayati persoalan yang nyata

inilah sajakku
pamplet masa darurat
apakah artinya kesenian
bila terpisah dari derita lingkungan
apakah artinya berpikir
bila terpisah dari masalah kehidupan

WS RENDRA
( itb bandung - 19 agustus 1978 )

Puisi WS Rendra (Sastera)

Surat Cinta

Kutulis surat ini
kala hujan gerimis
bagai bunyi tambur yang gaib,
Dan angin mendesah
mengeluh dan mendesah,
Wahai, dik Narti,
aku cinta kepadamu !

Kutulis surat ini
kala langit menangis
dan dua ekor belibis
bercintaan dalam kolam
bagai dua anak nakal
jenaka dan manis
mengibaskan ekor
serta menggetarkan bulu-bulunya,
Wahai, dik Narti,
kupinang kau menjadi istriku !

Kaki-kaki hujan yang runcing
menyentuhkan ujungnya di bumi,
Kaki-kaki cinta yang tegas
bagai logam berat gemerlapan
menempuh ke muka
dan tak kan kunjung diundurkan

Selusin malaikat
telah turun
di kala hujan gerimis
Di muka kaca jendela
mereka berkaca dan mencuci rambutnya
untuk ke pesta
Wahai, dik Narti
dengan pakaian pengantin yang anggun
bunga-bunga serta keris keramat
aku ingin membimbingmu ke altar
untuk dikawinkan
Aku melamarmu,
Kau tahu dari dulu:
tiada lebih buruk
dan tiada lebih baik
dari yang lain...
penyair dari kehidupan sehari-hari,
orang yang bermula dari kata
kata yang bermula dari
kehidupan, pikir dan rasa

Semangat kehidupan yang kuat
bagai berjuta-juta jarum alit
menusuki kulit langit:
kantong rejeki dan restu wingit
Lalu tumpahlah gerimis
Angin dan cinta
mendesah dalam gerimis.
Semangat cintaku yang kuta
batgai seribu tangan gaib
menyebarkan seribu jaring
menyergap hatimu
yang selalu tersenyum padaku

Engkau adalah putri duyung
tawananku
Putri duyung dengan
suara merdu lembut
bagai angin laut,
mendesahlah bagiku !
Angin mendesah
selalu mendesah
dengan ratapnya yang merdu.
Engkau adalah putri duyung
tergolek lemas
mengejap-ngejapkan matanya yang indah
dalam jaringku
Wahai, putri duyung,
aku menjaringmu
aku melamarmu

Kutulis surat ini
kala hujan gerimis
kerna langit
gadis manja dan manis
menangis minta mainan.
Dua anak lelaki nakal
bersenda gurau dalam selokan
dan langit iri melihatnya
Wahai, Dik Narti
kuingin dikau
menjadi ibu anak-anakku !

( dipetik secara bebas oleh Imnogman )

Tentang WS Rendra

Penyair W.S Rendra meninggal dunia (Sastera)


SEJUMLAH orang menghadiri pengebumian Rendra di kompleks Padepokan Seni Bengkel Teater Rendra, Cipayung Jaya, Citayam, Depok semalam.



JAKARTA - Budayawan dan penyair terkemuka Indonesia W.S Rendra (gambar), yang juga mempunyai banyak peminat di Malaysia, meninggal dunia di sebuah hospital di sini malam tadi setelah lebih sebulan dirawat kerana penyakit jantung, lapor agensi berita Bernama semalam.

Media massa tempatan melaporkan Rendra, 74, yang juga dikenali "Si Burung Merak" meninggal dunia pada 10.15 malam tadi, dan meninggalkan 11 orang anak daripada tiga orang isteri, yang mana dua daripadanya sudah diceraikan.

Setelah memeluk Islam pada Ogos 1970 ketika menikahi isteri keduanya, Sitoresmi Prabuningrat, beliau menukar namanya menjadi Wahyu Sulaiman Rendra daripada nama asalnya Willibrodus Surendra Broto Renda.

Selain sajak-sajaknya, Rendra juga dikenali ramai di Malaysia melalui filem bertema agama yang dilakoninya Al Kautsar pada tahun 1980-an.

Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Jumaat di Bengkel Teater, Citayam, Depok dekat sini, tidak jauh dari kubur sahabatnya, Mbah Surip, penyanyi reggae yang mendadak popular di Indonesia dengan lagu Tak Gendong, yang meninggal dunia Selasa lepas.

Rendra beberapa kali memperoleh anugerah dalam bidang sastera, antaranya Penghargaan Adam Malik pada 1989, SEA Write Award pada 1996 dan Penghargaan Achmad Bakri pada 2006.

Sementara itu, sebuah akhbar melaporkan bahawa salah seorang anaknya, Rachel menangis di pusara bapanya. Suara takbir dan teriakan Allahuakbar dari orang ramai bergema di sekitar kuburnya.

Rachel tiba 41 minit selepas bapanya dikebumikan. - Agensi

Replika Najib di Batu Caves jadi isu (Ceritera)


Jimadie Shah Othman
Ogos 10, 09
1:40pm
kemaskini 5.18pm Selepas replika gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan DUN Batu Caves menjadi kontroversi antara PKR dengan Umno, kini patung besar Datuk Seri Najib Razak di situ dijadikan isu.

Namun seorang pemimpin PKR menyifatkan replika perdana menteri di perkarangan kuil Batu Caves yang dinaikkan "tidak ada masalah apa-apa" kerana "kami tidak pernah menganggapnya haram".

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari menjadi sasaran kontroversi susulan kewujudan replika penasihat PKR akhir tahun lalu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penegakan imej mula memancing kontroversi apabila mufti Perlis waktu itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

Selepas itu, banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu di simpang utama dekat Wisma Keringat - selain dianggap "patung" yang dilarang oleh Islam, ia juga dianggap membazir.

"Tetapi bagi Umno (Gombak) yang ingin mengadakan demonstrasi, kita harap mereka mengambil pendirian yang sama (terhadap patung Najib)," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR.

"Begitu juga mereka yang mengeluarkan fatwa, mengharamkan replika Anwar. Kita harap mereka mengeluarkan fatwa yang sama."

Replika besar Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas - di pintu masuk gua Batu Caves - bersempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas.

Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan "bantahan terbuka" sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut
sehingga hari natal tahun lalu.

Menurutnya, ketika pemerintahan Umno di Selangor dahulu, parti itu hanya menggunakan imej besar untuk papan iklan, bagi tujuan perlancongan sahaja.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahim enggan mengulas mengenai replika presiden Umno itu buat masa ini dengan alasan "belum melihat sendiri imej tersebut".

Sementara blog rasmi Amirudin semalam menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan Dr Asri yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar.

"Masa kita bina replika DSAI (Anwar) dulu di Batu Caves, semua pihak daripada BN bising bagai nak rak, termasuklah mantan mufti Perlis.

"Sekarang kita mohon, apa pula fatwa membina replika Najib di kuil Batu Caves? Mana puak-puak BN atau Umno yang mulut bising hari itu," artikel penulis Shahabaker dipetik.

Dalam tulisan 'Kata dulang paku serpih, dulu kata orang, sekarang kau pula lebih-lebih', penulis itu memuatkan kenyataan dua pemimpin Umno yang mengkritik isu replika Anwar, antaranya:

Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam waktu itu dilaporkan berkata, pembinaannya menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya".

Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula dipetik berkata, pembinaan replika itu "tidak diizinkan di sisi agama" dan "usaha taksub" penyokong PKR yang bukan Islam.

MalaysiaKini