iDAN

12 Oktober 2009

Kahwin Campur... Sagamihara (Singgahsana)

Aku suka duduk di gerabak komuter belakang sekali. leka melihat gelagat staf komuter Jepun yang sering berlatih kelancaran tutur kata pengumuman di setiap stesen komuter yang berhenti seketika.

"Tsugi no ekiwa Machida desu..."

Agak panjang pengumuman yang dibuat. Tidak seperti komuter kita menggunakan rakaman suara setiap kali tiba di stesen. Lebih kurang beginilah kut bunyi pengumuman yang diberi

"Stesen di hadapan anda adalah Machida, pintu akan dibuka di sebelah kiri anda, stesen seterusnya adalah Sagamihara..." Biasanya pengumuman akan diulang dua kali. Kelakarnya sebelum buat pengumanan aku perhatikan staf ini tak ada kerja lain, akan menghafal terus ucapannya. Bersungguh-sungguh sangat. Semangat kesungguhan ini dapat kita rasakan.

Penumpang di negara matahari terbit ini kalau tak membaca buku, mereka akan tidur-tidur ayam. Jarang aku lihat mereka berbual atau bermain mata dengan penumpang lain. Tak kiralah di depan matanya berdiri Amoi Jepun paling cantik & putih melepak di dunia. Ada sebahagian kulit Amoi Jepun putih seperti kapas. Sikap mereka amat menghormati orang lain, sampaikan aku tak pernah melihat mereka mengorat atau berlaku sumbang di dalam komuter. Cuma, suasana malam itu berlainan sedikit. Sebabnya orang Jepun ini asyik minum & mabuk-mabuk. tak kira lelaki atau perempuan.

(Japan orang putih panggil, kita pula Jepun, orang Jepun pula panggil negara mereka Nihon)

Payah mengesan buku yang mereka baca, biasanya mereka akan membalut kulit buku tersebut dengan balutan kertas kosong. Kecuali jika mereka membaca akhbar & majalah. Komik adalah bacaan umum bukan kanak-kanak sahaja yang menggilainya.

Bilamana komuter berhenti sahaja, macam robot yang tidur-tidur ayam ini akan bangun & meluru keluar. Tiga bulan aku terhimpit dengan warga Jepun dari Sahamihara ke Tokyo. Aku tak sehaluan dengan dua rakanku orang utara. Halim & Johari. Sikap berdolak-dalik dua rakan ini amat memerangkap aku.

"Awak semua tak dibenarkan memasak di asrama pekerja, kami telah sediakan tukang masak untuk awak semua..!" Majikanku Pacific Consultants International (PCI) memberikan keterangan dalam Bahasa Jepun.

"Tak menjadi masalah, cumanya kami tak makan daging, terutama daging babi orang Islam tak boleh makan" Johari (Joe) yang kami anggap sebagai ketua kami bertiga. Sebelum pertemuan tersebut sememangnya kami berpakat tak mahu makan daging, mana orang Jepun tahu nak sembelih binatang.

"Nanti saya kasi tahu Tukang Masak untuk asingkan makanan awak bertiga!"

Sampai di asrama, dua tiga hari sahaja Halim & Joe makan masakan ibu angkat kami (Okaasan). Mereka senyap-senyap mencuri masak di kamar. Aku yang menjadi mangsa makan sendirian masakan Okaasan; bagiku merantau di tempat orang ikutlah resmi atau peraturan di negara orang. (ayah= otou/chi chi & ibu = okaa/ ha ha)

"Aku tak boleh nak telanlah iDAN masakan mereka ini, kuali semua tu mana ada mereka samak, bukankah semuanya bercampur dengan babi!" Joe mula berdolak-dalik.

"Habis tu, yang kita beli kat luar, ikan bakar semua tu, apakah pasti mereka masak berasingan" Aku mula mempersoalkan. Ramai juga pelajar kita aku lihat selamba sahaja makan di KFC, bukan setakat makan burger ikan, ayam goreng pun selamba sahaja mereka bedal.

"Kau larat makan, kau sahajalah makan, nanti kalau kita semua tak makan, apa pula kata Kanshousan kita!" Aku mulai membenci sikap mereka ini.

Lagi pun keadaan kamar di asrama itu sekadar muat katil bujang, tak ada ruang masak, punca plug pun tak cukup. Jika tertangkap memasak di kamar bagaimana?. Aku tak sanggup mengambil risiko ketika di rantau orang; biasalah jika sekali kita membuat salah di rantau orang dapatkah dimaafkan. Bila kita telah dibenci apakah kita akan damai di sana.

Aku berdiri di depan pintu komuter, melihat permandangan luar, perkampungan Jepun yang amat padat. Kerinduan aku terhadap Mila amat payah kukawal. Telah dua minggu dia tidak membalas suratku. Berbual di telefon pun asyik bermasalah. Khabarnya dia baru kena pukau, semua barangan kemasnya lesap, duit juga dikebas oleh si pemukau itu. Ramai jiran di Kampung Malaysia mengesyaki jiran kami bekas bantuan yang punya kerja.

Muda lagi si Mamat ini, bujang. Ibunya seorang janda, mereka tinggal di rumah kayu kecil sahaja. Selepas dia keluar dari penjara banyak rumah telah dimasuki pencuri. Di mana rumah yang kena pukau, pasti ketemu najisnya di depan rumah. Tak pasti apakah memang itu syaratnya tiap kali dia mengamalkan ilmu pukau ini.
Aku turun di Machida, lantaran di bandar Machida banyak terdapat telefon awam yang boleh dail di peringkat antarabangsa. Seminit sekitar RM10.

Dalam ramai-ramai penumpang di Stesen Machida aku terserempak seorang gadis mirip Anak Mami. Pastilah aku teruja, sudah hampir tiga bulan di Jepun amat payah ketemu orang kita. Kecuali di Harajuku di hujung minggu; di sana memang ramai warga asing berkumpul. Harajuku terdapat tanam di mana pelbagai rakam manusia melepaskan stres. Ralit melihat ragam manusia di sini.

Seharian aku berulang dari Sagamihara ke Harajuku. Keluar seawal jam 8:00 pagi, biar pun masuk kerja jam 10:00 pagi. Dari khidmat JR kena naik keretapi bawah tanah. Pulangnya seawal 10:00 malam, biar pun waktu pejabatnya hingga 6:00 petang. Aku terpaksa ikut cara Jepun berkerja. Rakanku yang dua ini memang degil & asyik ikut cara mereka. Di ofis memang ceritera dua orang asing ini menjadi bualan & aku pula amat mereka sayangi.

"Awak orang Malaysia ke!?" Aku berani bertanya sebab aku lihat dia tersenyum denganku.

"Iyer! saya orang Malaysia!"

"Buat apa kat sini?, belajar ke?.."

"Tak...! saya ikut suami saya!" Tenguk perwatakan tak macam isteri orang, nampak muda sangat bagaikan belasan tahun sahaja.

"Kat mana rumahnya?... "

"Aihara..!" Di hadapan stesen Sagamihara.

Aku tak dapat berbual panjang, sebab takut ketinggalan keretapi. Komuter paling akhir sekitar jam 12:00 tengah malam. Aku sekadar menghulurkan kad, memang kami dilatih begitu. Sentiasa bertukar kad pengenalan diri jika berkenalan dengan siapa jua.

- bersambung

Takrif: Tsugi no ekiwa Machida desu... Stesen di hadapan adalah Machida. Tsugi depan no penambahan empunya sepert Watashino saya punya. Watashiwa saya... untuk benda atau diri eki stesen desu penambahan.

Keistimewaan kahwin campur - Lahirkan zuriat yang baik

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

APA uniknya perkahwinan campur?. Itulah persoalan utama yang saya ajukan kepada bekas Imam Besar Masjid Putrajaya, Tan Sri Abdul Kadir Talib pada pertemuan ringkas di rumahnya di Taman Seri Reko baru-baru ini.

``Keistimewaan paling utama terletak pada zuriat yang bakal dilahirkan. Mereka adalah pembawa baka genetik yang diwarisi daripada keturunan nenek moyang kedua-dua ibu bapanya,'' ujar beliau yang pernah menjadi Mufti Wilayah Persekutuan.

Malah beliau sendiri mempunyai pengalaman berkahwin dengan bukan wanita tempatan.

Sebaliknya, Allah s.w.t. menetapkan jodohnya dengan seorang wanita warganegara mesir keturunan Turki, Allahyarham Sohair Abdel Moneim Ibrahim Serry sewaktu melanjutkan pelajaran ke Mesir.

``Sebenarnya, apabila kita membicarakan soal perkahwinan campur, banyak perkara yang harus diambil kira.

``Paling utama ialah bagaimana kita mendidik pasangan agar menyesuaikan diri dengan cara hidup orang Melayu.

``Di samping itu, bagi pasangan yang berkahwin dengan saudara baru, berbeza pula pendekatannya kerana ia melibatkan aspek amalan agama Islam,'' jelasnya mengenai perkahwinan campur.

Menurut beliau, perkahwinan adalah perkara mulia yang dituntut agama. Rasulullah s.a.w. sendiri menggariskan empat perkara untuk dijadikan panduan kepada umatnya dalam hal memilih pasangan, iaitu kecantikan, kekayaan, keturunan mulia dan pegangan agama.

Bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. menasihati umatnya agar berkahwin dengan pasangan yang mempunyai latar belakang didikan agama yang teguh berbanding tiga perkara tersebut.

Ini bagi mengelakkan pelbagai masalah timbul dalam kehidupan alam yang sentiasa bergolak.

Pemilihan

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda:

``Berhati-hatilah kamu dalam menentukan pemilihan bagi menurunkan baka kepada mana-mana pihak dalam cara yang baik dan selamat dengan pilihan yang tepat.''

Sesungguhnya, Islam amat memandang berat terhadap baka keturunan bagi memelihara kesucian umat Rasulullah s.a.w.

Perkahwinan campur di Malaysia juga tidak terhad antara Melayu dan Cina ataupun Melayu dan India.

Dalam dunia global hari ini, pergaulan sesama manusia juga semakin melebar dan hampir tiada batasan.

Tambahan pula, dengan kecanggihan teknologi komunikasi menggalakkan interaksi yang luas antara masyarakat antarabangsa.

Dalam konteks ini, Islam mengharuskan dalam soal pemilihan pasangan termasuklah berkahwin di kalangan warga luar.

Hakikatnya, berkahwin dengan saudara baru merupakan dakwah praktikal yang paling mujarab kerana ia akan menyebarkan keturunan di kalangan bukan Islam.

``Walaupun Islam membenarkan tetapi masalah dari segi keagamaan, akhlak dan adat resam hendaklah diambil kira, supaya tidak terbawa-bawa budaya dari negara asal yang tidak berapa sesuai dengan suasana masyarakat di sini,'' ujar beliau merujuk betapa Islam memandang berat soal keturunan yang bakal dilahirkan.

Perkahwinan merupakan perkara paling mulia di sisi agama. Atas sebab itu, perkahwinan perlu diputuskan antara lelaki dan perempuan berlainan asal usul dan keturunan, yang dilakukan atas nama Allah s.w.t. dengan adanya wali dan akad.

Dalam alam nyata yang perlu dihayati, perkahwinan campur jika dilakukan atas landasan yang betul, akan melahirkan zuriat yang ketara dari segi kecerdikan, kepintaran dan kecantikan hasil percantuman darah yang berbeza.

``Rasulullah s.a.w. sendiri menggalakkan umatnya memilih pasangan yang tidak terlalu rapat hubungan saudaranya.

``Sebaik-baiknya pilihlah pasangan yang di luar kelompok saudara mara,'' tambahnya.

Beliau tidak menafikan, ada segelintir masyarakat yang `pekat' didikan Melayunya, sukar menyesuaikan diri dengan cara hidup pasangannya yang berbeza.

Keharmonian

Bagi Abdul Kadir, untuk memelihara keharmonian rumah tangganya, beliau mengambil pendekatan mudah dengan tidak meletakkan sebarang syarat dalam pergaulan isterinya.

Mengimbas kembali detik awal perkahwinannya kira-kira 39 tahun yang lalu, beliau berkata segala yang berlaku di luar perancangannya.

Mereka bertunang selama tujuh tahun sejak isterinya berumur 14 tahun dan belajar di sekolah menengah, sebelum mengambil keputusan berkahwin pada 11 Oktober 1964.

``Selepas berkahwin, saya bawa isteri saya pulang ke kampung di Johor. Bukan hendak menduga akalnya, tetapi dia tidak pernah membantah, malah mengikut sahaja ke mana saya pergi termasuk meredah paya, sungai dan sawah padi,'' kenang beliau mengenai keistimewaan isteri yang amat dikasihi, yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Membentuk

Walaupun berkahwin dengan orang luar, Abdul Kadir berjaya membentuk isterinya untuk menjalani hidup seperti orang Melayu termasuk memakai baju kurung, memasak makanan Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.

``Manusia sentiasa dibekalkan dengan akal dan ilmu. Jika seorang suami dan isteri yang bijak, maka tidak timbul masalah penyesuaian budaya jika berkahwin dengan orang asing,'' jelasnya lagi.

Menurut beliau yang berasal dari keturunan Bugis, keenam-enam anaknya mempunyai perbezaan yang ketara dari segi rupa paras, kecerdikan dan warna kulit kerana mewarisi gen nenek moyangnya.

Anak sulungnya, Wafa, 39, mewarisi darah keturunan Arab daripada ibunya. Begitu juga anak keduanya, Jamal, 37. Manakala Ilham, 35, Amar (meninggal sewaktu berumur 10 tahun), Hibatullah, 29 dan yang bongsu, Badriah, 27 masing-masing turut mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kesungguhan isterinya mendalami bahasa Melayu terbukti apabila beliau sanggup mengikuti kursus di Universiti Malaya (UM), walaupun fasih berbahasa Inggeris dan Arab.

Selain menjadi anggota Persatuan Penterjemah Malaysia peringkat antarabangsa, isterinya juga merupakan tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 25 tahun, dan dua tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam Pengajian Bahasa Arab.

``Saya sangat bangga dengannya apabila suatu hari isteri saya berkata, ``Saya berbangga menjadi warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia tetapi saya berasal dari Mesir dan berdarah keturunan Turki'' katanya tersenyum.

Pada pandangan beliau, selain tidak meletakkan sebarang syarat dalam pergaulan, beri masa kepada pasangan untuk memilih yang terbaik dan pada masa yang sama, bimbinglah mereka berdasarkan acuan budaya Melayu dan tuntutan agama Islam.

Utusan Malaysia

- bersambung

Kahwin Campur (KC) 2

11 Oktober 2009

Permata Untuk Isteri (Hiburan)


http://penyair.wordpress.com/2007/09/23/permata-untuk-isteri/

Permata Untuk Isteri

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

J.M. Aziz
(Dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa)

Sedapnya lagu ini!. J.M. Aziz ada penyair yang amat kukagumi
puisinya sedap amat
Kopratasa pula ada kumpulan penyanyi yang begitu kukuh
lagu mereka banyak yang sedap-sedap!.

iDAN

10 Oktober 2009

Isteri Curang diwakili Peguam Pandai (Agama)

August 17th, 2009 by Sadari | Filed under Artikel.

Yatim adalah seorang kerani penghantar kiriman. Beliau sudah berumah tangga dengan Timah selama 23 tahun. Anak sulungnya berumur 17 tahun dan menuntut di Politeknik manakala 2 orang anak-anaknya yang lain adalah penuntut sekolah menengah.

Yatim sering bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana rumah tangganya aman damai, dikurniai rezeki yang ‘halal dan lumayan,’ tidak ada masalah kewangan menghantar anak-anaknya ke sekolah dan anak sulungnya ke Politeknik. Dan beliau bercita-cita untuk menghantarkan anak sulungnya ke univerisiti jika anaknya berkebolehan.

Untuk menyara keluarganya, Yatim akan keluar rumah pada jam 7 tiap-tiap pagi dan memulakan tugasnya menghantar surat-surat mulai jam 8 pagi. Lazimnya Yatim akan keluar pagi saperti hari-hari lain pada tiap-tiap hari Juma’at dan pulang kerumah kira-kira jam 12 tengah hari untuk mandi sebelum pergi ke masjid di kawasan estet perumahannya untuk menunaikan solat fardhu Juma’at.

Pada suatu hari Juma’at, Yatim seperti biasa keluar bekerja jam 7 pagi dan setelah menjalankan tugas paginya iaitu menghantar kumpulan surat-surat untuk rutin buat pagi itu, beliau pulang ke rumahnya untuk mandi. Setelah mandi, Yatim keluar rumah dan memulakan langkahnya ke masjid.

Dalam perjalanannya kemasjid beliau mendapati bahawa songkok dan kunci rumahnya tertinggal di rumahnya. Maka beliau pun menukar hala tuju motosikal yang ditunggangnya dan terus menuju ke rumahnya. Setelah sampai di pintu rumahnya, beliau mengetok pintu sebab kunci pintu rumah tidak ada padanya.

Setelah mengetok pintu rumahnya beberapa kali, barulah Timah yang sedang berkemban membukakan pintu untuk memberi laluan pada Yatim masuk ke rumahnya. Setelah masuk ke dalam rumah, Yatim melangkah kebiliknya untuk mengambil songkok dan kuncinya dan alangkah terperanjatnya beliau apabila mendapati rakan kerja Timah yang baru dikenalkan kepada beliau (Yatim) sebulan sebelumnya terbaring di atas katil Yatim.

Yatim tidak berkata apa-apa kepada Timah dan teman lelakinya. Beliau capai songkok dan kunci pintu rumahnya lalu terus bergegas ke masjid.

Setelah pulang daripada masjid, Timah memberitahu Yatim bahwa beliau telah menjalin hubungan dengan teman kerjanya dan menduakan suaminya sejak setahun lalu. Yatim sangat berang dan rasa dirinya ditipu dan tertipu oleh isterinya.

Yatim memberitahu Timah bahwa dia akan menceraikannya dan dia akan pastikan yang dia(isterinya) keluar daripada rumahnya sehelai sepinggang kerana kecurangannya. Namun Timah dengan bangganya memberitahu Yatim bahwa dia ada ‘lawyer pandai’ yang boleh membantu dia untuk membuat tuntutan nafkah iddah, muta’ah dan tuntutan ke atas aset Yatim dan dia tidak akan keluar dari rumahnya sehelai sepinggang walaupun dia didapati berkelakuan curang.

Yatim terperanjat dengan kata-kata Timah itu. Adakah betul apa yang diluahkannya bahwa ada “lawyer pandai” yang boleh dan berjaya membuat tuntutan untuk isteri-isteri yang curang?

Yatim membuat aduan di Mahkamah Syariah. Dia memberitahu mahkamah bahwa beliau tidak akan bayar nafkah iddah dan muta’ah kepada isterinya. Jika mahkamah mengeluarkan perintah supaya Yatim membayar nafkah iddah dan muta’ah kepada isterinya, Yatim memberitahu mahkamah bahwa beliau tidak mampu membayar kadar yang diperintahkan oleh mahkamah sebab beliau tidak ada wang simpanan. Seandainya beliau ada wang simpanan, wang itu akan digunakan untuk membiyai pelajaran anak-anaknya.

Dan beliau tidak rela rumah pangsanya yang dianggap ‘mahligainya’, dijual kerana rumah ini adalah tempat anak-anaknya berteduh. Jika dijual, tidak mungkin beliau mampu untuk membeli rumah pangsa yang lain sebab usianya akan menjangkau 50 tahun.

Dan dia tidak rela supaya rumah pangsanya yang dibeli atas titik peluhnya dijual dan memberi sebahagian daripada hasil penjualan rumah pangsa itu kepada Timah.

Yatim berpendapat bahwa beliau sudah bekerja kuat buat selama ini: menunggang motosikalnya dengan tidak kenal panas terik atau hujan lebat membasahi badannya ketika dalam perjalanan untuk menghantar surat-surat pelanggannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Pada hari perbicaraan di Mahkamah Syariah, beliau terkejut apabila mahkamah memerintahkan supaya beliau membayar nafkah iddah dan muta’ah melebihi

Mahkamah juga memerintahkan supaya rumah pangsanya ia-itu ‘mahligai kesayangannya’ dijual dan hasil penjualannya setelah ditolak hutang di bank dan setelah dikembalikan Wang Caruman KWSP yang digunakan untuk membeli rumah pangsanya, dibagikan 70% kepada Timah dan 30% kepada Yatim.

Setelah mahkamah membuat keputusannya, Yatim dalam perjalanannya kerumah bertanya kepada dirinya sendiri:

1. Adakah Timah sudah berkawan dengan kawan-kawan yang telah menduakan suami- suami mereka;
2. Adakah Timah sudah memeriksa haknya sebagai seorang isteri yang ditalak oleh suaminya setelah membuat kelakuan curang?
3. Mengapakah Timah begitu pasti bahwa beliau boleh membuat tuntutan nafkah iddah, muta’ah dan sebahagian daripada harta sepencarian walaupun beliau menduakan suaminya; dan
4. Adakah peguam yang mewakili Timah memang pandai saperti apa yang diakui oleh Timah?

Yatim tidak puas dengan perintah mahkamah. Yatim tidak mengambil khidmat seorang peguam untuk memperjuangkan kesnya kerana beliau tidak mampu. Yatim hanya menyerahkan dirinya kepada Allah Yang Maha Kuasa untuk membela nasibnya.

Pendekatan yang diambil oleh Yatim dan ramai lagi yang senasib dengannya, iaitu menyerahkan diri mereka bulat-bulat kepada Allah S.W.T. adalah sikap yang tidak digalakkan. Mereka tidak boleh menyerahkan nasib mereka bulat-bulat kepada Allah.

Keputusan-keputusan mahkamah seperti ini menghantar mesej yang tidak sihat kepada masyarakat. Adakah Timah memang sudah tahu bahwa beliau pasti mendapat nafkah iddah dan muta’ah daripada suaminya walaupun beliau berkelakuan curang?

Adakah tanggapan beliau bahwasanya peguam beliau itu pandai, boleh diterima? Timah menganggap peguamnya pandai sebab beliau tahu bahawa beliau telah membuat kesalahan-kesalahan besar namun beliau tetap dinasihatkan supaya membuat tuntutan-tuntutan daripada suami beliau dan beliau pasti mahkamah akan meluluskannya.

Anggapan Timah bahwa peguam beliau pandai adalah salah.

Timah berjaya dalam membuat tuntutan-tuntutannya disebabkan oleh undang-undang dunia sengaja disalah tafsirkan untuk menyebelahi dan berpihak kepada beliau.

Perbuatan Timah menyebabkan rumah tangganya pecah belah seperti kaca jatuh kebatu lalu hancur berderai. Perbuatan isteri-isteri curang ini telah menyebabkan pelajaran anak-anak mereka terjejas dan terhambat. Perbuatan isteri-isteri curang ini telah menambahkan masalah-masalah sosial di kalangan masyarakat kita.

Mahkamah wajib tidak menghantar mesej yang salah kepada masyarakat. Tuntutan-tuntutan isteri-isteri curang tidak boleh diluluskan. Dengan tidak meluluskan tuntutan-tuntutan isteri-isteri curang itu, InsyaAllah kadar perceraian di antara orang-orang Islam boleh dikurangkan. Jika tuntutan-tuntutan isteri-isteri curang diluluskan oleh mahkamah, maka tidak ada insentif bagi isteri-isteri supaya tidak berkelakuan curang. Dan mereka tidak takut dan tidak segan silu untuk berkelakuan curang dan dengan sewenang-wenangnya juga membuat tuntutan nafkah iddah, muta’ah dan harta sepencarian daripada suami-suami mereka.

Adalah tanggung jawab kita untuk membetulkan yang salah: ‘amal ma’aruf, nahi mungkar.

Meluluskan tuntutan-tuntutan isteri-isteri curang bukan sahaja menghantar mesej yang salah kepada masyarakat kita bahkan bertentangan dengan prinsip ajaran Islam supaya memberi ganjaran kepada mereka yang mengamalkan kebaikan dan menghukum pihak yang salah.

Meluluskan tuntutan isteri-isteri curang adalah sama juga dengan “merampas” harta orang lain dan memberikannya kepada orang yang tidak berhak menerimanya.

Suara mimbar pada tahun lalu melaung-laungkan bahwa mahkamah Syariah Singapura digemparkan dengan lafaz talak pada tiap-tiap sejam sekali.

Ini bermakna ribuan perceraian pada tiap-tiap tahun. Jika dari ribuan kes perceraian ini, 40% daripadanya adalah kes-kes di mana isteri-isteri berkelakuan curang dan menyebabkan perceraian, dan tuntutan-tuntutan nafkah iddah muta’ah dan harta sepencarian yang dimiliki suami diluluskan mahkamah, ini bermakna ada ribuan juga lelaki tak puas dengan perintah mahkamah pada tiap-tiap tahun. Mereka tidak puas sebab mahkamah meluluskan tuntutan- tuntutan isteri-isteri curang mereka. Tidak salah jika dicatatkan di sini bahawa sudah puluhan ribu lelaki tak puas dengan perintah mahkamah di luar sana.

Adalah tanggung jawab kita untuk merobah undang-undang ini supaya tidak bersyubahat. Allah murka pada orang yang syubahat.

09 Oktober 2009

Tanah Rizab Melayu 3 (Singgahsana)

Kawin campur terkadang lebih kepada mencari keuntungan
terutama kaum cina yang punyai kuasa beli yang tinggi
mereka mahu tanah lalu ada yang sanggup kawin dengan
kaum Orang Asli

iDAN:

Aku sendiri tak pernah baca artikel ini tetapi apa yang aku suarakan mirip apa yang kerajaan negeri Wilayah Persekutuan laksanakan. Ianya aku harap akta bagi seluruh negeri lain.

Jelas dalam pindaan Enakmen Rizab Melayu (ERM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ianya hanya pajakan selama 60 tahun. Apa yang aku bayangkan sekadar 66 tahun, hampir menyamai ERM ini.

Seharusnya beginilah cara kita menjaga bumi yang kita pijak agar tidak jatuh ke tangan bangsa asing. Apa yang terjadi di Perak di Mukim Teja, atas akta pintaan tanah yang kurang jelas, yang mana satu mereka guna pakai. Semua isu bermain dengan duit, nak buka geran, atau mahu tahu status tanah jika dulu sekadar RM20, terkini telah naik RM40. Itu baru mahu tahu status tanah, atau buka geran.

Tanah pusakaku milik Arwah Apak jatuh ke tangan Pemastautin Tetap (PR) dari Indon.

(Perempuan Namanya Hamidah, yang bernikah dengan kaum cina Islam; Saudara baru atas nama sahaja. Apek ini cakap Melayu pun tak fasih, masih sentiasa memakai seluar pendek, berkebun dengan anjing-anjing tak nampak pun datang masjid di kampung ketika Jumaat; orang Melayu kita pun ada jenis begini. Jadi payah kita mempertikaikan keIslaman apek ini; Isterinya Hamidah yang masih cakap loghat Indon ini yang seharusnya memimpin suaminya; isterinya yang lebih tahu.)

Dari anggapan aku, kes ini sama dengan kes ramai kaum cina kahwin campur dengan Orang Asli semata-mata mahu meneroka tanah di hutan sana.

Isu yang timbul kenapa Tanah Rizab Melayu (TRM) ini boleh jatuh ke tangan PR. Sedangkan perawis terdekat masih ada. Tak tahulah di sebalik kes ini, ada kalangan pewaris kami yang menjual tanah ini. Aku pernah bercerita dengan apek ini, katanya geran di tangannya tidak sama lagi dengan geran yang aku tunjukkan. Maknanya ini mainan orang Pejabat Tanah yang mungkin telah meminda taraf tanah atau status geran tanpa berbincang dengan waris atau pemilik tanah.

Bagi aku jika mahu dijual pun, ERM kena jelas Melayu yang bagaimana?. PR ini apakah juga digolongkan@ diTakrifkan sebagai orang Melayu. Jika siapa yang pernah ambil kuasa tanah pusaka, TRM ini memang tidak boleh dipotong nama asalnya. Ambil kuasa atau pewaris hanya boleh meletakkan nama di dalam geran sahaja. Mengikut turutan.

Pencerobohan TRM ini terlalu kerap berlaku atas mainan politik atau orang berduit. Ramai yang mempersalahkan orang dalam Pejabat Tanah. Isu ini seharusnya dibongkar & diperjelaskan. Apakah munasabah pemilik asal atau pewaris terdekat tak dapat apa-apa hak apatah hasil dari tanah pusaka yang sayangi sejak berkurun lagi. iDAN

Saturday, 09 February 2008 08:15am

Datuk Seri Azmi Khalid©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Noraini Abd. Razak

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Enakmen Rizab Melayu (ERM) akan dipinda bagi membolehkan tanah rizab Melayu di seluruh negara dipajak termasuk kepada bukan Melayu dengan tempoh maksimum 60 tahun supaya ia dapat dimajukan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, menerusi pindaan itu, nilai tanah tersebut terutama di bandar-bandar dapat ditingkatkan selain pelbagai projek pembangunan dapat dilaksanakan.

Katanya, sebelum ini, tanah rizab Melayu terhalang daripada diurusniagakan kerana masalah pindah milik, pajakan, gadaian dan cagaran atau lien kepada bukan Melayu.

“Urus niaga sebegini yang tidak boleh didaftarkan kepada bukan Melayu sedikit sebanyak menjadi penghalang pembangunan tanah rizab Melayu.

“Ini disebabkan kuasa beli orang Melayu agak tidak setanding dengan bukan Melayu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menjadi negeri pertama mengguna pakai peraturan baru itu apabila pindaan mengenainya diluluskan kelak.

Katanya, pindaan itu penting bagi membangunkan tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur terutama di Kampung Baru yang kini terikat dengan pelbagai syarat termasuk tidak boleh dijual kepada bukan Melayu.

Selain itu, katanya, ia juga akan menyelesaikan masalah tanah rizab Melayu yang diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan tetapi tidak diganti.

“Dengan adanya pindaan ini, tidak akan timbul lagi masalah tanah rizab Melayu tidak diganti. Ini kerana tanah-tanah itu tidak diambil untuk dibangunkan, sebaliknya ia hanya dipajak untuk tempoh 60 tahun.

“Selepas tempoh itu, tanah tersebut akan kembali kepada pemiliknya,” katanya .

Menurut Azmi, proses pajakan tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu akan dikawal selia oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Katanya, pemberian gadaian pula tertakluk kepada pihak yang telah ditentukan, seperti bank-bank berdaftar dan agensi kerajaan termasuk Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Katanya, ia untuk meningkatkan nilai pasaran tanah tersebut.

Beliau berkata, Kawasan Pembangunan Tanah Rizab Melayu (MRLDA) juga akan diwujudkan bagi menggalakkan usaha pembangunannya secara lebih terancang oleh kerajaan negeri.

Selain membenarkan tanah rizab Melayu dipajak, inti pati utama pindaan tersebut juga akan mengemaskan takrifan Melayu supaya sesuai dengan takrifan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga akan mewujudkan peruntukan yang menggalakkan usaha memajukan tanah rizab Melayu tetapi pada masa yang sama mengekalkan pegangan di kalangan orang Melayu.

Beliau berkata, setiap pindaan yang dicadangkan tidak membelakangkan tujuan asal ERM, sebaliknya menjadikannya sebagai pemangkin kepada pembangunan tanah rizab Melayu.

Badan Peguam Malaysia.


08 Oktober 2009

Tanah Rizab Melayu 2 (Singahsana)

Tanpa Nama berkata...

Allah jadikan tanah untuk manfaat makhluknya. Kita sbg khalifah perlu mengurus tadbir untuk kesejahteraan manusia semuanya di muka bumi ini. Bukannya mengkuruskan tanah itu. Kerajaan berhak merampas tanah rakyat? Kerajaan yg macamana. Tak pasti. Yg pastinya bukanlah spt kerajaan yg ada ini. Mungkin spt Kerajaan Kelantan, Allah shj yg mengetahui. YB

8:50 PM

Blogger Shaharuddin Othman. berkata...

MELAYU MUDAH LUPE...

6:21 PM

Merampas itu bunyinya amat khilaf & tidak bertamadun. Itu yang terjadi di Australia & Afrika di mana rakyat asal atau penduduk pribumi yang bermastautin di sana menjadi amat daif hidup mereka lantaran pendatang yang menakluk & berkuasa di bumi yang asalnya rakyatnya hidup miskin melarat terus ditindas. Kaum Melayu di Malaysia perlu ingat, dengan dasar demokrasi yang ada belum tentu politik di Malaysia ini akan terjamin orang Melayu yang memegangnya. Kekinian orang Melayu yang memegang politik negara memandai meminta akta tanah yang satu ketika nanti akta ini menikam kita dari belakang. Dengan pindaan akta tanah yang ada, generasi akan datang belum tentunya bumi ini milik kita orang Melayu biarpun nama asal negara kita ini Tanah Melayu. Orang Melayu akan tinggal bagai merempat di panggung bangsawan atau di puncak bangunan 100san tingkat bagai di Singapura. Tiada hak memijak bumi sendiri. Lebih malang jika kita leka malah saling bergerladangan sesama kita; Top-top akan dihalau dari bumi sendiri. Bangsa asing yang asalnya berhijrah di bumi ini bukan mustahil akan menjadi ketua negara & memegang pucuk pimpinan politik kita. Orang Melayu hanya akan punyai Agung atau Kesultanan yang saban hari akan dikikis kedaulatannya. YB pernah dengar tentang dua taraf Pegangan Tanah jika membeli rumah. Satunya Pegangan Bebas satu lagi Hak Milik Kekal. Bagi yang cintakan bumi sendiri akta tanah seharusnya jangan dipolitikkan. Tidak dapat dinafikan bumi ini milik Ilahi, maka itu jika kita amati pendatang yang berkunjung ke Tanah Melayu sebenarnya punyai bumi & tanah yang jauh lebih luas berbanding kita orang Melayu. Sebut sahaja cina atau india, sila rujuk keluasan tanah negara asal mereka. (Jangan jadikan ini isu perkauman tetapi ini fakta nyata) Politik mereka yang tidak stabil membuatkan negara mereka tidak semaju kita. Maka itu mereka merantau ke Tanah Melayu. Apabila 1Malaysia dilaksanakan belum tentu kaum lain akan terus duduk diam bilamana hak keistimewaan orang Melayu mahu terus dikekalkan. Sebelum ini pun kaum PR ini sering mencabar Kesultanan kita; Hak Keistimewaan Melayu pun sering diungkit-ungkit. Tanah Rizab Melayu seharusnya dipelihara sebagai menjamin hak penduduk pribumi terjaga. YB jangan kaitkan Kerajaan Kelantan dalam isu ini. Sebut sahaja Kelantan ramai akan mentertawakan sebab kegagalan Kerajaan Kelantan membangunkan negerinya. Jika YB melihat geran yang dirampas kerajaan negeri kini, masih ada disimpanan aku, ianya adalah dibangunkan oleh nenek moyang kita sejak tahun 1920an lagi. Sebahagiannya bukan tanah terbiar tetapi penuh dengan hasil bumi, dusun durian, pokok bunga cengkih, pokok asam gelugur, binjai, lada hitam, pokok pala & rempah ratus yang lain. Mukim Teja (Sempena nama Tun Teja) kini banyak telah bukan lagi milik kita orang Melayu. Cukai bagi Tanah Rizab Melayu ini hanya sekitar RM10 seekar, jika tidak dijelaskan selama 10 tahun mungkin sekitar RM200 sahaja, itu kalau dendanya sekali ganda. Apakah dengan kadar sebegini kerajaan berhak merampas tanah tersebut. Perlu diingat masa mendatang kerajaan itu tidak semestinya orang kita Melayu jika kita sesama kita saling menuding jari sesama sebangsa. Mana mungkin pembangunan tidak melibatkan Tanah Rizab Melayu. Langkah terbaik kerajaan yang ada cuma berhak memajak Tanah Rizab Melayu untuk pembangunan agarnya ianya kekal milik kita orang Melayu. Kerajaan negeri perlulah meminta akta tanah ini agar jangan sampai Tanah Rizab Melayu terlepas ke tangan orang asing, Pemastautin Tetap (PR) atau golongan korporat. Jadikan ia bagaikan Tanah Adat di Negeri Sembilan. Apa yang berlaku sebelum ini, kerajaan merampas Tanah Rizab Melayu ini mengikut harga semasa bertaraf Tanah Pertanian kemudian menaikkan taraf tersebut ke taraf perindustrian atau pembangunan yang mengakibatkan Lintah Darat atau Syarikat Korporat mengaut keuntungan berkali-kali ganda. Dengan konsep Pajakan tuan tanah yang rata-rata orang kita Melayu yang tidak lagi diperlekehkan .. Melayu Mudah Lupa & seumpamanya tidak diperbodohkan. Mereka yang mencipta ayat ini sebenar adala golongan PR yang tiada darah KeMelayuan & asyik memperlekehkan kaum Melayu. Golongan ini jika tidak dari golongan mamak, mungkin juga darah kacukan yang sanggup meludah ke langit. Tidak sedar mereka merugikan bangsa sendiri. (Sila baca buku 13 Mei: Sebelum dan Selepas, 1969 terbitan Kumpulan Utusan, apakah buku ini masih diharamkan, tak pasti, aku sendiri tak punyai salinannya di sana tercatat siapa yang suka merampas Tanah Rizab Melayu ini) Pajak 99 tahun juga tidak rasional lagi. Lantaran umur manusia semakin pendek. Mungkin sekadar 66 tahun pajakan itu sudah memadai. Tuan Tanah Rizab Melayu berhak meminda perjanjian setelah 66 tahun. Jika kita menjadi nenek moyang kita, bersusah payah meneroka tanah aku pasti kita tidak akan bersetongkol dengan golongan yang menjual tanah & bumi ini sendiri. Allah jua amat membenci golongan hambanya menganiaya sesama hamba yang naif & lemah ini. Kita rakyat marhaen yang berhak meminta akta tanah di bumi sendiri sebenarnya. Sebut bumi ini umi kita, rumah ini milik nenek moyang kita. Bukan golongan pemerintah yang bagaikan Sultan Mahmud (memerintah 1488-1528) yang gilakan Puteri Gunung Ledang. Rakyat dikerah bernyamuk di hutan, emas & perak dirampas untuk membuat jambatan.. * 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang. (Cukai berganda) * 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang. (Perak berkecamuk politiknya) * 7 dulang hati nyamuk. (Denggi melata) * 7 dulang hati kuman. (Selesema Babi membunuh rakyat... AIDS) * 7 tempayan air mata anak dara. (Minah kilang kerja siang malam sampai mengalir airmata) * 7 tempayan air pinang muda. (Mabuk, kilang arak bagai tempayan di tepi jalan) * 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi. (Anak bangsa sendiri dipaksa meminjam untuk menuntut ilmu sedangkan banyak negara maju pembelajaran adalah percuma) Aku bukan sekadar berceritera dongeng tetapi kepada sesiapa yang tanahnya pernah dirampas kerajaan tanpa mengikut saluran yang betul atau pembelaan saksama sememangnya amat membenci akan akta tanah ini. Amat malang jika kita yang namanya bangsa Melayu jati, bukan, bugis, jawa, mamak, siam dll menghina bangsa sendiri.

07 Oktober 2009

Tanah Rizab Melayu (Singahsana)

Jika kita ke Meru ikut jalan lama Kampung Bukit Kapar ke pekan Bukit Kapar, pasti ramai perasan bagaimana kaum cina menggunakan tanah rizab jalan di bawah talian elektrik milik TNB mungkin; ditanami dengan pokok pisang.

Sejak aku bernikah lagi aku perasan pokok pisang ini telah pun ditanam, ianya subur & dijaga rapi. Banyak terdapat guni baja & buahnya sentiasa sarat & berbalut rapi. Tak kurang dua kilometer sepanjang jalan padat dihiasi kehijauan pokok pisang.

Mungkin peringkat awal pekebun ini sekadar tanam sedikit, bila ianya telah seluas kini pasti dia mampu membayar kadar tol tanah, sewaan tanah tersebut. Silap-silap telah kaya raya dengan bertani di tanah terbiar ini.

Berbudi dengan tanah memang tidak pernah kita kecewa.

Itu hanya contoh kecil, sebenarnya di mana juga tanah rizab milik TNB ini memang terdapat banyak pekebun kecil mengusahakannya. Gigihnya mereka yang tak punyai tanah ini.

Bila kita pulang ke kampung pula, di kampungku amat ketara, semakin banyak tanah terbiar. Sebahagiannya milik individu atau Tanah Rizab Melayu & sebahagiannya milik kerajaan negeri yang dulunya milik pelombong kekinian bila tempuh pajakan lombong ini telah habis bertukar kepada orang luar; syarikat & individu. Kalangan mereka yang berduit telah membeli tanah ini.

Sekitar lima tahun lalu aku pernah terdengar Pejabat Tanah Kampar menawarkan tanah-tanah ini kepada pewaris asal tetapi semua pewaris asal ada yang berpindah ke bandar, ada yang tidak tahu pun tawaran ini, ada yang tak berduit untuk menebusnya semula.

Ada mainan politik tentang isu tanah ini. Ianya melibatkan juga Tanah Pusaka Rizab Melayu yang memang tidak pernah dijual. Termasuk tanah pusaka milik arwah Apak. Keluarga yang tinggal di kampungku pun sekitar 200 buah rumah sahaja & sebahagian besar penduduk di kampung ini mendirikan rumah di tanah milik kerajaan atau tapak lombong yang tentunya kini milik kerajaan negeri. Sebahagian sahaja milik sendiri.

Terbaru majoriti penduduk tidak setuju untuk didirikan Kilang Simen di sini, memorandum tentang penolakan penduduk kampung atas pembina Kilang Simen ini aku sendiri pernah melihatnya & membacanya. Tapi ianya adalah dari suara sokongan PR. Projek ini tertangguh. Bilamana kemelut rampasan kuasa politik di Perak berlaku. Aku pula mendapat berita projek ini diteruskan jua biar pun mendapat bantahan penduduk kampung. Dalam laporan yang aku baca di internet amatlah bercanggah dengan memorandum yang aku baca.

Sebahagian tanah yang akan diusahakan adalah milik individu kalangan VVIP. Aku tidak pasti bagaimana pertukaran hak milik tanah ini boleh berlaku. Sebermula dari peranan broker tanah yang dapat memujuk orang kampug menjual Tanah Rizab Melayu untuk dilombong sekitar tahun 50an & 60an lagi fenomena perlupusan Tanah Rizab Melayu ini telah berlaku. Harga seekar tanah ketika itu cumalah sekitar RM5,000 ke RM7,000 sahaja.

Dalam keadaan sekarang bagaimana Tanah yang asalnya Rizab Melayu ini; telah tamat tempoh pajakan pelombong ini sebahagiannya boleh beralih ke tangan individu?. Sampaikan seorang VVIP dapat memiliki lebih dari 50 ekar tentunya semua ini menjadi tanda tanya. VVIP ini pula bukan orang sekitar kampung saya.

Terkadang aku terfikir, apakah masalah lebuh raya kita juga sama nanti. Bilamana tempoh 30 tahun syarikat konsesi yang memajukan lebuh raya ini akan terjadi peralihan ke individu seperti tanah lombong di Perak memang elok kita selidiki. Sebelum ini pun memang isu ini sering dibangkitkan. Kerajaan akan meletakkan harga Tanak Rizab Melayu ini mengikut taraf tanah pertanian; apabila dimajukan & dijual dengan nilai tanah pembangunan atau peindustrian oleh Siapa? lintah darah ini!?.

Bagiku yang cintakan Tanah Melayu, Akta Tanah Rizab Melayu ini janganlah diperkotak-katikkan oleh golongan politik. Merampas, memaksa bangsa sendiri menjualnya dengan alasan pembangunan tanpa akta melindungi pemiliknya samalah seperti kita menjual negara sendiri yang dulunya bernama Tanah Melayu.

Apa yang YB tulis
Tanpa NamaTanpa Nama berkata...

Islam menggalakkan umatnya rajin berusaha. Tanah terbiar lambang kepada pembaziran dan kemalasan. Ikut syariah islam tanah yang terbiar dan tidak berusaha berhak untuk dirampas oleh kerajaan. Mungkin kerana kerajaan tidak mengamalkan syariah ini menyebabkan umat islam terkebelakang.

YB

YB

Memang ini masalah besar kita orang Melayu. Sebut sahaja negeri miskin, kita akan terbayang Kelantan, sedangkan jika kita mengaku secara jujur; Bukan Kelantan sahaja.

Mana-mana negeri di Malaysia ramai yang terperangkap dengan kemiskinan. Makin ramai anak watan negeri tersebut berhijrah, hingga tanah pusaka terbiar.

Ibu, ayah, mungkin dari moyang kita lagi, telah mengusahakan tanah tersebut. Seperti tanah pusaka arwah Apak semuanya terurus ketika dia masih hidup. Anak-anak yang membiarkannya.

Kemudian gerladangan kampung memusnahkan dengan mencuri kayu yang tak seberapa harganya tanpa kenal hukum hakam agama.

Kerajaan pula bermain politik, bayangkan borang yang diberi pun dikatakan hilang. Kita tersepit dengan modal. Tanah diusahakan mereka mahukan 70% hasilnya; itu di atas kertas, sebenarnya pemilik tanah sekadar dapat sisa.

YB pun tahu dengan usaha YB terhadap 5 ekar tanah itu. Modal tak sebanyak mana bagi yang berduit. Kenapa mesti kita rampas hak pemilik tanah ini.

YB,

Pemodal besar kalangan orang politik juga; mereka ini rakus, dia pinda akta tanah & seperti kata YB, diyakini pula dengan syariat Islam yang memang isu sensitif jika dipersoalkan.

Ianya mengaitkan agihan harta negara yang tidak seimbang pengagihannya.

Bagi saya yang nampak masalah ini, adalah lebih baik kita jadikan tanah pusaka itu hutan simpan. Biar burung-burung makan buah senduduk, cenderai, atau mempoyan, daripada kita serah pada mereka yang akan terus menindas kita yang naif ini.

Hidup ini bagai roda, jika niat kita baik pasti anak cucu kita akan membela tanah ini nanti. Aku yakin dengan itu YB. Janji cukai tanah kita bayar. Jangan ada lorong untuk mereka merampasnya.

Rasanya mereka yang lain harus menyedari ini.

YB saya amat kecewa, sikap kita yang bila bersara lebih sayang rumah teres tak sebesar mana di bandar & bercita-cita menjual tanah pusaka di kampung untuk memiliki kereta mewah yang susut harga itu.

06 Oktober 2009

MMms 20 Mata Berkedip-kedip (Singgahsana)

Sejak pagi tadi mata kiriku asyik berkedip-kedip. Kata Opah, kalau mata berkedip sebelah kanan, nak jumpa orang jauh. Kalau mata berkedip sebelah kiri, nak menangis. Fuhh! kenapa pula ni?, apa pula perkhabaran tidak baik?.

Bukan sekali dua aku menyemak kad perubatan PKupm. Memastikan temujanjiku dengan Dr Imah tepat waktik & ketikanya. Mati-matian aku yakini temujanjiku pada 10 Oktober. Top-top aku tersasar jangkaan. 6 Oktober. Semalam seharusnya aku puasa & ambil darah untuk ujian terapi sakit kronikku. Itu entah kenapa pagi tadi aku terbuka hati nak ke bukan kad itu. Rumah tiada Kalendar Kuda kalau tidak pasti tak jadi macam ini. Entah kali keberapa aku asyik terbabas temujanji.

Selalunya PKupm akan telefon sehari sebelum temujanji. Mereka pun mungkin keliru mana satu nombor yang boleh mereka gunapakai. Selalunya aku guna nombor Eris UPM6333. Eris & keluarganya telah nun jauh merantau di Australia. Kenapa aku tak guna nombor telefon bimbitku, siap ada penggera, kalendar pelbagai; Tak reti nak guna pun. Aku punyai dua nombor lagi yang aktif, satu Celcom nombor cantiknya telah pun dikitar semula tapi masih ada 013. Nombor 013 ini aku rasanya telah lebih dari 5 tahun aku pakai. Satu lagi nombor rahsia DiGi memang cantik nombor ini. Emmm! nama sahaja ada nombor telefon bimbit; jarang amat aku bukan. Aku pernah kasi nombor rahsia itu pada PKupm tapi kalau tak dihidupkan telefon itu masakan boleh berdering.

"Maaflah doktor saya boleh terbabas tarikh temujanji..!" Dr Imah senyum sahaja, tak pernah tahu marah. Dia klik-klik komputernya

"Sepatutnya semalam datang, nampaknya hari ini kena buat ujian darah!, puasa tak hari ini?"

"Puasa!" Aku tenguk bacaan di pengamat digital tekanan darah, Sphygmomanometer nak nyebutnya pun aku tak reti. Bacaannya 147/86 mmHg. Boleh tahan.

Skala untuk pengujian tekanan darah tinggi, tanpa mempedulikan umur, telah dimapankan oleh World Health Organization (WHO), seperti ditunjukkan di bawah:

Optimal 120/80 kebawah,
Normal 130/85 kebawah,
High-normal 140/90 kebawah,
Tekanan darah tinggi tingkat 1 (agak) 160/100 kebawah,
Tekanan darah tinggi tingkat 2 (cukupan) 180/110 kebawah,
Tekanan darah tinggi tingkat 3 (parah) 180/110 keatas.

"Bulan sudah saya dah buat ujian darah di klinik pakar jantung Hospital Serdang, doktor!, yang saya cerita sampai ambil 5 tiub darah tu... glukos! sahaja yang sangkut. 7.++ mmHg lebih, yang lain doktor kata okey!"

"Mereka tak tambah apa-apa ubat!"

"Tak!"

"Tenguk ujian hari ini kalau glukos tu tidak berkurangan kita tambah..!" Aku tak pasti apa Doktor Imah sebut. Mungkin kadar kekuatan ubat agar aku jadi tambah pening. Lepas pening lalat, meraban pengsan. Adoi!.

Masa menunggu tadi jumpa Kak Nor, dia kata tanah emaknya nak jadi lebuh raya, sudah berharga berjuta. Kalau tanah pusaka keluarga Kak Nor kena jadi lebuh raya; tanah pusaka arwah emakku bersempadan dengan tanak Kak Nor. Di mana tanah yang sama letaknya rumah arwah Opah AC itu, memang sepelaung sahaja dengan tanah Kak Nor ceritera itu. Pasti terkena juga lebuh raya itu. Aku pernah berandai kes begini mungkin terjadi.

"Mentang-mentang tanah itu Rizab Melayu tak semahal mana, bila sudah berjuta harganya nanti barulah keluarga AC tu akan datang ketemu aku!" Aku pernah ucapkan kata-kata ini.

Sayang tanah tapak kedai & rumah Arwah Opah AC itu status masih samar, aku cuba dapatkan gerannya sampai kini tidak ditemui. Selama ini semasa Arwah Apak masih ada, memang dia yang uruskan semua cukai tanah itu. Memang luas tanah itu termasuk tanah wakaf masjid. Isunya di mana perginya geran itu yang hilang di peti besi gajah rona hijau ketika diceroboh. Aku sering menulis masalah ini di dalam blogku sebelum ini.

Keputusan ujian darahku akan siap pada jam 4:00 petang nanti. Aku dapat rasakan memang badan semakin berat & gatal-gatal. Masalah diabetes ini memang tidak pernah selesai. Silap makan sahaja pasti akan melantun naik bacaan mmHgnya.

MMsm 18

MMms 17

MMms 6


Kematian itu mana mungkin ditangguhi 3 (Singgahsana)

Aku tenguk Ulan, Tok Perak & Abg Sharif telah pun menghabiskan separuh dari teh tariknya. Bukan kedai mamak tetapi restoran orang Melayu kita. Nampak juadah makanan tengah hari telah banyak tersedia. Aku buat tempahan laksa, Ulan sekadar roti bakar, Tok Perak & Abg Sharif Mee Soto.

"Soto ini aku sudah biasa, hidup dengan masyarakat Jawa memang Soto ini terdapat di mana saja!" Aku jeling Ulan. Mila memang ada kait mengait dengan Ulan. Moyang mereka adik beradik, semasa moyang Mila meninggal di Sungai Buaya, aku nampak Ulan pun ada menziarahinya. "
"Maaflah Ulan, tadi tu Datuk Satim ajak berbual..!"

"Sudah agak dah!.." Abg Sharif menyampuk pasti dia nampak aku berbual dengan Datuk Satim tadi.

"Ini yang aku risau ni abg Din, orang berpenyakit macam aku ini memang agak payah mencapai umur 60an.." Aku bagaikan nampak Malaikat Maut menjeling aku. Congak-congak tak sampai sedekad lagi aku boleh meniti hidup. Itu kalau umur panjang.

"Ala jangan fikir sangat soal mati itu iDAN" Ulan mencelah.

Aku nampak Tok Perak makin banyak beruban, dia sekitar setahun dua sahaja muda dariku. Abg Sharif seiras Daruk A. Rahman Hassan masih machoo, tak makan tua biar pun lebih tua dari aku.

"Malam tadi tu, orang rumah aku punyalah risau takut kau datang rumah, siap cakap lagi jangan datang makanan sudah habis!" Kebetulan Tok Perak buat jamuan rumah terbuka, katanya buat Mee Kari, Laksa pelbagai. Aku buka SMS sudah jam 11:00 malam, SMS itu masuk peti pesanan sekitar jam 6:00 petang. Waktu itu aku beraya dengan waris Mila, masih berada di Sungai Merab Dalam.

"Aku bukan jenis bertandang larut malamlah Atok!.." Aku tersenyum, mungkin sebab itu lambat sangat dia jawab panggilanku. Selalunya sebut sahaja Hospital Kajang, Tok Perak ini bagai Tok Penghulu di hospital itu. Boleh rujuk dia, sebab isterinya Ketua Jururawat di situ, sering berkerja di wad kecemasan siang atau pun malam.

"Aku nampak ada dua cara sahaja Encik Razak itu tak sepi sangat" Masing-masing kusyuk amat menyamu selera, laparlah amat berkejar sejak awal pagi. Memang semua tak sempat sarapan. Jam telah sekitar 11:30 pagi. Menteri kian meninggi.

"Satu cara anak daranya yang bungsu itu kena menemaninya di Terengganu!.."

"Aku pun fikir macam itu...!" Tok Perak mengiyerkan, dia meneguk air kosong yang baru dipesannya. Gelas teh tariknya bocor.

"Atau pun terpaksa jual banglow itu cari rumah di Melaka..!"

"Haa aah! sendirian di kampung orang, jauh dari saudara mara.."

"Kalau kawin lain aku rasa memang cari penyakit, umur sudah 60an.."

"Encik Razak mungkin lebih kuat dari kau iDAN!" Ulan menduga. Aku tersenyum hambar!. Sudah menyimpanglah Ulan ini.

"Kawin sekadar buat kawan!... mungkin okey kut! Ulan.." Aku terbayang anak-anak Encik Razak. Yang bungsu memang aku tak cam lagi.

"Jadi surirumah sepenuh masa ini memang penat, kena masak, basuh kain, basuh pinggan mangkuk... mengemas lagi. emmm! rumah aku tu tengah penuh pinggang mangkuk, waris kau ni Ulan datang beraya bukan main ramai!, Mila pula memang jenis serah semua bab membasuh pinggan mangkuk ini kepada aku... penat!" Aku tukar tajuk. Nampaknya mereka juga melayan perasaan sendiri. Abg Sharif lagilah mengapi-api rajuk hatiku ini.

Bab basuh pinggan mangkuk ini sebaiknya jangan dikumpul, memang cepat melambak banyaknya. Sudah itu masalah bau, ruang membasuh & cikadak yang lain. Mila kalau hari cuti ikut angin dia, aku sengaja biarkan Mila basuh, terkadang tu hari Senin penuh juga satu singki pinggan mangkuk kotor terkumpul. Senin hingga ke Jumaat memang itu tugasan rutinku.

Aku memang tak sabar mahu baiki rumah pusakaku, teringin tinggal sendirian di sana. Bila aku congak bab sendirian tanpa isteri di rumah ini rasanya aku telah terbiasa. Mila bukan sekali dua tinggal berjauhan dengan aku. Memanglah ianya amat menguji jiwawi, maka itu ingatan aku tak lekang kepada kesepian Encik Razak. Sepi aku masih punyai harapan agar Mila pulang semula ke rumah!. Sepi Encik Razak teramatlah lugu & panjangnya.

Sekadar doa & harapan agar roh Allahyarhama tetap damai di sana.

Ulan telah lenyap dengan Nissan Grand Livinanya, aku tengah memerah kapcaiku menuju ke Jenaris. Sampai di Jenaris, semuanya terlopong; pintu pagar, pintu rumah semua tidak berkunci. Anif masih asyik dengan mimpi lailanya. Emm! memang payah amat berunding si Afiz ini.

05 Oktober 2009

Kematian itu mana mungkin ditangguhi 2 (Singgahsana)


Aku baru sahaja dapat berbual dengan Pak Wahid. Pak Wahid baru sahaja bersa seperti aku; Dia kini baru berpindah ke Kampung Baru. Jadi orang kota. Koraraya lagi.

"iDAN kau tak cakapkah aku tak dapat datang sebab baru balik Ipoh!" Aku pun tak pasti, tapi memang aku ada sebut aku dapat berita dari Pak Wahid tentang pemergian isterinya ketika di Rumah Mayat Hospital Kajang.

"Ada aku cakap kut!, tak sempat pun berbual lama, Cik razak sibuk amat uruskan masalah mahu keluarkan jenazah dari Rumah mayat Kajang...tu!"

Masa aku sampai sekitar 12:00 malam ada kereta peronda Polis macam nak merompak rumah mayat sahaja. Masuk sampai ke ruang pagar sebelahan van jenazah. Pihak hospital mahu buat bedah siasat (Post Mortem). Meninggal dalam perjalanan biasalah doktor tak berani mahu buat pengesahan kut kalau pihak pewaris mahu membuat tuntutan insuran pelbagai. Tentunya keluarga Encik Razak tak mahu Allahyarhamah dibedah siasat, bila aku congak masa, belum tentu maghrib esok boleh dikebumikan. Urusan pengkebumian ini masa boleh dilambat-lambatkan. Pegawai Polis yang datang memberi cadangan agar Encik Razak buat repot kedua mengatakan pihak pewaris bertanggungjawab sepenuhnya & tidak mendakwa pihak Hospital Kajang jika berbangkit sebarang tuntutan.

Kawan seofis Encik Razak cuma ada Tok Perak, Enal TA & aku; yang lain semua jiran & waris Encik Razak. Tak kukenali. Setelah Encik Razak balik dari Balai Polis buat laporan kedua aku dengar dia bersungut.

"Emmm! tenguk ini baru doktor mahu mengesahkan yang isteri saya ini ada sakit diabetes, jantung pelbagai!" Aku nampak airmata Encik Razak bergenang. Merah. Isunya mahu dihantar ke mana jenazah ini?. Mahu dikebumikan di mana.

Dari bualan aku dengan Enal, Allahyarhamah pernah berpesan jika dia meninggal jika boleh dia mahu dikebumikan di kampung halamannya. Lojiknya pun begitu, keputusan membuat banglow di sana pun sudah cukup membuktikan niat itu. Sementelah ibunya baru meninggal, amat afdal dikebumikan di sisi pusara ibunya.

1. Jika guna Van Jenazah Hospital Kajang pasti sekitar 6:00 atau 7:00 pagi sampai di Kuala Terengganu. Sewa sekadar RM300 kurang lebih. Sampai di sana pasti ada yang menguruskan tetapi semua sahabat handal di sekitar Serdang & Sungai Besi tidak akan dapat menziarahi.

2. Cuba kontak Pusat Islam UPM, semua tidak berjawab. Tertutup cara guna khidmat UPM, biar pun Encik Razak bekas perkerja UPM, Along anaknya yang sulung pun pekerja UPM.

3. Pihak tentera Sungai Besi bertalu telefon, terpulang kepada Encik Razak bila mahu diiringi jenazah itu ke Kuala Terengganu. Mereka sedia menghantar Allahyarhamah.

1:30 pagi baru selesai, Jenazah dibawa dengan Van Jenazah Hospital Kajang ke Bandar Baru Bangi rumah anak sukung Encik Razak. Aku berjanji mahu ketemu Tok Perak di rumah anak Encik Razak si Along esok. Masalahnya alamat rumah itu yang penting. Tok Perak pun tak tergamak mahu ganggu kesedihan Encik Razak. Tak berani mahu bertanya alamat macam pemberitalah pula.

Aku sendirian pulang ke rumah, tak berani lalu kubur Arwah Mona Fendi, biar pun jalan itu lebih dekat. Aku lebih berani lalu jirat cina. Aku ini seorang yang berani sebenarnya!, tapi dalam bab kematian ini terkesima juga. Fikir yang bukan-bukan.

7:45 pagi setelah hantar Azim sekolah pelbagai, terfikir nak buka SMS di telefon bimbit; ada empat SMS dua dari Pak Wahid, kata SMSnya 7:30 pagi Jenazah akan diiringi ke Kuala Terengganu dikapan di Masjid Bangi depan Klinik Zaharah. Aku terbayang Masjid Bangi berkubah hijau itu.

Aku telefon Tok Perak, berpesan dia agar kejar ke masjid berkubah hijau itu, jika ada seberang berita SMS aku, buka nombor telefon rahsiaku. Atan sebelahnya mengamuk marah, katanya dia tunggu aku jemput dia, tak tidur sampai jam 1:00 pagi menunggu aku malam tadi. Aku memang tidak berjanji pergi dengan dia. Masa aku telefon dia malam tadi pun dia macam tak sungguh-sungguh ajak aku ke Rumah Mayat. Kami tinggal setaman.

Sekitar 8:05 pagi aku telah siap mandi koboi, kejutkan Afiz untuk praktikal & pesan jangan lupa kunci semua pintu & pagar utama. Ayah mungkin lambat balik. Anif masih mimpi jumpa Makwe cit-catnya. Atau Ratu permainan komputernya.

Aku berkeyakinan, dalam bab menziarahi jenazah, kita berniat sahaja pasti Allah SWT akan melorongkan seluas jalan untuk menuju ke sana. Jarang aku terlepas agenda ziarah kematian; kecuali kes arwah emak meninggal ketika aku tidak di Malaysia.

Telahan aku benar, SMS Pak Wahid andaian belaka. Ramai pengunjung di masjid. Terutama rakan-rakan lamaku yang telah lama pencen pelbagai. Abg Soib paling bising; diam-diam dia selalu buka blog aku ini. Dari jauh lagi dia melambai aku.

"Apa yang kau tulis dalam blog kau iDAN oiii!.." Bisingnya, tak sempat nak tanya apa yang tak kena dengan tulisanku.

Sempat berbual panjang dengan Datuk Satim. Dia memang kawan baik aku, dia jenis mesra dengan siapa jua. Aku yang rasa kecik amat bila jumpa dia. Apatah lagi aku pakai kapcai laih aku parkir sebelah BMW mewahnya. Dia siap ada dua orang pengiring. Emmm! dia bangkitkan isu kuil kita, rasanya aku pernah kupas isu ini di blog aku. Pendapatnya seiras pendapat aku; kiranya kotak fikiran aku ini bertaraf VVIP (Huh! perasanlah ni).

Pendikkan cerita sudah sembahyang semua jam 11:00 pagi bertolaklah Van Jenazah milik tentera, tak pasti darat , laut, udara ke?.. aku tak pandai lambang-lambang ini semua, tapi kata Pak Wahid arwah berkerja di kem tentera darat. Aku antara orang terakhir bertolak dari masjid. Sebabnya bukan apa... Kapcai aku parkir sebelah BMW Datuk Satim, asap kapcai aku kalau mula dihidupkan enjin mahu mati semua nyamuk & agas-agas seluruh Bangi. Datuk Satim masih tak habis-habis berbual dengan Pak Ya Pahang. Ulan bersama Tok Perak & Abg Sharif pula telah menunggu aku di restoran nak belanja aku sarapan.

Akhir ceritera aku pakai juga topi Jermanku & hidupkan enjin kapcai, berjerebu satu masjid asapnya. Datuk Satim benar-benar terkejut. Dia siap melambai.

"iDAN ... jumpa lagi!..." Siap melambai & kasi Salam; dia duduk dikusyen empoknya, enjinnya dihidupan oleh pemandunya. Senyap tak berbunyi. Kapcai aku yang melalak. Aku senyum sendiri, dua kemungkinan memang Datuk Satim tergesa-gesa masuk ke cerimn gelapnya. Pertamanya sudah habis bersembang atau pun kedua takut terhidu asap kapcaiku. Aku yakin sebab kedua itu.

Aku pun rempit bagai nak rak kapcaiku; Pelekat di kapcai aku memang terpapar 280/320 km/h HighWay. Mencari mana satu kedai mamak Ulan, Tok Perak sedang menungguku.

- bersambung.

Kematian itu mana mungkin ditangguhi (Singgahsana)


"Mila isteri Encik Razak baru saja meninggal di Hospital Kajang...!"

"Lelaki sekarang isteri, meninggal ada peluang kahwin lagi!"

"Tak semua lelaki begitu Mila, jika gila nak kahwin lagi... biasanya umur 30an itu paling sesuai; bukan setua Encik Razak'

Encik Razak telah bersara sekitar 4 atau 5 tahun lalu. Orang dahulu pencen berumur 56 tahun. Maknanya pasti Encik Razak berumur sekitar 6o tahun. Isterinya meninggal dunia mengejut lantaran mengidap sakit diabetes. Biasanya mereka yang punyai sakit diabetes mesti akan mengakibatkan tekanan darah tinggi & serang jantung. Usianya sekitar 5 tahun muda; melalui perbualan aku mendapat tahu isterinya masih belum bersara.

Encik Razak tak ambil skim pencen. Sebahagian duit KWSPnya digunakan buat banglow di tanah kampung isterinya di Kuala Terengganu. Encik Razak berasal dari Melaka. Atas berbincangan bersama dia beralah membuat rumah di kampung halaman isterinya. Selalunya suami amat berkeras mahu bersara di kampung halaman sendiri. Aku pernah melihat banglow melalui gambar-gambar yang Encik Razak tunjukkan semasa dia mahu bersara.

Nanum kelaziman kini telah berubah, ramai amat kalangan rakan-rakan aku berpendapat mereka lebih suka bersara di bandar. Mahu menetap di bandar setelah bersara.

"Nak buat apa tua-tua nak duduk di kampung iDAN!, kita bukan larat lagi mahu membangunkan tanah atau nak buat kerja kampung..!" Ayat sebegini bukan dari seorang dua aku temui. Ramai amat.


Encik Razak baharu sahaja menjual rumahnya di Seri Kembangan. Encik hanya mempunyai tiga orang cahayamata. Anaknya Along telah berkeluarga & membeli rumah di Bandar Baru Bangi, Angah pula mendapat kuanter di tempat kerjanya. Yang bungsu perempuan tinggal dengan Angah menyudahkan PhDnya di UPM.

Isteri Encik Razak baharu sekitar setahun dua dapat bertukar kerja di Terengganu, tidak jauh dari rumah banglow mereka. Baru sangat mereka tinggal sebumbung setelah Encik Razak Bersara. Selepas bersara Encik Razak tinggal sendirian di banglownya di Kuala Terengganu itu.

Sebelum ini isterinya berkerja sebagai staf pejabat di Kem Sungai Besi. Encik Razak selalulah berulang alik ke Seri Kembangan; ketemu isterinya. Ketika itu anak-anaknya isterinya, Angah & yang bungsu tinggal di rumah Encik Razak yang baru sahaja dijual. Sesekali aku terjumpa dengan Encik Razak jika dia datang ke sekitar pejabat lamaku.

Khabarnya Mak Mertua Encik Razak baru sahaja meninggal dunia di bulan puasa tempoh hari. Aku tak pasti apakah Encik Razak masih ada Pak Mertua. Jika Encik Razak telah berumur 60 tahun; rasanya kalau pun punyai Pak Mertua memang telah amat berumur. Pasti telah berusia 80an.

Pemergian isterinya ini pastilah satu kehilangan yang amat terasa. Sudahlah Encik Razak merantau di negeri orang; anak-anak pula berjauhan. Tinggal pula di banglow yang besar. Tidak dapat aku bayangkan kesepian di hati Encik Razak. Selama ini pun aku lihat mereka adalah pasangan bahagia. Tidak pernah terdengar mereka berbalahan Allahyarhamah isteri Encik Razak sememang seorang isterinya nampak sopan & lemah lembut orangnya.

Aku yakin amat payah cinta mereka ini dapat dilupakan. Pastinya akan mengambil masa yang lama untuk memujuk hati agar menerima cinta yang lain. Telahan Mila isteri meninggal akan ada peluang bernikah lagi rasanya amat payah berlaku jika pasangan ini punyai ikatan cinta yang kukuh & kuat. Apatah lagi faktor umur.

-bersambung

04 Oktober 2009

Akibat Menduakan Suami, Darah Memancut Dari Rahim (Agama)

DALAM sebuah hadis Rasulullah s. a. w. bermaksud: "Jika seorang isteri menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga kesucian dirinya (dari perbuatan tidak senonoh) dan taat kepada suaminya, ia akan masuk syurga melalui pintu mana saja yang dikehendakinya." Memang janji Allah, setiap yang berbuat dosa, balasannya diterima diakhirat kelak. Namun ada ketikanya terdapat juga dosa-dosa besar seperti berlaku curang terhadap suami, balasan seksanya sudah Allah tunjukkan di dunia lagi agar ianya menjadi iktibar kepada orang lain.


Perkara ini diakui oleh seorang bidan kampung di selatan tanahair. Bidan tersebut telah menceritakan pengalamannya menyambut kelahiran anak yang dikatakan hasil hubungan sulit si isteri itu dengan bekas kekasihnya di luar pengetahuan suaminya.

Bidan yang tidak mahu namanya disebut telah berpengalaman berpuluh tahun mengakui tragedi yang berlaku terhadap wanita berkenaan ketika melahirkan anaknya memang agak aneh dan luar biasa.

"Makcik telah mengalami berbagai peristiwa ketika menyambut kelahiran, Ada wanita yang mudah melahirkan anak. Ada pula yang mengalami masalah susah beranak kerana bayinya berkedudukan songsang atau sebagainya.

Tetapi Alhamdulillah, sejauh pengalaman makcik, mereka yang sukar melahirkan setelah diberi air jampi dan melakukan beberapa petua tertentu, wanita berkenaan akan mudah melahirkan anaknya," kata bidan tersebut.

Wanita yang disebut sebagai Salmah oleh bidan berusia
30-an itu memang tidak dapat dilupakannya.

"Dia mengalami kesakitan yang luar biasa seolah-olah ada sesuatu yang menghalang kelahiran bayinya. Hampir sejam dia bergolek-golek dan meronta-ronta menahan kesakitannya sambil meraung-raung dan merintih-rintih menyebut nama suaminya.

Berbagai usaha dilakukan oleh bidan untuk membantu Salmah seperti memberi air jampi berendamkan daun sirih. Kesan-kesan untuk melahirkan sudah ada, air ketuban telah lama meleleh, namun bayinya tetap tersendat walaupun entah berapa kali Salmah mencuba menerannya.

Apa yang menyayat hati, setiap kali Salmah berusaha meneran bayinya seluruh anggota tubuhnya menggigil, dan matanya terbelalak bagaikan menyaksikan sesuatu pemandangan yang mengerikan.

Kira-kira 10 minit selepas meminum air jampi bidan, berlakulah peristiwa aneh, ngeri dan luar biasa itu. Dari saluran rahimnya meleleh tumpahan darah yang dalam beberapa saat kemudian darah itu memancut menyembur mengenai bidan itu yang sedang memeriksanya dan percikan darah itu memercik ke dinding klinik bersalin yang tidak luas itu.

"Kejadian itu memang luar biasa. Pengalaman makciklah, wanita yang mengalami tumpah darah macam mana pun tidaklah sampai darahnya memancut sebegitu rupa. Selepas kejadian itu, makcik berfirasat ada sesuatu yang tidak kena pada wanita ini.

"Makcik mengesyaki mungkin ada dosa-dosa tertentu pernah dilakukan oleh si isteri ini terhadap suaminya. Menurut hemat makcik, selagi wanita ini tidak mengakui dosanya dan mendapatkan keampunan suaminya, selagi itulah dia tidak dapat melahirkan anaknya," kenang semula bidan itu menceritakan kepada penulis.

Seketika kemudian, bidan pun memanggil suami Salmah yang disebutnya sebagai Ustaz Azhar itu termasuk ke bilik bersalin menemui isterinya. Azhar kelihatan terharu menyaksikan penderitaan yang ditanggung oleh Salmah dan bercadang membawa Salmah untuk ke Hospital bersalin di bandar yang jauhnya kira-kira 20 km dari kampung itu.

Tetapi itu adalah masa amat kritikal hagi Salmah. Jelas pada pengamatan Azhar dan mereka yang berada di situ, Salmah kini sedang berjuang antara hidup dan mati.

Bidan pun membisikkan sesuatu ke telinga Salmah. Dan Salmah dalam keadaan tidak berupaya itu merangkul kedua tangan Azhar dan dengan suara yang terputus-putus mengakui perbuatan terkutuknya selama ini berzina beberapa kali dengan bekas kekasihnya. Hasil perzinaan itulah kehadiran bayi yang dikandungnya sekarang.

Mendengar pengakuan isterinya, terasa gelap dunia ini dirasai oleh Azhar. Jika tidak kerana ada rasa simpatinya terhadap wanita yang pernah berkongsi hidup dengannya lebih 10 tahun itu yang kini sedang terbaring penuh azab, mahu sahaja Azhar lari meninggalkan tempat itu.

Namun Tuhan mahu menunjukkan kebesaranNya melembutkan hati seorang suami. Sementara Salmah yang sedang azab itu kini pasrah dengan takdir Tuhan menghukumnya dan memohon keampunan daripada suaminya.

Memang benarlah sebagaimana yang difirasatkan oleh bidan, selepas Azhar memaaf dan mengampunkan segala dosa-dosa Salmah, Salmah pun melahirkan anaknya dengan mudah dan segera disambut oleh bidan.

Beberapa minit selepas melahirkan anaknya itu, Salmah pun menghembuskan nafas terakhirnya sementara Azhar tetap berada disampingnya dan sempat mengajarnya mengucapkan kalimah tauhid, "Laa Illaaha illallah" dan dengan mudah diikuti oleh gerak bibir Salmah ketika menghadapi nazaknya.

Menurut cerita bidan itu kepada penulis, kejadian itu berlaku kira-kira lima belas tahun lalu. Anak lelaki yang dilahirkan oleh Salmah itu kini sudah berada di tingkatan tiga dan dipelihara oleh Azhar sebagai anaknya sendiri.

Azhar selepas peristiwa tersebut beberapa tahun kemudian telah berkahwin lain dan dikurniakan dua orang anak.

Menurut Bidan, apa yang mendorong Salmah berlaku curang terhadap suaminya kerana menuduh suaminya mandul. Sementara bekas kekasihnya (difahamkan kini masih lagi hidup) mengambil kesempatan dari keadaan rumahtangga Salmah yang tidak bahagia itu kerana tidak dikurniakan anak.

"Makcik mendoakan semoga Tuhan mengampunkan dosa Salmah dan azabnya menghadapi kematian itu sebagai kifarat kepada dosanya itu. Harap kisah ini ada iktibar dan manfaatnya kepada semua," ujar bidan tersebut mengakhiri perbualannya dengan penulis.

Hasil kiriman netters dari Sedarlah

http://forum.tentangcinta.com

03 Oktober 2009

Hukum memberi salam, menjawabnya dan yang bergantung dengannya. (Agama)

Salam ialah mengucap السلام عليكم.

Dalil firman Allah تعالى :

ياأيها الذين آمنوا لا تدخلوا بيوتا غير بيوتكم حتى تستأنسوا وتسلموا على أهلها ذلكم خير لكم لعلكم تذكرون

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).

فإذا دخلتم بيوتا فسلموا على أنفسكم تحية من عند الله مباركة طيبة كذلك يبين الله لكم الآيات لعلكم تعقلون

Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.

Hadis Nabi صلى الله عليه السلم

عن ابن عمر رضي الله عنهم أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه السلم اى الاسلام خير؟ قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرفز

Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهم bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه السلم “ apakah islam yang baik?” bersabda Rasulullah صلى الله عليه السلم “memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.

Rukun salam:

  1. Orang yang memberi salam.
  2. Orang yang diberi salam kepadanya
  3. Lafaz yang digunakan bagi memberi salam dan menjawabnya.

Syarat orang yang memberi salam

Islam dan mumayyiz.

Ertinya apabila memberi salam oleh seorang islam sekalipun kanak-kanak yang mumayyiz wajib menjawab salam.

Syarat orang yang menerima salam:

Islam, mumayyiz dan baligh.

Ertinya harus memberi salam kepada kanak-kanak mumayyiz.

Dan wajib orang yang baligh menjawab salam kanak-kanak mumayyiz.

Syarat bagi ucapan salam

  1. Mestilah berlafaz pada memberi salam dan menjawabnya.
  2. Mengeluarkan suara serta memperdengarkan salam ketika memberi salam dan menjawabnya.
  3. Hendaklah berhubung antara memberi salam dan menjawabnya.

Ucapan memberi salam

1. Ucapan memberi salam yang afdhal ialah السلام عيكم ورحمة الله وبركاته . dengan lafaz ramai (kamu) dalam bahasa arab (كم) sekalipun orang yang diberi salam seorang sahaja.

2. السلام عليكم (kesejahteraan itu di atas kamu)

3. السلام عليك (kesejahteraan itu di atas engkau)

4. سلام عليك (sejahtera di atas engkau)

Ucapan menjawab salam

  1. Ucapan menjawab salam yang afdhal وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته dengan lafaz ramai, sekalipun orang yang memberi salam hanya seorang.
  2. وعليكم السلام
  3. وعليك السلام
  4. عليكم السلام
  5. السلام عليكم ini sama dengan lafaz memberi salam
  6. سلام عليكم

Hukum memberi salam dan menjawabnya.

Hukum asal memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib.

Bahagian orang yang memberi salam dan yang menjawabnya, serta hukum memberi dan menjawab salam antara mereka itu.

Ucapan salam antara dua lelaki

  1. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang diberi salam seorang.
  2. memberi salam ialah sunat aini sekiranya orang yang memberi salam seorang dan menjawabnya adalah fardu kifayah sekiranya orang yang diberi salam lebih dari satu orang.
  3. memberi salam ialah sunat kifayah sekiranya yang memberi salam lebih dari seorang, menjawabnya adalah fardu ain sekiranya yang menerima salam seorang.

Ucapan salam antara dua orang perempuan

Hukumnya sama seperti salam antara dua orang lelaki.

Ucapan salam antara lelaki dan perempuan

  1. Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.
  2. Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.
  3. Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.
  4. Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.
  5. Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.
  6. apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.
  7. harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.

Ucapan salam antara kanak-kanak dan orang dewasa

  1. Pendapat yang sahih menyatakan bahawa sunat kanak-kanak memberi salam terhadap orang dewasa manakala mereka itu wajib menjawabnya
  2. Harus bagi orang dewasa memberi salam kepada kanak-kanak dan sunat mereka itu menjawabnya.

Ucapan salam antara orang yang mendengar dan orang yang pekak

  1. Apabila hendak memberi salam kepada orang yang pekak hendaklah seorang itu menghimpunkan antara berlafas dan memberi isyarat maka wajib orang yang pekak itu menjawabnya.
  2. Sekiranya orangyang pekak memberi salam wajib lah seorang itu menjawab dengan menghimpunkan berlafas dan isyarat.

Ucapan salam antara orangyang boleh bertutur dengan orang yang bisu

  1. Sekiranya orang yang boleh bertutur memberi salam kepada orang yang bisu dan membuat isyarat orang yang bisu pada menjawab salam nescaya gugur fardu dari orang yang bisu.
  2. Apabila orang yang bisu memberi salam dengan isyarat kepada orang yang boleh bertutur maka wajib diatas orang yang boleh bertutur menjawabnya.

Memberi salam atau menjawab salam orang fasik, orang yang buat bida’h dan orang yang melakukan dosa yang besar.

Tidak disunatkan memberi salam kepada mereka dan begitu juga tidak wajib menjawab salam mereka itu bahkan seeloknya jangan memberi salam dan menjawab salam mereka itu.

Salam antara muslim dan kafir.

Haram memberi salam kepada orang kafir dan harus menjawabnya dengan lafas وعليكم sahaja, jika ada yang memberi salam kafir zimmi.

Harus menulis surat yang dihantar kepada orang kafir dengan lafasوسلام على من اتبع الهدى pada awal tulisan.

Memberi salam kepada orang islam yang bercampur gaul dengan orang kafir

Disunatkan memberi salam kepada mereka dengan kasad memberi salam kepada orang islam.

Mengirim salam kepada mereka yang tiada bersama kita

Disunatkan mengirim salam kepada orang yang tidak bersama kita samaada dengan menghantar surat atau mengirim salam melalui orang lain dan wajib orang yang itu menyampaikannya.

Wajb orangyang menerima salam yang dikirimkan menjawabnya dengan bersegera sekiranya salam yang dikirim mencukupi syarat, kecuali pada surat, tidak disyaratkan berlafas.

Waktu-waktu yang tidak disunatkan memberi salam, dan tidak wajib menjawabnya, iaitu pada ketika:

  1. sedang kadaq hajat (buang air besar atau kecil)
  2. sedang jimak.
  3. sedang istinja.
  4. sedang minum.
  5. sedang makan.
  6. sedang tidur.
  7. sedang mengantuk.
  8. sedang sujud.
  9. sedang sembahyang.

10. azan.

11. ikamat.

12. di dalam bilik air.

Dan lain-lain yakni pada tiap-tiap orang yang sedang sibuk dengan urusannya yang tidak layak memberi salam kepadanya atau orang yang sedang beribadat.

Adab memberi salam

Hendaklah yang memulakan memberi salam:

Kanak-kanak kepada orang dewasa.

Orang sedikit terhakap orang yang banyak.

Orang yang dating terhadap orang yang duduk

Orang yang berkenderaan terhadap orang yang berjalan kaki. والله اعلم

02 Oktober 2009

Adat Perpatih (Delima Merkah)

Bilamana aku membaca Cerpen Leman Nan Sebatang tulisan Nisah Haji Haron Sila Klik sini, situs cermin iDAN yang berkait dengan pergolakkan keluarga sering terjadi seyogia Adat Perpatih ini.

(Sebenarnya selain iDAN, aku sering juga menggunakan nama samaran, Kelop@k, Gelenggang, RangBulan & Peluit. Peluit ini sering digodam orang, e-melnya kerapkali payah kubuka biarpun sejak tahun 1997 aku telah pun menggunakan e-mel peluit ini di yahoo & hotmail. Mungkin Peluit banyak mengolah esei politik yang sering tak sehaluan dengan media massa arus perdana maka geng penggodam ini aktif menggodam Peluit. Di Blogspot dua akaun nick ID ini telah dimiliki orang lain; Kelopak & Gelenggang tetapi pemiliknya tak pernah aktifkan blog mereka. Aku memang sejak dulu menumpukan tulisan di server lain bukan Blogspot. Maka saya meletakkan d di awalan ejaan atau Maka jadilah ianya dkelopak & dgelenggang tak tahulah sampai bila pemblog di Blogspot Kelopak & Gelenggang ini akan menyekat URL Kelopak & Gelenggang ini)

Dik Wikipedia lebih mengatakan ianya sekadar melindungi Tanah Adat yang mana diberikan kepada anak perempuan tidak mengikut Hukam Faraid. Terpulanglah kepada kita sebagaimana pemegang adat ini.

Kekeliruan aku di sini, apakah Minang itu sama dengan Minangkabau, apakah pertuturan orang Minang itu sama dengan loghat orang Negeri Sembilan. Rasanya lain kan?. Apakah Padang itu sedaerah dengan Minangkabau. Moh! kita cari di internet.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Wanita Minangkabau. Masyarakat Minangkabau secara tradisinya memberi keistimewaan kepada kaum hawa dari sudut harta pusaka

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.

[sunting] Struktur Masyarakat Adat Perpatih

Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu [[Perut Suku dan Luak. Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak.

Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi.

[sunting] Prinsip-prinsip Adat Perpatih

Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

  1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
  2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
  3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
  4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
  5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

[sunting] Pembahagian harta

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).