iDAN
24 Oktober 2009
22 Oktober 2009
? PM akan Datang (Singgahsana)
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990)Segala perjalanan politik Ayahda Tunku ada tercatat di sini . Apa yang menarik di sini pada 22 September 1970, Ayahda Tunku terpaksa menarik diri dari UMNO lantaran tidak tahan lagi tohmahan & pelbagai isu yang membuatkan kesihatan Ayahda merosot. Ianya lebih kepada masalah tercetusnya masalah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Bagi kita yang pernah membaca buku 13 Mei - Sebelum & Selepas luahan hati Ayahda Tunku tersirat siapa yang banyak membuat wawasan Ayahda tergugat. Ayahda Tunku meninggal dunia di luar UMNO. Semangat 46 yang disokong Ayahda Tunku turut terkubur.
Elok juga kita baca apa pandangan orang Indon terhadap Malaysia ketika pemerintahan Ayahda Tunku di sini
“ Dalam pernyataan saya yang terdahulu tentang agama, saya telah menyebut negara ini adalah negara sekuler. Maksudnya negara ini bukan negara Islam. ”
“ Walaupun orang-orang Islam ingin menyaksikannya berdiri, tidak akan wujud sebuah negara Islam di Malaysia. ”
Tidak banyak berlakunya percanggahan pendapat semasa Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) mengambil alih pemerintahan. Allahyarham lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan. Tempoh perkhidmatan 22 September1970 - 14 Januari 1976. Sila Klik sini sejarah politik Allahyarham.
PM terpendek tempoh pemerintahan adalah Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Ayahda Tun Hussein lebih banyak menumpukan perpaduan antara kaum; Beliau digelar sebagai Bapa Perpaduan.
Ayahda Tun Hussein juga keluar UMNO lantaran menyokong Semangat 46. Sila klik sini jika ingin mengikuti perjalan politik beliau yang singkat.
& PM kita paling tersohor adalah Ayahda Tun Mahathir sila baca perjalanan politik beliau di sini .
Ayahda Ayahda Tun Mahathir dilahirkan di Alor Star Kedah, Semasa Perang Dunia ke II dia pernah jual goreng pisang. Ibunya orang Klang & ayahnya Mohamad Iskandar adalah warganegara India. Sila klik sini.
Beliau adalah pemimpin paling lama berkhidmat. Jasanya tidak dapat dinafikan membuatkan Malaysia gah seantero dunia. Maka itu beliau digelar Bapa Pemodenan Malaysia.
Pada 26 September 1969, Ayahda Tun Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Buku Dilema Melayu banyak mengecam perwatakan bangsa Melayu. Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum.
Pada 19 Mei 2008, Ayahda Tun Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO.
Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Ayahda Tun Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula.
Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut. Dato' Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Ayahda Tun Mahathir yang menjadi PM selama lebih 22 tahun.
Elok juga kita baca apa pandangan orang Indon tentang pemerintahan Ayahda Tun Mahathir di sini
Paling Akhir PM kita yang keluar UMNO adalah Pak Lah.
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Perjalanan politik Pak Lah sila klik sini31 Oktober 2003 – 3 April 2009 Menjadi PM.
Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet. Ramai berpendapat Pak Lah adalah penyokong Semangat 46 lantaran beliar lebih rapat dengan Team B.
Kesimpulannya di sini sejak merdeka hingga kini kita mempunyai PM dari BN tetapi sebenarnya di penghujung hayat atau perjalanan PM kita ramai yang menolak UMNO. Kenapa ini berlaku?
Kenapa UMNO sering bergolak?. Kenapa mesti PM kita masih dari UMNO tetapi menolak UMNO ketika menjadi PM?
Selepas YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak nanti siapa agaknya PM kita?
(Yang menjadi persoalannya apakah Datuk Najib juga mengikut jejak PM lain keluar UMNO. Rasanya mungkin tidak lantaran ayahdanya sahaja yang kekal di dalam UMNO sepanjang menjadi PM.)
Misteri ini masih terukir, kita sekadar dapat menunggu & lihat sejarah politik kita di Malaysia... bagaimana penghujungnya.
iDAN
Kahwin Campur 5 Juo Machi (Singgahsana)

Aku memerhati peta di mana aku akan tinggal sendirian nanti. Di daerah Ibaraki bandar terdekat adalah kotaraya Hitachi. Ibaraki adalah daerah yang kaya dengan ladang sayur & sawah padi. Tujuan aku ke perkampungan Jao Machi pun adalah untuk membuat empangan bagi bekalan air minum & jana kuasa di daerah Ibaraki. Ada beberapa bandar besar di daerah Ibaraki. Selain Hitachi terdapat Hito, Kamisu & Kitaibaraki. kotaraya di tepi Laut Pasifik.
(Aku pernah berjalan kaki sendirian sekitar sejam lebih melalui perkampungan Jepun dari Juo Machi ke pantai ini Lautan Pasifik; Semasa aku ke Hitachi bandar ini dipenuhi pokok Sakura. Sayangnya ketika itu baru bermula musim luruh, sebahagian daunnya makin menguning.)
Selamat tinggal Halim & Joe. Apalah gunanya punyai rakan merantau jika asyik mahu berperang dengan orang Jepun. Orang Jepun ini amat menghormati agama kita. Bila kami memohon untuk tempat sembahyang, mereka sediakan bilik mesyuarat yang damai untuk solat. Tapi jarang pun aku tertembung dua sahabat ini bersama solat. Sedangkan kami satu bangunan berlainan tingkat. Di PCI aku berkerja di pejabat rekabentuk. Kursus yang aku ambil memang Straktor & Rekabentuk. Kebanyakkan jurutera & pelukis pelan duduk di pejabatku.Aku amat rapat dengan Shibuya & Kait0. Shibuya amat kurang bercakap, dia seorang jurutera; asyik berkerut sahaja dahinya belik buku sepanjang hari. Si Kaito selalu rapat sebab sebelah mejaku, dia mahir AutoCad & amat cekap dalam melukis pelan.

"Kaitosan saya nak ke bank kejap! duit habis ni!" Ketika waktu rehat baru boleh berbual, jika tidak memang dia tak layan.
"Bukan bank... bang!lah, bank itu tembak!" Kaito memang suka mengusik bahasa baku Jepunku. Dia agak mahir berbahasa Inggeris, mereka sebut bank bunyi orang Indon sebut bank! (Bang). Kerapkali aku cakap Jepun dia jawab cakap Inggeris. Si Kaito datang awal sebab rumahnya jauh amat sangat, jika pergi waktu pejabat memang tak sempat. Komuter padat. Jadi dia guna waktu anjal. Selalunya aku masuk jam 10:00 pagi dia telah ada. Aku belum balik sekitar jam 9:00 ke 10:00 malam dia sudah sampai rumah ketika itu!.
"iDANsan kenapa sejak dua tiga hari nampak menung jauh sahaja?" Dia mula perasan watakku.
"Apa selama ini awak tenguk saya ini ceria selalu ke?"
"Memanglah nampak runsing kanai awak tu jauh, tapi kebelakangan ini melampau teruk!"
"Saya jumpa koibito barulah!" Sekadar mengusik
"Yadana! abunai desu ne..!"
"Orang Islam boleh kahwin empatlah Kaitosan!"Aku suka tenguk reaksinya. "Tapi dia isteri oranglah Kaitosan..."
"Abunai... abunai.. abunai! kalau kat Jepun nahas iDANsan kena cekik oleh bini!" Macam percaya sangat dia. "Carilahlah koibito lain iDANsan!"
"Awak tahu kan saya suka dua orang perempuan kat ofis ini... mereka tak layan saya pun!"
Di ofis PCI sepejabat dengan aku ada ramai juga gadis Jepun. Aku suka memerhati gelagat si Hoshino & Matsushima. Hoshino ini seksi amat berbadan macam ratu, agak besar badannya berbanding perempuan Jepun lain. Kulitnya pun tidak macam Jepun. Agak seakan kulit orang kita Melayu. Bila dia jeling aku memang luruh rasanya jantung aku. Tapi aku tak pernah ada kesempatan berbual dengan dia. Si Kaito selalu perasan aku mengintai si Hoshino ini.

Matsushima memang baik denganku, kami pernah balik malam-malam bersama. Dalam komuter tak habis berbual. Dia amat ingin tahu bagaimana orang Islam boleh beristeri ramai. Wajahku yang tak mirip Jepun memang menjadi perhatian penumpang tambahan aku bermisai, tak ramai jepun bermisai. Rumah Matsushima sehala ke Sagamihara. Matsushima tidaklah cantik amat, kecil gadisnya cuma kulitnya putih kapas. Macam Geisha pakai bedak. Entah kenapa aku tidak pernah ajak dia keluar. Rasanya Matsushima pasti tidak menolak lantaran aku bagaikan tetamu mereka. Aku suka menyendiri sahaja di Jepun.
Pernahlah juga kami keluar minum beramai, mereka orang Jepun memanglah gila arak, mabuk pelbagai, aku sekadar minum oren jus sahaja. Tapi juadahnya menarik, mestinya ada juadah yang kusukai, aku memang gemar makan Sashimi. Daging tuna yang dikukus ini memang sedap sangat. Cicah dengan kicap cair & wasabi. Okaasan pun perasan aku suka makan Sashimi. Dia rajin buatkan untukku.
Gurauan aku dengan si Kaito terkadang jadi igauan dalam tidurku. Mana Ayu senyap sepi, pelbagai persoalan timbul dalam hatiku. Aku teringat pujian dia tentang aku di komuter. Jika wanita memuji tentunya ada sesuatu yang terusik di hatinya. Habis kenapa Ayu menyepi. Hilangkah dia akan nombor telefon yang aku beri.
Apa yang tak kena maka dia senyap sahaja. Aku pun satu kenapa tak minta nombor telefon rumahnya. Batasan. Aku teringat Mila tiap kali mahu pergi jauh dari batasan. Biar pun cintaku bagaikan terbiar tapi bukan alasan untuk aku jauh memerangkap hati dengan cinta lain adalah satu kemungkinan yang amat tipis. Jika aku punyai nombor dia apa akan aku dapat mengawal diri dari senyap sepi. Jika aku dail nombor telefon rumahnya tidakkah itu menganggu namanya. Menganggu rumah tangga orang yang pasti. Maka aku titikkan soal nombor telefon.

Bilamana aku terbayang Ayu; terbayanglah sinar simpati. Sinar ini pun amat malap lantaran aku asyik nampak kelibat si Kimura dengan Pedang Samurainya. Sinar tajam & silau pedang itu bikin sinar simpati ini mati. Sungguh!, aku pun rasa bersalah kenapa tidak berterus terang dengan Rahayu yang aku telah berumah tangga. Baru adil, agar tidak akan terbit harapan & impian. Adakah isteri orang jatuh cinta dengan suami orang?. Ah! jangan perasanlah iDAN, kau itu budak kampung yang miskin. Titik!.
Tetiba Okaasan memanggil nama aku lagi, bagai selalunya dia asyik menyebut kanai. Sedangkan aku bagaikan kian terputus hubungan dengan Mila. Tak sanggup rasanya mahu kuungkai semuanya permasalah aku dia di sini. Takutnya nanti akan bertambah rumit masalahnya.
"Hai! Chotto mate kudasai" Aku berlari anak.
"Hayaku! hayaku!!..." Aku nampak wajah Okaasan memang payah mahu senyum ibu angkat Jepun aku yang ini.
"Abg iDAN Ayu ini, Ahad ini macam mana ada hal tak, Jom! datang rumah Ayu!" Memang aku agak pasti Ayu. Mana mungkin malam Jumaat begini Mila ingat aku di sini. Saban hari aku bagaikan mengira kesepian. Bagaikan kerikil yang makin tajam di lubuk hatiku.
- bersambung!.
Istilah Bahasa Jepun
Kanai : Isteri
Koibito: Kekasih
Abunai: Bahaya
San: Penghormatan pada nama orang.
Hayaku: Cepat
Hai! Chotto mate kudasai: Tunggu sebentar.
"haha": mak sendiri disebut kalau mak org lain disebut "okaasan"
Kahwin Campur 6
21 Oktober 2009
Fanatik (Ceritera@Delima Merkah)
Catatan ini aku kutip di Blok Penulis Faisal Tehrani (FT) Sila klik di blog FT jika mahu mengikuti apa respon pengikut blognya. Termasuklah aku yang memang sebagai peminat tegar Faisal sejak lama.
20 October 2009
Saya tertarik dengan pandangan Tun Dr Mahathir (bukan mengenai gear box) bahawa umat Islam mestilah menghindarkan sikap fanatik terhadap mazhab dan pemimpin agama. Kefanatikan terhadap mazhab dan kumpulan tertentu katanya, mengakibatkan persengketaan sesama Islam, sehingga berlaku bunuh membunuh. Beliau membawa contoh apa yang menimpa pengikut ahlus sunnah wal Jamaah dan syiah di Timur Tengah (khusus Iraq).
Tun Mahathir turut mengambil kesempatan 'membantai' sikap penyokong PAS yang percaya kepada dakwaan pemimpin mereka bahawa mengundi PAS dapat masuk syurga.
"Tetapi (oleh kerana) ketua dia kata, mesti ikut. Ini masalahnya, setia pada pemimpin sampai kita tidak soal dia, betul atau tidak. Sebab itu kita lihat, ada (ajaran) Ayah Pin, Ashaari Muhammad dan Rasul Melayu. Bila ada seorang kata (sesuatu), jangan tanya, terima saja. Jadi banyak yang jadi fanatik."
Dalam hal ini saya kira saya bersetuju dengan Tun Mahathir. Memang saya meluat dengan sesetengah ahli PAS yang percaya Nik Aziz maksum. Sama seperti saya jengkel apabila ada orang percaya ustaz hadis tertentu sahaja yang betul. Atau menyampah saya dengan orang yang mengkultuskan serta menabiyusufkan seorang politikus penyanjung Salman Rushdie.
Tetapi Tun ku sayang, kefanatikan dan kesetiaan membabi buta ini juga terpancar bagai cahaya terang dalam Persidangan Agung UMNO baru-baru ini. Ketua kata 1Malaysia, maka 1Malaysialah. Sebelumnya ketua kata hadhari maka hadharilah.
Bertanya memang penting. Kita tidak boleh mengikut sahaja. Pernahkah kita misalnya, bertanya, 'betulkah apa yang aku ikut selama ini? betulkah aku solat tunduk bangkit selama ini? betulkah mazhab yang aku taati selama ini sedangkan ia sendiri muncul di Baghdad ratus tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad saw?
Tun, fanatik memang punca kejumudan. Ada seorang teman saya di USM yang saya minta buka fikiran membaca dan meneroka 'wilayah baharu' seraya saya memberi kuncinya - Kasyful Ghaibiyyah, dia jawab dengan mengatakan 'aku tak berani.'
Itulah juga satu cabang fanatik. Berada di zon selesa. Sedang zon selesa itu tidak pernah ditanyakan betul atau tidak.
Fanatik kepada pemimpin yang tidak patut, memang ultra tidak patut.
Jadi, ulasan saya untuk kenyataan Tun di atas, 'engkorang' sama sahaja, sama-sama bull shit lah Tun.
Faizal Tehrani
Ini antara pandangan peribadi Sdr Zeq yang kini semakin rapat denganku lantaran saban hari Sdr Zeq sememangnya pengikut setia blogku. Begitu juga Cikgu, YangManis & ramai lagi adalah antara Pengikut Blog Mazidul 360. Sdr Mazidul adalah yang mengumpulkan kami di dunia maya yang terbuka ini.
zeqzeq berkata...
Idan Chikgu, YangManis.
Rasanya tiada istilah bermusuh dalam bicara, yang ditekankan adalah peradaban Melayu, melainkan pengomen adalah bangsa AFRIKA.. Dari segi MAKSUM rasanya tak pernah dengar TG Nik Aziz declare dia MAksum..sekadar dengar cerita mulut dan pengikut??? Pernah dengar tak ustaz/wali 30 mana2 di dunia, yang dia sendiri declare maksum?? kalau nak dikira ayat/dengar dari pengikut?? ada pengikut tegar ada pengikut yang menyamar. Pengikut Ayah Pin pernah declare gurunya Maksum.. Pengikut Rasul Malayu pun kata gurunya tiada dosa?? Nota: saya rasa saya masih orang Melayu..yang tau beradab samada ; Jika ternampak Imam memakai kain pelikat terbalik?? adakah sanggup saya berteriak, "WOI Tok Imam, kain pelikat terbalik" di depan Makmun??? Bila Bilal salah sebut semasa azan, terus saya berteriak "oii salah tu " Apakah tiada cara dengan berbisik??
6:51 AM
Sebaiknya Pemblog boleh menyekat teguran seseorang jika ianya agak peribadi, seyogia tak semua pendapat peribadi itu selari dengan pandangan orang lain tapi tak apalah tak salah siapa pun mahu menegur jika ianya dirasakan jujur & ikhlas. FT Penulis nan terbuka maka aku rasa dia dapat apa yang hati ini rasakan.
- iDAN said...
-
Memang saya meluat dengan sesetengah ahli PAS yang percaya Nik Aziz maksum... Ayat ini kena diperbetulkan, maksum itu bermaksud...! terlepas (tercerai, terpisah) drpd sesuatu yg buruk. Kamus Pelajar Edisi Kedua... Sdr Faisal jangan meletak melaut di situ, takutnya timbul Riak; persetankan dengan penyokong PAS tapi kita jangan terperangkap perkara Riak; takutnya iman kita tak setinggi mana berbanding Nik Aziz pun pengikutnya akan dipersoalkan nanti. Eloklah kita bersangka baik dengan ulama tak kira ulama UMNO atau PAS. Sebabnya kita ini bukan setaraf ulama pun!. Pengikut UMNO memang begitu sejak azalinya. Belum kita dengar mereka mengetuk meja di parlimen lagi!.
- Tuesday, October 20, 2009
- iDAN
Saya terpanggil menulis bab Riak ini lantaran ianya amat sesuatu yang tersembunyi. Terkadang kita rasa niat hati kita bersih tetapi mendapat pandangan & kesangsian di hati mereka yang melihat. Maka jiwa penulis seharusnya begitu. Tulisan hanya dapat diilhamkan dari jiwa & hati kita. Dipaparkan kepada pembaca & amat kontras penerimaannya.
Ada pembaca yang amat teliti & sensitif dengan apa jua bahan yang dibacanya, ada juga yang sambil lewa apa yang tersentuh di jiwanya sekadar cubikan manja tak sampai pun ke hati.
Jika kita amati tulisan FT dalam blognya, sememangnya niat dia jujur akan meluatnya FT dengan sesetengah pengikut PAS percaya Nik Aziz maksum. Rangkap yang sama FT juga menyampah dengan orang yang mengkultuskan serta menabiyusufkan seorang politikus penyanjung Salman Rushdie.
Tentunya pembaca seperti aku akan keliru, dua kebencian kepada dua pengikut yang kontras ini. Pengikut Nik Aziz semua tahu siapa sebenarnya & pengikut Salman Rushdie yang rata-rata kafir.
Bagiku & semua yang arif, Yang Maksum itu hanyalah Nabi atau pun Rasul. Itu pun sering kita baca ada Nabi yang tersilap@khilaf mendoakan keluarga sendiri, ditolak doa & pintaannya oleh Allah SWT secara jelas; seperti yang terjadi kepada Nabi Lut AS (Luth) di mana isterinya tenggelam bersama mereka yang engkar.
Bagiku (pandangan peribadi sila betulkan jika tersilap@ khilaf) apalah salahnya kita fanatik kepada Imam atau ketua kita atau Para Ulama. Lantaran setelah tidak ujud lagi Nabi hanya para ulamalah pewaris Nabi. Kita mahu menuntut ilmu agama dari siapa jika bukan dari para ulama.
Seperti sembahyang; sembahyang sebenarnya adalah ibarat panduan hidup jua. Jika Imam sujud apalah salahnya kita ikut sujud, sudah itu aturannya kita berjemaah. Jika Imam telah memberi salam, terpulanglah kepada kita; yang tak cukup rakaat tambahlah, yang sudah cukup memandai nak tambah rakaat apa akan jadi sembahyang kita. Fanatik yang aku maksudkan bertempat. Maka itu kita harus berguru pada guru yang betul pegangan agamanya. Sementelah itu jika pengikut setia atau tegar, baik dengan Imamnya orang UMNO atau PAS pasti dia amat menghormati atau sampai ketaraf fanatik kepada Imam mereka. Itu lumrah. Menyayangi seseorang sampai berkata.
"Awak ini baik sangatlah, pijak semut pun tak mati!" Salahkah ayat ini diluahkan untuk Idola kita, Kekasih kita, Rakan kita malahan Cikgu kita sebagai tanda penghargaan kita.
Kita bersangka baik dia, Idola kita tak buat dosa! paling tidak tak banyak dosa macam diri kita. Hakikatnya semut jika kita pijak ketika dia bercengkerama di simen... mahunya tak mati. Mana ada manusia Maksum. Tak salah jika merasakan orang yang kita sayangi tidak melakukan kesalahan atau dosa lantaran itu petanda kita bersangka baik.
Maka itu aku berpendapat tak baik kita benci dengan mereka yang nampak jalannya lurus & jernih perjuangannya. Terutama para ulama. Lurus & jernih ini terpulang pendangan masing-masing. Baik terhadap ulama UMNO mahu pun PAS. Baik Mazhab Syafie, Hanafizi & lain-lain itu. Jangan sampai kita fanatik kepada mereka yang sah syirik atau menduakan Allah SWT itu amat bahaya.
Maka itulah timbullah pelbagai mazhab. Seyogia itulah kita akan bergaduhan sampai turunnya Nabi Isa AS. Semua telah tercatat di dalam al-Quran. Mana mungkin kita menolaknya.
Fanatik dalam istilah bahasa:
| Kata | Takrif | Sumber |
| fanatik | terlalu berlebihan kepercayaannya atau keyakinannya terhadap sesuatu ajaran (politik dll) hingga melampaui batas: Beliau memang ~ dlm politiknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kefanatikan | perihal fanatik: seniman pernah ditindas dan dipatahkan oleh hukum, ideologi, dan ~ manusia. | Kamus Dewan Edisi Empat |
| mistik | 1. suluk, tasawuf: dlm hal agama dan ~, ayah sangat fanatik; 2. keadaan ghaib yg tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia, keanehan, keajaiban; kemistikan keadaan mistik. | Kamus Dewan Edisi Empat |
| kemazhaban | hal yg berkaitan dgn mazhab: tersebarnya semangat taklid dan fanatik ~. | Kamus Dewan Edisi Empat |
| taasub | terlalu kuat pegangannya atau berlebih-lebihan keyakinannya pd sesuatu; tegar hati; fanatik. mentaasubi taasub akan atau terhadap. ketaasuban keadaan atau sifat taasub. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
20 Oktober 2009
Menonton Filem Hindustan (Singgahsana)

Dua hari lalu aku menonton filem Hindi; Main Aurr Mrs Khanna (2 jam 30 minit) di TGV CINEMAS- TGV CINEMAS-Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Afiz yang tetiba teringin menonton filem Hindustan. Mungkin dia penat amat berpraktikal & berkerja. Aku sendiri pun tak pasti bila masa rehat Afiz. Tetiba dia bersuara mahu menonton filem Hindustan. Pelik juga.
"Tenguklah nanti kalau ibu balik awal kita pergi...!" Dari Jenaris ke Sunway Pyramid mahu mangambil masa sejam. Jalan terdekat mengikut Lebuh Raya Puchong; masalah yang bakal ditempoh ialah di IOI Puchong sering sesak amat lagi pun papan tandanya amat mengelirukan. Aku asyik terlepas ke Bandar Kinrara rumah lama Mila.
"Tenguk betul-betul iyer Afiz, ayah tak cam jalan ni!" Azim & Anif terlelap di belakang. Anif paling pantang kena penghawa dingin kereta. Tak sampai 15 minit dalam kereta sudah terlelap.
"Ikut lorong kiri ayah!" Petaling Jaya (PJ) & Bandar Sunway. Tak kurang empat atau lima lorong searah di depan IOI itu.
Tetiba macam nak masuk ke komplek beli belah; biar bebetul... bila dongak ke papan tanda atas terpampang ke Bandar Sunway di lorong ke dua dari kanan. Gila ke apa papan tanda ini. Tadi tulis Petaling Jaya lorong kiri tetiba terpaksa memintas dua atau tiga lorong ke kanan. Manalah orang Malaysia tak asyik kemalangan. Jika hari-hari ikut jalan yang sama okeylah jika macam aku ini dah tua-tua pelupa lagi memang bermasalah.
Entah berapa banyaklah kereta menjajar berek kecemasan bilamana aku memintas jalan mereka. Melalui lorong paling kiri sebenarnya memang boleh lepas ke PJ tapi silap belok lepaslah ke Lebuh Raya Kesas balik rumah Nyaie. Jalan terbaik dari Putrajaya ikut sahaja lorong kedua dari kanan; naik jejantas belok kiri bayar tol tibalah ke Bandar Sunway.
"Ibu pun satu, selalunya dia boleh sampai ke rumah sekitar jam 6:30 petang tapi ngapa pulak hari ini dia sampai jam 7:30 malam, kita sudah kesuntukan masa 40 minit!" Aku memandu agak laju. Mengejar masa. Dari Jenaris sekitar 7:40 malam. Kasihan Anif ingat nak belanja dia makan Tempura; asyik sebut benda itu sejak Syawal lalu.
Azim mengejutkan Anif.
"Cepat bangun Anif... cepat rugi tak tenguk lampu ini!" Suasana Sunway Pyramid ketika malam sememangnya amat cantik. Kena pula dengan kepala Singa Jantan ke... apatah. Anif yang amat payah nak ikut ayahnya menonton cerita Hindi tetiba boleh bertukar hati nak ikut bila aku pujuk ceritakan bagaimana cantiknya Sunway Pyramid.

Hebat aku memandu dalam kesesakan jalan raya boleh sampai sekitar 30 minit, selalunya aku mengambil masa sejam. Tiket agak mahal di pawagam ini. Dewasa RM12 kanak-kanak RM7. Panggung pula hampir penuh tinggal empat baris depan yang selalunya tidak dimasukkan di skrin komputer. Aku duduk sebelah Pak Arab isterinya pakai purdah. Afiz pula duduk sebelah Amoi Benggali.
Main Aurr Mrs Khanna yang mendapat 5/5 bintang wirawannya Salman Khan pelakon utama wanita Kareena Kapoor. Preety sekadar Zinta sekadar pelakon undangan menyanyikan lagu "Happening I am Happening". Ada beberapa buah lagu sedap dari filem ini antaranya Tum Ne Socha.
Ceriteranya banyak berkisar tentang suami (Samir Khanna) yang merantau di Australia gagal dalam perkerjaan membuat keputusan tanpa berunding dengan isterinya (Raina). Hanya diberitahu ketika di Lapangan Terbang Melbourn agar Raina kembali ke Delhi. Tiket telah ditempah Samir Khanna ingin mencari perkerjaan di Sinpura.
Raina pula membuat keputusan drastik tak mahu balik Delhi & masih mahu menetap di Australia. Raina bertemu dengan lelaki hidung belang (Akash) yang tergila-gila & jatuh cinta dengan Raina biar pun dia tahu Raina isteri orang. Pergolakan bertambah getir bila ada dua orang batu api yang cuba menyatukan cinta terlarang ini.
Di sinilah menguji kesetiaan seorang isteri & kesangsian seorang suami. Masing-masing ada egonya.

Salman Khan & Kareena nampak berumur dalam ceritera ini; tetapi lakonan mereka memang mantap. Lakonan Sohail Khan sebagai lelaki hidung belang pun menarik. Deepika Padukone hanya memegang watak spontan di hujung ceritera. Tiada watak dush-dush bergaduh tak tentu fasal; ianya drama keluarga & komidi yang bermoral. Memang menghiburkan.
Azim yang selalunya tidur tika menonton tak mengantuk pun. Anif yang memang ikut ibunya (Mila) benci amat bila ayahnya (Aku) tenguk ZEE boleh tertarik dengan ceritera ini. Berjaga sampai pawagam terang.
19 Oktober 2009
Faisal Tehrani (Delima Merkah)
iDAN said...menggelikan hati Saudara Faisal Tehrani (FT)... ada unsur perli! Syiah!? Sila hidup dengan golongan mereka yang ramai belajar di sini & tafsirkan sendiri siapa mereka ini.! Baik Sdr FT mahu pun Sdr Nizam, kedua-duanya adalah saudaraku seagama tapi entah kenapa hari ini ada titik Nur dari Sdr Nizam terbitkan buat Sdr FT tetapi nampak berbalam penerimaan Sdr FT. Mungkin jiwa tua ini tidak mampu berfikir sehebat Sdr FT, maka dia lebih jelas & cerah pendiriaannya. Elok juga dibongkar perjuangan JIM tidak hanya sebut PKPIM, ABIM semata; banyak pertubuhan atau parti berunsur agama kita perlu dekati & dalami. Tak salah jika mahu merapati... & terpulanglah mengandaikan mana satu pilihan iman seyogia mahu menjadi ikutan pendirian masing-masing.
Itu antara komen saya antara perselisihan pandangan Sdr Nizam & FT
"Yang pastinya saudara mungkin saja akan dimasukkan ke dalam kem pemulihan akidah atau yang seangkatan dengan nya." Sdr Nizam menulis dalam komennya di blog FT.
Jika aku di tempat FT pun pasti terusik di hati. Apakah perjuangan penulis FT selama ini disalahtafsirkan hingga perlu disumbat di kem pemulihan. Siapa nan mendekati FT rasanya pasti tahu jiwanya bagaimana. Sukar kita temui jiwa setulus & sehebat penulis Faisal Tehrani apatah lagi melalui saringan penilaian dari ilmuan & para tekuh agama dalam banyak pertandingan penulisan yang FT menangi.
Pastinya ramai tertanya-tanya kena Sdr Nizam begitu mengecam FT, apakah lantaran sikap FT yang tidak pernah menampakkan atau memihak mana-mana parti politik. Bagiku penulis yang jujur seharusnya terbuka, dia bebas meluahkan pandangan peribadinya untuk mana-mana pihak. Dunia tulisan atau Penulis yang berjaya seharusnya tidak terlampau fanatik atau terarah ke sesuatu parti politik. Akan hilang sengat nanti.
Apa yang terjadi kepada Sasterawan Negara Dato' Shahnon Ahmad dengan novel Shitnya bagiku adalah kes terpencil lantaran dia tak mahu melihat orang Melayu kita terusan berbalahan. Pasti jauh di sudut hati Dato' Shahnon Ahmad pasti amat menyayangi Mantan PM kita Ayanda Tun Dr Mahathir mengenangkan jasa Ayanda Tun yang begitu banyak buat negara kita.
Perbalahan Ayanda Tun Dr Mahathir & DS Anwar adalah mainan politik belaka. Malahan dalam isu ini Ayanda Tun sendiri mengaku sekadar mereka-reka ceritera agar dia dapat menyekat pengaruh DS Anwar ketika itu.
Penyokong yang fanatik sahaja yang payah memaafkan.
Dalam isu FT & Sdr Nizam ini aku berharap mereka dapat menjernihkan keadaan. Bagiku kita jangan menyekat kreativiti seseorang penulis separti FT@Faisal Tehrani. Tegurlah sekadarnya jika dilihat dia menyimpang & aku begitu yakin jiwa seorang Penulis Besar seperti FT amat terbuka; kenapa mesti ditakut-takutkan dengan penjara. Apatah lagi diuar-uarkan mahu disumbat di kem pemulihan akidah sebegitu. Amat tidak manisnya. Saya berharap FT terusan berkarya jangan ambil hati sangat apa yang Sdr Nizam luahkan!.
Nota :
Aku selalu berbual dengan Pelajar Sudan. Aku bertanya kenapa mereka tak rapat dengan pelajar Iran, begitu juga dengan pelajar Arab yang lain dari Palestin Syria memang dengan aku bertimang-timang baiknya.
"Saya telah tergoda dengan Amoi Arab dari Iran itulah Asem!, saya ingat nak ikut kumpulan"
"Nak saya ngap! kepala awak!" Asem memegang tengkuk saya. "Mereka itu Syiah, iDAN kena tahu cantik pun buat apa, saya lihat sebulan dua mereka bertukar suami lain!"
"Itu yang saya suka!, kawin kontrak; mutaah!" Aku suka menyakat Asem sahaja. Asem menggeleng-geleng kepalanya. Aku tahu dia memang suka dengan Latifah Omar, pelajar tahun akhir yang kerab masuk bilik kami. Maka itu antara kami tiada rahsia lagi. Aku cuba juga memakat Latifah Omar ini! tapi tak jadi. Asem jenis pemalulah amat.
Aku pula syok amat dengan Amoi Arab pelajar master & PhD dari Iran. Ramai yang cantik. Kadang-kadang aku sanggup pusing-pusing masuk makmal berkali-kali macam orang tawaf semata-mata tak puas pandang Amoi Arab ini. Tetapi mereka memang tak bercampur dengan staf apatah lagi dengan pelajar lain; mereka dengan kumpulan Iran mereka sahaja.
Bila hari Jumaat pun kumpulan ini selamba sahaja tidak Sembahyang Jumaat tetapi mereka tetap Islam.
Kahwin Campur 4 Delima (Singgahsana.)
Kekinian Tuhan menemukan aku akan seorang insan lagi rawan berbanding denganku. Cinta Ayu yang memaksa dia sampai merantau jauh bagaikan tidak terjaga. Malahan Ayu dikekang oleh delima agama yang semakin pincang & amat gusar. Anak perantau yang terbiar. Isteri yang pincang akan kasih sayang. Apatah lagi dalam ketentuan agama. Aku pun bukanlah sekuat mana imannya. Tetapi aku tetap cuba membatasi hubungan antara hati & perasaan, jalinan nan jujur & batas agama. Aku tahu apa hukumnya isteri curang pun suami yang curang. Masalah Ayu bagiku lebih ke arah jiwa & moral. Agama & cabarannya. Aku mendoakan Ayu dapat menghadapinya dengan tenang.
"Hidup kita memang selalu diuji Ayu, ada ketika kita amat menyintai kekasih kita tetapi dia bagaikan tidak pun menyambut cinta yang ujud itu!" Tetiba aku bersuara untuk diriku sebenarnya."Ayu rasa tambah keliru apatah lagi Ayu berada sendirian di negara orang!"
"Bersabarlah Ayu, banyakkan berdoa agar Tuhan kita akan memberi pertunjuk!, nombor telefon Pusat Islam ini jangan hilang; sesekali Ayu daillah nombor itu kut mereka boleh membantu Ayu... abg teringin amat nak jumpa Kimura!"
"Nantilah Ayu bincang dengan dia, bila masa yang sesuai kita pun tinggal berdekatan...!"
"Abg pun lama tak rasa masakan orang Malaysia, boleh abg tenguk bagaimana rumah Ayu, abg cuma ada masa dua minggu sahaja lagi, lepas itu abg akan berkerja jauh dari sini, Abg akan ke Juo Machi di Hitachi! "
"Maknanya mungkin Ayu tak akan jumpa abg lagi!.."Nampak pandangan Ayu makin jauh.
"Abg akan balik ke Tokyo ketika mahu balik nanti, sekitar tiga bulan sahaja abg di sana!"
"Ayu rasa terlindung dapat berbual dengan abg!, ingatkan kita boleh jumpa lagi!"
"Isk! jam berapa sekarang ni? Isk! Ayu sudah hampir 11:15 malam, komuter terakhir sekitar jam 11:45 malam...; Nak ke mana kita lepas ini iyer!" Entah kenapa terkeluar pertanyaan pelik itu dari bibirku. Tidak terfikir pun aku akan terperangkap dengan soalan yang tiba-tiba terbit dari hatiku ini.
Ayu nampak termenung jauh, bagaikan ada sesuatu yang dia fikirkan. Aku juga terkenang jauh akan Mila, semalam ke Melaka dengan siapa? Siapa yang jawab telefon di Kampung Malaysia itu. Ah! mengarut setahu aku Mila tinggal sendirian. Operator Malaysia mahu menyakatku kut!. Dua makhluk Allah SWT tercampak jauh di rantau orang tersepit dalam dilema.
"Terpulang pada Abg iDAN, Ayu ikut sahaja!" Terpulang!!!... Huh! aku terbayang suami Ayu Muhammad Kimura. Aku orang Islam, berjumpa begini pun aku telah rasa bersalah. Rasa berdosa. Apatah lagi mungkin akan menerbitkan rasa cemburu di hati Kimura. Dari cemburu manusia akan hilang pertimbangan diri, hilang pertimbangan diri akan bila-bila boleh meletuskan pemberontakan jiwa. Jika kita orang Melayu popular dengan Amoknya; Bagaimana pula orang Jepun. Aku terbayang Ninja Kimura menghunus pedang Samurainya; berkilat silau tajam amat!

Dendam Sang Suami bukan calangnya; apatah lagi melibatkan maruah diri. Mana-mana agama pun mahukan penganutkan memelihara maruah diri ini. Terpulang pada aku?.
"Ayu!, Kimura pasti risau menunggu di rumah jika kita tidak balik-balik, apatah lagi jika dia tahu kita keluar berdua, kita balik sahaja!, lagi pun kita kini di negara orang!"
Ayu macam tergamam dengan jawabanku.
"Mana bil kasi Ayu bayar!..." Suara Ayu memecah kesunyian.
"Abg iDAN yang ajak ke restoran ini, biarlah abg iDAN bayar!"
"Tak boleh macam itu... Ayu yang telefon abg iDAN ajak keluar, lagi pun Kimura memang selalu kasi duit lebih untuk Ayu berbelanja" Ayu merampas bil dari tanganku, aku perasan bilnya sekitar RM170, biasalah di Jepun sarapan pun sekitar RM20.
"Okey! kita ambil jalan tengah 50%... 50%." Aku menghulur mata wang ¥ kepada Ayu. Ayu mengalah.
"Memang fikiran Ayu berkecamuk, balik tak balik pun rasanya sama sahaja... Abg iDAN, Kimura tak akan peduli, dia balik ke rumah pun sering dalam keadaan mabuk!. Silap-silap sudah lelap tidur. Betul juga kata abg iDAN kita di negara orang!.. Jomlah kita balik!... " Betullah itu. Di negara orang dalam sesuatu keadaan manusia ini akan lebih lupa diri.
Aku terbayang akan Mila, aku terbayang wajah takdir Tuhan akan membalas setiap perbuatan curang kita di dunia. Jika aku menduakan isteri secara bukan hak, pasti Allah Azzawajalla akan membalasnya lebih teruk & berganda dari apa yang aku lakukan. Begitu juga rumah tangga Ayu, jika aku tidak ambil kesempatan dengan kekosongan hatinya pasti Allah SWT akan bersamaku. Melindungiku. Jika aku dapat meredakan kegusaran seketika stes di jiwa Ayu mungkin itu hanya pemberian & kelapangan Ilahi buat Rahayu. Aku berharapkan Kimura akan dapat memahami keresahan hari Ayu. Mungkin esok lusa mereka dapat temui jalan damai.
Komuter agak kosong, udara basah musim luruh mengigit kulit. Ayu sekadar memakai Baju T lengan panjang; nampak kesejukan. Aku memberi dia pakai kotku; perjalanan dari Shinjuku & Sagamihara agak jauh; sejam lebih baru sampai. Di komuter Ayu banyak berceritera tentang masalah keluarganya di Malaysia. Dia rasa bagai jadi yatim piatu bilamana ibunya pun jarang sekali mahu bertanya khabar. Ayahnya pun telah bertahun-tahun tak tahu beritanya. Pergolakan Ayu dalam rumahtangganya amat gurur lebih gurur dari apa yang aku alami; mungkin!.
"Nanti Ayu bincanglah dengan Kimura, kata abg ingin kenal dia, itu pun kalau dia izinkan; Kirim salam kepada dia; nanti kalau mahu keluar lagi telefon sahaja. Jangan tak minta izin suami!" Aku tersenyum, Ayu nampak panik & tersenyum lebar.
Ayu membuka kot yang dipakai; kami berpisah di Sagamihara. Ayu akan punyai dua stesen lagi di hadapannya. Aihara!; mungkinkah aku dapat ketemu Kimura di Aihara.
Berjalanan kaki dari stesen Sagamihara ke asrama pekerja PCI sekitar 15 minit, jauh juga terpaksa menyusur lorong perkampungan Jepun. Lewat malam di Jepun tak perlu takut; tak pernah ada kejadian ragut & keganasan. Cumanya lewat malam begini; aku pernah diuji wanita Jepun mabuk berjalan seiring denganku, terhoyong-hayang !.. lain kalilah aku ceritera;
Di fikiran aku masih tergiang-giang perkataan "Terpulang pada Abg iDAN, Ayu ikut sahaja!" yang Ayu lafazkan di saat komuter mahu berakhir. Sampai rebah ke bantal busuk pun aku tertanya-tanya, apakah Ayu tersinggung keputusan yang buat tadi. Aku memikirkan yang tidak-tidak; Ah! titik soal itu. Tapi memang aku tidur tak tidur malam itu.
- bersambung
Kahwin Campur 5
17 Oktober 2009
Yamagata (Santai)
Yamagata agak ke utara Jepunaku sempat melawat ladang anggur & epal di sini
Bangunan lama yang dikekalkan di YamagataSila Klik jika ingin Tentang Yamagata
Swarit terkeluar?(Singgahsana)
Tanpa Swarit Shukl di pertandingan akhir Sa Re Ga Ma Pa Little Champs 2009 tentunya mengecewakan ramai peminatnya. Tak pasti apakah yang mahu dicari oleh hakim siri Sa Re Ga Ma Pa Little Champs 2009 itu.
Bakat yang ada di diri Swarit bukanlah dibuat-buat. Dia menyanyi dengan bersahaja tetapi amat menghiburkan. Yang lain itu nampak sangat dibuat-buat suaranya. Tidak setulen suara Swarit. Jika saban tahun Sa Re Ga Ma Pa Little Champs mengamal penghakiman begini rasanya pasti ramai yang tidak akan menontonnya lagi.
Mungkin cara SMS dapat membantu Swarit. Raja SMS kita pun nampaknya semakin tenggelam. Tapi mampukah India ikut cara kita?. Bagaimana pun dengan memegang kedudukan Juara tidak semestinya akan kekal popular. Tangisan Swarit rasanya tidak berakhir di pentas Sa Re Ga Ma Pa Little Champs 2009; harapanku kanak-kanak ini akan bertambah popular & bertambah peminatnya. Swarit tetap mengukur kenangan manis bagi mereka yang mengenal seni di tubuh kecil ini.
Aku turut kecewa melihat tangisan Swarit di TV!. Selepas dia tiada lagi di Sa Re Ga Ma Pa Little Champs 2009 aku naik menyampah mahu menonton siri ini. Nampak sangat sikap auta & Kebenggaliannya. Skrip yang diolah bagaikan telah terancang. Ramai yang kecewa jika kita melihat komen di TouTube & forum yang lain.
Kenangan Swarit dengan ratu India Priyanka Chopra !!!
Kenangan mula-mula di uji bakat Swarit memang berbakat besar
Lagu kenangan dengan Shahid Kapoor filem Kaminey
http://www.mypopkorn.com/tv/saregamapa-2009
16 Oktober 2009
Kahwin Campur 3... Shinjuku (Singgahsana)
"Nampak dahsyat amat parut lukanya, bagaimana boleh jadi macam tu!" Di fikiranku berbaur dengan pelbagai persoalan. Bagaimana boleh terluka sebegitu dalam & panjang.
"Tak ada kena mengena dengan suami Ayu!"
"Baru nak sebut!"
"Ayu dapat luka ini di tempat Ayu berkerja, ada pergaduhan, kira nasib baiklah tak sampai terbunuh..!"
"Bergaduh?... takkan teruk sampai macam tu!, tempat kerja tu macam mana iyer?"
"Kelab malam Abg iDAN!, selalu berlaku macam itu, pantang ada orang mabuk!.." Aku terdiam, bagaimana Ayu yang nampak masih muda, boleh berkerja di tempat macam itu. Kelab malam itu pula bagaimana. Kelab yang bagaimana. Aku bukan jenis kenal kelab malam semua tu!. Malas nak korek di mana.
"Di kelab malam itulah Ayu kenal dengan suami Ayu!.."
"Apa namanya suami Ayu itu iyer, dia kerja apa sampai asyik bertukar tempat kerja.."
"Kimura, nama Islamnya Muhammad Kimura, dia kerja dengan syarikat insuran..!"
"Kimura...! Mana rupanya Kimura tu, orangnya besar sasakah?, berapa iyer umurnya?"
"Orangnya kecil saja, tinggi abg iDAN lagi kut!, dia baru 35 tahun."
"35 tak ada anak lagi.. Dah berapa lama Ayu bernikah iyer? "
"Lima nak masuk enam tahun, tu yang Ayu risau tu, anak pun tak ada lagi!, duduk rumah tak ada kerja rasa stres sangat, faham sahaja orang Jepun ini gila kerja, kenalah masalah dengan keuarga suami macam ini!. Kalau ada anak mungkin lain sikit!" Aku dapat membayangkan kesepian Ayu di rumah sendirian.
"Sabarlah Ayu, dulu masa awal kahwin takkah... siapa tadi nama suaminya..?"
"Kimura..!"
"Kimura telah masukkan Islam kan?, pasti ada bimbingan Majlis Agama kita!"
"Tiga bulan Perkim yang banyak ajar tentang Islam, sembahyang semua itu, selebihnya Ayu yang banyak tunjukajar, masa di Dubai tiga tahun lalu nampak okey! sangat, tak sentuh pun arak semua tu!"
"Tiga bulan manalah cukup, emmm! kalau terus tinggal di negara kita mungkin senang mahu kita bawa dia mendekati agama kita!"
"Itu yang Ayu rasa stres sangat, pengaruh di kampung halamannya kini merubah terus sikapnya. Tambahan dalam setahun lebih ini Ayu tak jumpa satu pun keluarga Melayu, Abg iDAN kut! yang pertama Ayu kenali. Pernah nampak orang kita tapi Ayu tak berani tegur. Lagipun Kimura tu nampak sahaja pendiam, nampak lembut orangnya. Cemburunya boleh tahan. Mungkin sebab dia teringat kenal Ayu di mana dulu! tak yakin dengan perubahan Ayu kut!"
"Takkanlah macam itu, lima tahun sudah kahwin rasanya dia tak akan ingat sejarah lama Ayu itu!" Aku makan Ayam Tikka Massala, Ayu Makan Nasi Briyani Roti Naan & Ayam Tandoori. Aku minum Kulfi Mango, Ayu minum kopi sahaja. "Mungkin kejutan budaya, iyerlah bila lama merantau di tempat orang & tetiba dia kembali ke kampung halamannya; terbawa-bawa kehidupan lamanya!"
"Tak tahulah Abg iDAN, terima kasihlah kerana sudi dengar masalah Ayu, rasa lega sikit hati ini!" Ayu mencapai kopinya.
"Ayu tak kontak keluarga kampung ke?..."
"Sejak mereka tahu Ayu kerja kelab malam, tak siapa pun keluarga Ayu ambil tahu pasal Ayu. Emak pun dengarnya sudah kahwin lain!, Ayu kahwin dulu pun payah nak cari wali, nasib ada Pakcik yang tinggal di KL, Pakcik Ayu yang berurusan dengan Kimura!."
Emmm! aku selalu mendengar ceritera drama di TV kisah seperti Ayu, kekinian aku benar-benar berada di dalam skripnya. Jauh pula terpisah dari negara sendiri. Aku lihat wajah Ayu sememangnya penuh dengan pergolakan. Tapi dari sinarmatanya dia amat baik, nampak tersimpan ketenangan di anak matanya. Kulitnya wajahnya pun nampak amat bersih mungkin lantaran jarang keluar rumah. Tak ada sedikit pun jeragat yang membuatkan dia seperti gadis remaja yang belum berumahtangga. Aku bertanyakan umur Ayu berapa?.
"Baru nak masuk 26 tahun!"
"Maknanya muda sangat Ayu sudah kawin!"
"Lepas SPM Ayu terus kerja, kerja kilang kejap aje!! , lepas tu kawan Ayu yang ajak Ayu kerja kat kelab malam tu, tak sampai pun dua tahun kerja kat situ terus kenal Kimura!"
Biasalah orang zaman dahulu, ramai kalangan gadis pantai timur memang kahwin muda. Sebab itu orang kata ramai kalangan gadis di sana janda muda. Tahun 90an barulah berubah, makin ramai belajar sampai ke universiti, habis belajar sekitar 23 tahun barulah berfikir soal kahwin.
- bersambung











