iDAN

08 April 2011

Ish! 2

ish! siannya dia asyik kena mangsa iklan...
tapi dia suka...

Nuffnang dari tiada


Setidak-tidaknya aku dapat jua duit saguhati lantaran meletakkan iklan Nuffnang di paparan blog ini. Buat masa ini pengikutku pun belum sampai ke 400 pelayar, sepanjang dua tahun aku meletakkan iklan Nuffnang ini aku telah pun mendapat duit saguhati sekitar RM100.

Siapa tahu seandainya pengikut bertambah akan bertambah duit saguhati yang Nuffnang kasi. Yang penting pelayar ke blog ini klik iklan Nuffnang yang tertera. Jika kita klik enjin capaian seperti Google dalam menu imejnya pasti banyak cek yang dirakamkan. Ada yang dapat sampai RM2,000 (Tak pasti berapa lama) pemberian dari Nuffnang.

Mengikut syarat Nuffnang jika jumlah yang kita dapati dari iklannya telah mencecah RM50 ke atas ianya telah boleh buat tuntutan; sekitar sebulan dari tuntutan pasti kita akan terima cek dalam RM.

Aku bercadang duit yang aku dapat ini nak beli Sijil Simpanan Premium (SSP), manalah tahu kut ianya membiak, ada rezeki bagai tahun lalu; aku dapat cabutan saguhati yang agak lumayan dari SSB. Doakanlah agar aku dimurahkan rezeki. Cara begini benar-benar menguji kita yang rezeki itu bakal jatuh dari langit jika Ilahi mahu kasi kepada kitalah.

Dalam carta Statistik Pelayar ramai sangat kalangan pengunjung blog ini hanya klik sekejap sahaja; kemudian klik ke lain. Nampaknya memang agak sukar untuk menarik perhatian pengunjung blog ini dengan hanya kata-kata. Mungkinkah Imej akan dapat menarik pengunjung untuk klik lebih lama & banyak menu dihayati.

Terima kasih Nuffnang biar pun aku sering pertikaikan terlalu banyak pemenang setiap bulan blog menarik; adalah blog kaum asing; bukan blog orang kita Melayu. Ayuh kita panjangkan ukhuwah ini & segera kembangkan capaian blog sesama kita.

Sayornara Maharaja Lawak

Astro tak sepatutnya ambil kesempatan dengan bakat Pelawak kita, yang menobatkan Pelawak adalah peminatnya. Peminat telah perabis duit dengan SMS, dengan sewa Astro, dengan masa yang banyak bersantai depan Astro Prima sepanjang rancangan Raja Lawak. Dengan menukarkan siaran Maharaja Lawak ini ke Astro Warna, secara sedar tak sedar ibarat "merompak" duit Peminat Pelawak kita. Pelawak sekadar dapat sebuah kereta mungkin sedikit imbuhan yang lain. Yang beruntung besar siapa?. Waima Astro tak pernah memaksa tetapi dalam mengekang nafsu & minat Peminat ini bukannya satu yang boleh kita pandang ringan. Langkah Astro menidakkan hak peminat terhadap Pelawak tanah air tak ubah bagaikan mereka yang berkompromi dengan Lanun Cetak Rompak. Pelawak akan pasti hilang peminatnya, lantaran tak semua penonton setuju dengan sikap tamak haluba Astro ini. Diharapkan para Pelawak kita sedar yang mereka kini dipermainkan oleh Astro untuk menambat hati peminat; Astro nampak jelas bertopengkan wang & laba semata. Pasti mereka akan hilang peminat bilamana seni lawak jenaka dicampuradukkan dengan wang ringgit. Anak saya yang masih di bangku sekolah pun kata!; "Tak tenguk Maharaja Lawak pun tak apa ayah, asalkan kita tak jadi mereka yang sengaja nak cekik darah kita!" Kata Peminat Maharaja Lawak
Sebelum gelanggang Maharaja Lawak bermula pun kehangatannya sudah dirasai dan akhirnya semalam terjawab sudah.. Sabar, ada 9 minggu lagi.. Dan ada beberapa perkara yang aku perasan dalam Maharaja Lawak ni.. Kau orang perasan tak?
  • Kumpulan Cham (Along+Asrul) yang menang tempat kedua Raja Lawak Musim Ke2 tak ikut serta.. Ke mana diarang ek?
  • Tayangan serentak Maharaja Lawak di Astro Prima dan Astro Warna hanyalah untuk minggu pertama dan kedua sahaja.. Kenapa iyer?
  • Untuk menonton Astro Warna, pelanggan Astro haruslah membeli pakej mustika dengan jumlah bayaran RM12.95.. Berbaloikah hanya untuk menonton Maharaja Lawak?
  • Rancangan Raja Lawak dan Maharaja Lawak dikatakan berbeza tetapi kenapa 3 minit sahaja diperuntukkan untuk peserta? Baru nak gelak, dah bunyi loceng..
  • Muka Pak Cu kumpulan XN3 lebih kurang sama macam muka Rahim kumpulan R2 kan? Bersaudarakah mereka? *Soalan bonus :)
Itu saja kut yang aku nak rumuskan tentang Maharaja Lawak dan aku nak kasi bintang persembahan mereka semalam berdasarkan tahap kegelakan aku..
*5 Bintang* -JOZAN-
*4 Bintang*
- JAMBU - ALEX -
*3 Bintang*
- NABIL- BALAS - MAN -
*2 Bintang*
- SEPAH - XN3 - R2
*1 Bintang*
- AMIR - WAI - JIHAN -
Bukan peminat tak mampu nak bayar RM12.95 tu... tapi cubalah hitung berapa yuran daftar.. nak potong semula pun bukan percuma... itu satu pelanggan!, bayangkan jutaan pelanggan Astro; mereka tahu nafsu manusia dalam mengekang hiburan ini amat sukar... maka itu mereka berani buat; Pihak Kerajaan dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia; kenalah mengkaji lesen Astro jika bisnes mereka semakin hari semakin mengikis duit rakyat!... Biar pun pihak Astro tak pernah pun nak memaksa. Namun berilah kebebasan bagi rakyat berkomunikasi atau berhibur. Astro Prima pun bukannya percuma, kenapa pula rancangan popular di Astro Prima ditukar ke saluran pakej Mustika. Ini menyekat minat penonton. Negara orang dah pakai antena parabola kita ni masih tersekat & terkurung!.. mabuk hiburan lagi!... iDAN: Nampaknya kita bergantung kepada YouTube; rasanya ramai kalangan pelanggan pakej Mustika boleh tolong muat turunkan rancangan Maharaja Lawak ini di YouTube. Aku pun salah seorang Peminat Raja Lawak & amat teruja untuk menonton Maharaja Lawak tapi bila fikirkan terpaksa mengeluarkan duit bukan sekadar RM12.95 tetapi kos yang lain maka terhalang niat nak melanggan AstoWarna atau Mustika. Aku termasuk dalam golongan sekitar 10,000 pelanggan Astro yang tak setuju dengan tindakan Astro menjadikan pelawak sebagai batu loncatan mereka mengauk untung berganda. Sila klik sini jika anda punya akaun di FaceBook http://www.facebook.com/login/setashome.php?ref=genlogin#!/pages/Kami-Mahu-Maharaja-Lawak-Disiarkan-Sepenuhnya-Di-Astro-Prima/165151603538157

Gambaran kiamat menurut al-Quran


Tsunami yang berlaku mungkin bayangan kecil kepada kiamat yang dijanjikan oleh Allah kepada makhluk-Nya.


SURAH al-Zalzalah termasuk dalam kategori surah Madaniyyah. Inilah pendapat Ibn Abbas, Qatadah, Muqatil dan jumhur ulama. Sedangkan Ibn Mas’ud, Ata’ dan Jabir pula berpendapat ia termasuk dalam surah Makiyyah.

Ia mengandungi lapan ayat dan diturunkan selepas surah al-Nisa’. Hubungan surah ini dengan surah al-Bayyinah adalah: Dalam surah yang lalu diterangkan balasan yang diterima oleh orang yang beriman dan orang kafir. Dalam surah ini pula, Allah SWT menjelaskan waktu dan tanda-tanda berlaku hari kebangkitan.

Sebab nuzul

Orang kafir sering bertanya tentang hari pengadilan. Mereka bertanya: Bilakah datangnya hari Kiamat itu? Manakala sesetengah yang lain bertanya: Bilakah datangnya janji itu?

Dalam surah ini, Allah SWT menerangkan tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat agar mereka mengetahui bahawa tiada jalan lain untuk menentukan hari itu iaitu hari yang didedahkan kepada manusia bahawa mereka semua akan kembali menghadap Allah SWT untuk mengurniakan balasan pahala kepada orang yang beriman serta seksaan kepada orang yang melakukan perbuatan dosa.

Tafsiran ayat

Firman Allah SWT: Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat). Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandungnya).

Ibn al-Jauzi menyebut dua pendapat ulama berkenaan dengan waktu goncangan tersebut:

i. Ia berlaku di dunia dan termasuk tanda kiamat. Inilah pendapat kebanyakan ulama.

ii. Ia goncangan pada hari kiamat. Inilah pendapat Kharijah bin Zaid.

Berkenaan dengan maksud telah mengeluarkan beban-beban berat:

i. Orang-orang mati dibangkitkan seperti kata Ibn Abbas.

ii. Segala bahan simpanannya daripada emas, perak dan lain-lain seperti pendapat Atiyyah.

Sayid Qutub berkata: Itulah peristiwa hari Kiamat di mana seluruh bumi bergegar dengan gempa-gempa yang paling dahsyat dan meluahkan segala isi perutnya dari mayat-mayat, logam-logam dan sebagainya, seolah-olah bumi mahu meringankan tubuhnya daripada kandungan-kandungan yang berat itu.

Itulah satu pemandangan yang menunjukkan segala sesuatu yang tegak di bumi telah bergoyang di bawah tapak kaki para pendengar surah ini. Mereka merasa terhuyung-hayang, bumi terus bergegar dan bergoncang di bawah tapak kaki mereka, satu pemandangan yang menakutkan hati yang selama ini menyangkakan segala apa yang tegak di bumi itu akan tetap teguh, kukuh dan kekal abadi.

Inilah kesan pertama kiamat yang digambarkan oleh al-Quran, satu gambaran yang benar-benar hidup dan menjalar ke dalam saraf-saraf pendengar ayat-ayat ini sebaik sahaja mendengar ungkapan al-Quran yang unik ini.

Kesan ini bertambah apabila digambarkan reaksi manusia terhadap pemandangan itu dan dilukiskan keadaan-keadaan perasaan mereka ketika melihat pemandangan ini.

Firman Allah SWT: Dan manusia bertanya: Mengapa bumi (menjadi begini)? Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.

Al-Mawardi mengemukakan maksud bumi mengkhabarkannya kepada dua pendapat:

i. Perkhabaran berkenaan segala amalan hamba yang dilakukan di dunia dahulu. Inilah pendapat Abu Hurairah.

ii. Mengkhabarkan berkenaan perihal kiamat. Inilah pendapat Ibn Mas’ud

Ketika berlakunya gempa bumi yang hebat ini, bumi menceritakan isinya kepadamu dalam bentuk kegoncangan, getaran yang hebat dan gerakan bumi yang dahsyat serta kehancuran seluruh isinya yang tiada tandingannya sebelum ini.

Justeru, ia akan memberi jawapan dan pengertian kepada orang yang bertanya bahawa kegoncangan yang sedang berlaku itu bukan kerana sebab-sebab yang biasa berlaku ketika seluruh alam berada dalam keadaan normal.

07 April 2011

Aida AF9


Aida nampaknya sepanjang minggu terusan mendapat tempat teratas dalam
carta undian melalui SMS
Lena, Erul & Nera yang aku kira sebagai pencabar Aida nampaknya
tak ramai mengundinya.

Tak sangka Raqib ramai peminatnya.
Raqib adalah pelajar terdekat menyaingi Aida.

Pasti ramai semakin demam AF lantaran ini adalah
musim terakhir; tak tahu apakah ianya gimit semata
atau Astro ada perancangan lain.

AF tetap diminati ramai lantaran rancangan Hiburan lain
nampaknya hambar & sukar untuk
menandingi kemeriahan AF.

Minggu ini apakah ada peserta yang akan disingkirkan.
Bagi aku biarlah paling tidak 3 pusingan@Konsert diberikan
peluang pada peserta untuk membaiki diri.
Amat sedih & terpinggir bagi peserta yang akan
disingkirkan pada Konsert Pertama
buat masa ini Laiza & Mika adalah peserta terendah.
Ada 10 minggu atau 10 Konsert yang bakal menentukan
siapakah yang dinobatkan sebagai Juara.

Jangan sampai AF satu hari nanti mengikut jejak
Maharaja Lawak; saluran kena berbayar.
Berganda Astro serta penajanya dapat untung melalui
Maharaja Lawak lantaran SMS yang dihantar
bukan sedikit jumlahnya.

http://www.astro.com.my/akademifantasia





ish1

ish!
(Klik gambar nak lihat jelas... ketakutannya)

144

semalam makin meningkat pengunjung blog ini .. 144 pelayar bagaimana mahu jadikan lebih ramai pengunjung... emm!

Fantasi jadi realiti



SELAMA lebih kurang 17 tahun mengabadikan diri di dalam bidang lakonan, akhirnya kerjaya seni Shaheizy Sam Abdul Samad sampai ke kemuncak setelah berjaya merangkul gelaran Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular (ABP10) baru-baru ini.

Dia mengaku teringin benar merangkul pencapaian sebagai artis paling popular. Malah, pelakon yang mesra dipanggil Sam itu juga tidak malu untuk mengaku bahawa sejak tiga tahun lalu, dia memasang fantasi untuk merangkul gelaran tersebut selepas melihat Datuk Siti Nurhaliza, Nabil dan Mawi menerima anugerah yang sama.

Secara spontan juga, anak teruna pelakon Khaty Fauziah itu berterima kasih kepada Siti yang memberi laluan kepada rakan artis lain termasuk dirinya untuk merasa digelar paling popular.

Katanya: “Memang dari dulu saya teringin merangkul anugerah paling popular. Tapi saya tak sangka, pencalonan kali pertama disenaraikan lima teratas telah menjadikan fantasi saya satu realiti.”

Bagi pelakon watak hero yang mula diminati melalui filem Adnan Sempit itu lagi, dia ingin dikenali sebagai pelakon yang baik memandangkan lakonan adalah karier tetapnya dari dahulu hingga kini.

Tambahnya, peminat yang menyokong dan mengundi itulah sebenarnya yang membuatkan dirinya dekat dengan populariti.

“Selain berterima kasih kepada ibu dan keluarga saya, peminat juga adalah tunjang kemenangan saya ini. Kerana sebaik mana pun saya bekerja, saya tidak akan sampai ke tahap ini tanpa sokongan dan bantuan mereka,” tutur Sam yang begitu menghargai sokongan peminat terhadapnya selama ini.

Bagaimanapun dia sedar, sebaik memegang gelaran paling popular, maka dia memikul tanggungjawab berat dengan memastikan jalur kerjayanya berada pada tahap yang tidak kendur. Dia tidak boleh membuat para peminat hilang kepercayaan terhadap dirinya kerana terbuai dengan keindahan menjadi orang popular.

Bagi Sam juga, memenangi anugerah sebegini rupa bukan merupakan penghujung di dalam karier dan tidak lagi perlu berusaha keras.

Katanya, dia belum lagi berpuas hati dengan apa yang dimilikinya hari ini. Bukan tamak, tetapi kata Sam, dia mendidik dirinya agar tidak cepat selesa.

“Mungkin bagi orang lain, kemenangan seperti ini merupakan kemuncak segalanya dalam karier seni mereka, tetapi bagi saya, masih jauh lagi perjalanan di dalam industri ini.

“Sekarang saya mahu terus memberi fokus terhadap kerjaya dan jika kita ikhlas atau buat yang terbaik, orang lain akan nampak perkara itu,” katanya bersungguh-sungguh.

Tak pandai letak harga


SAM secara terbuka menyelar penerbit filem tempatan yang kedekut untuk mengeluarkan modal yang banyak bagi menghasilkan filem yang bermutu tinggi.


Bagai menjadi satu resam, harga bakat yang disumbangkan oleh seseorang artis akan mendadak naik apabila memenangi sesuatu anugerah.

Sewaktu persoalan tentang ‘harga diri’ yang bakal dikenakan kepada pihak yang berminat untuk menerima khidmatnya selepas ini, Sam memberi jaminan dia tidak akan demanding sesuka hati. Sebaliknya harga yang dimintanya berpatutan dengan khidmat yang bakal diberikan.

“Sebenarnya diangkat sebagai paling popular adalah bonus terhadap saya. Saya berani katakan, karier saya tidak akan berubah dan saya akan sentiasa menjadi diri saya yang dahulu.

“Saya akan bekerja seperti biasa. Saya percaya, setiap tawaran yang saya terima, pihak yang menawarkan sudah mempertimbangkan dengan sebaik-baiknya tentang habuan yang akan mereka berikan kepada saya. Jujurnya, saya bukan orang yang bijak meletak harga diri,” katanya serius.

Justeru kerana tidak tahu meletak harga khidmat yang ditawarkan, dia memilih untuk duduk di bawah syarikat pengurusan dan segala urusan pembayaran atau sebagainya bukan di atas bidang kuasanya.

Sokong industri tempatan

Mengajak adik kepada pelakon Zizie Ezzette itu berbicara tentang naik turun industri tempatan, pantas dia memberitahu, industri tempatan akan maju sekiranya seluruh rakyat Malaysia bersatu menyokong industri seni sendiri.

“Apabila kita semua bersatu menyokong industri seni sendiri, saya percaya, secara automatik, industri ini akan maju. Saya ambil contoh, apabila semua peminat saya bersatu mengundi saya untuk jadi popular, maka bayangkan kalau semua rakyat Malaysia berbuat hal yang sama untuk menyokong produk tempatan, hasilnya adalah industri seni kita yang maju,” tuturnya.

Malah tanpa teragak-agak, Sam menyelar sikap penerbit yang mahu industri maju, tetapi kedekut mengeluarkan bajet yang tinggi untuk menghasilkan filem yang berkualiti dan bermutu tinggi.

Katanya: “Bagi saya, penerbit kini takut mahu keluarkan wang yang banyak kerana bimbang produk yang dikeluar atau dihasilkan tidak diterima oleh orang kita sendiri.

“Mereka takut rugi jika orang kita tak sokong produk tempatan. Jadi, jika masyarakat menyokong produk kita, saya percaya harga atau bayaran yang bakal diberi pihak penerbit mungkin akan menjadi lebih baik.”

Kekasih ibu

“Hidup saya adalah ibu saya. Ibu saya telah membesarkan saya dan kerana dia saya sampai ke tahap begini. Saya mahukan yang terbaik untuk dia kerana kesusahan yang telah dia tempuhi sepanjang tempoh membesarkan saya,” ujar Sam sedikit emosi sehingga menitiskan air mata apabila bercakap tentang ibunya, Khaty Fauziah.

Hal itu menjadi penegasan kepada kehidupannya yang kini diakui Sam sebagai masih solo. Dia juga memberitahu cintanya hanya untuk ibunya.

“Buat masa ini, hanya ibu yang menjadi ‘kekasih’ saya,” ungkapnya.

Malah, Sam turut menegaskan walau usia makin meningkat dia tidak terfikir untuk menamatkan zaman bujang lagi. Bagi Sam, perjalanan kariernya baru bermula dan dia tidak mahu memecahkan momentum kerja dengan hal peribadi.

Kosmo!

Kutipan tiket, kualiti filem jatuh

ANTARA perkara yang boleh mempengaruhi jumlah kutipan tiket filem di pawagam serta kualitinya pada masa depan ialah Skim Wajib Tayang dan pulangan duti hiburan tiket wayang kepada penerbit. Dua perkara itu paling hangat diperkatakan terutama oleh golongan penerbit filem tempatan sejak akhir-akhir ini.

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan filem tempatan pertama yang melalui pengalaman menakutkan itu apabila Skim Wajib Tayang yang diperkenalkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dipendekkan tempohnya daripada dua minggu kepada seminggu baru-baru ini.

Antara kesan pengurangan tempoh skim itu, filem terbitan KRU Studios itu hanya mampu mengutip sekitar RM6.2 juta selepas 20 hari tayangannya di pawagam minggu lalu.

Filem dengan kos RM8 juta itu sepatutnya boleh mengaut kutipan sehingga RM10 juta jika tempoh tayangannya dilanjutkan.

Semua itu gara-gara mahu memberi laluan kepada lambakan filem Melayu dengan menayangkan sebuah filem pada setiap minggu mulai Mac lalu.

Pihak pawagam tiada pilihan selain memendekkan tempoh wajib tayangan itu selain memberi laluan tayangan kepada filem-filem import.

Finas selaku penguatkuasa yang mengeluarkan lesen kepada pihak pawagam harus mengambil kira senario yang sedang berlaku itu.

Tempoh Skim Wajib Tayang dari dua minggu kepada seminggu itu seharusnya diperhalusi semula bagi survival golongan penerbit filem yang tulen pada masa depan.

Dalam hal ini, pihak pawagam tidak rugi. Sebaliknya, kalangan penerbit sukar untuk bersaing dengan filem-filem lain apabila masa yang diberikan untuk menayangkan filem-filem mereka semakin pendek. Bukan setakat untung, mahu mendapat kutipan berlipat kali ganda juga susah.

Mungkin kejayaan filem Melayu seperti Ngangkung yang mencatat kutipan tiket RM8.2 juta cuma tinggal kenangan. Ia juga hanya kekal setakat itu sahaja pencapaiannya sebagai filem tempatan paling laris kautan tiketnya sewaktu menikmati Skim Wajib Tayang selama dua minggu itu.

Bagi mengatasi lambakan tayangan filem Melayu, perlu difikirkan mekanisme baru supaya ia tidak terlalu rapat jarak tayangannya. Formula baru seperti harga tiket antara filem tempatan dan import dibezakan supaya ia memberi daya saing serta lebih menarik perhatian ramai penonton.

Sebagai contohnya, biarlah harga tiket filem tempatan lebih murah berbanding filem luar. Ini tidak, sudahlah harga tiket filem tempatan dan asing sama, tetapi pada masa sama tayangan filem import mendapat kelebihan seperti ruang panggung yang lebih besar sewaktu tayangannya.

Duti hiburan sekitar 20 peratus daripada harga tiket wayang yang dihapuskan oleh Finas digantikan dengan insentif berdasarkan kutipan tiket sesebuah filem setelah tamat tayangannya juga tidak sihat dan boleh membunuh para penerbit filem.

Ini kerana, duti hiburan yang dikenakan ke atas penonton dan kemudiannya dipulangkan semula kepada para penerbit filem banyak membantu survival dalam industri ini.

Pemulangan duti itu bukan sahaja suatu galakan tetapi ia juga suntikan baru untuk penerbitan filem-filem tempatan yang seterusnya.

Jika dikaji semula isu penghapusan duti hiburan dan tempoh tayangannya dalam Skim Wajib Tayang itu, kesimpulan yang akan dibuat oleh para penerbit filem ialah mengurangkan kos penerbitan filem. Secara tidak langsung, ia mempengaruhi kualiti dalam pembikinan filem tersebut.

Kalau kutipan tiket tinggi, para penerbit akan lebih bersemangat untuk meningkatkan kualiti dengan tambahan modal yang ada. Jika tidak, senario yang berlaku itu boleh menyebabkan semangat mereka jatuh dan kualiti filem pada masa depan juga bertambah merudum.

Banyak cara boleh difikirkan bagi mengatasi masalah itu seperti menambah jumlah pawagam. Para penerbit besar seperti MIG Production ataupun KRU Studios misalnya, harus mempunyai jaringan pawagam mereka sendiri selepas ini nanti.

Finas juga tiada alasan untuk mewujudkan pawagam mereka sendiri. Mungkin dengan cara menggunakan wang daripada penghapusan duti hiburan yang difahamkan telah dimulakan sejak hujung tahun lalu.

Tidak bergantung dengan rangkaian monopoli pawagam sedia ada, tambahan pawagam hasil inisiatif para penerbit tempatan dan Finas itu mungkin boleh membantu mengatasi lambakan tayangan filem yang semakin bertambah sejak akhir-akhir ini.

Semua itu harus dimulakan dari sekarang sebelum para penerbit filem yang aktif dan tulen seperti Skop Productions, Excellent Pictures Sdn. Bhd. dan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. hilang minat atau kualiti filem-filem mereka akan menjadi lebih teruk berbanding sekarang.

Mainan emosi dalaman Rosnan

ARKIB : 07/04/2011

KETIKA ini, hatinya bercampur baur apabila memikirkan tentang pementasan monodrama Rebab Berbisik yang akan membuka tirainya di Lambang Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, malam esok.

Sudah pasti, hati Rosnan Rahman berbunga riang apabila melihat Rebab Berbisik kembali dipentaskan di IB yang sememangnya cukup dikenali sebagai pentas seni bertaraf dunia itu.

Namun, pada masa sama, Rosnan juga tidak mampu menyembunyikan debaran kerana bimbang lakonannya dalam pementasan itu tidak dapat menangkap emosi penonton.

"Saya harus akui cabaran kali ini cukup tinggi dalam monodrama ini. Seperti mana semua sedia maklum, saya membawakan empat watak dalam pementasan ini yang memiliki suntikan emosi yang berbeza kerana ia meliputi empat fasa umur yang berlainan.

"Dalam empat watak itu, saya harus akui watak Pak Su Mat yang paling banyak menguji kredibiliti saya sebagai seorang pelakon kerana luahan emosinya cukup berat.

"Setiap dialog yang saya lontarkan semuanya mempunyai maksud dan konotasi berbeza. Malah, ia memperkatakan tentang subjek berat yang menjadi perdebatan ketika ini khususnya tentang isu makyung itu sendiri.

"Oleh kerana tidak mahu penonton cepat berasa bosan, saya perlu bijak mewarnakan dialog saya dengan suntikan humor agar mereka tidak berasa penat menonton monodrama ini," luah Rosnan.

Rosnan yang juga dikenali sebagai seorang pakyung tu berkata demikian selepas sidang akhbar kedua Rebab Berbisik yang berlangsung di IB, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani; penerbit Rebab Berbisik, Muwazir Mansor dan pengarah monodrama tersebut, Rahimidin Zahari.

Selain watak Pak Su Mat, Rosnan juga membawakan tiga watak lain iaitu Mek Ning, Mimi dan Azri.

Menyambung perbualan, graduan Universiti Sains Malaysia dalam bidang senibina itu memberitahu, dia telah melakukan persediaan yang cukup rapi kali ini.

Memandangkan kali ini ia dipentaskan di IB, dia menggunakan segala kemudahan yang ada untuk mencipta set dan sebagainya bagi memantapkan lagi persembahannya.

"Saya perlu memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar agar duit yang dikeluarkan oleh penonton itu berbaloi dengan apa yang mereka tonton.

"Bukan itu sahaja, saya juga kini giat bersenam dengan berjoging untuk mendapatkan stamina yang tinggi kerana Rebab Berbisik bukan hanya memerlukan saya melontarkan dialog tetapi juga menyanyi dan menari," kata Rosnan yang juga pernah membintangi teater muzikal antarabangsa antaranya The Sound of Music, Cats dan Saturday Night Fever ini lagi.

Untuk membintangi sebuah monodrama kata Rosnan, bukan satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan konsentrasi dalam lakonan.

"Itulah cabaran untuk seorang pelakon teater dan jika dia mampu melakukannya dengan baik serta cemerlang, maka, mereka tidak akan berdepan untuk memberikan lakonan yang mantap dalam filem serta drama," katanya yang turut berlakon dalam filem ...Dalam Botol arahan Khir Rahman.

Dalam perkembangan lain, Rosnan juga melahirkan rasa gembiranya apabila mengetahui penjualan tiket Rebab Berbisik sudah melebihi 70 peratus.

Sambil menyifatkan ia pencapaian luar biasa, Rosnan melihat kejayaan itu memberikan suntikan baru bukan hanya untuk dirinya tetapi juga buat industri teater secara keseluruhan.

Sementara itu, Muwazir pula berkata, pementasan Rebab Berbisik bukan hanya sekadar untuk memberi hiburan semata-mata.

Tetapi, misinya adalah untuk membuat kerja amal dan sebahagian daripada hasil penjualan tiket akan dibahagikan untuk disumbangkan kepada empat tokoh makyung terkenal.

"Mereka yang telah dikenal pasti ialah Ibrahim Senik, Dollah Daud @ Hamat, Tuan Kecik Tuan Yeh dan Haminah Hussin. Kesemua mereka ini sedang uzur dan hidup dalam serba kedaifan di Kelantan.

"Kami juga bangga dan gembira apabila Rebab Berbisik juga mendapat perhatian daripada badan bukan kerajaan seperti Yayasan Pink Triangle dan Institut Terjemahan Negara.

" Malah, syarikat korporat seperti JW United Corporation Sdn. Bhd. juga memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi," katanya.

Bagi mereka yang masih lagi berminat untuk menonton Rebab Berbisik dan membuat tempahan serta pembelian tiket, bolehlah menghubungi talian 03-41478600 atau layari laman web www.ticket2u.biz.

06 April 2011

Jadual Tidur Telah Bertukar 2

Duhai mengantuknya mata ini. Mana tidaknya malam tadi jam telah tepat 3:00 pagi mata masih tak rasa mengantuk, mungkin aku terlelap sekitar jam 4:30 pagi. Ketika aku terjaga lantaran nak cari selimut jam telaj lebih 4:00 pagi. Insomnia terusan menyerang aku. Masuk bulan kedua.

Jam 6:30 pagi Mila telah bising kejutkan anak-anak solat. Aku memang tidur di kamar panjang dengan anak-anak hatta mana mungkin aku dapat lelap jika ibunya telah bising. Liat belaka anaknya nak bangun. Dua jam cuma tidurnya tak mungkin aku boleh bertahan; maka kena sambung tidur semula; agar sebentar nanti aku akan tambah ceria.

8:00 pagi hantar Aziq ke kelas memandu. Itu hadiah dari ibunya lantaran dia mendapat 9A 1B dalam SPMnya; aku telah membelikan dia sebuah komputer riba untuk dia senang sambung belajar. Dalam seminggu dua ini nampaknya lainlah pula dipergunakan komputer ribanya itu. Asyik main permainan komputer & muat turun perisian dari internet. Sudah memang begitu hobinya Aziq sejak dulu.

Jadual tidur ini berubah antara lain lantaran anak-anak jua, selalunya sekitar jam 12:30 tengah malam baru anak-anak selesai berinternet atau mengadap komputer. Bukan terus tidur, paling lewat si Aziq mungkin lantaran tak sekolah lagi. 1:00 atau 2:00 pagi masih berjaga. Sambil menunggu dia terlelap biasanya aku baru dapat klik komputer.

Malam-malam tak selalunya ada ilham menulis, sekadar baca akhbar atau baca perkembangan politik. Dari Malaysia Kini, Sinar Harian, My Metro, Utusan Malaysia, Berita Harian hinggalah Harakah. Klik semua tenguk mana berita menarik. Terkadang sampai ke akhbar Indon. Sering jua aku sempat buka blog rakan juga main Farm Ville. Manalah mata hendak tidurnya.

Di Jenaris tika dinihari hanya dengar salakan anjing; mana ada suara unggas malam seperti jampuk atau cengkerik. Tanpa penghawa dingin panas membara.

qiera qierana berkata...

tahniah aziq..9a 1b..keputusan yg membanggakan..

iDAN:

B itu Bahasa Inggeris (BI) dapat B+ sayang amat sebab masa periksa percubaan BI ini dia dapat A. Katanya dia silap buat karangan & surat kiriman.

Terima kasih Kesatuan Penduduk Desa Sri Jenaris lantaran meraikan kejayaan Aziq & kasi hadiah & sijil. Ofis Mila Sime Darby menolak permohonan anugerah kecemerlangan anak stafnya lantaran mereka masih bermimpi tinggal di bumi orang putih, hanya diraikan jika BI itu A. Biar pun asasnya cuma perlu 8A termasuk BI, Bahasa Malaysia & beberapa lagi mata pelajaran yang dikatakan subjek teras.

Banyak peluang dia terlepas sebab BI ini; memang bagiku ianya kejayaan yang bukan mudah untuk dicapai & kami amat bersyukur tentunya. Kami sekeluarga berharap dia akan dapat masuk maltikulasi; sebab kos perbelanjaannya agak murah.

nak tidur.. tidurlah mata

Wajah11

w11a

w11b

w11c

mungkinkah pada matanya tersimpan rahsia


Terbiar


kita tak pernah jadi mereka
yang merempat di jalanan
tak pernah merasai
empuknya tilam
wanginya bantal
impian murni sekadar
potret mimpi.


kita jarang kena tempias hiba
tika dingin menggigit
tak ada selimut kasih
hanya semut sakit
nyamuk mengamuk
terbiar.

kita ada tanggungjawab
tapi sering abaikan
malahan sana sini kita dengar
bayi dibuang tanpa ihsan
malahan kaya harta
anak-anak sifar rasa cinta
nafkah sekadar bayang-bayang belaka.

kita tak pernah jadi mereka
seyogia itu kita tak rasa apa-apa.

iDANRADZi
desa tualang kota bharu pk.