iDAN
22 Mei 2011
21 Mei 2011
Mengapakah umat Islam digalak merebut peluang?

SYIAR
Mengapakah umat Islam digalak merebut peluang?
Oleh Ustaz Sayid Amin Jasin
Pensyarah Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri
Daripada Ibn Abbas r.a. , Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan mudamu sebelum tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan sakitmu, keadaan kaya sebelum fakirmu, keadaan lapangmu sebelum waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu."
Hadis riwayat Imam al-Hakim.
Allah s.w.t telah menciptakan manusia di dunia ini dengan tujuan mengEsakan Allah dan mengabdikan diri kepadaNya semata-mata.
Untuk mencapai tujuan ini, Allah azza wajall tidak membiarkan manusia begitu sahaja, tetapi Allah s.w.t telah membekalkan kepada manusia segala keperluan bagi melayari bahtera kehidupan dunia ini dengan pelbagai nikmat yang tidak dapat dikira manusia; usia, kekuatan, kekayaan, masa, kehidupan dan sebagainya.
Biasanya manusia akan hanyut apabila dikurniakan dengan nikmat-nikmat seperti, masa lapang yang ada, kekayaan, zaman mudanya dan juga kesihatannya.
Maka dalam hadis tadi, Rasulullah s.a.w telah menjelaskan kepada kita kepentingan merebut peluang-peluang memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t ketika 5 keadaan tadi yang merupakan takdir baik sebelum datang 5 keadaan lain yang merupakan takdir buruk bagi manusia.
Marilah kita manfaatkan takdir-takdir yang baik ini, memperbanyakkan ibadah, saling mengajak kepada kebaikan, sampaikan yang benar, cegah kemungkaran dengan kebijaksanaan, supaya kita tidak tergolong diantara orang-orang yang menyesal di akhirat kelak.
15 Mei 2011
Peribahasa

Asal Jadi
Kerja yang dibuat sambil lewa
Asal Datang
Datang dan tidak perlu lama
Asal Buat
Sesuatu perkara yang dibuat sambil lewa
Apalah kata kukur nyiur juga yang binasa
Mudah menyuruh, orang yang melakukannya yang susah.
Apabila orang miskin menghendaki wang dia mendapat anak apabila orang kaya menghendaki anak dia mendapat duit.
Lain dihajat, lain yang diperoleh.
Habis Modal
Tiada idea lagi
Habis manis sepah dibuang
Disayang semasa masih cantik
Fairus Kemalangan... langgar lembu.


▼
Cer cerite siapa pakai Toyota.

Tak sampai setahun bearing tayar depan kereta Avanza yang menjadi teman Mila meragam lagi. Rasanya baru sangat Mila tukar, mungkin sekitar enam bulan. Mungkin lebih awal. Sedangkan sejak beli lebih dari tiga tahun okey saja. WMV tahun berapa iyer.
Mila tak pernah baiki atau servis kereta di luar. Sentiasa di Pusat Servis Toyota. Isunya sekarang adakah semua Pusat Servis Toyota menggunakan alat ganti yang buatan di Thailand. Jika memang Toyota telah membuka kilang di Thailand, apakah ianya menepati piawaian.
Memanglah masalah bearing ini jika silap gaya, sebulan pun boleh rosak jika kita guna tayar besar atau sport rims saiz 18 inci masuk lubang sahaja siaplah. Meragamlah. Cumanya macam tak kena pula jika tak sampai setahun ianya perlu ditukar; Avanza Mila tu guna rim ori sahaja.
Tanda bearing tayar anda telah rosak adalah bunyi tayar yang amat kuat bagaikan mengaum jika anda memandu sekitar 100kmj. Bingit. Nak dengar radio pun tak boleh. Ianya kena tukar sepasang. Harga sepasang sekitar RM300.
Aku malas ambil tahu sangat masalah Avanza Mila ini tapi tahun lalu, bila aku tukar bateri telah berlaku kekecuhan Pusat Servis Toyota mengatakan bateri yang kami beli tak sampai 24 jam telah kondem; Pusat Servis Toyota tukar yang baru. Sedangkan bila aku pulangkan di kedai yang aku beli, mereka buat ujian dengan radas kekuatan bateri okey sahaja.
Berurusan dengan Pusat Servis Toyota semua tahu jauh lebih mahal dalam segi upah & alat ganti. Isunya kenapa tidak ditukar dengan alat ganti yang buatan di Jepun, semua tahu jauh lebih tinggi kualitinya. Barulah berbaloi pelanggan mendapat khidmat yang terbaik seperti mana Toyota janjikan.
12 Mei 2011
Sesat
Dalam ajaran / Aqidah Theosophy, Tasauf, Occultism (Ilmu Ghaib), Syiah Ismailiah dan Batiniah.
Jika ada didalam sesuatu ajaran itu seperti dibawah ini, ia adalah diwartakan sebagai Ajaran Sesat. :-
1) Guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyu.
2) Guru membuat pengakuan memegang kkunci pintu syurga.
3) Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat.
4) Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup.
5) Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat.
6) Pengikut tarekat mereka sahaj dijamin masuk syurga.
7) Mempunyai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.
8) Mempercayai bahawa semua agama adalah sama.
9) Mempercayai ada lagi nabi selepas nabi Muhammad.
10) Penyerahan rohani / jasmani kepada guru melalui nikad batin.
11) Meminta pertolongan daripada orang yang telah mati.
12) Mempercayai bahawa dirinya atau pengikutnya sahaja yang layak mendapat ma'unah (pertolongan) Allah SWT.
13) Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.
14) Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil nabi, boleh memberi sysfaat kepada muridnya.
15) Mendakwa bahawa wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW.
16) Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diterima terus dari Rasullullah secara jaga.
17) Mempercayai bahawa orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
18) Mempercayai bahawa orang tertentu tidak mati dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi.
19) Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah melalui Nur Muhammad SAW yang ada dalam dirinya.
20) Boleh memanggil roh orang mati dlam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir.
21) Memansuhkan Syariah islam dan mengadakan syariat baru.
22) Meninggalkan sembahyang Jumaat keraan mengamalkan suluk.
23) amalan haji tidak semestinya di mekah, di tempat lain juga boleh.
24) Huruf huruf dalam kalimah hanyalah lambang.
25) Mempercayai bahawa bacaan2 seorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain2 boleh memberikan kesan baik atau buruk.
26) Mengagung agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi.
27) Mengaku diri sebagai Nabi Isa.
28) Mengaku diri sebagai Imam Mahdi.
29) mendakwa menjadi wali sedangkan dirinya bergelumang dalam maksiat.
30) Mengaku tahu perkara2 ghaib dan menilik nasib sesaorang.
31) Mengaku dirinya atau gurunya maksum
32) Menghalalkan nikah adik beradik
33) Mematuhi dengan buta tuli ajaran gurunya walaupun gurunya itu melakukan kesalahan an dosa.
34) Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak, isteri dan harta benda kepada gurunya.
35) Guru mendakwa bahawa tugas tugas Rasul diamanat kepadanya.
36) Islam sesaorang itu tidak sah jika tidak diislamkan oleh gurunya.
37) Semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini.
38) Mendakwa melalui tarekatnya Allah menurunkan Nur (cahaya) di dalam badan Nabi Adam turun menurun di dalam badan semua Nabi Nabi dan seterusnya ke dalam badan Imam imam (Syiah) dan guru guru hinga kiamat.
39) Sebelum naik haji ke Mekah hendaklah bersuluk di panca Budi Medan atau di Medan sahaja.
40) Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat.
41) Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat sahabat Nabi SAW.
42) Bersemadi di tempat tempat gelap memusatkan fikiran kepada satu satu hajat.
43) Jika ada kemusykilan dalam satu satu ajaran, murid dilarang berbincang sesama sendiri tetapi hendaklah dirujuk kepada guru.
44) Boleh meramalkan kedatangan Imam mahdi dan kiamat.
45) Pengikut boleh menerima kuasa luar biasa dari guru.
46) Pengikut pengikut lelaki dan perempuan dikehendaki diuji dalam bilik khas dan bersumpah tidak akan menceritakan kepada sesiapapun apa yang terjadi dengan guru dalam bilik itu.
47) Pengikut tidak boleh berkahwin dengan bukan pengikut ajaran itu.
48) Pengikut diwajibkan merahsiakan ajaran kalu tidak akan ditimpa bala.
49) Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat.
50) Gurunya mengaku Imam mahdi dan muridnya yang kanan Nabi Isa.
51) Nikah mengikut syariat hanyalah mengikut adat sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin.
52) Percaya kepada makhluk makhluk seperti kayu bata dan dan kuasa ghaib.
53) Perbuatan maksiat seperti judi, zina dan minum arak serta segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru tarekatnya dan boleh dapat jaminan ampun dari Allah ke atas dosa pengikutnya.
54) Murid murid tidak boleh mengahwini wanita wanita yang diminati oleh gurunya.
55) Murid murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.
56) Ibadat sembahyang berpada dengan "niat" (terlintas dihati) sahaja.
57) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT.
58) Quran mempunyai makna makna batin itulah sebenar keramat.
59) Makna Quran yang zahir itu kulit sahaja tidak berguna.
60) Islam itu ada zahir dan batin; Zahir itu kulit dan batin itu isi, bila dapat isi kulit tidak berguna lagi.

Berikut adalah senarai ajaran yang telah diwartakan sesat diMalaysia oleh Majlis Ugama Islam Malaysia.
1) Nasrul Haq
2) Budi Suci
3) Al Watan
4) Budi Suci Sejati
5) Jawa Faradin
6) Silat Sunda Pukulan Ghaib
7) Tusuk Hikmat
8) Ilmu Kebatinan
9) Potong Maya
10) Naluri
11) Kaula
12) Haqqullah Syahadah
13) Rampai
14) Wali Suci
15) Kalimat Sakti
16) Silat Pukulan jarak Jauh
17) Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18) Zikir Sha'ban Islam Haq
19) Asal Wujud Garis Laksamana
20) Al Ma'zat
21) "Trancendentel Meditation"- Maharsi Mahish Yugi
22) Abdul Manan bin Harun - Tolak Hadis Ilmu
23) Mentauhidkan Allah SWT oleh Nasrun S.T. Qahar
24) Kumpulan Ikhwan / Al Mas
25) Kuasa Ghain (Tahan Diri)
26) Mohd. Nordin Putih
27) Nasrun S.T. Qahar
28) Roslan Katimun - Ajaran Wali Sembilan
29) Tariqat Naqsyahbandiah Kadirun Yahya
30) Wali Sembilan
31) Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
32) Syed Mutalib Bin Syed Mohd. Nordin
33) Ajaran Mohd. Seman Al Banjari
34) Al Arqam
35) Golongan Anti Hadis
36) Ajaran Juruzon bin Abdul Latif (Hj. Ahmad Al Walidie(Pak Su)
37) Syiah
38) Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
39) Ajaran Hj. Kahar Ahmad
40) Ajaran Ilmu Tajali Ahmad Laksamana
41) Ajaran Ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
42) Tarikat Mufaridiah
43) Ajaran Hassan Anak Rimau
44) Tarikat Aurad Ismailiah
45) Ajaran Martabat Tujuh
46) Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
47) Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
48) Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
49) Ajaran Ahmadiah / Qadiani
50) Ajaran Mohd. Nor Seman
51) Ajaran Ayah Pin
52) Ajaran Bahai
11 Mei 2011
Eksklusif: Kera HIV
SIKAP memberi makan kepada kera akan menimbulkan pelbagai masalah.Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
Jangan belai monyet bandar, undang pelbagai penyakitKUALA LUMPUR: Kera penyebar HIV, denggi, malaria, tibi! Inilah ancaman bentuk baru kepada manusia dan lebih berbahaya, haiwan itu berkeliaran di kawasan bandar. Kajian Pusat Kecemerlangan Kajian Hidupan Liar dan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) ke atas lebih 2,000 kera yang ditangkap sekitar bandar seluruh negara mendapati 80 peratus daripada haiwan itu menghidap penyakit berbahaya itu dan risiko menjangkiti manusia juga tinggi.
Hanya dengan memegang, membelai dan memeluk haiwan berkenaan, manusia boleh dijangkiti pelbagai jenis penyakit itu.
Berita Harian.
Pindah haiwan ke habitat asal
KUANTAN: Kementerian Kesihatan akan mengadakan program intervensi dan pencegahan secara besar-besaran jika terbukti kera menyebarkan jangkitan penyakit termasuk denggi, malaria dan tibi kepada manusia.
Antara langkah itu termasuk mengadakan operasi menangkap dan memindahkan kera ke habitat asal, seperti yang dilakukan ketika menangani wabak selesema burung di negara ini yang berpunca daripada ayam pada tahun 2006.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kementerian setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara itu tetapi pihaknya sentiasa melakukan pemantauan menerusi program kawalan penyakit berjangkit dengan kerjasama Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Saya minta orang ramai mengelak daripada mendekati dan bersentuhan dengan haiwan ini termasuk memberi makan atau membelai kerana kita tidak tahu ia ada membawa penyakit berjangkit.
“Kita perlu lebih berhati-hati dan berwaspada, sebaik-baiknya untuk melihat kera lebih baik ke zoo kerana lebih selamat bukan di kawasan terbuka yang terdedah dengan pelbagai risiko,” katanya pada sidang media selepas melawat Klinik Kesihatan Kuantan, di Bukit Sekilau, di sini, semalam.
Beliau mengulas mengenai laporan Berita Minggu, semalam mengenai ancaman penyakit HIV, malaria dan tibi yang boleh dijangkiti manusia.
Kajian Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan PERHILITAN ke atas lebih 2,000 kera yang ditangkap sekitar bandar seluruh negara mendapati 80 peratus daripadanya menghidap penyakit berbahaya itu.
Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Pahang, Khairiah Mohd Shariff, berkata pihaknya sudah mengenalpasti kawasan ancaman kera dan monyet di negeri ini dan dibahagikan mengikut pembahagian zon, iaitu zon serius, kurang serius dan tidak serius.
Katanya, pembahagian itu berdasarkan bilangan dan ancamannya kepada ketenteraman penduduk di sesuatu tempat.
DBKL sedia bantu PERHILITAN
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam operasi untuk mengawal serta mengurangkan populasi kera terutama di kawasan perumahan dan penempatan manusia.
Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup, berkata pihaknya akan melakukan pemantauan secara berterusan dan berusaha membantu PERHILITAN dalam menangani isu berkenaan demi memastikan keselesaan dan keselamatan warga kota.
Beliau berkata, populasi haiwan itu membiak dengan pantas, namun sebarang tindakan diambil terhadap kera adalah di bawah bidang kuasa PERHILITAN kerana ia dilindungi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Salleh turut menasihati penduduk supaya jangan mengamalkan pemberian makanan kepada kera.
Berita Harian.
10 Mei 2011
Tips untuk Anak Pintar

Oja sdg mjejaki usaha abg idan mmiliki anak yg cerdik pandaitu..dekat pula dgn ibubapanya, perasan x dgn psoalan2 oja tempohari? Oja hrp kt dpt bkongsi info...wlpun sekadar ttulis dlm puisi..
Idan Radzi
Idan Radzi
Idan Radzi pastika mereka ini tidak leka dengan dunia semata.. solat kena perhatikan, tanpa doa kita & mereka mmg sukar mendapat kejayaan cemerlang.
Idan Radzi ada masa terluang santailah bersama mereka agar mereka rapat dengan kita. Jadikan mereka kawan. Terima rakan mereka jika nampak rakan mereka baik; tegur anak-anak bila nampak rakannya macam ada masalah.
Idan Radzi
Bila dah msk alam pkerjaan, oja mdpti sijil hanya tiket utk dptkan kerja yg baik (baikpun ikut tafsiran sendiri), tp bila dah dpt kerja..tanggungjwb, sikap, kemahiran mbawa diri, mjaga diri, bbudi bhs, mengenang budi..(Segala yg dididik drmh) itulah yg lbh penting. Disitulah erti kejayaan yg sbnr2nya pd oja. Lantas, oja sentiasa pk +ve dlm pilihan org lain, bjaya itu juga subjektif!Menangis meraban sendiri.

Pernahkah anda menangis sendirian, sampai bengkak mata. Tak siapa sudi memujuk. Jauh sekali bertanya kenapa. Seorang isteri pasti sering melalui ini, salah satu puncanya adalah lantaran tindakan suami. Suami sering menyakitkan hati, jika bukan lantaran terguris hati dengan kata kesat tetapi sering menguji kesetiaan kita lantaran dia gila nak kahwin lagi. Cintanya boleh berubah serta dibahagi dua.
Para remaja pula sering menangis bagaikan meraban akibat putus cinta. Selalunya lelaki suka sangat menabur janji tapi sukar amat menepati janji. Sekadar mungkin janji masih boleh disabarkan tetapi bila kekasih hati berlaku curang sungguh amat sukar kita terima. Jadilah macam cerita Pardes, kemodenan tak kan mungkin dapat mengikis rasa cemburu. Waima ramai yang rela bergelar Ibu Tunggal dari seharian makan hati. Bukan perempuan ini ego tapi semakin kita terdedah dengan kemodenan semakin lelaki ramai tidak bertanggungjawab. Alasan utamanya adalah perempuan semakin ramai. Habis madu sepah akan dibuang.
Perempuan apa kurangnya, ramai yang makin bertuhankan duit; ramai kalangan perempuan berpelajaran atau artis contohnya asyik bercerai; bila jadi janda berhias kejap amat membujang tau-tau telah bernikah dengan jutawan. Alasannya amat ringkas. Masa muda jangan diabaikan. Siapa mahu hidup derita dengan jejaka hanya ada cinta tanpa harta. Cinta tak akan megar dengan taburan bunga cinta semata. Duit adalah segalanya.
Bila telah di ambang Warga Emas ini lagilah hidup kita akan menderita bilamana tidak dihiraukan. Jika zaman muda lagi macho ada yang sudi berbual dengan kita jika kesepian. Jika berjalan-jalan pun ada yang jeling mata untuk kita tumbuh ekornya. Sekarang ini nak bawa perut boroi pun penat; anak-anak & isteri asyik tinggalkan kita. Jauh sekali kekasih yang bergelar isteri mahu berganding tangan. Yang peliknya sesekali jika kita redah saja ke mana tanpa kasi tahu anak isteri lain pula jadinya.
Kita bukan berharta sebenarnya maka kita sekadar dapat membaca berita seorang Datuk boleh kahwin dengan artis popular yang hampir separuh umur mudanya. Kita bukan juga VVIP yang mana punyai isteri yang cantik berseri, muda amat boleh dipanggil anak olehnya.
Sebab itu bukan perempuan sahaja menangis meraban, seorang lelaki juga sering terguris hati bila hidup ini terasa semakin sepi.
07 Mei 2011
Satu dalam Seribu

Birthday celebration boleh kata sambut tiap tahun, tapi kali ini terasa sangat bermakna. Berjumpa semula dengan kawan-kawan yang pernah memberi kesan dalam hidup..berbual dgn santai, di rumah sendiri. Alhamdulillah, benar-benar rasa melalui FB.. silaturrahim dapat di eratkan. Thanks hubby kerana membantu merealitikan pertemuan hari ini.
Sukar ditemui bekas pelajar yang pernah bersama kita ketika bertugas... ingat akan kita, sudi datang majlis kenduri anak kita, sudi SMS kita. Pun sudi jemput ke rumah mereka, mengimbau kenangan lalu. Terkenang kisah 10 tahun lalu.
Oja & Epoi antara bekas pelajar yang rapat denganku ketika 28 tahun aku berkhidmat dengan UPM. Bagaikan mimpi di tengah kota sana ada seseorang yang ingatkan kita.
Sekadar nak dapat maklumat KTAC

Mungkin ada kalangan anda bekas pelajar atau keluarga yang pernah dengar tentang
KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS
154-4-10, Kompleks Maluri,
Jalan Jejaka, Taman Maluri,
55100 Kuala Lumpur.
http://www.ktac.edu.my/index.html
Sudi apalah kiranya kita berkongsi maklumat atau maklum balas kepada saya untuk sama-sama kita dapat panduan pun keyakinan mengajak rakan atau anak-anak mendaftar di sini.
Antara tujuan maklumat ini; dapat kita tahu perkembangan bekas pelajar di sini. Pengalaman menarik belajar di sini & pelbagai kenangan bersama ketika belajar di sini.
Paling penting agar dapat kita salurkan semangat kepada masyarakat kita peluang kerjaya yang diperolehi setelah memegang Ijazah & Diploma di kolej ini.
e-mel saya atau beri respon di blog saya untuk sama-sama kita dapat hasilnya.
06 Mei 2011
Apa Perkembangan Razali kini.
Kisah hubungan di antara Razali Hussain dan Misha Omar, menjadi bualan orang ramai. Ini terutamanya apabila selesai menonton teater Uda dan Dara yang memperlihatkan kemesraan dan keintiman dua insan ini, di atas pentas mahupun ketika di luar. Dengan kemesraan yang dijalin, ada pihak beranggapan yang mereka berdua sedang dilamun cinta. Namun, bila hal ini ditanya kepada Razali Hussain sendiri, dia menafikannya.
“Teater bukan seperti drama, ada ketikanya boleh ‘cut’ jika ada kesilapan. Teater memerlukan tumpuan dan penghayatan penuh dalam menjiwai watak itu,” jelas Razali lagi.
“Atas sebab itu, saya selaku Uda dan Misha selaku Dara, memerlukan satu jalinan perasan yang kuat bagi menyakinkan penonton. Inilah yang saya lakukan, walaupun ketika bukan di atas pentas,” tambahnya lagi.
Bila ditanya samada dia sudah berpunya, Razali berkata, “Saya masih bujang…”.
Kini beliau berlakon dalam drama Astro 'Serapah Darah Bulan Madu', katanya drama seram ini amat menarik ceriteranya. Selain berlakon Razali sebenarnya sedap suaranya.
Pernah aku terdengar satu ketika lalu, Datuk Ahmad Nawab mahu cipta lagu untuk Razali; hingga kini senyap sahaja. Aku begitu teruja nak dengar lagu ciptaan Datuk Ahmad Nawab ini. Rasanya adalah langkah yang tepat jika Datuk Ahmad Nawab mahu mempopularkan artis ini. Semua peminat Lagu Melayu amat menantikan sentuhan Datuk Ahmad Nawab.



