iDAN

26 Jun 2011

Perkembangan Internet

Dalam masa yang singkat, Internet telah berjaya membawa pelbagai perubahan kapada masyarakat. Banyak perubahan sosial, budaya, ekonomi dan politik yang timbul akibat kewujudan Internet. Perubahan ini tidak mungkin dapat difahami dan ditangani dengan berkesan jika kita mengenepikan sama sekali sejarah penubuhan dan pembangunan Internet itu sendiri.

ms17

Oleh itu,adalah menjadi matlamat tapak ini untuk mendedahkan pembaca tentang pelbagai aspek penting dalam sejarah penubuhan dan pembangunannye supaya isu-isu seperti kesukaran mengawal pengguna Internet dapat difahami asal usulnya dan seterusnye ditangani dengan pendekatan yang wajar. Dalam tapak ini, pembaca dapat mengetahui bagaimana falsafah, semangat dan budaya ini telah diterapkan ke dalam Internet oleh penyelidik yang membangunkannya. Tapak ini juga akan memperkenalkan kepada pembaca tokoh-tokoh penting yang telah membangunkan Internet.

Pengubahsuaian Strategi

Fasa 5 : Pengubahsuaian Strategi

Dalam pencarian yang kompleks, lazimnya pencari perlu melakukan pencarian semula bagi mengisi kekosongan yang terdapat dalam memenuhi skop maklumat yang dihendaki. Jika pencari telah membuat strategi awal yang agak komprehensif, maka kemungkinan besar ia tidak perlu mengubah strateginya dengan mendadak. Namun begitu, membuat perancangan awal yang terlalu rapi boleh memakan masa yang agak lama sedangkan maklumat yang hendak dicari mungkin tidak memerlukan satu strategi yang kompleks. Pengubahsuaian juga perlu dilakukan apabila maklumat yang dicari tidak dijumpai sama sekali atau apabila terdapat maklumat yang lebih relevan dijumpai. Secara amnya, pencari juga dinasihatkan supaya jangan takut untuk meneka atau mencuba sesuatu yang radikal jika semuanya tidak menghasilkan keputusan yang dikehendaki.

Mengumpul dan Menilai Hasil Pencarian

Fasa 4 : Mengumpul dan Menilai Hasil Pencarian

Setelah maklumat yang dikehendaki diperoleh dan dinilai secara ringkas, maka sampailah masanya untuk menilai keseluruhan maklumat yang diterima dalam konteks mencapai keseluruhan objektif yang dikehendaki. Dalam pencarian yang mempunyai objektif yang ringkas, fasa ini lazimnya tidak perlu dilakukan. Penilaian boleh dibuat apabila maklumat dihasilkan oleh enjin pencari maklumat di akhir setiap pencarian. Bagaimanapun, dalam penyelidikan yang serius di mana objektifnya lebih kompleks, seperti menyediakan kertas polisi atau teks ucapan, penilaian yang teliti harus dibuat.

Dalam membuat penilaian, terdapat beberapa perkara yang harus diteliti untuk memastikan kesahihan dan kebenaran maklumat yang diterima sebelum ia boleh digunakan sebagai bahan penyelidikan. Antaranya adalah :

  • Latar belakang organisasi yang mengendalikan lokasi
  • Berapa lama lokasi sudah wujud
  • Individu yang menulis artikel
  • Latar belakang individu yang menulis artikel dalam Internet (cuba gunakan DejaNews)

Membuat Strategi Pencarian

Fasa 2 : Membuat Strategi Pencarian

Faktor utama yang menentukan strategi pencarian yang harus diikuti adalah:

  • Skop makklumat yang hendak dicari
  • Berapa banyak si pencari tahu tentang maklumat yang hendak dicari
  • Sama ada pencari pernah memasuki halaman yang berkaitan sebelum ini

Setiap pencari yang berpengalaman mempunyai gaya dan cara yang tersendiri untuk mencari maklumat. Berikut adalah satu strategi yang agak umum yang boleh diikuti oleh semua pengguna. Ia boleh diubah suai dan ditokok tambah mengikut selera masing-masing, dari masa ke semasa.

1. Mulakan pencarian dengan menggunakan direktori Internet

  • Sama ada skop sesuatu maklumat itu luas atau khusus, direktori Internet adalah satu sumber yang harus dijadikan sebagai tempat awal mencari maklumat kerana ia mengandungi banyak maklumat yang telah dikumpul, dinilai, diulas dan dikelaskan mengikut subjek dan subsubjek yang lebih menjurus.
  • Direktori seperti Yahoo!, Magellan dan Lycos sesuai digunakan untuk mencari maklumat yang berbentuk hiburan, berita terkini, rekreasi dan subjek popular yang lain.
  • Direktori seperti Clearinghouse dan WWW Virtual Library sesuai digunakan untuk mencari maklumat yang lebih bercorak teknikal dan akademik yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang masing-masing.

2. Gunakan enjin pencari maklumat bagi mencari maklumat tambahan atau maklumat yang tidak terdapat dalam direktori

  • Pengguna harus ingat bahawa setiap enjin pencari maklumat berbeza di antara satu sama lain dalam kaedah mengambil maklumat yang terdapat dalam pangkalan maklumatnya.
  • Gunakan enjin pencari maklumat yang berbeza-beza dengan kata kunci yang sama bagi mendapatkan skop pencarian yang lebih luas.

Rekodkan strategi yang telah dibuat dan direktori serta enjin pencari maklumat yang telah dipilih.

3. Masuk terus ke lokasi yang mengandungi maklumat yang hendak dicari
Contohnya untuk mendapatkan maklumat tentang piawai rangkaian atau maklumat yang berkaitan dengannya., masuk ke dalam halaman syarikat yang membuat perkakasan rangkaian seperti 3com, Cisco, Intel dan lain-lain.

Melakukan Pencarian

Fasa 3 : Melakukan Pencarian

Untuk mendapatkan hasil pencarian yang baik, pencari harus tahu selok belok kandungan direktori dan bagaimana melakukan pencarian maklumat di dalam direktori yang hendak digunakan. Pengguna juga harus tahu menggunakan operator pencari maklumat yang terdapat dalam sesebuah enjin pencari maklumat bagi menggunakan enjin pencari maklumat yang berkesan.
Terdapat beberapa panduan umum menggunakan enjin pencari maklumat.

  • Gunakan kata kunci yang unik bagi mewakili sesuatu subjek yang hendak dicari dan elak dari menggunakan kata kunci yang umum.
  • Gunakan sinonim, iaitu perkataan sama erti atau perkataan yang berkaitan dengan maklumat asal yang hendak dicari dan buat pencarian menggunakan perkataan tersebut.
  • Buat pencarian dengan melihat maklumat yang hendak dicari dari aspek yang berbeza-beza.
  • Gunakan operator logik atau operator yang boleh menapis maklumat bagi menghasilkan pencarian yang tepat.
  • Gunakan tanda petikan (frasa) di mana mungkin.
  • Cari maklumat dalam kumpulan berita USENET untuk mengetahui perkembangan yang terbaharu mengenai sesuatu subjek.

Satu cara lain yang boleh digunakan untuk mencari maklumat adalah dengan bertanyakan kepada kumpulan berita USENET atau senarai mel yang terlibat dengan perbincangan mengenai maklumat yang hendak dicari. Setelah mendapat maklumat daripada ahli perbincangan, adalah baik dikumpul dan disusun maklumat yang telah diterima untuk disebarkan semula kepada kumpulan perbincangan sebagai tanda penghargaan. Tabiat berkongsi maklumat seperti ini adalah sangat baik dan harus dipupuk.

Menentukan Objektif dan Skop Pencarian

Fasa 1 : Menentukan Objektif dan Skop Pencarian

Setiap pencarian maklumat harus dimulakan dengan objektif yang jelas dan skop yang tidak terlalu umum. Objektif yang jelas dapat mengelakkan si pencari dari menyimpang ke laluan lain yang boleh menghindarnya dari mencapai matlamat akhir yang dikehendaki.
Skop yang terlalu khusus boleh menyebabkan maklumat sukar ditemui manakala skop yang terlalu luas boleh menyebabkan banyak maklumat yang tidak dikehendaki ditemui. Oleh itu, adalah wajar sesuatu pencarian itu dimulakan dengan skop yang tidak terlalu khusus dan tidak terlalu umum. Lazimnya skop sesuatu maklumat yang hendak dicari tidak dapat ditentukan sekiranya pencari tidak mengetahui langsung tentang subjeknya.

Skop Pencarian Maklumat
Maklumat Yang Umum Maklumat Yang Khusus

Digital Health Care Record Sharing of patient’s health

Comet he spectrum of Hole-Bopp

Internet history Building IMP

Setelah objektif dan skop pencarian ditentukan, maka langkah yang seterusnya adalah membuat strategi yang sesuai bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Rekodkan objektif pancarian dan skop maklumat yang hendak dicari ke dalam buku log. Masa yang diambil untuk mencari sesuatu maklumat juga patut direkodkan

Teknik Mencari Maklumat

Mencari maklumat dalam Internet bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya bagi mendapatkan maklumat yang khusus. Ini kerana Internet mengandungi terlalu banyak maklumat dan maklumat ini tidak disusun secara sistematik mengikut mana satu konvensyen yang dipersetujui. Oleh yang demikian, proses pencarian maklumat harus dilakukan dengan seberapa sistematik yang boleh. Secara amnya, proses mencari maklumat boleh dibahagikan kepada lima fasa, iaitu:
  • Fasa 1 : Menentukan objektif dan skop pencarian
  • Fasa 2 : Membuat strategi pencarian
  • Fasa 3 : Malakukan pencarian
  • Fasa 4 : Mengumpul dan menilai hasil pencarian
  • Fasa 5 : Pengubahsuaian strategi

Rajah 4.18 Fasa pencarian maklumat

Adalah menjadi satu tabiat yang baik untuk menyimpan buku log supaya segala pengalaman yang diperoleh semasa mencari maklumat dapat direkodkan. Tabiat ini dapat membantu si pencari memperbaiki teknik mencari maklumatnya, di samping mempertingkatkan keberkesanan pencarian dari aspek ketepatan maklumat yang dijumpai dan masa yang diperlukan.

Yahoo!

Yahoo! (www.yahoo.com)

Yahoo! merupakan direktori Internet yang pertama sekali diperkenalkan. Ia dilancarkan pada awal tahun 1994. Ia juga merupakan yang terbesar dan yang paling popular. Maklumat yang terdapat dalam Yahoo! dikelaskan mengikut kategori atau subjek yang disusun dalam struktur pokok. Antara kategori maklumat yang teratas adalah Seni dan Kemanusiaan (Arts and Humanities), Pendidikan (Education), Rekreasi dan Sukan (Recreation and Sports) dan lain-lain lagi. Hampir semua kategori ini adalah kategori umum dan popular yang berkaitan dengan aktiviti harian pengguna Internet.

Rajah 4.10 Halaman pengenalan Yahoo

Penyusunan maklumat mengikut kata kunci yang diketahui dan difahami umum menjadikan Yahoo! Mudah dijelajahi. Sebagai contoh, pengguna yang ingin mencari resepi macaroni (macaroni) boleh mencarinya dalam kategori Recreation and Sports di mana di dalamnya terdapat subkategori Cooking yang tentu sekali mengandungii pelbagai jenis resepi di dalamnya.

Rajah4.11 Sub-kategori Recreation&sports

Di dalam subkategori Cooking terdapat beberapa kategori yang berkaitan dengan makanan. Resepi yang berkaitan dengan macaroni (sejenis pasta) boleh diperoleh dengan memasuki subkategori Recepies di mana di dalamnya terdapat banyak sambungan ke halaman Web yang mempunyai resepi macaroni. Oleh kerana direktori Yahoo! sendiri merupakan sebuah direktori yang sangat besar, maka mencari maklumat di dalamnya dengan memasuki kategori satu persatu akan memakan masa yang lama. Tambahan pula satu subjek yang sama boleh di masukkan ke dalam dua atau lebih kategori yang berbeza. Untuk mengatasi masalah ini maka Yahoo! ada menyediakan enjin pencari dalaman (Alta Vista) bagi mencari sesuatu yang dikehendaki di dalamnya. Sekiranya pengguna tahu dengan jelas apa yang hendak dicari, maka kemudahan ini adalah yang terbaik untuk digunakan. Jika tidak pengguna boleh memasukkan kata kunci yang tidak umum bagi menghasilkan keputusan pencarian yang agak luas. Sekiranya pengguna tidak menjumpai apa yang dicari, maka Yahoo! boleh menyalurkan pencarian ke Internet dengan menggunakan Alta Vista.

Rajah 4.12 Beberapa resepi makaroni

Yahoo! Juga memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari sesuatu di dalamnya dengan menggunakan indeks. Di samping memberikan perkhidmatan direktori, Yahoo! juga membekalkan pengguna dengan maklumat semasa seperti berita, cuaca, pasaran saham dan sebagainya. Ia juga membekalkan pengguna dengan perkhidmatan mencari alamat e-mail dan alamat rumah seseorang. Kini Yahoo! bukan sahaja mengelaskan maklumat yang terdapat dalam keseluruhan Internet tetapi juga maklumat yang khusus kepada sesebuah negara dan bandaraya-bandarayanya.

Di dalam subkategori Cooking terdapat beberapa kategori yang berkaitan dengan makanan. Resepi yang berkaitan dengan macaroni (sejenis pasta) boleh diperoleh dengan memasuki subkategori Recepies di mana di dalamnya terdapat banyak sambungan ke halaman Web yang mempunyai resepi macaroni. Oleh kerana direktori Yahoo! sendiri merupakan sebuah direktori yang sangat besar, maka mencari maklumat di dalamnya dengan memasuki kategori satu persatu akan memakan masa yang lama. Tambahan pula satu subjek yang sama boleh di masukkan ke dalam dua atau lebih kategori yang berbeza. Untuk mengatasi masalah ini maka Yahoo! ada menyediakan enjin pencari dalaman (Alta Vista) bagi mencari sesuatu yang dikehendaki di dalamnya. Sekiranya pengguna tahu dengan jelas apa yang hendak dicari, maka kemudahan ini adalah yang terbaik untuk digunakan. Jika tidak pengguna boleh memasukkan kata kunci yang tidak umum bagi menghasilkan keputusan pencarian yang agak luas. Sekiranya pengguna tidak menjumpai apa yang dicari, maka Yahoo! boleh menyalurkan pencarian ke Internet dengan menggunakan Alta Vista.

Rajah 4.12 Beberapa resepi makaroni

Yahoo! Juga memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari sesuatu di dalamnya dengan menggunakan indeks. Di samping memberikan perkhidmatan direktori, Yahoo! juga membekalkan pengguna dengan maklumat semasa seperti berita, cuaca, pasaran saham dan sebagainya. Ia juga membekalkan pengguna dengan perkhidmatan mencari alamat e-mail dan alamat rumah seseorang. Kini Yahoo! bukan sahaja mengelaskan maklumat yang terdapat dalam keseluruhan Internet tetapi juga maklumat yang khusus kepada sesebuah negara dan bandaraya-bandarayanya.

Faedah Senarai Mel

Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dengan melanggan senarai mel. Antaranya ialah:-
  • Mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah yang khusus

Pengguna boleh menghantar soalan yang berbentuk permasalaha akepada senarai mel untuk dibincangkan bersama ahli senarai. Daripada perbincangan dan maklum balas yang diterima, satu rumusan boleh dibuat tentang penyelesaian yang dicadangkan oleh ahli senarai.

  • Mendalami pengetahuan tentang sesuatu perkara

Dengan melibatkan diri dalam perbincangan atau memerhatikan perbincangan, banyak pengetahuan boleh diperolehi. Untuk tujuan ini, penglibatan dalam senarai mel yang terkawal sering memberi kesan yang lebih efektif kerana kebanyakkan perbincangan tepat pada skop senarai. Oleh yang demikian, tidak banyak masa yang terbuang untuk menerliti artikel yang tidak menepati skop perbincangan.

  • Bertukar idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara

Pengguna boleh menghantar artikel untuk dibincangkan bersama dalam senarai atau membalas artikel yang telah dihantar untuk memberikan pendapat tentang sesuatu perkara yang telah dibangkitkan. Dalam senarai yang mempunyai ramai ahli, lazimnya pelbagai idea baru dan pengalaman dapat dikongsi bersama.

  • Membuat pengumuman tentang sesuatu perkara

Senarai mel boleh dijadikan tempat membuat pengumuman yang sangat berkesan kerana bilangan penggunannya yang ramai. Bagaimanapun, pastikan pengumuman yang hendak dibuat adalab berkaitan dengan subjek perbincangan senarai. Jika pengguna ingin membuat pengumuman yang bercorak komersil, maka pastikan ia dilakukan dalam senarai yang dibenarkan.

  • Berkenalan dengan orang lain

Oleh kerana bilangan ahli yang terlibat dalam senarai mel selalunya sangat besar dan dating dari seluruh pelosok dunia, maka ia adalah satu tempat yang sangat baik untuk mendapatkan kenalan baru. Melalui senarai mel, pengguna Internet yang mempunyai minat yang sama, ataupun segand mengalami masalah yang sama, boleh berkenalan di antara satu sama lain.

  • Tempat mendapatkan sokongan

Senarai mel juga sering dijadikan sebagai tempat mendapatkan pertolongan dan sokongan emosi bagi pengguna Internet yang menghadapi masalah yang sama seperti masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal, pesakit AIDS dan sebagainya. Melalui senarai mel, pengguna dari seluruh dunia boleh memberikan sokongan di antara satu sama lain dengan lebih mudah lagi murah.

Indeks Kata Kunci

Pengelasan maklumat menggunakan indeks kata kunci tidak semestinya bergantung kepada perkataan kunci yang terdapat dalam artikel yang hendak diindekskan. Malah, perkataan lain yang merujuk kepada kategori maklumat seperti politik, sukan, sains hiburan dan lain-lain sering digunakan dalam pengelasan. Jadual disebelah adalah contoh indeks kata kunci. Walaupun perkataan ‘perpustakaan siber’ tidak terdapat dalam artikel tetapi ia digunakan kerana dapat menggambarkan kandungan artikel itu dengan baik. Kebaikan indeks kata kunci ialah maklumat dalam Internet boleh dicari dengan menggunakan terminology yang standard seperti arts, education, science, internet dan sebagainya. Bagaimanapun, kelemahannya ialah ia hanya boleh dibentuk dengan bantuan manusia. Pakar-pakar dalam bidang yang tertentu akan membaca dan menilai maklumat sebelum mengelaskannya mengikut kategori tertentu. Enjin yang menggunakan pengelasan indeks kata kunci mempunyai pengkalan maklumat yang kecil kerana proses pengelasan yang memakan masa.

MetaCrawler

MetaCrawler (www.metacrawler.com)

MetaCrawler adalah enjin pencari yang agak berbeza daripada enjin pencari yang lain kerana ia mencari maklumat bukan di dalam internet tetapi di dalam pangkalan maklumat enjin pencari yang lain seperti Alta Vista, Excite, Lycos, Infoseek dan WebCrawler. Ia juga turut mencari maklumat dalam Yahoo!

Antaramuka MetaCrawler amat mudah digunakan. Ia mengandungi menu bagi memilih ruangan pencarian, petak untuk memasukkan kata kunci dan petak untuk opsyen pencarian. MetaCrawler boleh membuat pencarian maklumat di dalam Web atau USENET atau mencari produk computer dan fail. Bagi opsyen pencarian pula, MetaCrawler akan mendapatkan dokumen mengikut opsyen yang dipilih seperti berikut:

  • all – bagi mendapatkan dokumen yang mengandungi kesemua kata kunci yang digunakan
  • any – bagi mendapatkan dokumen yang mengandungi mana-mana satu kata kunci yang digunakan
  • as a phrase – bagi mendapatkan dokumen yang mengandungi frasa yang terdiri daripada kata kunci yang dimasukkan.

Rajah 4.8 Antaramuka pencarian mudah MetaCrawler.

MetaCrawler akan melakukan 10 pencarian setiap satu dalam Alta Vista, Excite, Lycos, Infoseek, WebCrawler dan Yahoo! apabila butang Search diklikkan.

MetaCrawler juga membenarkan pengguna membuat pencarian yang lebih kompleks dengan memasuki pautan

yang dipanggil Power Search. Di sini pengguna boleh mengarahkan MetaCrawler membuat pencarian mengikut lokasi geografi (melalui petak Results from:) dan bilangan pencarian yang perlu dibuat dalam Alta Vista, Excite, Lycos, Infoseek, WebCrawler dan Yahoo! (petak Results per source:)

Mencari Maklumat Dalam WWW

WWW

WWW secara keseluruhannya mengandungi banyak maklumat yang boleh dijadikan bahan penyelidikan. Bagaimanapun, mencari maklumat dalam WWW bukanlah perkara yang mudah kerana ia merupakan ruangan maklumat yang sangat besar dan tidak tersusun. Oleh yang demikian mencari maklumat dalam WWW memerlukan pengalaman dan kemahiran yang tinggi dalam mengatur strategi pencarian yang berkesan. Adalah menjadi objektif utama tapak ini untuk mendedahkan pembaca dengan teknik-teknik pencarian maklumat yang berkesan.

25 Jun 2011

Seremban Ada Sesuatu Yang Menarik


Rakan yang tak pernah jumpa sekitar 30 tahun lebih akhirnya ditemukan di Taman Mutiara Galla; aku terpaksa tanya Amid untuk mengingati kenangan lalu. Kotak ingatan ini memang sering penuh & tiris lantaran 30 tahun bukannya waktu yang kejap. FB antara lain yang dapat menghubungkan semula pertalian ini.

"Salleh tu Amid duduk seasrama dengan kita ke atau satu sekolah... pelajar luar?!"

"Dia tinggal di No 75. Jalan Tambunlah; rasanya pernah juga duduk dengan kita di No 10. Jalan Watson!" pengakuan Amid buat aku teruja nak ke majlis kenduri anaknya Alia. Lagi pun aku congak waktu perjalanan Jenaris ke Taman Mutiara Galla tak sejauh mana!.

Ada tiga bangunan asrama ketika aku belajar di SMI Ipoh; No. 10 Jalan Watson, No 73 & 75 Jalan Tambun. Kini No 10 Jalan Watson telah dirobohkan.

Mila tak dapat turut serta lantaran katanya ada temujanji dengan kontraktor. Aku memang tak setuju dia mahu membesarkan rumah, bagiku rumah ini telah cukup besar; anak-anak akan berhijrah tak lama lagi; kalau Afiz telah dapat kerja tetap pasti mahu buat hal hidup sendiri; Aziq pasti tinggal di asrama, Anif pun nampaknya berhasrat sangat nak tinggal di asrama juga. Mungkin Azim lambat lagi akan terpisah. Rumah sebesar ini pun asyik sukar jumpa Mila ketika malam-malam; mungkin Mila lari jauh tak larat nak dengar suara dengkuranku. Mungkin. Hatta sesatlah dia dalam rumah sendiri!.

Bagiku menabung itu lebih baik; jika ragu akan ASB simpan sahaja duit KWSP itu di Tabung Haji; biarkan ianya matang beberapa tahun barulah guna duit dari keuntungan simpanan itu!. Nak buat apa belanja habis duit yang ada; sedangkan ada jalan untuk membiakkannya. Malas nak kupas masalah ini; jika kita tak pandai menguruskan wang, tak suka menabung memang payah.

Salleh nampak segak dengan Baju Melayunya; dari jauh dia telah kenal aku mungkin sebab boroiku pun mungkin juga ketrampilan aku yang memang lain dari yang lain. Topi tak lepas dari kepala, lagi pun banyak gambarku di FB; ketrampilan yang sama... pasti mudah mengenal aku.

Tak sukar mana nak ke Taman Mutiara Galla bila baca panduan Salleh di FB, Peta Google memang tak boleh pakai; tak ada jalan ke Taman Muatiara Galla ini; ada tertulis nama taman sahaja tapi tak ada arah jalan yang lengkap. Pasti lantaran angkara geng gila padam, geng Datuk KJ yang asyik berbalah dengan aku suka taruh lokasi Balai Polis atau Kem Askar sahaja di Google sana. Google & Wikimapia adalah saliran@lakaran peta dunia yang sama.

Azim makan tak habis ketika jamuan; kami tak lama di majlis lantaran tak ada orang kenal; ada seorang dua rakan seasrama hanya sempat bersalaman.

Dalam perjalanan pulang aku singgah di Muzium Negeri Sembilan. Cantik amat muzium ini; bangunan utamanya dijaga dengan baik tapi masih banyak perlu dihiasi. Bangunan kayunya masih kukuh & nampak santai di tepi jalan besar. Azim begitu teruja nak naik tingkat atas muzium lantaran memang tak ramai pengunjung; aku berbual dengan pakcik yang menguruskan muzium itu; dia kata yang sering datang adalah pelancong dari Korea. Pihak muzium katanya banyak berurusan dengan syarikat perlancongan yang mengundang mereka datang.

Ada Pameran Setem Lama; ada tiga lagi bangunan yang boleh dilawati. Tak termasuk rumah cenderahati. Aku mencadangkan bangunan bermain gasing dinaikkan tarafnya; carilah belia kampung sebagai keluarga angkat untuk memeriahkan suasana di sini; tempat telah ada janganlah dibiarkan usang. Elok sekali dalam seminggu digunakan untuk orang kampung bermain gasing di sini. Pun rumah Melayu Negeri Sembilan yang punyai loteng elok dibersihkan lotengnya agar nampak ianya sentiasa bersih; pasti menjadi kenangan bagi pelancong yang mungkin ingin naik ke atasnya. Jika berdebu & ada tahi cicak nampak kurang manis.

Jalan susur keluar juga elok di tanam bunga jangan biarkan nampak banyak sampah-sarap & bagaikan semak-samun. Muzium kena cantik lagi antik.

Setelah aku & Azim kepenatan di TAMAN SENI BUDAYA NEGERI SEMBILAN ini, kami menuju ke Seremban 2. Kasihan Azim, dia nampak gelisah & tak selesa berjalan berdua dengan ayahnya; bersungut nak pulang awal biarpun aku bercadang nak menonton di Seremban. Tak pernah menonton di Seremban lagi. Kami singgah di JUSCO di Seremban 2, memang ramai pengunjungnya; macam biasa yang memenuhi tempat hiburan seperti bermain bowling memang orang kita Melayu. Makan-makan di kompleks pun majoriti orang Melayu kita. Aku sempat makan ABC & makanan Jepun.

Dalam Avanza Azim nampak gelisah amat, "Azim kita kena gumbira menikmati hidup ini; ayah tak pernah sampai ke sini, paling tidak kalau nanti ada orang bertanya tentang Seremban 2 ayah dapatlah gambaran." biasalah sambil nak buat Azim gumbira aku terbabas nak menuju ke Johor Baharu.

Balik dari Seremban aku singgah di Bangi Lama mencari barangan memancing; emm! batu ladung saiz 9 RM2.40 sekarang. Aku teringin nak beli Joran; tapi tak cukup duit. Paling murah joran yang ditawarkan ialah RM90. Tak ingat jenamanya, bukan cop ayam. Sekadar sempat beli batu ladung & benang pancing sahaja. Kasihan Azim dia menghabiskan masanya dari sekitar jam 12:00 tengah hari hingga ke dekat senja berduan dengan ayahnya.

Sampai di Jenaris barangan depan rumah telah dipunggah Mila & anak-anak. Esok, nampaknya banyak barangan kena diselamatkan dari kencing kucing. Aku ingatkan sempat nak raya nanti baru dikemaskan. Kerja tanpa berunding memang payah; aku telah galak kali ajak agar ada sesiapa ahli keluarga mahu temankan untuk punggah kotak lama di depan rumah itu. Sengaja aku letak kotak depan rumah sebab masa tu tiada stor untuk melindungi beberapa barangan berguna; seperti karpet, katil besi & beberapa barangan untuk dijadikan koleksi Muzium Peribadi.

Langkah ahli keluarga yang payah berunding memang akan melumpuhkan angan-anganku nak buat Muzium Peribadi. Telah terlalu banyak barangan antikku terpaksa dikorbankan lantaran ada kalangan ahli keluarga suka amat nak buat rumah ala Padang Golf. Tak menyempat aku nak memilih, terpaksa buang sahaja atau jual kilo di tempat pelupusan. Emm! terpaksa berkerja dua kali; katanya baranganku telah dipindahkan di stor atas; sebahagian dalam kotak baru; sebahagian bercampur dengan kotak yang telah aku kelaskan sebagai barangan berguna. Buang masa namanya jika kerja tanpa merancang bersama.

Ini rumah Negeri Sembilan yang ada loteng di atasnya; loteng ini perlu
dibersihkan sebab semua pelawat teruja nak jenguk dalamnya.

Takrif
Tiris = bocor (kata kerja)
loteng(loténg) = 1. tingkat rumah yg sebelah atas; kamar ~ bilik di tingkat atas rumah; 2. langit-langit rumah (dibuat drpd papan).