iDAN

26 Jun 2011

Membuat Strategi Pencarian

Fasa 2 : Membuat Strategi Pencarian

Faktor utama yang menentukan strategi pencarian yang harus diikuti adalah:

  • Skop makklumat yang hendak dicari
  • Berapa banyak si pencari tahu tentang maklumat yang hendak dicari
  • Sama ada pencari pernah memasuki halaman yang berkaitan sebelum ini

Setiap pencari yang berpengalaman mempunyai gaya dan cara yang tersendiri untuk mencari maklumat. Berikut adalah satu strategi yang agak umum yang boleh diikuti oleh semua pengguna. Ia boleh diubah suai dan ditokok tambah mengikut selera masing-masing, dari masa ke semasa.

1. Mulakan pencarian dengan menggunakan direktori Internet

  • Sama ada skop sesuatu maklumat itu luas atau khusus, direktori Internet adalah satu sumber yang harus dijadikan sebagai tempat awal mencari maklumat kerana ia mengandungi banyak maklumat yang telah dikumpul, dinilai, diulas dan dikelaskan mengikut subjek dan subsubjek yang lebih menjurus.
  • Direktori seperti Yahoo!, Magellan dan Lycos sesuai digunakan untuk mencari maklumat yang berbentuk hiburan, berita terkini, rekreasi dan subjek popular yang lain.
  • Direktori seperti Clearinghouse dan WWW Virtual Library sesuai digunakan untuk mencari maklumat yang lebih bercorak teknikal dan akademik yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang masing-masing.

2. Gunakan enjin pencari maklumat bagi mencari maklumat tambahan atau maklumat yang tidak terdapat dalam direktori

  • Pengguna harus ingat bahawa setiap enjin pencari maklumat berbeza di antara satu sama lain dalam kaedah mengambil maklumat yang terdapat dalam pangkalan maklumatnya.
  • Gunakan enjin pencari maklumat yang berbeza-beza dengan kata kunci yang sama bagi mendapatkan skop pencarian yang lebih luas.

Rekodkan strategi yang telah dibuat dan direktori serta enjin pencari maklumat yang telah dipilih.

3. Masuk terus ke lokasi yang mengandungi maklumat yang hendak dicari
Contohnya untuk mendapatkan maklumat tentang piawai rangkaian atau maklumat yang berkaitan dengannya., masuk ke dalam halaman syarikat yang membuat perkakasan rangkaian seperti 3com, Cisco, Intel dan lain-lain.

Tiada ulasan: