iDAN

15 Julai 2011

SePi CERI


Bila kubuka periuk rasa
ada peria & cuka di dalamnya
Bila kubuka kuali hati
ada cili & bara di dalamnya.

Bagaimana aku mahu memasak harapanmu
jika pisau di tangan telah melukai jari naluri
bagaimana aku mahu menjamu juadah buatmu
jika semua aroma terasa basi di bibir sepimu.

☼ Hari ini kita berjalan jauh dengan arah masing-masing
☼ kau tak pernah mahu singgah di hentian rehat
☼ atau berbual waima aku jadi mengantuk hingga mahu terbabas
☼ tanpa sedarmu aku masih bagai dulu asyik kemaruk kenangan lalu
☼ bagaimana kita berbulan madu di bawah rumpun ceri desaku
♥ & aku amat lena tertidur di ribaan kasihmu.

:aku buka pintu hati & makin sesat dengan cinta-Mu.

iDANRADZi
Desa Tualang Perak.

14 Julai 2011

Biro Pengaduan Awam JPM Tanah Pusaka Md Sesh Hilang!. Episod 2


Rujukan No. Aduan: A91621
(E-mel@Aduan yang saya hantar buat Biro Pengaduan Awam JPM (BPA)

Bersama-sama ini saya sertakan beberapa e-mel dalam usaha saya mencari hak milik tanah milik arwah ayahda saya Md Sesh. Bayangkan tiga tahun lalu masih banyak dapat dikesan geran yang terdapat di Pej. Daerah dan Tanah Kampar (PDTK). Dari masa ke semasa PDTK sentiasa merubah nombor geran di Mukim Teja. Tanah pusaka kami makin lupus sebab tiada lagi Bil Cukai Tahunan kami terima.

Pernah berlaku pada tahun 2000 di mana saya telah pun membayar denda Cukai Tahunan tetapi tidak menukar alamat (masih alamat di Kampung Changkat Tualang) berharap waris di kampung saya akan menerima bil tersebut. Tetapi ianya tidak dipos oleh PDTK.

Melalui panggilan telefon saya bertanya masalah ini & memberi nombor geran yang terkini; kata tiada dalam data mereka hanya melalui Lot di geran barulah saya dapati NOMBOR GERAN YANG BARU. (Asyik bertukar Nombor Geran).

Tidak munasabah baru setahun saya telah menebus tanah tersebut dengan bayaran ribuan RM boleh dikatakan geran tersebut tak ditemui pemiliknya; dan bertukar pula Nombor Gerannya. Geran yang ini PDTK tak jumpa alamat empunya!... bagaimana pula tahun sebelumnya ianya dapat saya jelaskan. (Pajakan Negeri 330708 Lot 6334)

Tahun ini 2011 saya telah ke DTK & telah tukar ke alamat Jenaris.
E-mel satu

Thu, April 23, 2009 9:15:18 AM
mencari geran arwah apak md sesh
From: ROHANI BT ABAS
To: idanradzi@yahoo.com

Berhubung dengan permohonan tuan tempohari, selepas semakan dibuat pihak kami tidak dapat membuat pengesahan untuk mendapatkan semua tanah-tanah milik arwah bapa tuan tanpa nombor hakmilik atau nombor lotnya. Ini adalah kerana hanya dengan nama pemilik sahaja dan nombor kad pengenalan maklumat-maklumat tidak dapat dikesan . Sila tuan hantarkan no. tel tuan sekiranya boleh kami menghubungi untuk memberi penjelasan mengenai perkara ini. T.Q.

Nota: Saya dapat respon dari Pej. Tanah di Ipoh (bukan Kampar) ; banyak juga nama geran milik Mohd Radzi di Mukim Teja tetapi tanah tersebut tidak kami dapati milik pusaka kami.

From: iDANRADZi
Subject: Re: Mencari Geran Arwah Apak Mat Sesh
To: "ROHANI BT ABAS"
Date: Sunday, April 26, 2009, 4:52 AM

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuhu..

Tuan/Puan

Sukacita kiranya saya ingin memastikan apakah benar empat geran ini hak milik ayahanda saya (arwah Apak). Sementelah saya semak melalui laman web (situs) akan Bil Cukai Tanahnya semuanya telah pun dijelaskan dalam tempoh terdekat. Nombor geran tersebut adalah seperti dilampirkan ini;

GERAN 3761, GERAN 11193, GERAN 24239 dan GERAN 49322.

2. Apakah ianya hak milik bersama arwah Apak & saudara maranya atau orang lain yang namanya sama. Semua adik beradik arwah Apak telah meninggal dunia. Pewarisnya tak pernah pun berbincang masalah tanah ini dengan keluarga kami. Semasa arwah Apak masih adapun memang dia menguruskan semua harta adik beradiknya.

3. Seperti e-mel terdahulu PN 153139 No Lot 6334 (Kami panggil Tanah Air Hangat). Saya telah pun membuat semakan melalui Bil Cukai Tanah Tahun 1994, di Pejabat Daerah & Tanah Batu Gajah. Hak miliknya telah bertindih dengan nama orang lain, Mengikut semakan terkini di situs tuan/puan lain pula statusnya; sememangnya Lot tanah ini munasabah masih milik arwah Apak lantaran agak banyak jumlah cukai tanahnya.

Misterinya tahun lalu ianya telah pun dibayar oleh orang lain.

4. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya memiliki salinan pelan besar keseluruhan tanah, Kg. Changkat Tualang & sekitarnya; tahun 2001 ; tetapi sayangnya ianya cuma tertulis Nombor Lot Tanah tiada Nombor Geran Tanah. Jika ada pelan terbaru yang lengkap dengan kedua-dua nombor tersebut tentunya mudah saya merujuk serta mengesahkan yang semua nombor geran di atas adalah tanah hak milik arwah Apak atau orang lain. Di Pejabat Daerah & Tanah manakah yang dapat menyediakankan pelan tanah terkini bagi Mukim Teja di Daerah Kinta.

Saya mohon maaf sekiranya e-mel ini menganggu tugasan puan/tuan. Dalam masa terdekat saya akan ke pejabat tuan/puan untuk mendapatkan maklumat sebenarnya.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

iDAN

nota: Perkara 3 yang menjadi isu besar kami sebab memang sejak tahun 1920an lagi ianya adalah tanah pusaka yang disebut-sebut kehilangannya. Bayangkan jika tahun 1994 setahun sebelum ayahda saya meninggal dunia; bil ini masih tersimpan yang ianya telah dijelaskan. Sekitar 70 tahun kami membangunkan tanah ini & mebayar cukai tahunan takkan ianya boleh lenyap sebab cukai tertunggak tak sampai RM5,000 (Geran ini 5 ekar lebih)

Saya amat berhutang budi kepada Puan ROHANI BT ABAS yang sudi mengambil masa tugasannya & dapat mengesan salah satu geran tanah Pajakan Negeri milih arwah Md Sesh. Ketulusan beliau melayan aduan saya paling tidak menghasilkan juga penerimaan semula Tanah Pajakan pusaka kami ini.

Saya berandaian ada tidak kurang empat lagi geran kami yang diceroboh waris tiri kami yang masih tertunggak di PDTK sana. Saya sanggup bersara awal lantaran diugut mahu dilelong tanah pusaka ini. Orang miskin seperti kami manalah nak korek duit jika jumlahnya ribuan RM yang dituntut kerajaan dalam tempoh yang amat terhad.

Wassalam.

Tindakan yang dikehendaki dari BPA:
TIDAK PERLU TINDAKAN (Jika sudi majukan aduan ini ke PDTK) Saya ni pesakit kronik, sakit jantung semua ada nanti surat jemputan mesyuarat lewat sampai macam kes baru ni... merabanlah pula saya.

Nak tanam banyak-banyak betik jantan di tanah pusaka Md Sesh; arwah emak suka sangat buat kerabu pucuk betik tiap kali bulan puasa.

Sila intai akuan saya sebelah kanan jika anda mahu membantu membangun tanah pusaka Md Sesh.

Pusara Arwah Abg Din.

Ada ketika kita mengandaikan seseorang itu amat jahat, atau amat besar salah yang dilakukannya. Kita selalu amat melihat sebelah pihak sahaja yang benar, lagi baik belaka kononnya. Tanpa kita sedar diri kita entah baik entah tidak. Keluarga kita entah sempurna atau tidak. Jangan menuduh keluarga mertua kita keturunan yang tidak baik lantaran kita telah pun bersatu. Kita terpaksa menerima segala apa yang ada pada keluarga kita pun besan kita seadanya. Baik biras atau keluarga ipar, mertua atau menantu, sekarang telah menjadi keluarga kita yang besar.

Jalinan kekeluargaan ini akan kekal sampai ke akhirat nanti. Memburukkan keluarga orang yang dulunya bukan keluarga kita samalah seperti meludah ke langit. Aib seseorang kenalah ditutup agar Allah SWT akan menutup aib kita.

Apa salahnya kita bercerita pada anak-anak & cucu kita "kesilapan" kita masa lalu. Kesilapan atau kelemahan diri itu lain; keaiban itu lain. Keaiban antaranya asyik melakukan dosa besar berulang kali, konon bertaubat tapi buat lagi. Itu Aib. Kesilapan atau kelemahan diri bukan asyik buat dosa besar tetapi tak peka. Seandainya sering bertaubat & tidak asyik mengulangi kekurangan diri ini itu namanya kesilapan.

Takkan dalam hidup ini kita hanya mahu berceritera tentang kepintaran Sang Kancil atau Bawang Merah yang asyik jahat. Apa kata cucu kita jika dapat cerita dari mulut orang yang keluarga kita pernah masuk lokap; orang luar akan cerita yang tak elok sahaja, sedangkan di pihak kita. Kita tahu kenapa keluarga kita dituduh mencuri; kesnya pun tak lekat. Cuma fitnah orang semata. Atau zaman sekarang ni asyik masuk lokap sebab sokong Bersih, jahatkah?.

Isteri bungsu Abg Din Kak Aina (bukan nama sebenar) seorang yang amat tabah, semasa dia menjadi janda sejak sebelas tahun lalu, dia begitu tabah membesarkan anak-anaknya seramai 7 orang. Hatiku amat terusik setelah 11 tahun tidak ketemu; dia masih ramah & sudi menghantar aku pulang sampai ke hadapan laman rumahnya. Aku pun tersilap datang seorang; ingatkan Kak Aina di rumah bersama dengan anak-anaknya. Takkanlah semua anaknya sekolah pagi, pasti ada sekolah petang. Maka aku singgah amat kejap tak sempat berbual panjang.

Nak ke kubur sendirian aku ni jenis penakut; baca jawi tak semahir mana; takkan nak baca semua tulisan batu nisan. Seorang diri pula tu. Hatta aku terpaksa tunggu sampai Kak Aina balik. Bertanya tentang tanda kubur ada tulis nama tak jawi atau rumi.

Mengimbas kembali pemergian arwah Abg Din; aku masih ingat; aku sempat melihat wajahnya dari peti mayat di Hospital Tangkak. Tak sangka wajah arwah Abg Din nampak tenang saja. Jika mendengarkan dia kemalangan, tercampak dari lori; meninggal di jalan raya sana. Pastinya kita mengandaikan mukanya akan lebam atau pelbagai rupa kengerian. Tetapi tidak, tak nampak wajahnya luka; biar pun tercalar sedikit pun. Dalam siri Kemelut Madu yang aku sempat karang separuh jalan. Banyak kisah pelik yang dia terpaksa harungi. Orang akan kata kut matinya nanti susah sangat. Aku mahu buktikan pada mata masyarakat abang kandungku bukan seperti yang diuar-uarkan.

Dia hilang daya tahan diri seketika sahaja; bukan lantaran kemahuan dia; siapa yang aniaya dia; siapa yang sanggup runtuhkan rumah tangga dia. Siapa yang pernah patahkan anggota dia. Siapa yang pernah balun dia. Siapakah mertua yang masuk campur urusan rumah tangga dia. Bukan berniat menyelamatkan rumah tangga dia tetapi lebih kepada mahu menghancurkan kebahagiaannya.

Pun kini siapa pula antara ipar duai; saudara mara yang masih mahu menyambung perkara yang amat terkutuk ini. Anak-anak saudaraku semuanya amat baik; jika kelakuan mereka tidak sopan atau tidak berbudi bahasa; siapa yang mendidik dia. Aku sebagai Paksu mereka yang terpisah berbelas tahun amat menyayangi mereka semua. Siapa kalangan mertua atau ipar duai yang tak reti mendidik anak-anak. Siapa yang memisahkan kasih sayang anak & ayahnya. Anak arwah Abg Din dilahirkan bak kain putih. Siapa yang merona hidup mereka.

Itu yang aku mahu luahkan dalam Kemelut Madu. Nampaknya hingga kini manusia ini tetap namanya manusia. Tak nampak kita hidup sentiasa ada Malaikat bersama kita. Malaikat di kiri kanan kita ini sentiasa sedih melihat lagak kita. Berprasangka buruk pada seseorang tak pernah pun diajar oleh agama kita.

Melihat buah rambai ini teringat akan rumah Opah Kamariah
yang memang asalnya dulu banyak pokok rambai sekitar rumah kami.

Pernahkah kita dengar ceramah; bagaimana mudahnya seseorang ayah itu mati Syahid; seandainya ketika keluar rumah mencari rezeki; dia berniat mahu menunaikan tanggung jawab menyara keluarga. Kemudian dalam tempoh berkerja dia mati; itu boleh kita andaikan Mati Syahid. Bukan bagai bak ramai para isteri kini yang makin lupa diri; keluar rumah buat harta sendiri, suami diperlekehkan jika mahu minta bantuan dalam menyara kehidupan keluarga sendiri. Malahan ramai isteri sanggup tinggalkan anak-anak lantaran mengejar kemewahan dunia. Kejar lelaki kaya.

Kes kemalangan Abg Din; memang tragis; dia sempat hantar anaknya pulang seolah tahu ajalnya akan tiba; dia keluar mencari rezeki dengan bebanan tugasan yang amat berat. Bukannya ringan tong gas yang mahu diangkat dengan kudrat. Sampaikan tayar lori boleh pancit sebab bebanan yang teramat berat.

Aku tak boleh mengandaikan Abg Din pergi secara baik, nanti ada yang kata asyik nak memuji keluarga sendiri. Cuma fikirkanlah; apakah kita dapat mati dalam keadaan sedemikian. Ketika sedang mencari rezeki keluarga Tuhan ketemukan kita dengan ajal.

Aku masih ingat bagaimana sayangnya Pak Mertua dia orang Muar ini; bagaimana marahnya dia kepada tauke gas ini; mungkin lori yang dipandu oleh arwah Abg Din tidak selamat; itu yang dia persoalkan.

Kita yang tinggal ini matinya entah bagaimana, apakah kita bakal menyusahkan anak & isteri kita. Apakah akan menyusahkan suami menjaga sakit kita. Apakah ketika kita nak mati nanti; anak bini tak cukup beras nak ditanak; tak ada belanja harian sebab tuhan tutup rezeki kita.

Kita tak pernah mahu berpakat dalam menyara keluarga; asyik mempersoalkan hak & tanggungjawab suami atau isteri. Sedangkan seharian beginilah kita. Baik suami atau isteri masing-masing keluar rumah mencari rezeki. Tak ingatkah aduhai hati; bila pasangan kita telah tiada lagi; memang akan terputuslah rezeki yang bakal Tuhan turunkan pada si mati. Yang tinggal nanti belum tentu ada rahmat Ilahi jika asyik mungkar & ego diri.

Terima kasih Kak Aina lantaran masih menjaga anak-anak pun pusaka, pusara Abg Din sebaiknya.

Biro Pengaduan Awam JPM Tanah Pusaka Md Sesh Hilang!.


1. Mesyuarat diadakan pada pada Jumaat 8 Julai 2011, surat sampai Sabtu 9 Julai 2011, kalau pun sampai hari jumaat aku mana ada jet peribadi nak berkerjar dari Jenaris ke Ipoh jam 10:00 pagi. Posmen pun tak akan sampai pagi buta macam itu.

2. Bila aku bukan Kes 80974 di Biro Pengaduan Awam (BPA), kes yang aku adukan telah ditutup. (Amboi! mudahnya buat kerja)

3. Hari ini BPA di Ipoh buat keputusan sendiri; memang saya mutlak kehilangan tanah pusaka lima ekar lebih itu lantaran Tunggakan Cukai Tahunan. (Ingatkan BPA dapat membeli nasib orang kampung, Naa Mungkin!)

4. Akta di bawah sek 100 K.T.N (56/1965) (Aku pun tak pernah baca) di mana tanah tersebut telah dirampas memang tidak memihak kepada pemilik tanah; kami sebagai pewaris TIDAK diberikan surat Notis Rampasan atau Notis Lelongan. Apakah mungkin di pengap oleh Posmen atau orang kampung!.

5. Tahu-tahu sekitar 3 tahun lalu; bila saya nak bayar Cukai Tahunannya telah bertukar nama ke PR warga Indon. Saya telah kira cukainya biar pun termasuk denda lambat tak sampai pun RM5,000. Apakah kami mesti hilang hak milik yang kini telah pun bernilai sekitar RM300,000.

6. Pejabat Daerah Tanah Kampar PDTK telah pun berulang kali menukar No. Geran Tanah sekitar 3 tahun lalu; bayangkan ada banyak lagi tanah arwah apak yang hilang gerannya jadi mainan pihak mereka. Mana mungkin GERAN (GT) 00024239 DAERAH KINTA MUKIM TEJA LOT 6336 Keluasan Tanah 5A 1A 30.0000P pihak BPA dapat kesani lagi; Lot tanah tersebut telah ranap dalam mainan PDTK; sebab geran terbaru tidak sama dengan geran di tangan kami yang kami pegang sejah tahun 1920an lagi.

7. Tak apalah apak; anakda telah berusaha pelbagai cara mahu menyelamatkan tanah pusaka nenek moyang kita nampaknya dunia telah ambil dengan Akta Tanah Pindaan Kerajaan yang amat malang & menindas empunya hak milik tanah itu sendiri. Agar liang lahat arwah Apak tetap lapang & di mahkamah sana nanti kami akan tetap tuntut hak kami sebab ini adalah tanah pusaka titik peluh nenek moyang kami sejak azali.

"Taubat Lahom aku takkan berurusan dengan dunia durjana ini. Huh!."

13 Julai 2011

Fitnah Kubur bagi Orang Beriman dan Orang Kafir


Imam Ahmad dalam kitabnya Al-Musnad menyebutkan bahwa Al-Bara’ ibn ‘Azib pernah berkisah sebagai berikut:

Kami pernah keluar bersama Rasulullah untuk mengantarkan jenazah serang laki-laki dari sahabat Anshar, kemudian sampailah kami ke pekuburan tersebut. Setelah mayat tersebut dikebumikan, Rasulullah duduk, kami pun duduk di sekitarnya dengan tenang sehingga seakan-akan kepala kami dihinggapi seekor burung. Tangan beliau memegang sebatang kayu dan mencocok-cocokkan ke tanah. Kemudian beliau mengangkat kepalanya dan bersabda, “Berlindunglah kalian kepada Allah dari azab kubur.”

Beliau mengatakan itu sebanyak dua kali atau tiga kali, setelah itu beliau bersabda lagi sebagai berikut:

Jika seorang hamba yang beriman telah meninggal dunia dan menghadap ke akhirat, akan turun kepadanya sejumlah malaikat dari langit yang berwajah putih bersih seakan-akan matahari. Mereka membawa kafan dari kafan-kafan penghuni syurga dan juga wewangian dari syurga. Mereka kemudian duduk di suatu tempat yang dapat dilihat oleh sejauh mata memandang. Kemudian datang malaikat pencabut nyawa, lalu duduk di dekat kepalanya sambil berkata, “Keluarlah, wahai jiwa yang tenang, keluarlah untuk menuju ampunan dan keredaan Allah.”

Lantas keluarlah nyawanya dengan mengalir bagaikan mengalirnya air yang menetes dari tempat air. Malaikat pencabut nyawa kemudian mengambil roh orang tersebut dan membungkusnya dengan kain kafan yang telah ditaburi wewangian dari syurga.

Dari kafan itu tercium semerbak bau wangi yang melebihi bau wangi misik yang pernah ditemui di bumi. Para malaikat kemudian naik ke langit dengan membawa kafan tersebut. Mereka tidak pernah melewati satu malaikat pun dari para malaikat penduduk langit melainkan mereka ditanya, “Roh siapakah yang berbau wangi itu?”

Para malaikat pembawa roh itu menjawab, “Ini adalah roh Fulan bin Fulan, “Berkat nama-namanya yang paling baik yang mereka sebutkan sewaktu berada di dunia, mereka kemudian memohon agar dibukakan pintu langit untuknya, Lalau terbukalah pintu langit itu. Dari setiap langit, semua malaikat yang dekat dengan Allah mengantarkannya sampai ke langit berikutnya hingga mereka sampai ke langit yang ke tujuh.

Setelah mereka sampai ke langit yang ke tujuh, Allah berfirman: “Tulislah kitab hamba-Ku ini di dalam ‘Illiyyin lalu kembalikanlah dia ke bumi karena Kami telah menciptakan mereka dari bumi (tanah). Kepadanya Aku kembalikan mereka dan dari dalamnya Aku mengeluarkannya sekali lagi.”

Rohnya kemudian dikembalikan ke bumi, lalu datanglah dua orang malaikat yang kemudian mendudukkannya, Mereka lantas bertanya kepadanya, “Siapakah Tuhan Anda ?” Ia menjawab, “Tuhanku adalah Allah .”

Kedua malaikat itu bertanya lagi, “Apakah agama Anda?” Ia menjawab, “Agamaku adalah Islam.”

Kedua malaikat itu bertanya lagi, “Siapakah laki-laki yang telah diutus kepada Anda?”

Jawabnya, “Beliau adalah (Muhammad) Rasulullah.” Malaikat itu bertanya, “Dari mana Anda tahu ?” Ia menjawab, “Aku telah membaca Kitab Allah. Aku mengimani dan membenarkannya.”

Lalu terdengarlah sebuah panggilan dari langit, “Jika memang hamba-Ku ini benar, maka hamparkanlah untuknya (permadani) dari syurga, berilah ia pakaian dari syurga, dan bukakanlah untuknya pintu yang menuju syurga.” Kemudian roh orang yang beriman dikembalikan ke jasadnya beserta bau wamgi-wangiannya, lalu diluaskan kuburannya sejauh mata memandang.

Selanjutnya datanglah seorang laki-laki tampan yang berpakaian bagus dan berbau harum. Ia berkata, “Berbahagialah dengan segala yang membahagiakan Anda. Ini adalah hari kebahagiaan Anda yang telah Allah SWT janjikan.” Orang beriman tersebut bertanya, “Siapakah engkau? Wajahmu tampan sekali.” Ia menjawab, “Aku adalah amal soleh Anda.”

Orang beriman itu kemudian berkata: “Tuhanku datangkanlah hari kiamat. Tuhanku datangkanlah hari kiamat sehingga kau dapat kembali pada keluarga dan hartaku.”

Rasulullah lalu meneruskan sabdanya:

Sementara seorang hamba yang kafir, ketika ia mati dan menghadap ke akhirat, akan turun kepadanya dari langit beberapa malaikat yang mukanya hitam sambil membawa kain kasar. Mereka duduk di suatu tempat sejauh mata memandang. Datanglah kemudian malaikat pencabut nyawa dan duduk di dekat kepalanya dan berkata, “Hai jiwa yang busuk, keluarlah kamu menuju pada kemurkaan dan kemarahan Allah.”

Roh orang tersebut lalu dipaksa keluar dari jasadnya seperti besi yang dicabut dari bulu domba yang basah dan kemudian diambil oleh malaikat tersebut. Setelah itu mereka tidak membiarkan roh tersebut ada di telapak tangannya barang sekejap. Mereka langsung memasukkannya ke dalam kain kasar tersebut. Dari kain kasar tersebut keluar bau busuk melebihi busuknya bangkai yang pernah ditemui di dunia.

Mereka kemudian membawanya ke langit. Mereka tidak pernah melewati satu malaikat pun dari kalangan penduduk langit melainkan mereka ditanya, “Roh siapa yang busuk ini?”

Mereka menjawab, “Roh Fulan bin Fulan.” Lantaran menyebut nama-namanya yang paling buruk yang pernah ia sebut di dunia, kemudian ia mohon dibukakan pintu langit, tetapi pintu langit tidak dibukakan untuknya.

Rasulullah kemudian membaca Firman Allah SWT yang artinya, “Sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak pula mereka masuk syurga, hingga unta masuk ke lubang jarum.” (QS. Al-A’raf (7): 40).

“Tulislah buku catatan amalnya di Sijjin yang berada di bumi paling bawah.” Rohnya kemudian dilemparkan begitu saja. Kemudian Rasulullah membacakan sebuah Firman Allah yang artinya, “Barangsiapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah, maka ia adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh seekor burung, atau diterbangkan oleh angin ke tempat yang jauh.” (QS. Al-Hajj (22): 31).

Rohnya kemudian dikembalikan ke jasadnya. Selanjutnya datanglah kepadanya dua orang malaikat lantas mendudukkannya. Mereka bertanya kepadanya, “Siapakah Tuhanmu?” Ia menjawab, “Ee..ee..ee.. saya tidak tahu.” Mereka bertanya lagi, “Apa agamamu?” Ia menjawab, “Ee..ee..ee.. saya tidak tahu.”

Setelah itu terdedengar sebuah pamggilan dari langit, “Jika ia benar-benar berdusta, hamparkanlah untuknya sebuah hamparan yang terbuat dari api neraka, dan bukakanlah untuknya sebuah pintu yang menuju ke neraka.” Ketika pintu itu dibuka, maka panas dan racunnya langsung menembus badannya dan kuburannya pun menjadi semakin sempit dan menghimpit badannya sehingga tulang-tulangnya berserakan.

Ia kemudian didatangi seorang laki-laki yang berwajah buruk, berpakaian buruk dan berbau busuk. Orang itu berkata kepadanya, “Berbahagialah kamu dengan sesuatu yang membinasakanmu. Hari ini adalah hari kesengsaraanmu yang telah Allah janjikan!” Orang yang mati derhaka itu kemudian bertanya, “Siapakah engkau? Wajahmu sangat buruk.” Ia menjawab, “Aku adalah amal burukmu.”

Orang derhaka itu berkata, “Tuhanku, jangan Engkau datangkan hari kiamat.”

Di dalam teks Imam Ahmad disebutkan, “Ketika itu Allah menjadi ‘buta’, ‘tuli’ dan ‘bisu’ terhadap orang tersebut. Di tangan-Nya ada sebatang besi. Jika besi tersebut ditimpakan pada sebuah gunung, niscaya gunung tersebut akan hancur menjadi debu.

Allah SWT lantas mengembalikan orang tersebut seperti sediakala. Orang tersebut dipukul lagi dengan satu pukulan hingga menjerit, sementara jeritannya dapat didengar oleh semua makhluk selain jin dan manusia.”

Al-Bara’ berkata, “Setelah itu dibukakan sebuah pintu untuknya menuju neraka dan dihamparkan untuknya sebuah hamparan yang terbuat dari api neraka.”

Pilihan Hati

Selain kita mahukan akhirat yang kekal, dapat kita berkumpul dalam Syurga
milik Nan Esa pastinya di dunia sementara ini kita mahu miliki
antaranya anugerah yang sebegini...

Anda dihadiahkan punyai pasangan secantik ini
atau

Secantik Maya Karin sebelum janda
atau

atau seiras jejaka tampan lagi hartawan ini
atau

anda dihadiahkan Resort seindah ini
atau

atau hak milik hutan terbiar ini;
entah kenapa aku ni suka sangat dengan hutan...
aku suka hutan ini...

atau

memiliki rumah agam atas gunung!
atau

Istana Hinggap ini?.

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM


Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3.Seorang yang masuk masji d lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya
itu.

8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

11 Julai 2011

Ish! 14

mana pula ni.


orang ke apa ni...

Kematian


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita

Ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini! tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki Syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.


10 Julai 2011

Lelaki yang bakal ahli neraka



Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula ke abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ..tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.

Anak Muda tak minat Politik


"Dah daftar untuk mengundi Afiz"

"Kat mana nak daftar tu ayah!"

"Dalam internet pun ada kut!" aku baru menyemaknya, huh! satu kelemahan kena pergi ke pejabatnya di Shah Alam; dalam dunia yang canggih masih ada ketidaktelusannya SPR ini.

http://www.spr.gov.my/index_files/hubungi_kami/hubungi.asp

Selalunya jika ada majlis ceramah atau apa jua himpunan politik ada meja daftar pengundi ini.

Maka itu anak muda tak ramai minat berpolitik, jiwa mereka masih terumbang ambing dalam mencari suasana mencari kerja. Apatah lagi penyata hutang PTPTN telah datang ke rumah. Belum pun dapat kerja hutang telah keliling pinggang. Apatah lagi jika ditanya fahaman politik mereka sungguh tak semua ambil tahu. Malahan ketika mengundi pun jiwa mereka entah ada entah tidak kesedaran.

Media arus perdana terusan menjaja dasar kerajaan yang indah bunyinya. Namun hakikat kehidupan belum tentu golongan muda ini akan dapat hdup sendiri; secara keseluruhannya mereka masih bergantung kepada ibu bapa. Mereka bukan anak jati kerajaan apatah lagi jika belajar di IPTS atau kolej swasta. PTPTN tidak sama dengan biasiswa apatah lagi dalam masa terdekat ini mereka yang gagal mendapat CGPA yang baik PTPTN akan ditarik balik.

Hidup terkaparlah mereka, tanpa keluarga entah ke manalah arah pembelajaran mereka. Sebab itu negara maju membolehkan rakyatnya belajar secara percuma. Ini amat perlu difikirkan oleh kerajaan. Tanpa warganegara yang bijak apalah yang ada sebagai aset buat negara.

09 Julai 2011

Kenyataan Murni


Salahkah mahu berkata benar
bilamana keraguan itu makin membelenggu
Salahkah mahu mencari jalan lurus
bilamana asyik ianya disekat samar dipintas
Salahkan mahu berhimpun aman
bilamana keamanan makin nampak bundar
Salahkah menggarap puisi prasangka
bilamana minda ini makin dikepung sengketa
Salahkah mengharapkan era ketelusan
bilamana para juri tidak lagi sejati
Salahkah mahu berdendang kemurnian
bilamana jiwa makin sarat dengan laguan metal
Salahkah mahu menongkah arus deras
bilamana media makin hanyut dengan moral ampuh
Salahkah mahu mencabar akta gurur
bilamana pemimpin makin muncah di arus bacul.

Semalam kotaraya yang damai diancam dua kelompok
satu ingin mengekang suara keramat rakyat
satu lagi terhimpit dengan sekatan darurat
masing-masing ada taringnya yang tersendiri
yang satu dengan segala senjata kemodenan
yang satu lagi sekadar punyai senjata suara berbisa.

Tak mungkin akan usai protes ini
jika memorandum yang diserahkan
tidak dilaksana martabat gagasannya.

Tak akan mungkin tamatnya perarakan ini
jika empunya kuasa tidak mahu merubah
sokongan yang diberikan membawa rebah.

iDANRADZi
Kuala Lumpur.