iDAN

29 Mac 2013

Tiong Kasih Di Sepi Tioman

Ibarat kasih si Tiong Rimba; ianya amat aneh. Apatah lagi sesat di hutan Pulau Tioman yang amat asing. Tanpa embun damai menyusik dinihari. Impian aku pergi bersama dengan sang kekasih nampak semakin memutik. Aku tidak pernah terduga mahu menjejak kaki ke Pulau Tioman sementelah telah tua & tak mampu lagi untuk scuba. Angin basah di Jenaris memaksa aku berpeluh mengemas barangan untuk bermalam di Tioman. Taaiga hari dua malam pakej RM285 seorang. Aku sempat membeli pakaian mandi si sekitar Kajang. Ianya mengambil masa agak lama sebab sukar nak dapatkan pakaian mandi saiz XXL. Ish dah boroi amat aku ni.

2. Jangkaan waktu kami bertolak dari depan Surau Jenaris sekitar 12:30 malam. Dengar khabarnya bas penuh. Tempahan saat akhir buat anakandaku si Anif ditolak lantaran masahan tempahan. Aku tak dapat mengecam kenapa; tetapi mengikut Cikgu Zul Ketua rombongan bagi Persatuan Penduduk Jenaris; tiada lagi tempat untuk tempahan akhir. Terpaksalah aku beralah sebab aku memang teringin nak bawa si Anif pergi bersama. Bercuti bersama keluarga bagiku amat membahagiakan berbanding pergi sendiri atau berpasang sang isteri (mungkinkah). Bilamana ada keluarga yang ditinggalkan pasti hati akan terkenang-kenang. Teringat wajah si Anif di STTJ Seremban.

3. Aziq@Angah tengah sibuk belajar di UTM Skudai maka lagilah payah mencari waktu senggang untuk pergi bercuti bersama dengan seluruh keluarga. Tak apalah jika ada rezeki aku bercadang nak bawa Aziq & Anif sama bercuti ke Tioman satu hari nanti. Jika kesihatanku mengizinkan apalah salahnya untuk pergi bersantai ke mana jua dengan keluarga. Hari seorang penyair sepertiku sukakan ikatan kasih sayang yang mesra. Selagi kasih sayang dapat dipupuk apalah salahnya menjadi keluarga yang bahagia. Dapat menikmati hidup kekeluargaan yang intim saling menghormati kegemaran ahli keluarga dengan penuh kasih sayang.

4. Mila masih bekerja... biarpun malam nanti Jumaat kami akan bertolak. Barangan Mila masih tak berkemas Aku & Azim mengemas keperluan sendiri; biasalah kegemaranku jika ada peluang memancing aku mahu memancing; bukan nak dapat ikan besar nak rasa sentapan akan ikan di Tioman pun sudah cukup. Aku sediakan barangan ringkas memancing di tepi pantai atau jeti. Selebihnya aku suka bergambar & berharap Azim akan ikut jejak ayahnya berjinak dengan kamera. Buat masa ini aku hanya pinjam kamera Afiz. Kamera Digital biasa. Aku suka masak-masak ringkas hatta aku selalu sediakan cerek pemanas. Harapanku percutian ke Pulau Tioman menjanji satu kenangan indah; agar tak banyak cabaran pun keributan yang mengekang impian. Nak kurangkan stres pun lari dari kurungan orang bersara. Tiong kasih ku akan terbang jauh... nun ke sepi Tioman.

- bersambung.
 
Respon menarik:
 
 

27 Februari 2013

Life of Pi MENANG banyak Oskar tapi Argo Menang Filem Terbaik Oskar Ke-85.


Life of Pi menang 4 Anugerah tetapi gagal memenangi Filem Terbaik; Mungkin yang buat filem ini seniman Asia kut pasti ada cacat cela di mata juri. Hatta Hollywood rasa tergugat jika bolot semua anugerah aku tak tenguk filem Argo mungkin MEMANG hebat banding Life of Pi.


Filem Terbaik Oskar Ke-85 "Argo"
LOS ANGELES: Filem Argo berjaya menduduki tempat teratas pada Anugerah Akedemi (Oscar) Ke-85 yang diadakan di sini pada Ahad (waktu tempatan).
Filem ini berjaya merangkul tiga anugerah iaitu dalam kategori Gambar Terbaik, Suntingan Filem Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik.
Sementara itu antara pemenang yang unggul dalam kategori masing-masing adalah Jennifer Lawrence (Pelakon Wanita Terbaik), Daniel Day-Lewis (Pelakon Lelaki Terbaik), Anne Hathaway (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik), Christoph Waltz (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dan Ang Lee (Pengarah Terbaik) Life of Pi.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Seth MacFarlane dan disiarkan secara langsung di ABC dari Hollywood Dolby Theatre.

SENARAI PEMENANG
> Filem Terbaik: Argo - Diterbitkan Oleh: Grant Heslov, Ben Affleck dan George Clooney
Lain-lain Pencalonan:
1. Amour – Lakonan : Margaret Menegoz, Stefan Arndt, Veit Heiduschka dan Michael Katz.
2. Beasts of the Southern Wild – Lakonan: Dan Janvey, Josh Penn dan Michael Gottwald.
3. Django Unchained - Stacey Sher, Reginald Hudlin and Pilar Savone
4. Les Miserables – Lakonan: Tim Bevan, Eric Fellner, Debra Hayward dan Cameron Mackintosh,
5. Life of Pi – Lakonan: Gil Netter, Ang Lee dan David Womark
6. Lincoln – Lakonan: Steven Spielberg dan Kathleen Kennedy
7. Silver Linings Playbook – Lakonan: Donna Gigliotti, Bruce Cohen dan Jonathan Gordon.
8. Zero Dark Thirty – Lakonan: Mark Boal, Kathryn Bigelow dan Megan Ellison,
> Pelakon Lelaki Terbaik: Daniel Day-Lewis - (Lincoln)



Lain-lain Pencalonan:
1. Bradley Cooper - (Silver Linings Playbook)
2. Hugh Jackman - (Les Miserables)
Adele memenangi Muzik Asal Terbaik melalui lagu Skyfall.
3. Joaquin Phoenix -(The Master)
4. Denzel Washington - (Flight)

> Pelakon Wanita Terbaik: Jennifer Lawrence - (Silver Linings Playbook)
Lain-lain Pencalonan:
1. Jessica Chastain - (Zero Dark Thirty")
2. Emmanuelle Riva - Amour)
3. Quvenzhane Wallis - Beasts of the Southern Wild)
4. Naomi Watts - (The Impossible)

> Lakon Layar Adaptasi Terbaik: Argo : (Chris Terrio)
Lain-lain Pencalonan:
1. Beasts of the Southern Wild - (Lucy Alibar & Benh Zeitlin)
2. Life of Pi - (David Magee)
3. Lincoln -(Tony Kushner)
4. Silver Linings Playbook - (David O. Russell)

> Lakon Layar Asal Terbaik:Django Unchained - (Quentin Tarantino)
> Skor Muzik Terbaik:: Life of Pi -(Mychael Danna)
> Lagu Asal Terbaik: (Skyfall)
> Suntingan Filem Terbaik: Argo - (William Goldenberg)
> Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Anne Hathaway - (Les Miserables)
> Rekaan Kostum Terbaik: Anna Karenina - (Jacqueline Durran)
> Adunan Bunyi Terbaik: Les Miserables - (Andy Nelson, Mark Paterson dan Simon Hayes)
> Suntingan Bunyi Terbaik: Skyfall - (Per Hallberg and Karen Baker Landers)
> Dokumentari Cereka Terbaik: Searching for Sugar Man - (Malik Bendjelloul dan Simon Chinn)
> Dokumentari Pendek: Inocente - (Sean Fine dan Andrea Nix Fine)
> Filem Pendek Terbaik: Curfew - (Shawn Christensen)
> Filem Bahasa Asing Terbaik: - (Amour Austria)
> Solekan Terbaik: - (Les Miserables)
> Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: - (Christoph Waltz "Django Unchained")
> Sinematografi Terbaik: : Life of Pi (Claudio Miranda)
> Visual Terbaik: Life of Pi (Claudio Miranda)
> Animasi Filem Pendek Terbaik: Paperman - (John Kahrs)
> Filem Animasi Terbaik: Brave (Mark Andrews dan Brenda Chapman)

Baca juga ini:

http://idanradzi.blogspot.com/2013/02/life-of-pi-telah-diramalkan-menang.html

20 Februari 2013

MENOLAK SALAM MESRA

Kebarangkalian keikhlasan aku untuk bersapa, beramah mesra atau melempar senyum disilaptafsirkan. Maka tak pasal-pasal kena sebiji. Ibarat terpocol kata-kata apa pandang-pandang.

2. Jangan silap melempar senyum sebab tanda akhir zaman itu kan manusia hanya akan memberi salam kepada golongan mereka saja. Tak semua kita terpilih untuk menjadi satu kumpulan yang besar mesra pun saling sedia beramah mesra.

3. Sebagai contoh cer cuba awak tu tak pernah ke surau; gotong royong amat dibenci; sentiasalah berwajah masam. Bersikap lu lu gua gua. Pasti awak tu akan menjadi bahan umpatan masyarakat. Malahan akan terbit kata-kata orang macam ni jika mati siapa nak uruskan.

4. Memang itu hukum karma. Biarpun sejarah telah membuktikan; dalam agihan kebajikan sesama penghuni alam ini pun telah disalahgunakan. Kini semakin kita hidup berkroni. Jika dilahirkan dalam golongan elit akan pasti sentiasa berterusan elitnya. Jika dilahirkan dalam golongan marhaen. Minta maaflah pasti amat sukar mahu melonjak martabat diri.

5. Sebagai contoh yang nyata jika ada wawasan kerajaan untuk mencelikkan IT di kalangan masyarakat berpendapatan rendah; apakah semua yang berhak dapat memilikinya. Minta maaflah jika awak tu bukan kalangan mereka yang rapat dengan golongan yang mengagihkan Komputer Riba 1Malaysia ini; memang takkan dapat ketik kekunci celik IT ini. Top-top dah lebih 200 ribu mereka telah mendapat komputer riba ini.

6. Ini yang sering berlaku biarpun awak tu waris atau kenalan rapat dengan VVIP yang punyai pengarauh dalam agihan kemakmuran negara. Jangan mimpi BELIAU akan senyum dengan awak. Sebab pastinya bila saja lihat wajah buruk awak tu sentiasa terpancar air muka awak itu yang AMAT mencurigakan; jauh sekali akan ada perasaan cinta pandang pertama. AIR MUKA awak tu bukan muka rezeki atau mesra alam. Ada fahamkah.

19 Februari 2013

PRU ke-13 diramal Mac Ini

 


Ramai meramalkan Pilihan Raya Umum  (PRU) ke-13 akan diadakan pada cuti sekolah Mac ini. Parlimen akan dibuburkan bila-bila masa lagi. Ramalan yang sering diuar-uarkan ialah pada  22.2.2013 Parlimen dibubarkan. Penamaan calun dijangkakan pada 16.3.2013. Pengundian pula akan dibuat pada 30.3.2013. Tarikh pengundian ini bertepatan dengan cuti persekolahan. Tentunya Perdana Menteri mengambil kira semua ini bagi memudahkan SPR membuat persedian sebelum pengundian. Buat masa ini semua cuti rehat PDRM telah dibekukan.

DS Anwar pula menjangka pada April nanti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti membubarkan Parlimen pada 28 April dan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Jika 60 hari akan jatuh pada Mei; takkanlah dipilih pada 13 Mei... Emm mengundi pada 11 Mei lepas tu 13 Mei meraikan kemenangan & bergaduh lagi. Macam menakutkan rakyat.

2. Tak lama lagi seluruh negara akan dibanjiri oleh poster pilihan raya. Tempoh berkempen masih samar berapa lama; Bersih mahukan selama 21 hari sedangkan yang selalunya hanya sekitar 10 hari. Jika hanya 10 hari bermakna berkempen akan diwartakan pada sekitar  13 Mac jika pilihan raya pada 23 Mac. Selalunya akan mengambil masa musim cuti sekolah; maka diramalkan sekitar penghujung Mac sebab mula cuti sekolah ialah 23 Mac 2013.

3. Seandainya Pilihan Raya ketika aku tidak berada di negara pada 23 Mac ini hatta terkuranglah undian paling tidak dua undi aku & isteri. Kami telah lama merancang melancong ke luar negara pada 23 hingga 26 Mac ini. Jika mengundi pada 30 Mac 2013 maka cantik amat.

4. Selamat memilih calon pilihan anda. Pilihlah siapa jua yang anda sokong sebab kita hidup di negara yang demokrasi. Jangan sesekali jadikan Pilihan Raya ini satu pengundian yang kotor. Agar keputusan yang dicapai nanti tidak menjadi desas-desus ketidakpuasan hati pengundi. SPR perlu berlaku adil lagi saksama.

5. Kita telah lama hidup di negara yang merdeka maka jadilah warga merdeka yang bijaksana. Selamat Mengundi ucapan ikhlas dari Penyair iDANRADZi.

Gadaian Barang Kemas Pusaka

 

Soalan

Apakah hukumnya jika suami menggadaikan barang-barang kemas milik isteri tanpa pengetahuan isteri? barang-barang kemas itu adalah milik pusaka turun temurun dari keluarga saya. Setelah menggadainya suami enggan menebus kembali dan hanya membiarkan hingga tidak lagi boleh ditebus akibat tarikh perjanjian gadaian telah luput. Apakah hukumnya dan apakah yang sebetulnya perlu dilakukan oleh suami?

Jawapan 

Adalah haram bagi seorang suami berbuat demikian. Di dalam kes ini, barang kemas yang diambil oleh suami anda adalah hak milik anda dan dia tidak mempunyai sebarang hak ke atasnya. Ringkasnya, suami anda telah melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil barang kemas tersebut tanpa izin anda dan menggadainya.

Di dalam hal ini, suami anda perlu lebih bertanggungjawab dan jika ada masalah kewangan, bawalah berbincang bersama isteri dan cari jalan penyelesaian bersama. Hukum mencuri di dalam Islam adalah potong tangan tak kira mencuri harta waris sendiri. (Kecuali yang empunya barangan itu menghalalkannya)

Walau apa pun, diharap semoga suami anda akan memulang barang kemas pusaka tersebut dengan apa cara sekalipun sebab ianya berupa hutang yang perlu dilunaskan. Jika tidak suami anda pastinya terhalang untuk masuk ke syurga. Suami yang baik perlu prihatin akan barangan kesayangan isteri. Sebab itu Islam menjatuh hukuman hudud dalam kes kecurian begini agar kita umat Islam memahami nilai kasih sayang & hak orang lain.

Seandainya masalah ini tidak dapat diselesaikan anda berhak melaporkan kepada pihak polis atau hendaklah suami anda bertaubat memohon ampun atas perbuatan mencuri hak mereka yang telah meninggal dunia. Ini melibatkan harta pusaka turun temurun salasilah keluarga anda yang sudah tentunya berusia ratusan tahun dan tak dapat ditukar dengan wang ringgit. Islam memandang berat masalah kecurian sebegini. Wallahu ‘alam.