iDAN

05 Jun 2009

Rawatan bunga-bungaan pulihkan kelesuan (Delima Merkah)

ARKIB : 03/06/2009

Oleh MERAN ABU BAKAR



Pasti terlena apabila tubuh diurut perlahan.

TUBUH lesu kepenatan, wajah yang nampak keletihan dan mata yang tidak segar adalah di antara tanda anda memerlukan rawatan badan bagi memulihkan tubuh yang 'didera' setiap hari dengan tugas seharian.

Tentunya anda dapat membayangkan betapa bahagia jika tubuh diurut dan dimanjakan dalam bilik spa yang remang-remang cahaya dengan bauan aromaterapi yang mampu melenakan mata seketika.

Di Dewi Day Spa, kecantikan dan kesihatan bersatu. Usapan, urutan dan aroma minyak aromaterapi sekali gus menciptakan suasana yang tenang, menyegarkan dan membangkitkan semangat.

Baru dibuka empat bulan namun spa ini mampu memberikan rawatan bertaraf profesional kerana pemiliknya, Zuraini Ahmad, 31 tahun, berpengalaman selama 10 tahun sebagai Pengurus Bersekutu dengan spa Martha Tilaar di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Memilih konsep Bali sepenuhnya, kata Zuraini, konsep ini memberikan persekitaran dan suasana yang tenang dan mendamaikan sesuai dengan warga kota yang sentiasa mengejar waktu.

Melangkah ke dalam Dewi Day Spa, pengunjung mungkin terlupa seketika bahawa mereka berada di tengah-tengah kota kerana hiasan dalaman spa ini yang banyak menggunakan kayu dan buluh.

''Pelanggan boleh relaks sepenuhnya apabila berada di sini sambil mendapatkan rawatan yang diperlukan.

"Di antara rawatan yang kami sediakan ialah rawatan spa, rawatan tradisional, urutan, rawatan muka, penjagaan serta rawatan rambut cara Bali dan rawatan kuku kaki dan tangan.

''Rawatan spa yang kami sediakan berbeza dengan spa lain kerana bahan-bahan yang digunakan adalah seperti bunga ros, bunga patchouli, bunga raya putih dan buah-buahan terpilih,'' kata Zuraini yang pernah mengikuti kursus mengenai spa dan kecantikan di Indonesia.

Tambahnya, rawatan seperti mandi bunga, lulur Jawa, mandi susu, rawatan Dewi Ritual, mandi herba dan tangas di antara yang menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung.

Katanya, rawatan Dewi Ritual atau Ratu Sehari menyediakan rawatan untuk seluruh tubuh seperti lulur, urut, mandi wap, mandi herba dan akhir sekali bertangas. Rawatan ini amat digalakkan untuk bakal pengantin.

Utusan Malaysia

iDAN: Berapa agaknya untuk sekali rawatan?.

04 Jun 2009

Leka dengan Tagged

Dua tiga hari ini aku malas amat menulis, sebabnya e-mel aku kelopak di yahoo masih tak boleh akses. Kemudian aku leka dengan tagged.

Afiz dah bising bila lagi nak kemas rumah, banyak amat barangan di rumah masih berselerakkan. Sudah dua bulan lebih aku berpencen, masih tiada perubahan dengan keadaan rumahku.

Malam-malam pula leka dengan Astro, banyak masa terbuang dengan perkara yang pelik2 ini. Agar esok aku kembali rajin menulis.

03 Jun 2009

Manohara harus pegang rahasia (Ceritera)

Tanggal : 03 Jun 2009
Sumber : Harian Terbit

Harian Terbit,

JAKARTA - Wakil Sekjen Partai Persatuan Pembangunan (PPP), Drs H Lukman Hakiem Hasibuan meminta Manohara Odelia Pinot untuk tetap berpegang pada etika Islam dalam urusan rumah tangga. Misalnya, masalah hubungan suami isteri harus betul-betul dijaga kerahasiaannya, dan jangan diumbar ke mana-mana.

"Kalau memang Manohara menjadi korban dari KDRT, seharusnya dia mengambil jalur hukum, apalagi Tengku Fakhry sudah siap untuk menerima risiko apapun kalau memang dianggap melanggar hukum," katanya pada Harian Terbit di Jakarta, Rabu pagi.

Lukman mengatakan masalah hubungan suami isteri adalah masalah rahasia yang tidak boleh diceritakan ke mana-mana.

Mantan Staf Khusus Wakil Presiden semasa Hamzah Haz ini mengatakan dalam kacamata Islam, Manohara masih menjadi isteri sah dari Tengku Fakhry, sebab belum ada jatuh talak dari Pangeran Kelantan tersebut. Karena itu apa pun yang dia lakukan semestinya masih dalam koridor sebagai seorang isteri, yang dalam Islam harus menghormati suaminya. Dia juga tidak boleh meninggalkan suaminya. Lain halnya kalau memang ada bukti-bukti yang bisa dijadikan sebagai alasan untuk meninggalkan suaminya.

Lukman mengatakan kalau memang Tengku Fakhry bersalah harus dibuktikan di pengadilan. Dan untuk memperkuat bukti-bukti yang dikemukakan maka terhadap Manohara harus dilakukan visum. Sehingga jelas dan tidak ada tendensi untuk mencari sensasi.

Ia memahami kegalauan hati Manohara atas nasib yang dideritanya. Namun ia juga mengingatkan bahwa Kelantan itu adalah negara Islam, sehingga pola pergaulan seorang isteri pangeran tentunya betul-betul dijalankan dengan pola hubungan personal sebagaimana yang berlaku dalam negara Islam. "Hal-hal seperti inilah yang seharusnya dijaga oleh Manohara dan kalangan aktivis dakwah Islam, sehingga tidak ikut larut dalam kontroversi Manohara ini, " katanya.

Sementara itu pimpinan Pondok Pesantren Tarikat Akmaliyah, CM Hizboel Wathony Ibrahim mengatakan langkah yang ditempuh oleh Manohara meninggalkan suaminya bisa dibenarkan, apabila memang ia bermaksud mempertahankan diri atau menghindari diri dari kekejaman suaminya.

Menurut Hizboel Wathony dalam kaidah Islam, selain menghindarkan diri dari kekejaman suami, seorang isteri bisa meninggalkan suaminya apabila diajak untuk berbuat maksiat dan juga berbuat syirik. "Kalau salah satu saja ada alasan itu, maka dibenarkan untuk meninggalkan suami, " ujarnya. (asa)

Akaun di Yahoo selalu meragam

Akaun yang aku akses sejak sekitar tahun 1997 di Yahoo tetiba sahaja meragam. Telah dua hari aku cuba untuk klik ke sana tetapi masih tak boleh diakses. Nasiblah aku boleh guna akaunku idanradzi di sana. Jika tidak hanya boleh guna gmail sahaja. Bagaimana mahu berYM. Bulan lalu masalah yang sama, apakah ada kaki penggodam di Yahoo. Aatau pun aku yang terlua kata laluan lantaran bulan sudah punyalah teruk talian Yahoo.

Di Gmail juga aku pernah kehilangan e-mel yang aku guna untuk ruangan politik. Rasanya ada mereka yang di situs politik cuba menggodam e-mel kita melalui pendaftaran kita di situs mereka. Maka itu jika selalu menulis di ruangan politik eloklah guna e-mel yang berbeda dengan e-mel peribadi. Begitu juga kata laluan. Elok menggunakan kata laluan yang berbeda dengan e-mel peribadi. Ramai sangat kalangan webmaster di server politik tidak jujur & sering menggodam e-mel kita jika kita tidak sehaluan dengan fahaman politik mereka atau tersilap berhujah.

Awal 80an aku sering menggunakan e-mel ID yang aku sayangi seperti fatamorgana di Yahoo & Hotmail. Tak tahu siapa kini yang mengambil e-mel tersebut. Aku juga pernah menggunakan e-mel ID camar, jenaris, cenderai, kekasih, cekerawala & banyak lagi ID yang menarik tetapi semuanya kini telah diambil orang. Lantaran aku jarang buka e-mel tersebut. Ianya senang-senang diambil orang. Begitulah jika guna perkhidmatan percuma di alam maya. Belum tentunya ianya milik kita yang abadi.

02 Jun 2009

Mujur acara lewat sehari (Ceritera)



Oleh Hadzlan Hassan, Mohd Nasif Badruddin, Baharom Bakar, Zainuddin Mohamad dan Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak di sini yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu, runtuh pagi semalam, kurang 24 jam sebelum kira-kira 5,000 kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan pasukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi menyertai kejohanan Sukan Staf IPTA ke-34 di situ, hari ini.

Mereka dijangka ke stadium itu untuk acara olahraga, boling dan tarik tali.

Temasya sukan yang dihoskan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mulai hari ini hingga 13 Jun ini, bagaimanapun tetap akan diteruskan, namun acara yang sepatutnya berlangsung di stadium terbabit dipindahkan ke gelanggang lain.

Timbalan Pendaftar UMT, Zakaria Ibrahim, berkata acara olahraga dan tarik tali diadakan di padang latihan berhampiran berikutan arahan penutupan stadium berkenaan.

Acara boling pula dipindahkan ke Terengganu Equestrian Resort (TER) dan KT Bowl.

“Kami akan memaklumkan kepada semua peserta dan pegawai pasukan mengenai pemindahan venue acara dalam satu sesi taklimat di Dewan Sultan Mizan UMT, malam ini (malam tadi).

“Seramai 5,000 pegawai dan atlit daripada 21 IPTA, termasuk pasukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi terbabit dalam kejohanan itu yang dijangka dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Stadium Tertutup, lusa,” katanya.

Semalam, sebahagian bumbung stadium bernilai RM292 juta di Kompleks Sukan Gong Badak yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu selepas ia menjadi saksi kejuaraan Kontinjen Terengganu dalam Sukan Malaysia ke-12 (Sukma) tahun ini, menyembah bumi kira-kira jam 9.30 pagi.

Sehingga jam 9 malam tadi, insiden yang dianggap memalukan negara oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor itu hanya merosakkan beberapa kenderaan dan tidak membabitkan kehilangan nyawa.

Namun, ia terpaksa ditutup sepenuhnya kepada sebarang aktiviti.

Yang pasti semua pihak menarik nafas lega kerana jika kejadian terbabit berlaku hari ini pasti ada kehilangan nyawa.

Beberapa saksi di tempat kejadian menyifatkan kejadian itu berlaku sekelip mata.

Mereka terdengar dentuman seolah-olah bunyi enjin kapal terbang sebelum beberapa bahagian stadium tersembam akibat runtuhan pada bumbungnya.

Ketua Eksekutif Lembaga Pengurusan Kompleks Sukan Gong Badak, Arpin Deraman, berkata mujur tiada sebarang acara sukan dianjurkan ketika bumbung di kawasan grand stand runtuh.

“Ketika kejadian hanya ada sekumpulan kakitangan bekerja di kawasan sekitar stadium. Saya tak dapat bayangkan bencana berlaku jika bumbung runtuh ketika acara sukan seperti bola sepak diadakan apabila puluhan ribu penonton duduk di grand stand,” katanya.

Menurutnya, tiada sebab untuk dia meragui aspek keselamatan stadium itu kerana sudah mendapat kelulusan layak menduduki daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

“Kami mempunyai gelanggang boling dan skuasy dalam stadium itu. Nasib baik bumbung runtuh sebelum kemudahan berkenaan dibuka pada 10 pagi,” katanya.

Tinjauan mendapati hampir seluruh struktur bumbung stadium berkenaan mengalami kerosakan dan dikhuatiri mengalami nasib sama menyebabkan pihak berkuasa menutup kawasan itu beberapa meter bagi mengelak ia dihampiri orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said adalah antara orang pertama tiba di lokasi kejadian, malah beliau berada di trek untuk meninjau keadaan sebelum ditutup kepada orang ramai yang membanjiri kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tiba beberapa minit selepas itu dan memberitahu pemberita beliau akan mengadakan sidang akhbar di pejabatnya jam 4 petang.

Beliau bagaimanapun menemui wartawan di tempat kejadian sebaik Shaziman tiba di lokasi kira-kira jam 2 petang.

‘Insiden memalukan’

KUALA TERENGGANU: “Walaupun bersyukur tiada sebarang kemalangan berlaku, tetapi kejadian ini amat memalukan imej negara,” kata Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang bergegas melawat runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak di sini, semalam.

Beliau berkata, kejadian itu turut mencalarkan imej Malaysia kerana ia stadium baru dan masih dalam tempoh kecacatan (bawah tanggungan kontraktor).

Menurutnya, meskipun kos kerosakan mungkin ditanggung kontraktor, ia tetap memberi imej tidak baik kepada kerajaan.

“Saya tidak mahu menuding jari mencari salah sesiapa dan akan menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“JKR juga akan melantik jururunding untuk menyiasat perkara ini dan saya tidak berikan tempoh masa, biar dia bagi laporan lengkap dan jika ada pihak bersalah, kami akan ambil tindakan dan tiada apa yang hendak disembunyikan,” katanya.

Menurutnya, kejadian runtuhan bangunan agak membimbangkan ketika ini kerana bukan saja bangunan lama boleh runtuh, malah bangunan baru seperti stadium ini runtuh dan lebih teruk, bangunan yang hendak diruntuhkan juga runtuh sendiri.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, berkata beliau dukacita dengan kejadian itu dan bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Saya serahkan kepada JKR yang akan melantik satu konsultan bebas untuk menyiasat punca kejadian itu.

“Saya dimaklumkan runtuhan bumbung di bahagian timur itu sepanjang 400 meter dan jumlahnya dianggarkan bernilai RM25 juta,” katanya.

>Ranap sekelip mata

KUALA TERENGGANU: “Semuanya berlaku sekelip mata, saya dikejutkan dengan bunyi bingit seperti enjin kapal terbang tetapi selepas menoleh ke belakang saya tergamam seketika apabila melihat kira-kira 30 peratus dari Stadium Sutan Mizan rebah ke bumi kira-kira jam 9.30 pagi.

“Saya panik melihat kejadian itu dan hanya mampu mengucap. Saya rasakan seperti masa terhenti seketika dan bertambah panik apabila mendapati Perodua Kancil saya yang diletak di sejak jam 8 pagi turut tertimbus dalam runtuhan itu,” kata Hanafiah Osman, 27, yang ketika itu berada kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Hanafiah yang ditugaskan untuk menyelenggara tiang lampu di stadium menyifatkan runtuhan yang berlaku adalah kecuaian dan sikap lepas tangan pihak berkaitan ketika menjalankan kerja pembinaan.

“Saya bersyukur kerana kejadian tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kecederaan pengunjung atau kakitangan.

“Bagaimanapun, saya mesti berjumpa dengan pihak terbabit menuntut ganti rugi RM20,000 bagi membaiki semula kereta yang tertimbus dalam runtuhan itu,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Mohd Sharul Halim, 22, berkata dia hampir terbabas ketika menaiki motosikal melalui jalan hadapan stadium berkenaan.

Menurutnya, ketika perjalanan pulang ke rumahnya di Batu Rakit dia melihat detik mencemaskan itu dan terpaksa menekan brek motosikalnya secara mengejut kerana terpaku melihat runtuhan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Pauzan Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.45 pagi dan tiga pasukannya yang terdiri daripada 25 anggota tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.

“Selepas memeriksa semua lokasi kejadian tiada mangsa maut ataupun cedera ketika kejadian itu dilaporkan. Sebuah kereta dan tiga motosikal terperangkap dalam runtuhan itu,” katanya.

Harian Metro

Sebutan kes cerai Akhil Hayy 15 Julai (Hiburan)



Maizawati Zainal

IPOH 2 Jun - Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 15 Julai ini tarikh sebutan semula permohonan cerai yang difailkan Maizawati Zainal, 33, terhadap pendakwah dan penyanyi terkenal, Akhil Hayy, 40.

Hakim Syarie, Mohd. Riduan Yusof membenarkan permohonan yang dikemukakan peguam Maizawati, Zulkifli Che Yong bagi membolehkan anak guamnya dan Akhil menyelesaikan beberapa proses tuntutan di luar mahkamah.

Sepanjang prosiding itu berjalan, pasangan yang berada di kamar mahkamah terbabit kelihatan langsung tidak bersua muka dan bertegur sapa.

Akhil yang tiba di kompleks mahkamah kira-kira pukul 10.35 pagi terus mengadakan perbincangan hampir sejam dengan Zulkifli dan seorang lagi peguam syarie Maizawati, Azmi Rais di sebuah bilik khas.

Akhil yang ditemui selepas prosiding itu berkata, kes terpaksa ditangguh kerana dokumen yang disediakan tidak lengkap.

''Dalam keadaan tuntutan tidak dibuat secara terperinci, ana rasa itu yang kita tangguhkan supaya tidak ada yang teraniaya," katanya.

Sebelum beredar meninggalkan kompleks mahkamah, Akhil kelihatan sempat memeluk anak bongsunya, Muhd. Shatiri Hidayatullah yang berusia dua tahun.

Turut hadir ialah empat lagi anak hasil perkongsian hidup kedua-duanya.

Sementara itu, Maizawati berharap kes perceraiannya dapat diselesaikan segera demi kebaikan semua pihak.

''Saya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu kes yang telah difailkan. Namun saya berharap, 15 Julai ini akan menjawab segala apa yang semua fikirkan," ujarnya.

Utusan Malaysia

Hari ni, hari kau

Oleh Kasdi Ali dan Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
am@hmetro.com.my

IPOH: Penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy secara sinis menyatakan segelintir pihak mungkin berpuas hati dengan keadaan menimpanya berhubung kisah keretakan rumah tangga dan tuntutan cerai isterinya, Maizawati Zainal.

“Pihak yang nak mencabar kredibiliti (saya) sebagai pendakwah, pihak kawan dan lawan, mungkin sekarang berpuas hati dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Syariah Perak di sini, semalam.

Apapun, menurutnya, semua pihak perlu menunggu keputusan mahkamah.

Namun, dia mengutamakan keadaan kondusif, ketenangan, kedamaian untuk menghadapi sebarang perkara.


“Ia (apa yang berlaku) sedang dicatur tuan punya dunia...tidak apalah, mungkin hari ni hari kau, esok-esoklak hari aku. (Begitupun, bagi saya) apa-apa keputusan dalam keadaan maaruf,” katanya.

Dia turut mengambil kesempatan menyindir tindakan isterinya menghebahkan masalah rumah tangga mereka kepada umum.

“Selepas ini sesiapa ada masalah bolehlah ke stesen televisyen untuk mengadu dan stesen televisyen boleh menjadi mahkamah kedua,” katanya.



Mahkamah Rendah Syariah menetapkan kes tuntutan perceraian itu disebut semula pada 15 Julai ini bagi membolehkan kedua-dua pihak mengadakan proses sulh (rundingan) supaya kes dapat diselesaikan secara baik.

Mengenai penangguhan kes itu, Akhil berkata, ia disebabkan dokumen tidak siap dan tuntutan tidak dibuat secara terperinci oleh kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, Akhil, 40, masih menaruh harapan isu rumah tangganya dapat diselesaikan dengan baik.

“Benda ni (kes tuntutan perceraian) ana (saya) nak selesaikan dengan cara paling maaruf (baik),” kata bekas vokalis kumpulan rock D’Riyadh itu.

Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hai turut berkata pelbagai pihak, terutama rakan serta saudara-mara, termasuk di kalangan ahli keluarga Maizawati memberi sokongan moral kepadanya dalam menghadapi kes berkenaan.

Sementara itu, Maizawati yang membawa enam anaknya, termasuk empat hasil perkongsian hidup dengan bekas penyanyi rock itu ke mahkamah, berkata dia tidak ada sebarang masalah untuk bersemuka dan berbincang dengan suaminya bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

“Ini semua ketentuan Allah, selepas ini saya serahkan kepada peguam...kita tengok apa yang berlaku.

“Saya tidak boleh bagi komen, harap semua bersabar dan tengoklah pada 15 Julai nanti (sama ada akan bercerai atau tidak). Saya akan teruskan hidup macam biasa sehingga 15 Julai,” katanya juga enggan mengulas ketika ditanya perasaannya apabila bersemuka dengan Akhil semalam selepas kali terakhir bertemu Februari lalu.

Dia kemudian meninggalkan mahkamah menaiki Proton Gen.2 berwarna jingga bersama semua anaknya.

Sementara itu, Akhil mulanya cuba mengawal dirinya dengan hanya melemparkan senyuman kepada lima daripada enam anaknya ketika berjalan di hadapan mereka sebelum memasuki mahkamah untuk prosiding kes tuntutan perceraian yang difailkan Maizawati, 33.

Dia bagaimanapun tidak dapat lagi membendung naluri kebapaannya apabila mengambil kesempatan memeluk dan mencium anak bongsunya, Muhd Shatiri Hidayatullah, 2, ketika menuju ke kereta selepas berakhir prosiding.

Ketika itu, Muhd Shatiri didukung anggota keluarga Maizawati dan tidak bersama ibu dan lima beradik lain.

Tempoh pelukan dan ciuman kasih sayang selama beberapa saat itu digunakan sepenuhnya Akhil sebelum dengan wajah berat hati meninggalkan Muhd Shatiri.

Harian Metro

Sudirman tiada dua (Hiburan)



Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

Sudirman tiada duaTARIKH 22 Februari 1992 merupakan tarikh yang cukup signifikan dalam direktori hiburan tempatan. Pada tarikh itulah penghibur masyarakat, Sudirman Haji Arshad meninggal dunia.

Ini bermakna sudah 17 tahun dia pergi dan kita yang masih hidup terus melihatnya sebagai seniman berjiwa besar.

Kehebatannya sebagai seorang penghibur yang tidak pernah ketandusan idea kreatif untuk mencantikkan lagi persembahannya menjadikannya anak seni satu dalam sejuta.

Begitu juga dengan lagu-lagu nyanyiannya yang terus menjadi siulan dan diminati sehingga kini.

Bukan itu sahaja, Sudirman juga akan terus diingati sebagai seorang anak seni yang begitu memahami jiwa masyarakat.

Kerana itu juga, lahirlah lagu-lagu yang menceritakan permasalahan yang berlaku di dalam kehidupan seharian kita.

Menyingkap sejarah, Sudirman mula meniti populariti dan menjadi sebutan tatkala namanya dijulang sebagai juara Bintang RTM 1976 dan seterusnya menjadi artis rakaman EMI.

Bersama syarikat rakaman terunggul itu, anak kelahiran Temerloh, Pahang itu menghasilkan 20 buah album termasuk dua buah album Inggeris.

Lagu-lagu dendangan Sudirman meliputi skop muzik yang cukup luas baik dari genre pop, pop rock, Melayu Deli mahupun tradisional.

Malah, Sudirman juga berjaya membawa nama Malaysia di mata dunia apabila dia dinobatkan sebagai Penghibur Nombor Satu Asia di pentas penuh prestij, Royal Albert Hall, London pada tahun 1989.

Bukan setakat memegang portfolio sebagai seorang penghibur, beliau juga dikenali sebagai ahli perniagaan yang berjaya meskipun mempunyai latar pendidikan dalam bidang undang-undang.

Semua itu hanya tinggal kenangan. Sebagai peminat yang terus mengagumi bakat serta iltizam dan semangatnya, sudah pasti kita mahu melihat nama Sudirman di angkat ke peringkat yang lebih tinggi.

Saban tahun, pasti akan ada pihak yang tidak pernah lelah untuk menghasilkan program sebagai tribute bagi mengenang pembabitan Sudirman di pentas seni.

Sebagai contoh, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza pernah membuat persembahan mengenang Sudirman pada tahun 2002 menerusi Konsert Siti Nurhaliza Untukmu Sudir.

Malah, RTM sendiri pernah menghimpunkan nama-nama popular tanah air dan disatukan dalam sebuah persembahan istimewa sekitar dua tahun lalu.

Justeru, dalam usaha untuk terus mengangkat karya dan bakat besar Sudirman agar terus dikenang dan tidak dilupakan, Bintang Emas Pictures Sdn. Bhd. (BEPSB) mengambil inisiatif menganjurkan sebuah persembahan yang cukup berbeza daripada lazimnya.

Mengangkat 'cerita dalam lagu' itu, konsert yang diberi judul Konsert Untuk Mu Sudirman bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) bermula 4 Jun ini. Persembahan eksklusif itu akan mengimbau nostalgia yang bukan sedikit terhadap Sudirman.

Ini jelaskan sendiri oleh penerbit eksekutif dan pengarah konsert berkenaan, Siti Khadijah Ibrahim atau Eja yang memberitahu, projek berkenaan cukup istimewa serta menjadi impiannya.

Akan menampilkan lapan set yang melatari setiap jalan cerita serta lagu yang ditampilkan, Eja memberi jaminan persembahan itu kelak mampu melahirkan rasa puas kepada peminat Sudirman khususnya.

"Projek ini mula diusulkan sejak setahun yang lalu dan pihak IB hanya memberi lampu hijau dan tarikh pada bulan Disember lalu untuk menganjurkan konsert ini pada bulan ini.

"Disebabkan itu juga, konsert ini tidak dapat diadakan pada bulan Februari sebagai mengenang tarikh ulang tahun pemergian beliau. Tetapi pada saya, untuk mengingati Sudirman, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

"Apa yang penting adalah untuk terus menghidupkan karya dan lagunya kerana Sudirman merupakan legenda yang akan terus diingati sampai bila-bila," katanya kepada Hits.

Antara artis yang terlibat dalam persembahan selama tiga malam berturut-turut itu ialah juara Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Mila selain daripada Iqwal, Kazaruddin Saisi dan Adibah Noor.

Selain itu, bekas bintang AF musim keempat, Haziq juga akan mengalunkan vokalnya menerusi lagu-lagu Melayu Deli dan tradisional selain daripada Andy Flop Poppy, Atilia, Rahim Maarof serta MK dan Kelvin Lau.

Pada perbualan itu, Eja turut ditanya mengenai kriteria pemilihan artis-artis untuk persembahan tersebut.

Sebagai orang lama dalam industri hiburan, Eja sudah menjangkakan perkara itu akan dibangkitkan.

Bagaimanapun, beliau yang pernah menjadi 'orang kuat' di sebalik agenda pemasaran dan publisiti bagi projek Puteri Gunung Ledang the Musical dan P. Ramlee the Musical itu optimis kerana apa yang penting adalah bakat artis-artis ini yang mempunyai keistimewaan serta mampu menarik kelompok peminat mereka.

Apatah lagi konsert ini juga memberi satu kelainan dari segi muziknya apabila hanya menampilkan 11 orang pemuzik profesional di bawah pimpinan Zee Wan.

Jelas Eja lagi, beliau sengaja tidak mahu memilih muzik orkestra kerana mahu mereka yang hadir mampu menangkap lagu yang didendangkan serta menyanyi bersama mengikut alunan lagu.

"Saya juga mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri Pahang kerana sudi membeli tiket secara pukal serta Muzium Tokoh Negeri Pahang yang membenarkan kami meminjam beberapa memorabilia milik Sudirman untuk kami jadikan sebagai bahan pameran," jelasnya yang menanti penuh debar akan sambutan peminat terhadap konsert itu.

Untuk melengkapkan lagi perjalanan Konsert Untuk Mu Sudirman itu, pelakon berbakat besar, Que Haidar telah dipilih sebagai pencerita.

Dengan berbekalkan wajah mirip Sudirman, sememangnya anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu layak melibatkan diri dalam persembahan seumpama ini.

"Sewaktu mereka mengumumkan tentang persembahan ini, hati saya bertanya juga mengapa saya tidak terpilih sama.

"Bukan mahu meletakkan diri saya seperti Sudirman hanya kerana wajah saya dikatakan seiras dengan legenda itu tetapi ia lebih kepada aspirasi dan semangat Sudirman itu.

"Sudah pasti saya akan memberikan yang terbaik dan akan melakukannya dengan cara saya sendiri," katanya yang baru sahaja pulang dari Langkawi untuk penggambaran filem Legenda Budak Setan.

Utusan Malaysia

iDAN : Aku adalah peminat Allahyarham, masa dia popular aku masih dalam alam remaja. Banyak lagunya memberikan kenangan yang manis buat aku. Lagunya amat segar hingga ke kini.

01 Jun 2009

Lambaian Kampung Durian Guling... Candat Sotong 6 (Singgahsana)

Durian Guling 5




Angin kering pantai Marang menggigit kulitku. Aku & keluarga sedang memunggah barangan ke calet. Marang Guest House & Restaurant. . Sekitar lima minit berkereta dari rumah pusaka Syukria. Calet bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia.. Terletak di atas bukit, sekitar 50 meter dari pantai.

Aku menyewa calet berharga RM80 ada penghawa dingin. Calet berkipas angin hanya RM50. Marang Guest House ini kepunyaan bumiputra. Sekadar mahu tidur memanglah berbaloi. Tak punyai banyak faciliti sekadar katil kelamin & bilik air sahaja. Tanpa TV, peti ais atau lain-lain. Jika mahu tidur dengan keluarga berempat memang selesa. Aku punyai keluarga berenam orang sayugia agak sendatlah. Tak kisahlah aku bukan mahu tidur amat, sebab semalaman aku di laut. Mungkin bersama Afiz.

"Mila ayah mahu tidur sejam dua, sekitar jam empat Mila kejutkan ayah, Afiz! bersedia untuk ke laut ikut ayah..!"

"Ibu sponser Aziq...!, dia tak pernah kelaut!"

"Bagus juga tu!, orang yang nak mencandat pun tak cukup... bot masih kosong!"

Letak sahaja kepala aku terus terlelap. Memang penat yang amat sangat. Berpuralah jika mengatakan tidak penat memandu sekitar lapan jam. Apatah lagi dalam usia sebegini. Sepatutnya Afiz telah ada lesen boleh menggantikan aku jika terlalu penat. Mila biarlah pilihan ketiga; sebab Mila ini memandu macam pelumba F1. Jika memandu bila membuat belokan tak sah jika tak berbunyi tayar Avanza itu. Aku masih teringat ketika aku mengikut dia ke tempat kerja ketika dia pakai kereta perangku. Ikut lereng gunung jalan Sungai Congkak ke Ampang itu. Bercerek-cerek bunyi tayar setiap kali membelok. Dia selamba sahaja, aku sebelahnya kecut perut.

"Ayah ni memandu macam perempuan... terkedek-kedek!" Itu ayatan Azim jika aku memandu. Mentang-mentang dia telah syok dengan cara pemanduan ibunya.

"Biar lambat Azim asalkan selamat... banyak nyawa dalam kereta kita ini!.." Itu selalunya peringatan aku kepada Azim.

Bagiku laju mana pun kita memandu; tak sebanyak mana dapat dijimatkan. Jika nak cepat sampai ke destinasi kenapa tidak bertolak awal. Itu lebih baik dari membahayakan diri memandu laju. Kenapa tidak bersantai ketika memandu; dengarlah muzik kesukaan; sesekali tenguklah pandangan di sekeliling kita; barulah dikatakan menikmati hidup.



"Ini barulah benar-benar menikmati hidup!" Aku meminjam ayat temanku orang Surabaya ketika melawat Danau Toba di Medan. Indonesia memang punya mukabumi yang terpisah-pisah dengan gugusan banyak kepulauan. Menarik untuk melancong di sana. Ayat menikmati hidup ini timbul lantaran semasa kami melawat Danau Toba, hanya kami empat pasangan sahaja yang menaiki bot yang besar. Betapa anggun & santainya kami ketika itu menikmati permandangan gunung-ganang Danau Toba; bagaikan lukisan.



Sekitar 4:15 petang aku dikejutkan Mila. Memanglah tidurnya tidak puas lagi. Kami sekeluarga menuju ke jeti Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)Marang. Punyalah padat orang. Ada Fiesta Makan Sotong Segar & Candat Santai LKIM-Harian Metro. Aku tersepit di celahan memerhati gelagat manusia dari seantero Malaysia. Lelaki & perempuan begitu ghairah lagi ingin mencandat sotong.

"Perempuan-perempuan ini tahan ke laut, tak mabukkah nanti dilambung ombak?.."Aku berbisik di dalam hati. Tak semua perempuan aku lihat ditemani keluarganya. Ada yang bersama teman-teman kerjanya mungkin. Dapatkah alam samudra menerima kehadiran mereka.

Aku menganggap laut itu penuh dengan dunia misteri. Aku banyak menyimpan ceritera misteri yang masih belum habis aku tuliskan di dalam jurnalku. Termasuk ceritera Menjejaki Dewi Tenggiri yang misterinya masih belum tersingkap luas. Ceriteranya masih kugantungkan. Apakah penunggu samudra tidak mengamok jika didatangi mereka yang tanpa muhrim ke laut. Bolehkah kita berpesta di laut; yang kononnya mahu menjadi sotong sebagai barangan tangkapan. Sedangkan sang sotong di laut mungkin milik seseorang orang atau jembalang laut yang garang lagi ganas!. Aku terduduk di bonjol pengikat bot di jeti LKIM dengan sigarku si Nusantara. Aziq, Afiz & adik beradiknya ghairah mengambil gambar mengggunakan telefon bimbit ibunya. Bot satu demi satu berlayar menuju ke tengah laut. Aku masih menunggu Syukria & kekawan yang lain. Mana rupanya bot yang disewa Syukria, aku masih tertanya-tanya.

- bersambung

Mengumpul Dana (Singgahsana)

Banyak kisah yang menarik boleh aku ceriterakan tentang masalah Desa Tualang. Semalam aku baru pulang dari sana, setelah dua malam bermalam di sana. Nampaknya rumah pusaka arwah emak semakin reput. Hanya tiang, kekuda, sebahagian lantai & gelegur utama sahaja yang masih kukuh. Nampaknya aku terpaksa berbelanja besar untuk mengembalikan ianya sedia untuk diduduki... siapa boleh membantu iyer!

- bersambung

29 Mei 2009

Waheeda: Akhil minta saya bersabar (Ceritera)



Oleh WAHIDA ASRANI

Waheeda lebih selesa untuk tidak mengeluarkan sebarang komen lagi tentang kontroversi ini

PETALING JAYA: "Saya rasa setakat ini saya masih boleh bersabar. Ini hal mereka suami isteri, jadi selesaikanlah sendiri," luah Waheeda berhubung kontroversi yang melanda dirinya ketika ini.

Pendedahan isteri penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy, iaitu Maizawati Zainal yang mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi itu nampaknya semakin 'panas' apatah lagi bila Maizawati dilihat semakin 'berani' mengeluarkan kenyataan kepada media tentang masalah yang melanda rumahtangganya itu sehingga dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Kata Maizawati lagi, dia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

Menurut Waheeda yang dihubungi hari ini, dia hanya mampu berserah kepada Allah agar perkara ini akan berakhir jua.

"Saya tak ada apa untuk cakapkan lagi. Biarlah saya terus bersabar selagi saya mampu. Apa saja tohmahan orang, saya redha saja.

"Malah, Akhil sendiri ada menghubungi saya ketika hal ini mula tercetus dan minta saya banyak-banyak bersabar. Dia beritahu saya 'ini bukan urusan kamu Wawa, ini urusan aku. Biar aku yang selesaikan'.

"Alhamdulillah, saya tetap kuat teruskan kehidupan seperti biasa. Keluarga dan kawan-kawan sentiasa tidak putus memberikan sokongan.

"Tapi seperti yang saya pernah katakan, setiap orang ada tahap kesabarannya. Jadi, biarlah dia (Maiza) nak cakap apapun sekarang ini.

"Cuma, saya juga ada hati dan perasaan. Jangan sampai saya terpaksa buka mulut lagi," kata Waheeda yang menambah, dia sendiri tidak tahu di mana Akhil berada ketika ini.

Ditanya sama ada dia sebenarnya tidak terlepas berasa tertekan gara-gara kontroversi itu, dalam nada perlahan, Waheeda menjawab:

"Saya serah kepada Allah. Hanya itu yang terbaik boleh saya katakan."

28 Mei 2009

Dirantai 2 bulan (Ceritera)



Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee

SUBANG JAYA: Mereka hanya diberi sebuku roti untuk sajian selama seminggu manakala air diteguk daripada air paip tandas ketika dikurung dalam lokap buatan sendiri antara 17 hari hingga dua bulan akibat gagal melunaskan hutang along.

Dengan bilik sebesar tiga meter persegi, kaki, tangan dan leher ketiga-tiga mangsa along itu turut dirantai bagaikan binatang.

Begitulah nasib tiga lelaki terbabit yang terpaksa menjalani hukuman dalam lokap buatan sendiri yang dibina di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan PBS 14/2, Perindustrian Bukit Serdang di sini, selepas gagal melunaskan pinjaman berkenaan.

Malah, ketika ditahan dalam lokap umpama Penjara Guantanamo di Cuba itu, semua ‘banduan’ terbabit diseksa dengan kaki, tangan dan leher dirantai pada sebatang tiang dalam dua lokap berkeluasan tiga meter persegi setiap satu.


Bagaimanapun, seksaan yang dijalani tiga lelaki terbabit berakhir semalam apabila diselamatkan sepasukan polis.

Wartawan dan jurugambar yang diberi kebenaran memasuki tempat tahanan mangsa along itu terhidu bau busuk teramat sangat berikutan lokap itu dibina tanpa saluran udara dan keadaan lembap serta berlumut.

Sebaik ternampak media merakam gambar mereka, dua lelaki dalam satu lokap menutup muka masing-masing.

Seorang lagi yang dikenali sebagai Lim kelihatan sebak apabila mengetahui dia berjaya diselamatkan pihak berkuasa.

Berdasarkan panjang rantai itu, mereka hanya boleh bergerak hingga ke tandas saja.

Ketika ditemui, ketiga-tiga mereka dalam keadaan lemah dengan kesan lebam seluruh badan akibat dipukul dan dirotan apabila membuat bising atau cuba menarik perhatian orang ramai di luar bangunan rumah kedai itu.

Lim, 49, yang tidak keberatan untuk ditemubual wartawan, menyatakan dia ditahan di situ sejak dua bulan lalu, manakala dua lagi peminjam masing-masing lebih sebulan dan 17 hari.

Katanya, dia meminjam RM1,500 daripada along sebulan sebelum ditahan dan setakat ini melangsaikan RM500.

“Namun, awal April lalu, kumpulan along datang ke rumah saya untuk menuntut baki hutang, tetapi saya tiada wang dan meminta mereka berjumpa waktu petang di sebuah pasar raya di Semenyih, Selangor.

“Dalam pertemuan itu, saya memaklumkan tidak mampu membayar hutang menyebabkan konco along menculik dan menahan saya dalam lokap ini.

“Sepanjang ditahan, saya dirantai pada kaki, tangan dan leher serta dipukul setiap hari. Tindakan itu dibuat bagi menyeksa saya dan dengan cara itu, saya akan melunaskan hutang mereka,” katanya yang menangis akibat tidak tahan diseksa.

Dia berkata, setiap seorang hanya diberi sebuku roti untuk sajian selama seminggu manakala air minuman diambil daripada air paip tandas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata bertindak atas laporan kehilangan seorang daripada mangsa berkenaan, polis berjaya menahan dua ahli sindiket along di hadapan bank di Desa Jaya Kepong, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 29 dan 33 tahun itu kemudian menunjukkan tempat ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan.

“Dalam serbuan itu, polis menemui bilik kecil di bahagian belakang premis berkenaan yang diubah suai menjadi dua lokap berasingan.

“Bagaimanapun, polis gagal membuka pintu besi terbabit dan terpaksa meminta bantuan bomba kerana tidak mempunyai peralatan untuk memotong besi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Selepas pintu besi itu dibuka, polis menemui ketiga-tiga mangsa dalam keadaan lemah dengan masing-masing dirantai dalam dua lokap berkenaan.

Menurut Abdul Rahim, siasatan awal mendapati mangsa pernah dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing di Kajang, Gombak dan Segamat, Johor.

“Kami percaya suspek mengambil kesempatan menggunakan kekerasan melampau walaupun hutang mangsa difahamkan antara RM1,500 dan RM4,000.

“Semua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana membuat kurungan secara salah dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berada di tempat kejadian.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan mengambil masa kira-kira dua jam untuk membuka pintu besi lokap terbabit dengan menggunakan mesin pemotong besi.

Mangsa pertama diselamatkan kira-kira jam 6.30 petang selepas pihak bomba memotong rantai besi di tangan, kaki dan lehernya manakala dua lagi mangsa keluar kira-kira 10 minit kemudian sambil diiringi pasukan perubatan.

Harian Metro

Neraka along: Peminjam tak bayar hutang dikurung, dilayan macam hamba

Oleh Petah Wazzan Iskandar
wazzan@bharian.com.my

DUA dari tiga peminjam yang dirantai leher dikurung along di Seri Kembangan, Serdang sebelum diselamatkan polis, petang semalam.

Peminjam tak bayar hutang dirantai, dilayan macam hamba

SUBANG: Bagaikan hamba abdi - demikian keadaan tiga lelaki mangsa along yang dirantai dan dikurung dalam dua 'lokap' di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan PBS 14/2, Pusat Perindustrian Bukit Serdang di sini, sebelum diselamatkan polis petang semalam.

Seorang daripada 'banduan' along itu ditahan sejak dua bulan lalu, seorang lebih sebulan manakala seorang lagi kira-kira 10 hari. Ketiga-tiga mereka diikat dengan rantai besi pada leher, tangan dan kaki ke sebatang tiang dalam 'neraka' itu.

Tiga lelaki itu, yang amat lemah dengan kesan lebam dan luka, dipercayai dirotan di beberapa bahagian badan kerana membuat bising atau cuba menarik perhatian orang ramai di luar bangunan supaya menyedari mereka dikurung.

Mereka hanya diberi sebuku roti seorang sebagai makanan selama seminggu, manakala air minuman disalurkan dari paip tandas yang dibina khusus untuk lokap berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata serbuan ke bangunan itu dibuat pada jam 2.30 petang susulan penahanan dua along di depan sebuah bank di Desa Jaya, Kepong kira-kira tiga jam sebelum itu.

Ketika ditahan kedua-dua suspek berusia 30 dan 33 tahun itu dipercayai baru selesai menjalankan urus niaga berkaitan pinjaman.

"Selepas disoal siasat, mereka membawa polis ke premis rahsia itu, yang dipercayai digunakan sebagai lokap untuk menahan dan mendera peminjam yang gagal membayar hutang. Ketiga-tiga mangsa itu ditemui dengan tangan, kaki dan leher mereka dirantai dalam sebuah bilik di belakang premis itu. Keadaan mereka amat teruk selepas dibelasah tanpa perikemanusiaan.

"Kami terpaksa meminta bantuan anggota bomba dan penyelamat kerana tidak mempunyai peralatan untuk memotong rantai mereka," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. Hadir sama Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar.

Abdul Rahim mengesahkan semua mangsa yang ditahan itu dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing di Kajang, Gombak dan Segamat, Johor, termasuk seorang sejak 10 April lalu.

"Siasatan awal mendapati mangsa itu hanya berhutang antara RM1,500 dan RM4,000, tetapi mereka dilayan seperti anjing hanya kerana gagal menjelaskan pinjaman," katanya. Semua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan kesihatan.

Tinjauan Berita Harian mendapati anggota bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan mesin pemotong besi serta masa kira-kira dua jam untuk menyelamatkan semua mangsa dari lokap di dalam premis yang tidak mempunyai sistem pengudaraan sempurna itu.

Mangsa pertama hanya dapat diselamatkan kira-kira jam 6.30 petang, kira-kira empat jam selepas mereka dijumpai manakala dua lagi dilihat keluar bangunan itu 10 minit kemudian sambil diiringi pasukan perubatan.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Lim, 49, dari Kajang, berkata dia diculik along di sebuah pasar raya di Semenyih, selepas perbincangan untuk menyelesaikan hutangnya tidak dapat diselesaikan, pada 10 April lalu.

"Sejak hari itu, saya sering dipukul malah diperlakukan seperti anjing kurap hanya kerana hutang sebanyak RM800," katanya sambil menangis dan terlalu lemah hingga tidak berdaya untuk berdiri sendiri.

Berita Harian

27 Mei 2009

Hock Nan mesti disingkirkan (Ceritera)

Oleh HATA WAHARI dan HASNURUL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Mei - Datuk Dr. Teng Hock Nan mesti disingkirkan sebagai Pengerusi Gerakan Pulau Pinang kerana mengeluarkan saranan amat berbahaya serta boleh menjejaskan keselamatan negara.

Menurut Naib Presiden Gerakan, Mejar (Kehormat) Huan Cheng Guan merujuk saranan 'rakannya' itu supaya kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis, Chin Peng pulang ke Malaysia juga berbahaya.

"Pemimpin dan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi amat dukacita dengan sentimen yang cuba dibangkitkan oleh Hock Nan dan mahu beliau berhenti mengeluarkan kenyataan yang akan memberi kemudaratan kepada parti dan rakyat.

"Sekiranya Hock Nan terus berpegang kepada pendiriannya agar Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia maka pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) harus mengambil tindakan tegas terhadap beliau.

"Ahli-ahli Gerakan di peringkat akar umbi juga mahu tindakan diambil terhadap Pengerusi Gerakan Pulau Pinang itu yang menyebabkan parti dipandang serong dan dianggap buta sejarah," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Cheng Guan mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu sentimen bahawa komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.

Sambil menyuarakan rasa amat terkejut dengan tindakan pihak tertentu yang cuba membangkitkan sentimen itu, Rais mengingatkan bahawa adalah satu bencana kepada negara ini jika ada pihak menggalakkan kemunculan semula komunis di Malaysia termasuk menerusi media cetak dan blog.

Rais juga menyelar saranan Hock Nan agar kerajaan membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia yang disifatkan beliau satu tuntutan amat keterlaluan yang cuba mengambil kesempatan ke atas gagasan 1Malaysia.

Cheng Guan menegaskan, pandangan Hock Nan itu yang telah menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli-ahli parti serta rakyat, merupakan pandangan peribadi dan bukan parti.

"Tindakan Hock Nan ini amat dikesali dan sepatutnya beliau tidak harus mengeluarkan kenyataan tersebut tanpa berbincang mahupun merujuk kepada peringkat akar umbi dalam parti.

"Kenyataan itu amat berbahaya dan ia bersifat peribadi dan bukannya dari parti walaupun beliau merupakan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang," katanya.

Cheng Guan memberitahu, beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan keras ini memandangkan Gerakan adalah sebuah parti politik berbilang kaum dan ia menjaga kepentingan semua kaum di negara ini.

Beliau yang juga Pengarah Tugas Khas Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) memberitahu, rakan-rakan seperjuangan dalam parti dan bekas tentera yang pernah berjuang di medan perang bagi mempertahankan negara daripada diperintah oleh komunis turut melahirkan rasa marah terhadap kenyataan Hock Nan itu.

"Saya merupakan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 13 tahun dari 1980 hingga 1993 dan telah melibatkan diri dalam pelbagai operasi mencari dan menyelamat di sempadan Malaysia-Thailand menyaksikan sendiri kekejaman yang dilakukan anggota-anggota komunis.

"Bayangkan dalam setiap operasi tentera untuk menjaga keselamatan negara ramai anggota pasukan keselamatan dari pelbagai kaum maut, hilang anggota badan serta pelbagai lagi kecederaan dialami akibat perbuatan anggota-anggota komunis itu yang tidak berperikemanusiaan.

"Adakah kita hendak membiarkan orang yang telah melakukan kekejaman itu pulang ke negara ini, tindakan untuk membawa pulang Chin Peng tidak harus dilakukan dan saya secara peribadi menentang sebarang usaha ke arah itu," katanya.

Cheng Guan yang kini merupakan anggota Askar Wataniah berpangkat mejar menegaskan, kekejaman anggota-anggota komunis bukan terhad kepada satu kaum sahaja tetapi ia melibatkan semua kaum baik orang Melayu, Cina dan India yang tidak mahu menyokong perjuangan mereka.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, biarlah komunis berkubur dan jangan dilaksanakan sebarang usaha dibuat untuk mengenang serta mengagungkan perjuangan komunis yang jelas telah menyebabkan rakyat negara ini sengsara.

Utusan

Kami lebih risau kelibat Rooney: Pique (Sukan)



ROONEY keluar dari pesawat sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Fiumicino di Rome, kelmarin.

'Ronaldo tetap diawasi sepenuhnya'

ROME: Barcelona akur bahawa Wayne Rooney adalah pemain Manchester United yang paling digeruni mereka menjelang final Liga Juara-Juara Eropah, hari ini (awal pagi Khamis waktu Malaysia).

"Apabila dia memberi tumpuan kepada permainan, dia adalah penyerang yang sukar dikekang," kata pemain pertahanan, Gerard Pique mengenai bekas rakan sepasukannya itu.

"Saya belum pernah menyaksikan seorang pemain yang mantap seperti Rooney cara dia melepasi kepungan lawan, kekuatan permainannya serta larian dilakukan pada minit pertama sehingga ke wisel penamat.

"Dia juga memiliki rembatan padu yang bertaraf dunia."



Firasat Pique itu turut dikongsi bersama pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta yang bersama Thierry Henry kini tampak akan berada dalam kesebelasan pasukan di Rome nanti.

"Rooney beraksi dengan corak permainan keras. Dia memberi kami banyak masalah dalam separuh akhir, tahun lalu.

"Kami tidak boleh melakukan kesilapan kerana mereka memiliki gempuran berbisa di depan," kata Iniesta.

Apapun, kepulangan Iniesta dan Henry harus memberi kelab dari Catalan itu satu suntikan semangat baru untuk berdepan barisan didik Alex Ferguson yang nyata mantap pada setiap sudut permainan mereka, musim ini.

"Mereka tampak mantap dan selesa sejak musim bermula. Kini kami akan mendapatkan semula khidmat mereka dan harap tiada apa-apa akan menghalang mereka nanti," kata pemain tengah, Xavi. � Agensi

Tersalah langkah buruk padahnya

TONGGAK United, Cristiano Ronaldo tiba bersama pasukannya di hotel penginapan di tengah kota Rome terpaksa diberi kawalan ketat elak diserbu peminat.

Pertahanan United, Barcelona dibebani tugas kekang serangan Ronaldo, Messi

ROME: Apabila dua pemain terbaik di dunia bertembung dalam final Liga Juara-juara Eropah, hari ini (awal pagi Khamis waktu Malaysia), pemain yang diberi tanggungjawab mengekang Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi harus sedar tidak berlaku sebarang kesilapan yang boleh membawa padah.

Juara bertahan, Manchester United akan melangkah ke Stadium Olimpik, Rome bagi pertarungan akhir untuk berdepan Barcelona yang sudah pun mengaibkan gergasi Eropah, Bayern Munich dan Real Madrid, musim ini.

Ia menjanjikan satu pertarungan menarik antara dua pasukan yang berada pada kemuncak prestasi masing-masing dan turut membabitkan pertentangan peribadi di antara dua penyerang terbaik dunia yang mampu mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Bintang United, Ronaldo ketika ini mempunyai kelebihan berdasarkan kejayaan memenangi anugerah pemain terbaik dunia dan Ballon d'Or pada 2008 ketika pasukannya mensasarkan untuk mempertahankan trofi Liga Juara-juara dengan mengalahkan skuad Messi, Barcelona.

Pakar sepakan percuma, Ronaldo meledakkan sejumlah 42 gol dalam semua pertandingan musim lalu, tetapi jaringan kemenangan ke atas Porto di tempat lawan dan dua ketika berdepan Arsenal dalam kancah Liga Juara-juara musim ini berjaya menjawab kritikan yang lemparkan mengenai kematangannya dalam menghadapi perlawanan besar.

Bek tengah Barcelona, Yaya Toure mengakui skuad Sepanyol itu tidak boleh membenarkan Ronaldo bebas untuk mengawal bahagian tengah seandainya mereka mahu memenuhi cita-cita memenangi pertandingan yang kali terakhir dijulang pada 2006.

"Mereka sangat kuat dari segi fizikal dan memiliki pemain bola sepak ternama dalam diri Cristiano Ronaldo serta memenangi Liga Juara-juara tahun lalu. Kami tahu ia satu pertarungan sukar," kata pemain antarabangsa Ivory Coast berusia 26 tahun itu.

"Ia pasti perlawanan hebat dan penting bagi kami bermain pada tahap 100 peratus kerana kurang daripada itu anda tidak boleh mengalahkan pasukan ini."

Tatkala Ronaldo boleh menghadirkan rasa gerun kepada mana-mana penjaga gol dengan sepakan percumanya, Messi pula boleh memberikan pertahanan mimpi ngeri dengan keupayaannya untuk mengalahkan lawan dengan sentuhan lembut menggunakan kaki kirinya.

Pertahanan United, Patrice Evra, 28, menegaskan tidak akan ada sebarang persediaan istimewa untuk menangani pemain sayap Argentina ini, tetapi berdepan pemain seperti Ronaldo dan Wayne Rooney setiap hari dalam latihan sudah mencukupi. � AFP

'Barca berhak jadi juara'

BARCELONA: Berpandu kepada kualiti dimiliki pemain serta corak permainan bola sepaknya, Barcelona seharusnya berhak menjulang trofi Liga Juara-juara Eropah, hari ini, menurut bintang tengahnya, Xavi Hernandez.

Kelab Catalan itu mendapat pujian di seluruh Eropah bagi cara mereka melakarkan kejayaan berganda liga dan piala domestik dengan kekal kepada tradisi mereka itu bermain corak bola sepak terbuka dan menyerang.

Pep Guardiola mengambil alih daripada Frank Rijkaard pada musim panas lalu dan mengubah nasib skuad ini yang berada dalam kemerosotan sejak memenangi Liga Juara-juara pada 2006.

Dengan Ronaldinho dan Deco dijual, Guardiola berjaya mengembalikan semula motivasi ke dalam skuad ini diketuai bintang kelahiran tempatan, Xavi Hernandez dan Andres Iniesta di bahagian tengah dan Lionel Messi di jentera serangan, yang mengukuhkan dakwaan bahawa dia adalah pemain terbaik di dunia.

"Ini adalah final antara dua pasukan yang gemar bermain bola sepak dan pasukan yang berjaya mendominasi permainan akan menang," kata Xavi.

"Saya tidak dapat nyatakan bagaimana (Alex) Ferguson akan memilih untuk bermain permainan ini tetapi kami mempunyai falsafah jelas dan kami akan turun untuk mencari kemenangan.

"Adalah penting kepada kami untuk menang permainan ini bagi falsafah kami dan kami mempunyai pemain terbaik yang boleh melakukannya," kata Xavi, yang mengakui terdapat ramuan tambahan kepada pertarungan ini selepas kekalahan kepada Manchester United pada separuh akhir tahun lalu.

"Ia kekecewaan besar dan sudah tentu bola sepak adalah mengenai pembalasan tetapi ia juga adalah perlawanan akhir dan memenangi trofi ini menjadi kuncinya." � AFP