iDAN

19 Ogos 2009

BERNIKAH-LAH Wahai Remaja Moden!!! (Agama)

November 26, 2007 n-fashya "Apabila cinta itu berbunga, terasa indahnya memenuhi segenap ruang imaginasi. Jiwa dan hati meronta-ronta ingin kepada si dia. Ingin sekali mengenalinya, dan mendekatinya. Untuk menawan hatinya, agar perasaanya menjadi sama seperti apa yang dirasa oleh dirinya. Apabila cinta itu mengetuk pintu hati, siapakah yang mampu menghalang. Siapakah yang mampu mengejutkan. Siapa pula yang akan membimbing… " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Rum 30: 21) Di dalam ayat di atas menunjukkan betapa Allah telah menciptakan manusia itu dijadikan fitrahnya berpasang-pasangan yang mana di kalangan mereka itu adalah saling memerlukan di antara lelaki dengan wanita. Iaitu saling melengkapi. Malah, setiap satunya sama ada lelaki atau wanita, memiliki keinginan terhadap satu dengan yang lainnya. Ini, lantas membuktikan bahawa manusia itu diciptakan dengan mempunyai fitrah untuk memilki dan dimiliki terhadap pasangan mereka masing-masing menurut pilihan dan citarasa keinginan mereka. Mereka memiliki sikap dan sifat untuk disayangi dan menyayangi. Itulah sifat neutral/fitrah setiap insan. Ia adalah merupakan suatu bentuk fitrah yang tidak boleh dihalang dan merupakah suatu sunnahtullah atau ketetapan, malah keperluan bagi kehidupan manusia yang sempurna dan harmoni. "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu fitrah kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita dan anak-anak". (Ali Imran 3:14) Apabila sampai waktu dan ketikanya, fitrah dan naluri itu akan datang mendesak dengan kuatnya, untuk mendekati dan mencari-cari/memilih-milih pasangan mereka masing-masing. Mereka akan saling mencari dan memerlukan. Alhamdulillah, ramai yang berjaya mengharungi prsoalan perasaan dan naluri ini dengan baik. Mereka berjaya menempuh dan melepasi gerbang pernikahan yang sah dan menuju kehidupan yang fitrah. Namun, dalam persoalan ini jugalah, kebiasaannya sebahagian mereka merangkul banyak kesilapan. Ini biasa sekali berlaku kepada insan bergelar remaja. Apabila fitrah dan naluri cinta mereka terhadap golongan berbeza jantina tidak ditangani dan disalurkan kepada jalan yang sewajarnya. Apatah lagi bila ianya terus ditekan dan dikongkong. Ia mampu meletus. Ditambah pula dengan dorongan nafsu dan pengaruh persekitaran, ia menjadi sukar dikawal bagi sebahagian daripada mereka. Dalam keadaan tidak terkawal, mungkin pelbagai natijah dan fenomena yang buruk mampu berlaku. Sepertimana yang kita perhatikan di masa ini, di dada-dada akhbar dan di media-media massa. Yang banyak sekali menceritakan perihal gejala seks bebas, persetubuhan haram, hamil tanpa nikah, dan sehingga kepada tahap pembuangan bayi di tempat-tempat tertentu dan mungkin juga membawa kepada aktiviti pengguguran anak luar nikah. Maka, dalam keadaan yang meruncing seperti ini, apakah kita masih perlu menutup mata dan menafikan fitrah remaja masa kini yang kebanyakan mecapai kematangan awal? Malah, mereka memiliki kemampuan dari banyak aspek. Apakah ibu bapa, perlu lagi menafikan hak anak-anak mereka untuk memenuhi naluri dan fitrah mereka secara yang halal? Kebanyakan ibu-bapa zaman ini bukanlah dari golongan orang-orang yang miskin, malah sebahagian besar mereka adalah dari golongan yang berada dan mampu mengeluarkan belanja anak-anak lebih dari yang kebiasaan. Jadi, Di sini, tidak lain… saya ingin membawakan beberapa solusi atau jalan pencerahan dengan membawakan saranan-saranan dari jalan atau petunjuk agama yang pastinya didasari sumber-sumber wahyu yang sahih dengan sedikit padangan secara ringkas… Inilah masanya untuk kita kembali melihat dan memikirkan hakikat hubungan dua insan berlainan jantina ini dari kacamata yang halal yang dipandukan oleh agama yang kita yakini. Dan bukan didasari emosi, material, dan kedudukan, serta masa semata-mata. Pertamanya, kita pergi kepada dalil ini yang merupakan firman Allah s.w.t. (yang maksudnya): “Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (an-Nuur 24: 32) Dalil-dalil yang lain pula, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika seseorang hamba itu menikah, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya, oleh kerana itu hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk sebahagian yang tersisa.” (Hadis Hasan Menurut Sheikh al-Albani, di dalam ash-Sahihah, (no. 625)) Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menikahlah, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang ramai kepada umat-umat lain pada hari Kiamat, dan janganlah kalian menjadi seperti pendita Nasara (Kristian).” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, (7/78)) Daripada beberapa dalil awal yang saya bawakan di atas, menunjukkan bahawa betapa saranan Allah dan Rasul-Nya kepada kita semua untuk mengambil jalan yang halal dalam memenuhi fitrah hubungan lelaki dan wanita. Lantas menutup jalan-jalan yang haram daripadanya… “Ada empat perkara yang termasuk sunnah para Rasul, iaitu; perasaan malu, memakai wangi-wangian, bersiwak, dan menikah. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, (no. 1086) di dalam kitab an-Nikah, menurut beliau hadis ini hasan sahih) Dan diketahui juga, bahawa menjalinkan hubungan melalui ikatan nikah itu adalah suatu perbuatan yang dianjurkan oleh nabi kita s.a.w. sendiri dan merupakan sunnah yang wajar kita ambil serta contohi. Zaman ini, bukanlah masanya untuk kita bermalu-maluan dalam persoalan nikah di usia yang awal atau usia remaja. Malah, tiada salahnya dari sudut syara’ sekalipun untuk mengambil keputusan berkahwin awal walau masih berada di institusi-institusi pengajian tertentu. Malah, hakikatnya… menikah adakah jalan yang paling baik dan direkomendasikan sendiri oleh Nabi kita sendiri melalui pelbagai hadis-hadisnya. Solusi ini wajar diambil dan difikir-beratkan oleh golongan ramaja masa ini. Malah oleh golongan ibu-ibu dan bapa-bapa supaya tidak berfikiran sempit mengongkong perkara yang halal terhadap anak-anak mereka. Yang akhirnya, memungkinkan kepada akibat yang haram dan noda… Dalam persoalan seperti ini, sebenarnya saya suka dan mahu untuk mengutarakan supaya kita semua mengambil atau melihat secara positif-nya, inilah salah satunya jalan yang baik untuk mengatasi hubungan terlarang seperti aktiviti “couple” atau berpasang-pasangan di antara insan berlainan jantina. Alangkah baik-nya jika mereka yang ber-couple itu adalah terdiri daripada mereka yang bergelar suami dan isteri. Bukankah itu lebih manis, daripada mereka yang bercouple namun, hakikatnya mereka sedang melakukan perbuatan terlarang dan dibenci oleh Allah s.w.t. dan mendorong mereka kepada kancah penzinaan akibat tidak di-ikat dengan pertalian yang sah. Kita semua wajar melihat semua ini dengan skop dan pandangan yang lebih luas. Bercouple-lah secara halal dengan ikatan nikah! Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud r.a., Ia menyatakan, “Kami bersama Nabi s.a.w. sebagai pemuda yang tidak mempunyai sesuatu, lalu Baginda bersabda kepada kami; ‘Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, (no. 5066)) “Tiga orang yang pasti Allah tolong adalah: Budak (hamba) yang ingin membebaskan (memerdekakan) dirinya, Lelaki yang menikah kerana ingin menjaga kesucian dirinya, dan pejuang di jalan Allah.” (Hadis bertaraf Hasan diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 1655), an-Nasaa’i (6/61)) Anjuran menikah ini dijelaskan lagi melalui dua hadis nabi di atas. Yang mana, melalui-nya (nikah) ia bakal mencegah pelbagai keburukan kepada individu yang tersebut. Yang mana, dengan nikah dapat menjaga dan memelihara kita daripada perkara yang tidak molek dan dibenci. Kesucian diri dapat dijaga dengan baik, pandangan akan dapat ditundukkan, dan naluri syahwat dapat disalurkan kepada jalan yang betul. Malah, melalui ikatan nikah yang sah ini, Nabi s.a.w. telah menjelaskan kepada kita bahawa ia sebenarnya membawa kita kepada ibadah yang lebih baik dan sempurna malah dengan jalinan hubungan di bawah naungan pernikahan tersebut, ia membuahkan pahala dan bukan sebaliknya yang menatijahkan dosa. Ini jelas membezakan di antara dua hubungan yang terbina samaada tanpa nikah dan hubungan dengan pernikahan. Apa yang saya perkatakan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh imam Muslim dan Abu Dzarr, bahwa sejumlah Sahabat Nabi s.a.w. berkata kepada beliau: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah mendapatkan banyak pahala. Mereka melaksanakan solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa Sebagaimana kami puasa, dan mereka dapat bersedekah dengan kelebihan harta mereka.” Beliau bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan untuk kalian apa yang dapat kalian sedekahkan. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah dari yang munkar adalah sedekah, dan persetubuhan salah seorang dari kalian (dengan isterinya) adalah sedekah.” Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah salah seorang dari kami yang melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?” Beliau bersabda: “Bagaimana pendapat kalian seandainya dia melampiaskan syahwatnya kepada hal yang haram, apakah dia mendapatkan dosa? Maka demikian pula jika ia melampiaskannya kepada hal yang halal, maka dia mendapatkan pahala.” (HR. Muslim (no. 1006). Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa: “Sabda Nabi: ‘Persetubuhan salah seorang dari kalian adalah sedekah,’ dimutlakkan atas jima’. Ini sebagai dalil bahwa perkara-perkara mubah/harus akan menjadi ketaatan dengan niat yang benar. Jima’ menjadi ibadah jika diniatkan untuk memenuhi hak isteri dan mempergaulinya dengan baik sebagaimana Allah mensyari’atkan kepadanya, atau diniatkan untuk mendapatkan anak (keturunan) yang soleh, atau memelihara dirinya.”) Malah, dalam hadis yang lain… Kita diperjelaskan bahawa agama kita ini bukalah agama yang didasari kepada fahaman rahib atau pendita mahupun sami. Agama kita bukanlah agama yang menghalangi fitrah manusia untuk memenuhi naluri fitrah insani. Agama kita bukanlah agama yang melarang untuk menjalinkan hubungan di antara lelaki dengan wanita. Malah ia adalah suatu yang dianjurkan, digalakkan, dan dituntut! Namun, pelulah dengan salurannya yang sebenar. Agama kita tidak seperti agama kristian yang mana paderi-paderi mereka diharamkan dari melangsungkan perkahwinan. Ia adalah seperti hadis yang berikutnya ini yang mana diriwayatkan oleh imam al-Bukhari dari Anas bin Malik, ia menuturkan: “Ada tiga orang yang datang ke rumah isteri-isteri Nabi untuk bertanya tentang ibadah Nabi Ketika mereka diberi khabar, mereka seakan-akan merasakan tidak bererti. Mereka mengatakan: “Apa ertinya kita dibandingkan Nabi, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan terkemudian?” Salah seorang dari mereka berkata: “Aku akan sentiasa bersolat malam selamanya.” Orang kedua mengatakan: “Aku akan berpuasa sepanjang masa dan tidak akan pernah berbuka” Orang ketiga pula mengatakan: “Aku akan menjauhi wanita dan tidak akan menikah selamanya.” Kemudian Rasulullah s.a.w. datang, lalu bertanya: “Apakah khabar yang menyatakan demikian dan demikian? Demi Allah, sesunguhnya aku lebih takut kepada Allah dan lebih bertakwa daripada kalian, tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersolat dan tidur, serta menikahi wanita. Barangsiapa yang membenci Sunnah-ku, maka ia bukan termasuk golonganku.” (Hadis Riwayat Bukhari, (no. 5063) di dalam kitab an-Nikah) Al-Bukhari meriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash , ia menuturkan: Rasulullah bersabda: "Wahai ‘Abdullah, aku diberi khabar, bukankah engkau selalu berpuasa di siang hari dan solat pada malam hari?” Aku menjawab: “Benar, wahai Rasulullah.” Beliau bersabda: “Jangan engkau lakukan! Berpuasa dan berbukalah, bangun dan tidurlah. Sebab jasadmu mempunyai hak ke atasmu, matamu mempunyai hak ke atasmu, dan isterimu mempunyai ke hak atasmu.” (Hadis Riwayat Bukhari, (no. 5199) kitab an-Nikaah, & Muslim (no. 1159)) Berikut pula adalah sebahagian atsar (riwayat) yang tsabit (berkait) dari para sahabat dan tabi’in berkenaan anjuran untuk bernikah: Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Sa’id bin Jubair, Ibnu ‘Abbas bertanya kepadaku: “Apakah engkau sudah menikah?” Aku menjawab: “Belum.” Dia mengatakan: ‘Menikahlah, karena sebaik-baik umat ini adalah yang paling banyak isterinya.” Imam Ahmad ditanya: “Apakah seseorang diberi pahala bila mendatangi isterinya, sedangkan dia tidak memiliki syahwat?” Dia menjawab: “Ya, demi Allah, karena ia menginginkan anak. Jika tidak menginginkan anak, maka ia mengatakan: ‘Ini adalah wanita muda.’ Jadi, mengapa ia tidak diberi pahala?” (al-Mughni bisy Syarhil Kabiir (7/31)) Demikianlah beberapa anjuran, galakkan dan keutamaan untuk menjalinkan ikatan pernikahan yang dapat saya sampaikan secara ringkas. Yang seterusnya merupakan salah satu solusi yang didasari dengan sunnah-sunnah atau hadis-hadis yang sahih. Seterusnya menjelaskan yang ia merupakan ajaran nabi kita Muhammad Rasulullah s.a.w. Kepada ibu-ibu dan bapa-bapa moden zaman ini… anda sewajarnya berfikiran dengan lebih terbuka demi masa depan anak-anak anda. Juga anda wajar meneliti semula apakah sunnah-sunnah anjuran Nabi junjungan mulia kita dalam persoalan ini. Apakah tindakan kita menghalang anak-anak tesebut dari menuju ikatan pernikahan sebagai suatu yang benar dan wajar? Ataukah mungkin, sebenarnya hanya sebagai suatu hal yang menyanggahi sunnah?! Seterusnya… Persoalan-persoalan seperti tamatkan pelajaran dahulu baru fikir fasal kahwin, belum cukup umur untuk kahwin, dia tidak sekufu, kamu masih perlu dapatkan kerja dan kumpulkan duit dahulu ataupun alasan kamu wajar memiliki rumah dahulu… semua itu wajar difikirkan semula dan sebahagiannya sebenarnya tidak lagi relevan kepada remaja zaman ini. Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi. (Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi) "Aku memohon cinta-Mu (ya Allah), cinta sesiapa yang mencintai Engkau dan mencintai amal yang membawa aku dekat kepada Engkau". (Hadis Riwayat at-Tirmizi) http://n-fashya.blog.friendster.com

Kaminey 2 (Singgahsana)

Bila tenguk di situs Planet Bollywood yang cerita Kaminey dapat undian 8.5 memang teruja amat aku mahu melihat ceritera ini. Lagi pun asyik menonton cerita Orang Putih naik muak juga. Terkadang ada juga filem orang putih macam Doreamon sahaja. Seperti filem Land of the Lost yang baru ku tonton. Tenguk iklan di TV bukan main gempak bila tenguk filemnya di pawagam setakad bolehlah!. Jika aku kasi undian 5.1 sahaja kot!.

Kaminey nampak bagaikan mahu mengambil corak pembikinan filem Slumdog Millionaire (2008). Agak keras, rakus, ganas & penat melihat babak-babaknya. Mungkin sebab itu ia dilabelkan sebagai filem tontonan 18 Tahun ke atas. Jika aku mungkin aku akan labelkan sebagai 18-PL.

Di internet filem ini tercatat PG13. Bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun (PG-13).

Setahu aku filem hindustan ini sesuai tontonan keluarga Umum (U). Aku pun buatlah tempahan melalui alam maya, bila tiba di panggung sudah ceritera lain pula. Teringat semasa aku ditahan di pintu masuk panggung bersama Aziq tahun lalu. Sebab dia tak cukup umur ingin bersamaku menonton filem 18 tahun ke atas. Filem itu filem aksi tak tahulah pula kot ada banyak babak seks. Itu yang aku pertikai di Astro sesiang hari pun bersepah filem 18 tahun ke atas ditayangkan. Siapa yang dapat memantaunya. Lazimnya ibu ayah berkerja, anak-anak ramai yang berada di rumah selepas waktu sekolahnya.

18 tahun ke atas: Tidak sesuai ditonton golongan bawah umur 18 tahun.
  • 18-SG: Unsur seram dan ganas yang tidak keterlaluan
  • 18-SX: Unsur seks yang tidak keterlaluan
  • 18-PA: Unsur sensitif politik, agama dan kebudayaan
  • 18-PL: Pelbagai (Lebih daripada satu unsur-unsur di atas)
Melihat akan filem Kaminey untuk tontonan 18 tahun ke atas, memang buat aku tertanya-tanya. Apakah kami boleh lepas masuk ke panggung. Aku cuma pergi bersama Azim & Afiz. Azim baru 11 tahun. Tak kan Azim nak biarkan dia sendirian di luar panggung, biar bebetul. Tambahan tayangan larut malam. TGV Sunway Pyramid Petaling Jaya sekitar 25 km dari Jenaris; jika dekat memang aku sempat hantar Azim pulang. Terkilan pula Azim seyogia janjinya dia berjanji mahu sangat temankan aku menonton filem hindustan. Yang lain memang agak keberatan.

TGV Sunway Pyramid ada dua belas panggung, aku congak-congak jika terhalang kemasukan kami mungkin aku tukar filem lain. Kebiasaannya hari Rabu harga tiket memang murah, tetapi jika buat tempahan melalui alam maya terpaksa tambah RM1 setiap tiket. Agak sesak juga penonton lewat malam begitu. Rasanya bilangan penonton Melayu & kaum cina seimbang. Satu yang menarik Sunway Pyramid ini ramai pelancung asing terutama dari Arab. Parkir sebenarnya banyak tetpi kena mahir pintu mana yang mudah dimasuki.

Aku memang tak selalu ke sini, nasib Afiz rupanya diam-diam tahu serba sedikit selok-belok Sunway Pyramid ini. Entah berapa kali aku berpusing di tempat parkir asyik tersesat di kawasan sampah sarapnya.

Menunggu tayangan yang agak lewat Afiz & Azim tidur di Avanza di aras B2, agak mewah parkirnya beberapa langkah sahaja telah berada di depan pintu lifnya. Aku yang gelisah sebab sehari dua ini tetiba gaham sebelah atas kiri meragam. Sakitnya melampau. Berkumur dengan air biasa pun terasa nyilu & berdenyut-denyut. Tak terfikir mahu membeli ubat sakit gigi kerana tak menganggap ianya akan serius. Rupanya sakit gigi ini menyerang... Mak Datok! sakitlah amat sampaikan mahu keluar air mata.

Sakit gigi berpakat lagi dengan masalah gatal-gatal badan, adoi! memang sakitnya. Aku pula terleka tak makan siang tadi semua ubatan kronikku, enam jenis tak boleh tidak. Emmm! apa nak di panggil ubat enam jenis. Enam Penawar... enam delima... sipahit enam... enam jahanam macam ceritera P Ramlee pula.

Sidelima enam; okey kot!.

Sidelima satu pencair darah untuk jantung, Sidelima dua darah tinggi Sidelima tiga pun darah tinggi, empat diabetes, lima kolestrol & Sidelima enam yang panjang kecil amat ini aku tak pasti. Paling maksimun aku boleh bertangguh atau terlupa cuma tiga hari. Selebih dari tiga hari memang aku tidak sanggup berani mencuba. Tiga hari itu pun kalau Dr Imah tahu aku tak makan mahu tak akan dirawatnya aku lagi.

Tambahan lagi dua yang pasti aku makan, Shilintong (Chinese Natural Herbs - Shi Lin Tong) untuk sakit buah pinggang & Goji untuk stabilkan keseluruhan.

Nampaknya jika aku berjadual dengan betul enam ubatan ini kira okeylah!. Bulan lalu melalui ujian terapi nampaknya aku memang kembali normal.

Kembali ceritera Kaminey tadi;

Dua pintu pawagam@panggung terasing & selorong dengan Bilik Air. Azim yang aku kejutkan sekitar jam 11:10 malam terasa mahu ke bilik air, elok benarlah ketika yang sama aku hulur tiket & kami menyusup masuk ke panggung 11. Awalnya memang kami beriga sahaj di panggung tersebut. Mila lampu mahu dipadamkan barulah datang sekumpulan Benggali moden (tiada serban) sekitar 10 orang kot & sepasang remaja Melayu. Tak sampai dua orang penontonnya.

Kaminey berkisar ceritera keluarga gerladangan, keluarga susah. Ayah pelakon utama (orang putih panggil hero, kita nak panggil apa iyer jaguan, wira macam kereta pula, pahlawan cerita purbalah pulak.. dari kamus perwira, wirawan, pahlawan, tokoh/pemeran utama, junak bagi bahasa Serbian) Wirawannya kembar seiras. Ayah wirawan (Charlie) membunuh diri di balai polis setelah dituduh mencuri. Yang abg ini... Charlie suka mencari jalan pintas menjadi kaya, bergaul dengan samseng & kaki berjudi dengan lumba kuda, adiknya wirawan gagap Guddu.

Apabila Guddu bercinta, kekasihnya si Sweety mengandung yang memaksanya berkahwin. Abg Sweety adalah ketua samseng & telah berangan ingin menjodohkan Sweety dengan orang lain demi mencapai untuk menjadi ADUN di daerahnya.

Charlie & rakannya mencerederakan penunggang kuda lantaran hilang pertaruhan kemudian lari dari kumpulannya & mencuri jip kepunyaan polis gerladangan.. Lobo & Lele yang di bonet jip tersebut terdapat dadah.

Yang kena tangkap Guddu dibelasah teruk oleh Lobo & Lele. Bukan setakat itu sahaja Guddu juga dibelasah teruk oleh abg kekasihnya yang telah pun menjadi isteri. Hari mereka berkahwin abg si Sweety... Sunil 'chopper' Bhope telah menghantar orang upahan untuk mebelasah Guddu.

Dari situlah berkembangnya ceritera Kaminey ini. Azim telah tertidur sekitar jam 1:00 pagi. Afiz pula tenggelam timbul. Aku tak berapa dapat menghayati filem ini lantaran gangguan sakit gigiku. Moralnya ceritera Kaminey ini adalah ikatan saudara kembar atau adik beradik payah mahu diputuskan. Ibarat air yang dicincang tidak akan putus. Wirawan mestilah terselamat cumanya memang salah seorang kembang ini cedera parah ketika di hujung babak. Aku pula tak dapat apa pun aura dari cerita ini selain dari syok dengan lagunya Dhan Te Nan di nyanyikan oleh Sukhwinder Singh, Vishal Dadlani & Robert Bob Omulo.

Tiba Jenaris sekitar jam 2:30 pagi. Azim & Afiz memang terlelap lena. Aku yang tak cukup tidur & mengantuk amat.

Dari Blog Mazidul (Singgahsana)

iDAN berkata...

Pengeboman di Bali. Jika kita buat undian di kalangan umat Islam saya yakin pasti majoriti dari kita menolak kekerasan pun kekejaman yang dilakukan oleh pejuang Jemaah Islamiyyah ini. Tetapi buat kata AnakMelayu membunuh, hukumannya juga bunuh. Tentunya itu yang mahu dicetuskan oleh kumpulan Jemaah Islamiyyah. Samalah jika kita ini suami atau isteri orang yang berzina, apakah hak kita untuk hidup di dunia ini. Jelas hukum zina rejam sampai mati, bunuh juga: apakah perundangan Islam itu kejam. Telah terlalu ramai bangkai bernyawa di dunia ini lantaran kita tidak menjalankan hukum Islam secara syumul atau menyeluruh. Kerajaan di mana-mana negara yang mengganggap maksiat itu perkara remeh malahan dilindungi lagi; seharusnya kena sedar akan bala & musibah yang bakal menimpa. Kenapa terjadi di Bali bukan di negara kita, bukan juga di Siam (?). Impak perundangan atau amalan agama sesebuah negara tentunya menjadikan tragedi begini tercetus sementelah ada golongan yang telah tidak berdaya lagi menahan diri melihat maksiat ini terjadi. (Mungkin) Saya menganggap ini adalah bala yang dicetuskan oleh ketidak mampuannya kita mengamalkan Islam yang sebenar. Ad-Din. Bala yang diturunkan Allah Azzawajalla sesungguhnya tidak mengenal siapa. Jemaah Islamiyyah sekadar mencetuskannya & menerima hukuman setimpal. Mangsa terkorban sememang menjadikan kita simpati lantaran mereka semua bukan orang yang berdosa. Kesan serangan ini buat kata Sdr Mazidul hanya tinggal tanah kosong. Bila kita menungkan sendirian "Siapa" agaknya yang perlu dipersalahkan. Jemaah Islamiyyah & pemimpin sememangnya lah sahih diwartakan bersalah. Sebaliknya?, punca angkaranya?. Asal kejadian tercetus pengeboman ini kenapa?. (?) terlalu banyak persoalan yang perlu kita selesaikan jika mahukan peristiwa tragis ini tidak berulang lagi. Yang pasti kita sebagai umat Islam sentiasalah mendekatkan diri dengan Dia Nan Esa, agar kita mendapat perlindungan & hidayahnya.

Itu antara yang aku berikan respon di Blog Mazidul, sahabat kepada sahabat baikku Tuan Haji Yasin. Aku pernah menulis akan kisah misteri di sebalik Tsunami di Aceh. Tentunya ianya ada terselit di jurnalku di easyjournal. Yang aku masih ingat begaimana Pak Jupri banyak bercerita tentang maksiat yang berluasa berlaku sebelum kejadian Tsunami. Malahan Pak Jupri & disahkan oleh Pak Zul & rakan-rakanku yang lain. Antara yang selamat ketika kejadian. Aku masih terbayang Pak Zul Putih yang meninggal dunia, jenazahnya pun tidak dapat ditemui.

"Kebanyakan mayat perempuan yang saya lihat semua kemaluan mereka disumbati dengan perbagai barangan seperti ranting kayu & lain-lain objek "Kenapa begitu bapak.." "Seolah-olah petanda yang Tuhan mahu menunjukkan betapa perempuan mangsa tsunami tersebut ramai yang melakukan maksiat, maka itulah pembalasannya...!" Pak Jupri menceritakan bagaimana pangkat anak saudaranya ... seperti yang pernah aku tulis,; Gempa bumi sesungguhnya bukan sekadar bencana alam tetapi ianya adalah bala petaka bagi mengingatkan manusia. Kes Aceh lantaran ingin mengejar anggota GAM oleh anggota TNI, PNS juga Polri telah menjadikan Aceh tempat segala bencana. Penuh kekejaman, hanyirnya maksiat. Keujudan askar dari kerajaan pusat yang semakin ramai di Aceh telah menyebabkan keadaan sosial di sana amat geroh & runtuh. Seperti cerita Pak Jupri. "Saya diacukan senjata semata-mata ingin menegur anak buah saya agar jangan mengikuti anggota TNI, "Jika kau menghalang gadis ini mengikuti saya ke kem, saya tidak maafkan kamu". Diugut mahu dibunuh lantaran ingin menghalang agar maksiat tidak bermaharajalela. Memang keruntuhan moral di Aceh sebelum tsunami amatlah gawat. Di mana saja yang ramai sangat kebanjiran anggota askar akan pasti mengakibatkan keruntuhan moral. Pesta maksiat menjadi-jadi. Apatah lagi jika askar yang hadir bukan orang beragama Islam. Arak zina jadi ulaman belaka. Bila moral sudah tenat, tidak dapat lagi siapa pun menegur perkara mungkar. Hati setiap mengamal maksiat, kemungkaran memang telah pekat hitam. Telah lali. Memang bala akan datang. Memang bakal datang... itu janji Allah Azzawajalla. Tsunami di Acheh bukan ledakan ombak yang dilakukan oleh Jemaah Islamiyyah, tetapi adalah bala gempa bumi yang diturunkan oleh Ilahi. Kita seharusnya sedar akan fenomena ini yang bila-bila masa boleh berulang tanpa ada amaran atau petanda. Tidak mungkin apa yang tersurat itu tiada yang tersirat. Kita selalulah evaluasi (muhasabah ) diri agar manjadi umat yang baik & disayangi Ilahi. Di samping memohon perlindungan agar tidak sampai menjadi mangsa bencana.

18 Ogos 2009

Rencana (Delima Merkah)

"Setiap pegawai yang menerima tanggungjawab tetapi telah membuat kesilapan, segala keputusan & perancangan diambil mengalami kegagalan di mana ianya melibatkan kepentingan orang lain, pihak majikan boleh menarik balik segala keistimewaan seperti menurunkan pangkat, pingat, gaji & sebagainya di samping menasihatkan beliau meletakkan jawatan tanpa apa paksaan & desakan."

"Bila kamu bekerja nanti pasti kamu akan berjumpa dengan sekumpulan pekerja yang sentiasa mencari salah orang lain, mereka ini adalah golongan pengawai bermasalah atau golongan jurnalis. Kamu ketepikan sahaja golongan ini, jika boleh cari jalan agar mereka ini dicantas & carilah pengganti. Yakinkanlah diri pengganti golongan ini akan pasti jauh lebih baik & berketrampilan"

Dua rangkap di atas adalah satu suara atau prinsip tindakan yang lahir dari jiwa seorang pekerja awam atau Pegawai Kerajaan. Seimbas kita baca sememangnya ianya bagaikan pendapat yang jujur & tegas. Namun bila kita kembali ke dalam diri pendapat di atas memang boleh kita perdebatkan.

Bila kita amati rutin kehidupan kita seharian juga tak lari dari membuat kesilapan. Bukanlah tujuan aku mahu membela mereka bermasalah ini tetapi kita harus sedar setiap manusia itu adalah aset buat satu-satu organisasi. Mencantas malahan menurunkan pangkat bukanlah tindakan bijak sayugia (seyogia Kamus Melayu Online) banyak alternatif lain untuk membaiki keadaan. Salah satu cara mungkin boleh dimotivasi atau kaunselingkan.

Bagiku belajar dari kesilapan adalah lebih baik berbanding kita membuat keputusan drastik yang bakal mengaibkan saudara sesama kita.

Sebagai contoh Jurutera jalan raya sering membuat kesilapan lantaran perancangan di atas kertas sering berubah. Jika cadangan awal sekadar membuat bulatan kecil sering menimbulkan kemalangan, apakah wajar kita turunkan pangkat Jurutera ini. Seharusnya beliau mencari alternatif lain dengan mengadakan lampu isyarat yang tentunya lebih selamat.

Bagitu juga Wakil Rakyat yang sering meminta bajet untuk membaiki Dewan Orang Ramai. Jika kita perhatikan boleh dikatakan semua Dewan Orang Ramai memang sering menjadi mangsa si penggodam atau golongan rosak akhlak. Rosak sana sini malahan terkadang ranap terus tak boleh digunakan lagi.

Ada perancangan seorang pegawai itu yang baik tetapi gagal lantaran sikap orang sekeliling atau orang ramai lambat mahu menerima perubahan. Contoh terbaik adalah ide pengurusan khidmat yang boleh diakses secara langsung di internet (online). Memang pada peringkat awal perbagai masalah akan timbul, mungkin terdapat pada perisian, kefahaman orang ramai, arus akses internet, kemudahan persekitaran atau perbagai lagi masalah.

Begitu juga golongan jurnalis, mereka ini memang perlu ada di sesebuah organisasi; sebagai asas untuk majikan mengimbau segala perjalanan pengurusan mereka. Tanpa mereka yang berani menegur memang ibarat kata sokong membawa rebah. Harapkan pagar pagar makan padi. Golongan ini sering mengorban diri lantaran berani bersuara sehinggakan majikan mengatakan beliau bermasalah; tetapi perlu diingat golongan jurnalis ini lah banyak memberikan ide kreatif berbanding mereka yang Pak Turut atau Kaki Mengampu. Golongan ini perlulah didekati mereka bukannya bahaya atau pengganas; Malahan keujudan mereka jika kita pandai menguruskan pasti organisasi anda akan tambah ceria, hebat & cepat membangunnya.

Yang tegak disokong, yang lemah ditopang perlulah ada di jiwa seorang ketua.
Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah.

iDAN: Semasa aku berkerja makan gaji memang aku terkenal dengan golongan jurnalis, cuba baca kes aku di ruang Tutor ooo Tutor. Boleh dikatakan apa yang aku suarakan lalu 101% benar belaka. Tetapi lantaran cerpen itu aku di tribunal selama tiga bulan dicantas semua tulisanku. Jika anda teringin nak baca cerpen
Tutor ooo Tutor taip Tutor ooo Tutor itu di google.


Liza permaisuri hati Ajai (Hiburan)


AJAI mencium dahi Liza selepas selamat dinikahkan di Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang Sabtu lalu.

BENARLAH kata pepatah yang berbunyi, 'Cinta adalah fajar perkahwinan, dan perkahwinan adalah senja percintaan'. Melayari percintaan selama tiga tahun dengan wanita idaman hatinya pasti bukan satu tempoh yang mudah bagi komposer muda yang tersohor ini, apatah lagi desas-desus dirinya yang dikaitkan dengan beberapa wanita jelita sebelum ini yang kononnya telah berjaya mengetuk pintu hatinya.

Pernah dilabel sebagai antara 'duda terhangat tanah air', pengalaman lalu juga menjadikan dirinya amat berhati-hati bila diajak bicara soal cinta.

Bagaimanapun kisah percintaan antara Ajai dan Norliza Ilias, 37, atau Liza yang mula dihidu rakan wartawan terungkai juga akhirnya melalui titipan kad jemputan ke majlis pernikahan mereka awal bulan lalu.

Ibarat sudah terang lagikan bersuluh, teka-teki cinta Ajai dan Liza berakhir juga ke jenjang pelamin.

Memang benarlah cinta itu buta, tetapi sama ada secara kebetulan atau memang sudah suratan jodoh kedua Ajai atau nama sebenarnya Mohd. Faizal Maas, 36 juga kepada gadis dari Pulau Mutiara.

Sabtu lalu, Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang menjadi saksi termeterainya kasih Ajai dan Liza. Dengan sekali lafaz akad nikah di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Bandaraya Pulau Pinang, Mansor Taib kira-kira pukul 10.45 pagi, kedua-duanya sah bergelar suami isteri.


AJAI dan Liza bagaikan pinang dibelah dua memilih baju pengantin rona putih rekaan Rizalman Ibrahim pada hari pernikahan mereka.

Ajai yang kelihatan tenang tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya pada majlis pernikahan yang berlansung tidak sampai tiga minit itu seraya melemparkan senyuman kepada Liza.

Jelas, senyuman bahagia terpancar di wajah raja sehari ini apatah lagi mahligai baru Ajai dan Liza turut dikongsi dengan permata hati Ajai iaitu Ayu Nazirah, 11. Tidak kekok bergelar ibu segera, seakan-akan ada pertalian erat antara Liza dengan Ayu yang mesra memanggilnya 'Mummy Liza' sambil mengucup tangan ibu barunya selepas majlis pernikahan selesai.

Ini merupakan pernikahan kali kedua buat Ajai yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular, Nurul Huda Abdul Wahab juga berasal dari Pulau Pinang.

Terdahulu, Liza yang kelihatan manis dan ayu tiba bersama rombongannya kira-kira pukul 10.30 pagi. Kehadiran rombongan keluarga pengantin perempuan yang berpakaian serba biru diketuai oleh bapa dan ibunya, Mohamad Ilias Mohamed dan Asma Hashim.

Rombongan Ajai didahului ibu bapanya, Maas Abd. Rahim dan Ishah Abu Bakar serta adik-beradik dan saudara-mara terdekat dari Johor Bahru serta kenalan dari Kuala Lumpur tiba lebih awal iaitu kira-kira pukul 10.15 pagi.

Pada majlis itu, pihak pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran termasuk mas kahwin RM1,001, hantaran dalam bentuk cek bernilai RM15,000, beg tangan, kasut, minyak wangi, gubahan buah-buahan serta sirih junjung.

Sementara pengantin lelaki pula menerima balasan sembilan dulang hantaran berupa sirih junjung, baju kemeja, kek, kasut, dompet dan tali pinggang, barang dandanan diri, telefon bimbit, sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.


D: CEK bernilai RM15,000 yang dihias kemas di atas dulung hantaran.

Kedua-dua pasangan yang mengaku bercinta sejak tiga tahun lalu itu kelihatan berseri-seri dengan pilihan busana sedondon berwarna putih rekaan Rizalman Ibrahim.

Pasangan itu kemudiannya diraikan pada satu majlis doa selamat di kediaman keluarga Liza di Jalan Pisang Raja, Kampung Melayu, Air Hitam dekat sini.

"Pengalaman perkahwinan terdahulu menyebabkan saya lebih berhati-hati membuat keputusan untuk kehidupan kali kedua," itu pengakuan jujur Ajai pada sidang media yang diadakan sejurus selepas majlis pernikahan selesai.

Katanya, jiwa wanita Liza yang berjaya mengikat perasaanya itu mengukuhkan hubungan mereka berdua walaupun mengakui sukar mulanya untuk membuat keputusan mencari suri pelengkap kekosongan hati.

"Sudah ketentuan jodoh saya kuat dengan dirinya. Mungkin juga faktor kami kerap berjumpa kerana kerjaya dalam bidang yang sama menerbitkan bibit-bibit cinta, tapi yang jelas 98 peratus ciri-ciri kewanitaan yang saya idamkan ada pada dirinya.

"Memang sebelum ini saya ada berkenalan dengan beberapa wanita tetapi jujur saya katakan, Liza yang paling sesuai. Bercinta dengan saya pula umpama satu pakej kerana saya perlu pastikan Ayu Nazirah setuju dengan siapa yang bakal bergelar ibunya kelak.

"Bukan niat untuk menafikan kisah cinta kami sepertimana dipaparkan media sebelum ini, tetapi biarlah ia begitu kerana saya berminat berkongsi kisah tentang kerjaya selaku penerbit dan pengarah sahaja berbanding kisah-kisah peribadi," jelasnya.

Menurut Ajai, selama ini beliau lebih suka berdiam diri apabila ditanya tentang hubungannya dengan Liza kerana fokus kepada kerjaya tetapi di masa sama tidak menghalang kisah peribadinya itu disiarkan media.

"Cukuplah kalau saya katakan saya amat gembira hari ini dan bersyukur kerana segala yang dirancang akhirnya menjadi kenyataan dan bersedia untuk memulakan satu kehidupan baru.

"Walaupun ada yang kata saya berteka-teki, tetapi jujurnya kami telah merancang untuk bernikah sejak setahun lalu. Syukur kepada Allah, berkat doa keluarga dan kenalan akhirnya hari bahagia yang dinanti muncul juga," ujarnya yang kepingin untuk menimang cahayamata lelaki kembar bagi melengkapi kebahagian yang bakal dilayari.

Selepas sekian lama menduda, adakah Ajai berasa kekok untuk bergelar suami semula?

Pastinya tidak. Kerana menurut Ajai: "Pengalaman 11 tahun ketika pernikahan pertama menjadikan saya lebih matang untuk membuat keputusan kali kedua (bernikah).

"Saya pernah give up tentang perkahwinan, tapi manusia punyai penilaian yang berbeza dan memang sukar untuk buat pilihan ini, akhirnya ketentuan Ilahi membuatkan saya berfikir semuanya berbalik pada soal jodoh.

"Tentang Ayu Nazirah pula, saya kenal anak saya, dan yang penting dia gembira dengan pilihan saya dan begitulah sebaliknya," kata Ajai lagi.


LIZA selamat menjadi permaisuri hidup Ajai dengan sekali lafaz akad di hadapan kadi, Mansor Taib baru-baru ini.

Sepertimana Ajai, Liza juga tidak menyangka jodohnya dipertemukan dengan insan yang hampir dalam hidupnya.

"Mengenali Ajai, penampilannya cuma nampak garang di kaca televisyen apabila menjadi juri, tapi sebenarnya dia mempunyai ciri-ciri yang gemar berjenaka. Malah jika tertekan semasa kerja, Ajai lebih gemar ketawa.

"Sifat bertanggungjawab yang ada pada dirinya menepati ciri yang saya perlukan kepada lelaki yang bergelar suami. Kami pernah berkerja di syarikat yang sama selama kira-kira tujuh tahun dan walaupun tidak lagi sebumbung tetapi kami sering bertembung atas keperluan tugas.

"Bak kata orang Pulau Pinang 'pi mai pi mai tang tu' menyebabkan jodoh kami begitu dekat dan saya bersyukur ia dimeterai secara sah hari ini," ujarnya.

Tanpa berselindung, Ajai memberitahu sekembalinya ke ibu negara nanti mereka sibuk dengan tugasan syarikat yang perlu diselesaikan.

"Apa yang pasti urusan syarikat tetap berjalan lancar di mana Liza bertanggungjawab menguruskan soal-soal acara dan pengurusan pejabat, manakala saya lebih kepada penerbitan dan kerja kreatif.

"Walaupun berada satu bumbung bukan bermakna kami selalu jumpa di pejabat." ujar Ajai.

Ketika ditanya tentang rancangan berbulan madu, Ajai memilih untuk tidak terlalu memikirkannya.

"Saya rasa lebih manis berbulan madu di rumah sahaja, apatah lagi ini kali pertama kami menyambut Ramadan sebagai suami isteri.

"Telah lama saya mencari erti kewanitaan sebenar pada diri seorang wanita, dan inilah masa paling sesuai untuk saya menyelaminya.

"Apa yang saya pinta ialah panjatkan doa agar pelayaran keluarga kami berdua kekal ke akhir hayat," pintanya sambil mengharap restu seluruh teman dan taulan untuk mendoakan pelayaran keduanya dengan wanita yang dicintai ini.

Kosmo!

Liza sah isteri Ajai

Oleh RUDY SYAREME SHERIFFUDIN
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: “Sembilan puluh lapan peratus ciri-ciri wanita yang saya cari ada pada ‘Baby’. Itu yang menambat hati saya untuk memperisterikannya,” demikian kata komposer dan penyanyi terkenal, Ajai.

Ajai, 35, atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, selamat diijab kabul dengan Norliza Mohd Illias yang dipanggilnya Baby tepat jam 10.40 pagi semalam di Dewan Syarahan, Masjid Negeri Pulau Pinang, di sini.

Majlis akad nikah disempurnakan Naib Kadi merangkap Penolong Pendaftar Nikah Bandaraya, Mansor Taib, sambil disaksikan Ali Hussin dan Abdul Rahim Aziz dan dengan hanya sekali lafaz, Norliza atau lebih mesra dengan panggilan Liza sah menjadi isteri Ajai.

Pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran bersama mas kahwin RM1,001, sebentuk cincin berlian dan wang hantaran RM15,000 sebelum dibalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Ditemui selepas upacara akad nikah, Ajai bersyukur kerana hasrat untuk mendirikan rumah tangga akhirnya tercapai walaupun sebelum ini menghadapi pelbagai dugaan.

“Kegembiraan saya sukar digambarkan. Yang penting, segala-galanya berjalan lancar meskipun pernah satu ketika saya berputus asa dan tidak mahu berkahwin.

“Saya yakin pemilihan yang dibuat ini tidak silap,” katanya yang turut gembira kerana majlis akad nikahnya dihadiri anak perempuan tunggal kesayangannya, Ayu Nazirah, 11.

Sementara itu, Liza, 37, berkata dia gembira kerana percintaan yang disemai selama tiga tahun disempurnakan dengan perkahwinan dan berharap ia kekal selama-lamanya.

“Saya bersedia memikul tanggungjawab untuk menjadi isteri Ajai dan ibu kepada Ayu Nazirah. Saya akan membuat yang terbaik sebagai isteri yang diamanahkan, walaupun kini sibuk dengan tugas sebagai Pengurus Wake The Baby milik suami,” katanya.

Sementara itu, Ayu Nazirah berkata, dia gembira apabila janji dibuat bapanya tertunai akhirnya dan kini dia mempunyai ibu baru yang dipanggil ‘Mummy’.

“Saya tidak mampu kata apa-apa, namun yang pasti saya gembira dan merestui perkahwinan Papa dan Mummy,” katanya.

Harian Metro

Gelombang kedua H1N1 mungkin oktober ini

KUALA LUMPUR - Perkembangan wabak selesema babi atau H1N1 yang semakin serius sudah memberi petanda bahawa gelombang kedua pandemik itu dengan kesan yang lebih meluas dijangka melanda negara pada musim tengkujuh bermula Oktober ini.

Jika ramalan itu menjadi kenyataan, kerajaan akan mengumumkan perintah darurat kesihatan lebih awal bagi mencegah penularan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, musim tengkujuh tahun ini lebih berbahaya berbanding tahun-tahun terdahulu kerana kecenderungan orang ramai mendapat selesema boleh membawa kepada lebih banyak kes H1N1.

"Kita serah kepada Majlis Keselamatan Negara untuk menentukan waktu terbaik mengumumkan tempoh darurat kesihatan kelak," katanya pada Persidangan Kesihatan Asia 2009 di sini semalam.

Sementara menunggu gelombang kedua wabak itu, Kementerian Kesihatan memperhebatkan usaha pembendungan wabak dengan mengarahkan semua doktor memberikan suntikan antiviral kepada pesakit yang mengalami demam lebih daripada dua hari.

Mengenai isu kekurangan bekalan penutup hidung dan mulut, Tiong Lai berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan berbincang untuk menjadikannya barangan kawalan.

"Kita akan bincang bekalan dan menetapkan harga mengikut jenis-jenis topeng mulut yang ada supaya tidak ada pihak sesuka hati mengambil kesempatan di atas keperluan mendadak barangan itu,'' tegasnya.

Keputusan mengenai harga siling penutup mulut dan hidung itu dijangka diumumkan lusa.

Tindakan segera menetapkan harga barangan itu dibuat selepas ada peniaga menaikkan harga topeng mulut dari 40 sen sekeping kepada RM5 ekoran permintaan yang meningkat.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman tidak percaya dengan andaian sesetengah pihak yang bimbang mereka yang berpuasa akan lebih terdedah kepada H1N1.

"Jangkitan wabak H1N1 bukan pasal tidak makan tetapi hubungan langsung seseorang itu dengan persekitaran,'' jelasnya ketika dihubungi semalam.

Sewaktu umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan Dr. hassan mencadangkan mereka mengambil makanan berkhasiat dan meminum banyak air pada waktu bersahur bagi mengelak imunisasi tubuh menjadi lemah.

Kosmo!

17 Ogos 2009

Kaminey (Singgahsana)

"Lama sangat kita tak tenguk cerita hindustan kat panggung... paling akhir kita tenguk cerita apa iyer Azim. Krrish ke?"

"Azim rasa cerita yang budak jatuh dalam tandas tu...!"

"Slumdog Millionaire, payah kat Kajang ini tak ada panggung yang tayangkan filem hindustan, dulu dekat Mines ada jugak, mahu tak temankan ayah tenguk cerita hindustan, Azim kalau bosan tidurlah kat panggung, ayah janji ayah tak akan kejut"

"Azim ikut saja!'

Bila aku semak filem hindustan terakhir dalam tahun ini ialah Kaminey, ada lagu menarik dalam filem ini Dhan Te Nan. Pelakonnya pula ialah Shahid Kapoor dan Priyanka Chopra nampak macam menarik sahaja dua gandingan ini. Kedua-duanya pelakon muda. Priyanka Chopra adalah Ratu Dunia mewakili India pada tahun 2000.

Moh! siapa nak ikut aku menonton filem ini. Jika tak ada aral melintang jumpa aku diTGV CINEMAS Sunway Pyramid Petaling Jaya, lusa Rabu malam Khamis ini. Jam 11:00 malam.

Masalahnya Azim masih batuk-batuk mungkin aku pergi dengan Afiz atau Anif. Tenguklah bagaimana nanti.

16 Ogos 2009

India minta penjelasan AS (Hiburan)


Shah Rukh Khan

BIKANER - Pemerintah India akan menuntut jawapan berhubung isu penahanan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) di sebuah lapangan terbang di Newark, Amerika Syarikat (AS) kepada pentadbiran AS, kata Menteri Penerbangan Awam, Praful Patel semalam.

Menurutnya, insiden penahanan Shah Rukh oleh pegawai-pegawai imigresen AS untuk disoal siasat kerana mempunyai nama bercirikan Islam itu tidak wajar berlaku.

"Kami akan mengemukakan isu itu kepada pemerintah AS.

"Insiden yang melibatkan rakyat India berhubung agama atau kewarganegaraan mereka tidak sepatutnya berlaku.


SEORANG peminat Shah Rukh menjerit slogan anti-Amerika Syarikat di Allahabad, India semalam.

"Kami tidak dapat menerimanya," katanya.

Campur tangan menteri itu berlaku selepas beberapa buah akhbar di India memprotes layanan yang diberikan terhadap Shah Rukh di AS.

Sebuah akhbar berbahasa Hindi, Dainik Jagran menyiarkan tajuk muka depan yang menyatakan kemarahan kerana Shah Rukh diaibkan.

Sebuah akhbar di negara itu, Mail Today turut mengisytiharkan penghinaan agama yang dialami bintang Bollywood tersebut sebagai mengejutkan India.

Bagaimanapun, beberapa pegawai AS menyatakan Shah Rukh menjalani pemeriksaan rutin ketika dia tiba di AS pada Jumaat lalu.


BEBERAPA peminat Shah Rukh membakar bendera Amerika Syarikat di Allahabad, India semalam.

Pelakon terkenal yang mempunyai ramai peminat itu ditahan selama dua jam di lapangan terbang itu kerana nama Khan yang digunakannya terdapat dalam senarai orang yang perlu diperiksa.

Agensi berita Press Trust of India melaporkan patung Presiden AS, Barack Obama dibakar di bandar raya Allahabad bagi membantah penahanan Shah Rukh.

Duta AS ke India, Timothy Roemer bertindak menenangkan keadaan apabila mengeluarkan satu kenyataan kelmarin dengan menganggap Shah Rukh sebagai ikon global dan kedatangannya dialu-alukan di AS. - Agensi

Berikan aku Laluan 10 (Singgahsana)

Azim mula sekolah hari ini, tetapi dia masih batuk-batuk. Demamnya sudah kebah tetapi masih lesu. Malam tadi dia bergaduh dengan Anif abgnya lantaran tak larat temankan abgnya ke kedai. Selalunya memang Azimlah yang paling rajin ke kedai. Bila sakit begitu memang menukar terus wataknya.

Semalam Ahad, Anif begitu kecewa lantaran tak dapat hadiri ujian untuk naik keperingkat lebih mahir; bertukar tali pinggang Taekwondonya. Ini kerana minggu lalu dia demam & tak larat untuk hadir kelas Taekwondo, Tak tahulah pula minggu lalu kena bayar yuran untuk ujian tersebut. Kasihan dia kena tunggu 3 bulan lagi baru ada ujian yang sama. Terlalu lama. Aku menganggap ini strategi kelab Taekwondo payah untuk berlebih kurang & memerlukan disiplin & pengorbanan yang tinggi untuk mencapai matlamat tamat perguruannya.

Bukan murah ingin menghabiskan setiap peringkat tali pinggang. Aku masih ingat Afiz memerlukan lebih dari tiga tahun berguru untuk sampai ke peringkat memegang Tali Pinggang Hitam. Kalangan rakannya yang bersama di peringkat awal tak sampai pun sepuluh orang berjaya sepertinya hingga ke peringkat akhir. Ibu ayahnya juga terpaksa berkorban wang & masa yang bukan sedikit untuk mengikuti siri latihan yang ketat oleh kelab Taekwondo. Bayangkan setiap hari cuti terikat dengan jadual latihan, tak kira Sabtu atau Ahad. Seperti Anif kini terpaksa berlatih dari jam 11:00 pagi hingga 1:00 tengah hari. Bayangkan bagaimana jika mahu pergi kenduri kendara.


Serat daging lembu jauh lebih enak
& kasar berbanding daging babi
yang diharamkan.


Kejayaan paling tinggi Afiz dia memenangi tempat kedua, Naib Johan di Hulu Langat ketika menyertai pertandingan Taekwondo peringkat daerah.

Aziq juga berjaya sampai ke peringkat Tali Pinggang Hitam tetapi dia tidak aktif bertanding. Hebatnya Aziq dia begitu cepat menghabiskan latihannya, tidak selama Afiz menjalani latihan. Mereka berdua sebenarnya layak untuk menjadi Tenaga Pengajar Taekwondo, tetapi mereka tak berminat menjadi Tenaga Pengajar, Taekwondo sekadar aktiviti bersukan buat mereka.

Kira Azim paling lama diuji serangan tempiasnya Selesema B@bi. Biarpun demamnya tidak serius tetapi melihat dia terbaring selama dua hari hilang selera makan, dengan muntah & batuk perbagai memang amat merisaukan. Jika lambat berubat tentunya boleh merebak jadi wabak Selesema yang teruk. Syukurlah Doktor tidak mengesahkan dia dijangkati penyakit Selesema B@bi tetapi tempiasnya memang merisaukan, bayangkan kos ke klinik selama seminggu dua untuk tiga beranak itu telah mencecah lebih dari RM100, bagaimana kalau ianya menyerang keluarga yang tak mampu. Mampukah kita melihat anak kita menunggu berjam-jam jika ingin mendapat rawatan di klinik atau hospital kerajaan. Jika sekali pergi tidak mengapa jika ianya berjangkit seperti keluargaku; bagaimana?.

Semoga Allah Azzawajalla tidak sampai memurkai umatnya & wabak Selesema B@bi ini tidak sampai mengancam keselamatan negara kita.

Aku yang diuji dengan serangan gatal-gatal di seluruh badan ini pun rasanya bagaikan tak selesa, duduk, baring & tidur pun terganggu bagaimana mungkin menerima serangan wabak penyakit yang amat menakutkan ini. Mahu kita salahkan siapa jika memang kita yang sering melanggar larangan Dia Nan Esa. Bala & musibah tidak mengenali siapa. Maka itu kita sememangnya harus terusan berdakwah, agar kaum lain, penganut agama lain jangan memakan babi. Jika kita baca kitab & ajaran agama kita pun. Salah satu langkah & tindakan Nabi Isa a.s apabila turun ke bumi memang Nabi Isa a.s akan mengarahkan semua babi di bunuh di muka bumi ini.


Daging kambing bakar amat sedap apatah lagi jika dicecah dengan sos lada hitam cumanya bagiku pesakit diabetes kenalah berpada-pada sikit makannya...

Kenapa kita tidak sedar akan bahayanya kuman yang suka membiak di seserat daging babi ini. Setakat ini pada babi, ada tiga virus influenza A jenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar di sekeliling dunia. Kenapa mesti manusia masih mahu menternak & berusaha membiakkan binatang yang diharamkan oleh agama Islam ini. Takkan mahu tunggu ke akhir zaman bila telah turunnya Nabi Isa a.s dari langit barulah kita sedar bahayanya babi ini berkeliaran di keliling kita.

Hanya Selepas 33 Hari (Hiburan)

Isnin, 2009 Ogos 17

Berikut kenyataan penceramah bebas, Akhil Hayy Mei lalu, mengusik wartawan membuat liputan majlis pelancaran Cafe Akhil Hayy musim ke dua ditayangkan di Astro Oasis. “Pada hari ini ana ingin mengumumkan Waheeda adalah isteri ana tetapi hanya dalam Cafe Akhil Hayy” Kini, usikan itu terbukti menjadi kenyataan. Akhil, 40 tahun dan penyanyi popular, Norwahidah Abdul Wahab, Waheeda selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, Selangor semalam. Akhil bernikah 33 hari selepas menceraikan isterinya, Maizawati Zainal dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak. Sejak 2 tahun lalu ‘Ustaz Rock’ dan Waheeda, 30 tahun dilanda pelbagai gosip dan spekulasi. Bekas isteri Akhil sebelum ini mendakwa mengetahui hubungan cinta di antara keduanya malah Akhil dikatakan pernah meminta kebenaran Maizawati untuk menikahi Waheeda sebelum dia menghilangkan diri. Selepas itu ada pihak mendakwa Akhil dan Waheeda sudah berkahwin. Mereka kemudian menafikan berita itu dan mengaku hanya berkawan baik. Pada masa sama Maizawati menjelaskan kepada media berlaku pergolakan rumahtangga bersama Akhil dan Waheeda dikaitkan antara puncanya. Pasangan sama pernah dilihat menonton wayang bersama di One Utama, Petaling Jaya, Selangor dan gambar mereka bersama 2 anak Akhil di tepi pantai tersebar di internet. Apapun semua episod itu sudah berlalu. Berikut kenyataan Akhil selepas sah menjadi suami Waheeda pada jam 12 tengahari semalam. "Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi. Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun” Selamat pengantin baharu. Blog Mazidul

Akhil sunting Waheeda

AKHIL mencium dahi isterinya, Waheeda selepas majlis akad nikah di Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Baharu semalam.

KUALA KUBU BAHARU - Sebelum ini, mereka saling menafikan ada perasaan cinta dan hanya menganggap hubungan yang sedia terjalin cuma sekadar gosip rakan artis.

Walaupun 'kemesraan' antara mereka semakin jelas, namun hubungan antara pendakwah, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi nasyid, Waheeda, 30, semakin menjadi kontroversi sejak perceraian Akhil dengan isterinya, Maizawati Zainal, 33, pada bulan lalu.

Namun semalam, selepas genap sebulan Akhil dan Maizawati disahkan bercerai, akhirnya Akhil yang juga dikenali sebagai 'Ustaz Rock' menamatkan spekulasi dengan menyunting Waheeda sebagai isteri yang sah.

Pasangan itu selamat dinikahkan dengan sekali lafaz di hadapan Pendaftar Nikah Rujuk Dan Cerai, Hulu Selangor, Ustaz Zulkhairi Jaid di Masjid Jamek Al-Rahimah di sini tepat pukul 12 tengah hari.

"Ini adalah penutup spekulasi kami selain bukti kami belum pernah bernikah sebelum ini. Ini adalah pernikahan sebenar," ujar Akhil ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan.

Akhil yang kelihatan ceria hadir ditemani dua daripada empat anaknya, Siti Nurmaisarah, 12, dan Muhd. Sharif Hidayatullah, 11, dan beberapa ahli keluarganya dari Gopeng, Perak. Majlis itu dihadiri kira-kira 200 orang.

Waheeda atau nama sebenarnya Nor Wahidah Abdul Wahab yang hadir dengan ditemani beberapa ahli keluarganya termasuk ibunya, Hajah Asri Othman, 58, dan bapanya Abdul Wahab Yusof, 58 pula berkata: "Saya percaya setiap dugaan yang besar ada hikmahnya. Pernikahan ini adalah ganjaran dugaan saya."

Cinta Akhil, Waheeda datang sendiri

Akhil dan Waheeda berharap pernikahan mereka mampu menoktahkan nista khalayak sebelum ini.

PASANGAN pengantin baru tersenyum manis selepas sah bergelar suami isteri.

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila penceramah bebas dan hos saluran Oasis, Akhil Hayy akhirnya bernikah dengan penyanyi dan pelakon Waheeda atau nama sebenarnya Nor Wahidah Abdul Wahab.

Hubungan mereka sudah lama dihidu media dan khalayak. Apa lagi gosip cinta mereka tidak pernah surut sejak setahun lalu. Mereka bukan sekadar dikatakan bercinta malah sempat didakwa sudah berkahwin. Namun, kedua-duanya tegas menafikan khabar angin tersebut.

Sehinggalah bekas isteri Akhil, Maizawati Zainal, 33, tampil ke hadapan bercerita tentang kepincangan rumah tangganya pada tanggal 16 Julai, perkahwinan Akhil dan Waheeda adalah berita yang ditunggu-tunggu banyak pihak yang mahu melihat kesudahan telenovela mereka.

Ironinya, Akhil berkahwin baru dalam tempoh genap sebulan bergelar duda. Perkahwinan dia dan Waheeda juga seperti mengesahkan bahawa mereka memang punya hubungan luar biasa sebelum ini. Jika tidak, masakan Akhil boleh terus memilih Waheeda untuk berkahwin semula dalam jangka waktu yang singkat.

"Ini soal jodoh. Kita tidak boleh hendak cakap singkat atau lambat jangka waktu saya menduda. Ada juga orang yang baru bercerai hari ini, sudah berkahwin baru pada keesokan harinya," katanya yang turut memberitahu perkahwinan mereka adalah doa daripada semua pihak yang selama ini mengikuti kontroversi mereka.

Tambah Akhil, penyatuan mereka hanya berpandukan senaskhah al-Quran sebagai pegangan hidup yang menutup spekulasi yang menjalar sejak lebih setahun lalu. Ia juga bukti mereka tidak pernah berkahwin.

Akhil yang hanya membuat perancangan seminggu untuk bernikah berkata: "Hari ini adalah bukti kami tidak pernah berkahwin. Saya harap ia juga penutup spekulasi hubungan kami yang digembar-gemburkan banyak pihak selama ini."

Tidak lagi berdolak-dalik seperti sebelum ini, Akhil yang segak berbaju Melayu putih juga membuka kisah cinta mereka secara kiasan.

Pertama sekali, tegas Akhil, sejak dahulu, dia memang tidak pernah menafikan mempunyai hubungan yang baik dengan penyanyi yang hit dengan lagu Wassini itu sebaliknya dia menafikan bercinta dengan gadis itu.

Beritahu Akhil, dia mula rapat dengan Waheeda sejak dua tahun lalu. Sejak itu mereka berkawan baik.

Jelasnya: "Selama ini pun saya tidak pernah menafikan saya selesa berkawan dengan Waheeda tetapi saya nafikan kami bercinta. Allah yang menggerakkan perasaan kasih saya ke arah ini (perkahwinan) dan saya mengikut petunjuk Allah untuk mengambil Waheeda sebagai isteri saya."

Dijolok soalan tentang bibit cinta antara mereka, Akhil hanya mengulas ringkas. Katanya, mustahil dia berkahwin dengan Waheeda tanpa ada bibit cinta.

"Ia didorong perasaan cinta kepada wanita ini selepas Allah membuka pintu hati untuk menerima anugerah yang besar daripada Allah.

"Saya akan mencuba sedaya upaya untuk membimbing keluarga saya," katanya yang menerima ketentuan Ilahi itu dengan tangan terbuka.

Sementara bagi Waheeda yang kelihatan gembira dengan perkahwinan itu berkata, penyatuan mereka adalah hikmah terbesar dalam dugaan yang mereka tempuhi selama ini.

Malah, dia juga tidak peduli dengan nista yang sudah dan bakal melanda lagi selepas dia akhirnya berkahwin dengan bekas suami orang ini.

"Lantaklah orang hendak kata apa. Banyak benda yang lebih penting harus kita fikirkan daripada memikirkan tentang cakap-cakap orang.

"Apa yang penting saya memegang kata-kata daripada Dr. Fadzilah Kamsah bahawa ada hikmah yang besar menanti di sebalik dugaan yang saya lalui. Alhamdulillah, hari ini saya mendapat ganjaran tersebut," katanya.

Kejar rahmat Ramadan

Dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Rujuk dan Cerai Hulu Selangor, Ustaz Zulkhairi Jaid di Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Baharu, Selangor, dengan hanya sekali lafaz, Akhil memberitahu pernikahan yang dijalankan di kawasan desa itu bukan diadakan dengan tujuan untuk mengelak daripada media. Sebaliknya dia bersetuju untuk dinikahkan oleh Zulkhairi yang merupakan teman baiknya di masjid itu.

Ditanya tentang pemilihan tarikh nikah, kata Akhil, tiada signifikan pada tarikh 16 Ogos sebagai tarikh ijab kabul mereka. Tarikh tersebut dipilih kerana mereka mengejar rahmat Ramadan dan mahu menikmati rahmat tersebut sebagai pasangan suami isteri.

"Pada mulanya kami merancang untuk bernikah pada 21 Ogos iaitu sehari sebelum Ramadan. Saya mahu mengambil keberkatan malam Ramadan pertama.

"Bagaimanapun, selepas berbincang, kami awalkan seminggu pernikahan ini. Apa yang penting adalah kami mengejar rahmat Ramadan dalam sebuah keluarga baru," ujar Akhil.

Pernyataan tersebut disokong Waheeda dengan mengatakan: "Ia juga untuk anak-anak kami. Kami mahu anak-anak kami menyambut Ramadan dengan sebuah keluarga sempurna."

Ditanya tentang destinasi bulan madu, Waheeda memberitahu, tiada perancangan untuk meraikan cinta mereka yang akhirnya bersatu. Namun, katanya, cukup dengan kunjungan keluarga antara dia dan Akhil.

Kata Waheeda: "Kami akan mengeratkan hubungan antara dua keluarga dengan kunjungan kami nanti."

Pernikahan ini juga, kata Waheeda, menjadi penutup kepada kerjayanya. Dia mahu cuci tangan daripada bidang hiburan serta memberi komitmen sepenuh masa kepada anak-anak tirinya selain bersedia membina keluarga sendiri.

"Dengan pernikahan ini, saya sudah berhenti menjadi anak seni secara rasmi. Saya tidak mahu anak-anak dan keluarga saya terabai," katanya yang mahu membuka buku baru kehidupannya.

Semoga berbahagia

MAIZAWATI doakan kebahagiaan Akhil dan Waheeda.

Dari hujung corong telefon, bicaranya kedengaran bersahaja dan tenang. Tidak terlalu perlahan kesedihan dan tidak juga terlalu berdolak-dalik, meskipun wanita itu sudah boleh meneka soalan yang bakal diajukan kepadanya.

“Saya tahu kenapa. Tidak apalah, teruskan dengan soalan anda,” ujar Maizawati Zainal, 33, bekas isteri pendakwah selebriti dan penyanyi nasyid, Akhil Hayy ketika dihubungi Kosmo! petang semalam.

Mengakui hanya mengetahui mengenai majlis pernikahan Akhil dengan penyanyi Waheeda selepas dihujani beberapa panggilan telefon daripada wartawan pada sebelah pagi, Maizawati bersikap profesional tanpa mengelak pertanyaan media.

“Seperti yang saya katakan dahulu, peminat lebih tahu. Peminat sekarang sudah pandai, jadi tidak perlulah dinafikan sebelum ini,” ujarnya mengakui tetap mendoakan kebahagiaan Akhil dan Waheeda.

Tambah Maizawati, kalau boleh dia enggan lagi mengambil tahu tentang perjalanan bekas suaminya memandangkan mereka kini sudah berpisah.

“Biarlah, rasanya saya tidak perlu lagi mengambil tahu tentang dia (Akhil). Sejak awal tahun lagi memang dia sudah tidak memberitahu saya apa-apa,” ujarnya.

Menganggap apa yang dilaluinya hari ini sebagai takdir, Maizawati menjelaskan yang dia reda dengan ketentuan dan dugaan Yang Maha Esa.

“Saya percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Tidak ada manusia yang sempurna. Mungkin dia (Akhil) ada kebenaran dan kesalahannya dan begitu juga saya.

“Kehidupan terpaksa diteruskan. Sebagai ibu tunggal dan anak kepada orang tua yang memerlukan sokongan saya, maka saya perlu berusaha gigih.

“Sebab itu saya perlu mencari rezeki untuk teruskan hidup,” katanya sambil memberitahu baru-baru ini dia dilantik Yayasan Pembangunan Nur Hikmah sebagai Duta Tudung Myza.

Enggan lagi bersedih mengenang keperitan hidup yang pernah dilaluinya, Maizawati juga berusaha membuat bisnes kek coklat bersama seorang kawan. Tidak ketinggalan wanita itu turut terlibat dengan bisnes jualan jubah Abaya yang dibawakan eksklusif dari Dubai.

Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk yang diusahakan Maizawati sila hubungi talian faks 05-547 2235.

Kosmo!

Ana dah kahwin

Oleh Muhd Izawan Baharin, Syarifah Dayana Syed Bakri dan Md Fuzi Abd Lateh am@hmetro.com.my

KUALA KUBU BHARU: “Ana harap semua kemelut dan gosip dinoktahkan dengan ijab kabul. Ini (pernikahan) juga doa daripada kalian semua (wartawan),” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Abdul Hai atau lebih dikenali sebagai Akhil Hayy selepas selamat diijab kabulkan dengan penyanyi Waheeda, semalam. Akhil, 40, menganggap pernikahan mereka sebagai ketentuan Allah selepas berdepan dengan pelbagai tohmahan sebelum ini. “Sebelum ini ana ada menyatakan senang dengan sikap dia (Waheeda) dan tuan punya dunia membuka pintu hati ana untuk kembali berumah tangga selepas berstatus duda. “Ana tidak boleh kata tiada perasaan cinta (kepada Waheeda) kerana Allah mencampakkan ke hati setiap manusia rasa kasih sayang dan ini satu amanah berat kepada ana, bukan saja untuk membimbing Waheeda malah keluarga,” katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah mereka di Majlis Jamek Ar-Rahimah di sini, semalam.

Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah dan Cerai Pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Zulkhairi Jaid dan dengan sekali lafaz, Akhil dan Waheeda atau nama sebenar, Norwahidah Abdul Wahab, 31, sah sebagai suami isteri tepat jam 12 tengah hari.

Turut menyaksikan majlis ijab kabul itu ialah bapa Waheeda, Abdul Wahab Yusuf, 58, ibunya, Asri Othman, 58, ibu Akhil, Azizah Daud, 72, dan dua anak Akhil, Siti Nur Maisarah, 12, dan Mohd Syarif Idayatullah, 11. Pada majlis pernikahan yang dihadiri saudara terdekat itu, tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya pihak lelaki menyediakan senaskhah al-Quran. Rombongan lelaki juga memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan. Majlis itu menjadi hiba apabila Waheeda menitiskan air mata ketika bersalaman dengan ibu bapanya selepas selamat diijab kabulkan. Akhil berkata, dia bersyukur kerana majlis itu berjalan lancar selepas banyak perkara ditempuhi, malah tidak menyangka ia dihadiri ramai saudara terdekat kerana cadangan asal mahu melaksanakannya secara kecil-kecilan. “Mulanya kami mahu melangsungkan majlis ini pada 21 Ogos bagi mendapat keberkatan Ramadan, tapi keluarga mahu ia diawalkan. “(Selepas ini) saya berharap semua peminat Waheeda dapat mendoakan kebahagiaan kami. Kami mahu menutup buku lama dan membuka buku baru,” katanya. Akhil bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai bekas isterinya, Maizawati Zainal, 33, dan terpulang kepadanya untuk berkata apa saja. Sementara itu, Waheeda pula menegaskan dia tetap meneruskan hasrat bersara dari dunia seni dan hanya akan menumpukan perhatian kepada anak serta keluarga. “Sebelum ini (pakar motivasi) Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah ada menasihatkan saya bahawa dugaan yang lebih berat akan membuahkan ganjaran lebih besar daripada Allah. “Biarlah selepas ini orang nak cakap apa pun kerana banyak lagi perkara lebih penting dalam hidup ini. Saya hanya mahu menghabiskan masa dengan keluarga,” katanya. Mengenai hantaran senaskhah al-Quran, Waheeda berkata ia permintaan bapanya kerana itu pemberian paling lengkap. Mengulas penyakit yang menimpanya, Waheeda berkata, keadaannya teruk sejak tiga bulan lalu, namun ia kini beransur pulih. Pasangan itu akan mengadakan majlis persandingan pada 31 Oktober ini di Dewan Orang Ramai Bukit Jelutong, Shah Alam dan di tempat asal Akhil di Gopeng, Perak, seminggu kemudian. Kontroversi mengenai keretakan rumah tangga Akhil mendapat liputan meluas media massa akhir Mei lalu berikutan Maizawati membuat pendedahan terbuka menerusi program televisyen. Pasangan itu akhirnya bercerai pada 15 Julai lalu selepas Akhil melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak.

iDAN berkata...

Jauh di sudut hati saya, saya amat berharapkan agar Ust Akhil Hayy merujuk kembali ke Maizawati Zainal demi membimbing anak-anaknya. Namun siapa dapat menolak jodoh, dengan kehadiran Wahida sebagai isteri mudanya yang sah; tentunya semakin payah membina kembali masjid yang telah runtuh ini. Sementelah amat payah seorang isteri mahu menerima hidup bermadu. Bagaimana pun saya yakin Ustaz Akhil Hayy pasti menunaikan tanggungjawab sebagai suami & ayah dengan sempurna. Agar jodoh bersama Wahida akan kekal, aman bahagia hingga ke akhir hayat, Selamat Pengantin Baru.

Isnin, 2009 Ogos 17 08:46:00 MYT

14 Ogos 2009

Lambat rawat punca kematian (Ceritera)


LANGKAH PENCEGAHAN... Pemilik pusat jagaan kanak-kanak I-Chil Care Center, Norkheliza Rasidi (kiri) menunjukkan cara pemakaian topeng muka kepada kanak-kanak sambil dibantu oleh seorang guru di pusat jagaan itu di Melaka semalam.








KUALA LUMPUR - Sebanyak 40 peratus daripada jumlah kematian akibat selesema babi (H1N1) yang dicatatkan sehingga kini disebabkan lambat mendapatkan rawatan awal malah 13 peratus kematian lagi mempunyai unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan.

Itulah statistik yang didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berhubung peningkatan kematian yang dicatatkan berikutan penularan H1N1.

Beliau turut mengakui bahawa angka kematian yang mencatatkan sebanyak 56 kes setakat ini adalah tinggi.

"Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor-faktor penyumbang kematian seperti faktor risiko kesihatan iaitu sebanyak 70 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mohd. Ismail berpendapat, ada di antara kematian itu dapat dielakkan jika pesakit dan pengamal perubatan lebih peka serta segera mengambil tindakan sewajarnya.

Tambahnya, kadar penularan H1N1 dalam komuniti adalah tinggi dan ini dapat dilihat daripada peningkatan bilangan pesakit yang datang ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Mereka yang bersimptom mudah menularkan jangkitan kepada individu sihat yang berada dekat dengan mereka sama ada melalui batuk, bersin atau sentuhan cecair batuk atau bersin," tambahnya.

Sementara itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Kementerian Kesihatan menambah stok dos antiviral kepada semua klinik swasta dan desa di negara ini.

Presidennya, Dr. David Quek berkata, penambahan itu perlu dilaku- kan segera supaya petugas-petugas kesihatan dapat memberikan rawatan dengan cepat dan berkesan kepada semua pesakit.

"Sememangnya stok dos antiviral itu sedang ditambah, namun ia belum mencukupi berbanding peningkatan pesakit H1N1 yang semakin bertambah ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, Kementerian Kesihatan juga perlu mengedar stok dos antiviral itu secara selaras di semua klinik dan turut menempatkan stok itu di tempat-tempat awam seperti farmasi supaya memudahkan golongan berisiko mendapatkannya.

Kosmo!

Dua bayi antara lima korban terbaru H1N1(Ceritera)

Oleh Johari Ibrahim dan Syuhada Choo Abdullah

KUALA LUMPUR: Dua bayi berusia dua bulan, termasuk seorang yang dilahirkan ketika usia kandungan 27 minggu, adalah antara lima korban wabak Influenza A (H1N1) yang dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan kes sebanyak 56 setakat ini.

Semua kematian berlaku antara 8 hingga 12 Ogos lalu yang empat daripadanya mempunyai faktor risiko, iaitu obesiti, diabetes, tibi paru-paru dan diabetes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata 70 peratus daripada 56 kematian membabitkan golongan berisiko, manakala 40 peratus disebabkan lewat mendapat rawatan dan 13 peratus disebabkan penyakit lewat dikesan pengamal perubatan.

“Ada antara kematian dapat dielak jika pesakit dan pengamal perubatan lebih peka serta mengambil tindakan sewajarnya dengan segera,” katanya.

Selain itu, seramai 72 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad, manakala 27 lagi di ICU, dengan 18 daripadanya mempunyai faktor risiko, iaitu penyakit kronik (10), obesiti (empat), kanak-kanak (dua), hamil (seorang) dan selepas bersalin (seorang).

“Kadar penularan H1N1 dalam komuniti adalah tinggi dan ini dapat dilihat daripada bilangan pesakit yang datang ke hospital serta klinik untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan mengkaji kewajaran mengumumkan kawasan atau lokasi panas yang banyak merekodkan kes H1N1.

Beliau berkata, pertimbangan yang akan dibuat ialah sama ada pengumuman itu boleh mencetuskan panik di kalangan rakyat atau membantu mengurangkan penularan wabak.

"Bagaimanapun, maklumat dalam media ada setiap hari (tetapi) saya akan bincang dengan kementerian (Kesihatan) sama ada wajar didedahkan.

“Jika perlu kita akan umumkan seperti kita hadapi jerebu. Tetapi ini sukar kerana penyakit kita tidak nampak... kita kena ambil langkah mengawal sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2009 anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Kementerian Pelajaran di Putrajaya, semalam.

Muhyiddin juga berkata, kerajaan tidak berselindung mengenai penyakit itu, sebaliknya memberikan maklumat harian kepada rakyat.

"Peratusannya masih kecil dan kalau ikut (angka) antarabangsa, 0.004 peratus (kematian) tapi kita tidak boleh anggap kecil sebab ia membabitkan nyawa," katanya.

Apa tahap bahaya (Ceritera)

Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my

Tengku Mahkota Pahang mahu kerajaan kategori ancaman H1N1

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar), mahu kerajaan mengkategorikan tahap ancaman Influenza A (H1N1) bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai bahaya wabak itu yang setakat ini sudah pun mengorbankan 51 orang.

Tengku Abdullah yang baru pulang dari London, dua hari lalu, menegaskan baginda terkejut kerana kes kematian akibat H1N1 semakin meningkat, tetapi tiada langkah lebih ketat diambil bagi mengekangnya, manakala kebanyakan rakyat seolah-olah menganggap ancaman wabak itu sebagai perkara biasa.

"Kerajaan perlu memaklumkan berapakah jumlah kematian akibat H1N1 yang boleh dikategorikan negara berada di tahap bahaya. Saya ingin tahu kita sekarang berada di tahap mana?

"Ini umpama bencana banjir yang biasanya kita kategorikan tahap bahaya sama ada pada tahap satu, dua atau tiga," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Semalam, tujuh lagi kematian akibat H1N1 dilaporkan menjadikan angka korban meningkat kepada 51 orang. Sebanyak 2,350 kes H1N1 pula disahkan sehingga kelmarin, tetapi angka terbaru kes itu tidak diumumkan semalam.

Isteri baginda, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan lima anakanda mereka Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12, pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, serta Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7, turut dijangkiti wabak itu.

Bagaimanapun, keadaan Tengku Puan dan lima anak baginda yang dirawat di wad diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sejak Jumaat lalu, kini semakin pulih.

Tengku Mahkota berharap kerajaan mengambil langkah lebih drastik dan melaksanakan program kesedaran yang lebih berkesan supaya rakyat peka terhadap ancaman wabak maut itu.

"Saya berkata seperti ini bukan disebabkan isteri dan lima anak saya menjadi mangsa H1N1, tetapi untuk kebaikan rakyat. Bila kes kematian semakin sukar dikawal, ia sudah terlambat untuk mengambil tindakan dan ketika itu jangan salahkan rakyat.

"Bagi saya, jumlah kematian sekarang sangat membimbangkan kerana peningkatannya secara mendadak dan tidak boleh dikawal tetapi kita masih bersikap alpa. Kenapa perlu menunggu lebih banyak kematian, baru mahu bertindak lebih keras termasuk membatalkan majlis keramaian yang tidak berfaedah?

"Saya sedih kerana kebelakangan ini, ramai kanak-kanak dan bayi yang menjadi mangsa. Saya berharap wabak ini tidak sampai memudaratkan negara dan di Pahang, saya akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengadakan sembahyang hajat bagi memohon kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada wabak maut ini.

"Saya sendiri dinasihatkan doktor supaya berehat kerana mengalami masalah asma, lelah dan sinus serta berisiko tinggi untuk dijangkiti H1N1 jika tidak berhati-hati," titahnya.

Tengku Mahkota bertitah, tindakan proaktif kerajaan penting kerana setakat ini tiada ubat khusus untuk merawat H1N1, selain menggunakan antiviral, Tamiflu.

"Sebab itu, saya akan mengarahkan Kerajaan Pahang supaya membatalkan semua program membabitkan kedatangan orang ramai kerana tidak mahu jumlah mereka yang dijangkiti wabak H1N1 itu terus meningkat.

"Ini bermakna, kelulusan permit oleh pihak berkuasa tempatan perlu diperketatkan. Sebagai contoh, dalam keadaan sekarang, tidak wajar mengadakan pesta keraian (fun fair) kerana ia tidak memberi faedah.

"Jika sesuatu majlis perlu diadakan juga, penganjur perlu menyediakan topeng muka dan pembersih tangan supaya orang ramai yang hadir menggunakannya sebagai langkah berjaga-jaga," titah baginda.

Tengku Mahkota juga kesal kerana masih ramai rakyat membawa anak-anak tanpa memakai topeng muka ke tempat awam, termasuk di pusat beli belah.

Baginda bertitah, dalam keadaan cuaca berjerebu sekarang, kegiatan luar sepatutnya dihadkan, malah sekolah wajar ditutup jika ada guru dan murid mempunyai simptom H1N1.

Mengenai keadaan kesihatan Tengku Puan dan lima anakanda baginda, Tengku Mahkota bertitah, mereka kini semakin pulih tetapi perlu terus berada di wad pengasingan HTAA sehingga disahkan bebas daripada jangkitan itu sepenuhnya.

"Mungkin keluarga saya dibenarkan pulang ke istana minggu depan. Akibat penyakit itu, doktor tidak membenarkan saya bertemu mereka dan tidak dinafikan, perasaan sedih dan bimbang saya dengan keadaan yang menimpa keluarga kami," katanya.

Berita Harian