iDAN

08 September 2009

Usia semakin senja 2 (Singgahsana)


Usia kita makin pendek. Pendek itu satu hal. Yang lebih merisaukan bilamana kita terusan diserang penyakit moden kini; sakit jantung, darah tinggi, diabetes atau lebih berat badan... gemuk atau obesiti.

Tak ramai yang dapat mengekalkan berat badan bila berumur 50an. Baik lelaki atau perempuan pasti akan menghadapi masalah ini. Puncanya tentu permakanan. Di samping kurang bersenam atau bilamana diserang sakit kronik.

Ramai kenalanku akan menghadapi masalah obesiti ini berpunca dari Batu Karang di buah pinggang. Bilamana buah pinggang sudah tidak selancar dulu berfungsi maka penapisan air akan perlahan lalu ketara amat perut akan boroi.

Bagi pengidap sakit Batu Karang di dalam buah pinggang peringkat awal; mungkin boleh mencuba ubat herba di kedai Sensei Cina; Shilintong. Harga Shilintong sekitar RM8 bagi 100 biji pill.

Kebiasaannya jika berat badan kita tidak seimbang segala penyakit akan mudah menyerang. Peringkat awal tentunya akan mengidap sakit Darah Tinggi lantaran kolestrol yang tinggi bila mana obesiti ini tidak terkawal.

Bila telah mendapat sakit Darah Tinggi akan amat mudah terganggunya kelancaran jantung kita. Maka itu aku amat risau bilamana sejak kebelakang ini ramai sangat mereka yang punyai penyakit kronik ini saban hari meninggalkan kita dalam usia masih muda. Aku yang punya pakej yang sama amat gusar dengan masalah ini lantaran aku ada segala penyakit & terpaksa terusan bergantung dengan ubat doktor.

Bila telah berkeadaan di selubungi sakit yang kronik ini terasa amat dunia semakin mengecil. Tenaga yang dulunya begitu sasa semakin tidak selesa. Tidur yang dulunya lena kekinian semakin terganggu. Selera yang dulunya layan belaka kekinian telah ada pantang larangnya. Paling terasa bilamana mahu menghadapi Hari Raya begini. Terasa bagaikan tidak segembira mana, mana tidaknya... usia yang semakin tua tentunya kita kehilangan ramai orang yang kita kasihi. Ibu & ayah, rakan & saudara mara. Bayangkanlah beraya dengan keluarga sendiri tanpa dapat berjumpa ibu & ayah apalah meriahnya. Sekadar menziarahi pusara ayah bonda kemudian terasa hambar beraya dengan juadah yang biasa. Mana nak cari Rendang Tok atau kuih Bahulu beracukan ikan emas ibu.

Maka itu aku selalu memasang impian mahu kembali ke kampung halaman. Banyak perkara boleh dilakukan di sana. Paling tidak memulihkan dusun Arwah Apak. Merumput menebas. Atau upah orang terangkan tanah terbiar, tanam semula atau buat dusun tersusun; tanam pisang, durian nangka madu atau jering petai. Buat kolam ternakan ikan. Tanahnya memang telah kutebus cumanya modal & kudrat sahaja.

Biarlah anak-anak pulang ke kampung halaman. Kita orang tua sekadar menunggu kepulangan mereka. Begitu seharusnya.. kan?. Kekawan pun boleh datang bermalam sebabnya sekitar kampungku kaya dengan tapak lombong yang boleh berikan, berkelah atau bercuti.

Siri Pertama

Solat membersih jiwa (Agama)


Seorang lelaki mendirikan solat selepas berbuka puasa di Masjid Jamia yang terletak di Srinagar, India. Bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam ini disemarakkan dengan amal ibadah di serata dunia. – AP


MENGETAHUI bahawa ganjaran pahala yang diterima apabila menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadan adalah berlipat kali ganda, maka umat Islam di seluruh dunia yang menyedari hakikat tersebut berlumba-lumba mengerjakannya.

Antaranya, menunaikan solat lima waktu dan solat tarawih secara berjemaah. Sama ada dilakukan sendirian atau berjemaah, solat mampu mendidik jiwa ke arah yang lebih baik.


Di luar pekarangan sebuah masjid di Kabul Afghanistan, seorang lelaki tua khusyuk mendirikan solat demi memanfaatkan kelebihan bulan Ramadan. – AP


Malah dengan bersolat, seseorang itu akan berasa lebih tenang dan dekat dengan pencipta-Nya. Justeru, tidak kira di mana pun mereka berada, solat merupakan satu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan.

Selain solat lima waktu, solat tarawih juga dianggap begitu istimewa kerana ia hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Ia dikerjakan selepas solat Isyak dengan rakaat-rakaat tertentu mengikut mazhab masing-masing.


Jemaah lelaki menunaikan solat di Masjid An-Nour, Addis Ababa, Ethiopia pada hari kedua Ramadan. – AP


Perkataan 'taraweeh' berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud rehat dan rileks. Ini kerana selepas setiap kitaran solat (berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk), para jemaah akan berhenti seketika sambil mengalunkan bacaan selawat ke atas Nabi Muhamamd s.a.w sebelum meneruskan solat untuk rakaat seterusnya.

Berikut Kosmo! siarkan beberapa gambar menarik mengenai ibadah solat umat Islam di serata dunia pada Ramadan ini.


Seorang lelaki Palestin bersolat, sewaktu jemaah lain mengambil kesempatan untuk berehat di dalam Masjid Al-Omari di Bandar Gaza, Palestin. – AP



Kanak-kanak tidak ketinggalan menghadirkan diri di sebuah masjid yang terletak di Manila, Filipina untuk beribadah dalam bulan mulia ini. – AFP



Kanak-kanak tidak ketinggalan menghadirkan diri di sebuah masjid yang terletak di Manila, Filipina untuk beribadah dalam bulan mulia ini. – AFP

Kosmo!

07 September 2009

Tanah Perkuburan Melayu Sungai Kantan Kajang (Singgahsana)


Ada beberapa yang menarik di Tanah Perkuburan Sungai Kantan Kajang. Jika dulunya ianya agak suram & semak namun sekarang tidak lagi.
Yang duduk
Datuk Dr Ujang Bagong


Pertamanya jika pemastautin tetap di Kajang pasti kenal dermawan Datuk Dr Ujang Bagong. Sekitar Kajang boleh dikatakan dari masjid, tanah perkuburan hinggalah sekolah agama pasti semua perasan warna hijau cerah bangunannya adalah atas wakaf daripada Datuk Dr Ujang Bagong. Malahan batang pokok sekitarnya pun dicat atas saranan Datuk Dr Ujang Bagong. Itu yang membuatkan Tanah Perkuburan Sungai Kantan Kajang amat ceria dengan usaha & dermawan Datuk Dr Ujang Bagong. Ditambah lagi dengan gantungan bendera sekelilingnya menjadikan pengunjung tanah perkuburan ini merasa tidaklah sepi & suram. Malahan pekerja yang diupah oleh Datuk Dr Ujang Bagong sentiasa membuatkan tanah perkuburan ini cantik & bersih.

Keduanya kubur ini istimewa... mana-mana banduan di penjara yang meninggal & pewarisnya tidak menuntut biasanya jenazah mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan. Termasuklah jenazah Arwah Mona Fendi & beberapa orang rakannya.

Pagi tadi ramai kenalanku pertama kali menjejak kaki ke tanah perkuburan ini lantaran memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abg Din yang selamat dikebumikan sekitar jam 11:00 pagi tadi. Kubur arwah berdekatan dengan Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang meninggal dunia minggu lalu.

Aku menumpang kereta Savvy Saleh IT rakan baikku untuk ke tanah perkuburan, bersama Mail & tutor tempat kerja lamaku. Tak kurang dari seratus orang rakan sekerja arwah (satu fakulti dengan tempat kerja lamaku) datang ke Jenaris. Urusan jenazah dilaksanakan di Surau Desa Sri Jenaris, sejak awal pagi lagi. Aku lewat datang lantaran mengantuklah amat sepanjang malam berjaga di rumah arwah.

Sesungguhnya ajal maut di tangan Tuhan, pemergian mengejut Allahyarham sememangnya amat menggamamkan rakan & taulan. Serangan jantung sememang tidak dapat diduga. Sesungguhnya pemergian Allahyarham akan pasti meninggalkan banyak kenangan buat Fakulti Kejut. Jasa Allahyarham yang berkhidmat lebih dari 30 tahun tentunya amat sukar dibalas. Agar Roh Allahyarham akan tetap aman di sana.

Aku meraba dadaku!, jantungku juga telah lima kali mengadap pakar!. Masih belum tahu misteri di dalamnya.

06 September 2009

Blog Penyair iDANRADZi (Singgahsana)

"Abg iDAN tak kemaskini pun blog abg iDAN..." Desah Zulkhairi rakanku di UPM; bekas tempat aku berkerja.

"Tak sangka pula ada juga orang ikut perkembangan blog abg kau ini..." Sahutku.

"Kebelakangan ini abg iDAN asyik salin dari blog Mazidul sahaja!"

Aku seyum sahaja. Rasanya blog Sdr Mazidul banyak memberikan aku maklumat terkini. Lagi pun saban hari pasti ada isu yang ditulisnya menarik minat pembaca. Melihat respon pembacanya pun memang amat menarik, banyak mengembang minda & kesedaran diri. Boleh katakan setiap hari aku pasti akan klik Blog Sdr Mazidul.

Malahan dari blog Sdr Mazidul aku nampaknya makin intim dengan pengikut setianya. Terbaru aku tak sangka dapat respon dari saudara Alid yang tentunya bagiku satu penghormati yang mana tambah membuat aku teringin giat lagi menulis.

Buat kata sahabatku Abuyon,

Seorang penulis, sangatlah bahagia jika tulisannya dibaca orang. Tanyalah mana-mana penulis atau pengarang, bagaimana jiwa mereka bila tulisan atau karangan dibaca dan ditilik-tilik orang. Lebih-lebih lagi diberi komentar atau ulasan. Seolah-olah beroleh satu kepuasan, yang tiada tara dan tak usah balasan atau ganjaran. Ya, dibaca orang pun sudah cukup dan padan.
Rasanya jika kita terusan menulis blog pastinya kita akan dapat bertambah kawan, sementelah ramai kawan pastinya akan bertambah lagi pengalaman. Dunia maya yang amat terbuka luas & global ini tentunya akan dapat menjalinkan hubungan sesama ummah sebaiknya. Pun sepantasnya.

Blogku belum pun sampai sepuluh orang pengikut yang pastinya masih perlu diperkembangkan lagi bahan isian & topik yang menarik. Agar satu hari nanti makin ramai pengunjung blogku ini makin banyak aku mendapat respon pembacanya. InshaAllah. Kurangnya apatah lagi tanpa respon pembaca terkadang membuatkan kita rasa berbicara sendirian & akan pasti lambat laun akan mematikan minat kita terus menulis blog.

Harap-harap aku tidak begitu. Biar pun cuma hanya seorang pengikut tetapku. Aku pasti terus menulis.

Allahyarham Kamaruddin Ismail kembali ke Rahmatullah (Singgahsana)

Sekitar jam 11:30 malam tadi aku mendapat berita yang Abg Din yang duduk setanam dengan aku telah kembali ke Rahmatullah. Allahyarham meninggal setelah strok kerana serangan jantung ketika berbuka puasa magrib tadi.

Anaknya sempat membawa Allahyarham ke Hospital Kajang tetapi katanya beliau meninggal dalam perjalanan. Allahyarham meninggalkan empat orang cahayamata. Allahyarham akan dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Sungai Kantan.

Arwah abg Din seorang yang aktif dalam sukan & sering menjadi Pengurus Pasukan Bolasepak Fakulti Kejut. UPM. Sebelum ini Arwah Abg Din pernah membuat pembedahan jantung di IJN. Beberapa hari sebelum arwah meninggal dia sering mengadu sesak nafas & sering lelah ketika sejam dua menanti waktu berbuka puasa.

Agar Allahyarham Kamaruddin Ismail (53 tahun) akan damai di sana. Agar rohnya dicucuri rahmat di samping mereka yang beriman. Al-Fatihah.

Frico munasabahkah (Singgahsana)


Jika andapergi mebeli belah, pasti anda akan terjumpa jurujual yang selalunya menempel dengan gerai kecil untuk menjual barangan bernama Frico.

Semalam Mila balik dari Giant Kajang sarat dengan barangan Frico MicroWave Oven, Vacum & dua berangan lain. Perniagaan syarikat ini guna hampir-hampir menyamai Gores & Menang. Menggunakan konsep beli satu barang & ada cabutan bertuah menawarkan barangan lain. Cuba anda ke situs ini. http://www.frico.com.my Memang syarikat ini ujud di Taman Perindustrian Balakong Jaya 2, malahan anda boleh membeli barangannya melalui online. Cumanya cuba anda bandingkan harganya dengan barangan berjenama seperti Panasonic, Sharp, Toshiba, Nasional atau sebagainya yang menjual produk yang sama.

Harganya di internet rata-rata lebih dari tiga kali ganda berbanding barangan lain. Mengikut akta jual beli sememangnya kita tidak boleh membandingkan harga antara lain jenama. Namun tidakkah kita rasakan tertipu dengan harga yang begitu tinggi yang ditawarkan dengan kuantiti yang kurang lebih.

Kelebihan barangan Frico adalah gerentinya selama dua tahun. Mungkinkah lantaran tempoh gerenti yang panjang maka mereka berhak meletakkan harga yang mahal.

Vacumnya berharga RM 2,699.00 bersama MicroWave Oven RM 2,999.00 bernilai RM5,698.00. Jurujualnya akan mengatakan betapa untungnya pembeli hanya perlu membayar RM2,500.00 dengan dua lagi hadiah bernilai lebih dari RM500.00. Anda akan untung lebih dari RM3,000.00. Mana tidaknya kita tertarik. Tidakkah ini sekadar mengelirukan pelanggan.

Jika kita membeli Jenama lain MicroWave Oven & Vacum yang sama sekitar RM1,000 Panasonic MicroWave Oven cuma sekitar RM600 & Vacum yang menggunakan fungsi asasnya air sekitar RM400 sahaja.

Yang harus diingat barangan elektrik kini apakah tahan lama. Selalunya sekitar setahun habis sahaja gerenti ianya akan rosak. Itu yang terjadi jika kita membeli Pemain DVD contohnya. Ada yang yang hanya gerenti 6 bulan sahaja.

Tak pasti lagi bagaimana khidmat senggara atau servisnya setelah membeli. Bagi mereka yang telah membeli jenama ini bolehlah berkongsi pengalaman.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) elok juga sesekali memantau syarikat jualan seperti Frico ini. Rasanya harga jualan melalui online di dunia maya memang amat tinggi. Meletakkan harga asal yang tinggi kemudian membuat potongan atau tawaran harga murah pastinya satu kesalahan. Takutnya ini sekadar mengaburkan mata pengguna.

Kuasa membeli di tangan anda, terpulanglah atas minat kita terhadap sesuatu barangan. Seperti yang kita tahu amat jauh berbedanya harga Penapis Air antara satu jenama dengan jenama yang lain. Ada perbagai cara syarikat memujuk pelanggan membeli Penapis Air ada yang sampai membuat pinjaman bank semat-mata mahu menjual Penapis Air melalui Perniagaan Jualan Langsung (MLM). Ada perbagai ragam fungsinya pun jumpalah penapisnya. Cumanya adalah lebih murah jika kita membeli di pasaran terbuka berbanding barangan jualan langsung.

Apakah syarikat perniagaan secara MLM ini tidak semua dipantau oleh FOMCA?. Apakah apabila ada aduan sahaja barulah FOMCA akan bertindak. Entahlah.

PUSAT KHIDMAT ADUAN MALAYSIA (NCCC)


Address:
No. 1D, Bangunan SKPPK,
Jalan SS9A/17
47300, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

E-mail: nccc@nccc.org.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Telephone: +(603) - 7877 9000 / 7874 8096
Fax: +(603) - 7874 8097

http://nccc.org.my

Ini adalah nombor alamat, telefon & e-mel untuk aduan.

05 September 2009

Maklumat stesen radio (Delima Merkah)

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai stesen-stesen radio di selatan Asia dan Asia Tenggara.


LAMAN web ini menyenaraikan frekuensi radio, menyediakan direktori radio dan televisyen termasuk nombor telefon.


SEJARAH radio bermula apabila James Clerk Maxwell berjaya menjelaskan teori perambatan gelombang elektromagnetik pada 1873. Teori dinamik medan elektromagnetik itu berdasarkan hasil penelitian yang dilakukannya antara tahun 1861 hingga 1865.

Penggunaan awal radio adalah dalam kalangan anggota pasukan maritim untuk mengirim pesanan telegraf menerusi kod Morse antara kapal di lautan dan darat.

Kini, radio cukup komersial dan bukan lagi satu yang asing kepada masyarakat dunia. Teknologi terkini juga membolehkan saluran radio di negara tertentu boleh didengar di seluruh dunia. Setiap stesen radio mempunyai frekuensi mereka sendiri sekali gus membezakannya antara satu sama lain.

Melalui laman sesawang www.asiawave.net, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai stesen-stesen radio di selatan Asia dan Asia Tenggara.




Pengunjung boleh mengetahui frekuensi radio di setiap stesen di negara-negara tersebut, selain jadual dan kawasan liputannya.

Bukan itu sahaja, mereka juga boleh memberi maklum balas terus pada laman tersebut sama ada melalui e-mel atau forum pendengar.

Berbeza dengan laman sesawang yang memberi informasi mengenai stesen-stesen radio di Asia, www.asiawave.net sentiasa dikemas kini supaya pengguna hanya mendapat maklumat yang terkini dan tepat.

Ia menyenaraikan bukan sahaja frekuensi radio, malah menyediakan direktori radio dan televisyen termasuk nombor telefon. Antara negara-negara yang boleh dicari adalah Kemboja, China, India, Laos, Macau, Maldives, Filipina, Thailand, Vietnam, Brunei dan Malaysia.



Selain itu, terdapat juga rakaman-rakaman stesen radio yang dibuat sejak tahun 2000 yang boleh dimuat turun pengguna.

Semua audio adalah dalam format MP3. Oleh itu, pengguna perlu mempunyai pemain MP3 untuk mendengar audio tersebut. Namun begitu, kualiti rakaman tersebut tidak sama kerana ia bergantung kepada rakaman yang dibuat oleh stesen terlibat sama ada mempunyai gangguan atau tidak.

Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui mengenai stesen-stesen radio di negara lain, sila layari laman web itu untuk menambah pengetahuan anda.

Kosmo!

04 September 2009

Malaysia Terus dihina Pemblog indon (Singgahsana)

JERITAKAL berkata...

AKU SERU SELURUH BANGSA MALAYSIA MEMULAUKAN MUZIK, SHITNETRON DAN KONSERT INDON!!!!

CUMA NI SAJA CARA KITA AJAR ORANG YG TAK BERSYUKUR! KITA SUPPORT KARYA DIA, BALIKNYA DIA MENGHINA KITA.

MALAH AGNES MONICA PERNAH KATA "AKU NGAK EXCITED POPULAR DI MALAYSIA, NGAK ADA ARTINYA"

BOIKOT ARTIS, LAGU, SHITNETRON DAN KONSERT SEMUA ARTIS INDON DENGAN SEGERA. SEBARKAN MESEJ INI DAN LUASKAN KEMPEN INI. INI SAJA CARA HALUS KITA MENGAJAR MEREKA YG TELAH MEMBAKAR BENDERA KITA, MENGHINA PEMIMPIN KITA, MENGHINA SEJARAH KITA, MENGHINA PENCAPAIAN DAN KEMAJUAN KITA, MENAFIKAN WARISAN BUDAYA KITA, MEROMPAK RUMAH2 JIRAN KITA, MEROGOL ANAK2 GADIS KITA, MEMBUNUH DAN MENYAMUN RAKYAT KITA DAN MENYERANG NELAYAN DAN PASUKAN KEAMANAN KITA, MENYERANG RAKYAT KITA DI INDONESIA, MENGHINA KITA DI SEMUA MEDIA - TV, BLOGS, SURAT KHABAR DLL.

(Jangan lupa kes Manohara bagaimana Kerabat Sultan Kelantan diaibkan)

BOIKOT ARTIS INDONESIA
BOIKOT PRODUK INDONESIA
BOIKOT RADIO YG MENYIARKAN LAGU INDONESIA
BOIKOT TV YG MAIN SHITNETRON INDONESIA
BOIKOT PENAJA KONSERT INDONESIA

RAKYAT MALAYSIA, HANYA ANDA BOLEH MENGAJAR BANGSA BODOH SOMBONG INI!!! TANPA PERANG, TANPA JADI AGRESIF. SETIAP ORANG AKAN MEMBERI KESAN KEPADA BANGSA SOMBONG INI. MARILAH KITA SEBARKAN KEMPEN INI!!!!!!!

Itulah kebijaksanaan kita Saudara Mazidul... bezakan blog kita dgn blog mereka... blog kita menyerang cara berhemah tanpa perlu menghina mereka... Begitu juga lah harapnya media kita... ayuh Lakukan sesuatu secara bijaksana... Saya rasa penyampai dan penjelasan pengacara terhadap kupasan isu itu sendiri boleh memainkan emosi penonton utk menjadi marah atau berfikir dengan rasional. Jika media kita menjelaskan pada umum sebagaimana media indo lakukan saya yakin akan ada indo yang kena tibai, tapi jika media kita menyampaikan dengan bijaksana dan berhemah saya yakin rakyat kita akan berfikir, itu pendapat saya.. maaf jika saya salah...!

Terima kasih Saudara Mazidul kerana mengutarakan isu ini di blog anda. Saya mengucapkan terima kasih juga kepada saudari AmoyMelayu yang mula2 memberi cadangan dan meminta saudara mengupas isu ini. Saya ke sini juga di atas jemputan AmoyMelayu pada rakan blogger yang sudah lama berperang di dunia maya dgn inso. kerana kata AmoyMelayu hanya Saudara Mazidul antara pengacara yg mempunyai kebijaksanaan mengendalikan kes seperti ini.

iDAN: Jika kita rajin klik Pemblog indon di dunia maya memang akan kerap kita temui apa yang JeritAkal gusarkan. Terasa amat kita ini insan tidak punyai harga diri diperlekehkan oleh Pemblog indon yang memang teramat bermulut cabul, penulis songsang & sentiasa menaikan rasa kemarahan kita.

Aku sendiri tak faham kepada Pemblog ini amat bencikan negara kita. Yang dapat aku tafsirkan Pemblog ini asyik terpengaruh dengan media yang berat sebelah. Tidak mendapatkan penjelasan dari pihak negara kita Tanah Melayu secara jujur.

Cepat melenting tanpa usul periksa bagiku ada perbuatan orang melatah. Menghakimi sesuatu perkara dari sebelah pihak tanpa mendapatkan penjelasan pihak yang tertuduh bagiku adalah tindakan salah & kabur. Agama kita tidak pernah menyarankan begitu.


Jika kita tidak celik sejarah sememangnya banyak amat kita keliru & mulalah asyik mengadu domba. Perlu diingat sebahagian bumi Indonesia juga di zaman dahulu adalah sebahagian dari Gugusan Kepulauan Tanah Melayu. Bila kita baca Tawarikh sebut sahaja Melaka atau Pahang pasti berkait dengan Palembang atau Acheh. Dua negara ini sejak berzaman memang pernah berperang, rampas merampas, culik menculik malahan bunuh membunuh. Kenapa mesti sejarah hitam itu mahu kita ulangi.

Apakah baiknya mencaci negara orang, sekadar puas di hati; hakikat sebenar setiap negara berjiran perlukan hubungan baik & saling bantu membantu. Ada ketika kita terpaksa kongsi bersama apabila kedaulatan negara kita dicabul kuasa asing. Sebuah negara yang ego sendiri tidak akan makmurnya. Iyer! jika memang mahu cepat mencapai kemajuan & pembangunan. Jika antara dua negara bercakaran apakah ini dapat menjamin keharmonian. Mana mungkin.

Sementelah itu aku rasakan tiada guna kita terusan saling caci mencaci, tiada guna kita melayan mereka yang mengaibkan kita. Untuk memboikot mereka itu mungkin okey!. Sebab itu yang pernah dilakukan Rasulullah terhadap sahabatnya yang lari dari perang. Agar mereka sedar & insaf diri jika memang kita ini satu agama kenapa mesti benci membenci sesama kita.

Firman Allah, maksudnya :

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas” (Surah al-Baqarah: ayat 190)

Sabda Rasulullah:

“Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan menuduh zina terhadap perempuan-perempuan yang baik, yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan zina serta beriman." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ternyata lari dari medan tempur adalah kesalahan yang besar di sisi agama kerana meninggalkan jihad. Ini kerana perbuatan lari dari medan jihad ketika peperangan berlangsung adalah pengkhiatan terhadap para pejuang yang lain yang sedang bersabung demi akidah dan maruah. Ianya juga akan merosakkan strategi dan melemahkan semangat para pejuang yang lain. Al-Imam al-Zahabiy (wafat 748H) memasukkan kesalahan ini di dalam senarai dosa-dosa besar di dalam kitabnya al-Kabair. *15

Menjaga martabat diri, agama, bangsa & negara adalah berupa satu jihad. Jika benarlah ada golongan pasca atau anasir ingin memperburukkan martabat & nilai diri kita seharusnya kita perlu bertindak. Bertindak itu tidak semestinya dengan peperangan. Ada 1001 cara kita boleh berjihad. Ianya terpulang kepada kita agar yang keruh akan menjadi jernih.

Api lilin untuk Teo. Pyan (Delima Merkah)

Friday, July 17, 2009

api lilin untuk teo

teo sepatutnya berkahwin hari ini
tetapi teo sudah mati!

*teo beng hock ditemui mati selepas hadir
sesi soal siasat (sebagai saksi) di premis sprm*. demi kemanusiaan, demi hati perut sebagai manusia, lupakan bangsa atau parti atau ideologi apa pun yang dianut teo.

*saya beritahu anak saya:
sprm = suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia


Monday, April 27, 2009

nota kecil kepada tun mahathir

tun mahathir, kawan saya minta saya jadi calon bebas bertanding lawan tun di pilihan raya kecil penanti. mereka kata saya boleh menang, sungguh! saya tidak tahu sama ada saya mahu menangis, marah atau ketawa terbahak-bahak.


Sunday, November 9, 2008

demokrasi

aku keluar rumah menghirup oksigen
ketika mamalia spesies maun dan maging
menari dan bertelanjang di parlimen


... itu antara puisi politik Pyan

Friday, January 2, 2009

si pandai

kanak-kanak adalah si pandai
apabila berkata, sekolah dan universiti
sebagai tempat pandirkan si pandai!


Tuesday, September 25, 2007

batublok

`melayu malas membaca tetapi rajin tulis blog'
masalahnya, aku malas tulis blog!
6 comments

Thursday, July 5, 2007

sampah dan beras

kat selangor, harga sampah 10 sen sekilo. seluruh tanah melayu, harga beras sekilo naik 10 sen.
* hendak tampung harga beras, jual sampah. jual sampah, beli beras, fuh!


Sajaknya ke arah isu semasa.

Sila ke blog PyanHabib untuk menyelami puisi@sajak beliau. Biarpun ringkas tapi penuh kata makna.

Sejak azali aku mengenal insan yang bernama Pyanhabib ini (pinjam sukukata Cerpelai) aku telah amat meminati beliau. Siapa tak ingat sajaknya bernama Suara. Seantero Malaya meyukai sajak ini bilamana Pyan mendeklamasinya di skrin TV sekitar tahun 80an dulu.

PyanHabib punyai bakat semulajadi sebagai penggiat seni yang memang amat unggul. Dia terus bergiat dalam seni & sering diundang ke mana-mana majlis sastera. Dia tak suka tulis blog tetapi amat peka dengan perkembangan semasa. Dia amat membenci pasca* yang gerladangan. Sesekali tulisannya terbit di blognya buat kita terfikir & mencari makna yang jujur di sebalik penulisan beliau. Agar Pyan terus berkarya & kita dapat disajikan apa yang tersembunyi di jiwanya yang luhur.

Salam puisi!.

* pasca (panggilan gua kepada manusia moden kini) Cerpelai

03 September 2009

Dari Blog Mazidul 6 (Singgahsana)

Khamis, 2009 September 03 21:23:00 MYT

Blogger iDAN berkata...

Sesungguhnya Melayu di Tanah Melayu amat beralah sejak berzaman. Dalam sudut nama tanah air kita pun sanggup beralah. Tanah Melayu kita tukar kpd Malaysia, maka jadilah unggapan MalingSial sebab mirip amat. Di google (tanpa tapisan) sahaja bilamana kita taip Malingsial di menu cariannya ada 65,000 keputusan yang tentunya banyak menghina Melayu. Kerja siapa ini?. Maling itu patah perkataan dari mana? Pendatang Haram pun kita tukar bahasanya kepada sebutan lebih sopan Pekerja Tanpa Izin (PTI), kononnya tak manis nak sebut atau nulis Haram itu. Kemudian kita tukar lagi gelaran pendatang haram ini kepada Tenaga Kerja Illegal (TKI) atau PKW untuk orang gaji; iyerlah untuk menghormati mereka. Terkini di blog Sdr Mazidul diuar-uarkan pula Pendatang Tanpa Izin (PATI) untuk gelaran umum pendatang haram ini. PATI Indonesia, Filipina, Bangladesh & lain-lain. Bayangkan tingginya martabat mereka, Pati jika kita memerah santan memag ianya paling berharga berbanding serbuk kelapa tanpa patinya. Dari Haram kepada Pati. Bila dapat Pemastautin Tetap (PR). Sementelah kini; pendatang ini akan memasuki politik. Jadilah mereka anggota Parti. Tambah R sahaja. Tahu apa jadi jika mereka dapat kuasa... R, inilah mereka gunakan untuk Rompak harta negara kita. PR ini bukan dari seberang sahaja. Sendiri faham... sensitif amat isu ini. Malahan mereka berani memenjara penduduk asal negara ini bila mereka ada kuasa. Kembali kepada PATI Indonesia ini... Jika kita celik sejarah rakyat Pahang malahan Sultan Pahang pun pernah mereka culik dibawa lari sampai ke Acheh. ...Pada 1617, Sultan Acheh menyerang Pahang. Raja Bujang lari ke Pulau Lingga dan menetap di sana. Namun Raja Ahmad (ayah mertuanya) dan Raja Mughal (adik iparnya) serta 10,000 rakyat Pahang ditawan dan dibawa ke Acheh... 1629 orang Portugis yang membantu kita mengalahkan serangan Acheh Siapa Maling?. Memang Melayu kaya dengan sopan santun dari tingkah laku hinggalah bahasa kita demi menghormati manusia sejagat. Sejarah juga membuktikan biar pun kita dijajah tapi bangsa Melayu akan tetap bangun semula. Maka itu semua kita harus akur & utuhkan unggapan ini... Takkan Melayu Hilang di Dunia. Jika kita memang sepakat & sedar kita ini berpijak di bumi mana... pun milik siapa adanya. Jika kita asyik bersengketa sesama kita. Minta ampunlah! esok lusa pasti kita akan dijajah semula. iDAN: Jika aku tiada lagi aku teringin sangat mahu melihat negara yang namanya Tanah Melayu ujud semula, biar pun sekecil mana. Jika Pulau Penang atau Pulau Ketam (sindiran) itu pun kita tukar namanya Tanah Melayu pun aku sudah rasa amat bahagia. (?..mungkinkah) Tolonglah jangan sampai Keretapi Tanah Melayu (KTM) itu juga kita tukar namanya. Itu antara saki baki nama yang tinggal... sebagai kenangan. Alahai! terkesima amat jiwa ini bilamana anak-anak kita fasih menyebutnya lagi.

Jumaat, 2009 September 04 01:18:57 MYT

02 September 2009

Isteri Curang Menghadapi Siksa Dunia (Delima Merkah)


Sumber : Blog Dakwah Remaja

Seperti yang telah diceritakan oleh seorang ustaz. Saya saja kat sini, untuk bacaan kita bersama – sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri – dan secara tak langsung juga kepada para suami. Begini ceritanya...

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah... biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah... badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang dipakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” Saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

" Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, di belakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang diberi oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,” tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?” saya bertanya.

“Dah! tapi macam biasalah. Bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. Macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,” Jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung & kusut.

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti dipenuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasihan betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu.

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu.”

Disebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang dihabiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,” tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa?. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah... orang dah sakit memang macam tu.” Kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya! ustaz ... Saya tunggu.” Katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni...! Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za...! Ni Ustaz Nahrawi datang!” Kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang di permukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;” Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung!”

“Tak adalah, ustaz..! Tanyalah, saya tak kisah.” Jawab Arifin.

“Err... dari mana datangnya bau yang...” Soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo... mmm! dari alat sulit dia.” Kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala ditimpa penyakit sebegini sengaja diturunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,” kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menelefon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,” Katanya.

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?” Pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan."Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan...!” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,” Kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

"Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?” Tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya...! dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala.” Jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamdulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia..."

Namun demikian kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

Maut sebelum berbuka (Ceritera)


Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Orang ramai bertempiaran lari sebaik gempa berlaku sekitar jam 3 petang (4 petang waktu Malaysia), malah saya sendiri sempat melaungkan takbir kerana terlalu panik,” kata Nanang Setiawan, menceritakan pengalaman cemas ketika gempa bumi di Jawa Barat, semalam.

Dia yang juga Redaktor akhbar Pikiran Rakyat beribu pejabat di Bandung berkata, ketika kejadian, kebanyakan kakitangan akhbar paling laris di Jawa Barat itu sedang bersiap menunaikan solat Asar di surau dalam bangunan syarikat itu di Jalan Soekarno-Hatta, Bandung.

Menurutnya, sebaik gegaran kuat akibat gempa bumi itu dirasai, orang ramai mulai panik sehingga ada antara mereka menjerit ketakutan dan bergegas keluar dari bangunan ke kawasan lapang untuk menyelamatkan diri.

“Kami dapat mengagak berlaku gempa bumi apabila merasai goncangan kuat itu,” katanya ketika dihubungi malam tadi, sambil memberitahu maklumat diperoleh tidak lama kemudian mengesahkan gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter itu berpusat di 125 kilometer barat daya kota Tasikmalaya, Jawa Barat.Nanang yang juga wartawan kanan di Pikiran Rakyat berkata, gempa kuat yang dilaporkan berlaku pada kedalaman kira-kira 30 kilometer di bawah permukaan laut itu mengakibatkan beberapa daerah di sekitar Jawa Barat, terjejas.

Katanya, antara daerah yang paling teruk terjejas akibat bencana alam itu Bandung, Cianjur, Pangalengan, Garut, Priangan Timur, Ciamis, Tasikmalaya, Banjar, Sumedang, Sukabumi dan Bogor.

“Sehingga jam 8 malam waktu tempatan, sekurang-kurangnya 23 orang dilaporkan terbunuh membabitkan 11 korban di Cianjur, Tasikmalaya (lapan), Garut (tiga) dan satu kematian di Sukabumi. Dikhuatiri kira-kira 50 penduduk masih tertimbus di daerah Cianjur, manakala 350 cedera.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan pasukan polis, tentera, bomba termasuk Palang Merah masih diteruskan, malah tiada tanda untuk berhenti setakat ini berikutan khuatir ramai yang tertimbun di bawah runtuhan.

“Sukar hendak dipastikan jumlah korban kerana beberapa kawasan mengalami kesukaran komunikasi terutama di kawasan Cianjur yang khabarnya masih ramai penduduk tertimbus di bawah runtuhan bukit berdekatan dan bangunan.

“Berikutan gempa ini, orang ramai bertempiaran keluar dari bangunan kerana panik termasuk pelancong dan penduduk tempatan menyebabkan suasana hingar seketika, malah ada yang berteriak menangis,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, agensi berita AFP memetik pihak berkuasa Indonesia melaporkan, angka korban akibat bencana alam itu meningkat kepada sekurang-kurangnya 33 orang setakat jam 11 malam tadi.

“Sejumlah 33 orang terbunuh, 305 cedera dan 40 masih hilang,” kata Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan, Rustam Pakaya kepada AFP.

Menurutnya, 11 orang mati di daerah Cianjur, Bandung (6), Banjar (6), Garut (4) dan Tasikmalaya (3) dan masing-masing satu di Kota Tasikmalaya, Sukabumi and Jakarta.

Terdahulu, jurucakap agensi pengurusan bencana, Priyadi Kardono dipetik berkata kepada AFP, lebih 5,000 orang lari meninggalkan rumah masing-masing kerana bimbang gempa bumi susulan di Cianjur, antara daerah paling teruk dilanda kejadian berkenaan.

Nanang berkata, berdasarkan laporan awal daripada wartawan Pikiran Rakyat yang bergegas ke lokasi kejadian, ribuan rumah rosak teruk, malah ada yang ranap sama sekali akibat gempa bumi di Sukabumi, dekat Bandung.

Menurutnya, keresahan penduduk di wilayah Jawa Barat kemungkinan berlaku tsunami kedua selepas Aceh jelas kelihatan apabila masing-masing berlari ke kawasan lapang untuk menyelamatkan diri.

Katanya, dia sendiri berusaha menenangkan diri apabila merasai gegaran maha dahsyat ketika gempa berlaku meskipun Bandung berada pada kedudukan 105 kilometer dari pusat gempa di Laut Selatan.

“Setiap kawasan terjejas membuka pusat perlindungan masing-masing di masjid dan sekolah untuk mangsa gempa berteduh, manakala hospital serta pusat rawatan masih dipenuhi penduduk yang mendapatkan rawatan.

“Kami juga membuka tabung bantuan gempa bumi bagi mengumpul dana membantu mangsa, namun kos kerugian akibat bencana belum dapat dipastikan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Indonesia menerusi Gabenor Jawa Barat, H Ahmad Heryawan, melahirkan kesedihan berikutan gempa yang meragut banyak nyawa penduduk, namun dalam masa sama meminta warganya tidak panik dan bersabar dengan dugaan besar pada Ramadan yang mulia ini.

“Gabenor menyatakan rasa prihatinnya terhadap apa yang berlaku dan meminta penduduk tidak panik, manakala anggota penyelamat sudah diarah memberi pertolongan kepada (mangsa) yang terselamat,” katanya.

SUKABUMI: Gempa bumi kuat berukuran 7 magnitud melanda Jawa Barat, semalam dan mengorbankan sekurang-kurangnya 35 orang.

Seramai 305 dilaporkan cedera dan 40 lagi hilang.

Kira-kira 700 rumah musnah, manakala 600 rosak dalam kejadian itu.

Gegaran berpusat 49 kilometer di dalam bumi berlaku kurang 200 kilometer dari Jakarta dan mencetuskan suasana panik orang ramai.

Ribuan orang bergegas meninggalkan kediaman, kompleks beli-belah dan bangunan pejabat di Jawa Barat serta Jakarta apabila bangunan tinggi bergegar sekurang-kurangnya seminit kira-kira jam 3 petang (4 petang waktu Malaysia).

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono, berkata kebanyakan mangsa terbunuh akibat terperangkap di bawah runtuhan rumah masing-masing.

Ada beberapa kawasan terpencil, katanya, terputus hubungan dan keadaan sebenar di sana belum diketahui.

Pelajar, Rini, berkata pengalaman semalam memang menakutkannya.

“Lantai kelihatan beralun dan dari bahagian atas, terdengar bunyi sangat kuat seolah-olah bangunan akan runtuh,” katanya mengenai bangunan kompleks beli-belah Grand Indonesia yang dikunjunginya. - AFP

Ally tak marah Fasha (Hiburan)

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

"SELAGI Fasha tidak membuat pengakuan secara lisan kisah empat lelaki yang melamarnya, selagi itu saya tidak percaya dia yang bertanggungjawab menulis kisah itu di laman myspacenya," demikian kata personaliti TV3, Ally Iskandar mengenai pendedahan pelakon sensasi itu dalam laman myspace empat lelaki yang pernah melamarnya.

Selain Ally Iskandar, tiga jejaka lain yang dinyatakan pelakon itu dalam myspace pernah melamarnya ialah penunggang negara, Qabil Ambak; bekas suami pelakon Nora Danish, Rizal Ashram serta seorang VVIP dari negara jiran, Brunei Darussalam.

Ally yang pernah berkawan rapat dengan pelakon sensasi itu selama setahun menafikan dia cuba menyelamatkan nama baik pelakon berkenaan, tetapi katanya kecanggihan teknologi memungkinkan pelbagai kejadian tidak diingini daripada berlaku.

"Sesiapa saja boleh menceroboh masuk dan menulis mengikut sesuka hati mereka saja di internet. Oleh sebab itu, selagi Fasha tidak mengesahkan sendiri kebenaran cerita itu secara lisan, selagi itu saya tidak mempercayai dakwaan berkenaan dan tiada apa yang perlu saya marahkan.

"Saya tidak mahu memberikan kenyataan lebih-lebih mengenai tulisan berkenaan kerana saya tidak mahu memanjangkan cerita. Saya tahu mengenai kisah itu pun melalui rakan yang datang bertanya, tidak lama selepas itu saya sendiri menerima e-mel yang dimajukan rakan kisah yang kononnya ditulis Fasha itu.

"Secara jujur saya tiada sebarang perasaan sewaktu membaca e-mel itu, tidak terkejut dan tidak pula melenting. Hanya orang yang mengenali Fasha saja yang tahu orangnya macam mana, jadi kita nak marah pun tak boleh, nak terkejut pun tak boleh. Buat apalah nak dipanjangkan cerita ini kerana bagi saya kisah itu tidak mendatangkan manfaat kepada orang yang dikaitkan dalam cerita itu," kata Ally ketika dihubungi.

ALLY tidak menafikan keakrabannya dengan Fasha.

Ditanya apakah dia pernah melamar pelakon itu, Ally berkata, sepanjang berkawan selama setahun dengan pelakon itu, mereka tidak pernah membincangkan hal yang menyentuh mengenai hati dan perasaan secara mendalam. Perbualan mereka tidak lebih sekadar perbualan biasa seperti dengan rakan yang lain.

Ally tidak kisah jika peminat mahu membuat sebarang spekulasi mengenai pengakuannya kerana baginya mereka berhak untuk bersuara. Yang penting ujar pengantara program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI), hanya dia yang tahu apa yang berlaku.

"Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan cerita itu. Jika saya nafikan nanti lebih banyak lagi spekulasi yang akan timbul. Lagipun apa pula kata keluarga saya, keluarga dia dan Fasha sendiri jika kisah ini dibesar-besarkan.

"Jadi terpulanglah kepada orang untuk membuat apa saja spekulasi, biarlah mereka hendak kata apa kerana hanya saya yang tahu apa yang berlaku," kata Ally lagi.

Bagaimanapun, Ally tidak menafikan sepanjang perkenalan itu, dia bukan saja rapat dengan Fasha tetapi juga dengan seluruh anggota keluarga aktres berkenaan iaitu ibu bapa serta adik-beradiknya yang lain.

Bagaimanapun, menurut Ally, keakrabannya dengan Fasha tidak lebih sekadar sahabat sama seperti dia melayan rakannya yang lain. Biarpun mengaku rapat, mereka jarang dapat bersua muka kerana kesibukan Fasha sebagai pelakon popular ketika itu.

Berita Harian

iDAN: Bagai Pinang dibelah dua, rasanya Ally & Fasya sepadan.