iDAN
03 Disember 2009
Dari Mana Datangnya Manusia (Singgahsana)
Darah mudaku tersirap juga, baik aku ambil angin Jenaris di luar. Bersama sigarku; Aku lihat kereta Mila telah mula berkabus. Jam baru sekitar 8:00 malam. Memang udara di Jenaris nyaman amat. Suasana sunyi amat; tak nampak pun kereta sesak lalu lintas. Aku menyukai suasana kampung, maka itu aku teruja tinggal di Jenaris, nama sebenarnya Desa Sri Jenaris. Masih rasa suasana desa; kelilingnya masih tidak dibangunkan; sekadar ladang getah, hutan, masih terdapat jeram & air terjun. Bab mertua komplen ini; Teringat aku akan Dr Thomas yang rapat denganku, dia pernah mengadu padaku, Mak Mertuanya datang rumah membebel rumah yang dibeli kecil banding harganya terutama dapur katanya kecil amat; dia beli rumah ratusan ribu RM di Bukit Belimbing, Seri Kembangan. Memang dapurnya tak seluas mana!.
"Saya rasa iDAN, mahu campak sahaja dia punya beg keluar rumah!" aku tahan gelak sahaja, dunia kehidupan seorang doktor pun begitu juga.
"Saya beli rumah itu sekitar RM200 ribu, memang itu harganya yang saya mampu... ini bukan kampung!... mana boleh samakan dapurnya!"
Aku dapat pujuk dua rakanku sekerja membeli rumah di sini, mahu ke ofis UPM sekitar 30 minit, ke pekan Kajang sekitar 10 minit. Selang beberapa tahun aku dapat pujuk dua lagi rakanku tinggal di sini. Menjadi kami berlima sefakulti tinggal di sini.
Semua itu ceritera kira-kira 20 tahun lalu; sekarang ini Jenaris telah menjadi bagaikan sebuah bandar. Jalan depan rumah sudah bagai jalan raya besar, aku lemas & sering bersungut nak keluar rumah pun tak bebas ada sahaja kereta atau motosikal yang mahu melintas. Giant, Kamdar, Kolej Komuniti & pelbagai kedai telah sarat di sini, selang sekilometer telah ada TESCO, ke UPM telah ada lebuh raya 20 minit sahaja, ke KL sekitar 30 minit sahaja, enam lorong lebuh rayanya, tiga pergi & tiga balik. Banyak pilihan jalan rayanya. Kami telah tinggal di pusat bandaraya. Rumah ini dulunya RM40 ribu sekarang telah menjadi RM150 ribu. Itu harga kosong tidak dideko. Rumah seluas ini yang pegangan bebas bila-bila masa akan laku sekitar RM200 ribu jika telah ditambah belakangnya. Begitu cepat nilai harta tanah naiknya. Itu bedanya pegangan bebas & pajakan.
Sedihnya sekarang tinggal aku bertiga sahaja yang sefakulti tinggal di Jenaris, itu pun masing-masing bawa hal. Maklumlah dua rakanku itu telah jadi orang kaya raya, jenguk aku tanya khabar pun tak mahu. Payah kalau sudah jadi orang kaya ni!, sibuk memanjang!. Arwah Nasha gantung diri & Arwah Abg Din sakit serangan jantung baru bulan puasa lalu pergi meninggalkanku. Atan & Sahak ini aku tak pasti sejak jadi VVIP memang tak kenal aku lagi. Kalau aku tak SMS atau telefon taubat lahom tak tahu khabar mereka ini. Sesekali aku ke surau tak juga jumpa mereka ini; pelik!. Setahu aku Atan antara orang yang bertimang-timang dengan jemaah@kariah surau. Sahak rumahnya sebelah pagar Surau.
Surau Jenaris kekinian telah boleh sembahyang Jumaat, pening tenguk dari mana datangnya manusia ini, tiap kali Jumaat melimpah sampai ke luar surau. Maka itu Hari Raya Haji baru ini aku sembahyang di masjid Penjara Kajang, sekitar 10 minit sahaja dari rumah ini demi mendapat keselesaan bersembahyang raya. Jangkanya aku mahu beraya di Meru entah kenapa Mila tetiba tukar fikiran mahu beraya di Jenaris. Meriah sembahyang di masjid Penjara Kajang. Siap ada jamuan raya selepas syolat. Raya Haji ini sekadar lemang & rendang juadahnya; masa Hari Raya Puasa tempoh hari siap pelbagai kuih-muihnya. Jemaah lelakinya sekadar separuh masjid, perempuan yang nampaknya semakin ramai!. Hampir penuhlah jemaahnya masjid Penjara Kajang.
Jika aku kelapangan aku suka ke Kamdar. Kamdar selalu buat tawaran harga, memang barangannya amat murah & berbaloi. Sepasang Baju Melayu sekitar RM50 telah tolak potongan; memang cantik jika potongannya 50%. Begini juga kain ela, selimut, cadar & barangan lain. Parkir pun percuma. Pilihan makanan pula banyak di sini. Ada makanan mamak 24 jam begitu juga Mc D yang baru dibuka. Jika mahu makan KFC & lain-lainnya kenalah ke TESCO. Afiz sampai sekarang masih berkerja sambilan di KFC. Malam-malam dia jadi juruwang di KFC.
Inilah namanya pembangunan sekitar 20 tahun telah padat; aku tak pasti apa akan jadi 20 tahun akan datang. Aku memanglah antara ada & tiada ketika itu nanti. Yang pasti jalan raya memang kena ditambah, tak mungkin kenderaan akan lancar kecuali kerajaan memikirkan LRT atau pengangkutan lain yang boleh melancarkan perjalanan.
02 Disember 2009
01 Disember 2009
MMms 21 Ujian Stres Penyair iDANRADZi Gagal (Singgahsana)

"Doktor pakar jantung kehilangan kereta, seorang doktor lagi cuti kecemasan!" aku lihat memang ramai pesakit & pengiring telah sedia menunggu. Jam hampir 10:00 pagi. Aku biasalah lewat lagi, temujanji 9:00pagi.
"Nak jumpa doktor atau temankan orang?" Nampak muda sangat seorang pemuda dari Ijok ini.
"Saya yang sakit... hari tu telah buat ujian terapi tapi doktor tak jumpa lagi masalahnya, jantung saya lemah mungkin kena masukkan bateri macam ayah saya kut!" lagi kronik dariku;
Selepas subuh tadi aku kesiangan. Mana seluar sukannya, kasut sukannya, kad rawatannya. Memang aku amat malas & hilang upaya pergi sendirian ke tempat sebegini. Sudah pujuk si Aziq & Anif agar temani ayahnya; Huh! mereka lebih suka duduk di rumah. Mila berkerja. Jangan ganggu dia; lagi pun aku boleh jalan sendiri. Parkir di Hospital Serdang semakin teruk!, aku terpaksa parkir di bawah pokok sebagai parkir alternatif.
Aku teringat Fairuz yang katanya mahu bersamaku di Klinik Kardio Hospital Serdang. Tak nampak lagi wajahnya. Di Jenaris tadi aku telah telefon dia agar tak payah bawakan kasut sukan aku terjumpa kasut Afiz yang muat untuk kupakai. Kasut sukanku tak muat lantaran kaki mula mengembang.
"Saya pun telah empat atau lima kali ke sini, masih tak tahu keadaan jantung saya, malam-malam selalu sesak nafas!" dari senyuman pemuda ini dia nampak mesra & ramah "Ada sakit diabetes atau penyakit lainkah?" aku memang tak menduga orang semuda ini boleh kena sakit jantung.
"Tak ada, tapi sejak kebelakang ini tekanan darah saya sememangnya tidak normal.."
"Biasalah tu, kalau ada gangguan di jantung kita, tekanan darah kita jadi tak betul!"
Selang beberapa ketika telefon bimbitku berdering pastinya siFairuz yang janji mahu ketemu aku telah tiba. Telahanku benar; memang agak lama kami tak berjumpa.
"Mana Tok Perak?.."
"Dia kirim salam saja, dia sibuk main karom!"
"Emm! orang telah naik pangkat kanan, mesti sibuk nak buat macam mana?"
"Mana ada sibuknya abg iDAN, pelajar UPM telah cutilah.."
"Cuti apa pulak, cuti raya seminggu ke!''
"Cuti semester hujung tahunlah, hujung bulan ini baru masuk!" aku memang lupa bab cuti pelajar semua ini.
Aku bertanya jururawat yang bertugas, apakah mereka akan kasi nombor sebab aku kena buat Ujian Stres. Dia memberitahu nama aku akan dipanggil. Aku pun minta diri dari pemuda Ijok yang masih berada di ruang hadapan tempat jururawat bertugas & menyemak kad perubatan pesakit.
"Kau tahu Fairuz, jika aku selewat ini sudah pasti sekitar jam 1:00 tengah hari nanti barulah akan nama aku dipanggil, kalau rasanya kau penat menunggu; aku tak kisah!, Fairuz baliklah ke makmal takut ada pula yang nak jumpa!"
"Saya nak makan dengan abg iDAN, lama sangat tak makan dengan abg iDAN."
"Biasanya pihak hospital tak benarkan makan apa-apa jika mahu buat sebarang ujian!"
"Tak apa saya tunggu!"
Maka menunggulah kami, aku sempat juga berbual dengan beberapa pesakit, ceritanya samalah, masalah jantung. Ada abg seorang bernama Aziz dia menghantar isterinya yang punyai masalah yang sama, asalnya dia seorang sahaja disahkan mengidap sakit jantung; kekinian isterinya pula. Aziz masih amat segak, usianya jauh lebih muda dariku. Aduh! lagilah amat tercabarnya jika suami isteri bermasalah jantung.
Aku lihat Fairuz mula gelisah, telah hampir tiga jam dia menunggu. Aku senyum sahaja melihat kegelisahannya. Bagiku telah menjadi perkara biasa menunggu sebegini lama di hospital ini. Aku pernah tuliskan ketika darah tinggiku melonjak naik, dari naik ambulan pepagi lagi, hingga menjelang maghrib baru dapat jumpa doktor. Dari Dr Imah sahkan aku kena tinggal di wad, sampai sakit darah tinggiku kembali normal. Duduk di Wad Kecemasan sepanjang hari. Sendirian.
"Ini siapa yang stres, aku ke... kau Fairuz?"
"Stres sebab lapar abg iDAN sejak pagi tak makan!"
"Sabar-sabar, kita kan selalu puasa!, kena puasalah kejap, kalau kita keluar kut! kena panggil, nombor mereka tak kasi kalau tak senang kita agakkan masa!.."
"Nanti saya tanya bila giliran abg iDAN!" jam telah 1:00 tengah hari lebih.
Aku pun entah berapa kali masuk ke ruang bilik Ujian Stres, Pembantu Perubatannya nampak sibuk; jadi malas ganggu keerja dia.
"Abg berdua sahajalah yang kena buat Ujian Stres!, kejap lagit katanya.." Fairuz tambah gelisah.
"Serik.. kan?... temankan orang sakit, bayangkan abang kau ini sendiri di wad begini; mana ada pesakit tak berteman, mesti ada pengiring!, emmm! duduk seorang-seorang lagilah mengantuk & bosan amat!"
Aku suka bertanya dengan pengiring yang datang, ada india sebelah hantar Mak Mertuanya, masing-masing gelisah. Paling gelisah aku tenguk seorang lelaki nampak segak sangat, Fairuz syak dia Pemandu Teksi sebab pakai baju putih. Wajah sama seiras ayahnya yang memang sakut kuat, tua sangat ayahnya terpaksa dibawa dengan kerusi roda. Entah berapa kali dia mengadap jururawat lantaran tak larat menunggu. Mungkin dia datang seawal 8:00 pagi; bila empat lima jam menunggu membawa ayah yang uzur begitu memanglah tak terkawal lagi rasa sabar menunggu. Aku ada Fairuz memang rasa lapang & amat tenang. Fairuz lagi membebel tenguk nyonya muda makan Kuih Pau sedap bangat.
1:30 tengah hari. Kesabaran Fairuz sudah melimpah limitnya. Dia ajak aku pergi tanya Pembantu Perubatan lagi. Ada dua orang lagi perlu buah Ujian Stres aku & seorang Apek nampak lebih tua dariku.
"Jom! abg iDAN kita pergi makan ada lagi setengah jam giliran abang iDAN!" lapar sangat siFairuz ini.
Aku pun kelaparan sebenarnya; terpaksa langgar pantang jangan makan sebelum Ujian Stres, badan pun mula menggigil kelaparan. Kantin di Hospital Serdang telah jauh berubah, juadahnya semakin banyak & memang menyelerakan. Siap ada makanan Ala Barat. Aku makan nasi lauk ikan darat sahaja. Fairuz makan nasi lauk ayam kurma. Tidak bagai dulu; teramat teruk juadah di kantin ini!. Sekitar jam 2:00 petang apa lauk pun tak ada!. Mungkin telah tukar tauke; Cadangan aku mahu makan di Uniten dibatalkan. Fairuz makan besar, memang dia lapar amat; kasihan dia.
"Lepas ini kalau stres & tak larat nak nunggu lagi, Fairuz baliklah, nanti bos bising pula!"
"Dah makan tak kisah, tunggu abg iDAN sampai malam pun tak apa!" aku senyum sahaja, aku pasti dia memang serik menemaniku.
Tiba di tingkat tiga Klinik Kardio, Abg Aziz beritahu namaku telah dipanggil; aku & Fairuz ke bilik Ujian Stres ada Apek sedang buat ujian. Aku menunggu sekitar 15 minit. Pembantu Perubatan masih muda belia. Baik orangnya; dia kata kalau boleh aku kena buat ujian sampai ke had kelajuan 3, sebaik sampai had 4. Tak mampu Mak Oii! baru separuh had kelajuan 3, kakiku tak larat lagi melangkah. Tekanan darah dari 120/70 mmHg (milliliter air raksa) * Terbaik pernah aku capai... telah naik ke 160/110 mmHg. Seharusnya aku boleh bertahan lama tetapi otot kaki memang tak kuat lagi menampung berat badan. Biar pun dada@jantungku okey!. Aku tak mahu ambil risiko, kut! naik tekanan darah yang membahayakan diri nak buat apa.
Aku bermandi peluh, kecewa sangat cuma lagi 3 minit Ujian Stres ini harus aku lalui menandakan aku memang sihat. Tak mampu. Aku sekadar mampu bertahan 7 minit sahaja. Itulah hakikatnya kekuatan diri tuaku.
- bersambung
30 November 2009
25 November 2009
Jangan Suka Berjanji 4 Tingkah Laku (Delima Merkah)
Pernah tak semasa kita mengenali kekasih kita terserlah sikapnya yang menyinggung hati kita. Seumpamanya kita berjanji mahu menonton malam minggu nanti. Kita pun bukan main ghairah lagi mahu keluar dengan dia, siap dengan menggosok baju, keluarkan duit dari bank, beli penganan ringan, kasi tahu kawan yang mungkin malam minggu nanti lewat balik.Tetiba penat sangat kita menunggu, telah siap berpakaian ranggi, rakan yang sama menyewa pun tinggal seorang dua di rumah sewa; berdering SMS... " yang!... tak jadilah menonton, kereta adik sy rosak dia ada hal penting... dia pinjam kereta sy"
Maka hati yang terkilan bagaikan terbakar; cubalah telefon Sang Kekasih tak berjawab pun malahan SMS yang datang bertalu-talu minta maaf, lain kali janji tak akan mungkir janji lagi. Sering amat menjadi perbalahan yang kita anggap ianya masalah yang sungguh remeh. Macamlah adiknya tak boleh naiki bas atau teksi. Terasa diri ini tidak diutamakan. Sering sangat temujanji tak ditepati alasannya memang keluarganya itu & ini. Tak adik, masalah emaknya, tak masalah emaknya, masalah ayahnya. Paling kita terasa dikepikan terkadang masalah kawannya pun kita terpaksa mengalah. Rasa tercabar betul!.
Pernah terjadi telah berjanji nak temankan kita membeli-belah boleh dibatalkan pelbagai alasan, bila kita keluar dengan rakan serumah, terjumpa dia dengan seseorang nampak amat meragukan@mencurigakan hati kecil kita. Bila kita tanya dia kasi alasan, tertembung rakan tempat kerja dialah, bukan siapa pun dia itulah, tak ada sebarang hubungan pun. Siap soal lagi kenapa tak intip betul-betul dia buat apa. Amboi! macamlah kita terkejar-kejar sangat dengannya. Dalam hati memang terbuku sangat. Nak buat macam mana, takkan perkara yang tak pasti begitu nak putuskan talian ikatan yang telah bertahun-tahun terpateri.
Pertemuan ini amat panjang & memang banyak cabaran. Ditakdirkan jodoh kita pun memang dengan dia. Kekasih yang bermasalah sejak bercinta lagi. Bagaimana kita harus menghadapi pasangan sebegini. Sering amat berjanji tapi tidak dikotakan.
Ada antara kita telah lali & sebati. Telah bersedia menerima kelemahan pasangan begini. Bukan mustahil bilamana kita berumah tangga dengan pasangan begini, kita terpaksa banyak membawa diri. Makan hati & telah terbiasa dikecewakan. Kita terima kelemahannya... seadalanya. Cinta kita tetap tegar sebab kita memang menerima dia tanpa memikirkan ke arah lain.
Paling terancam pasangan begini wisma ada seseorang yang tiba-tiba hadir dalam rumah tangga kita. Amat prihatin dengan kita, amat simpati & sentiasa membantu kita dalam banyak persoalan jiwa & kata peransang. Bilamana pasangan kita bukan jenis mengambil berat tentang hati kita, tetiba ujud pula orang ketiga bukan mustahil kita boleh terjebak ke arah cinta terlarang. Seyogia cinta yang terbiar amat mudah beralih arah.
- Persoalan yang timbul, haruskah kita salahkan pasangan kita yang endah tak endah akan cinta & kasih sayang kita. Atau pun diri kita tetap bersalah lantaran kita menjadi kekasih yang tidak setia. Kita alihkan cinta kita ke arah lain dalam diam-diam. Maka hubungan dalam rumah tangga semakin hambar!.
- Kita telah pun kenal watak kekasih kita sebelum bernikah lagi, memang itu kekurangan dia. Takkan tidak dapat memikirkan kelebihan yang dia ada. Mungkin dia seorang penyabar, tak ambil hati pun jika kita sering berletir, mungkin dia jenis tak pernah berkira, semua imbuhannya dilambakkan buat keluarga. Kenapa tidak kita fikirkan tentang amalannya; bukan soal janji & hati yang terkadang memang memerangkap kita menjadi penyepi.
- Atau mahukah kita menjadi orang yang menyalahkan takdir. Terkesima dengan kebahagiaan orang lain. Hakikatnya Allah Azzawajalla memang sedang menguji kesabaran kita.
24 November 2009
Honorarium Karya (Singgahsana)

Sejak dua tiga tahun ini diam tak diam ada tak kurang dari enam karyaku berupa Sajak terbit di Berita Harian. Aku baru sahaja menerima e-mel dari Sdr Salbiah bt Ani di New Straits Times Press (NSTP) tentang Honorarium tersebut.
Yang sedihnya, pihak NSTP sentiasa mengirimkan cek kepadaku setiap kali karyaku tersiar tetapi tak sekeping cek pun sampai ke alamatku. Punca angkara adalah kesilapan alamat. Tidak ditulis Nombor Jalan maka posmen tak dapat menghantarnya. Alamat di Jenaris semuanya menggunakan Nombor Jalan. Dari Jalan 1 entah berapa banyak jalan entahlah. Rumahku adalah di alamat Jalan Jenaris 3. Tanpa angka 3 ini memanglah susah posmen mahu mengecam alamatku. Nombor rumah 65, semua jalan ada.
"Itu tandanya rezeki ayah itu mahal!" Mila menyindirku bila aku mengadu tentang Honorarium yang entah menyelit di mana. Setahuku Mila tak pernah pun baca puisi aku, entah kenapa apa sahaja minatku Mila pasti membencinya.
Tak pasti apakah Pejabat Pos Kajang memulangkan semula cek tersebut ke NSTP atau terperap di pejabat mereka. Masalah rezeki itu bagiku bukanlah punca segalanya. Lagi pun Honorarium yang di itu tidaklah seberapa. Minat menulisku sejak berzaman bukanlah mencari laba. Tentang laba ini yang sering menjadi labah-labah di dada Mila.
"Kerja tak berfaedah, melayan perasaan, khayal tak tentu tempat" aduh! sedih menjadi Penyair ini, tak semua yang meminati bidang penyairan ini. Menyampah ramai. Biarlah jangan ambil hati. Janji jiwa ini bahagia ada tempat mengadu. Menulis itu bagiku adalah persada Mahkamah Jiwa; tempat kita mengadu yang bebas & luas.
Samalah ceriteranya Honorarium di Mingguan Malaysia atau Utusan Malaysia tak pernah aku terima. Apakah lantaran kesilapan alamat yang berlaku?. Memang tak pasti!. Dulu semasa karya tersiar di majalah, Wanita, Al Islam, Ummi, Mastika & beberapa media memang aku terima Honorarium. Titiklah bab Honorarium ini.
Puisi-Puisiku banyak terkumpul di sini, tengah mencari mana-mana yang tersisip & hilang; emmm! sayang aku tak kumpul sejak dulu. Sila klik jika anda bukan seperti kekasihku si Mila itu, masa di bangku sekolah dia memang tak pernah belajar sastera. Payah juga jika orang tak kenal sastera mahu mendekati sastera. Aku pula biar pun tidak pernah belajar sastera minat itu datang sejak di bangku sekolah rendah lagi; banyak membaca karja Hamka & puisi penulis lama, seperti Pak Engku Allahyarham T. Alias Taib.
iDAN: Mengantuknya mata penangan ziarah Tok Tongkat di Kuala Kangsar!.
Jika anda meminati bidang Sastera sila klik sini untuk ke situs Sastera iDAN
23 November 2009
22 November 2009
100 Pengikut (Singgahsana)
iDAN
Biar Mati Anak Jangan Mati Adat (Singgahsana)
Afiz nampak stres sangat, terlentang di sofa malas anjung rumah, telinganya mendengar, matanya dipejam. Bebebelan ayahnya yang telah tua ini dengar tak dengar sahaja.
"Bila sampai kes hati yang sebegini berat,.... emmm! ayah tahu Afiz memang merancang mahu bertunang, baik kita ikut adat kita Melayu, kalau mengikut adat Melayu... kita kena merisik dahulu, nanti kalau Afiz lapang cuba baca apa yang tertulis di dalam internet ini; bagaimana sebenarnya adat Melayu kita ini memang begitu cantik. Apa itu merisik atau menilik!"
MENILIK ATAU MERISIK Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.
Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. Ini kerana, faktor dara atau kesucian seseorang gadis amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu. Istilah sudah ditebuk tupai bukan sahaja akan memalukan seluruh keluarga lelaki, malah di kalangan masyarakat Melayu, pihak lelaki dianggap dayus sekiranya mereka mengahwini anak dara yang sudah tidak mempunyai dara lagi. Sekiranya pihak perempuan merahsiakan hal ini dari pengetahuan pihak lelaki, pihak lelaki berhak menceraikan isterinya jika dia menyedari yang dia telah ditipu setelah melalui malam pertama. Ini kerana, sudah menjadi adat masyarakat Melayu menetapkan nilai mas kahwin dan hantaran yang berbeza bagi seorang anak dara dan seorang janda. Nilai bagi seorang janda adalah separuh daripada nilai seorang anak dara.
Selain itu, pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu”. Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak.
Dalam adat menilik atau merisik, selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum. Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat anak dara tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit.
Ada rombongan yang datang tanpa diberitahu dan ada juga yang datang setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Pada fahaman dan kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Ini kononnya membawa maksud bahawa jika kedua-duanya jadi diikat sebagai suami isteri, kehidupan mereka akan menjadi senang-lenang dan keadaan rumahtangga mereka akan sentiasa aman muafakat. Akan tetapi, sekiranya sewaktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana dengan yang demikian, kononnya, membawa petanda panas, iaitu tidak begitu baik. Begitu juga dipercayai oleh orang tua-tua Melayu dahulu bahawa jika sewaktu di dalam perjalanan rombongan hendak pergi merisik anak dara berlaku sesuatu bencana seperti terdapat kayu di tengah-tengah jalan, iaitu sesuatu yang dianggap menggendalakan, maka ia juga dikatakan membawa petanda yang kurang baik terhadap jodoh tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu moden kini, kepercayaan-kepercayaan sedemikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan. Malah, tidak mustahil dikatakan sebilangan besar masyarakat Melayu kini kurang memahami alamat-alamat dan petanda yang datang kepada mereka.
Setelah selesai adat menilik, rombongan tersebut akan pulang. Satu rundingan akan diadakan di antara ahli keluarga pihak lelaki yang melibatkan adik-beradik dan waris terdekat untuk mencari kata putus tentang hal tersebut. Mereka kemudiannya akan berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan.
http://www.ashtech.com.my/adat
- bersambung
"Lagipun belanja bertunang itu agak mahal, memanglah jika mahu meminang anak orang pihak lelaki kenalah berkorban; kena bersedia dengan segala pengorbanan tetapi kita ikutlah adat kita!" Afiz tak bergeak lagi dari sofa, masih terlentang dengan matanya tetap tertutup.
"Mengikuti adat kita Melayu bertunang itu kena kasi cincin yang berbatu, tak kisahlah semahal mana... kecil atau besar tapi bersertakan dengan hantaran serba satu itu... banyak belanja tu!" Ada yang minta serba dua kalau adaka kakaknya tak kahwin lagi.
"Itu kita fikirkan kemudianlah, yang penting kita kena pergi merisik dulu!" Afiz ini masih senyap sepi. "Hafiz mengapa ini senyap sahaja ni!.." aku tahu Afiz dengar aku membebel dia pura-pura tidur sahaja. Tak munasabah baru kejap tadi dia balik dari ofis tempat dia praktikal, tetiba letak kepala terus tertidur!. Aku sekadar cuba menarik perhatian dia.
aku baru pulang dari Kampung Sayong Hilir 2:00 pagi
mengantuknya!.
"Cincin belah rotan, atau cincin tanda dulu sekitar RM200 sahaja!, kalau Afiz tak cukup duit ayah akan bantu & pujuklah ibu untuk bantu Afiz!, ibu bukankah orang kaya!" nampak Afiz mengalih badannya di sofa, terkesima juga dia dengan bebelanku "Kalau harga emas naik pun baru sekali dua ganda kut! dalam empat lima ratus RM takkan tak jumpa cinta belah rotan itu!." Aku pun tak pasti berapa harganya terkini.
"Emmm! Afiz tak culup tidurlah ayah..." Ada pn suara siAfiz ini!. Penat aku ingin memahamkan hati anak teruna seorang ini.
"Semalam ayah balik sekitar 2:00 pagi nampak Afiz telah tidur lena.."
"Bukan tidur ayah, Afiz tengah berfikirlah!"
-Bersambung
19 November 2009
Tertipu oleh Cinema Online Malaysia (Singgahsana)

Tertipu lagi!, entah kali ke berapa aku asyik tertipu dengan situs ini
http://www.cinema.com.my Inilah kerja orang kita, bila aku tanya pada mamat di kaunter jual tiket itu..
"Iyer ke?... betul ke?..." his! rasa nak ketuk sahaja kepala siMamat ini sudahlah cakapnya brutal, mungkin kut!, aku ini nampak macam orang tua brutalkah, aku memang suka pakai topi yang kusam koyak-koyak sikit & pakai kacamata bingkai lama. Tapi tak rasa pun aku ini muda, rasa tua sangat biar pun ramai amat makwe di SUNWAY PYRAMID, Petaling Jaya ini senyum-senyum! macam nak ngorat aku sahaja. Perasan!.
"Emmm! Makwe ini syok kat aku ke atau pelik tenguk aku, memang wajah aku mirip artis Rosyam Nor! Kalau aku hantar gambar masa muda ramai perasan aku ini ada kena mengena dengan si Rosyam itu, masa tahun 80an pula kata aku ini Meor Hashim Manaf; dia memang ada pertalian darah. Cuma Meor tu yang tak kenal saudaranya!"
"Takkan tak ada satu pun filem Hindustan!.. dalam wed di internet ada tak kurang dua buah filem, cerita india pun tak satu pun ke!.. aduh!" Tenguk cerita india kadang-kadang okey! juga.
"Tak ada bang!"
"Nipu betul lah internet itu, esok filem Hindustan tak ada juga ke dik?..."
"Kejap!" dia klik-klik komputernya " Pun tak adalah abg!." Isk ZEE di Astro pun kaki penipu juga, iklannya esok ada ceritera Kurbaan. Lagu Syukran Allah (sila klik jika anda 18 tahun) sedap dalam filem Kurbaan ini, tetapi ada percangahan budaya Islam dalam lagu ini, tak pasti babak ini lepas ke tidak di pawagam. (Hari ini cuba anda telefon nombor 74922929; mesin yang jawab! mana ada filem Hindustan, malam tadi pun aku cuba nak tempah tiket filem Kubaan ini. Memang tidak ada tayangannya hari ini tapi dalam http://www.cinema.com.my ada tertera filem ini ditayangkan hari ini di pawagam Sunway Pyramid. Pembohong!.)
Dalam situs http://www.tgv.com.my mengatakan esok baru ada filem Kurbaan ini. Memang mengelirukan.
Pernah aku tenguk iklan di http://www.cinema.com.my (CoCM) yang pawagam di Bandar Baru Bangi, Warta telah dibuka semula. Siap ada tersiar filem-filem yang sedang ditayangkan. Aku memang suka menonton di Bangi ini, pawagamnya selesa, parkirnya percuma, tak sesak. Pernah aku sekeluarga & sepasang pasangan sahaja tenguk wayang di sini. Tahu-tahu sampai di pawagam gelap sahaja. Poster masih ada. Tutup rupanya. Aku yakin ianya dibuka semula sebab si Penyair Sejati memang tinggal di Bangi siap SMS lagi sebab dia tahu aku rajin nonton di situ.
"Abg iDAN panggung wayang di Warta buka semula" (Pasar Raya Warta telah diambil alih oleh Bintang) Penipu CoCM ini.
Terpaksalah aku berkejar ke Alamanda Putrajaya, anak-anak siap pakai baju sejuk lagi. Takkan nak kecewakan harapan mereka. Di Alamanda pula kalau hari minggu tiket cepat habis, terpaksalah cari filem yang bukan tujuan utama kami menonton. Anak-anak sesuai menonton ketika malam minggu & cuti sekolah sahaja. Masa itulah semua pawagam sesak.Berbalik ke CoCM ini pernah terjadi, jadual tayangan pula tak betul. Pergi ke pawagam tenguk-tenguk cuma siang sahaja ditayangkan, dalam situsnya tertera memang ada tayangan malam. Pernah pula tulis tayangan filem itu untuk umum, bila nak menonton minta tiket untuk kanak-kanak, mamat itu kata filem ini untuk dewasa sahajalah pula. Silap maklumat lagi. Semua itu memang buat kita naik angin sahaja dengan CoCM ini. Kita sudah dari rumah merancang nak tenguk filem yang memang menawrik, telah diklik banyak lama sesawang@situs di internet tenguk berapa bindang ianya dinilaikan. Kalau takat bawah 5/10 bintang baik tak payah menontonnya. Tak semua filem ini sama penilaiannya di dalam & luar negara. Kalau setakat filem bajet rendah baik beli di pasar malam DVDnya, mahu menonton sekarang bukannya murah tiketnya.
Klik sini jika mahu mendapat penilaian yang lebih terbuka, bagi semua filem. Inggeris atau Hindustan.
http://www.imdb.com
Maka langkah terbaik kena telefon dulu ke pawagam tersebut. Empunya situs CoCM memang malas & tak boleh digunapakai sangat. Inilah masalahnya orang kita. Suka bikin kacau orang & buang masa orang. Kena telefon dulu agar tidak sampai naik angin, tidak kecewa. Jenaris ke Sunway Pyramid bukannya dekat, tol sahaja dekat RM10. Belum masanya, sesak jalan di Puchongnya, asyik sesat pula di perjalanan & dalam bangunannya. Adoi! penat.
Di Lembah Kelang tak banyak pawagam menayangkan filem Hindustan maka itu terpaksa berkejar jauh. Peminat filem Hindustan nampaknya makin berkurangan. Ada filem Siam ditayangkan tapi sering untuk 18 tahunlah pula. Bukan senang nak menonton wayang pilihan hati sendiri rupanya. Minggu lalu aku menonton 2012 terpaksa tempah tiket sehari sebelum. Penuh belaka pawagam di Pawagam Cheras Selatan. Pawagam Cheras Selatan dengan Jenaris sekitar 15 minit perjalanan. Ianya pilihan utama untuk aku menonton bersama anak-anak.
Akhirnya aku terpaksa menonton filem animasi A Christmas Carol (U) tenguk dalam situs CoCM tertera umum (U) bila ke pawagam tulis 13 tahun. Mana satu yang betul ni?.
Afiz yang sejak kebelakang ini sukalah pula nak menonton filem Hindustan di rumah tak pernah pun aku lihat dia layan ZEE, aku pula asyik bertembung dengan Sekar yang Mila tak mahu terlepas menontonnya. Geramlah tenguk Sekar ini nangis tak habis-habis asyik kena dera; Si Karina yang lawa pula ketawakan dia, Si Karina ini suka dera orang tetapi asyik terlepas dari hukuman. Penulis skrip Drama Indon ini memang jumud & sifar manusiawinya. Kalau aku jadi Sekar sudah lama aku tarik-tarik rambut si Karina itu!, biar sampai merah padam mukanya yang putih melepak itu.
Situs Filem Melayu http://www.filemkita.com
*** Jika anda pencinta sastera si Klik sini Kelop@k.. situs sastera milik iDAN






















