iDAN

12 November 2009

Jangan Suka Berjanji 3 Bila Telah Berada Lain Pula Ceritanya ( Delima Merkah)

"iDAN, kalau aku naik pangkat, aku nak kumpul duit, nak besarkan rumah, kasihan malam-malam tenguk anak aku tidur bergelimpangan di anjung rumah tak ada bilik" Si Hairi (Bukan nama sebenar) buka cerita, ketika lepak tengah hari di Makmalku. Makmalku memang jadi markas orang tidur. Terutama bulan puasa. Itu janji dia padaku, ingat sangat lagi masa itu anaknya baru empat orang; rumahnya cuma ada dua bilik. Jadi anak yang lelaki tidur sahaja kat ruang tetamu di anjung rumahnya.

Si Hairi ini memang hebat, dia lambat kahwin banding aku. Aku 23 tahun sudah gatal nak kahwin, dia dekat 30 tahun umurnya barulah terdengar nak kahwin. Pilihan keluarga orang Bagan Datuk. Emak ayah risau membujang lama sangat. Orang zaman dulu lepas SPM sahaja sudah merantau. Sekitar 25 tahun selalunya telah berkahwin.

Hebatnya bukan apa dia telah mengalahkan aku, anaknya nak masuk enam orang. Isterinya tengah sarat mengandung anak keenam. Anaknya yang sulung & bungsu lelaki. Aku teringin nak anak perempuan tapi tak jumpa-jumpa. Si Hairi ini ada pula tiga orang anak perempuan. Patutnya bersyukurlah sangat.

"Aku yakin kau boleh dapat, aku tenguk perhubungan kau dengan orang atasan nampak baik..."

Betul telahanku daripada tujuh orang pergi temuduga, enam orang naik pangkat. Kecuali si Penyair iDANRADZi. Mereka kata si iDAN tak siuman gila kerja tak ikut arahan, ikut kepala sendiri, kadang-kadang payah jumpa, kadang-kadang tidur di makmal. Biarlah!.

Ada yang kata si Hairi ini anak dukun handal, emaknya di Bagan Datuk memang dukun terkenal. Takad nak tundukkan orang tak jadi masalah, bab Ilmu Pengasih ini semua mengakui kehandalan si Hairi. Perempuan pantang tenguk dia, nampak manis sahaja; ajak ke mana pun perempuan mana pun... pasti ikut. Itu memang kelebihan dia. Biarlah!.

Sementelah selepas naik pangkat, hubungan dia dengan pembekal semakin rapat, dari jawatan biasa naik ke kanan, setelah kanan naik ke tertinggi dengar khabarnya; nak di naikkan lagi pangkat. Selepas tertinggi aku sendiri tak tahu. Nak apa ambil tahu pun aku masih jadi kuli, kerja sahaja berlagak macam bos besar. Ada makmal sendiri, ada kelas ICT sendiri; yang penting kerja tak siapa ganggu, pangkat semua itu mungkin perkara kedua. Kerja selesa tanpa tekanan & tanpa stres, kira okey sangat.


Si Hairi khabarnya terpaksa dipindahkan; dia cerita kat semua orang dia yang mahu pindah. Aku pun bukan lagi sahabat baiknya, maklum dia jenis jaga status; Pegawai bermasalah seperti aku kalau didekati nanti KJ akan anggap pelbagai. Biarlah!.

Satu hari sedang aku berbual dengan Ana Stor si Murthi (Bukan nama sebenar) bising-bising bawa ceritera sensasi.

"Itu Pendaftar sana kecohlah iDAN, isteri Hairi datang kasi tahu dia tarak balik rumah banyak lama; Itu anak semua tarak cukup makan oii!"

"Hei Murthi anak dia berapa sekarang?"

"Haiyoo! tujuh ooo, saya dengar itu isterinya bunting lagi!"

Memang patutlah kut! seramai itu anaknya, telah tiga empat tahun dia tak pernah jengukku; Jumpa di kantin UPM pun paling muka denganku.

"Apa pasal tarak balik!, takkan awak tarak tahu?, dia selalu jumpa awak kan?" Sajalah korek rahsia.

"Dengar! dia telah kahwin dengan itu kontraktor, janda laa!.. banyak cantik"

Aku senyum sahaja, sebenarnya aku memang telah lama tahu, masa dia masih di fakulti lagi memang Jaga selalu buat laporan tak rasmi kepadaku. Semua Jaga baik denganku. Aku pun selalu tenguk kereta pembekal janda lawa itu, malam-malam parkir di ofis si Hairi.

Memang makmal itu rumahku. Siap aku tampal di dinding makmal; Makmalku Rumahku. Mila memang menggigil marah tenguk poster itu!. "Kalau dah anggap makmal tu! rumah sendiri.. tak payah balik!" Huh! kira tiketlah tu; tiket tak payah balik Jenaris. Degil.

Semua aktiviti malam di fakulti dalam kocekku. Termasuklah aktiviti si Hairi ini. Sebelum gempak dibual orang aku telah lama tahu. Moralnya isu janji tadi. Memang betullah dari pandangan@pendapatan si Hairi. Kasihan anak bergelimpangan tidur di anjung rumah & ingin besarkan rumah!. Memang makin besar rumah si Hairi kini.

4 ulasan:

haris berkata...

imej kat sini spectacular la... keep it up ya!

iDAN berkata...

Terima Kasih, Sdr Hariszzz... saya telah layari blog Hariszzz, imejnya di blog Hariszzz lagilah menarik. Tak sangka Hariszzz seorang seni & saya bertuah terjumpa blog Hariszzz.

Imej blog saya tu kebanyakannya saya kutip dari internet & sebahagiannya jika saya rajin edit dengan Adobe.

Masa kerja memang saya selalu juga buat kerja grafik; sekarang ini dah malas la.. Hariszzz; mata pun dah agak rabun.

Saya amat suka dengan mereka yang rajin melukis. Adik Tazidi memang rakan rapat dengan saya; dia banyak bantu saya guna Adobe itu. Jika peminat Gila-Gila dedulu Tazidi ini memang popular.

Tazidi Yusof itu, tiga beradik semuanya pelukis!. Sekarang jawatan Pelukis telah tukar nama; jadi Pereka. Kelakarlah pulak jawatan Pereka.

eelobor berkata...

bila baca cerita ni, teringat pada lagu seniman agung..."apa guna berjanji"

iDAN berkata...

Kisah benar ini seharusnya menjadi ingatan kepada sang suami. Tak kesahlah mahu kahwin lebih seorang tapi jangan sampai abaikan tanggungjawab sampai isteri mengadu kepada majikan.

Bikin gempak satu tempat kerja sahaja.